(Sambungan) Solat Sunat Rawatib

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

1- [Sesi 139 – 00:07] – Dua rakaat solat sunat selepas Maghrib


2- [Sesi 139 – 21:30] – Solat sunat rawatib lebih afdhal dilakukan di rumah bagi rumah yang berdekatan dengan masjid

3- [Sesi 139 – 54:28] – (SELINGAN) Boleh guna hamparan untuk tunaikan solat

Advertisement

TATACARA DAN BACAAN SERTA PERKARA YANG DILARANG DAN DIHARUSKAN DALAM SOLAT

  1. [Sesi 50 –  46:33 ]  Orang Yang Tidak Menyebutkan Mengangkat Tangan Pada Ketika Rukuk
  2. [Sesi 50 – 50:51] – Mengangkat tangan dalam sembahyang
  3. [Sesi 51 – 03:29 ] – Bab : Meletakkan Tangan Kanan Di Atas Tangan Kiri Dalam Sembahyang
  4.  [Sesi 52 – 27:28 – Bab: Doa Pembuka Sembahyang (Doa Iftitah)
  5. [ Sesi 52 – 28:14 ] – Khilaf Ulama’ Dalam Bacaan Doa Iftitah
  6.  [Sesi 52 – 37:48] – Makna doa iftitah
  7. [Sesi 52 – 59:56] – Berlindung dengan Allah daripada syaitan (isti’azah)
  8. [Sesi 53 – 17:16] – Diam sebentar ketika memulakan sembahyang
  9. [Sesi 54 – 11:02] – Bacaan “Bismillahirrahmanirrahim” secara “sirr” (perlahan)
  10. [Sesi 55 – 00:11] – (sambungan) Bacaan “Bismillahirrahmanirrahim” secara “sirr” (perlahan)
  11. [Sesi 55 – 55:54] – Bacaan “Bismillahirrahmanirrahim” secara nyaring
  12. [Sesi 55 – 01:04:45] – (SELINGAN) Pembahagian surah dalam al-Qur’an
  13. [Sesi 56 – 18:28] – Meringkaskan sembahyang kerana sesuatu perkara yang berlaku
  14. [Sesi 56 – 25:32] – Tentang kekurangan (pahala) sembahyang
  15. [Sesi 56 – 33:37] – Hadith tentang memendekkan sembahyang
  16. [Sesi 57 – 11:13] – Bacaan dalam sembahyang Zohor
  17. [Sesi 57 – 46:25] – Meringkaskan bacaan dalam dua rakaat yang akhir
  18. [Sesi 57 – 01:00:22] – Kadar bacaan pada waktu Zohor dan Asar
  19. [Sesi 58 – 00:14 ] – (Sambungan) Kadar Bacaan Di Dalam Sembahyang Zohor Dan Asar
  20. [Sesi 58 – 48:31] – Kadar bacaan dalam sembahyang Maghrib
  21. [Sesi 58 – 52:15] – Orang yang berpendapat dibaca surah yang pendek dalam sembahyang Maghrib
  22. [Sesi 58 – 01:03:52] – Bolehkah ulang surah yang sama dalam dua rakaat?
  23. [Sesi 59 – 23:20] – Orang yang meninggalkan bacaan al-Fatihah di dalam sembahyangnya
  24. [Sesi 60 – 06:22 ] – Bab: Tidak Sah Sembahyang Yang Tidak Dibaca Surah al-Fatihah
  25. [Sesi 60 – 26:10] – Kelebihan al-Fatihah dalam sembahyang
  26. [Sesi 61 – 7:19] – (sambungan) Orang yang meninggalkan bacaan al-Fatihah di dalam sembahyangnya
  27. [Sesi 61 – 55:09] – Orang yang melarang ma’mum membaca al-Fatihah apabila imam baca al-Fatihah dengan nyaring
  28. [Sesi 62 – 00:30] – Orang yang tidak suka dibaca al-Fatihah apabila imam membaca dengan nyaring
  29. [Sesi 62 – 09:20 ] – Orang Yang Berpendapat Boleh Baca Fatihah Apabila Imam Tidak Baca Dengan Kuat
  30. [Sesi 63 – 16:23] – Kadar bacaan yang memadai untuk orang yang buta huruf dan orang yang tidak baik sebutanBahasa Arabnya
  31. [Sesi 63 – 44:33] – Mengucap takbir dengan sempurna sepanjang sembahyang
  32. [Sesi 63 – 01:00:13] – Meletakkan kedua tangan (ke tanah) sebelum kedua lutut
  33. [Sesi 63 – 01:09:23] – Duduk sebelum bangun daripada sujud
  34. [Sesi 64- 11:42] – Duduk di atas dua tumit di antara dua sujud
  35. [Sesi 64 – 22:30] – Bacaan apabila mengangkat kepala daripada ruku’
  36. [Sesi 64 – 01:05:03] – Doa di antara dua sujud
  37. [Sesi 65 – 24:10] – Lama masa berdiri daripada ruku’ dan lama masa duduk di antara dua sujud
  38. [Sesi 66 – 00:20] – (sambungan) Lama masa berdiri daripada Ruku’ dan di antara dua sujud
  39. [ Sesi 67 – 00:07 ]- Bab – Sembahyang Orang Yang Tidak Menyempurnakan Ruku’ Dan Sujudnya
  40. [Sesi 67 – 17:10] – Sembahyang orang yang tidak menyempurnakan ruku’ dan sujudnya
  41. [Sesi 68 – 15:06] – Tidak sempurna solat tanpa wudhu’ dan seterusnya
  42. [Sesi 69 – 17:30] – Solat sunat menyempurnakan solat fardhu
  43. [Sesi 69- 37:10] – Pecahan ruku’ dan sujud dan meletak tangan atas lutut pada ketika ruku’
  44. [Sesi 69 – 41:45] – Apa yang dibaca oleh seseorang dalam ruku’ dan sujudnya
  45. [Sesi 70 – 11:26 ] – Bab : Tentang Doa Dalam Ruku’ Dan Sujud
  46. [Sesi 72 – 08:39 ]–Seseorang Yang Sempat Dengan Imam Ketika Sujud, Apakah Yang Harus Dilakukannya
  47. [Sesi 72 – 14:47] –Anggota Sujud
  48. [Sesi 72 – 45:14] –Sujud Di Atas Hidung Dan Dahi
  49. [Sesi 72 – 49:00] –Sifat Sujud
  50. [Sesi 72 – 01:08:18 ]– Keharusan (Kebenaran) Untuk Tidak Merenggangkan Tangan
  51. [ Sesi 73 – 00:08:30 ] – Bab: Bercekak Pinggang Dalam Sembahyang Ketika Berdiri (Cekak Pinggang Adalah Dilarang)
  52. [Sesi 73- 00:10:44 ] – Bab: Seseorang Sembahyang Dengan Mencekak Pinggang
  53. [Sesi 73- 00:23:15 ] – Bab: Larangan Daripada Menurut Was-was (Bisikan Syaitan) Di Dalam Sembahyang
  54. [Sesi 73- 00:49:55 ]- Bab: Larangan Daripada Talkin (Mengajar Orang Dalam Sembahyang)
  55. [Sesi 74 – 12:57] – (Larangan) Berpaling di dalam sembahyang
  56. [Sesi 74 – 24:04] – Sujud atas hidung
  57. [Sesi 74 – 28:45] – (Larangan) Memandang di dalam sembahyang
  58. [Sesi 74 – 50:39] – Keharusan untuk melihat atau memandang dalam sembahyang
  59. [Sesi 75 – 05:56] – Gerak-geri atau perbuatan yang bukan dari perbuatan sembahyang
  60. [Sesi 76 – 10:01] – (Sambungan) Gerak-geri atau perbuatan yang bukan dari perbuatan sembahyang
  61. [Sesi 76 – 37:52] – Menjawab salam dalam sembahyang
  62. [Sesi 77 – 00:21] – (sambungan) Menjawab salam di dalam sembahyang
  63. [Sesi 77 – 10:16] – Bolehkah Orang Yang Baru Datang Bagi Salam Kepada Orang Yang Sedang Sembahyang?
  64. [Sesi 78 -17:27] – Menjawab orang yang bersin atau mendoakan orang yang bersin di dalam sembahyang
  65. [Sesi 78 – 25:30] – (PERBINCANGAN TAMBAHAN) Doa bersin
  66. [Sesi 78 – 37:40] – (SELINGAN) Mengapa nama Muawiyah tidak popular
  67. [Sesi 79 – 00:13 ] – (Sambungan) Mendoakan Orang Yang Bersin Di Dalam Sembahyang
  68. [Sesi 79 – 29:54] – (PERBINCANGAN TAMBAHAN) Pembahagian “Ahli Sunnah”
  69. [Sesi 79 – 45:10 ] – Mengucapkan Aamiin Di Belakang Imam
  70. [Sesi 79 – 47:01 ] – Makna “Aamiin”
  71. [Sesi 80 – 06:24 ] – Mengucap “Aamiin” Di Belakang Imam
  72. [Sesi 80 – 31:35 ] – (Perbincangan tambahan) Pendapat Tentang Mengucapkan “Aamin” Dengan Nyaring Di Kalangan Ahli Ilmu Dari Kalangan Sahabat Nabi s.a.w Dan Tabiin Dan Orang-orang Selepas Itu
  73. [Sesi 81 – 00:10 ] – (Sambungan) Mengucap Amin Di Belakang Imam
  74. [Sesi 82 – 10:09 ] – (Sambungan) Mengucapkan “Aamiin” Di Belakang Imam
  75. [Sesi 82 – 34:35 ] – Bab: Menepuk Tangan Dalam Sembahyang
  76. [Sesi 83 – 8:06] – Isyarat dalam sembahyang
  77. [Sesi 83 – 32:45] – (Tidak boleh) Sapu anak batu ketika sembahyang
  78. [Sesi 83 – 38:47] – Orang yang sembahyang dengan bercekak pinggang
  79. [Sesi 83 – 49:22] – Seseorang pegang tongkat ketika sembahyang
  80. [Sesi 83 – 59:33] – Larangan bercakap dalam sembahyang
  81. [Sesi 84 – 13:14] – Tentang sembahyang orang yang duduk
  82. [Sesi 85 – 16:50] – Cara duduk pada ketika bertasyahhud
  83. [Sesi 85 – 29:00] – Orang yang menyebutkan duduk tawaru’ pada duduk rakaat yang keempat
  84. [Sesi 86 – 00:07 ] – (Sambungan) Bab: Bertasyahud
  85. [Sesi 87 – 00:07] – (Sambungan) Bab Bertasyahud
  86. [Sesi 88 – 3:19] – (SAMBUNGAN) Bertasyahhud
  87. [Sesi 89 – 16:00] – Berselawat ke atas Nabi s.a.w selepas bertasyahhud
  88. [Sesi 89 – 16:11 ] – Makna Selawat
  89. [Sesi 89 – 18:23 ] – Kedudukan Selawat Dalam Sembahyang
  90. [Sesi 90 – 07:20] – Bacaan selepas tasyahhud
  91. [Sesi 90 – 40:19] – Menyembunyikan atau memperlahankan bacaan tasyahhud
  92. [Sesi 90 – 49:10] – Isyarat dalam tasyahhud
  93. [Sesi 91 – 11:13] – Larangan bertongkat dengan tangan dalam sembahyang
  94. [Sesi 91 – 25:55] – (PERBINCANGAN TAMBAHAN) Makna “larangan”
  95. [Sesi 91 – 49:04] – Duduk sebentar
  96. [Sesi 92 – 24:44] – Tentang salam (untuk keluar daripada sembahyang)
  97. [Sesi 93 – 06:06] – Takbir selepas sembahyang
  98. [Sesi 93 – 26:51] – “Buang” salam [Maksudnya:-Tidak memanjangkan salam/Jazam/Tanpa Salam (mazhab Hanafi)]
  99. [Sesi 93 – 42:10] – Berhadath dalam sembahyang
  100. [Sesi 94 – 05:59] –Bolehkah seseorang bersembahyang sunat di tempat dia sembahyang fardhu? 

