Nota Ringkas – Tahlil Kematian Hari / Malam 1, 3, 7, 40 Dan 100

[Muat Turun Artikel – PDF]

Di Malaysia dan di negara-negara Nusantara ini, selepas berlaku kematian, seseorang dari keluarga kita akan mengadakan kenduri dan akan menjemput masyarakat sekeliling untuk mengadakan majlis tahlil pada malam pertama, ke 3, ke 7, ke 40 dan ke 100.

Ianya budaya yang diamalkan secara meluas dan turun-temurun. Keluarga si mati yang tidak mengadakan majlis tahlil pada malam tertentu ini akan ditohmah dan disindir kononnya tidak menyayangi si mati. Sehinggalah, kerana kesempitan hidup, sesetengahnya terpaksa berhutang untuk mengadakan majlis-majlis tahlil ini.

Pada malam-malam yang ditetapkan (1, 3, 7, 40 dan 100), ahli masyarakat berkumpul di rumah si mati dan acara tahlil (dengan kaifiat tertentu yang tetap) dilakukan secara berjemaah dengan kemuncaknya ialah jamuan makan kepada para hadirin. Pernah suatu masa dulu, untuk malam tertentu para hadirin dijamu dengan juadah khas pula.

Kita Perlu Bertanya Beberapa Perkara Tentang Upacara Ini

1. Adakah upacara-upacara ini wujud di peringkat awal Islam? Adakah Nabi, Sahabat-sahabat, tabiin dan ulama’-ulama’ muktabar melakukan atau menganjurkannya?

2. Selain kita di Nusantara, apakah masyarakat Islam di rantau lain, seperti di Semenanjung Arab, Afrika, Eropah, Amerika, India dan Pakistan turut mengadakan upacara yang serupa?

3. Siapakah yang memulakan upacara sambutan ini? Dari kitab manakah sumber upacara-upacara ini?

3. Apakah hasil dari upacara ini? Apakah kesannya kepada mereka yang tidak mampu mengadakannya?

Hakikatnya:

1. Begitu ramai Sahabat Nabi s.a.w yang meninggal dunia semasa Nabi masih hidup; tapi kita tidak pernah berjumpa walaupun satu hadith yang menunjukkan Nabi atau Sahabat-sahabat Baginda mengadakan upacara-upacara tahlil kematian di malam-malam tertentu seperti yang kita amalkan pada hari ini.

2. Kalau kita mengembara keluar dari bumi Nusantara ini, kita tidak dapati upacara ini diamalkan oleh masyarakat Islam, baik di negara-negara Arab, benua kecil India dan Pakistan, Afrika; apatah lagi di Eropah dan Amerika.

3. Keluarga si mati terpaksa bersusah payah mengadakan upacara ini, walaupun sesetengahnya tidak mampu, sehingga sampai ke tahap terpaksa berhutang atau lebih parah, menggunakan harta pusaka yang ditinggalkan oleh si mati.

4. Kaifiat selawat yang tetap tidak berasal dari Nabi dan Sahabat-sahabat tetapi ianya adalah rekaan orang kemudian.

5. Setelah diselidiki, upacara sambutan malam ke 1, 3, 7, 40 dan 100 ini wujud dalam kitab-kitab Hindu dan diamalkan oleh masyarakat Hindu! Untuk menyesuaikannya dengan agama Islam, mantra-mantra yang dibaca telah ditukar dengan selawat-selawat dan bacaan ayat-ayat al-Quran.

Kesimpulannya:

1) Apabila berlaku kematian dalam masyarakat kita, keluarga si mati dibebankan dengan banyak adat dan budaya yang tidak berasal malah bercanggah dengan Islam. Adat dan budaya ini, selain tidak memberi manfaat di akhirat, ianya juga menyebabkan kerugian dan kesusahan di dunia.

2) Untuk membuktikan sayang kita kepada si mati hendaknya kita menurut apa yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w. Ingatlah apa yang menyampaikan pahala kepada si mati ialah sedekah jariah, doa anak-anak yang soleh dan ilmu-ilmu yang bermanfaat yang diajar dan disebarkan.

3) Fakta yang menunjukkan ianya hanya diamalkan oleh umat Islam di Nusantara sahaja, menunjukkan ianya rekaan orang-orang tempatan.

4) Setelah terbukti ianya berasal dari amalan Hindu (yang tercatat dalam kitab-kitab mereka) kita sepatutnya meninggalkannya tanpa ragu-ragu.

5) Dengan meninggalkan amalan yang direka ini, kita dapat mengelakkan pembaziran harta dan masa dan juga tidak terjebak dengan dosa dan maksiat menggunakan harta anak yatim dsb. Alangkah baiknya jika masa, harta dan tenaga yang kita jimatkan dengan meninggalkan amalan bid’ah ini dapat kita manfaatkan untuk kebaikan dunia dan akhirat kita.

6) Amalan-amalan dan ibadat yang direka akan mencambahkan amalan-amalan baru yang lain. Janganlah kita  menjadikan agama Islam seperti agama-agama lain seperti Kristian, Hindu dan sebagainya yang telah ditokok tambah sehingga ajaran agama yang asal tidak lagi dikenali.

PAUTAN BERMANFAAT DAN MAKLUMAT LANJUT:

1- [VIDEO – DURASI 6M 53S] – TAHLIL KEMATIAN (1, 3, 7, 40, 100 HARI ) BERASAL DARI KITAB HINDU! [PENDEDAHAN DARI BEKAS PENGANUT HINDU]

2 – [VIDEO & ARTIKEL] PERKARA BID’AH TERHADAP JENAZAH YANG SERING DILAKUKAN OLEH MASYARAKAT MELAYU –

https://darulkautsarpemurniansyariat.wordpress.com/2018/12/06/perkara-bidah-terhadap-jenazah-yang-sering-dilakukan-oleh-masyarakat-melayu/

3 – TIDAKKAH BID’AH MENYEDIAKAN MAKANAN SELEPAS KEMATIAN? HTTPS://DARULKAUTSARPEMURNIANSYARIAT.WORDPRESS.COM/2018/12/06/TIDAKKAH-BIDAH-MENYEDIAKAN-MAKANAN-SELEPAS-KEMATIAN/

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s