PERKARA-PERKARA GHAIB

BAHAGIAN PERTAMA


Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah beriman kepada semua perkara-perkara ghaib yang dikhabarkan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah berdasarkan kefahaman al-Salaf al-Shalih tanpa menafikannya atau mentakwilkannya.

Penjelasan:

Beriman kepada perkara-perkara ghaib merupakan salah satu aqidah Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran itu, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang kesempurnaanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa, iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib,dan mendirikan (mengerjakan) solat serta membelanjakan (mendermakan)sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. (al-Baqarah 2:1-3]

Antara sekian banyak perkara ghaib yang wajib diimani, empat daripadanya lazim diperselisihkan oleh umat Islam masa kini. Empat perkara tersebut adalah:

Pertama: Beriman kepada Qadha’ dan Qadar, bahawa ianya telah ditulis sejak awal:

Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan.Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh Mahfuz) yang nyata. [Hud 11:06]

Kedua: Beriman kepada kewujudan makhluk ghaib seperti malaikat, jin dan syaitan.

Kewujudan makhluk-makhluk tersebut diterangkan dalam pelbagai ayat al-Qur’an dan hadith-hadith yang sahih. Antaranya:

Sesiapa memusuhi Allah dan memusuhi malaikat-malaikat-Nya dan rasul-rasul-Nya, khasnya malaikat Jibril dan Mikail, (maka ia akan diseksa oleh Allah) kerana sesungguhnya Allah adalah musuh bagi orang-orang kafir. [al-Baqarah 2:98]

Dan mereka menjadikan jin sekutu bagi Allah, padahal Allah jualah yang mencipta jin-jin itu. (al-An‘aam 6:100]

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. [al-Nur 24:21]

Ketiga: Beriman kepada khabar-khabar akhir zaman.

Terdapat banyak hadith sahih yang menerangkan tentang khabar-khabar akhir zaman seperti Penurunan Nabi ‘Isa, kedatangan Dajjal, Imam Mahdi, Yakjuj dan Makjuj serta lain-lain. Khabar-khabar ini diimani tanpa dinafi atau ditakwilkan. Ini adalah kedudukan pertengahan Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah antara kelompok pertama iaitu, mereka yang menafikan khabar-khabar akhir zaman dan yang kedua, mereka yang mentakwilkan khabar-khabar tersebut.

Kelompok pertama menafikan khabar-khabar akhir zaman dengan alasan mustahil Rasulullah s.a.w dapat meramalkan apa yang bakal berlaku. Kemudian, ia juga dinafikan kerana kebanyakan khabar tersebut, sebagaimana yang difahami oleh kelompok ini, bersifat meramalkan sesuatu yang negatif kepada umat. Ini menyebabkan umat Islam hanya duduk dan menunggu apa yang diramalkan dengan sikap berputus asa.

Alasan kelompok pertama dijawab, bahawa Rasulullah s.a.w sememangnya tidak mengetahui apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Apa yang Baginda khabarkan sebenarnya adalah perkara-perkara ghaib yang diwahyukan kepada Baginda oleh Allah s.w.t., sebagaimana firmanNya:

Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Dia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahui-Nya itu kepada sesiapapun, melainkan kepada mana-mana Rasul yang diredhai-Nya (untuk mengetahui sebahagian dari perkara ghaib yang berkaitan dengan tugasnya. Apabila Tuhan hendak melakukan yang demikian)maka Dia mengadakan di hadapan dan di belakang Rasul itu malaikat-malaikatyang menjaga dan mengawasnya (sehingga perkara ghaib itu selamat sampai kepada yang berkenaan).[al-Jin 72:26-27]

Ada pun alasan kedua, negatif atau positif sesuatu khabar bergantung kepada orang yang mentafsirkannya, sama ada dia memiliki minda yang negatif atau positif. Sebagai contoh, apabila dikatakan pasaran saham akan mengalami kejatuhan, orang yang berminda negatif akan meninggalkan sebarang urusniaga pelaburan. Namun orang yang berminda positif akan meneruskan urusniaga pelaburan, hanya dia lebih berhati-hati dan berwaspada.

Justeru apabila Rasulullah s.a.w menerangkan sebahagian perkara yang bakal terjadi, ia bukan untuk menyuruh umat Islam menjadi malas dan putus asa. Sebaliknya untuk menyuruh umat Islam lebih berhati-hati dan berwaspada dalam beragama kerana banyaknya ujian dan cabaran pada akhir zaman.

Kemudian wujud pula kelompok kedua yang mentakwilkan khabar-khabar akhir zaman. Mereka mendakwa khabar-khabar tersebut hanyalah satu kiasan, tidak untuk difahami secara zahir. Oleh itu, sebagai contoh, kita lazim mendengar kelompok kedua ini berkata yang dimaksudkan dengan Dajjal adalah presiden negara tertentu manakala Imam Mahdi adalah presiden sebuah negara lain yang berani melawan presiden “Dajjal” tersebut.

Penakwilan seperti ini ditolak kerana tujuan Rasulullah s.a.w mengkhabarkan perkara-perkara akhir zaman adalah untuk kita berhati-hati terhadapnya dan menggiatkan usaha untuk menanganinya. Jika dikatakan khabar-khabar tersebut hanya satu kiasan, masing-masing pihak akan memiliki takwilan tersendiri sehingga akhirnya tiada siapa tahu apa dan siapa yang dimaksudkan oleh Rasulullah. Akhirnya khabar-khabar akhir zaman tersebut menjadi sesuatu yang sia-sia kerana gagal mencapai objektifnya. Mustahil Rasulullah s.a.w melakukan sesuatu yang sia-sia untuk umat baginda.

Sesungguhnya kemuliaan dan kebenaran berada pada Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah yang berada di pertengahan antara dua kelompok di atas.

Keempat: Beriman kepada khabar-khabar selepas kematian seperti soal jawab kubur, nikmat dan azab kubur, kebangkitan semula, suasana di Padang Mahsyar, telaga Haudh, melihat Allah, pemberian syafaat oleh Rasulullah s.a.w, titian Sirat, syurga, neraka dan sebagainya.

Disaring oleh https://darulkautsar.wordpress.com/ dari artikel https://hafizfirdaus.com/ebook/ASWJ/ciri2A.htm


BAHAGIAN KEDUA

Mempercayai hal-hal yang ghaib merupakan salah satu syarat benarnya keimanan. Ghaib secara bahasa adalah sesuatu yang tidak nampak. Manakala ghaib menurut istilah adalah sesuatu yang tidak nampak oleh panca indera tetapi ada dalil tertulis yang menjelaskan akan kewujudannya, seperti syurga, neraka dan apa yang ada di dalamnya, alam malaikat, hari akhirat, alam langit dan lain-lain yang tidak mampu diketahui manusia kecuali bila ada wahyu dari Allah s.w.t.