JANGAN ABAI TOMA’NINAH DALAM SOLAT

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

Oleh: Zuarida Mohyin

Jika anda rukuk dan sujud, jangan sekali-kali terlupa toma’ninah. Jangan jadikan solat anda seperti ayam mematuk padi. Solat seperti itu tidak sah kerana tidak ada toma’ninah, sedangkan ia adalah rukun sembahyang sama ada dalam solat fardhu ataupun solat sunat.

Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM), Mushaddad Hasbullah menjelaskan solat tanpa toma’ninah adalah batal. Orang yang tidak menyempurnakan rukuk, sujud dan khusyuk dalam solatnya ialah orang yang mencuri solat sebagaimana disebut dalam satu riwayat Ahmad dan Hakim bermaksud: “Itulah orang yang tidak menyempurnakan rukuk, sujud dan bacaan dalam solat”.

Katanya lagi, hadith ini menjelaskan mengenai orang-orang yang menunaikan solat mereka tetapi dalam keadaan kelam-kabut dan hilang penghayatan dan khusyuk mereka. Mereka ini disifatkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai pencuri.

Hal ini sekali lagi ditegaskan oleh Baginda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Seburuk-buruk orang yang mencuri ialah mereka yang mencuri daripada solat mereka. Maka Sahabat pun bertanya: Wahai Rasulullah bagaimana mereka mencuri daripada solat mereka? Maka Rasulullah menjawab: Mereka yang tidak sempurna rukuk dan sujud mereka”. (Riwayat Ahmad, Thabrani dan Ibn Khuzaimah)

Sementara itu, dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud dan Nasa’i, Rasulullah s.a.w melarang solat yang dikerjakan seperti burung yang mematuk makanan, iaitu pantas berdiri dan sujud dalam waktu yang singkat. Dalam hadith yang lain pula Baginda bersabda bermaksud: “Allah s.w.t. tidak melihat solat seseorang yang dikerjakan tanpa sempat meluruskan tulang belakangnya antara rukuk dan sujud”. (Riwayat Thabrani)

Lantaran itu, Rasulullah s.a.w berpesan, yang bermaksud: “Apabila seseorang daripadamu hendak mendirikan sembahyang, maka hendaklah ia sembahyang laksana sembahyang orang yang memberi selamat tinggal, iaitu orang yang sama sekali tidak fikir ia akan dapat kembali bersembahyang lagi”. (Riwayat Al-Dailami daripada Ummu Salamah)

Mushaddad berkata, ramai di kalangan umat Islam sebenarnya berhadapan dengan masalah tidak khusyuk dalam solat, antara puncanya adalah kerana kesibukan dunia dan sentiasa memikirkan tentangnya walaupun dalam solat.

“Khusyuk amat penting dalam solat. Salah satu daripada rahmat Allah kepada kita ialah Allah meraikan kelemahan yang ada pada hambanya. Justeru, Allah tidak menjadikan khusyuk sebagai rukun atau syarat sah solat yang jika ditinggalkan maka batallah solat itu.

“Oleh itu khusyuk dalam solat menurut jumhur ulama’ adalah sunat hukumnya. Menurut Imam ibnu al-Qayyim dalam bukunya, “Madarij as-Salikin”, khusyuk bermaksud menghadirkan hati ketika solat dengan rasa tunduk dan hina kepada Allah, apabila hati seseorang itu khusyuk maka seluruh anggotanya akan turut sama khusyuk, kerana setiap anggota mengikuti hati dan khusyuk itu tempatnya di hati.

“Bagaimanapun, bagi orang yang tidak khusyuk dalam solatnya, tidaklah membuatkan solatnya batal. Solatnya tetap sah cuma ia mendapat pahala yang kurang, tidak sepenuhnya seperti orang yang khusyuk,” kata Mushaddad ketika dihubungi baru-baru ini.

Menjawab kelebihan yang diperolehi seseorang yang khusyuk dalam solat, Mushaddad menjelaskan, sesungguhnya ganjarannya amat besar seperti dapat menghapuskan dosa, memperoleh pahala, memakbulkan doa dan menjauhkan kemungkaran.

Oleh itu, beliau menyarankan kita sentiasa berusaha untuk memperolehi solat yang khusyuk kepada Allah s.w.t.

Firman Allah yang bermaksud: “Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu daripada al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar”. (Surah al-Ankabut, Ayat 45)

Dalam satu hadith daripada Uthman bin Affan yang berkata, “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Tidaklah bagi seseorang muslim itu yang menunaikan solat fardu dan memperelokkan wudhu’nya, khusyuknya dan rukuknya melainkan baginya penghapusan dosa selagi mana dia tidak melakukan dosa besar, dan itu adalah untuk setiap masa”. (Riwayat Muslim)

Menjelaskan tentang toma’ninah pula, kata Mushaddad, ia merupakan salah satu rukun dalam solat. Jika ia tidak disempurnakan maka batallah solat seseorang itu.

Toma’ninah perlu dilakukan dalam empat rukun solat iaitu dalam rukuk, iktidal daripada rukuk, sujud dan duduk di antara dua sujud.

“Toma’ninah bermaksud tetap atau diam dalam setiap rukun yang disebutkan. Seseorang itu tidak dikira toma’ninah jika dia menunaikan solat seperti burung yang mematuk makanan seperti mana yang disebutkan dalam hadith sebentar tadi,” terangnya.

Berbicara tentang contoh terbaik mengenai khusyuk dalam solat, ujar Mushaddad, model yang terbaik ialah solat Rasulullah s.a.w.

Dalam satu hadith yang disebut oleh al-Kandahlawi dalam bukunya, “Hayat al-Sohabah”, bahawa seorang hamba Allah telah bertanya kepada Aisyah: “Terangkan kepadaku sesuatu yang luar biasa mengenai solat Rasulullah.” Aisyah menjawab: “Tiada sesuatu yang biasa mengenai diri Baginda. Tiap-tiap yang dilakukannya luar biasa. Pada suatu malam, Baginda baring bersama-samaku, kemudian Baginda berkata: “Sekarang, biarlah aku menyembah Allah, Pemberi rezekiku.” Kemudian Baginda pun bangun lalu mendirikan solat dengan segala perasaan ikhlas dan tawadhuk. Semasa menunaikan solat itu Baginda menangis. Demikian juga keadaannya apabila Baginda rukuk dan sujud. Setelah bangun, keadaan Baginda masih tidak berubah. Demikianlah halnya sehingga Bilal melaungkan azan menandakan waktu Subuh sudah menjelang tiba. Aku pun berkata kepada Baginda: “Ya Rasulullah, Tuan tidak berdosa kerana Allah telah mengampuni semua dosa Tuan, sama ada yang telah lalu mahupun yang akan datang. Tetapi Tuan masih juga memandang rendah terhadap diri Tuan sendiri”. Baginda s.a.w menjawab: “Apakah aku tidak bersyukur kepada Allah?”. Aku solat begini mengingatkan ayat-ayat yang telah diwahyukan-Nya kepada Aku pada hari ini (yang bermaksud): Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada azab neraka.” (Surah Ali Imran, Ayat 190 &191)

Sumber: Utusan Malaysia

Panduan Saf Kanak-Kanak Berdasarkan Kepada Hadith-Hadith

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

 

VIDEO – [Durasi – 20m 17s] – Saf Kanak-kanak Dalam Solat – Maulana Fakhrurrazi

PANDUAN SAF KANAK-KANAK BERDASARKAN KEPADA HADITH-HADITH

Oleh: Muhammad Hanief Awang Yahaya

Adakah kedudukan saf kanak-kanak di belakang saf orang dewasa, atau mereka tidak perlu diletakkan di saf yang berasingan. Menjawab persoalan ini marilah kita merujuk kepada beberapa hadith Rasulullah s.a.w.

Hadith yang pertama, diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari (nombor 822)

: عن أنس بن مالك

أن جدته مليكة دعت رسول الله صلى الله عليه وسلم لطعام صنعته، فأكل منه، فقال (قوموا فلأصلي بكم). فقمت إلى حصير لنا قد اسود من طول ما لبس، فنضحته بماء، فقام رسول الله صلى الله عليه وسلم واليتيم معي، والعجوز من ورائنا، فصلى بنا ركعتين.

“Daripada Anas bin Malik katanya neneknya, Mulaikah telah menjemput Rasulullah s.a.w untuk makan makanan yang disediakannya. Lalu Rasulullah s.a.w. makan sebahagian darinya kemudian bersabda: “Bangunlah, saya akan mengimamkan sembahyang kamu. Lalu saya mendapatkan sekeping tikar kami yang berwarna hitam kerana sudah lama digunakan kemudian saya merenjiskannya dengan air. Rasulullah s.a.w berdiri, seorang anak yatim berdiri bersama saya dan nenek di belakang kami. Baginda bersembahyang mengimami kami sebanyak dua rakaat”.

Hadith kedua juga diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari (Sahih al-Bukhari, Nombor 823):

عن ابن عباس رضي الله عنهما أنه قال:

أقبلت راكبا على حمار أتان، وأنا يومئذ قد ناهزت الاحتلام، ورسول الله صلى الله عليه وسلم يصلي بمنى إلى غير جدار، فمررت بين يدي بعض الصف، فنزلت وأرسلت الأتان ترتع، ودخلت في الصف، فلم ينكر ذلك علي أحد

Daripada Ibn Abbas katanya: “Saya datang dengan menunggang keldai betina, pada ketika itu saya belum lagi baligh (hampir baligh). Rasulullah s.a.w sedang bersembahyang dengan tidak menghadap dinding. Lalu saya, melalui di hadapan beberapa saf dan saya turun dan membiarkan keldai itu memakan rumput. Saya masuk ke dalam saf dan seorangpun tidak membantah saya”.

Imam al-Bukhari memasukkan kedua-dua hadith ini di bawah tajuk:

باب: وضوء الصبيان، ومتى يجب عليهم الغسل والطهور، وحضورهم الجماعة والعيدين والجنائز، وصفوفهم

Bab: Wudhu’ kanak-kanak, bilakah mereka wajib mandi dan bersuci, kehadiran mereka untuk sembahyang berjemaah, sembahyang hari raya dan jenazah dan bagaimana saf-saf mereka.

Daripada riwayat-riwayat yang dikemukakan oleh al-Bukhari dalam bab ini tidak didapati ada saf yang khusus untuk kanak-kanak. Ini bererti Imam al-Bukhari berpendapat kanak-kanak tidak perlu diasingkan daripada saf orang dewasa.

