Perbendaharaan Di Syurga: لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

[Muat Turun E-Book – 12 Zikir Mudah Dan Sahih]

VIDEO –  [ Durasi – 7m 56s ] – AMALAN DARI HADITH SAHIH – Perbendaharaan Di Syurga: لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ

AMALAN MUDAH DAN RINGKAS TETAPI BESAR PAHALA DAN KELEBIHANNYA MENURUT HADITH-HADITH RASULULLAH S.A.W

[ Muat Turun – Nota 12 zikir mudah dan sahih – Beberapa Amalan Mudah Dan Ringkas Tetapi Besar Pahala Dan Kelebihannya Menurut Hadits-hadits Rasulullah s.a.w ]

PERBENDAHARAAN DI SYURGA: لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ

Ucapan yang merupakan perbendaharaan dan simpanan berharga di syurga:

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ

Maksudnya: Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah.

Antara kelebihannya:

(a) Nabi s.a.w berkata kepada beberapa orang Sahabatnya:

ألا أدلك على كلمة من كنوز الجنة؟ قلت: بلى، يا رسول الله. قال: قل لا حول ولا قوة إلى بالله

Maksudnya: “Tak mahukah aku tunjukkan kepadamu satu ucapan yang merupakan perbendaharaan dan simpanan berharga di syurga?”. Jawab Sahabat: “Tentulah mahu, wahai Rasulullah”. Kata Baginda: “Ucapkan لا حول ولا قوة إلى بالله “. (Hadith riwayat al-Bukhari, Muslim, Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i dan Ibnu Majah).

(b) Di dalam satu hadith yang lain pula Nabi s.a.w. bersabda kepada Qais bin Sa’ad begini:

الا أدلك على باب من ابواب الجنة؟ قلت: بلى يا رسول الله، قال: لا حول ولا قوة إلا بالله

Maksudnya: “Tak mahukah aku tunjukkan kepadamu satu pintu daripada pintu-pintu syurga?”. Kata Qais, aku menjawab: “Tentulah mahu, wahai Rasulullah”. Kata Baginda: “Ucapkan لا حول ولا قوة إلا بالله.” (Hadith riwayat Ahmad, at-Tirmidzi, Haakim, Thabaraani dan Baihaqi di dalam “Syu’ab al-Iman”).

(c) Ketika Nabi s.a.w. bertemu dengan Nabi Ibrahim a.s. pada malam Mi’raj, Nabi Ibrahim berkata:

يا محمد، مر أمتك يكثرؤا من غراس الجنة، فإن تريتها طيبة، وأرضها واسعة. قال محمد صلى الله عليه وسلم. وما غراس الجنة؟ قال: لاحول ولا قوة إلا بالله.

Maksudnya: “Wahai Muhammad! Suruhlah umatmu memperbanyakkan tanaman syurga. Kerana tanahnya baik dan buminya luas”. Nabi s.a.w bertanya: “Apa itu tanaman syurga?”. Jawab Nabi Ibrahim: “(Ucapan) لا حول ولا قوة إلا بالله “. (Hadith riwayat Ahmad, Ibnu Hibbaan, at-Thabaraani dan Baihaqi di dalam “Syu’abul Iman)”.

Advertisement

Saiyyidul Istighfar (Penghulu Istighfar)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

[Muat Turun E-Book – 12 Zikir Mudah Dan Sahih]

VIDEO – [Durasi – 5m 42s] – AMALAN DARI HADITH SAHIH – Saiyyidul Istighfar (Penghulu Istighfar)

AMALAN MUDAH DAN RINGKAS TETAPI BESAR PAHALA DAN KELEBIHANNYA MENURUT HADITH-HADITH RASULULLAH S.A.W

[ Muat Turun – Nota 12 zikir mudah dan sahih – Beberapa Amalan Mudah Dan Ringkas Tetapi Besar Pahala Dan Kelebihannya Menurut Hadits-hadits Rasulullah s.a.w ]

SAIYYIDUL ISTIGHFAR (PENGHULU ISTIGHFAR)

Amalkan Saiyyidul Istighfar. Lafaznya adalah seperti berikut:

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، اَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي، اغْفِرْلِي، فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

Maksudnya: Ya Allah Engkaulah Tuhanku. Tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Engkau. Engkau telah menciptakan daku. Aku adalah hamba-Mu. Aku berada dalam pengetahuan dan janji-Mu semampuku. Aku berlindung kepada-Mu daripada keburukan apa yang telah aku perbuat. Aku mengakui ni’mat yang Engkau berikan kepadaku dan aku mengakui dosa-dosaku. Ampunilah dosaku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau.

