[Muat Turun Artikel – Format PDF]
DUA KALIMAH SYAHADAH
Mengaku Bahawa Tiada Tuhan Yang Berhak Disembah Melainkan Allah Dan Bahawa Nabi Muhammad Adalah Pesuruh Allah
شهادة أن لا إله إلا الله, وأن محمدا رسول الله
Dua Kalimah Syahadah ini merupakan pintu masuk ke dalam Islam dan ianya merupakan Rukun Islam yang terbesar. Seseorang itu tidak dikira sebagai orang Islam kecuali dengan mengucapkan Dua Kalimah Syahadah serta beramal dengan isi kandungannya dan dengan mengucapkannya, seorang kafir itu menjadi Islam.
1. Makna Syahadah “La Ilaha Illallah” (Bahawa Tiada Tuhan Yang Berhak Disembah Melainkan Allah)
Iaitu mengucapkannya serta mengetahui maknanya dan beramal dengan segala isi kandungan yang terkandung di dalamnya secara zahir dan batin.
Adapun mengucap Dua Kalimah Syahadah dengan tidak mengetahui maknanya, juga tidak beramal dengan segala isi kandungan yang terdapat di dalamnya tidak memberi manfaat menurut ijma’ (kesepakatan) ulama’, bahkan ianya menjadi hujjah (yang menentangnya – Penyunting) ke atas orang yang mengucapkannya.
Makna “La ilaha illallah” ialah: “Tidak ada tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Allah Yang Maha Esa Subhanahu wa Ta‘ala (Yang Maha Suci dan Maha Tinggi)”.
Kalimah Syahadah ini mempunyai dua rukun iaitu: “An-Nafyu” dan “al-Isbat”, menafikan semua ketuhanan yang lain selain daripada Allah Ta‘ala dan mengisbatkan (mensabitkan) ketuhanan bagi Allah yang Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya.
Continue reading →