DAGING BABI (PORK) SEBAB-SEBAB PENOLAKANNYA

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

Adalah diketahui bahawa Islam telah mengharamkan umatnya dari memakan daging babi yang merupakan suatu dosa besar dan perbuatan yang tidak beriman. Kepada penganut Islam, kenyataan tentang mengapa daging babi diharamkan belum lagi dikhususkan atau diterangkan dengan jelas. Tiada pihak berhak untuk menyatakan dengan yakin bahawa dia mengetahui sebab-sebab sebenar pengharaman daging babi. Walau bagaimanapun begitu, buku ini cuba mengetengahkan hasil kajian secara saintifik tentang kelebihan-kelebihan dan keburukan-keburukan, bersama dengan hikmah-hikmah ke atas pengharamannya.

Pada hari ini, kita dapati banyak barang yang dijual di pasar-pasar dan pasaraya mengandungi daging babi atau produk sampingan yang dihasilkan daripadanya. Ini telah mengakibatkan banyak masalah dan kesukaran kepada umat Islam yang tinggal di dalam masyarakat bukan Islam untuk menyesuaikan diri dan dalam masa yang sama memenuhi tuntutan agama. Masyarakat telah membuat pelbagai spekulasi dan anggapan yang salah terhadap larangan memakan daging babi. Ada di antaranya yang mendakwa sebab-sebab yang salah atas pengharamannya dalam Islam, manakala yang lain mungkin mengabaikan fatwa-fatwa yang telah disahkan atas pengharaman memakan makanan-makanan yang mengandungi daging babi atau produk makanan sampingan yang dihasilkan daripadanya.

Dalam buku ini, penulis mengemukakan penemuan-penemuan asas saintifik dalam bidang biokimia, mikrobiologi dan dari aspek kesihatan umum selain dari bukti-bukti agama dan sejarah. Terpulanglah kepada pembaca untuk membuat kesimpulan tentang kepentingan pengharamannya dan bertindak sewajarnya.

Artikel seperti ini adalah sangat bermanfaat kepada masyarakat bukan Islam dalam membantu mereka memahami mengapa Islam mengharamkan daging babi. Artikel ini juga bertujuan untuk meningkatkan pemahaman industri pengeksportan produk-produk dari hasil daging haiwan dan produk-produk lain yang mengandungi lelemak haiwan, terutamanya lemak babi, ke negara-negara Islam. Selain itu, artikel ini akan dapat membantu hospital-hospital, restoran-restoran, syarikat-syarikat penerbangan, hotel-hotel dan keluarga-keluarga Islam. Akhir sekali, artikel ini bertujuan memaklumkan kepada umat Islam tentang kepentingan hikmah-hikmah pengharaman daging babi yang terkandung di dalam Al-Quran dan hadith-hadith Nabi Muhammad s.a.w.

Menerusi kajian-kajian yang sah dan penemuan-penemuan saintifik, adalah diharapkan sebahagian daripada hikmah-hikmah Allah s.w.t ini akan dapat diketahui oleh kita dan membawa kehidupan yang lebih baik kepada masyarakat dunia.

DAGING BABI (PORK) SEBAB-SEBAB PENOLAKANNYA Download

Advertisement

Makanan Dan Minuman

[Muat Turun Artikel – PDF]

Makanan yang halal adalah amat penting dalam Islam kerana ianya menyebabkan doa kita diterima Allah dan menyebabkan Allah merahmati kekayaan harta benda dan anak pinak kita. Makanan yang halal ialah makanan yang diperolehi dengan cara yang sah dan benar tanpa menganiayai atau mengambil hak-hak orang lain.

Kaedah Umum Berkenaan Makanan Dan Minuman

Kaedah umum dalam syariat Islam ialah semua makanan dan minuman adalah halal kecuali yang diharamkan dengan jelas yang mana ianya akan membahayakan kesihatan, merosakkan akhlak dan merosakkan agama. Allah mengingatkan kepada kita bahawa Dia mencipta semua benda di atas dunia adalah untuk manfaat kita,  kecuali perkara-perkara yang diharamkan  sebagaimana di dalam al-Quran, “Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi”. (Surah al-Baqarah, Ayat 29)

Continue reading

Memakan Benda Haram

[Muat Turun Artikel – PDF]

Allah berfirman, maksudnya: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang batil”. (Surah Al-Baqarah, Ayat 188)

Ibnu Abbas berkata, “Maksudnya adalah dengan sumpah palsu, yang dengan sumpah palsu itu seseorang boleh mendapatkan harta saudaranya secara batil”.

Memakan dengan cara yang batil itu ada dua jenis;

Pertama, diperolehi dengan jalan kezaliman seperti merampas, berkhianat atau mencuri.

Kedua, diperolehi dengan cara bermain seperti berjudi, tempat-tempat hiburan dan lain-lain.

Continue reading

Kedudukan Arak Dalam Syariat Islam

[Muat Turun Artikel – PDF]

Dalam “Fiqh al-Manhaji” (3/75-81), para penulis menjelaskan kedudukan arak dalam Islam.

Haram meminum minuman yang memabukkan sama ada arak (خمر), iaitu yang dibuat daripada perahan anggur atau bukan arak, iaitu yang dibuat daripada benda lain.

Ini berdasarkan firman Allah s.w.t.:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”. (Surah al-Maidah, Ayat 90)

“Arahan” supaya menjauhi arak adalah lebih kuat daripada “tegahan” meminumnya. Hal ini kerana “tegahan” sahaja tidak termasuk tegahan lain yang berkaitan dengannya, seperti melayan seseorang minum, membeli atau menjualnya.

Sementara, “arahan” menjauhinya pula bermaksud, amaran supaya menjauhi segala perkara yang berkaitan dengan arak, termasuk minum dan sebagainya.

Continue reading