[Muat Turun Artikel – Format PDF]
Allah berfirman: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)”. (Surah Al-Baqarah, Ayat 188)
Maksud dari kalimat, “Janganlah kamu menghulurkan harta kamu kepada hakim”, adalah “jangan kamu merasuah atau menyogok hakim supaya kamu memenangi sesuatu kes yang dibicarakan, sedangkan kamu tahu bahawa hasil keputusan itu tidak halal bagimu”.
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan sebuah hadith dari Rasulullah s.a.w,
“Allah melaknat orang yang memberi rasuah dan orang yang menerima rasuah dalam sesuatu perkara”. [1]
Abdullah bin Amru berkata: “Rasulullah s.a.w melaknat orang yang memberi rasuah dan orang yang menerima rasuah”. [2]
Continue reading