Syukur

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

Syukur ialah sifat seorang mukmin yang sentiasa berterima kasih kepada Allah atas segala nikmat yang diberikan. Bersyukur kepada Allah ini banyak caranya seperti melaksanakan segala ibadah kepada Allah dengan hati yang ikhlas. Sentiasa memuji Allah dengan menyebut kalimah tayyibah (Perkataan yang baik) seperti Allah Akbar, Subhanallah, Alhamdulillah dan sebagainya.

MAKNA SYUKUR MENURUT BAHASA DAN AL-QURAN

Oleh Ina Salma Febriany

 “Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras” (Surah  Ibrahim, Ayat 7).

Seringkali kita mendengar ayat di atas dibaca dalam berbagai acara keagamaan baik dalam tausiyah ataupun ceramah yang mengisyaratkan perintah Al-Quran untuk bersyukur. Perintah dalam ayat di atas sangat jelas iaitu anjuran untuk bersyukur, jika ingin ditambah nikmat oleh Allah s.w.t. Kata kunci  dalam ayat ini ialah syukur. Apakah itu syukur? Kita sering sekali mendengar nasihat, “Bersyukurlah, nanti akan ditambah nikmatnya”, yang sebenarnya nasihat ini berpunca  dari Al-Quran Surah Ibrahim ayat 7 ini. Perintah bersyukur inilah yang menjadi tema utama awal surah Ibrahim. 

Sebelumnya (di ayat 5, Surah Ibrahim) perintah bersyukur ini sudah ditegaskan secara khusus untuk kaum Nabi Musa a.s. (Bani Israil). Tetapi, di ayat 5 termaktub bahawa bersyukur sahaja tidak cukup, umat Nabi Musa (juga secara umum umat Rasulullah s.a.w) hendaklah mampu menahan diri (bersabar) terhadap hal-hal yang kurang atau bahkan tidak disukai.  

Kembali ke lafaz “syukr”—yang terdiri atas kata syinkaf, dan ra’, secara bahasa,  kata ini bermakna membuka, menampakkan, menyingkap dan menunjukkan.  

Ahmad ibn Faris dalam karyanya “Maqayis al-Lughah mengemukakan empat makna dari kata ini. Pertama, adalah pujian kerana adanya kebaikan yang diperolehi seseorang. Kedua“syukr juga bermakna penuh atau lebat. 

Dengan demikian, dua makna tersebut berkait dengan sikap manusia yang redha dan puas atas nikmat Allah s.w.t., baik banyak ataupun sedikit. 

Melalui makna dasar tersebut itulah, maka tergambar bahawa sesiapa yang merasa puas dengan hasil yang sedikit setelah berusaha dengan sepenuh tenaga, maka hakikatnya dia akan memperolehi nikmat yang banyak, lebat, dan subur kerana balasan Allah tidak selalu dalam bentuk material yang nampak di mata kasar.  

Senada dengan Ahmad ibn Faris, pakar bahasa Arab, Syeikh ar-Raghib al-Ashfahani dalam “Mufradat”nya berpendapat bahawa kata “syukr” juga bermaksud sebagai usaha untuk menzahirkan nikmat-nikmat Tuhan (lihat pengujung surah adh-Dhuha).   

Oleh itu, makna “syakara” adalah lawan dari “kafara” (menutup) atau tidak mahu mensyukuri nikmat Allah s.w.t. 

Dengan demikian, makna kata dasar “syukr” di atas dapat kita fahami dengan perasaan “syukr” menuntut pengakuan dengan hati, pengucapan dengan lisan dan pengamalan / memanfaatkan nikmat tersebut melalui anggota tubuh. Sehingga akhirnya, makna ini sangat rapat perkaitannya  dengan kata “yasykur”, “syakir”ataupun “syakur”. Apa perbezaan  yang ketiga?  

Kata “yasykur” (bentuk fi’l mudhari / kegiatan yang terus menerus dilakukan) bermakna berusaha bersungguh-sungguh untuk mensyukuri nikmat Allah (walau sesekali khilaf dan lupa) namun tetap berusaha. Sedangkan”syakir”, tahapnya lebih tinggi dari “yasykur”, jika perbuatan  “bersyukur” selalu dilakukan oleh seorang hamba Allah, maka dia memperolehi derajat “syakir”. 

Selanjutnya, yang terakhir iaitu “syakur”. Bila perasaaan ingin dan sedar untuk mensyukuri nikmat Allah telah mendarah daging (juga bersyukur terhadap ujian dari Allah) telah menjadi keperibadian seorang hamba, maka dia telah  memperoleh derajat tertinggi iaitu “syakur”.  

Tingkatan ketiga inilah yang sulit untuk  dicapai, meskipun masih mungkin  diusahakan oleh seseorang hamba. Oleh kerana itu, Al-Quran menggambarkan bahawa sangat sedikit hamba-Nya yang mencapai derajat “syakur”, “Dan sedikit di antara hamba-hamba-Ku yang “syakur” (mahu berterimakasih),” (Surah Saba, Ayat 13).

Semoga ulasan ringkas ini mampu menguatkan semangat kita untuk berusaha menjadi hamba “syakur”, hamba yang ingin dan tulus secara sedar mengucapkan terimakasih pada Tuhan yang telah memberi hidup, juga memanfaatkan nikmat-nikmat tersebut kepada sesama makhluk-Nya. 

Disaring dari – https://www.fiqhislam.com/agenda/syariah-akidah-akhlak-ibadah/119984-makna-syukur-menurut-bahasa-dan-al-quran

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s