Rasulullah s.a.w membiarkan Anas berdiri bersama dengan kanak-kanak. Jika dengan alasan “kenajisan” kanak-kanak menjadikan sembahyang Anas tidak sah, tentu Baginda s.a.w akan menyusun saf dengan meletakkan Anas di kanannya kemudian anak yatim tersebut di belakangnya.

Begitu juga dalam hadith yang kedua, Sahabat-sahabat tidak menegah Ibn Abbas memasuki saf itu dengan alasan beliau masih kecil. Ini menunjukkan bahawa menjadi amalan masyarakat pada ketika itu kanak-kanak tidak diasingkan daripada saf orang dewasa.

Hadith yang pertama itu juga diriwayatkan al-Tirmizi (nombor 234) dan beliau memberikan ulasannya:

قَالَ أَبُو عِيسَى: حَدِيثُ أَنَسٍ صَحيحٌ، وَالعَمَلُ عَلَى هَذَا عِنْدَ أَهلِ العِلمِ، قَالُوا: إِذَا كَانَ مَعَ الإِمَامِ رَجُلٌ وَامْرَأَةٌ، قَامَ الرَّجُلُ عَن يَمينِ الإِمَامِ وَالمَرْأَةُ خَلْفَهُمَا، وَقَدْ احْتَجَّ بَعْضُ النَّاسِ بِهَذَا الحَدِيثِ في إِجَازَةِ الصَّلاَةِ إِذَا كَانَ الرَّجُلُ خَلْفَ الصَّفِّ وَحْدَهُ، وَقَالُوا: إِنَّ الصَّبيِّ لَمْ تَكُن لَهُ صَلاَةٌ، وَكَانَ أَنَسٌ خَلْفَ النَّبِيِّ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَحْدَهُ، وَلَيْسَ الأَمرُ عَلَى مَا ذَهْبُوا إِلَيهِ لأَنَّ النَّبِيِّ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَقَامَهُ مَعَ اليَتيمِ خَلْفَهُ، فَلَوْلاَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَعَلَ لِليَتِيمِ صَلاَة، لَمَا أَقَامَ اليَتِيمَ مَعَهُ وَلاَ أَقَامَهُ عَن يَمِينِهِ.

“Abu Isa (al-Tirmizi) berkata: Hadith Anas adalah sahih. Amalan mengikut hadith ini di sisi ahli ilmu iaitu apabila bersama imam itu ada seorang lelaki dan perempuan, maka lelaki itu hendaklah berdiri di sebelah kanan imam dan perempuan itu di belakang mereka berdua. Sesetengah orang mengharuskan sembahyang seorang lelaki berseorangan di belakang saf. Mereka berkata, sembahyang kanak-kanak itu tidak dikira dan Anas berseorangan di belakang Rasulullah s.a.w. Pendapat ini tidaklah tepat kerana kerana Rasulullah s.a.w menempatkan Anas bersama anak yatim di belakang Baginda. Andai kata Baginda tidak mengira sembahyang anak yatim itu tentu Baginda tidak menempatkannya bersamanya (Anas) dan tidak juga menempatkannya di kanannya (Anas)”.

Daripada komentar al-Tirmizi itu dapat difahami bahawa sembahyang kanak-kanak tetap dikira sah dan sewajarnya dia diletakkan bersama saf orang dewasa. Kalaulah sembahyangnya tidak dikira sah disebabkan tidak diketahui dia menjaga kebersihan diri dan pakaian tentu sekali al-Tirmizi menganggap sebaliknya.

Dalam mensyarahkan hadith ini, Abdul Rahman al-Mubarakpuri menyimpulkan bahawa kanak-kanak hendaklah diletakkan dalam satu saf bersama orang lain. (Tuhfah al-Ahwazi, jil. 1, hal. 494)

Walaubagaimanapun, dalam keadaan ramai makmum atau jemaah yang besar, kanak-kanak tidak dibenarkan berada secara langsung di belakang imam berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Muslim (no. 432):

: عن أبي مسعود. قال

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يمسح منا كبنا في الصلاة ويقول “استووا ولا تختلفوا. فتختلف قلوبكم. ليلني منكم أولو الأحلام والنهى. ثم الذين يلونهم. ثم الذين يلونهم” قال أبو مسعود: فأنتم اليوم أشد اختلافا.

“Luruskanlah dan janganlah kamu saling bertelingkahan lalu dengan itu hati-hati kamu tidak bersatu, hendaklah orang-orang yang cerdik pandai mengiringiku, kemudian yang mengikuti mereka dan yang mengikuti mereka”.

Sudah tiba masanya masyarakat, terutama sekali pihak pengurusan masjid, berubah dan kembali kepada petunjuk hadith. Apatah lagi sejak akhir-akhir ini, gangguan yang berlaku di masjid pada ketika sembahyang Jumaat. Kanak-kanak yang berada sesama mereka mengambil kesempatan untuk berbual-bual sehingga menyebabkan suasana khutbah Jumaat hingar-bingar.

Kesimpulannya, dengan meletakkan kanak-kanak di dalam saf iaitu bapa berada bersama-bersama dengan anaknya, maka anak berada di bawah jagaannya dan keadaan akan lebih terkawal. Selain itu, secara tidak langsung akan mendidik anak-anak cara-cara hidup bermasyarakat kerana dapat berinteraksi dengan semua lapisan.

Beberapa Kesalahan Yang Biasa Dilakukan Di Dalam Bulan Ramadhan

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

By: Asma Bint Shameen (www.Onislam.net)

(Terjemahan dan saringan oleh http://www.darulkautsar.wordpress.com)

Ramadhan pastinya bulan yang kita cintai, tetapi sayangnya kita menyambutnya hanya untuk bergembira dan bersantai dengan melupakan bahawa bulan puasa ini adalah merupakan bulan untuk berkorban kepada Allah. Di bawah ialah beberapa panduan untuk memastikan kita berada di atas landasan yang betul di Ramadhan ini.

Menganggap Ramadhan Sebagai Adat

Bagi kebanyakan orang, Ramadhan telah hilang nilai kerohaniannya dan ianya lebih merupakan adat berbanding ibadat. Kita berpuasa dari pagi hingga malam kerana orang di sekeliling kita berpuasa. Kita lupa inilah peluang untuk kita membersihkan hati dan jiwa dari kejahatan dan kemungkaran…kita lupa untuk menadah doa, lupa untuk bertafakur meminta keampunan Allah dan menyelamatkan kita dari api neraka. Memang kita tidak makan dan minum tapi itu bukanlah segala-galanya.

Kita lupa semua ini walaupun Nabi s.a.w telah bersabda:

“Jibril telah berkata kepadaku, “Celakalah sesiapa yang Ramadhan datang kepadanya tetapi dosanya tidak diampunkan”, dan daku berkata “Amiin”. Kemudian dia berkata, “Celakalah orang yang hidup sehingga ibubapanya tua, salah seorang atau kedua-duanya, tetapi dia tidak memperolehi syurga (kerana tidak menjaga mereka)”, dan saya berkata, “Amiin”. Dan dia berkata: “Celakalah, sesiapa yang bila namamu disebut tetapi tidak berselawat kepada mu”,  dan aku berkata, “Amiin”. (Hadith riwayat at-Tirmizi, Ahmad dan lain-lain. Dihukumkan sahih oleh al-Albani)

Terlalu Menumpukan Perhatian Kepada Makanan dan Minuman

Kepada sebahagian orang, sebulan bulan Ramadhan hanya berkisar sekitar makanan. Mereka menghabiskan masa sepanjang hari merancang, membeli-belah, memasak dan memikirkan tentang makanan daripada memberi tumpuan kepada solat, membaca al-Quran dan lain-lain ibadat. Mereka hanya berfikir tentang MAKANAN. Sehingga bulan “berpuasa” menjadi bulan “berpesta makanan”. Semasa berbuka puasa, meja dipenuhi berbagai jenis makanan, minuman dan pemanis mulut. Mereka lupa tujuan sebenar berpuasa, malah sebaliknya menambahkan sifat tamak dan memenuhi hawa nafsu yang sepatutnya dikawal dengan puasa. Kita dapati pembaziran yang berleluasa dan bermewah-mewahan yang melampaui batas.

“…dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas”. [Surah al-Araaf,  Ayat 31]

Menghabiskan Masa Sepanjang Hari Memasak

Sebahagian kaum ibu (sama ada dengan kerelaan sendiri atau atas dorongan atau desakan suami) memasak sepanjang hari dan malam sehinggakan di akhir hari terlalu penat untuk sembahyang Isya’ apatah lagi sembahyang tarawih atau tahajjud atau membaca al-Quran. Bulan ini bulan keampunan dan rahmat. Jadi, padamkan api dapur dan nyalakan iman!

Makan Terlalu Banyak

Sebahagian manusia mengisi perut sepenuh-sepenuhnya semasa bersahur, seolah-olah akan meletup kerana mereka fikir inilah cara untuk mengelak dari berasa lapar di siang hari dan sebahagian manusia berbuka puasa seolah tiada lagi hari esok; cuba menggantikan semula makanan yang ditinggalkan semasa berpuasa. Ini sebenarnya menyalahi sunnah. Bersederhana adalah kunci kepada semua perkara.

Memakan terlalu kenyang menghalang seseorang dari melakukan amal kebaikan dan ibadat, menyebabkan rasa malas dan hati menjadi tumpul. Seseorang bertanya kepada Imam Ahmad: “Adakah seseorang itu dapat berhati lembut dan tawadhu’ bila perutnya sentiasa penuh?”. Imam Ahmad menjawab: “Saya fikir tidak”.

Tidur Sepanjang Hari

Sebahagian manusia, menghabiskan sepanjang (atau sebahagian besar) hari untuk tidur. Adakah ini yang dituntut dari kita di dalam bulan yang mulia ini? Mereka tidak mendapat manfaat dari tujuan puasa dan menjadi hamba kepada hawa nafsu; bersenang-senang dan bermewah-mewah. Mereka tidak sanggup berjaga (dari tidur) untuk merasakan bagaimana lapar atau untuk menahan diri dari keperitan lapar. Seseorang yang berpuasa dan tidur sebahagian besar di siang hari adalah seorang yang cuai dan mengelat!

Membazirkan Masa

Setiap saat di bulan Ramadhan adalah amat bernilai, sehingga Allah menamakannya “Ayyamum Ma’duudaat” (Beberapa hari yang tertentu). Tanpa kita sedar, bulan rahmat dan keampunan telah pergi meninggalkan kita. Kita sepatutnya cuba sedaya upaya untuk memanfaatkan setiap saat untuk beribadat supaya kita mendapat sebanyak mungkin rahmat. Sayangnya, ramai dari kira menghabiskan masa bermain ‘video game’, menonton tv, menonton wayang atau mendengar muzik.

Berpuasa Tapi Tidak Meninggalkan Maksiat

Sebahagian dari kita berpuasa tetapi tidak meninggalkan bercakap bohong, meyumpah seranah, bergaduh, mengumpat dan seumpamanya. Dan sebahagian kita berpuasa tetapi tidak meninggalkan dari perbuatan menipu, mencuri, berniaga perkara haram, membeli loteri, menjual arak, berzina dan seribu satu macam maksiat tanpa menyedari bahawa tujuan berpuasa adalah bukannya tidak makan dan minum tetapi tujuan sebenarnya ialah untuk menambahkan taqwa kepada Allah.

