Syiah Sepintas Lalu – “RISALAH PEMURNIAN AKIDAH – SYIAH SESAT”

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

POSTER SYIAH SESAT – RISALAH UTAMA

POSTER SYIAH SESAT – SISIPAN

POSTER SYIAH SESAT – BROSUR

Risalah “SYIAH SESAT” ini mendedahkan siapa sebenarnya Syiah. Adakah mereka salah satu mazhab dalam Islam atau mereka sebenarnya sebuah agama lain? Adakah benar dakwaan golongan Syiah bahawa ajaran mereka datang dari anak cucu nabi s.a.w (Ahlul Bait)? Adakah mereka benar-benar mencintai ahlul bait?

Risalah ini mendedahkan bahawa Syiah sebenarnya adalah BUKAN Islam malah hakikatnya adalah sebuah agama lain dan kitalah, Ahlus Sunnah, yang lebih menyayangi Ahlul Bait berbanding golongan Syiah ini.

ANDA DISARANKAN MUAT TURUN & MENCETAK RISALAH INI DAN MENGEDARKANNYA DALAM KOMUNITI ANDA

Belitan Iblis Dalam Ajaran Tarekat

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

Petikan dari buku “Belitan Iblis Dalam Ajaran Tariqat”
Penulis: Dr Ehsaan Ilahi Dzahir

VIDEO SELINGAN – [Durasi – 1j 38m 47s] -Pengaruh Fahaman Bukan Islam Dalam Tasawwuf – Maulana Muhd Asri Yusoff

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/MZDkX1OJFxw ]

A. AMALAN TAREKAT

1. Sikap Melampau Dan Keterlaluan Pengamal Tarekat

Boleh dikatakan sebahagian besar orang sufi dan pengamal tarekat pasti berlebih-lebihan dalam melaparkan diri, meninggalkan perkara-perkara yang halal, semata-mata kerana itulah ajaran imam pembimbing mereka.

Continue reading

Tarekat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqani

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

[Muat Turun E-book – Pemikiran Akidah Shaykh Nazim al-Qubrusi Menurut Ahli Sunnah Waljamaah]

VIDEO – [Durasi – 10m 2s] – KESESATAN TAREKAT NAQSYABANDIAH AL-ALIYYAH SYEIKH NAZIM AL-HAQQANI

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/G6VEMekcKtI ]

(AJARAN TAREKAT NAQSYABANDIAH AL-ALIYYAH SYEIKH NAZIM AL-HAQQAN ADALAH SESAT DAN TELAH DIHARAMKAN OLEH JAKIM)

Keputusan Fatwa Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam

a) Tarekat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan menyeleweng dari ajaran Islam. Pengamal ajaran ini hendaklah segera bertaubat.

b) Semua negeri dikehendaki memfatwa dan mewartakan bahawa tarekat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim diharamkan dan tidak boleh diamalkan oleh umat Islam kerana ia bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.

Oleh: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-48

Continue reading

Penyelewengan-Penyelewengan Tarekat Tijaniah

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO -[Durasi- 25m 17s] – Penyelewengan Tarekat Tijaniyyah dan Penyimpangan Selawat Fatih – Maulana Muhd Asri Yusoff

 

VIDEO – [Durasi – 1j 7m 17s] – PENYELEWENGAN TAREKAT AT-TIJANI – Ust Shamsuddin Abd Rahman

[ Tonton video Penyelewengan Tarekat Tijaniyyah dan Penyimpangan Selawat Fatih – Maulana Muhd Asri Yusoff” melalui saluran YouTube – https://youtu.be/xhG1O3gsOlg ]

[ Tonton video PENYELEWENGAN TAREKAT AT-TIJANI – Ust Shamsuddin Abd Rahmanmelalui saluran YouTube – https://youtu.be/w_4O7Crwin0 ]

PENYELEWENGAN-PENYELEWENGAN TAREKAT TIJANIAH

1. Mengisyaratkan bahawa Rasulullah s.a.w menyembunyikan ilmu

2. Pengasas Tarekat Tijaniah, Sheikh Ahmad al-Tijani, melebihkan dirinya dan para pengikutnya berbanding Sahabat Nabi s.a.w

3. Mendakwa sesiapa yang meninggalkan wirid Tarekat Tijaniyah akan terkena bala dan mala petaka

4. Mendakwa kitab “Jawahir al-Ma’ani”  adalah kitab karangan Nabi s.a.w

5. Mendakwa orang yang memasuki tarekat Tijaniyah akan aman daripada segala kemudaratan dan mala petaka dunia dan akhirat.