Beriman kepada hal yang ghaib bererti meyakini ciptaan Allah s.w.t yang berada di luar dunia nyata, dan meyakini secara penuh tentang kekuasaan Allah. Namun percaya atau beriman kepada hal yang ghaib bukan bermaksud meyakini bahawa makhluk ghaib itu memiliki kekuatan penuh, kerana jika menyakini makhluk ghaib itu mempunyai kuasa penuh akan mengakibatkan kemusyrikan atau menganggap ada sesuatu kekuatan selain kekuatan Allah s.w.t.

Beriman kepada yang ghaib adalah termasuk salah satu dasar dari akidah Islam, bahkan ghaib itu merupakan sifat yang pertama dan utama yang dimiliki oleh Allah s.w.t. Oleh itu, setiap muslim wajib beriman kepada yang ghaib, tanpa sedikitpun ada rasa ragu.

Hal ghaib yang wajib diimani, yaitu :

Pertama, Alam Barzakh. Barzakh maksudnya sesuatu yang membatasi antara dua barang atau dua tempat. Hubungannya dengan Hari Akhirat, alam barzakh adalah batas pemisah antara kehidupan dunia dan kehidupan akhirat.

Kehidupan alam barzakh adalah kehidupan antara hidup di dunia dengan hidup di akhirat. Kehidupan di alam barzakh ibarat perhentian sementara. Di alam ini semua ruh orang yang sudah meninggal berkumpul untuk persiapan memasuki kehidupan akhirat. Di tempat penantian ini berlaku kenikmatan atau siksaan yang sering kita dengar dengan istilah nikmat kubur dan siksa kubur.

Di tempat penantian ini, orang-orang yang di dunia banyak mengerjakan amal soleh, yang bertaqwa kepada Allah akan mendapat layanan yang baik dari malaikat. Sebaliknya orang-orang kafir, orang-orang yang hidupnya di dunia banyak melakukan kejahatan dan maksiat, akan dilayan dengan kasar dan disiksa oleh malaikat.

Adapun hamba yang mukmin, di saat kematiannya, ruh itu akan keluar dengan tenang. Adapun orang kafir, ketika mereka akan meninggal, datanglah malaikat yang mencabut ruh mereka dengan kasar.

Kedua, Mahsyar. Padang mahsyar adalah tempat berkumpul untuk menjalani pemeriksaan atau perhitungan amal yang telah dilakukan selama hidup di dunia. Firman Allah: “Dan kami kumpulkan mereka, maka kami tidak meninggalkan di antara mereka seorang pun”. (Quran Surah Al-Kahfi [18], ayat 47)

Padang mahsyar adalah suatu tempat yang berupa padang pasir tandus, kering kontang, sangat terik dan sangat luas. Dalam suatu hadith digambarkan bahwa orang-orang yang berada di padang mahsyar akan menderita kehausan, kelaparan, dan kepanasan luar biasa. Udara dan tanah yang dipijak sangat panas, kerana jarak matahari hanya beberapa meter di atas kepala. Sementara itu, semua orang tidak ada yang memakai alas kaki. Di sana tidak ada tempat berteduh.

Dalam keadaan yang sangat sukar tersebut manusia sibuk hanya dengan diri masing-masing. Mereka tidak peduli dengan orang lain, tidak kira anak, suami, isteri, ayah, ibu, bapa dan ibu saudara, datuk dan nenek, jiran tetangga, sahabat handai. Masing-masing berusaha mengatasi kesulitan dan penderitaan diri sendiri. Setiap diri berkeluh kesah dan memohon kepada Allah agar meringankan penderitaan yang amat sangat tersebut. Bagi orang-orang yang beramal saleh ketika hidup di dunia, Allah akan memberikan pertolongan atau syafa’at berupa rasa sejuk dan dipercepat segala urusannya. Sebaliknya, kepada orang-orang kafir, munafik, musyrik, dan ahli maksiat, Allah akan membiarkannya sahaja.

Mengapa Allah mengumpulkan manusia di Padang Mahsyar? Allah akan meminta pertanggungjawaban kepada manusia atas segala perbuatannya sewaktu hidup di dunia. Yang perlu diketahui bahawa dunia merupakan tempat menanam, sedangkan akhirat adalah tempat menuai. Bila di dunia ini kita menanam amal saleh, maka di akhirat kita akan menerima kebahagiaan.

Di Padang Mahsyar Allah meminta semua manusia untuk bertanggungjawab ke atas semua perbuatannya. Manusia akan dihadapkan pada sidang pengadilan yang dipimpin oleh Yang Maha Adil dan sekaligus manusia dikehendaki menjelaskan semua perbuatan mereka di dunia ini.

Ketiga, Hisab. Hisab adalah perhitungan semua amal perbuatan manusia semasa berada di dunia dan akan akan diperhitungkan dengan seadil-adilnya. Tidak ada yang ditambah dan tidak ada pula yang dikurangi. Semuanya adalah sebagaimana amal perbuatan manusia yang dicatat dalam buku catatan amal. Semua orang dapat mengetahui isi buku laporan ini, walaupun orang tersebut tidak dapat membaca.

Allah berfirman dalam al-Quran Surah Al-Mujadilah, ayat 6 : “Semasa mereka semuanya dibangkitkan hidup semula oleh Allah (pada hari kiamat), lalu diterangkan kepada mereka segala yang mereka telah kerjakan. Allah telah menghitung amal-amal mereka itu satu persatu, sedang mereka telah melupakannya. Dan (ingatlah), Allah menjadi Saksi akan tiap-tiap sesuatu.”.

Setiap orang mendapat buku laporan dan menerimanya dengan keadaan yang berbeda. Ada yang menerima dari sebelah kanan, dan ada yang dari sebelah kiri. Ada yang menerima dengan wajah gembira dan ada pula yang menerima dengan wajah ketakutan.

Allah berfirman dalam al-Quran Surah Al-Insyiqaq, ayat 7-13 : “Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya, Maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan, Dan ia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita. Dan sesiapa yang diberi menerima surat amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya, Maka ia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya, Dan ia akan menderita bakaran neraka yang marak menjulang. Sebenarnya ia semasa di dunia dahulu bersukaria dalam kalangan keluarganya (yang juga kufur ingkar)!”

