[Muat Turun Artikel – Format PDF]
Pemikiran Islam Liberal telah meresap ke dalam masyarakat Islam Malysia terutamanya di kalangan anak-anak muda dan cendekiawan. Mereka bertapak di pusat-pusat pengajian tinggi dan muncul dalam bentuk pertubuhan sukarela (NGO) dan bergiat aktif dalam masyarakat.
Berikut adalah ciri utama gerakan Islam Liberal:
1. SEKULARISME
Pemikiran Islam Liberal mengatakan “sekularisme” tidak bercanggah malah adalah sebahagian dari Islam.
2. PLURALISME AGAMA
Semua agama adalah sama di mana semuanya menuju kepada tuhan yang satu. Perbezaan hanya pada cara sampai kepada tuhan tersebut. Agama Islam dan bukan Islam adalah setanding dan sama-sama benar.
3. AL-QURAN BARU EDISI KRITIS
Al-Quran yang ada perlu diedit kerana dikatakan mempunyai kesalahan dan perlu dinilai secara kritis. (Idea bahawa al-Quran mempunyai kesalahan adalah berasaskan kepada Bible yang bercampur aduk dengan yang benar dan yang salah padahal al-Quran telah disepakati tidak mengandungi sebarang kesalahan).
4. HERMENEUTIKA
Pentafsiran semula al-Quran menggunakan kaedah “hermeneutika” yang dicelup dari kaedah pentafsiran Bible. Sebagaimana Bible dikaji, di mana ayat-ayat yang benar cuba diasingkan dari yang salah, teks al-Quran dikaji dan diubah mengikut selera pentafsir. Menurut kaedah “pentafsiran” ini teks al-Quran tiada bezanya dengan tulisan-tulisan lain dan tidak harus dimuliakan kerana ianya mungkin mengandungi kesilapan.
5. FEMINISME
Perjuangan untuk menyamakan lelaki dan wanita di segala segi. Di antara tuntutannya:
a) Lelaki perlu beriddah selama 130 hari sebagaimana wanita beriddah
b) Wanita diberi kuasa menjatuhkan talak
c) Pembahagian pusaka yang sama nilai di antara anak lelaki dan perempuan
d) Poligami adalah tidak sah.