Antara kelebihannya:

Nabi s.a.w bersabda:

سيد الإستغفار ان تقول اللهم انت ربي، لا إله إلا أنت، خلقتنى وأنا عبدك، وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت، أعوذ بك من شر ما صنعت، ابوء لك بنعمتك علي، وابوء لك بذنبي, اغفر لى، فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت، قال: ومن قالها من النهار موقنا بها .فمات من يومه قبل أن يمسي، فهو من أهل الجنة، ومن قالها من الليل وهو موقن بها، فمات قبل أن يصبح، فهو من الجنة

Maksudnya: “Penghulu Istighfar ialah engkau mengucapkan: “Ya Allah, Engkaulah Tuhanku. Tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Engkau. Engkau telah menciptakan daku. Aku adalah hamba-Mu. Aku berada dalam pengetahuan dan Janji-Mu semampuku. Aku berlindung kepada-Mu daripada keburukan apa yang telah aku perbuat. Aku mengakui ni’mat yang Engkau berikan kepadaku dan aku mengakui dosa-dosaku. Ampunilah dosaku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau”.

Rasulullah s.a.w bersabda seterusnya: “Sesiapa mengucapkannya di waktu siang dengan penuh yakin dan dia mati pada hari itu sebelum petang, dia ahli syurga. Dan sesiapa yang mengucapkannya di waktu malam dengan penuh yakin, lalu dia mati sebelum pagi, dia juga ahli syurga”. (Hadith riwayat al-Bukhari, Abu Daud, Ahmad, an-Nasaa’i, al-Bazaaar dan lain-lain).

ZIKIR – سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

[Muat Turun E-Book – 12 Zikir Mudah Dan Sahih]

VIDEO – [Durasi – 10m 52s] – AMALAN DARI HADITH SAHIH- ZIKIR – سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ

AMALAN MUDAH DAN RINGKAS TETAPI BESAR PAHALA DAN KELEBIHANNYA MENURUT HADITH-HADITH RASULULLAH S.A.W

[ Muat Turun – Nota 12 zikir mudah dan sahih – Beberapa Amalan Mudah Dan Ringkas Tetapi Besar Pahala Dan Kelebihannya Menurut Hadits-hadits Rasulullah s.a.w ]

ZIKIR – سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ

Salah satu zikir yang pernah diajar oleh Rasulullah s.a.w dan dikatakan besar kelebihannya ialah zikir berikut:

سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ

Maksudnya: Maha suci Allah dan dengan memuji-Nya.

Antara kelebihannya:

(a) Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

من قال سبحان الله وبحمده في يوم مائة مرة خطت خطاياه وإن كانت مثل زبد البحر

Maksudnya: “Sesiapa mengucapkan سبحان الله وبحمده dalam satu hari sebanyak seratus kali akan digugurkan kesalahan-kesalahannya (dosa-dosanya), walaupun ia seperti buih di laut”. (Hadith riwayat al-Bukhari, Muslim, Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Hibbaan, al-Bazzaar, at-Thabaraani dan lain-lain).

(b) Di dalam satu hadith yang lain Baginda bersabda begini:

من قال حين يصبح وحين يمسى: سبحان الله وبحمده، مائة مرة. لم يأت أحد يوم القيامة بأفضل مما جاء به. إلا أحد قال مثل ما قال. أو زاد عليه.

Maksudnya: “Sesiapa mengucapkan pada waktu pagi dan petang سبحان الله وبحمده seratus kali, nescaya tidak ada orang yang akan membawa sesuatu (pahala) yang lebih baik daripada apa yang dibawanya pada hari kiamat nanti, kecuali seseorang yang mengucapnya sebanyak yang diucapnya itu atau lebih lagi daripada yang diucapnya”. (Hadith riwayat Ahmad, at-Tirmidzi, an-Nasaa’i, Baihaqi dan lain-lain).