Suasana pada waktu itu amat getir dan menakutkan, manusia tidak mungkin dapat berdusta atau membela diri. Semua anggota badan dan semua amal nampak hidup dan bertindak sebaga saksi. Dari hasil hisab itulah ditentukan balasan dari amal perbuatan manusia, orang-orang yang hidupnya di dunia sentiasa melakukan amal saleh akan mendapat balasan yang menggembirakan di syurga. Dan sebaliknya, orang yang melakukan kejahatan dan maksiat serta yang tidak beriman akan mendapat balasan azab di neraka.

Keempat, Mizan. Iaitu timbangan. Amal perbuatan manusia dihisab dengan timbangan atau neraca yang adil. Mizan Allah memiliki ketetapan yang tidak mungkin gagal walaupun sedikit. Semua amal perbuatan manusia dari yang paling kecil sehingga yang paling besar ditimbang dengan timbangan tersebut. Hasil dari timbangan itu akan menentukan sama ada seseorang akan hidup bahagia atau sengsara. Firman Allah: ”Kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari kiamat, maka tiadalah dirugikan seseorang barang sedikitpun. Dan jika (amalan itu) hanya seberat biji sawipun pasti kami mendatangkan (pahala)nya, dan cukuplah kami sebagai pembuat perhitungan.” (Q.S. Al-Anbiya [21]:47).

Di dalam Surah al-Mukminun ayat 102-104 diterangkan: “Barangsiapa yang berat timbangan (kebaikan)nya, maka mereka itulah orang-orang yang dapat keberuntungan. Dan barangsiapa yang ringan timbangannya, maka mereka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, mereka kekal di dalam neraka jahannam. Muka mereka dibakar api neraka, dan mereka di dalam neraka itu dalam keadaan cacat.” (Q.S. Al-Mukminun [23]:102-104)

Kelima, Titian Shirat. Secara bahasa “shirat” adalah jalan yang terang. Sedangkan menurut istilah “shirat” adalah jambatan yang terbentang di atas neraka menuju ke syurga, yang mana semua manusia akan melaluinya. Shirat itu sangat jauh jaraknya, tidak ada orang yang mampu melaluinya kecuali orang yang memiliki pendirian teguh dalam agama dan selalu istiqamah taat kepada Allah s.w.t, mencintai Rasulullah s.a.w dan senantiasa menolong sesama manusia.

Titian Shirat adalah jalan yang gelap dan panas. Melalui titian shirat adalah ujian berat, malah yang paling berat pada hari kiamat, sebab di atasnya ada berbagai perkara yang menggerunkan, mencemaskan dan membimbangkan.

Titian Shirat adalah licin dan menyebabkan tergelincir. Lebih lembut dari sehelai rambut dan lebih tajam dari pedang.

Sifat-sifat tersebut adalah sebagaimana riwayat Sa’id al-Khudri r.a., sebagai berikut:

بَلَغَنِيْ أَنَّ الْجِسْرَ أَدَقُّ مِنَ الشَّعْرَةِ وَأَحَدُّ مِنَ السَّيْفِ (رواه مسلم)

“Telah sampai kepadaku bahawa titian ini (ash-shirath) adalah lebih lembut dari rambut dan lebih tajam dari pedang”. (Diriwayatkan oleh Imam Muslim 1/167)

Orang yang meniti titian shirat tersebut terbahagi kepada dua kumpulan. Satu, orang kafir, mereka terus dimasukkan ke dalam neraka. Sebagaimana firman Allah s.w.t, “Ia berjalan di muka kaumnya di hari kiamat lalu memasukkan mereka ke dalam neraka. Neraka itu seburuk-buruk tempat yang didatangi”. (QS. Huud [11]:98).

Kumpulan kedua, orang mukmin, mereka melintas titian shirat tersebut sebagaimana dengan amalan mereka. Dalam hal ini ada tiga kategori: Mereka yang melaluinya tanpa sebarang rintangan. Mereka yang pada mulanya malang (bersusah payah), tetapi kemudiannya ia selamat darinya. Mereka yang masuk ke dalam neraka tetapi kemudiannya ia selamat darinya. Sabda Rasulullah s.a.w.

وَيُضْرَبُ الصِّرَاطُ بَيْنَ ظَهْرَيْ جَهَنَّمَ فَأَكُونُ أَنَا وَأُمَّتِي أَوَّلَ مَنْ يُجِيْزُهَا وَلاَ يَتَكَلَّمُ يَوْمَئِذٍ إِلاَّ الرُّسُلُ. وَدَعْوَى الرُّسُلِ يَوْمَئِذٍ “اللَّهُمَّ سَلِّمْ سَلِّمْ” وَفِي جَهَنَّمَ كَلاَلِيْبُ مِثْلُ شَوْكِ السَّعْدَانِ هَلْ رَأَيْتُمْ السَّعْدَانَ. قَالُوْا: نَعَمْ يَارَسُولَ اللهِ. قَالَ: فَإِنَّهَا مِثْلُ شَوْكِ السَّعْدَانِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَعْلَمُ مَا قَدْرُ عِظَمِهَا إِلاَّ اللهُ تَخْطَفُ النَّاسَ بِأَعْمَالِهِمْ فَمِنْهُمْ الْمُوبَقُ بَقِيَ بِعَمَلِهِ أَوْ الْمُوثَقُ بِعَمَلِهِ وَمِنْهُمْ الْمُخَرْدَلُ أَوْ الْمُجَازَى (رواه البخاري)

“Titian (jambatan) lalu dipasang di antara dua tepi jahanam dan aku dan umatkulah yang mula-mula menyeberanginya. Tidak ada yang berani bercakap ketika itu selain para rasul, dan seruan para rasul ketika itu yang ada hanyalah “Allaahumma sallim sallim (Ya Allah, selamatkan kami. Ya Allah, selamatkan kami)”. Di neraka jahannam terdapat besi-besi pengait seperti duri pokok berduri yang namanya Sa’dan. Bukankah kalian sudah tahu pokok berduri Sa’dan?”. Para Sahabat menjawab, “Benar, wahai Rasulullah”. Nabi meneruskan: “Sesungguhnya pokok itu seperti pokok berduri Sa’dan, cuma tidak ada yang tahu berapa besar selain dari Allah. Pokok itu mengait seseorang sesuai dengan kadar amal mereka, ada di antara mereka yang celaka dengan saki baki amalnya atau terikat dengan amalnya, di antara mereka ada yang binasa yang selamanya dengan amalnya atau terikat dengan amalnya, di antara mereka ada yang diseberangkan”. (Hadith Riwayat al-Bukhari)

Amalan yang menyelamatkan dari shirat: Iman kepada Allah; banyak sedeqah; amar ma’ruf dan nahi mungkar; menolong orang yang memerlukan bantuan; memenuhi keperluan manusia dan mengeluarkannya dari kesempitan; dan amalan yang menyampaikan pada syafa’at Nabi.

