Pembahagian Dan Jenis-Jenis Bid’ah

[Muat Turun Artikel – PDF]

VIDEO – [Durasi – 8m 42s] – Pembahagian Dan Jenis-jenis Bid’ah – PERSOALAN TENTANG BID’AH – Maulana Muhd Asri Yusoff

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/syO92aVJX9g ]

PEMBAHAGIAN DAN JENIS-JENIS BID’AH

PERSOALAN

Apakah semua bid’ah itu sama jenis dan sama kesannya?

Apakah jenis bid’ah yang lazim dalam masyarakat kita?

Golongan manakah pelopor amalan bid’ah?

Adakah amalan kita mengikut apa yang Nabi perintahkan?

KETERANGAN

Ada dua jenis bid’ah – “Bid’ah haqiqiah” dan “Bid’ah idhafiah”. Bid’ah haqiqiah boleh menjerumuskan orang yang melakukannya ke lembah syirik. Contoh bid’ah haqiqiah ialah sujud di kubur, meminta pertolongan kepada orang yang mati dalam kubur dan seumpamanya. Bid’ah haqiqiah seperti ini jarang didapati di negara kita tetapi meluas diamalkan di luar negara. Ianya banyak dilakukan oleh golongan Braelwi di India dan Golongan Syiah.

Bid’ah idhafiah ialah bid’ah yang sekali imbas seolah-olah ibadat yang disuruh tetapi perlaksanaannya tidak sebagaimana yang diperintahkan Nabi s.a.w. Contohnya: Disyariatkan baca tasbih 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir 34 kali selepas solat fardhu tetapi kita membaca lebih dari bilangan yang ditetapkan dengan alasan untuk mendapat lebih pahala.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s