(c) Di dalam satu hadith yang lain pula Nabi s.a.w menyatakan kelebihannya begini:

من قال سبحان الله وبحمده غرست له نخلة في الجنة

Maksudnya: “Sesiapa mengucapkan سبحان الله وبحمده akan ditanam untuknya sepohon kurma di dalam syurga”. (Hadith riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Hibbaan, al-Haakim dan an-Nasaa’i di dalam “Amalul Yaumi Wa al-Lailah”).

Ucapan Tahlil Yang Utama Untuk Diamalkan Sepanjang Masa

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

[Muat Turun E-Book – 12 Zikir Mudah Dan Sahih]

VIDEO – [Durasi – 8m 44s] – AMALAN DARI HADITH SAHIH – Ucapan Tahlil Yang Utama Untuk Diamalkan Sepanjang Masa

AMALAN MUDAH DAN RINGKAS TETAPI BESAR PAHALA DAN KELEBIHANNYA MENURUT HADITH-HADITH RASULULLAH S.A.W

[ Muat Turun – Nota 12 zikir mudah dan sahih – Beberapa Amalan Mudah Dan Ringkas Tetapi Besar Pahala Dan Kelebihannya Menurut Hadits-hadits Rasulullah s.a.w ]

UCAPAN TAHLIL YANG UTAMA UNTUK DIAMALKAN SEPANJANG MASA

Bertahlil dengan tahlil yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w seperti di bawah ini:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ المُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ يُحْيِ وَيُمِيتُ وَهُوَ حَيُّ لَا يَمُوتُ بِيَدِهِ الخَيْرُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِير

Maksudnya: Tiada tuhan melainkan Allah yang Esa. Tiada sekutu bagi-Nya, kepunyaan-Nya segala kerajaan, kepunyaan-Nya segala pujian, Dia menghidup dan mematikan. Dia (Tuhan) Yang Maha Hidup, tidak akan mati, Di tangan-Nya segala kebaikan. Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Antara kelebihannya:

Rasulullah s.a.w bersabda:

من دخل السوق فقال لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد يحي ويميت وهو حي لا يموت بيده الخير وهو على كل شيء قدير كتب الله له ألف حسنة ومخا عنه ألف الف سيئة ورفع له الف الف درجة وبنى له بيتا فى الجنة.

Maksudnya: Sesiapa masuk ke pasar, lalu mengucapkan

لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد يحي ويميت وهو حي لا يموت بيده الخير وهو على كل شيء قدير

Allah akan menulis untuknya sejuta pahala, menghapuskan daripadanya sejuta kejahatan dan mengangkat untuknya sejuta darjat dan Allah membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga. (Hadith riwayat at-Tirmidzi, Abu Daud, Ibnu Majah, al-Bazaar, al-Haakim, at-Thabaraani dan lain-lain)

Doa Minta Perlindungan Dari Azab Neraka

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

[Muat Turun E-Book – 12 Zikir Mudah Dan Sahih]

VIDEO – [Durasi – 12m 29s] – DARI HADITH SAHIH -Doa Minta Perlindungan Dari Azab Neraka ( اللَّهُمَّ أَجِرْنَي مِنَ النَّارِ )

AMALAN MUDAH DAN RINGKAS TETAPI BESAR PAHALA DAN KELEBIHANNYA MENURUT HADITH-HADITH RASULULLAH S.A.W

[ Muat Turun – Nota 12 zikir mudah dan sahih – Beberapa Amalan Mudah Dan Ringkas Tetapi Besar Pahala Dan Kelebihannya Menurut Hadits-hadits Rasulullah s.a.w ]

DOA MINTA PERLINDUNGAN DARI AZAB NERAKA

Membaca doa di bawah ini sebanyak tujuh kali selepas setiap kali selesai solat Maghrib dan Subuh:

اللَّهُمَّ أَجِرْنَي مِنَ النَّارِ

Maksudnya: Ya Allah! Lindungilah daku dari azab neraka.

Antara kelebihannya:

Rasulullah s.a.w pernah mengajar doa itu kepada seorang Sahabat bernama Muslim bin al-Haarits at-Tamimi. Kata Baginda kepadanya:

إذا انصرفت من صلاة المغرب فقل: اللهم أجرني من النار، سبع مرات، فإنك إذا قلت ذلك، ثم مت في ليلتك كتب لك جوار منها، وإذا صليت الصبح، فقل كذلك، فإنك إن مت من يومك كتب لك جواز منها.

