Dosa Besar – Mencari-cari Rahsia Orang Lain

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

Allah s.w.t. berfirman bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang”. (Surah Al-Hujuraat, Ayat 12)

Ibnu Jauzi berkata, “Abu Zaid, al-Hasan, adh-Dhahhak, dan Ibnu Sirin membaca “tajassasuu” dengan ‘ha’ (tahassasuu)”.

Abu Ubaidah berkata, “Tajassus dan  tahassus itu maknanya sama, iaitu mencari-cari . Dari sinilah muncul kata terbitan al-jaasuus (mata-mata)”.

Yahya bin Abu Katsir berkata, “Tajassus  bermaksud mencari-cari aib orang lain, sedangkan tahassus bermaksud mencuri dengar pembicaraan orang lain”.

Para mufassir berkata, “Tajassus maknanya mencari-cari aib serta kekurangan orang–orang Islam. Jadi maksud ayat di atas, janganlah kamu mencari-cari aib saudaranya, jika Allah telah menutupinya”.

Continue reading

Dosa Besar – Mengadu Domba (Namimah)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

Orang yang mengadu domba adalah orang yang menyampaikan cerita dari satu orang kepada yang lain dengan tujuan menyebabkan permusuhan di antara mereka.

Hukum mengadu domba adalah haram, menurut ijma’ kaum muslimin. Keharamannya telah ditunjukkan oleh dalil-dalil syar’i baik dari al-Quran dan juga as-Sunnah.

Allah berfirman, “Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina yang banyak mencela, yang ke sana ke mari mengadu domba”. (Surah Al-Qalam, Ayat 10 & 11)

Dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim disebutkan bahawa Nabi s.a.w bersabda:

“Orang yang mengadu domba itu tidak akan masuk syurga”. [1]

Continue reading

Dosa Besar – Mempercayai Dukun Atau Ahli Nujum

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

MEMPERCAYAI DUKUN ATAU AHLI NUJUM

Allah s.w.t. berfirman: “Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya”. (Surah Al-Israa’, Ayat 36)

Dalam mentafsirkan firman Allah, “Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya”, al-Wahidi menyebut bahawa al-Kalbi berkata, “Maksudnya janganlah engkau megatakan apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan tentangnya!”. Qatadah berkata, “Maksudnya jangan kamu katakan aku mendengar padahal kamu tidak mendengarnya atau aku melihatnya padahal kamu tidak melihatnya atau aku mempunyai ilmu tentangnya padahal kamu tidak memilikinya!”. [1]

Maknanya, janganlah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu ketahui.

Sedangkan ayat, “Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya”, al-Walibi menyebutkan bahawa Ibnu Abbas berkata, “Allah akan bertanya kepada hamba-hamba-Nya untuk apa mereka pergunakan pendengaran, penglihatan dan hati mereka. Dalam ayat ini terdapat peringatan keras agar tidak menyalahgunakan pandangan untuk perkara yang tidak dihalalkan; tidak menggunakan pendengaran untuk hal-hal yang diharamkan; dan tidak membiarkan hati untuk menginginkan sesuatu yang diharamkan. Wallahu a’lam”.

VIDEO – [Durasi – 1j 6m 20s] – Dosa Besar – Membenarkan Dukun Dan Ahli Nujum – Ust Shamsuddin Abd Rahman Continue reading

Dosa Besar – Derhaka Kepada Suami

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO –  [Durasi – 33m 44s] – Dosa Besar – Derhaka Kepada Suami – Ust Shamsuddin Abd Rahman

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/VNqlfR8roNI ]

DERHAKA KEPADA SUAMI

Allah s.w.t. berfirman: “Wanita-wanita yang kamu bimbangkan nusyuz, maka nasihatilah mereka, pisahkanlah diri dari tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka menta’atimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi Lagi Maha Besar”. (Surah An-Nisa’, Ayat 34)

Al-Wahidi r.a. berkata, “Maksud “nusyuz” dalam ayat di atas adalah derhaka kepada suami”.