Keenam, Syurga Dan Neraka. Syurga adalah tempat bagi orang-orang yang ikhlas beribadat, beriman dan bertaqwa kepada Allah s.w.t. Syurga penuh dengan kesenangan dan kegembiraan. Kesenangan dan kegembiraan di syurga tidak dapat dibandingkan dengan kesenangan dan kegembiraan yang terdapat di dunia. Indahnya panorama di pergunungan dan kesegaran udaranya tidak dapat disamakan dengan indahya alam di syurga. Keindahan yang berada di dunia bersifat sementara, tetapi keindahan dan kesenangan di akhirat bersifat kekal.

Disaring oleh https://darulkautsar.wordpress.com/ dari artikel https://jabar.kemenag.go.id/portal/read/mimbar-dakwah-sesi-31-iman-kepada-yang-ghaib

Perbincangan Tentang Iman Berdasarkan Hadith Sahih Muslim

PERBINCANGAN TENTANG IMAN  DARI “KITAB IMAN” SAHIH MUSLIM – KITAB HADITH DISYARAHKAN OLEH MAULANA MUHD ASRI YUSOFF  –

PAUTAN KEPADA KULIAH HADITH TERSEBUT BOLEH DICAPAI DI SINI:

https://www.youtube.com/channel/UCAxF8m9wtTY2LTtjI-1gCsg/videos

SILA KLIK DI TANDA MASA  UNTUK AKSES TERUS KEPADA TAJUK PERBINCANGAN 

ISLAM, IMAN DAN IHSAN

1-[Sesi 1- 00:33:00​] – Hadith Tentang Islam, Iman Dan Ihsan

2-[Sesi 1- 00:34:27]​ – Maksud Percaya Kepada Taqdir

3-[Sesi 1- 01:04:03]​ – Qada; Dan Qadar Terbahagi Kepada Dua Bahagian

4-[Sesi 1-  01:10:14​] – Menolak Mana-mana Rukun Iman Akan Mengeluarkan Seseorang Dari Islam

5-[Sesi 101:15:02​] – Bilakah Berlaku Kiamat Dan Tanda-Tanda Kiamat

6-[Sesi 2 – 00:25:02​] – Hakikat Iman Dan Bahagian-bahagiannya

7-[Sesi 2 – 00:55:35​] – Hakikat Islam

8-[Sesi 2 – 01:15:22​] – Hakikat Ihsan

TENTANG KIAMAT

9-[Sesi 2 – 01:18:04​]- Tidak Ada Siapa Yang Tahu Bila Akan Berlaku Kiamat

10-[Sesi 2 – 01:20:51​] – Tanda-tanda Kiamat

11-[Sesi 3 – 00:13:44​] – (Sambungan) Tanda-tanda Kiamat

12-[Sesi 3 – 00:15:20]- Hamba Perempuan Melahirkan Tuannya

13-[Sesi 3 – 00:22:17​]- Apabila Engkau Melihat Orang-Orang Yang Berkaki Ayam Menjadi Pemimpin

14-[Sesi 3 – 00:24:55​] – Pengembala-pengembala Berlumba-lumba Membangunkan Bangunan Yang Tinggi

RUKUN ISLAM

15 -[Sesi 3 – 00:34:10​ ] – Solat-Solat Yang Merupakan Salah Satu Rukun Islam

16-[ Sesi 3 – 01:27:33​] – Adakah Kewajipan Selain Zakat Bagi Orang Kaya?

17-[Sesi 4 00:12:34​] – (Sambungan) Solat-Solat Yang Merupakan Salah Satu Rukun Islam

AMALAN YANG MENDEKATI SYURGA

18-[Sesi 4 – 01:25:47​] –  Amalan Yang Mendekati Syurga Dan Amalan Yang Menjauhi Dari Neraka


19-[Sesi 5 – 00:11:54] – ( Sambungan) Amalan Yang Mendekati Syurga Dan Amalan Yang Menjauhi Dari Neraka

20- [Sesi 5 – 00:18:27] – Jaga Diri Dari Syirik & Berwaspada Terutamanya Syirik Khafi, Iaitu Syirik Yang Tersembunyi

21-[Sesi 5 – 00:27:23] – Amalan Yang Mendekati Syurga Dan Amalan Yang Menjauhi Dari Neraka (Selingan – Maksud, “Allah ada tangan” Dan Elakkan Dari Jadi Mujassimah)

22-[Sesi 5 – 01:02:41] – Mengharamkan Yang Haram Dan Menghalalkan Yang Halal (Boleh jatuh akidah jika mengatakan halal perkara yang haram)

RUKUN ISLAM


23-[ Sesi 6 – 01:02:28 ] – Rukun Islam Dan Tiang-tiang Serinya – Mentauhidkan Allah

24-[Sesi 7 – 00:34:00] –  Maksud Mendirikan Sembahyang

25-[ Sesi 7   00:53:27] – Memberi Keutamaan Kepada Perkara Yang Lebih Penting. Paling Utama, Syahadah, Kemudian Solat dan seterusnya mengikut turutan dalam Rukun Islam.

PERINTAH SUPAYA BERIMAN, SAHNYA IMAN DAN BALASAN KEPADA ORANG YANG BERIMAN

26 -[Sesi 8  00:27:42 ] –  Perintah Beriman Kepada Allah, RasulNya Serta Syariat AgamaNya

27-[ Sesi 8  – 01:01:12 ] – Larangan Nabi s.a.w Tentang Bekas Arak, Ziarah Kubur, Makan Binatang Qurban Lebih Dari Tiga Hari

28 -[Sesi 9 –  00:57:30 ] –  Mereka Datang Tidak Terhina Dan Menyesal

29 -[Sesi 10 – 06:44 ] – Seruan Kepada Dua Kalimah Syahadah Dan Syariat-Syariat Agama Islam

30-[Sesi 11 – 00:10:08 ] – Perintah Memerangi Sehingga Mereka Mengucapkan Dua Kalimah Syahadat

31-[Sesi 11 – 00:42:38 ] – Murtad Boleh Dibahagikan Kepada Empat Jenis

32-[ Sesi 11 – 00:49:18 ] – Hak Islam Tehadap Dua Kalimah Syahadah

33- [ Sesi 11 – 01:23:12 ] – Maksud Istilah “Perangi” Dalam Hadith ini

34- [Sesi 12 – 00:25:30 ] – Sahnya Islam Orang Yang Hampir Mati Selagi Tidak Dalam Nazak