Maksudnya: “Apabila engkau selesai bersembahyang Maghrib, maka bacalah اللهم أجرنى من النار sebanyak tujuh kali, Jika telah membacanya, kemudian engkau mati pada malam itu, nescaya engkau akan dilindung daripadanya. Apabila engkau selesai bersembahyang Subuh juga bacalah begitu, kerana jika engkau mati pada hari itu, nescaya engkau akan dilindungi daripadanya”. (Hadith riwayat Abu Daud, Ahmad, Ibnu Hibbaan, at-Thabaraani dan al-Baihaqi di dalam ad-Da’awaat al-Kabirnya)

Membaca Ayat al-Kursi Selepas Solat Fardhu

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

[Muat Turun E-Book – 12 Zikir Mudah Dan Sahih]

VIDEO – [Durasi – 22m 11s] –  AMALAN DARI HADITH SAHIH – Membaca Ayat al-Kursi Selepas Mengerjakan Solat Fardhu

AMALAN MUDAH DAN RINGKAS TETAPI BESAR PAHALA DAN KELEBIHANNYA MENURUT HADITH-HADITH RASULULLAH S.A.W

[ Muat Turun – Nota 12 zikir mudah dan sahih – Beberapa Amalan Mudah Dan Ringkas Tetapi Besar Pahala Dan Kelebihannya Menurut Hadits-hadits Rasulullah s.a.w ]

MEMBACA AYAT AL-KURSI SELEPAS MENGERJAKAN SOLAT FARDHU

اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ (255)

Maksudnya: Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya): Dia tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa izinNya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak berasa berat memelihara keduanya dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (Surah al-Baqarah, Ayat  225)

Antara kelebihannya:

(a) Rasulullah s.a.w bersabda:

من قرأ آية الكرسي في دبر كل صلاة مكتوبة لم يمنعه من دخول الجنة إلا أن يموت

Maksudnya: “Sesiapa membaca ayat al-Kursi selepas setiap solat fardhu, niscaya tidak (ada sesuatu apa pun yang) menghalangnya daripada masuk syurga selain kematiannya”. (Hadith riwayat at-Thabaraani, an-Nasaa’i, Ibnu as-Sunni dan lain-lain).

(b) Rasulullah s.a.w pernah bertanya Ubaiy bin Ka’ab:

(( يا أبا المنذر أتدرى أى اية من كتاب الله معك أعظم )). قال قلت الله ورسوله أعلم. قال (( يا أيها المنذر أتدري أي اية من كتاب معك أعظم )). قال قلت الله لا إله إلا هو الحي القيوم. قال فضرب في صدري وقال والله لبهنك العلم أبا المنذر.

Maksudnya: “Wahai Aba al-Munzir, tahukah kamu mana satu ayat al-Qur’an (yang ada) padamu yang paling agung?” Aku menjawab: “Allah dan Rasul-Nya lebih tahu”. Kata Baginda: ”Wahai Abu al-Munzir, tahukah kamu mana satu ayat al-Qur’an (yang ada) padamu yang paling agung?”. Kata Ubaiy, aku menjawab: “ الله لا إله غلا هو الحي القيوم ” Kata Ubaiy : “Terus Baginda menepuk dadaku seraya bersabda: “Tahniahlah atas ilmumu wahai Abu al-Munzir!”. (Hadith riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i dan lain-lain).

(c) Syaitan berupa manusia pernah hendak mencuri makanan (milik kerajaan), tiba-tiba ditangkap oleh Abu Hurairah yang berkawal. Ia menceritakan tentang kelebihan ayat al-Kursi. Ceritanya itu kemudiannya disahkan oleh Rasulullah s.a.w. Kata syaitan itu:

إذا أويت إلى فراشك فأقرأ اية الكرسي (الله لا إله إلا هو الحي القيوم) حتى تختم الاية فإنك لن يزال عليك من الله حافظ ولا يقربنك شيطان حتى تصبح

Bermaksud: “Apabila engkau ke tempat tidurmu, bacalah ayat al-Kursi (الله لا إله إلا هو الحي القيوم) hingga akhir ayat. Dengan membacanya akan terus ada pengawal daripada Allah yang mengawalmu dan syaitan sama sekali tidak akan dapat menghampirimu hingga pagi”. (Hadith riwayat al-Bukhari).

