[Muat Turun Artikel – Format PDF]
[Muat Turun Ebook – Fiqh Prioritas (Dr Yusuf al-Qadhawi)]
Prof Dr Yusuf al-Qardhawi
Kajian yang penulis (Dr Yusuf al-Qardhawi) sajikan di hadapan anda sekarang ini merupakan sebuah topik yang sangat penting, kerana ia adalah penyelesaian terhadap tiadanya keseimbangan –dari sudut agama– dalam memberikan penilaian terhadap perkara-perkara, pemikiran dan perbuatan; mendahulukan sebahagian perkara atas sebahagian yang lain; mana perkara yang perlu didahulukan, dan mana pula perkara yang perlu diakhirkan; perkara mana yang harus diletakkan dalam urutan pertama, dan perkara mana yang mesti ditempatkan pada urutan ke tujuh puluh pada anak tangga perintah Tuhan dan petunjuk Nabi s.a.w. Persoalan ini begitu penting memandangkan tiadanya keseimbangan dalam pertimbangan terhadap masalah-masalah yang perlu diutamakan oleh kaum Muslimin pada zaman kita sekarang ini.
Sebelum dari ini, penulis menyebut perkara ini dengan istilah “urutan pekerjaan”; namun sekarang ini dan sejak beberapa tempoh yang lalu penulis menemukan istilah yang lebih tepat, iaitu “keutamaan”(priority); kerana istilah ini mencakup, luas dan lebih menggambarkan konteksnya.
Kajian ini sebenarnya dimaksudkan untuk menilai sejumlah keutamaan yang terkandung di dalam ajaran agama, berdasarkan dalil-dalil, agar dapat memainkan peranannya di dalam meluruskan pemikiran, membetulkan metodologinya, dan meletakkan landasan yang kuat bagi fiqh ini. Dengan itu mereka yang memperjuangkan Islam dan membuat perbandingan mengenainya, dapat memperoleh petunjuk darinya; kemudian boleh membedakan apa yang sepatutnya didahulukan oleh agama dan apa pula yang sepatutnya diakhirkan; apa yang dianggap berat dan apa pula yang dianggap ringan; dan apa yang dihormati oleh agama dan apa pula yang dikesampingkan olehnya. Dengan demikian, tidak akan ada lagi orang-orang yang melakukan tindakan di luar batas kewajaran, atau sebaliknya, dan juga kurang memenuhi syarat. Akhirnya, fiqh ini mampu mendekatkan pelbagai pandangan antara mereka yang memperjuangkan Islam dengan penuh keikhlasan.
Penulis tidak mengatakan bahawa tulisan ini merupakan kajian yang sempurna dan komprehensif. Ia hanyalah merupakan pembuka pintu dan jalan yang akan ditempuhi oleh mereka yang ingin memperdalam dan melakukan kajian mendasar dalam masalah ini. Dan untuk orang yang berijtihad, ada bahagian khas untuknya.
Buku ” Fiqh Prioritas” oleh Prof Dr Yusuf al-Qardhawi – Untuk Baca ONLINE atau MUAT TURUN e-book