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa”. [Surah al-Baqarah, Ayat 183]

Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan yang sia-sia dan bertindak ke atasnya, Allah tidak berhajat kepadanya untuk meninggalkan makan dan minum”. (Hadith riwayat al-Bukhari)

Menghisap Rokok

Menghisap rokok diharamkan dalam Islam sama ada dalam bulan Ramadhan atau bulan-bulan lain, kerana ianya salah satu dari “al-Khabaa’ith” (perkara haram dan keji). Ini termasuk juga semua perkara yang seumpamanya seperti menghisap cerut, paip, sisha dsb.

Ianya membahayakan, bukan hanya kepada perokok itu sahaja, tetapi juga orang-orang di sekeliling mereka. Ianya juga membazirkan harta. Dan yang lebih penting ianya membatalkan puasa.

Tidak Bersahur

Nabi s.a.w bersabda: “Bersahurlah kerana dalam sahur itu ada keberkatan” (Hadith Riwayat al-Bukhari Dan Muslim). Dan Nabi s.a.w bersabda: “Perkara yang membezakan di antara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah sahur”. (Riwayat Muslim)

Berhenti Makan Sahur Bila Masuk Waktu “Imsak”

Sebahagian orang berhenti makan sahur 10-15 minit sebelum masuk waktu subuh, atau apa yang dinamakan “Imsak”. Sheikh Ibn ‘Uthaimin berkata: “Ini adalah satu bentuk bid’ah. Yang tidak ada asasnya dalam sunnah. Malah yang sunnahnya adalah sebaliknya. Allah membenarkan kita makan sehingga masuk waktu subuh, “…dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar”. [Surah al-Baqarah, Ayat 187]

Nabi s.a.w. bersabda: “Makan dan minumlah sehingga kamu mendengar azan oleh Ibnu Umm Maktoom kerana dia tidak melaungkan azan sehingga masuk waktu subuh”.

Waktu “Imsak” yang diamalkan oleh sebahagian dari kita adalah perkara tambahan yang tidak diperintahkan oleh Allah, ianya batil. Ianya adalah bid’ah dan Nabi s.a.w telah bersabda:

“Sesiapa yang melampaui batas akan binasa, Sesiapa yang melampaui batas akan binasa, Sesiapa yang melampaui batas akan binasa”. (Hadith Riwayat Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Janganlah sekali-kali azan Bilal itu mencegah salah seorang di antara kalian untuk makan sahur, kerana Bilal mengumandangkan azan atau memanggil pada malam hari adalah untuk mengingatkan orang yang sedang salat qiyam (akan dekatnya waktu fajar) dan untuk membangunkan orang yang masih tidur”.

Tidak Berpuasa Bila Terlepas Sahur

Sesetengah orang amat takut untuk berpuasa sekiranya terlepas bersahur. Ini adalah sikap pengecut dan terlalu sukakan kesenangan. Apa masalahnya jika anda terlepas beberapa suap makanan? Bukannya akan mati pun! Ingatlah, ketaatan kepada Allah akan menyelesaikan segalanya.

Berniat Puasa Dengan Menyebut Secara Kuat Atau Membaca Doa Tertentu Bila Memulakan Puasa

Niat letaknya dalam hati. Kita hendaklah menetapkan dalam hati bahawa kita akan berpuasa esok hari. Hanya itu yang perlu dilakukan. Syariat tidak mengajarkan supaya menyebut dengan kuat. “Saya berniat untuk puasa”, “Saya akan berpuasa esok” atau apa-apa ucapan lain yang direka-reka. Juga, tidak ada doa khas yang perlu dibaca semasa memulakan puasa. Apa-apa doa untuk memulakan puasa yang mungkin ditulis di akhbar atau taqwim Ramadhan adalah bid’ah.

Melambat-lambatkan Berbuka Puasa

Sesetengah orang menunggu sehingga azan habis dilaungkan atau beberapa minit selepas itu, kononnya kerana berhati-hati. Sunnah menyatakan hendaklah segera berbuka puasa, bermakna berbuka puasa bila azan bermula, sebaik sahaja matahari jatuh. A’ishah berkata: “Inilah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w”. (Hadith Riwayat Muslim)

Nabi s.a.w bersabda: “Manusia akan terus berada dalam kebaikan selagi mereka bersegera berbuka puasa”. (Hadith Riwayat al-Bukhari  Dan Muslim)

Berusaha sebaik mungkin, pastikan jam dan taqwim anda tepat, dan bertawakkallah kepada Allah dan berbuka puasalah tepat pada waktunya.

Makan berterusan Sehingga Habis Waktu Maghrib

Sesetengah orang mengisi penuh makanan di dalam pinggan bila berbuka puasa dan terus makan, mencuci mulut, minum teh dsb sehingga terlepas waktu maghrib. Ini sudah pasti tidak betul. Sunnah Nabi s.a.w ialah setelah berbuka puasa dengan beberapa biji tamar, Baginda s.a.w. bersegera mengerjakan sembahyang. Setelah selesai bersembahyang, anda boleh makan semula setakat yang anda mahu.

Melepaskan Peluang Keemasan Supaya Doa Dikabulkan

Doa seorang yang berpuasa ketika berbuka puasa dijamin akan dimakbulkan. Nabi s.a.w bersabda: “Tiga jenis doa tidak akan ditolak: Doa seorang ayah, doa orang berpuasa dan doa seorang musafir”. (Hadith riwayat Al-Baihaqi dan disahihkan oleh al-Albani)

Saat di mana sepatutnya seseorang duduk dan berdoa di masa yang amat berharga ini, sesetengah orang mensia-siakan peluang keemasan ini dengan sibuk menggoreng jemput-jemput, bersembang, menyusun makanan, mengisi pinggan dan gelas dsb. Fikirkan, adakah makanan yang lebih penting atau peluang dosa anda diampunkan atau doa anda dimakbulkan?”.

Berpuasa Tetapi Tidak Sembahyang

Puasa orang yang tidak bersembahyang TIDAK AKAN DITERIMA. Ini adalah kerana perbuatan meninggalkan sembahyang adalah perbuatan kufur sebagaimana Nabi s.a.w bersabda: “Perbezaan di antara kufur dan syirik seseorang lelaki adalah sembahyang”. (Hadith riwayat Muslim)

Tiada amal kebaikannya akan diterima, malah semuanya akan dihapuskan, “Sesiapa yang tidak sembahyang Asar, amal kebaikannya akan dihapuskan” (Hadith riwayat al-Bukhari)

Berpuasa Tetapi Tidak Memakai Tudung (Atau Tidak Menutup Aurat)

Tidak memakai tudung adalah dosa besar dan ianya adalah wajib untuk wanita-wanita muslim (Lihat Surah an-Nur & Surah al-Ahzaab). Oleh itu berpuasa tetapi tidak memakai tudung (atau tidak menutup aurat) mengurangkan banyak pahala puasa walaupun tidak membatalkan puasa.

Tidak Berpuasa Kerana Menduduki Peperiksaan Atau Bekerja

Menduduki peperiksaan atau melakukan kerja adalah BUKAN salah satu alasan yang dibenarkan syariat untuk meninggalkan puasa. Anda boleh belajar atau membuat ulangkaji di waktu malam sekiranya terlalu membebankan di waktu siang hari. Perlu diingat bahawa taat dan patuh kepada Allah adalah lebih penting daripada markah yang tinggi. Di samping itu, sekiranya anda menunaikan tanggungjawab anda dengan berpuasa, walaupun anda sedang belajar, Allah akan mempermudahkan dan membantu urusan anda.

“…dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya)…” (Surah at-Talaaq, Ayat 2 &3)

Berpuasa Dengan Tujuan Untuk Diet

Jangan berpuasa dengan tujuan untuk diet. Ini adalah di antara kesilapan terbesar yang dilakukan oleh sebahagian dari kita (terutamanya kaum wanita). Puasa ialah suatu ibadat dan hendaklah hanya kerana Allah sahaja. Oleh itu, menunaikannya dengan tujuan sebagai diet adalah salah satu syirik kecil.

Bergaduh Tentang Bilangan Rakaat Sembahyang Tarawih

Tidak jelas berapakah bilangan rakaat sembahyang tarawih yang tetap. Kita boleh lakukan lapan atau dua puluh rakaat. Sheikh Ibn Uthaimin berkata: “Seseorang tidak patut disalahkan kerana bersembahyang tarawih sebelas atau dua puluh tiga rakaat, kerana persoalannya lebih besar dari itu, alhamdulillah”.

Sembahyang Sunat Ramadhan Hanya Pada Malam Ke-27

Sesetengah orang bersembahyang sunat Ramadhan hanya pada malam ke 27, untuk mencari Lailatul-Qadar, mengabaikan malam-malam lain yang ganjil, walaupun Nabi s.a.w. telah bersabda: “Carilah Lailatul Qadar di antara malam-malam yang ganjil di sepuluh malam terakhir Ramadhan”.

Mensia-siakan Saat-saat Akhir Ramadhan Untuk Membuat Persediaan Sambutan Hari Raya

Sesetengah orang mensia-siakan keseluruhan sepuluh hari terakhir Ramadhan untuk membuat persiapan menyambut hari raya, membeli-belah, mengunjungi pasaraya, mengabaikan ibadat dan malam lailatul qadar. Ketahuilah, Nabi s.a.w beribadat begitu bersungguh-sungguh di sepuluh hari terakhir Ramadhan (Riwayat Ahmad & Muslim). Belilah dan sediakan apa-apa keperluan hari raya sebelum Ramadhan tiba untuk membolehkan anda menggunakan sebanyak mungkin masa untuk beribadat di bulan Ramadhan.

‘Aishah r.ha. berkata: “Bila sepuluh malam terakhir tiba, Rasullullah s.a.w mengetatkan tali pinggangnya (iaitu bersungguh-sungguh beribadat atau menahan diri dari berseronok-seronok dengan isteri-isterinya), berjaga malam dan mengejutkan keluarganya (dari tidur)” (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Pesta Berbuka Puasa

Walaupun menjemput satu sama lain untuk berbuka puasa adalah sesuatu yang baik dan digalakkan, sesetengah orang agak keterlaluan dengan “pesta-pesta buka puasa mewah” yang penuh dengan kemaksiatan dan pergaulan bebas lelaki perempuan, wanita-wanita yang tidak menutup aurat, menunjuk-nunjuk dan berlebih-lebihan, tidak menghiraukan sembahyang fardhu dan sembahyang tarawih sambil berpesta muzik dengan tarian dan joget.

Kita Semua Cinta kepada Islam Tetapi Kita Cipta Cara-cara Sendiri Dalam Mengamalkan Islam. Adakah Kita Hidup Dengan Cara Islam Sebenarnya?

Puasa Dan Hikmah Pengislahan Akhlaq

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

Oleh : Muhammad Hanief Awang Yahaya

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan ucapan dusta, amalan dusta dan bertindak jahil maka Allah s.w.t. tidak memerlukan kepada dia meninggalkan makan dan minumnya”. (Sahih al-Bukhari)

Lapar dan dahaga tidak memberi apa-apa manfaat kepada orang yang berpuasa melainkan dia menjaga dirinya dari kata-kata batil dan amalan dusta. Makna hakiki bagi puasa ialah menjaga akhlak, menjauhi sifat-sifat yang tercela. Punca utama kejatuhan akhlak ialah diri yang tunduk kepada kejahatan dusta.

