GARIS PANDUAN KHURAFAT DAN AZIMAT

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

Garis panduan “Khurafat dan Azimat” ini dihasilkan bertujuan untuk memberi penerangan kepada umat Islam di Malaysia mengenai amalan khurafat dan penggunaan azimat.

Amalan atau kepercayaan khurafat adalah merupakan hasil pengaruh agama lain dan kepercayaan anamisma yang dicampuradukkan dengan ajaran Islam sementara penggunaan azimat pula merupakan satu amalan meluas di kalangan umat Islam di negara ini.

Dengan adanya garis panduan ini, diharap umat Islam agar lebih berwaspada dengan kepercayaan khurafat dan pemakaian azimat demi menjaga aqidah mereka.

Untuk Baca ONLINE atau MUAT TURUN e-book sila KLIK –

[EBOOK – Garis Panduan Khurafat Dan Azimat]

Advertisement

DAGING BABI (PORK) SEBAB-SEBAB PENOLAKANNYA

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

Adalah diketahui bahawa Islam telah mengharamkan umatnya dari memakan daging babi yang merupakan suatu dosa besar dan perbuatan yang tidak beriman. Kepada penganut Islam, kenyataan tentang mengapa daging babi diharamkan belum lagi dikhususkan atau diterangkan dengan jelas. Tiada pihak berhak untuk menyatakan dengan yakin bahawa dia mengetahui sebab-sebab sebenar pengharaman daging babi. Walau bagaimanapun begitu, buku ini cuba mengetengahkan hasil kajian secara saintifik tentang kelebihan-kelebihan dan keburukan-keburukan, bersama dengan hikmah-hikmah ke atas pengharamannya.

Pada hari ini, kita dapati banyak barang yang dijual di pasar-pasar dan pasaraya mengandungi daging babi atau produk sampingan yang dihasilkan daripadanya. Ini telah mengakibatkan banyak masalah dan kesukaran kepada umat Islam yang tinggal di dalam masyarakat bukan Islam untuk menyesuaikan diri dan dalam masa yang sama memenuhi tuntutan agama. Masyarakat telah membuat pelbagai spekulasi dan anggapan yang salah terhadap larangan memakan daging babi. Ada di antaranya yang mendakwa sebab-sebab yang salah atas pengharamannya dalam Islam, manakala yang lain mungkin mengabaikan fatwa-fatwa yang telah disahkan atas pengharaman memakan makanan-makanan yang mengandungi daging babi atau produk makanan sampingan yang dihasilkan daripadanya.

Dalam buku ini, penulis mengemukakan penemuan-penemuan asas saintifik dalam bidang biokimia, mikrobiologi dan dari aspek kesihatan umum selain dari bukti-bukti agama dan sejarah. Terpulanglah kepada pembaca untuk membuat kesimpulan tentang kepentingan pengharamannya dan bertindak sewajarnya.

Artikel seperti ini adalah sangat bermanfaat kepada masyarakat bukan Islam dalam membantu mereka memahami mengapa Islam mengharamkan daging babi. Artikel ini juga bertujuan untuk meningkatkan pemahaman industri pengeksportan produk-produk dari hasil daging haiwan dan produk-produk lain yang mengandungi lelemak haiwan, terutamanya lemak babi, ke negara-negara Islam. Selain itu, artikel ini akan dapat membantu hospital-hospital, restoran-restoran, syarikat-syarikat penerbangan, hotel-hotel dan keluarga-keluarga Islam. Akhir sekali, artikel ini bertujuan memaklumkan kepada umat Islam tentang kepentingan hikmah-hikmah pengharaman daging babi yang terkandung di dalam Al-Quran dan hadith-hadith Nabi Muhammad s.a.w.

Menerusi kajian-kajian yang sah dan penemuan-penemuan saintifik, adalah diharapkan sebahagian daripada hikmah-hikmah Allah s.w.t ini akan dapat diketahui oleh kita dan membawa kehidupan yang lebih baik kepada masyarakat dunia.

DAGING BABI (PORK) SEBAB-SEBAB PENOLAKANNYA Download