Takut Allah

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

Takut Allah ialah seorang muslim itu mengenali zat Allah melalui mengenal sifat-sifat Allah dan mempunyai jiwa yang takut akan melakukan perkara dosa atau perkara yang dilarang oleh Islam.

TANDA TAKUT KEPADA ALLAH

Seorang mukmin hendaklah memiliki perasaan takut dan harap terhadap rahmat Allah. Semua perbuatan kita disaksikan oleh-Nya. Bahkan di akhirat nanti seluruh anggota tubuh kita akan menjadi saksi ke atas semua perbuatan kita.

Dalam buku Rahsia Ketajaman Mata Hati oleh Imam al-Ghazali, dijelaskan bahawa orang mukmin ialah orang yang takut kepada Allah dengan menjaga semua anggota tubuhnya. Abul Laits pernah berkata, “Orang-orang takut kepada Allah nyata pada tujuh perkara….”

1. Lidah, iaitu dicegah dari bercakap bohong, mempersendakan orang, mengadu domba dan berkata  yang tidak bermanfaat. Seterusnya dia menyibukkan diri berzikir kepada Allah, membaca Al-Quran atau berbincang berkaitan ilmu.

2. Hati, iaitu tidak ada perasaan permusuhan, kebohongan atau dengki terhadap kawan.  Dengki mampu menghapus semua kebajikan, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w, “Dengki mampu menghancurkan kebajikan sebagaimana api memakan kayu bakar”. Dengki adalah satu penyakit hati yang parah yang tidak dapat disembuhkan kecuali dengan ilmu dan amal.

3. Pandangan mata dan perasaan, iaitu dia tidak akan memandang perkara-perkara yang haram sama ada makanan, minuman, pakaian dan sebagainya. Juga memandang dunia bukan untuk kesenangan, melainkan ia memandangnya sebagai peringatan.

4. Perut, iaitu dia tidak akan memasukkan barang haram ke dalam perutnya, kerana ianya  adalah dosa besar.

5. Tangan, iaitu dia tidak menyentuh perkara haram, kecuali hanya mengambil sesuatu yang dapat menambah ketaatan kepada Allah.

6. Kaki, iaitu tidak berjalan ke arah kemaksiatan, malah sebaliknya berjalan ke arah yang menjadikannya semakin taat dan redha. Contohnya, berkumpul dengan para ulama’ dan orang  saleh.

7. Taat, iaitu sikapnya murni dan ikhlas kerana Allah s.w.t. Ia takut diresapi sikap riya’ dan munafik. Jika dia mempunyai sikap seperti ini, dia termasuk dalam golongan yang difirmankan Allah, “Kesenangan hari akhirat di sisi hukum Tuhanmu adalah khas bagi orang-orang yang bertaqwa”, (Surah Az Zukhruf, Ayat 35), dan seolah-olah Allah s.w.t. berfirman, “Sesungguhnya mereka kelak pada hari kiamat selamat dari api neraka.” 

Disaring dari – https://www.fiqhislam.com/agenda/syariah-akidah-akhlak-ibadah/113759-tanda-takut-kepada-allah

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s