Kata-kata dusta bukan terbatas pada penipuan dalam kata-kata dan memberi kesaksian palsu di mahkamah tetapi merangkumi setiap ucapan yang melencong dari kebenaran dan menjauhkan seseorang dari jalan yang lurus, sama ada penipuan dalam mu’amalat, menyembunyikan keaiban, mengumpat, memfitnah, berkhianat dalam memberi nasihat, memaki hamun, meninggi diri, mengungkit dan sebagainya.

Hadith ini mengingatkan kita supaya tidak mensia-siakan amalan puasa. Walaupun seseorang itu menyempurnakan kesemua syarat dan rukunnya namun kerana tidak menjaga dan menghormati adab-adab maka puasa menjadi sia-sia.

Hadith ini memberi dorongan supaya menjaga setiap anggota dari melakukan dosa. Menjaga mata dari memandang perkara yang haram, menjaga telinga dari mendengar sesuatu yang melalaikan  dari mengingati Allah s.w.t.

Dalam suasana berpuasa di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dan berada dalam tahap syahwah yang lemah maka sepatutnya seseorang dapat mengawal dirinya. Akan tetapi jika berterusan juga dalam melakukan kemaksiatan maka kedudukannya lebih berat lagi daripada melakukan kemaksiatan di bulan-bulan lain.

Takabbur haram pada setiap masa dan zina haram pada semua keadaan tetapi haramnya itu lebih berat pada ketika dan keadaan yang khusus. Begitu juga dengan mengumpat, setiap masa adalah haram dan keharamannya lebih berat pada masa berpuasa kerana ibadat puasa itu sendiri telah dicemari dengan maksiat. Wujudnya maksiat di luar ibadat tidaklah sedahsyat maksiat yang terjadi dalam ibadat.

Maksud kejahilan ada dua, lawan kepada ilmu dan lawan kepada “hilm”, yakni kesantunan. Jahil dengan maksud bertindak jahil, tidak penyantun, tidak beradab, bertindak bodoh, melanggar batas, melampaui hak orang lain. Yang lebih sesuai dengan maksud hadith ialah dengan makna bertindak jahil dan tidak beramal mengikut tuntutan dan adab-adab Islam, walaupun dia seorang yang berpengetahuan tinggi.

Apabila kita merujuk kepada puasa, maka tujuannya ialah untuk penyucian jiwa dari segala kekotoran maksiat dan dosa. Ia mendidik dan menjinakkan nafsu “ammarah” supaya menjadi nafsu yang “mutma’innah”. Diri yang lapar dapat menghapuskan atau setidak-tidaknya meredakan api kemarahan dan sifat perengus.

Dari segi matlamat, puasa mempunyai persamaan dengan maksud rukun-rukun Islam yang lain iaitu mengislah diri dan mensucikan jiwa daripada kemaksiatan dan tingkah laku yang jelek. Dengan tercapai matlamat ini, maka wujud dalam dirinya ketaqwaan kepada Allah s.w.t.

· Sembahyang dikerjakan untuk menjauhkan diri dari fahsha` dan munkar.

“Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar”(Surah al-‘Ankabut, Ayat 45)

· Zakat untuk menyucikan jiwa dan juga harta

“Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui”. (Surah al-Taubah, Ayat 103)

· Kelebihan haji juga sebagai membersihkan jiwa.

“(Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah; dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah); dan bertaqwalah kepada-Ku wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya)”. (Surah al-Baqarah, Ayat 197)

Itulah yang wajib dipatuhi; dan sesiapa yang menghormati hukum-hukum Allah maka yang demikian menjadi kebaikan baginya di sisi Tuhannya. Dihalalkan bagi kamu binatang-binatang ternak, kecuali yang dibacakan kepada kamu (tentang haramnya), maka jauhilah kekotoran syirik yang disebabkan oleh penyembahan berhala, serta jauhilah perkataan yang dusta”.  (Surah al-Hajj, Ayat 30)

Berpuasa Tapi Bersugilah

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

Oleh : Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Kebersihan adalah sesuatu yang dituntut oleh Islam sepanjang masa. Ini khususnya apabila kita beribadah kepada Allah. Juga apabila kita bertemu manusia lain. Islam memerintahkan kita menjaga hubungan baik dengan Allah, demikian juga kita menjaga hubungan baik sesama manusia. Kebersihan, wangian dan penampilan yang baik sesuatu yang menunjukkan penghormatan dan penghargaan kita kepada pihak yang ingin kita bertemu dengannya. Ini adalah tabiat manusia. Justeru itu, semasa solat kita diwajibkan menjaga kebersihan dan menutup aurat, juga disunatkan berwangian. Demikian ketika berjumpa dengan manusia. Pakaian yang sesuai dan memakai wangian adalah sunnah dalam bermasyarakat. Mereka yang mempunyai bau busuk dilarang datang ke tempat perhimpunan awam khususnya solat berjemaah. Sebab itu tidak dibenarkan sesiapa yang memakan bawang putih ataupun makanan yang lain yang mengeluarkan bau busuk dari pemakannya menghadiri solat berjemaah. Ini kerana Islam ingin mengelakkan kita menyakitkan orang lain dan menimbulkan kebencian sesama manusia.

Galakan Gosok Gigi

Islam menggalakkan bersugi (gosok gigi) kerana ia mengelakkan bau busuk mulut seseorang. Bahkan, kalaulah tidak menjadi beban kepada umat ini sudah pasti kita diwajibkan bersugi lima kali sehari. Ini seperti sabda Nabi s.a.w: “Jika tidak kerana bimbangkan membebankan umatku nescaya akan aku perintahkan mereka bersugi setiap kali waktu solat”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Apabila kita berpuasa, bau mulut kita menjadi kuat. Ini sesuatu yang sukar dielakkan. Allah tahu hakikat tersebut. Allah maha tahu bahawa bau tersebut terhasil kerana kita tidak makan dan minum sepanjang hari kerana-Nya. Justeru itu, Nabi s.a.w bersabda: “Bau busuk mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada haruman kasturi”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Namun ini tidaklah bererti orang yang berpuasa itu disuruh untuk membiarkan orang lain mencium bau busuk mulutnya. Itu akan menyakiti orang lain. Apatah lagi di zaman kini yang mana kita bekerja di tempat awam, ataupun membabitkan ramai orang di sekeliling kita. Tambahan lagi, jika terdapat mereka yang bukan muslim, tentu akan menimbulkan rasa yang tidak selesa terhadap muslim yang berpuasa pada bulan Ramadhan ataupun boleh menghilangkan gambaran keindahan Islam.

Maka pendapat yang menyuruh kita membiarkan bau busuk mulut semasa berpuasa tidak begitu kukuh dari segi sifat semulajadi ataupun “naturality” agama ini. Dengan menghormati perbezaan pendapat, namun realiti kehidupan yang mesra menolak pandangan tersebut. Ini ditambah dengan hadith-hadith yang seakan menggalakkan untuk seseorang yang berpuasa mengekalkan bau mulutnya itu adalah lemah dari segi riwayat. Tidak kukuh untuk disandarkan kepada Nabi s.a.w seperti yang dinyatakan oleh al-Imam Al-Mubarakfuri dalam kitab “Tuhfat al-Ahwazi”. Maka tidak boleh menjadi hujjah. Apatah lagi bertentangan dengan sifat Islam itu sendiri. Hadith-hadith yang menggalakkan kebersihan dan juga bersugi adalah umum merangkumi setiap waktu termasuk bulan Ramadhan.

Bukan Hujjah

Antara hadith yang tersangat dhaif yang digunakan dalam bab ini ialah dikatakan Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu berpuasa maka bersugilah pada waktu pagi dan jangan bersugi pada waktu petang”. Ia diriwayatkan oleh al-Bazzar, at-Tabarani dan lain-lain. Namun ia terlalu dhaif yang tidak boleh dijadikan hujjah. Di samping itu ada hadith dhaif lain namun lebih kuat ataupun kurang dhaif daripadanya iaitu diriwayatkan ‘Amir bin Rabi’ah berkata: “Aku melihat Rasulullah bersugi sedangkan beliau berpuasa”. (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Abu Daud dll).

Apapun galakan bersugi bagi setiap waktu solat yang diriwayatkan dalam hadith yang sahih adalah asas dalam amalan muslim. Ertinya, bersugi sentiasa digalakkan tanpa mengira sama ada puasa ataupun tidak. Nabi s.a.w. dalam hadith sahih yang lain menyatakan tujuan bersugi dengan menyebut: “Bersugi itu membersihkan mulut dan menjadikan Tuhan redha”. (Riwayat Ahmad, an-Nasai, Ibn Hibban dll).

Justeru itu, jadikanlah puasa itu menzahirkan keindahan pekerti dalam perkataan dan perbuatan yang mengeratkan hubungan baik sesama masyarakat. Oleh itu jangan jadikan bau mulut kita menimbulkan keresahan orang lain terhadap mereka yang berpuasa. Berpuasa dan bersugilah!

Sumber: http://my.news.yahoo.com/kolum-dr-asri–berpuasa-tapi-bersugilah-ramadan2012.html (dengan sedikit suntingan)

Eid : Hukum Dan Adabnya

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

Susunan : Khairol Amin Bin Mohd Salleh (www.al-ahkam.net)

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وبعد

Artikel di bawah ini ialah ringkasan fatwa oleh ulama’ dan penulis terkenal Arab Saudi, Sheikh Saleh Munajjid yang membicarakan tentang hukum dan adab-adab merayakan Eidul-Fitri dan Eidul-Adha. Antaranya, apakah tidak baik berkahwin di dalam bulan Syawal yang mulia ini? Apakah ia merupakan satu sumpahan (“bad omen”) bagi kedua-dua mempelai? Tidak kurang juga mereka mula berpuasa 6 pada hari Syawal ke 2 dan pada 8 Syawal mereka akan menyambut Hari Raya kedua atau “Eid Al-Abraar”. Adakah perayaan ini dibenarkan? Fatwa-fatwa di bawah ini akan menjawab persoalan-persoalan tersebut.

Eid: Adab dan amalan – ringkasan dari fatwa Sheikh Mohammad Saleh Munajjid [1]

Sabda Nabi s.a.w kepada Abu Bakar r.a., “Setiap kaum ada perayaan, dan ini adalah perayaan kita” {إن لكل قوم عيد وهذا عيدنا} (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Hadith ini merujuk kepada dua perayaan Eid yang khusus bagi orang Islam. Orang Islam tidak ada perayaan lain selain dari Eidul-Fitr dan Eidul-Adha. Anas r.a. berkata : Nabi s.a.w datang ke Madinah, orang-orang Madinah biasa menyambut dua perayaan. Di kedua perayaan itu mereka ada pesta. Kata Baginda (Nabi s.a.w. bertanyakan kaum Ansar mengenainya): “Apakah itu dua hari?”. Mereka menjawab: “Kami biasa berpesta di masa zaman Jahiliyyah dahulu lagi”. Nabi s.a.w memberitahu mereka: “Sesungguhnya Allah s.w.t. telah mengurniakan dua hari yang mempunyai kebaikan di dalamnya, iaitu hari Eidul-Fitr dan hari Eidul-Adha”. (Hadith Riwayat Abu Daud, 1134)

عَنْ أَنَسٍ رضي الله عنه قَالَ قَدِمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ وَلَهُمْ يَوْمَانِ يَلْعَبُونَ فِيهِمَا فَقَالَ مَا هَذَانِ الْيَوْمَانِ قَالُوا كُنَّا نَلْعَبُ فِيهِمَا فِي الْجَاهِلِيَّةِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ بِهِمَا خَيْرًا مِنْهُمَا يَوْمَ الْأَضْحَى وَيَوْمَ الْفِطْرِ (سنن أبي داود 1134

Kedua-dua Eid ini adalah di antara syiar Allah, di mana kita harus mengambil berat dan memahami objektifnya;

وهذان العيدان هما من شعائر الله التي ينبغي إحياؤها وإدراك مقاصدها واستشعار معانيها

Di bawah ini akan dinyatakan adab dan peraturan Eid.

