PERKARA BID’AH TERHADAP JENAZAH (YANG SERING DILAKUKAN OLEH MASYARAKAT MELAYU)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO SELINGAN – [Durasi – 9m 8s] – Dr Asri 24S12. Pengurusan Jenazah Tidak Ikut Cara Rasul

PERKARA BID’AH TERHADAP JENAZAH (YANG SERING DILAKUKAN OLEH MASYARAKAT MELAYU)

Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri

1. Membawa jambangan bunga dan seumpamanya bersama-sama jenazah. Perbuatan ini adalah BID’AH yang DIHARAMKAN yang telah mempengaruhi orang Islam dengan meniru upacara pengebumian mayat orang kafir yang mengandungi unsur-unsur pembaziran dan kemegahan.

2. MAKRUH membina qubur sama ada di sebelah dalam atau di luarnya dengan bahan yang menyerap bahang panas seperti simen, batu kapur dan seumpamanya.

Hal ini berdasarkan hadith daripada Jabir r.a., katanya:

نَهَى رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ أَن يُجَصَّصَ القَبرُ

Maksudnya: “Rasulullah s.a.w. melarang pembinaan qubur dengan batu kapur.” [Hadith Riwayat Muslim (970)]

Walau bagaimanapun, pembinaan qubur dengan batu marmar atau seumpamanya adalah HARAM. Ini kerana perbuatan tersebut sangat bertentangan dengan larangan Rasulullah s.a.w, di samping terdapat unsur-unsur pembaziran yang ditegah oleh syara’, serta unsur-unsur kemegahan dan kebanggaan yang dicela oleh agama.

3. MAKRUH TAHRIM (Makruh yang mendekati haram – Penyunting) meninggikan qubur dan membuat binaan di atasnya sebagaimana yang dibuat oleh kebanyakan orang hari ini.

Menurut sunnah, qubur tidak boleh ditinggikan melebihi sejengkal dari paras tanah. Hal ini berdasarkan hadith daripada ‘Ali bin Abu Talib r.a., katanya, Abu al-Hayyaj al-Sadiy berkata:

أَلَا أَبْعَثُكَ عَلَى مَا بَعَثَنِي عَلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ لَا تَدَعَ تِمْثَالًا إِلَّا طَمَسْتَهُ وَلَا قَبْرًا مُشْرِفًا إِلَّا سَوَّيْتَهُ

Maksudnya: “Aku menyampaikan pesanan Rasulullah s.a.w kepadaku bahawa jangan ditinggalkan patung-patung kecuali setelah engkau hancurkannya, begitu juga dengan qubur yang binaannya tinggi kecuali setelah engkau ratakannya.” [Hadith Riwayat  Muslim (969) & lainnya]”

4. Keluarga si mati sibuk menyediakan makanan dan menjamu orang ramai sebagaimana kebiasaan masa kini. Hal ini adalah BID’AH yang SANGAT BERTENTANGAN DENGAN SUNNAH yang menganjurkan sebaliknya, iaitu sebahagian mereka yang menziarahi jenazah menyediakan makanan dan menghantarnya kepada keluarga si mati atau seseorang mengundang dan menjamu mereka di rumahnya.

Begitu juga SUNAT menyediakan makanan yang banyak yang mencukupi keperluan mereka sehari semalam. Hal ini berdasarkan hadith ketika Rasulullah s.a.w menerima berita Ja’far bin Abu Thalib r.a. terbunuh, Baginda s.a.w. bersabda:

اصنَعُوا لِأَهلِ جَعفَرٍ طَعَامًا فَإِنَّهُ قَد جَاءَهُم مَا يَشغَلُهُم

Maksudnya: “Buatkanlah makanan untuk keluarga Ja’far kerana mereka ditimpa peristiwa yang menyedihkan”. [Hadith Riwayat at-Tirmizi (998), Abu Daud (31-32) dan selainnya]

HARAM menyediakan makanan untuk perempuan-perempuan yang meratap atau seumpamanya sama ada mereka di kalangan keluarga si mati atau orang lain. Ini kerana perbuatan tersebut akan membantu maksiat dan menggalakkannya berterusan.

Termasuk dalam perkara BID’AH ialah perbuatan keluarga si mati mengadakan kenduri yang mereka namakan “sempena berlalu 40 hari” atau seumpamanya.

Sekiranya perbelanjaan kenduri tersebut diambil daripada harta hak para waris, dan di antara mereka, terdapat pula yang belum baligh, perbuatan tersebut SANGAT DILARANG disebabkan makan harta anak yatim dan menghilangkan haknya bukan untuk kepentingan dirinya. Perbuatan HARAM ini dikongsi oleh kesemua yang menjemput dan yang makan kenduri tersebut.

5. Membaca al-Quran di majlis-majlis takziah yang dibuat secara rasmi sebagaimana yang berlaku pada hari ini; perbuatan tersebut juga adalah BID’AH.

Apa yang sunat ialah mengucapkan takziah kepada keluarga si mati hanya dalam tempoh tiga hari dari hari kematiannya sebagaimana yang DISEPAKATI ULAMA’, atau dengan kata lain, bukan keluarga si mati yang menentukan tempohnya.

SUMBER: Dr. Zulkifili Mohamad al-Bakri, al-Fiqh al-Manhaji: ‘Ibadat Dalam Fiqh al-Syafi’i, Bab Mengiringi Jenazah (Perkara Bid’ah Terhadap Jenazah), muka surat 477-480.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s