35-[ Sesi 13 – 00:05:03 ] – Orang Yang Mati Atas Tauhid Pasti Masuk Syurga

36- [Sesi 13 – 00:24:55 ] – Aqidah Ahli Sunnah Ialah Syurga Sudah Wujud Sekarang Ini

37 -[ Sesi 13 – 00:29:34 ] – (Sambungan) Orang Yang Mati Atas Tauhid Pasti Masuk Syurga

38- [ Sesi 14 – 08:50 ] – (Sambungan) Orang Yang Mati Atas Tauhid Pasti Masuk Syurga

39 – [ Sesi 15 – 00:33:42 ] – (Sambungan) Orang Yang Mati Atas Tauhid Pasti Masuk Syurga, (Hak Allah Atas Hambanya Dan Hak Hamba Atas Allah)

40 -[ Sesi 15 – 01:19:45 ] Haram Neraka Bagi Orang Yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah

MENGHUKUM SECARA ZAHIR ISLAMNYA SESEORANG

41 -[ Sesi 16 – 00:16:30 ] – Menghukum Secara Zahir Islamnya Seseorang

CABANG-CABANG IMAN

42 – [ Sesi 17 – 00:25:23 ] – Cabang-Cabang Iman

43 – [ Sesi 17- 01:01:37 ] – Sifat Malu Termasuk Cabang Besar Daripada Iman

PERINTAH SUPAYA BERIMAN KEMUDIAN BERISTIQAMAH

44 – [ Sesi 18 – 01:03:24 ] – Perintah Supaya Beriman Kemudian Beristiqamah

ORANG ISLAM DI SISI ALLAH DAN DI SISI MANUSIA

45 – [ Sesi 19 – 00:54:48 ]- Amalan Apakah Yang Paling Baik?

46 -[ Sesi 19 – 01:24:50 ] – Orang Islam Yang Manakah Yang Terbaik?

KEMANISAN IMAN

47 – [ Sesi 20 – 00:09:14 ] – Perkara-Perkara Yang Menyebabkan Seseorang Merasai Kemanisan Iman

48 – [ Sesi 20 – 00:45:07 ] – Maksud, “Cinta Kepada Allah Dan Rasulnya”

49 – [ Sesi 20 – 00:58:23 ] – Orang Yang Tidak Suka Kembali Kepada Kekufuran

MENCINTAI RASULULLAH

50 – [ Sesi 21 – 00:08:33 : Bab – Kewajipan Cintai Nabi Melebihi Isteri, Anak, Bapa Dan Manusia Keseluruhannya

CIRI-CIRI ORANG BERIMAN

51 – [ Sesi 22 – 00:15:03 ] – Tanda Mukmin Yang Sebenar, “Suka Untuk Saudaranya Apa Yang Dia Suka Untuk Dirinya”

52- [ Sesi 22- 00:21:47 ]  – Memuliakan Jiran

53- [ Sesi 22 – 00:49:46 ] – Orang Yang Jirannya Tidak Berasa Selamat Daripada Kejahatan-Kejahatannya

54 – [Sesi 23 –  00:04:40 : Haram Menyakiti Jiran Tetangga

55 -[ Sesi 23 –  00:45:30 ]-  Tanda Keelokan Islam Seseorang Itu Ialah Tinggalkan Benda Yang Tidak Berfaedah Kepadanya

56- [ Sesi 23 –  00:52:40 ]  – Hendaklah Kamu Jangan Marah

57 – [ Sesi 23 –  00:55:50 ] – Tidak Beriman Seseorang Kamu Sehingga Dia Suka Sudaranya Apa Yang Dia Suka Untuk Dirinya

58 -[ Sesi 23 – 01:21:11  ] – Amalan Ada Kaitan Rapat Dengan Kepercayaan Kepada Allah s.w.t Dan Hari Kemudian

MENCEGAH KEMJUNGKARAN

59 – [ Sesi 24 – 00:07:26 ] –  Kewajipan Menghilangkan Kemungkaran Sedapat Mungkin

60 – [ Sesi 25 – 21:45 ] –  (Sambungan) Kewajipan Menghilangkan Kemungkaran Sedapat Mungkin Dan Usaha Menghilangkannya Adalah Sebahagian Daripada Iman (Kisah Marwan al-Hakam)

61 – [ Sesi 26 –  00:07:45 ] –  Berjuang Menentang Generasi Kemudian Yang Jahat Dan Perjuangan Itu Adalah Sebahagian Daripada Iman

IKHLAS DAN BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH


62-[ Sesi 27 –  00:33:33 ] –  Kamu Tidak Masuk Syurga Selagi Tidak Beriman

63- [Sesi 27 –  00:48:24 ] –  Sebarkan Salam
64 – [Sesi 28 –  00:06:09 ] –  Sikap Tulus Ikhlas Adalah Sebahagian Daripada Iman

65 – [Sesi 28 – 00:18:03 ] –  Agama Itu Tulus Ikhlas

66 – [ Sesi 28 – 00:33:20 ] –  Tulus Ikhlas Terhadap Allah s.w.t

67 – [ Sesi 28 –  00:39:29 ]- Tulus Ikhlas Terhadap Kitabnya

68 – [ Sesi 28 –  00:48:32 ] – Tulus Ikhlas Terhadap Rasulnya

69 – [ Sesi 28 –  00:58:12 ] – Tulus Ikhlas Terhadap Pemimpin Kaum Muslimin

70 – [ Sesi 28 –  01:09:11 ] – Tulus Ikhlas Kepada Orang Ramai

KAITAN DOSA DAN MAKSIAT DENGAN IMAN

71 – [ Sesi 29 –00:06:07 ] – Bab – Berkurangnya Iman Dengan Sebab Maksiat

72 – [ Sesi 30 –  0:46:31 ] –  Antara Tanda-tanda Dosa Besar

73 – [ Sesi 30 – 00:58:10 ] – Tidak Sempurna Iman Seorang Penzina Ketika ia Berzina

74 -[ Sesi 30-  01:04:36 ] –  Tidak Sempurna Iman Seorang Pencuri Ketika Ia Mencuri

75-[ Sesi 30 – 01:26:02 ] –  Tidak Sempurna Iman Seorang Pemabuk Ketika Ia Minum Arak