Peraturan Eid (أحكام العيد )

1. Haram Berpuasa: Haram berpuasa pada hari-hari Eid kerana dari hadith Abu Sa’id Al-Khudri r.a., di mana Rasulullah s.a.w telah melarang berpuasa satu hari di dalam Eid Fitr dan satu hari di dalam Eid Adha (Riwayat Muslim, 827).

يحرم صوم يومي العيد لحديث أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ صِيَامِ يَوْمَيْنِ يَوْمِ الْفِطْرِ وَيَوْمِ النَّحْرِ

(رواه مسلم 827 حكم صلاة العيدين)

2. Melakukan solat Eid: Beberapa ulama’ mengatakan bahawa Solat Eid ini hukumnya wajib – Ini adalah pandangan ulama’-ulama’ kalangan Hanafi dan juga Sheikh al-Islam Ibn Taimiyah. Beberapa ulama’ yang lain pula mengatakan bahawa Solat Eid ini hukumnya Fardu Kifayah. Ini adalah pandangan Mazhab Hanbali. Kumpulan ketiga pula mengatakan hukum solat Eid ialah Sunat Mu’akkad (مؤكدة). Ini adalah pandangan mazhab Maliki dan Shafi’e.

3. Solat Sunat: Tidak terdapat solat sunat sebelum atau sesudah Solat Eid yang boleh dilakukan, sebagaimana yang dilaporkan oleh Ibnu Abbas bahawa Nabi s.a.w biasanya akan keluar di hari Eid dan bersolat 2 rakaat, tidak dilakukan apa-apa sebelum dan sesudahnya.

رواه البخاري معلقا مجزوما به النافلة في المصلى: لا نافلة قبل صلاة العيد ولا بعدها كما جاء عن ابن عباس أن النبي صلى الله عليه وسلم خرج يوم العيد فصلى ركعتين لم يصل قبلهما ولا بعدهما.

Ini di dalam hal solat dilakukan di kawasan terbuka. Walaubagaimana pun, bagi mereka yang bersolat Eid di masjid, maka mereka seharusnya bersolat 2 rakaat Tahiyat Al-Masjid sebelum duduk

وهذا إذا كانت الصلاة في المصلى أو في مكان عام وأما إن صلى الناس العيد في المسجد فإنه يصلي تحية المسجد إذا دخله قبل أن يجلس.

4. Wanita yang menyertai Solat Eid: Menurut sunnah Nabi s.a.w, setiap orang digalakkan menghadiri Solat Eid, dan berkerjasama di antara satu sama lain. Wanita yang datang haidh, janganlah lupa mengingati Allah atau pergi ke tempat perhimpunan yang bermatlamatkan penambahan ilmu dan mengingati Allah selain dari masjid. Wanita, tidak dapat dinafikan lagi, tidak boleh pergi tanpa memakai hijab!

Adab-Adab Eid

1. Mandi (الاغتسال): ia merupakan salah satu dari adab yang baik sebelum keluar bersolat. Ia telah dilaporkan oleh Sa’id Ibnu Jubair, berkata: “Tiga perkara yang menjadi sunnah pada hari Eid: berjalan kaki (ke tempat solat), mandi, dan makan sebelum keluar (jika ianya Eidul-Fitr)”.

سنة العيد ثلاث المشي والاغتسال والأكل قبل الخروج

2. Menjamah makanan sebelum keluar (الأكل قبل الخروج): Seseorang janganlah hendaknya pergi ke tempat Solat pada hari Eidul-Fitr sebelum makan beberapa biji tamar, kerana diriwayatkan oleh al-Bukhari dari Anas Ibnu Malik berkata: “Rasulullah s.a.w tidak akan keluar pada pagi Eidul-Fitri sehingga dia memakan beberapa biji tamar…. dan beliau akan makan bilangan ganjil”.

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَغْدُو يَوْمَ الْفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ تَمَرَاتٍ .. وَيَأْكُلُهُنَّ وِتْرًا

3. Bertakbir pada hari Eid (التكبير يوم العيد): Ini merupakan sunnah yang terbesar pada hari tersebut. Al-Daraqutni dan lain meriwayatkan bahawa Ibnu Umar semasa keluar pada hari Eidul-Fitr dan Eidul-Adha akan sedaya-upaya melakukan takbir sehingga tiba ke tempat solat, kemudian ia akan meneruskannya sehingga imam tiba.

وروى الدارقطني وغيره أن ابن عمر كان إذا غدا يوم الفطر ويوم الأضحى يجتهد بالتكبير حتى يأتي المصلى ، ثم يكبر حتى الإمام.

4. Mengucapkan tahniah (التهنئة): Orang Islam boleh mengucapkan tahniah dan ucapan-ucapan yang baik di hari Eid, tidak kira apa bentuk ucapan sekalipun {أيا كان لفظها}. Misalnya mereka boleh mengucapkan di antara satu sama lain ucapan : “Taqabbal Allahu minnaa wa minkum” – Semoga Allah menerima amalan baik dari kami dan dari kamu atau Eid Mubarak {تقبل الله منا ومنكم أو عيد مبارك }. Diriwayatkan oleh Ibnu Hajar dengan ucapan: “Taqabbal minnaa wa minka” – semoga diterima amalan dari kamu dan dari kami {تُقُبِّل منا ومنك. ابن حجر إسناده حسن}.

5. Memakai baju yang baik/cantik untuk Eid (التجمل للعيدين ): Dari Jabir r.a. berkata: “Nabi s.a.w. mempunyai jubah yang beliau akan memakainya pada hari Eid dan hari Jumaat”.

وعن جابر رضي الله عنه قال : كان للنبي صلى الله عليه وسلم جبة يلبسها للعيدين ويوم الجمعة.

Al-Baihaqi meriwayatkan bahawa Ibnu Umar biasanya memakai pakaian yang baik pada hari Eid, jadi kaum lelaki haruslah memakai baju yang baik yang mereka miliki apabila keluar untuk Eid.

صحيح ابن خزيمة 1765 وروى البيهقي بسند صحيح أن ابن عمر كان يلبس للعيد أجمل ثيابه فينبغي للرجل أن يلبس أجمل ما عند من الثياب عند الخروج للعيد

6. Menggunakan jalan yang berlainan apabila pulang dari bersolat (الذهاب من طريق والعودة من آخر): Dari Jabir r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w menukar jalannya pada hari Eid –

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ عِيدٍ خَالَفَ الطَّرِيقَ (رواه البخاري 986

Amaran Kepada Beberapa Kemungkaran

1. Ada sesetengah orang yang mengatakan bahawa Islam menyuruh kita berjaga malam dan bersolat di malam Eid, merujuk kepada sepotong hadith yang tidak sahih,

“Sesiapa yang menghidupkan malam Eid, maka hatinya tidak akan mati di masa pada hari matinya hati.”  (أن من أحيا ليلة العيد لم يمت قلبه يوم تموت القلوب).

Hadith ini dilaporkan melalui dua sanad, satunya ialah dha’if, dan yang keduanya sangat dha’if. Islam tidak menyuruh kita menumpukan pada malam Eid untuk bersolat; tetapi jika memang menjadi kebiasaan seseorang itu bangun malam untuk bersolat, maka tidaklah salah perbuatannya walaupun pada malam Eid

وأما من كان يقوم سائر الليالي فلا حرج أن يقوم في ليلة العيد

2. Bercampur di antara lelaki dan perempuan di beberapa tempat-tempat solat, jalan raya dan lain-lain (اختلاط النساء بالرجال في بعض المصليات والشوارع وغيرها). Adalah sangat memalukan bahawa ini berlaku bukan sahaja di masjid, tetapi sehinggakan di tempat-tempat suci seperti di Masjidil Haram dan sebagainya. Kebanyakan wanita – moga Allah memberi petunjuk ke atas mereka (هداهن الله )- keluar tanpa menutup aurat, memakai make-up dan minyak wangi. Apabila terdapatnya kesesakan di masjid, bahaya situasi ini begitu terserlah. Bagi sesiapa yang bertanggungjawab haruslah menguruskan solat Eid betul-betul, dengan menyediakan pintu yang berbeza dan jalan yang berbeza dan melambatkan kaum lelaki keluar sehingga kaum wanita telah meninggalkan tempat tersebut.

Hari Eid dan Jumaat jatuh pada hari yang sama. Apakah solat Jumaat masih wajib?

Soalan: Jika Eid Al-Fitr jatuh pada hari Jumaat, bolehkah saya hanya bersolat Eid dan tidak bersolat Jumaat atau sebaliknya?

Jawab Sheikh Saalih Ibnu Fawzaan Al-Fawzaan [2]:

Segala pujian kepada Allah. Jika hari Eid bersamaan dengan Jumaat, maka sesiapa yang bersolat Eid bersama imam tidak perlu menghadirkan diri (tidak wajib ke atasnya); di dalam hal ini ia menjadi sunat. Jika ia tidak bersolat Jumaat, ia wajib bersolat zohor;

إذا وافق يوم العيد يوم الجمعة فإنه من صلى العيد مع الإمام سقط عنه وجوب حضور الجمعة ويبقى في حقه سنة . فإذا لم يحضر الجمعة وجب عليه أن يصلي ظهر

Perkara ini hanya berlaku kepada mereka yang bukan imam. Bagi imam pula, ia mesti menghadirkan diri bagi solat Jumaat dan mengimami orang Islam yang menghadirkan diri untuk bersolat. Solat Jumaat tidaklah boleh ditinggalkan sepenuhnya pada hari tersebut.

Sebagai tambahan :

Di dalam buku fekah yang terkenal, “Fiqh As-Sunnah”, karangan Sayyed Sabiq [3] menyatakan :

“Jika hari Eid berlaku pada hari Jumaat, maka solat Jumaat tiada lagi menjadi wajib bagi sesiapa yang menunaikan Solat Eid. Zaid ibn Arqam berkata: “Nabi s.a.w bersolat Eid dan memberi pilihan sama ada untuk mengerjakan solat Jumaat atau tidak. Sabda Baginda: “Barangsiapa ingin bersolat, maka bolehlah bersolat”. (Riwayat sahih dari Ibn Khuzaimah dan Hakim) (4)

إذا اجتمع الجمعة والعيد في يوم واحد سقطت الجمعة عمن صلى العيد؛ فعن زيد بن أرقم قال: صلى النبي صلى الله عليه وسلم العيد ثم رخص في الجمعة فقال : من شاء أن يصلي فليصل (رواه الخمسة وصححه ابن خزيمة والحاكم.