‘Atha berkata, “ ‘Nusyuz’ adalah perbuatan wanita yang memakai wangi-wangian di hadapan suami namun tidak mahu disetubuhi serta tidak taat kepada suaminya”.

Continue reading

Dosa Besar – Menipu Dan Memungkiri Janji

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

Allah berfirman: “Dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia), sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya”. (Surah Al-Isra’, Ayat 34)

Az-Zajjaaj berkata, “Tiap-tiap yang diperintahkan oleh Allah atau yang dilarangnya itu termasuk dalam `ahd (janji)”.

Allah berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian”. (Surah Al-Maidah, Ayat 1)

Al-Wahidi berkata, Ibnu Abbas menyebut di dalam riwayat al-Walibi, “(Maka `uhuud) adalah apa-apa yang dihalalkan, yang diharamkan, yang diwajibkan dan apa-apa yang ketetapan hadnya ada di dalam al-Quran”.

Continue reading

Dosa Besar – Mengurangi Timbangan Dan Sukatan

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

Allah s.w.t. berfirman: “Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan), Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup, Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi”. (Surah Al-Muthafffin, Ayat 1-3)

As-Suddi menceritakan, ketika Rasulullah s.a.w sampai di Madinah, di sana ada seorang lelaki yang dikenali sebagai Abu Juhainah. Ia memiliki dua sukatan. Dia menjual barang dagangannya dengan satu sukatan dan membeli barang dengan sukatan yang satu lagi. Kemudian Allah menurunkan ayat ini. [1]

Abdullah bin ‘Abbas berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, “Lima dengan lima”. Mereka bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah lima dengan lima itu?”. Baginda menjawab, “Tidaklah suatu kaum itu membatalkan perjanjian (secara tidak jujur) kecuali Allah akan menguasakan atas mereka musuh mereka. Tidaklah mereka berhukum dengan selain hukum Allah kecuali kefakiran akan bermaharajalela di antara mereka. Tidaklah perbuatan keji (zina) dilakukan secara terang-terangan di antara mereka kecuali Allah akan menurunkan penyakit tha’un (kematian di mana-mana). Tidaklah mereka mengurangi sukatan kecuali tumbuh-tumbuhan tertahan dan kebuluran panjang menjelang. Dan tidaklah mereka menolak pembayaran zakat kecuali hujan pun akan tertahan dari mereka”.

Continue reading

Dosa Besar – Mencela Salah Seorang Sahabat Nabi

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

Imam al-Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

Sesungguhnya Allah berfirman, “Barangsiapa memusuhi salah seorang wali-Ku maka Aku mengisytiharkan perang terhadapnya”.

Kedua-duanya juga meriwayatkan bahawa Baginda bersabda:

“Janganlah kamu mencela para Sahabatku! Demi Yang jiwaku ada di tangan-Nya jika ada di antara kamu yang menginfakkan emas sebesar bukit Uhud, sesungguhnya nilainya tidak sampai satu ‘mudd’ dari (infak) mereka, bahkan tidak pun setengahnya”. [1]

Nabi s.a.w juga bersabda:

“Allah…Allah…berkenaan dengan para Sahabatku! Janganlah kamu menjadikan mereka sebagai sasaran sepeninggalanku. Barang siapa mencintai mereka, maka dengan segala rasa cintaku aku mencintainya. Barangsiapa membenci mereka, maka dengan segala kebencianku aku membencinya. Barang siapa menyakitinya sesungguhnya telah menyakitiku. Barang siapa menyakitiku bermakna telah menyakiti Allah. Dan barang siapa menyakiti Allah, hampir saja Allah mengambilnya (mencabut nyawanya)”.