SIFAT -SIFAT MUNAFIK

76-[ Sesi 31 –    00:40:10 ] – Menerangkan Sifat-sifat  Orang Munafik


77 – [ Sesi 32 –  00:01:45 ] –  Tanda-tanda Orang Munafik Dan Golongan Syi’ah

STATUS IMAN SESEORANG HASIL DARI PERBUATANNYA

78- [ Sesi 33 –  00:16:00 ]  Kedudukan Iman Seseorang Yang Berkata Kepada Saudara Islamnya, “Wahai Kafir”

79 – [ Sesi 33   – 00:49:26 ] – Keadaan Iman Orang Yang Mendakwa Orang Lain Sebagai Bapanya Sedangkan Dia Tahu Keadaan Sebenar


80- [ Sesi 34 – 00:11:43 ] – (Sambungan) Keadaan Iman Orang Yang Menisbahkan Kepada Bukan Bapanya Dalam Keadaan Dia Mengetahuinya

HUKUM MEMAKI ORANG ISLAM DAN MEMERANGINYA

81 – [ Sesi 35 –  00:16:10 ] – Hukum Memaki Orang Islam Dan Memeranginya

82 -[ Sesi 35 –  00:30:30 ] – Maksud  Perkataan “Kufur” Dalam Hadith Ini

LARANGAN MURTAD

83-[ Sesi 35 – 00:48:02 ] Arahan Supaya Terus Beriman Dan Berpegang Teguh Dengan Syari’at-syari’at Agama Islam Serta Larangan Murtad Daripada Agama Islam Dan Larangan Menyerupai Orang-Orang Kafir

84 – [ Sesi 35 – 01:02:58 ] – Maksud, “Janganlah Kamu Kembali Kafir Sesudahku”

HUKUM IMAN ORANG YANG MENCERCA DAN MERATAPI ORANG MATI85- [Sesi 36 – 00:24:09 ]- Bab – Hukum Iman Mencela Keturunan

– [ Sesi 36 – 00:47:54 ]-  Meratapi Kematian Adalah Salah Satu Bentuk Kekufuran

SISTEM HAMBA DALAM ISLAM


85 – [ Sesi 37 – 00:05:52 : Sistem Hamba Mengikut Islam

86 – [ Sesi 37 – 00:29:14 ] –  Hukum Iman Hamba Yang Lari Dari Tuannya

TAUHID YANG MURNI, TIADA SYIRIK 

87 –  [ Sesi 38 –  00:36:17 ] – Hukum Iman Orang Yang Berkata, “Kami Mendapat Hujan Kerana Bintang Sekian-Sekian”

88 – [ Sesi 38 –  01:06:31 ] – Maksud “Kufur” Dalam Hadith Ini

Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam

Dalam sejarah Islam memang wujud cara perubatan tertentu sepertimana yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w dan para Sahabat. Selain dari perubatan biasa, mereka juga telah menggunakan doa-doa, khusus bagi mengubati penyakit-penyakit. Sesetengah perubatan tradisional di Malaysia hari ini menggunakan kaedah yang bercanggah dengan syarak seperti memanggil roh-roh, jin-jin dan sebagainya. Segala amalan dan kepercayaan seumpama ini yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber al-Quran, Hadith, Ijmak dan Qias adalah perlu ditolak.

Dalam urusan rawatan kepada pesakit, suatu perkara yang perlu diingat oleh semua pihak, bahawa hanya Allah sahaja yang berkuasa mutlak menentukan sesuatu dan menjadikannya; lebih-lebih lagi sakit dan sembuh adalah hakNya, manusia hanyalah disuruh berusaha dan berikhtiar. Continue reading

FITNAH DAN TANDA KIAMAT [BERDASARKAN HADITH]

PERBINCANGAN TENTANG “KITAB FITNAH  DAN TANDA KIAMAT” DARI KITAB SAHIH MUSLIM – KITAB HADITH DISYARAHKAN OLEH MAULANA MUHD ASRI YUSOFF  –

PAUTAN KEPADA KULIAH HADITH TERSEBUT BOLEH DICAPAI DI SINI:

SILA KLIK DI MINIT BERKAITAN  UNTUK AKSES TERUS KEPADA TAJUK PERBINCANGAN

1 – [ Sesi 1 – 23:48 ] – Kitab Fitnah-fitnah Dan Alamat-alamat Kiamat

2 – [ Sesi 1 – 40:55 ] – Apakah Itu Ya’juj Ma’juj

3 – [ Sesi 1 – 52:41 ] – Kekeliruan Berkenaan Ya’juj Ma’juj Continue reading

SYURGA, KENIKMATAN DAN PENGHUNINYA [BERDASARKAN HADITH]

PERBINCANGAN TENTANG “SYURGA, KENIKMATAN DAN PENGHUNINYA”  DARI KITAB SAHIH MUSLIM – KITAB HADITH DISYARAHKAN OLEH MAULANA MUHD ASRI YUSOFF  –

PAUTAN KEPADA KULIAH HADITH TERSEBUT BOLEH DICAPAI DI SINI:

https://www.youtube.com/channel/UC-fKT_odL7igrczDzwDjKtQ

KLIK DI MINIT BERKAITAN  UNTUK AKSES TERUS KEPADA TAJUK PERBINCANGAN

1 – [ Sesi 1 – 31:04 ] – Adakah “Ruh” Dan “Nafs” Itu Perkara Yang Sama?

2 – [ Sesi 1 – 40:01 ] – Syurga Itu Dikelilingi Oleh Perkara-perkara Yang Tidak Disukai Dan Neraka Pula Dikelilingi Oleh Perkara-perkara Yang Disenangi Nafsu.

3 – [ Sesi 1 – 1:02:05 ] – Gambaran Pokok Di Dalam Syurga. 

4 – [ Sesi 2 – 13:52 ] –  Di Dunia Manusia Mencari-cari Kenikmatan Yang Ada Dalam Syurga .

5 – [ Sesi 2 – 27:07 ] – Antara Umat Nabi Muhammad s.a.w Yang Paling Mencintai Beginda

6 – [ Sesi 2 – 33:37 ] – Keadaan Ahli-Ahli Syurga (Sentiasa Bertambah Cantik)

7 – [ Sesi 2 – 1:28:31 ] – Orang Yang Masuk Dalam Syurga Mendapat Nikmat Semata-mata.

8 – [ Sesi 3 – 11:38 ] – Gambaran Khemah Syurga Dan Orang-orang Mu’min Di Dalam Syurga.

9 – [ Sesi 3 – 23:26 ] – Apakah Maksud Sungai Saihaan, Jaihaan, Furaat Dan Niil Semuanya Daripada (Seperti) Sungai-sungai Syurga?

