Cinta Dunia

Cinta  dunia ialah orang yang mempunyai hati yang sentiasa berpaut kepada kehidupan dan kesenangan dunia Ianya  akan menyebabkan seseorang itu takutkan mati.

Firman Allah yang bermaksud : “Ketahuilah sesungguhnya kehidupan dunia adalah permainan, senda gurau, perhiasan, bermegah-megah antara kamu dan berlumba-lumba dalam mengumpul harta kekayaan dan anak pinak”. (Al-Hadid : 20)

Hasad Dengki

Sifat hasad dengki  dan iri hati ialah seseorang itu rasa kurang senang dengan nikmat yang dikecapi orang lain lalu mengharapkan nikmat itu terhapus daripadanya.

Hadith Nabi s.a.w yang bermaksud: “Hasad itu memakan (memusnahkan) kebaikan , sebagaimana api memakan (membakar) kayu”. 

Ujub

Sifat ujub berkait rapat dengan takabbur dan riya’. Ujub bemaksud berasa hairan dengan keistimewaan dan kelebihan diri sendiri. Ianya berkait dengan kelebihan dari segi kecantikan  kepandaian, kekayaan dan lain-lain.  

Ikhlas

Ikhlas dan benar ialah mukmin yang sentiasa membersihkan amalannya dinamakan orang yang benar ikhlas. Setiap amalan ibadah atau pekerjaan agama hendaklah dilaksanakan dengan ikhlas hati, ihsan kepada Allah dengan sebenar-benar ibadah seolah-olah Allah berada di hadapan kita.