Bagi memperjelaskan lagi isu ini, Sheikh ‘Atiyya Saqr, bekas Pengerusi Majlis Fatwa Al-Azhar menyatakan sebagaimana berikut: “Telah diriwayatkan bahawa Eid berlaku pada hari Jumaat pada zaman Abdullah Ibn Az-Zubair dan beliau telah duduk di dalam rumah sehingga tengahari dan kemudian baru beliau keluar rumah, menyampaikan khutbah dan melakukan dua rakaat solat dan beliau tidak menunaikan Solat Eid. Bila ditanya mengenai ini, Ibnu Abbas berkata: “Dia telah mengikut sunnah”.

Berkahwin di bulan Syawal, adakah ia membawa nasib buruk?

Soalan: Kebanyakan orang di Asia merasakan bahawa jika mereka berkahwin di antara dua Eid, maksud saya, Eid Al-Fitr sehingga Eid Al-Adha adalah menjadi perkara buruk dan salah seorang dari pengantin akan mati kerana tidak berapa baik berkahwin di antara dua Eid. Saya ingin tahu dari pandangan Islam sama ada ia benar atau tidak?

Jawapan dari Sheikh Muhammad Salih Al-Munajjid[5]:

Jawapannya terbahagi kepada dua bahagian.

Pertamanya, kepercayaan di dalam soalan di atas adalah tidak benar; ia merupakan satu bid’ah (rekaan) dan menyesatkan di mana tidak ada asas langsung di dalam syariat Islamiah, dan ia tidak dinyatakan di dalam Al-Quran atau Sunnah.

Keduanya, kepercayaan di atas melanggar batasan syariah Islam di dalam beberapa cara:

(i) Kepercayaan bahawa seseorang akan mati di dalam jangka waktu ini. Tidaklah dibenarkan mempercayai perkara ini kerana kematian dan kehidupan di tangan Allah {لا يجوز لأن الموت والحياة بيد الله عز وجل } dan ketentuan kematian adalah sesuatu yang Allah simpan di dalam pengetahuannya. Tiada manusia yang tahu bila dia akan mati. Ini adalah suatu perkara yang Allah s.w.t. tidak memberitahu mana-mana makhluk-Nya. Kerana itu Nabi s.a.w berkata di dalam sebuah hadith (di mana kesahihannya dipersetujui oleh semua yang diriwayatkan) oleh Abu Hurairah r.a., di dalam sebuah hadith panjang Jibrail: “Ada lima perkara yang tiada siapa tahu melainkan Allah”. Kemudian katanya: “Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan mengenai masa, Dia menurunkan hujan, dan mengetahui siapa di dalam rahim. Tiada siapa yang mengetahui apa-apa mengenai apa nasibnya esok, dan tiada siapa yang tahu di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Mengetahui segala-galanya”. (Riwayat al-Bukhari, hadith  no  48, Muslim, hadith  no 10)

في خمس لا يعلمهن إلا الله ) ثم تلا : إِنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الأَرْحَامِ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَاذَا تَكْسِبُ غَدًا وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Mendakwa perkahwinan semasa jangka-waktu ini akan membawa kepada kematian adalah mendakwa mempunyai pengetahuan ghaib, dan hanya mereka yang karut sahaja yang berani mendakwa mempunyai pengetahuan sesuatu yang ghaib.

(ii) Ini juga menunjukkan keadaan iman yang lusuh, kerana ia menunjukkan kurangnya beriman kepada Al-Qada’ dan Al-Qadar. Maka itu Rasulullah s.a.w mengajar Ibnu Abbas semasa beliau masih kanak-kanak, “Mengetahui bahawa ummah akan berkumpul bersama dapat memanfaatkan kamu dengan apa-apa pun, [atau] mereka tidak akan memanfaatkan kamu dengan apa-apapun, melainkan Allah telah takdirkan ke atas kamu, dan jika mereka berkumpul untuk melakukan kemudaratan dengan cara apa sekalipun, mereka tidak akan dapat memudaratkan melainkan apa yang Allah takdirkan ke atas kamu. Qalam telah dinaikkan dan helaian telah kering”. (Riwayat Al-Tirmizi, Sifat Qiyaamah, hadith no 2440; dikelaskan sahih oleh Al-Albani di dalam Sahih Sunan Al-Tirmizi, hadith no. 2043).

وَاعْلَمْ أَنَّ الأُمَّةَ لَوْ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ يَنْفَعُوكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَنْفَعُوكَ إِلا بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللَّهُ لَكَ وَلَوْ اجْتَمَعُوا عَلَى أَنْ يَضُرُّوكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَضُرُّوكَ إِلا بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللَّهُ عَلَيْكَ رُفِعَتْ الأَقْلامُ وَجَفَّتْ الصُّحُفُ

Telah diriwayatkan oleh Abdullah bin Amru bin Al-‘Aas berkata: “Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w berkata, bahawa Allah telah menulis takdir makhluknya 50,000 tahun …”(Riwayat Muslim, Al-Qadar, hadith no 4797)

سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ كَتَبَ اللَّهُ مَقَادِيرَ الْخَلائِقِ قَبْلَ أَنْ يَخْلُقَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ بِخَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ ….

(iii) Ia juga menentukan tauhid dan kesempurnaannya, kerana ia melibatkan sesuatu kesialan dan “pessimisme”. Telah diperkatakan di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w berkata: “Tidak ada penyakit yang berjangkit [hanya dengan izin Allah], tidak ada burung yang mendatangkan sial, tidak ada burung hantu [atau tulang orang mati bertukar menjadi burung yang boleh terbang], dan tiada bulan Safar [yang mendatangkan bala]”. (لا عَدْوَى وَلا طِيَرَةَ وَلا هَامَةَ وَلا صَفَرَ ) (Riwayat al-Bukhari, Kitab Al-Tibb, hadith no. 5316).

Telah diriwayatkan dari hadith Ibnu Mas’ud bahawa Nabi s.a.w berkata: “Tiyarah (Tahayul) ialah sejenis syirik”. ( الطيرة من الشرك ) – (Riwayat At-Tirmizi, Kitab Al-Siyar, hadith no. 1539, disahihkan Al-Albani di dalam Jami’ at-Tirmizi, no. 1314)

Perlu diingatkan bahawa kepercayaan tahayul di dalam nasib yang sial bercanggah dengan tauhid dengan dua cara:

Pertama, kepercayaan tahayul menghalang seseorang itu meletakkan kepercayaan kepada Allah dan menjadikan seseorang itu bergantung kepada selain dari-Nya.

Kedua, ia menyebabkan seseorang itu bergantung kepada benda yang tidak ada asas kebenarannya, oleh itu tidak ada hubungan di antara berkahwin di dalam bulan ini dan apa yang akan berlaku seterusnya. Tidak syak lagi, ia akan menjejaskan tauhid, kerana tauhid bermakna beribadah dan memohon pertolongan dari-Nya. Allah berfirman : “Kepada Engkau aku sembah dan kepada Engkau aku memohon pertolongan”, (إياك نعبد وإياك نستعين )  (Surah Al-Fatihah, Ayat 5) dan, “Maka sembah Dia dan bertawakkal kepada-Nya”. (فاعبده وتوكّل عليه ) – (Surah Hud, Ayat 123).

Sesungguhnya A’isyah r.ha. berkata bahawa Nabi s.a.w berkahwin dengan beliau di dalam bulan Syawal dan menjadikan (merancang) perkahwinan dengannya di dalam bulan Syawal dan beliau merupakan wanita yang paling Baginda sayangi. Orang Arab biasanya mengatakan bulan ini tidak baik dan mereka biasa mengatakan bahawa barangsiapa yang berkahwin di dalam bulan Syawal, perkahwinan tidak akan berjaya, tetapi ini tidak benar.

Di dalam perkara mempercayai kesialan nasib, satu di dalam dua perkara ini harus terjadi:

Sama ada dia akan berpatah hati (“give up”), sebagai respon kepada “nasib buruk” (“bad omen”), dan tidak mengambil apa-apa tindakan, di mana ini merupakan kesan paling buruk tahyul, atau ia akan meneruskan, tetapi ia akan menjadi gelisah dan risau, dihantui oleh ‘nasib buruk’ yang akan menimpa. Ini kurang sikit seriusnya, tetapi kedua-duanya akan menjejaskan tauhid. (Lihat al-Qawl al-Mufeed oleh Ibnu Uthaimin, bahagian 2, m.s. 77-78).

Melihat kepada realiti, kita lihat di dalam sunnah Nabi s.a.w yang sahih membuktikan bahawa mitos ini PALSU. Manusia yang terbaik, Muhammad s.a.w, berkahwin dengan orang yang Baginda sayangi, A’isyah r.ha. di antara dua Eid, dan beliau merupakan orang yang paling gembira di sampingnya. Bahkah beliau telah menolak dakwaan Jahiliyyah dan berkata: “Rasulullah s.a.w berkahwin denganku di dalam bulan Syawal dan menjadikan perkahwinan denganku di bulan Syawal, dan wanita mana yang paling Rasulullah s.a.w. sayangi selain (melebihi) dariku?”.

تزوجني رسولُ الله صلى الله عليه وسلم في شوال ، وبنى بي في شوال ، فأي نساء رسول الله صلى الله عليه وسلم كان أحظى عنده مني

Al-Nawawi berkata: “Ini menunjukkan bahawa adalah mustahab mengadakan majlis perkahwinan dan berkahwin di dalam bulan Syawal. Nas dari para Sahabat menunjukkan ia adalah mustahab, dan mereka menjadikan hadith ini sebagai bukti. Dengan berkata begini, A’isyah berhasrat menolak amalan dan kepercayaan jahiliah. Apa yang biasa orang lakukan pada masa ini, iaitu tidak suka merancang perkahwinan dan berkahwin di dalam bulan Syawal, adalah salah dan tidak ada asas. Ini merupakan saki-baki dari ajaran jahiliyyah. Mereka menganggap bahawa ia suatu yang tidak baik kerana nama Syawal membawa maksud ‘mengangkat’ “.  (Syarah Muslim, 9/209)

Hukum berjima’ di malam dan hari Eid

Soalan: Apakah hukum berjima’ pada hari dan malam Eid (soalan saya termasuk kedua-dua Eid)? Saya mendengar dari beberapa ikhwan yang ikhlas bahawa ia tidak dibenarkan.

Jawab Sheikh Mohammad Saleh Munajjid [6]:

Alhamdulillah. Apa yang anda telah dengar dari saudara tersebut adalah tidak benar. Berjima’ pada malam dan siang Eid adalah dibenarkan {فالجماع ليلة العيد ويومه مباح }, tidaklah haram kecuali pada siang di dalam bulan Ramadhan dan apabila di dalam ihram Haji dan umrah, dan apabila wanita datang haidh atau keluar darah selepas bersalin (nifaas). Allah mengetahui yang sebaiknya.

Hukum merayakan “Eid al-Abraar” atau perayaan 8 Syawal setelah puasa 6

Soalan: Apakah hukum merayakan “Eid al-Abraar” yang dirayakan pada bulan Syawal setiap tahun [7]?