10 – [ Sesi 3 – 58:04 ] – Akan Masuk Ke Dalam Syurga Orang-orang Yang Hati-hati Mereka Bagaikan Hati Burung

11- [ Sesi 3 – 1:08:00 ] – Memberi Salam Diajar Oleh Allah Kepada Adam Dalam Syurga

12- [ Sesi 3 – 1:10:44 ] – Rupa Paras Ahli Syurga

13- [ Sesi 4 –42:06 ] – Api Dunia Adalah Satu Juzu’ Daripada 70 Juzu’ Api Neraka

14- [ Sesi 4 – 46:17 ] – Batu Yang Dilontar Ke Dalam Neraka 70 Tahun Baru Sampai Ke Dasarnya

15- [ Sesi 5 – 11:10 ] –  Neraka Dan Balasan Ke Atas Orang Zalim Dan Sombong

16- [ Sesi 5 – 18:38 ] – Keadaan Syurga Dan Orang-orang Yang Dirahmati Allah

17- [ Sesi 5 – 52:43 ] – Syurga Dipenuhi Dengan Kejadian Baru Allah

18- [ Sesi 5 – 1:02:54 ] – Apakah Itu “Mati”?

19- [ Sesi 6 – 2:54 ] – Balasan Neraka

20- [ Sesi 6 – 13:40 ] – Akibat Melakukan Dosa.

21- [ Sesi 6 – 17:13 ] – Keadaan Orang Kafir Di Padang Mahsyar Dan Di Neraka

22- [ Sesi 6 – 36:31 ] – Ahli Syurga Dan Ahli Neraka

23- [ Sesi 6 – 50:39 ] – Jangan Pandang Rendah Kepada Orang Yang Nampak Lemah (Jangan Sangka Buruk Kepada Orang Lain)n

24- [ Sesi 7 – 14:27 ] – Dua Sifat Ahli Neraka (Orang Yang Menjadikan Manusia Seperti Binatang & Perempuan Berpakaian Tetapi Telanjang)

25- [ Sesi 7 – 21:27 ] – Perempuan Berpakain Tetapi Telanjang

26- [ Sesi 7 – 31:15 ] – Kelakuan-kelakuan Perempuan Yang Menyebabkan Masuk Neraka

27- [ Sesi 7 – 46:43 ] – Ahli Syurga Berpuas Hati Dengan Kadar Yang Mereka Dapat

28- [ Sesi 7 – 59:40 ] – Dunia Ini Dibandingkan Dengan Akhirat

29- [ Sesi 8 – 17:16 ] – 1- Keadaan Manusia Di Mahsyar

30-  [ Sesi 8 – 38:50 ] – Hanya Iman Dan Amal Yang Berguna Di Akhirat.  

31-  [ Sesi 8 – 50:17 ] – 2- Keadaan Manusia Di Mahsyar

32- [ Sesi 8 – 1:01:22 ] – [Selingan] Bahaya Amalan Bid’ah

33- [ Sesi 9 – 3:04 ] – Ulama’ berbeza Pendapat Bilakah Manusia Dihimpunkan.

34- [ Sesi 9 – 28:16 ] – Gambaran Hari Kiamat

35- [ Sesi 10 – 15:40 ] – Sifat-sifat Ahli Syurga Dan Sifat-sifat Ahli Neraka Yang Dapat Dilihat Di Dunia Ini Lagi

36- [ Sesi 10 – 43:47 ] – Sifat-siifat Ahli Syurga (Pemimpin Yang Adil Dan Suka Buat Kebajikan, Penyayang Dan Lembut Hati Terhadap Semua Muslim, Menjaga Diri Dari Perkara Yang Tidak Baik, Berusaha Untuk Menjadi Lebih Suci, Banyak Tanggungan Dan Menjaga Tanggungan Dengan Baik)

37- [ Sesi 10 – 1:01:16 ] – Sifat-Sifat Ahli (Tiada aqal, tiada harta [tiada motivasi untuk buat kebaikan], khianat, penipu, bakhil dan pembohong}

38- [ Sesi 11 – 28:47 ] – Ditayangkan Kepada Orang Mati Tempat Duduknya Di Syurga Atau Di Neraka Dan Adanya Azab Kubur Dan Minta Perlindungan Dengan Allah Daripadanya

39- [  Sesi 11 – 42:13 ] – Ahlu-Assunnah Wa Al-Jamaah Menerima Adanya Azab Kubur

40- [ Sesi 12 – 6:15 ] – Minta Perlindungan Daripada Azab Dan Fitnah

41- [ Sesi 12 – 13:23 ] – Minta Perlindungan Daripada Fitnah Dajjal

42- [ Sesi 12 – 17:06 ] – Dajjal Diikuti Oleh 70,000 (Ramai) Yahudi Ishfahan

43- [ Sesi 12 – 25:35 ] – Adanya Azab Kubur

44-[ Sesi 12 – 40:30 ] – Adakah Ahli-Ahli Kubur Boleh Mendengar?

45- [ Sesi 12 – 1:12:16 ] – Keadaan Ruh Keluar Dari Jasad

46- [ Sesi 13 – 8:25 ] – Adanya Perhintungan Amalan

47- [ Sesi 13 – 28:44 ] – Perintah Supaya Berbaik Sangka Terhadap Allah Pada Ketika Hendak Mati