Continue reading

Ciri-Ciri Pemikiran Islam Liberal

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

Pemikiran Islam Liberal telah meresap ke dalam masyarakat Islam Malysia terutamanya di kalangan anak-anak muda dan cendekiawan. Mereka bertapak di pusat-pusat pengajian tinggi dan muncul dalam bentuk pertubuhan sukarela (NGO) dan bergiat aktif dalam masyarakat.

Berikut adalah ciri utama gerakan Islam Liberal:

1. SEKULARISME

Pemikiran Islam Liberal mengatakan “sekularisme” tidak bercanggah malah adalah sebahagian dari Islam.

2. PLURALISME AGAMA

Semua agama adalah sama di mana semuanya menuju kepada tuhan yang satu. Perbezaan hanya pada cara sampai kepada tuhan tersebut. Agama Islam dan bukan Islam adalah setanding dan sama-sama benar.

Continue reading

Isu-Isu Sentral Dalam Pemikiran Islam Liberal: Kes Indonesia Dan Pengajarannya Untuk Malaysia

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

Oleh: Dr Ugi Suharto, (International Islamic University Malaysia)

1. Pendahuluan

Istilah “Islam Liberal” pertama kali digunakan oleh para penulis Barat seperti Leonard Binder [1] dan Charles Kurzman [2]. Namun dalam konteks Indonesia ada buku khusus yang ditulis oleh Greg Barton pada tahun 1995 mengenai kemunculan pemikiran liberal di kalangan pemikir Indonesia [3]. Buku ini kemudiannya diterjemahkan dalam bahasa Indonesia dengan tajuk “Gagasan Islam Liberal di Indonesia: “Pemikiran Neomodernisme Nurcholis Madjid, Djohan Effendi, Ahmad Wahib, dan Abdurrahman Wahid”, yang diterbitkan atas kerjasama Paramadina, Yayasan Adikarya Ikapi, dan Ford Foundation pada tahun 1999. Pemikiran Islam liberal, yang biasa disingkat sebagai ‘Islib’, kemudian dipopularkan oleh satu kumpulan para pemuda dengan menubuhkan satu rangkaian kerjasama di dalam dan di luar negara, yang mereka namakan sebagai ‘Jaringan Islam Liberal’ (JIL).

Continue reading

Hakikat Sekularisme Dan Kaedah Penyebarannya

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

Oleh : Irwan Bin Mohd Subri

(Artikel ini dipetik dan disaring dari buku “Mauqif al-Islam Min al-Tayyarat Wa al-Mazahib al-Mu’asharah” karangan Prof. Dr. Taha Abd al-Salam Khudhair dan Prof. Dr. Hasan Muharram al-Sayyid al-Huwaini, pensyarah Jabatan Akidah Dan Falsafah, Kuliah Usuluddin Universiti al-Azhar Mesir)

“Sekular” atau dalam bahasa Arabnya dipanggil “al-‘Ilmaniyyah” diambil dari perkataan “ilmu” (dalam bahasa Arab, ‘ain, lam dan mim). Kononnya dari segi mafhum, ia bermaksud mengangkat martabat ilmu, jadi ia tidak bercanggah dengan mafhum Islam yang juga menjadikan ilmu sebagai satu perkara penting bagi manusia dan menyeru kepada ilmu sejak wahyu pertama lagi. Tetapi sebenarnya penterjemahan kalimah “sekular” kepada “al-‘Ilmaniyyah” hanyalah satu tipu daya dan berselindung di sebalik slogan ilmu. Sebenarnya kalau diperhatikan makna tersirat bagi “sekular” ialah “al-Ladiniyyah” yakni “tanpa agama” atau “al-La’aqidah” yakni “tanpa aqidah”. Tokoh pemikir Islam Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi pernah menyebut perkara ini di dalam penulisannya tentang sekularisme.

Continue reading

Pertentangan Islam Dan Sekular: Sekular Pasti Tersungkur

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

Oleh: Prof Dr. Yusuf Abdullah Al-Qardhawi

Dr Yusuf al-Qardhawi dengan lantang menyerang sekularisme dan pendokong-pendokongnya. Di bawah ini adalah petikan dari buku beliau “Pertentangan Islam Dan Sekular: Sekular Pasti Tersungkur” yang mesti dimiliki oleh setiap muslim yang peka dengan dunia sekitarnya.

1. SEKULAR MENENTANG AGAMA

Kami telah menyatakan bahawa “sekular” adalah ditolak di dalam negara Islam secara umumnya dan di Mesir khususnya atas apa-apa penilaian sekalipun khususnya penilaian agama.

Apabila kita berhukum dengan agama, iaitu agama yang dianuti oleh majoriti penduduk negara Islam dan kita menerima hukum Islam, kita akan mendapati Islam menolak secara muktamad terhadap sekular. Ini disebabkan sekular tidak dapat duduk semeja bersama dengan Islam sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah.

Continue reading