[Muat Turun Artikel – Format PDF]
Zuhud ialah satu corak kehidupan insan mukmin yang mengekang jiwa daripada terikat dengan segala rupa kesenangan dunia sambil berusaha meninggalkan semua perkara yang tidak baik.
ZUHUD ITU TIDAK BANGGA KERANA MEMILIKI HARTA DAN TIDAK SEDIH KEHILANGAN DUNIA
Zuhud adalah meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat untuk kehidupan akhirat. Orang yang zuhud tidak menjadi bangga kerana memiliki dunia dan tidak menjadi sedih kerana kehilangan dunia.
Namun orang yang zuhud itu tidak semestinya miskin, atau hidup susah dan berwajah sedih. Mungkin ada yang menganggap bahawa zuhud itu hendaklah hidup miskin dan berpenampilan seperti orang miskin, berwajah lemah dan sedih, tubuh seperti orang lemas yang disangkanya tawadhu’. Semua itu tidak benar.
Ada yang menyangka bahawa zuhud itu mesti miskin dan dan diselubungi kemiskinan dan tentunya ini tidak benar sama sekali.
Pengertian zuhud banyak dijelaskan oleh ulama’ antaranya ialah orang zuhud itu tidak tergantung hatinya dengan dunia kerana tujuannya adalah akhirat.
Orang yang zuhud tidak bangga kerana memiliki dunia dan tidak sedih jika kehilangan dunia.
Oleh sebab itu orang kaya juga boleh bersikap zuhud, sebagaimana kisah berikut:
Suatu hari Imam Ahmad bin Hanbal ditanya mengenai seorang yang memiliki wang sebanyak seribu dinar, apakah dia boleh menjadi orang yang zuhud?
Lalu beliau menjawab:
“Boleh, dengan dua syarat yaitu:
1. Tidak gembira jika hartanya bertambah dan
2. Tidak sedih jika hartanya berkurang”.
“Menjadi kaya bukanlah sesuatu yang tercela, bahkan jika dia boleh berjihad dengan sebab kekayaannya maka itu adalah yang terbaik,” ujarnya.
Rasulullah s.a.w. membenarkan Sahabatnya menjadi orang kaya dan mereka gunakan kekayaan tersebut untuk membantu meringankan beban sesama mereka dan membantu jihad di jalan Allah.
Perlu diingat bahawa kekayaan itu memang dapat menjerumuskan seseorang kepada kesombongan dan ingatlah kebanyakan penduduk neraka adalah mereka yang sombong, mengumpulkan harta dan sangat bakhil.
Oleh itu hendaklah seseorang itu, semakin kaya semakin dermawan, bukan semakin buruk gaya hidupnya.
Agar kita sentiasa bersifat zuhud dan jauh dari ketamakan dunia, hendaklah kita sedari bahawa dunia ini hakikatnya adalah sementara sahaja.
Disaring dari – https://www.fiqhislam.com/agenda/syariah-akidah-akhlak-ibadah/129253-zuhud-itu-tidak-bangga-punya-harta-dan-tidak-sedih-kehilangan-dunia