Gambaran Hari Kiamat, Syurga Dan Neraka

PERBINCANGAN TENTANG “GAMBARAN HARI KIAMAT” DARI KITAB SAHIH MUSLIM – KITAB HADITH DISYARAHKAN OLEH MAULANA MUHD ASRI YUSOFF –
PAUTAN KEPADA KULIAH HADITH TERSEBUT BOLEH DICAPAI DI SINI:
https://www.youtube.com/channel/UCw7slNoYfjPWkHWmwgKTNSQ/videos?view=0&sort=da
SILA KLIK DI MINIT BERKAITAN UNTUK AKSES TERUS KEPADA TAJUK PERBINCANGAN
[Sesi 1 – 11:59] – Kitab gambaran Hari Kiamat, syurga dan neraka
[Sesi 1 – 13:18] – Allah tidak menilai manusia berdasarkan rupa parasnya pada Hari Kiamat kelak
[Sesi 2 – 23:12] – (PERBINCANGAN TAMBAHAN) Permulaan kejadian makhluk dan kejadian Adam a.s
[Sesi 2 – 41:16] – Tentang kebangkitan, bertaburan dan gambaran bumi pada Hari Kiamat
[Sesi 2 – 47:15] -Hidangan permulaan atau hidangan menyambut tetamu yang mula-mula sampai di akhirat
[Sesi 3 – 04:31] – Soalan Yahudi kepada Nabi s.a.w tentang roh dan firman Allah yang bermaksud, “Mereka akan bertanya kepada engkau tentang roh”
[Sesi 3 – 34:07] – (PERBINCANGAN TAMBAHAN) Firman Allah yang bermaksud, “Manusia itu melampaui batas bila dia merasa kaya”
[Sesi 3 – 46:21] – Tentang asap
[Sesi 4 – 22:37] – Tentang terbelah bulan
[Sesi 4 – 53:18] – (PERBINCANGAN TAMBAHAN) Antara sifat Allah adalah Maha Penyabar
[Sesi 5 – 01:46] – Bagaimanakah caranya berjalan di atas mukanya bagi orang kafir yang akan dibangkitkan pada Hari Kiamat?
[Sesi 5 – 28:31] – Orang mukmin mendapat balasan kerana kebaikan-kebaikan yang dilakukannya di dunia dan juga di akhirat mankala kebaikan-kebaikan yang dilakukan oleh orang kafir disegerakan di dunia
[Sesi 5 – 51:04] – (PERBINCANGAN TAMBAHAN) Perbandingan orang mukmin seperti tanaman yang lembut, manakala orang munafik dan kafir seperti “arzah” (pokok yang teguh).
[Sesi 5 – 01:04:06] – (PERBINCANGAN TAMBAHAN) Perbandingan orang mukmin seperti pokok kurma
[Sesi 6 – 24:19] – Perbuatan syaitan adalah melaga-lagakan manusia dan menimbulkan perbalahan sesama manusia
[Sesi 6 – 59:58] – Seseorang manusia tidak akan masuk dalam syurga dengan sebab amalannya semata-mata

Surat Berantai Boleh Menyebabkan Syirik

Kita sering menerima surat tanpa nama pengirim ini atau menerima mesej dalam media sosial dari semasa kesemasa. Surat-surat atau mesej ini juga ditabur di masjid-masjid dan tempat-tempat awam kononnya untuk menunaikan tanggungjawab menyebarkannya sebagaimana ‘wasiat’ di dalam surat tersebut. Kebelakangan ini, surat seumpama ini dihantar melalui email, sms, aplikasi whatsApp, facebook dll di mana pengirimnya meminta sesiapa yang menerimanya agar segera menyebarkannya dalam beberapa salinan tertentu untuk mengelakkan dari ditimpa bencana dan kecelakaan.

Amat malang dalam dunia maju sekarang, masih ramai yang jahil tentang perkara seremeh ini (Nota: Walaupun kelihatan kecil dan remeh, ianya  mempunyai kesan yang amat besar kepada aqidah!)

Continue reading

Menyingkap Rahsia Di Sebalik Kejadian Nur Muhammad

(Saringan oleh Kumpulan Web Darulkautsar dari artikel asal tulisan Maulana Muhammad ‘Asri Yusoff)

VIDEO – NUR MUHAMMAD – Maulana Muhammad Asri Yusoff

Audio – Penjelasan Tentang Nur Muhammad

1. Pengenalan

Banyak sekali terdapat dalam kitab-kitab tasawwuf, sirah dan maulid kenyataan yang menunjukkan bahawa kejadian pertama yang diciptakan Allah ialah  “Nur Muhammad”. Fahaman “Nur Muhammad” sebagai  makhluk pertama  menyebabkan timbul pula fahaman-fahaman lain berkaitan dengan Rasulullah s.a.w seperti Rasulullah s.a.w tidak mempunyai bayang, tergila-gilanya perempuan-perempuan kepada ayahanda Nabi s.a.w. ketika Nur Muhammad dikatakan memancar di dahinya sampai membawa mereka mati dan sebagainya.

Ia juga mirip dengan konsep “Nur Panjthan” (yang bermaksud Nabi Muhammad, Ali, Fatimah, Hasan dan Husain) yang dikatakan berlegar-legar mengelilingi arasy sebelum kejadian alam semesta selama 50,000 tahun mengikut ajaran Syiah. Fahaman “Nur Muhammad” juga merupakan punca kesesatan golongan Barelwi (sebuah golongan sesat di India) yang mempercayai bahawa Nabi Muhammad bukannya seorang manusia biasa dari segi kejadian asalnya tetapi  berbeza  kerana ia adalah Nur yang terpancar daripada nur Allah. Banyak sekali ayat-ayat Al-Quran ditakwilkan dengan sewenang-wenangnya dan banyak pula hadith-hadith yang sahih diketepikan untuk menegakkan fahaman ini.

Continue reading

The Islamic Ruling On Horoscope

Abu Ameenah Bilaal Philips

Not only is the practice of astrology Haraam, but also visiting an astrologist and listening to his predictions, buying books on astrology or reading one’s horoscope are also forbidden! Since astrology is mainly used for predicting the future, those who practice it are considered fortune-tellers. Consequently, one who seeks his horoscope comes under the ruling contained in the Prophet’s statement: “The Salaah (daily prayer) of whoever approaches a fortune-teller and asks him about anything will not be accepted for forty days and nights.” [Reported by Hafsah and collected by Muslim (Sahih Muslim (English Trans.), vol. 4, p. 1211, no. 5440).] Continue reading

Susuk: Ada Unsur Syirik

Perbuatan memakai susuk, walau dengan apa niat dan cara sekali pun, hukumnya haram di sisi Islam kerana penggunaannya mempunyai unsur syirik dan secara terang-terangan cuba mengubah kejadian Allah s.w.t.

Ketua Unit Syariah dan Penerangan Khas, Pusat Pungutan Zakat (PPZ), Ahmad Shukri Yusof, berkata meskipun ada pengamal perubatan tradisional mendakwa mereka mengamalkan kaedah yang tidak bertentangan dengan hukum Islam apabila tidak menanam bahan tertentu seperti besi atau logam dan hanya menggunakan ayat al-Quran, ianya tetap meragukan dan perlu dijauhi.

Beliau berkata, “Kaedah pemakaian susuk biasanya ada kaitan dengan amalan sihir dan jika membabitkan sihir pasti ada penyelewengan”.

“Susuk juga dipakai di tempat tertentu seperti muka, badan, malah kemaluan dan jika ada yang mendakwa menggunakan ayat al-Quran, jelas ada yang tidak kena. Melihat kepada apa yang didakwa (menggunakan ayat al-Quran), ia sama seperti bomoh melakukan jampi tetapi mendakwa menggunakan ayat al-Quran,” tambahnya. Continue reading