Empat Perkara Yang Membatalkan Pahala Seseorang

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO [Durasi 2m 32s] – 4 Bahaya Yang Boleh Membatalkan Amalan Seseorang – Maulana Asri Yusoff

Empat Perkara Yang Amat Bahaya Yang Akan Membatalkan Pahala Amalan-amalan Baik Seseorang

  1. Riya‘ – Membuat sesuatu amalan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain. Orang yang riya’ tidak ikhlas dalam beramal, menjadikan amalan untuk tujuan lain selain Allah, seperti mahu orang lain melihat amal ibadatnya atau beramal kerana mahukan kekayaan dan kedudukan.
  2. Sum’ah – Sum’ah ialah orang yang ingin kebaikan yang dilakukannya didengar dan dipuji manusia.
  3. Takabbur – Sombong dan memandang orang lain lebih rendah darinya serta memperkecilkannya. Kerana sikap takabbur, seseorang itu menolak kebenaran.
  4. Ujub – Sifat ujub berkait rapat dengan takabbur dan riya’. Ujub bemaksud berasa hairan dengan keistimewaan dan kelebihan diri sendiri. Ianya berkait dengan kelebihan dari segi kecantikan  kepandaian, kekayaan dan lain-lain. 
Advertisement

AMALAN MEMBATALKAN PAHALA

 

BAHAYA MENGUNGKIT

Allah berfirman:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan mengungkit-ungkit dan (kelakuan yang) menyakiti (perasaan si penerima)” (Al-Baqarah: 264)

Al-Wahidi berkata, “Maksudnya adalah menyebut-nyebut apa yang sudah diberikan”.

Al-Kalbi berkata, “Menyebut-nyebut sedekahnya kepada Allah dan menyakiti perasaan orang yang menerimanya”.

Dalam sebuah hadith disebutkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

Tiga golongan orang yang tidak akan diajak bicara oleh Allah pada hari kiamat kelak, serta tidak akan dipandangNya, dan tidak pula disucikanNya, iaitu; orang yang melabuhkan kainnya (kerana sombong), orang yang suka mengungkit-ungkit kebaikannya, dan orang yang menjual dagangannya dengan sumpah palsu.”

Juga disebutkan sebuah hadith:

“Tiga golongan yang tidak masuk syurga; orang yang derhaka kepada ibu bapanya dan orang yang terus menerus minum arak, dan orang yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya.”

Dalam hadith lain disebutkan;

“Tidak akan masuk syurga orang yang menipu, orang yang bakhil dan orang yang suka mengungkit-ungkit pemberian”. 1

Suatu hari, Ibnu Sirin mendengar seorang berkata kepada sahabatnya, “Aku sudah berbuat baik kepadamu. Aku sudah melakukan ini…. dan itu …!”. Maka Ibnu Sirin menegurnya, “Diamlah! Tidak ada kebaikan dalam amal kebajikanmu jika ia disebut-sebut!”.

Sebahagian ulama’ berkata, “Barangsiapa mengungkit-ungkit kebaikannya, dia bukan termasuk orang yang bersyukur; dan barangsiapa merasa bangga dengan amalnya, pahalanya menjadi terhapus”.

BACA SELANJUTNYA & ARTIKEL PENUH – DOSA BESAR – Mengungkit-ungkit Pemberian –

https://asasislam.home.blog/2019/05/30/mengungkit-ungkit-pemberian/

Mengungkit-ungkit Pemberian

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO [Durasi 32m] – Bahaya Mengungkit – Ust Shamsuddin Abd Rahman

MENGUNGKIT-UNGKIT PEMBERIAN

Allah berfirman:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan mengungkit-ungkit dan (kelakuan yang) menyakiti (perasaan si penerima)” (Surah Al-Baqarah, Ayat 264)

Al-Wahidi berkata, “Maksudnya adalah menyebut-nyebut apa yang sudah diberikan”.

Al-Kalbi berkata, “Menyebut-nyebut sedekahnya kepada Allah dan menyakiti perasaan orang yang menerimanya”.

Dalam sebuah hadith disebutkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

“Tiga golongan orang yang tidak akan diajak bicara oleh Allah pada hari kiamat kelak, serta tidak akan dipandang-Nya, dan tidak pula disucikan-Nya, iaitu; orang yang melabuhkan kainnya (kerana sombong), orang yang suka mengungkit-ungkit kebaikannya, dan orang yang menjual dagangannya dengan sumpah palsu”.

Juga disebutkan sebuah hadith:

“Tiga golongan yang tidak masuk syurga; orang yang derhaka kepada ibu bapanya dan orang yang terus menerus minum arak, dan orang yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya”.

Dalam hadith lain disebutkan;

“Tidak akan masuk syurga orang yang menipu, orang yang bakhil dan orang yang suka mengungkit-ungkit pemberian”. 

Suatu hari, Ibnu Sirin mendengar seorang berkata kepada sahabatnya, “Aku sudah berbuat baik kepadamu. Aku sudah melakukan ini…. dan itu …!”. Maka Ibnu Sirin menegurnya, “Diamlah! Tidak ada kebaikan dalam amal kebajikanmu jika ia disebut-sebut!”.

Sebahagian ulama’ berkata, “Barangsiapa mengungkit-ungkit kebaikannya, dia bukan termasuk orang yang bersyukur; dan barangsiapa merasa bangga dengan amalnya, pahalanya menjadi terhapus”.

Imam Syafi’i berkata,

“Janganlah engkau menerima kebaikan dari mereka

Yang akan mengungkit-ungkitnya di hadapanmu

Pilihlah bagi dirimu apa yang menjadi bahagiannya

Dan bersabarlah, kerana sabar itu adalah syurga

Ungkitan seseorang itu apabila melukai hati

Itu lebih sakit dari pada tusukan tombak”

[Petikan dan saringan dari kitab “Dosa-dosa Besar” karya Imam Az-Zahabi]