Doa Keluar Rumah – Dengan Nama Allah, Aku bertawakkal Kepada Allah

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

[Muat Turun E-Book – 12 Zikir Mudah Dan Sahih]

VIDEO – [Durasi – 8m 10s] – AMALAN DARI HADITH SAHIH – Doa Keluar Rumah – “Dengan Nama Allah, Aku bertawakkal Kepada Allah”

AMALAN MUDAH DAN RINGKAS TETAPI BESAR PAHALA DAN KELEBIHANNYA MENURUT HADITH-HADITH RASULULLAH S.A.W

[ Muat Turun – Nota 12 zikir mudah dan sahih – Beberapa Amalan Mudah Dan Ringkas Tetapi Besar Pahala Dan Kelebihannya Menurut Hadits-hadits Rasulullah s.a.w ]

DOA BILA KELUAR DARI RUMAH

Membaca doa ini bila keluar dari rumah:

بِسْمِ اللهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَهِ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ

Maksudnya: Dengan nama Allah, aku bertawakkal kepada Allah. Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah.

Antara kelebihannya:

(a ) Rasulullah s.a.w bersabda:

من قال – يغني إذا خرج من بيته – بسم الله توكلت على الله لا حول ولا قوة إلا بالله، يقال له هديت وكفيت ووفيت. وتنحى عنه الشيطان

Maksudnya: Sesiapa membaca – maksudnya bila keluar dari rumahnya – بسم الله توكلت على الله لا حول ولا قوة إلا بالله, dikatakan kepadanya: “Engkau telah terpimpin, dicukupkan dan telah terpelihara. Syaitan menjauhkan diri daripadanya”. (Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasa’i, Ibnu Hibbaan dan lain-lain).

(b) Di dalam riwayat Abu Daud terdapat tambahan begini:

ويقول شيطان اخر: كيف لك برجل هدي، وكفي، ووقي

Maksudnya: Syaitan lain (pula) berkata: “Bagaimana engkau akan memperdaya seseorang yang telah terpimpin, telah dicukupkan dan telah terpelihara?”.

 

Doa Sebelum Dan Selepas Makan

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

[Muat Turun E-Book – 12 Zikir Mudah Dan Sahih]

VIDEO – [Durasi – 8m] -AMALAN DARI HADITH SAHIH – Doa Sebelum Makan (بِسْمِ اللهِ وَبَرَكَةِ اللهِ ) Dan Selepas Makan

AMALAN MUDAH DAN RINGKAS TETAPI BESAR PAHALA DAN KELEBIHANNYA MENURUT HADITH-HADITH RASULULLAH S.A.W

[ Muat Turun – Nota 12 zikir mudah dan sahih – Beberapa Amalan Mudah Dan Ringkas Tetapi Besar Pahala Dan Kelebihannya Menurut Hadits-hadits Rasulullah s.a.w ]

DOA SEBELUM DAN SELEPAS MAKAN

Bacalah doa yang diajar oleh Rasulullah s.a.w sebelum makan iaitu:

بِسْمِ اللهِ وَبَرَكَةِ اللهِ

Maksudnya: Dengan nama Allah dan dengan keberkatan (dari) Allah.

Setelah kenyang dan selesai makan bacalah doa ini:

الحَمْدُ لِلهِ الَّذِي أَشْبَعَنَا وَأَرْوَانَا وَأَنْعَمَ وَأَفْضَلَ

Maksudnya: Segala puji bagi Allah yang telah mengenyangkan kita, menghilangkan dahaga kita, memberi ni’mat dan melimpahkan kurnian-Nya (kepada kita).

Antara kelebihannya:

Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

خبز ولحم وبسر وتمر ورطب ودمعت عيناه ثم قال هذا من النعيم الذي تسألون عنه يوم القيامة فكبر ذلك على أصحابه فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا أصبتم مثل هذا وضربتم بأيديكم فقولوا بسم الله وبركة الله فإذا شبعتم فقولوا الحمد لله الذي أشبعنا وأروانا وأنعم وأفضل فإن هذا كفاف بهذا

Maksudnya: “Ini roti, daging, kurma muda, kurma masak, kurma mekar”, sambil air mata Baginda mengalir. Seterusnya Baginda bersabda: “Semuanya termasuk dalam ni’mat yang akan ditanya kamu tentangnya pada hari kiamat nanti”. Mendengar sabda Nabi s.a.w itu berasa sedihlah para Sahabat sekalian. Nabi s.a.w meneruskan lagi sabdanya: “Apabila kamu mendapat makanan seperti ini dan kamu hendak hulurkan tanganmu untuk menjamahnya, bacalah بسم الله وبركة الله dan setelah selesai makan, bacalah (pula) : الحمد لله الذي أشبعنا واروانا وأنعم وأفضل . Bacaan kamu itu akan membuatkan kamu tidak disoal nanti”.

