Dosa Besar – Lelaki Yang Membiarkan Isterinya Melakukan Maksiat (Dayus)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

Allah s.w.t. berfirman:

“Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman”. (Surah An-Nur, Ayat 3)

Abdullah bin Umar r.a. meriwayatkan bahawa nabi s.a.w bersabda:

“Tiga golongan manusia yang tidak akan masuk syurga; orang yang derhaka kepada ibu bapanya, dayus (lelaki yang membiarkan isterinya melakukan maksiat), dan perempuan yang menyerupai lelaki”. [1]

An-Nasa’ie meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

“Tiga golongan manusia yang Allah haramkan syurga atas mereka; orang yang terus-menerus meminum arak, orang yang derhaka kepada ibu bapanya dan lelaki yang membiarkan kekejian (perbuatan maksiat) dalam keluarganya (isterinya)”. [2]

Mushannif r.a. berkata, “Seseorang yang mendapati isterinya berbuat maksiat, lalu ia berpura-pura tidak mengetahuinya kerana cintanya kepada isterinya itu, atau kerana dia masih mempunyai hutang sedangkan dia orang yang lemah (contohnya, isterinya yang bekerja), atau kerana maskahwinnya yang mahal, atau kerana dia mempunyai anak-anak yang masih kecil dan jika isterinya itu mengadukan kepada hakim, maka hakim akan memutuskan isterinya lebih berhak menguruskan anak-anaknya, sehingga dia tidak boleh mengambil apa-apa-apa tindakan terhadap isterinya itu, sesungguhnya dia tidak mempunyai apa-apa kebaikan….seorang yang tidak lagi memiliki sifat cemburu”.

Semoga Allah menganugerahkan kepada kita kesejahteraan batin dari segala bala’ dan ujian. Sesungguhnya Dia Maha Memberi Lagi Maha Pemurah

Sungguh! Barangsiapa mengerti tipu daya dunia nescaya akan meninggalkannya. Barangsiapa jahil terhadap dirinya pastilah mengherdiknya. Barangsiapa merasakan kenikmatan pastilah mensyukurinya. Dan barangsiapa diseru kepada negeri keselamatan ‘Daarus Salam’, nescaya akan memutuskan segala keinginan hawa nafsu.

NOTA KAKI

1. Hadith diriwayatkan oleh Ahmad (2/69,128), Al-Hakim (1/72), Al-Baihaqi (10/226). Disahihkan oleh Asy-Syaikh dalam  Ash-Sahih (3052) dari Ibnu Umar.

2 . Hadith diriwayatkan oleh Ahmad (2/134), An-Nasa’i (5/80), Ath-Thabrani (13/180). Disahihkan oleh Asy-Syaikh dalam Ash-Shaih (3063) dan terdapat syahid dari hadith Ammar bin Yasir lihat Sahih Al-Jami’ (3062)

Nota: Saringan oleh Kumpulan Web Darulkautsar  dari buku terjemahan “Al-Kabair (Dosa-dosa Besar)’ karangan Imam Az-Zahabi. Buku terjemahan asal boleh dicapai di sini- https://drive.google.com/file/d/0B0r1wFGeMOw5eDdpZjM4a2YyRG8/edit

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s