Paulus: Pencipta Agama Kristian

Saringan oleh www.darulkautsar.net dari artikel asal oleh Siti Sakinah bt Mohd Khirrudin (www.al-ahkam.net)

 

Pendahuluan

Tidak lengkap perbincangan tentang agama Kristian jika kita tidak mengenali Paulus dengan lebih dekat. Di dalam setiap perbincangan mengenai agama Kristian, pasti nama Paulus akan dikaitkan. Siapakah sebenarnya Paulus? Continue reading

Advertisement

SYIRIK – Bahaya Kepada Aqidah, BID’AH – Bahaya Kepada Sunnah

[Muat Turun Artikel – PDF]

VIDEO – [Durasi – 13m 22s] – Syirik Bahaya Kepada Aqidah, Bid’ah Bahaya Kepada Sunnah – PERSOALAN TENTANG BID’AH – Maulana Asri

SYIRIK – BAHAYA KEPADA AQIDAH, BID’AH – BAHAYA KEPADA SUNNAH

KEMUSYKILAN

a) Apakah yang dimaksudkan dengan bid’ah haqiqiah?

b) Apakah amalan syirik dalam masyarakat kita?

c) Bagaimana untuk mengelakkan dari terjebak dengan bid’ah?

PENJELASAN

a) Bid’ah Haqiqiah Boleh Merosakkan Kita. Contoh bid’ah haqiqiah ialah sujud di kubur, meminta pertolongan kepada orang yang mati dalam kubur dan seumpamanya. Bid’ah haqiqiah seperti ini jarang didapati di negara kita tetapi meluas diamalkan di luar negara. Ianya banyak dilakukan oleh golongan Braelwi di India dan Golongan Syiah.

b) Perbuatan Syirik Boleh Berlaku Dalam Amalan Perbomohan.

c) Belajar Dan Memahami Hadith Boleh Menyelamatkan Kita Dari Amalan Dan Ancaman Bid’ah.

Bacaan lanjut :

[EBOOK – Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam]

Pembahagian Dan Jenis-Jenis Bid’ah

[Muat Turun Artikel – PDF]

VIDEO – [Durasi – 8m 42s] – Pembahagian Dan Jenis-jenis Bid’ah – PERSOALAN TENTANG BID’AH – Maulana Muhd Asri Yusoff

PEMBAHAGIAN DAN JENIS-JENIS BID’AH

PERSOALAN

Apakah semua bid’ah itu sama jenis dan sama kesannya?

Apakah jenis bid’ah yang lazim dalam masyarakat kita?

Golongan manakah pelopor amalan bid’ah?

Adakah amalan kita mengikut apa yang Nabi perintahkan?

KETERANGAN

Ada dua jenis bid’ah – “Bid’ah haqiqiah” dan “Bid’ah idhafiah”. Bid’ah haqiqiah boleh menjerumuskan orang yang melakukannya ke lembah syirik. Contoh bid’ah haqiqiah ialah sujud di kubur, meminta pertolongan kepada orang yang mati dalam kubur dan seumpamanya. Bid’ah haqiqiah seperti ini jarang didapati di negara kita tetapi meluas diamalkan di luar negara. Ianya banyak dilakukan oleh golongan Braelwi di India dan Golongan Syiah.

Bid’ah idhafiah ialah bid’ah yang sekali imbas seolah-olah ibadat yang disuruh tetapi perlaksanaannya tidak sebagaimana yang diperintahkan Nabi s.a.w. Contohnya: Disyariatkan baca tasbih 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir 34 kali selepas solat fardhu tetapi kita membaca lebih dari bilangan yang ditetapkan dengan alasan untuk mendapat lebih pahala.

Tahlil Arwah, Meratib Dan Kenduri Kematian

[Muat Turun Artikel – PDF]

VIDEO – [Durasi – 3m 6s] – [Dgn Sarikata] – Pemurnian Syariat – Majlis Tahlil Dan Meratib Ketika Kematian – Maulana Asri Yusoff

MAJLIS TAHLIL DAN MERATIB KETIKA KEMATIAN

PERSOALAN

1. Adakah amalan tahlil dan “meratib” ketika kematian satu perkara yang baik dalam agama?

2. Bukankah majlis tahlil dan “meratib” dipenuhi dengan ucapan-ucapan yang baik dan kalimah-kalimah yang disebut dianjurkan oleh Nabi?

PENJELASAN

1) Sesuatu amalan akan diterima Allah sekiranya kita melakukannya mengikut sunnah Nabi s.a.w

2) Nabi s.a.w tidak pernah menghimpunkan Sahabat-sahabat Baginda untuk bertahlil dan “meratib” bila ada kematian.

3) Amalan tahlil dan “meratib” ketika berlaku kematian adalah rekaan masyarakat kita dan bukan berasal dari Islam. Ianya hendaklah ditinggalkan untuk memastikan Islam yang murni dan tidak tercemar.

PERKARA BID’AH TERHADAP JENAZAH (YANG SERING DILAKUKAN OLEH MASYARAKAT MELAYU)

[Muat Turun Artikel – PDF]

VIDEO SELINGAN – [Durasi – 9m 8s] – Dr Asri 24S12. Pengurusan Jenazah Tidak Ikut Cara Rasul

PERKARA BID’AH TERHADAP JENAZAH (YANG SERING DILAKUKAN OLEH MASYARAKAT MELAYU)

Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri

1. Membawa jambangan bunga dan seumpamanya bersama-sama jenazah. Perbuatan ini adalah BID’AH yang DIHARAMKAN yang telah mempengaruhi orang Islam dengan meniru upacara pengebumian mayat orang kafir yang mengandungi unsur-unsur pembaziran dan kemegahan.

2. MAKRUH membina qubur sama ada di sebelah dalam atau di luarnya dengan bahan yang menyerap bahang panas seperti simen, batu kapur dan seumpamanya.

Continue reading