Jawapan: Salah satu dari perkara rekaan yang berlaku di dalam bulan Syawal ialah bid’ah Eid al-Abraar (عيد الأبرار), yang disambut pada 8 haribulan Syawal. Setelah mereka menyempurnakan puasa Ramadhan, dan berbuka puasa pada hari pertama Syawal – hari Eidul Al-Fitr – mereka mula berpuasa 6 hari pertama di dalam bulan Syawal, dan pada hari ke 8 mereka akan menyambut “eid” yang dinamakan Eid Al-Abraar.

Sheikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah berkata: “Mengenai menyambut perayaan yang tidak dinyatakan di dalam syariat – seperti beberapa malam di dalam bulan Rabi’ulawwal yang dipanggil ‘Maulid’, atau beberapa malam di dalam bulan Rejab, atau 18 Zulhijjah, atau Jumaat pertama di dalam bulan Rejab, atau 8 Syawal di mana ia dipanggil Eid Al-Abaar – ini adalah satu bid’ah yang tidak dibenarkan oleh salaf dan mereka tidak melakukan perkara itu. Allah mengetahui yang sebaiknya”. [8] (Majmu’ Fatawa Sheikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah).

وأما اتخاذ موسم غير المواسم الشرعية كبعض ليالي شهر ربيع الأول التي يقال : إنها ليلة المولد , أو بعض ليالي رجب , أو ثامن عشر ذي الحجة , أو أول جمعة من رجب , أو ثامن من شوال الذي يسميه الجهَّال عيد الأبرار : فإنها من البدع التي لم يستحبها السلف , ولم يفعلوها. والله سبحانه وتعالى أعلم.

Beliau juga berkata: “Mengenai 8 Syawal, ia bukanlah Eid, sama ada untuk kebenaran atau kejahatan. Tidak dibenarkan seseorang itu mengambilnya sebagai Eid atau mengambil apa-apa yang dikaitkan dengan perayaan pada hari itu”.

وأما ثامن شوال : فليس عيداً لا للأبرار ولا للفجار , ولا يجوز لأحد أن يعتقده عيداً, ولا يحدث فيه شيئاً من شعائر الأعياد عيد الأبرار : فإنها من البدع (al-(Ikhtiyaaraat al-Fiqhiyyah, ms. 199)

Perayaan “Eid” ini berlaku di masjid-masjid yang terkenal, di mana lelaki dan wanita bercampur secara bebas, berjabat tangan secara bebas dan menyebutkan perkataan jahiliyyah apabila mereka berjabat tangan. Kemudian mereka pergi membuat makanan yang dikhususkan pada perayaan ini”. (al-Sunan wa’l-Mubtada’aat oleh al-Shuqayri, m.s. 166).

Zakat Al-Fitr (Zakat Fitrah) menggunakan wang ringgit

Soalan: Apakah pandangan mengenai Zakat Al-Fitr … apakah ia mesti menggunakan bahan makanan atau boleh menggunakan wang?

Jawapan Dr. Ali Al-Soa [9]:

Adalah dibenarkan kepada seorang Islam yang mengeluarkan zakat al-fitr menggunakan wang. Kerana sesungguhya duit merupakan cara yang sesuai bagi mendapatkan barangan dan perkhidmatan. Duit membolehkan seseorang itu membeli barangan makanan dan lain-lain.

يجوز للمسلم أن يخرج قيمة زكاة الفطر نقودا؛ لأن النقود وسيلة صالحة لشراء السلع والخدمات؛ فيمكن للإنسان أن يشتري بها الطعام وغيره .

Menurut seorang ahli ekonomi Islam terkenal, Dr. Mozer Kahf [10], bahawa Sheikul Islam Ibnu Taimiyyah (ulama’ Islam pada awal kurun ke 9 Hijrah) membincangkan pembayaran zakat al-fitr dengan wang terutamanya di kawasan metropolitan seperti Damsyik di mana tempat beliau tinggal, bahawa ia lebih baik kepada orang miskin.

Di mana kena bayar Zakat Al-Fitr?

Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi menjawab [11]: “Orang Islam mesti membayar zakat al-fitr di negara di mana dia tinggal di malam pertama di dalam bulan Syawal. Sebabnya ialah bahawa zakat al-fitr tidak dibayar kerana berpuasa, tetapi dibayar kerana eid (berbuka puasa); sebab itulah ianya dinamakan “zakat al-Fitr”. Oleh itu, jika seseorang itu mati sebelum maghrib di hari terakhir di dalam bulan Ramadhan, zakat al-fitr tidak wajib kepadanya walaupun dia telah berpuasa semua hari di dalam bulan itu. Sebaliknya, jika seorang bayi dilahirkan selepas magrib di hari terakhir Ramadhan (di malam pertama Syawal) adalah wajib ia (wakilnya) membayar zakat al-fitr. Pandangan ini adalah disepakati oleh ulama’ Islam. Lebih-lebih lagi zakat al-fitr dikaitkan dengan eid al-fitr dan ia bermakna “kegembiraan” yang termasuklah di antara mereka yang miskin dan yang memerlukan. Kerana itulah Nabi s.a.w bersabda, “Jadikan mereka (yang miskin) kaya di hari ini (iaitu hari Eid)”.

Terlambat dalam membayar Zakat Al-Fitr

Menurut bekas Pengerusi Majlis Fatwa Al-Azhar, Sheikh Atiyya Saqr [12]:

Tidak boleh melambat-lambatkan zakat al-fitr di hari eid {لا يجوز تأخير زكاة الفطر عن يوم العيد }. Lebih afdal mengeluarkannya sebelum solat eid. Dari al-Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah s.a.w memerintahkan menunaikan zakat al-fitr sebelum mereka bersolat, berkata Ibnu Abbas r.a.: “Maka barangsiapa yang menunaikannya sebelum solat maka zakat itu dimaqbulkan, dan barangsiapa yang menunaikannya selepas solat maka jadilah ia sedekah dari sedekah-sedekah [yang lain].”

فمن أداها قبل الصلاة فهي زكاة مقبولة ، ومن أداها بعد الصلاة فهي صدقة من الصدقات .

Kesimpulan

Marilah kita kembali kepada sumber-sumber Islam yang sebenarnya. Kepercayaan-kepercayaan lama dan mitos-mitos, lebih-lebih lagi peninggalan zaman jahililiyyah haruslah kita buangkan dari kehidupan kita. Apa yang kita mahu ialah mempertingkatkan iman dan taqwa sebagai muslim sejati. Jadikan  ini sebagai titik permulaan di dalam hidup kita, agar amalan yang dilakukan sejajar dengan kehendak Al-Quran dan Sunnah.

Wallahu’alam (والله أعلم )

Wassalam.

Susunan Kamin.

29 Ramadan 1423

Rujukan :

1. Sheikh Mohammad Saleh Al-Munajjid. Eid: Adab dan Hukum. Fatwa IslamOnline. url: http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=4561

2. Sheikh Saalih Ibnu Fawzaan Al-Fawzaan. Hukum Solat Eid di hari Jumaat – Islam-qa. url: http://63.175.194.25/index.php?ln=ara&ds=qa&lv=browse&QR=7857&dgn=3

3. Sayyed Sabiq. Fikh As-Sunnah – Juzu I. Kansas City: Cetakan khas Manar Al-Dauliyah, 1995, m.s. 343

4. Sheikh Abdul Aziz ibn Baaz. Kitaab Majmu’ Fataawa wa Maqaalaat Mutanawwi’ah li Samaahat – Jilid. 13, m.s. 13

5. Sheikh Mohammad Saleh Al-Munajjid. Berkahwin di antara dua hari Eid – islam-qa. url: http://63.175.194.25/index.php?ln=ara&ds=qa&lv=browse&QR=13475&dgn=3

6. Sheikh Mohammad Saleh Al-Munajjid. Hukum berjima’ di malam dan hari Eid – islam-qa. url: http://63.175.194.25/index.php?ln=ara&ds=qa&lv=browse&QR=38224&dgn=3

7. Sheikh Abdul Aziz ibn Ahmad Al-Tuwajri. Al-Bida’ al-Hawliyyah: Hukum merayakan Eid al-Abraar, ms. 350. url: http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=25756

8. Sheikh Ibnu Taimiyyah: Majmu’ Fatawa – juzu’ 25. Mekah : Percetakan Al-Hukumah, 1969, ms. 298.

9. Dr. Ali Al-Soa. Membayar Zakat Al-Fitr dengan wang. Fatwa IslamOnline. url: http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=23177

10. Dr. Mozer Kahf. Zakat Al-Fitr. Fatwa IslamOnline. url: http://www.islamonline.net/completesearch/english/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=21799

11. Dr Yusuf Al-Qardawi. Tempat membayar Zakat Al-Fitr. Fatwa IslamOnline. url: http://www.islamonline.net/completesearch/english/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=1931

12. Sheikh Atiyya Saqr. Melambatkan Zakat Al-Fitr. Fatwa IslamOnline. url: http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=16163

جميع حقوق النشر محفوظة © شبكة أخبار الأحكام،2002

Sumber: http://www.al-ahkam.net dengan sedikit suntingan oleh https://darulkautsar.wordpress.com/ 

Menangani Sifat Was-Was

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 20m 12s] – CARA-CARA MENGHILANGKAN WAS-WAS (Maulana Asri & Ust Ahmad Nasim

>

“Waswasah” atau was-was dari segi bahasa bermakna lintasan hati atau suara yang halus atau tersembunyi. [1] Jika dipandang dari sudut bahasa was-was merangkumi yang baik dan buruk. Tetapi dari segi istilah syara’ was-was bermaksud lintasan yang buruk atau keji di dalam hati [2] atau lintasan yang buruk di dalam hati melalui sesuatu sebab yang berpunca daripada syaitan [3]. Adapun lintasan di dalam hati terhadap perkara yang baik dan terpuji ia dinamakan “ilham”.

Al-Quran menggunakan beberapa perkataan yang memberikan makna was-was. Antaranya: Continue reading

Maksud Dan Tuntutan Supaya Bernikah

[Muat Turun Artikel – Format PDF]


PERBINCANGAN TENTANG “NIKAH DAN PERKAHWINAN” DARI HADITH (DARI KITAB NIKAH – SUNAN ABI DAUD) – KITAB HADITH DISYARAHKAN OLEH MAULANA MUHD ASRI YUSOFF


PAUTAN KEPADA KULIAH HADITH TERSEBUT BOLEH DICAPAI DI SINI:
https://www.youtube.com/channel/UCsC_x8RZfZ0b-IDtTEYuWUQ/videos?view=0&sort=da

NOTA: Kitab hadith Sunan Abi Daud bertujuan menyatakan dalil-dalil dari hadith nabi yang digunapakai oleh pelbagai ulama’ terutamanya imam-imam mazhab dalam masalah feqah. Kita akan berpuas hati kerana amalan dan ibadat kita adalah bersumberkan hadith Nabi yang merupakan perbuatan, perkataan atau pengiktirafan dari Nabi s.a.w.


SILA KLIK TANDA MASA BERKAITAN UNTUK AKSES TERUS KEPADA TAJUK PERBINCANGAN

1- [ Sesi 1 – 4:57 ] – Maksud nikah
2- [ Sesi 1 – 9:13 ] – Hukum berkahwin
3- [ Sesi 1 – 17:12 ] – Dalil-dalil hukum berkahwin
4- [ Sesi 1 – 24:14 ] – Galakan supaya berkahwin
5- [ Sesi 1 – 46:40 ] – Usaha untuk me“matikan pucuk” adalah haram