Continue reading

Dosa Besar – Menyakiti Jiran Tetangga

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

“Demi Allah tidaklah beriman, demi Allah tidaklah beriman, demi Allah tidaklah beriman!”. Seseorang bertanya, “Siapakah dia, wahai Rasulullah?”. Rasulullah menjawab, “Barangsiapa yang tetangganya tidak merasa aman dari perangai buruknya”. [1]

Dalam riwayat yang lain Baginda bersabda:

“Tidak masuk syurga orang yang tetangganya tidak merasa aman dari perangai buruknya”. [2]

Rasulullah s.a.w ditanya tentang dosa yang paling besar di sisi Allah. Maka Baginda menyebutkan tiga perkara; kamu menjadikan sekutu bagi Allah padahal Dialah yang menciptakanmu, kamu membunuh anakmu kerana takut nanti dia makan bersamamu dan kamu berzina dengan isteri jiranmu”. [3]

Dalam sebuah hadith disebutkan:

“Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaknya tidak menyakiti jiran tetangganya”. [4]

Continue reading

Dosa Besar – Memakai Kain Sutera Dan Emas Bagi Kaum Lelaki

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO -[ Durasi – 25m 26s] – Memakai Kain Sutera Atau Emas bagi Lelaki- Ust Shamsuddin Abd Rahman

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/xgNhrkocXBA ]

MEMAKAI KAIN SUTERA DAN EMAS BAGI KAUM LELAKI

Dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim disebutkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

“Orang yang memakai sutera di dunia, tidak akan memakainya di akhirat”. [1]

Rasulullah s.a.w. bersabda: Continue reading

PERBINCANGAN TENTANG TAKDIR BERDASARKAN HADITH-HADITH SAHIH AL-BUKHARI

PERBINCANGAN TENTANG “TAKDIR” DARI KITAB SAHIH AL-BUKHARI – KITAB HADITH DISYARAHKAN OLEH MAULANA MUHD ASRI YUSOFF 

PAUTAN KEPADA KULIAH HADITH TERSEBUT BOLEH DICAPAI DI SINI

SILA KLIK DI TANDA MASA   UNTUK AKSES TERUS KEPADA TAJUK PERBINCANGAN

1 – [ Sesi 1 – 15:40 ] – Apakah Maksud “Takdir” (Qadr) Dan “Qada’ ”

2 – [ Sesi 1 – 33:53 ] – Pen Telah Kering Dengan Pengetahuan Allah

3 – [ Sesi 1 – 47:32 ] – Allah Maha Mengetahui Tentang Apa Yang Mereka Akan Lakukan

4 – [ Sesi 1 – 51:05 ] – Maksud “Fitrah” (Naluri Asal)

5 – [ Sesi 2 – 17:32 ] – Firman Allah: “Ketetapan Allah Merupakan Suatu Ketetapan Yang Putus

6 – [ Sesi 3 – 19:44 – Nazar Mencampakkan Seseorang Hamba Itu Kepada Takdir

7 – [ Sesi 3 – 33:35 ] – “La Haula Wa La Quwwata Illa Billah”  (Tidak Ada Daya Dan Upaya Melainkan Dengan Pertolongan Allah)

8 – [ Sesi 3 – 44:49 ] – Orang Yang Ma’sum Itu Adalah Orang Yang Allah Pelihara

9 – [ Sesi 3 – 51:31 ] – Firman Allah: “Sudah Pasti Negeri Yang Telah Kami Binasakan Itu Bahawa Mereka Tidak Akan Kembali”

10 – [ Sesi 4 – 15:59 ] – Orang Yang Berlindung Dengan Allah Daripada Nasib Yang Malang (Qada’ Terbahagi Kepada Dua, Qada’ Muallaq & Qada’ Mubram)

11- [ Sesi 4 – 33:41 ] – Allah Menghalang Antara Seseorang Itu Dengan Hatinya.

12 – [Sesi 4 – 1:03:35 – “Apa Yang Kami Tunjukkan Kepada Engkau Itu Tidak Lain Menjadi (Adalah Sebagai) Ujian”

13 – [Sesi 4 – 5 – 1:04:10 ]- “Tiada Sesiapa Pun (Apa-apa Pun) Yang Boleh Menegah Atau Menghalang Apa Yang Kau Berikan”