Dosa Besar – Memakai Kain Sutera Dan Emas Bagi Kaum Lelaki

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO -[ Durasi – 25m 26s] – Memakai Kain Sutera Atau Emas bagi Lelaki- Ust Shamsuddin Abd Rahman

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/xgNhrkocXBA ]

MEMAKAI KAIN SUTERA DAN EMAS BAGI KAUM LELAKI

Dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim disebutkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

“Orang yang memakai sutera di dunia, tidak akan memakainya di akhirat”. [1]

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Diharamkan sutera dan emas atas ummatku yang lelaki”. [2]

Huzaifah bin Yaman berkata:

“Nabi s.a.w melarang kami minum di dalam bekas emas dan perak, dan makan di dalamnya. Juga melarang kami memakai kain sutera yang halus dan kasar serta duduk di atasnya”. [3]

Maka barang siapa yang menghalalkan pakaian sutera untuk kaum lelaki, orang itu menjadi kafir. Walaupun begitu, Nabi s.a.w mengizinkan pemakaiannya untuk orang yang sedang menderita sakit gatal-gatal, kudis dan sebagainya. [4]  Dibolehkan juga untuk orang yang berperang ketika sedang menghadapi musuh. Pakaian sutera sebagai hiasan untuk kaum lelaki adalah haram hukumnya berdasarkan ijma’ kaum muslimin. Pengharaman ini adalah sama ada untuk pakaian luar atau pakaian dalam. Termasuk yang diharamkan juga ialah jika kandungan sutera suatu jenis kain lebih banyak dari pada bahan lainnya.

Emas juga diharamkan dipakai oleh kaum lelaki, baik berupa cincin, butang atau hiasan pedang dan sebagainya.

Nabi s.a.w pernah melihat ada cincin emas di jari tangan seorang lelaki. Baginda mencabutnya seraya berkata:

“Seseorang dari kamu mengambil sepotong bara api lalu meletakkannya di tangannya”. [5]

Para ulama’ berselisih pendapat dalam hal sama ada boleh atau tidak seorang anak kecil (lelaki) memakai sutera atau emas. Sebahagian ulama’ membolehkan dan sebahagian yang lain mengharamkannya berdasarkan keumuman sabda Nabi s.a.w, “Keduanya ini (sutera dan emas) haram untuk kaum lelaki umatku, dan halal untuk kaum wanitanya”. [6]

Kanak-kanak lelaki termasuk juga dalam larangan ini. Inilah pendapat mazhab Imam Ahmad.

Mari kita memohon taufiq kepada Allah terhadap apa yang dicintai dan diredhai-Nya, sesungguhnya Dia Maha Pemurah.

NOTA KAKI

1. Diriwayatkan oleh Al-Bukhari (5832) dan Muslim (2073) dari Anas dan diriwayatkan oleh Al-Bukhari (5833) dari Ibnu Zubair, dan diriwayatkan oleh Al-Bukhari (5834) dari Umar.

2. Diriwayatkan oleh Ahmad (4/396), Ath-Thayalisi (506), An-Nasa’i (8/161) dan At-Tirmizi (1720) dari Abu Musa. Ahmad (1/96), Abu Daud (4057), An-Nasa’i (8/160), Ibnu Majah (3595) dan Ath-Thahawi (4/250) dari Ali dan ianya adalah hadith sahih.

3. Diriwayatkan oleh Al-Bukhari (5837) dan Muslim (2067) dari Huzaifah.

4. Dikeluarkan oleh Ahmad (3/255,273), Al-Bukhari (2921, 2922), Muslim (2076), Abu Daud (4056), An-Nasa’i (8/202) dan Ibnu Majah (3592) dari Anas. Dia berkata, “Nabi s.a.w. memberi keringanan bagi Abdurrahman bin Auf dan Zubair bin Awwam memakai kain sutera kerana penyakit gatal yang dialami keduanya”.

5. Diriwayatkan oleh Muslim (2090) dari Ibnu Abbas

6. Lihat hadithnya (pada nota kaki no. 2)

· Nota: Saringan oleh Kumpulan Web Darulkaustar  dari buku terjemahan “Al-Kabair (Dosa-dosa Besar)’ karangan Imam Az-Zahabi. Buku terjemahan asal boleh dicapai di sini – https://drive.google.com/file/d/0B0r1wFGeMOw5eDdpZjM4a2YyRG8/edit

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s