Ucapan Tahlil Yang Utama Untuk Diamalkan Sepanjang Masa

VIDEO – AMALAN DARI HADIS SAHIH – Ucapan Tahlil Yang Utama Untuk Diamalkan Sepanjang Masa

AMALAN MUDAH DAN RINGKAS TETAPI BESAR PAHALA DAN KELEBIHANNYA MENURUT HADITH-HADITH RASULULLAH S.A.W

[ Muat Turun – Nota 12 zikir mudah dan sahih- http://tinyurl.com/y7wg5ydt ]

Bertahlil dengan tahlil yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w seperti di bawah ini:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ المُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ يُحْيِ وَيُمِيتُ وَهُوَ حَيُّ لَا يَمُوتُ بِيَدِهِ الخَيْرُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِير

Maksudnya: Tiada tuhan melainkan Allah yang Esa. Tiada sekutu bagiNya, kepunyaanNya segala kerajaan, kepunyaanNya segala pujian, Dia menghidup dan mematikan. Dia (Tuhan) Yang Maha Hidup, tidak akan mati, Di tanganNya segala kebaikan. Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Antara kelebihannya:

(a) Rasulullah s.a.w bersabda:

من دخل السوق فقال لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد يحي ويميت وهو حي لا يموت بيده الخير وهو على كل شيء قدير كتب الله له ألف حسنة ومخا عنه ألف الف سيئة ورفع له الف الف درجة وبنى له بيتا فى الجنة.

Maksudnya: Sesiapa masuk ke pasar, lalu mengucapkan

لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد يحي ويميت وهو حي لا يموت بيده الخير وهو على كل شيء قدير,

Allah akan menulis untuknya sejuta pahala, menghapuskan daripadanya sejuta kejahatan dan mengangkat untuknya sejuta darjat dan Allah membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga. (Hadith riwayat at-Tirmidzi, Abu Daud, Ibnu Majah, al-Bazaar, al-Haakim, at-Thabaraani dan lain-lain)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s