Berhati-hati Tentang Masalah Syirik Dengan Allah [Video]

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi 6m 24s] – Berhati-hati Tentang Masalah Syirik Dengan Allah – Ust Shamsuddin Abd Rahman

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/kJGmE09yVbw ]

BERHATI-HATI TENTANG MASALAH SYIRIK DENGAN ALLAH

1. Masalah syirik adalah suatu perkara besar yang penting. Ianya lebih serius sekiranya kita melakukan syirik dalam keadaan kita tahu dan yakin Allahlah yang menjadikan kita..Dalam keadaan dia tahu tuhan yang menjadikannya, dia masih mengatakan ada orang lain yang setanding dengan tuhan, dan hatinya bergantung kepada perkara/orang tersebut sama ada dalam bentuk tangkal, azimat, tawassul dll.

2. Akhir-akhir ini muncul semula kumpulan pemuja kubur (Quburiyyun). Kelompok ini banyak terdapat di India dan Pakistan dan akhir-akhir ini muncul di Indonesia. Di antara tanda ajaran kumpulan Quburiyyun ini terdapat Notis di kubur, “Perempuan Haidh Tidak Dibenarkan Masuk” seperti yang diletakkan di kubur Wali Songo. Mereka menganggap kubur ini suci seperti masjid!

3. Ada kes di mana ada orang yang meminta terus kepada orang yang (mati) di dalam kubur, bukannya lagi meminta orang mati dalam kubur supaya memohon kepada tuhan! Yang sepatutnya dilakukan oleh orang yang menziarahi kubur ialah mendoakan keampunan untuk ahli-ahli kubur.

4. Amalan meminta supaya orang dalam kubur mendoakan untuk kita akan ditakuti menyebabkan jatuh syirik kerana kita tidak yakin yang permintaan kita akan diterima jika kita sendiri yang membuat permohonan atau berdoa. Kita menganggap bahawa tuhan serba salah untuk tidak terima permohonan dari orang mati! Padahal Allah menyeru manusia supaya berdoa terus kepada-Nya.

5. Mereka menganggap Allah memerlukan sokongan untuk mengabulkan sesuatu permintaan, sokongan dari orang yang “berkedudukan” di sisi-Nya. Ini yang dikenali sebagai “Syafaat Jah” (Syafaat, pertolongan kerana kedudukan). Tidak benar anggapan demikian, contohnya, Allah tidak menerima doa Nabi s.a.w supaya Abu Talib memeluk Islam, walaupun kedudukan Nabi adalah tinggi di sisi Allah.

6. Ada juga yang mengatakan, doa melalui perantaraan orang yang berkedudukan adalah perkara khilafiah. Persoalannya mengapa kita sibuk amalkan yang khilaf tetapi meninggalkan yang sahih, iaitu berdoa terus kepada Allah, tanpa perantaraan. Perlu diingat bahawa, kalaupun ianya perkara khilaf, perkara yang dipertikaikan ini adalah antara syirik dan tidak syirik, kufur atau tidak kufur yang mana bahayanya amat besar jika tersalah pilih!

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s