Doa Minta Perlindungan Dari Azab Neraka

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

[Muat Turun E-Book – 12 Zikir Mudah Dan Sahih]

VIDEO – [Durasi – 12m 29s] – DARI HADITH SAHIH -Doa Minta Perlindungan Dari Azab Neraka ( اللَّهُمَّ أَجِرْنَي مِنَ النَّارِ )

AMALAN MUDAH DAN RINGKAS TETAPI BESAR PAHALA DAN KELEBIHANNYA MENURUT HADITH-HADITH RASULULLAH S.A.W

[ Muat Turun – Nota 12 zikir mudah dan sahih – Beberapa Amalan Mudah Dan Ringkas Tetapi Besar Pahala Dan Kelebihannya Menurut Hadits-hadits Rasulullah s.a.w ]

DOA MINTA PERLINDUNGAN DARI AZAB NERAKA

Membaca doa di bawah ini sebanyak tujuh kali selepas setiap kali selesai solat Maghrib dan Subuh:

اللَّهُمَّ أَجِرْنَي مِنَ النَّارِ

Maksudnya: Ya Allah! Lindungilah daku dari azab neraka.

Antara kelebihannya:

Rasulullah s.a.w pernah mengajar doa itu kepada seorang Sahabat bernama Muslim bin al-Haarits at-Tamimi. Kata Baginda kepadanya:

إذا انصرفت من صلاة المغرب فقل: اللهم أجرني من النار، سبع مرات، فإنك إذا قلت ذلك، ثم مت في ليلتك كتب لك جوار منها، وإذا صليت الصبح، فقل كذلك، فإنك إن مت من يومك كتب لك جواز منها.

Maksudnya: “Apabila engkau selesai bersembahyang Maghrib, maka bacalah اللهم أجرنى من النار sebanyak tujuh kali, Jika telah membacanya, kemudian engkau mati pada malam itu, niscaya engkau akan dilindung daripadanya. Apabila engkau selesai bersembahyang Subuh juga bacalah begitu, kerana jika engkau mati pada hari itu, niscaya engkau akan dilindungi daripadanya”. (Hadith riwayat Abu Daud, Ahmad, Ibnu Hibbaan, at-Thabaraani dan al-Baihaqi di dalam ad-Da’awaat al-Kabirnya)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s