[Muat Turun Artikel – Format PDF]
VIDEO – [Durasi – 1j 7m 17s] – PENYELEWENGAN TAREKAT AT-TIJANI – Ust Shamsuddin Abd Rahman
[ Tonton video “Penyelewengan Tarekat Tijaniyyah dan Penyimpangan Selawat Fatih – Maulana Muhd Asri Yusoff” melalui saluran YouTube – https://youtu.be/xhG1O3gsOlg ]
[ Tonton video “PENYELEWENGAN TAREKAT AT-TIJANI – Ust Shamsuddin Abd Rahman“melalui saluran YouTube – https://youtu.be/w_4O7Crwin0 ]
PENYELEWENGAN-PENYELEWENGAN TAREKAT TIJANIAH
1. Mengisyaratkan bahawa Rasulullah s.a.w menyembunyikan ilmu
2. Pengasas Tarekat Tijaniah, Sheikh Ahmad al-Tijani, melebihkan dirinya dan para pengikutnya berbanding Sahabat Nabi s.a.w
3. Mendakwa sesiapa yang meninggalkan wirid Tarekat Tijaniyah akan terkena bala dan mala petaka
4. Mendakwa kitab “Jawahir al-Ma’ani” adalah kitab karangan Nabi s.a.w
5. Mendakwa orang yang memasuki tarekat Tijaniyah akan aman daripada segala kemudaratan dan mala petaka dunia dan akhirat.
6. Mendakwa Nabi s.a.w hadir dalam majlis membaca selawat “Jawharah al-Kamal” dan selawat “Jawharah al-Kamal” lebih afdhal daripada membaca al-Quran dan menunaikan solat-solat fardhu
7. Mengucapkan satu kali selawat al-Fatih menyamai segala tasbih yang diucapkan di muka bumi dan juga menyamai dengan 6,000 kali membaca al-Quran
8. Melakukan tokok tambah ke atas kelebihan berselawat ke atas Nabi s.a.w
9. Mendakwa ahli neraka juga memperolehi nikmat
10. Mendakwa orang kafir juga dikasihi oleh Allah s.w.t.
11. Allah s.w.t. berada pada setiap tempat.
12. Orang kafir, zalim dan fasik juga mentaati perintah Allah s.w.t.
13. Mendakwa anak zina tidak ada kebaikan langsung dan tidak akan memasuki syurga
14. Mendakwa orang bukan Nabi kadang-kadang mempunyai ilmu yang lebih daripada Nabi s.a.w
15. Mendakwa tarekat Tijaniyah membatalkan segala tarekat sufi yang lain
16. Mendakwa segolongan pengikut tarekat Tijaniyah mengatasi wali-wali Qutub umat ini
17. Mendakwa setiap sheikh mengambil ilmu daripada Sheikh Ahmad Al-Tijani
18. Mendakwa para pengikut tarekat Tijaniyah diberikan ganjaran 100,000 kali ganda daripada ganjaran setiap orang yang beramal, meskipun mereka tidak berbuat apa-apa
19. Mendakwa para pengikut tarekat Tijaniyah dikurniakan syurga mengatasi yang dikurniakan kepada seluruh wali Qutub
20. Mendakwa sumpah cerai tidak akan berlaku penceraian
21. Mendakwa Rasulullah s.a.w melarang melakukan Tawajjuh dengan nama-nama Allah s.w.t yang baik
22. Mendakwa kaki Sheikh Ahmad Al-Tijani berada di atas tengkok segala wali sehingga ke hari kiamat
23. Mendakwa roh Rasulullah s.a.w berada dekat dengan roh Syeikh Ahmad Al-Tijani
24. Mengumpat ulama’
25. Mendakwa para wali Qutub adalah maksum
26. Mendakwa seluruh makhluk melintasi titian siratul mustaqim kerana Sheikh Ahmad Al-Tijani
27. Mendakwa Allah s.w.t. memberi syafaat kepada manusia yang hidup pada zaman hidupnya Sheikh Ahmad Al-Tijani sehingga ke hari kematian beliau
28. Mendakwa Nabi s.a.w hadir di saat kematian para pengikut tarekat Tijaniah
29. Mendakwa Sheikh Ahmad Al-Tijani adalah imam manusia pada hari mahsyar
30. Mendakwa selawat “Al-Fatih Lima Ughliqa” termasuk dari kalam Allah s.w.t.
31. Mendakwa Sheikh Yang Arif boleh berpindah rohnya daripada satu jasad kepada satu jasad yang lain
32. Mendakwa Ali sebagai khalifah Allah s.w.t. bagi seluruh kerajaan-Nya.
33. Mendakwa orang yang berpaling daripada wali pada zamannya akan diharamkan daripada memperolehi limpahan ketuhanan
34. Mendakwa memiliki martabat yang tinggi di sisi Allah s.w.t yang haram disebutkan kepada manusia
35. Mendakwa wali Abu Salih Muhammad bin Al-Arabi Al-Tazi kerap kali bertemu dengan Nabi secara jaga
36. Mendakwa selawat al-Fatih menghapuskan segala dosa baik yang kecil mahu pun besar
37. Mendakwa maqam para pengamal dan pengikut tarekat Tijaniyah tidak dapat dicapai oleh para wali di akhirat kelak
38. Mendakwa Sheikh Al-Tijani dapat memasukkan para pengikutnya ke dalam syurga tanpa hisab dan tanpa azab
39. Mendakwa setiap orang yang mengamalkan wirid tarekat Tijaniyah, para isteri dan juga zuriat keturunannya akan masuk syurga tanpa hisab dan azab
40. Mendakwa orang yang melihat para pengikut tarekat Tijaniyah akan masuk syurga tanpa hisab dan azab
41. Mendakwa selawat “Al-Fatih Lima Ughliqa” mengatasai segala zikir dan selawat yang syari’e
42. Mendakwa sesiapa yang berterusan membaca selawat “Yaqutah al-Haqaiq” dijamin untuknya kebaikan dunia dan juga akhirat
43. Mendakwa Sheikh Ahmad Al-Tijani sudah mengetahui dirinya sebagai wali Allah s.w..t semenjak awal penciptaan alam maya lagi
44. Mendakwa orang-orang miskin yang berpegang dengan Tarekat Tijaniyah mempunyai kedudukan yang tinggi
45. Mendakwa para pengikut tarekat Tijaniyah mempunyai tanda istimewa daripada nabi s.a.w berbanding dengan orang lain
46. Mendakwa orang yang mengambil wirid tarekat Tijaniah akan tinggal bersama dengan Nabi di syurga yang paling tinggi.
*Rujukan dari buku-buku tarekat al-Tijaniyah:
1) Jawahir al-Ma’ani
2) Bughyah al-Mustafid
3) Al-Ifadah al-Ahmadiyyah
Syeikh Ibrahim Al-Qattan – Majalah Al-Fath, bil 257, Al-Qaherah, Khamis 16 Safar tahun 1350