JANGAN ABAI TOMA’NINAH DALAM SOLAT

Oleh: ZUARIDA MOHYIN

JIKA anda rukuk dan sujud, jangan sekali-kali terlupa toma’ninah. Jangan jadikan solat anda seperti ayam mematuk padi. Solat seperti itu tidak sah kerana tidak ada toma’ninah, sedangkan ia adalah rukun sembahyang sama ada dalam solat fardhu ataupun solat sunat. Continue reading

Beberapa Kesalahan Yang Biasa Dilakukan Di Dalam Bulan Ramadhan

Saringan oleh www.darulkautsar.net dari artikel asal oleh Asma Bint Shameem (www.onislam.net)

Ramadhan pastinya bulan kesukaan/pilihan kita, tetapi sayangnya kita menyambutnya sebagai bulan hanya untuk bergembira dan bersantai dengan melupakan bahawa bulan puasa adalah merupakan bulan berkorban untuk Allah. Di bawah ialah beberapa panduan untuk memastikan kita berada di atas landasan yang betul di Ramadhan ini. Continue reading

Berpuasa Tapi Bersugilah

Oleh: Dr. Mohd Asri b. Zainul Abidin

Kebersihan adalah sesuatu yang dituntut oleh Islam sepanjang masa. Ini khususnya apabila kita beribadah kepada Allah. Juga apabila kita bertemu manusia lain. Islam memerintahkan kita menjaga hubungan baik dengan Allah, demikian juga kita menjaga hubungan baik sesama manusia. Kebersihan, wangian dan penampilan yang baik sesuatu yang menunjukkan penghormatan dan penghargaan kita kepada pihak yang ingin kita bertemu dengannya. Ini adalah tabiat manusia. Justeru itu, semasa solat kita diwajibkan menjaga kebersihan dan menutup aurat, juga disunatkan berwangian. Demikian ketika berjumpa dengan manusia. Pakaian yang sesuai dan memakai wangian adalah sunnah dalam bermasyarakat. Mereka yang mempunyai bau busuk dilarang Continue reading

Eid : Hukum Dan Adabnya

Susunan: Khairol Amin bin Mohd Salleh ( http://www.al-ahkam.net )

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وبعد

Artikel di bawah ini ringkasan fatwa oleh ulama dan penulis terkenal Arab Saudi, Sheikh Saleh Munajjid yang membicarakan tentang hukum dan adab-adab merayakan Eidul-Fitri dan Eidul-Adha. Diantaranya, apakah tidak baik berkahwin di dalam bulan Syawal yang mulia ini? Apakah ia merupakan satu sumpahan (bad omen) bagi kedua-dua mempelai? Tidak kurang juga mereka mula berpuasa 6 pada hari Eid/Syawal ke 2 dan pada 8 Syawal mereka akan menyambut Hari Raya ke dua atau “Eid Al-Abraar”. Apakah perayaan ini dibenarkan? Fatwa-fatwa di bawah ini akan menjawab persoalan-persoalan tersebut. Continue reading

Menangani Sifat Was-Was

“Waswasah” atau was-was dari segi bahasa bermakna lintasan hati atau suara yang halus atau tersembunyi. [1] Jika dipandang dari sudut bahasa was-was merangkumi yang baik dan buruk. Tetapi dari segi istilah syara’ was-was bermaksud lintasan yang buruk atau keji di dalam hati [2] atau lintasan yang buruk di dalam hati melalui sesuatu sebab yang berpunca daripada syaitan [3]. Adapun lintasan di dalam hati terhadap perkara yang baik dan terpuji ia dinamakan “ilham”.

Al-Quran menggunakan beberapa perkataan yang memberikan makna was-was. Antaranya: Continue reading