[Muat Turun Artikel – Format PDF]
[Muat Turun E-Book – 12 Zikir Mudah Dan Sahih]
VIDEO – [Durasi – 22m 11s] – AMALAN DARI HADITH SAHIH – Membaca Ayat al-Kursi Selepas Mengerjakan Solat Fardhu
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/dO867jgxz5s ]
AMALAN MUDAH DAN RINGKAS TETAPI BESAR PAHALA DAN KELEBIHANNYA MENURUT HADITH-HADITH RASULULLAH S.A.W
[ Muat Turun – Nota 12 zikir mudah dan sahih – Beberapa Amalan Mudah Dan Ringkas Tetapi Besar Pahala Dan Kelebihannya Menurut Hadits-hadits Rasulullah s.a.w ]
MEMBACA AYAT AL-KURSI SELEPAS MENGERJAKAN SOLAT FARDHU
اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ (255)
Maksudnya: Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya): Dia tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa izinNya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak berasa berat memelihara keduanya dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (Surah al-Baqarah, Ayat 225)
Antara kelebihannya:
(a) Rasulullah s.a.w bersabda:
من قرأ آية الكرسي في دبر كل صلاة مكتوبة لم يمنعه من دخول الجنة إلا أن يموت
Maksudnya: “Sesiapa membaca ayat al-Kursi selepas setiap solat fardhu, niscaya tidak (ada sesuatu apa pun yang) menghalangnya daripada masuk syurga selain kematiannya”. (Hadith riwayat at-Thabaraani, an-Nasaa’i, Ibnu as-Sunni dan lain-lain).
(b) Rasulullah s.a.w pernah bertanya Ubaiy bin Ka’ab:
(( يا أبا المنذر أتدرى أى اية من كتاب الله معك أعظم )). قال قلت الله ورسوله أعلم. قال (( يا أيها المنذر أتدري أي اية من كتاب معك أعظم )). قال قلت الله لا إله إلا هو الحي القيوم. قال فضرب في صدري وقال والله لبهنك العلم أبا المنذر.
Maksudnya: “Wahai Aba al-Munzir, tahukah kamu mana satu ayat al-Qur’an (yang ada) padamu yang paling agung?” Aku menjawab: “Allah dan Rasul-Nya lebih tahu”. Kata Baginda: ”Wahai Abu al-Munzir, tahukah kamu mana satu ayat al-Qur’an (yang ada) padamu yang paling agung?”. Kata Ubaiy, aku menjawab: “ الله لا إله غلا هو الحي القيوم ” Kata Ubaiy : “Terus Baginda menepuk dadaku seraya bersabda: “Tahniahlah atas ilmumu wahai Abu al-Munzir!”. (Hadith riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i dan lain-lain).
(c) Syaitan berupa manusia pernah hendak mencuri makanan (milik kerajaan), tiba-tiba ditangkap oleh Abu Hurairah yang berkawal. Ia menceritakan tentang kelebihan ayat al-Kursi. Ceritanya itu kemudiannya disahkan oleh Rasulullah s.a.w. Kata syaitan itu:
إذا أويت إلى فراشك فأقرأ اية الكرسي (الله لا إله إلا هو الحي القيوم) حتى تختم الاية فإنك لن يزال عليك من الله حافظ ولا يقربنك شيطان حتى تصبح
Bermaksud: “Apabila engkau ke tempat tidurmu, bacalah ayat al-Kursi (الله لا إله إلا هو الحي القيوم) hingga akhir ayat. Dengan membacanya akan terus ada pengawal daripada Allah yang mengawalmu dan syaitan sama sekali tidak akan dapat menghampirimu hingga pagi”. (Hadith riwayat al-Bukhari).