[Muat Turun Artikel – Format PDF]
VIDEO – [Durasi – 22m 13s] – Dosa Besar – Menuduh Wanita Mukminah Berzina – Ust Shamsuddin Abd Rahman
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/1utDYel9BA4 ]
MENUDUH WANITA MUKMINAH BERZINA
Allah s.w.t berfirman: “Sesungguhnya orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, yang tidak terlintas memikirkan sebarang kejahatan, lagi yang beriman, akan dilaknat (oleh Allah) di dunia dan di akhirat dan, mereka pula akan beroleh azab seksa yang besar; pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan”. (Surah An-Nur, Ayat 23 & 24)
“Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik”. (Surah An-Nur, Ayat 4)
Pada ayat di atas, Allah s.w.t. menjelaskan bahawa sesiapa yang menuduh wanita baik-baik, merdeka (bukan hamba) dan menjaga diri mereka dari perbuatan zina serta lain-lain perbuatan keji, maka dia akan mendapat laknat di dunia dan akhirat serta azab yang berat. Selain itu mereka dihukum 80 kali sebatan di dunia dan kesaksiannya tidak akan diterima walaupun dia berlaku adil.
Continue reading