[Muat Turun Artikel – Format PDF]
[Muat Turun Ebook – Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam]
Dalam sejarah Islam memang wujud cara perubatan tertentu seperti mana yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w dan para Sahabat. Selain dari perubatan biasa, mereka juga telah menggunakan doa-doa, khusus bagi mengubati penyakit-penyakit. Sesetengah perubatan tradisional di Malaysia hari ini menggunakan kaedah yang bercanggah dengan syarak seperti memanggil roh-roh, jin-jin dan sebagainya. Segala amalan dan kepercayaan seumpama ini yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber al-Quran, Hadith, Ijmak dan Qias adalah perlu ditolak.
Dalam urusan rawatan kepada pesakit, suatu perkara yang perlu diingat oleh semua pihak, bahawa hanya Allah sahaja yang berkuasa mutlak menentukan sesuatu dan menjadikannya; lebih-lebih lagi sakit dan sembuh adalah hak-Nya, manusia hanyalah disuruh berusaha dan berikhtiar. Continue reading