Membaca Surah al-Ikhlas

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

[Muat Turun E-Book – 12 Zikir Mudah Dan Sahih]

VIDEO – [Durasi – 6m 58s] – AMALAN DARI HADITH SAHIH – Membaca Surah al-Ikhlas

AMALAN MUDAH DAN RINGKAS TETAPI BESAR PAHALA DAN KELEBIHANNYA MENURUT HADITH-HADITH RASULULLAH S.A.W.

[ Muat Turun – Nota 12 zikir mudah dan sahih – Beberapa Amalan Mudah Dan Ringkas Tetapi Besar Pahala Dan Kelebihannya Menurut Hadits-hadits Rasulullah s.a.w ]

MEMBACA SURAH AL-IKHLAS

Berikut adalah Surah al-Ikhlas bersama terjemahannya:

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ (1) اللَّهُ الصَّمَدُ (2) لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ (3) وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ (4)

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): Tuhanku ialah Allah Yang Maha Esa (1) Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat (2) Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan (3) Dan tidak ada sesiapapun yang serupa dengan-Nya (4) (Surah al-Ikhlas, Ayat 1-4)

Antara kelebihannya:

(a) Nabi s.a.w bersabda:

إنها لتعدل ثلث القران

Maksudnya: Sesungguhnya ia menyamai satu pertiga al-Qur’an. (Hadith riwayat al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan lain-lain)

(b) Rasulullah s.a.w juga pernah berkata kepada seorang Sahabat yang suka membaca Surah al-Ikhlas:

إن حبها ادخلك الجنة

Maksudnya: Sesungguhnya sukamu akan membawa engkau masuk syurga. (Hadith riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibbaan, at-Thabaraani, Abu Ya’la, Haakim dan lain-lain).

Doa Menyatakan Kesyukuran

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

[Muat Turun E-Book – 12 Zikir Mudah Dan Sahih]

VIDEO – [Durasi – 3m 17s] – AMALAN DARI HADITH SAHIH – Doa Menyatakan Kesyukuran

AMALAN MUDAH DAN RINGKAS TETAPI BESAR PAHALA DAN KELEBIHANNYA MENURUT HADITH-HADITH RASULULLAH S.A.W

[ Muat Turun – Nota 12 zikir mudah dan sahih – Beberapa Amalan Mudah Dan Ringkas Tetapi Besar Pahala Dan Kelebihannya Menurut Hadits-hadits Rasulullah s.a.w ]

DOA MENYATAKAN KESYUKURAN

Sentiasa bersyukur kepada Allah. Doa di bawah ini sudah cukup untuk menyatakan kesyukuran kepada Allah dalam sehari semalam:

اللَّهُمَّ مَا أَصْبَحَ بِي من نِعْمَةٍ فَمِنْكَ وَحْدَكَ لَا شَرِيكَ لَكَ، فَلَكَ الحَمْدُ وَلَكَ الشُكْرُ

Maksudnya: Ya Allah, apa-apa ni’mat yang aku dapat, semuanya dari-Mu semata-mata. Tiada sekutu bagi-Mu. Bagi-Mu segala pujian dan bagi-Mu segala kesyukuran.

Antara kelebihannya:

Nabi s.a.w. bersabda:

من قال حين يصبح: اللهم ما اصبح بي من نعمة فمنك وحدك لا شريك لك، فلك الحمد ولك الشكر، فقد ادى شكر يومه، ومن قال مثل ذلك حين يمسي فقد أذى شكر ليلته

Maksudnya: Sesiapa yang membaca doa ini di waktu pagi iaitu : “Ya Allah, apa-apa ni’mat yang aku dapat, semuanya dari-Mu. Tiada sekutu bagi-Mu. Bagi-Mu segala pujian dan bagi-Mu segala kesyukuran”, bererti dia telah bersyukur untuk sepanjang harinya dan sesiapa yang mengucapkannya pada waktu petang, bererti dia telah bersyukur untuk sepanjang malamnya.