Sambutan Maulid Nabi S.A.W

[Muat Turun Artikel – PDF]

VIDEO – [Durasi – 10m 5s] – SAMBUTAN MAULIDUR RASUL – APA SIKAP KITA? – Maulana Muhd Asri Yusoff

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/u6mEvPLuegE ]

FAKTA SEKITAR SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

a) Sambutan Maulidur Rasul diperkenalkan oleh seorang raja Syiah empat ratus tahun selepas kewafatan Nabi s.a.w. Ianya tidak pernah disambut oleh Nabi s.a.w, Sahabat-sahabat rhum, tabiin, imam-imam mazhab dan ulama’-ulama’ muktabar.

b) Tarikh lahir Nabi yang lebih tepat ialah 9hb Rabiuawwal bukannya 12hb.

c) Banyak pembaziran harta dan masa untuk mengadakan sambutan ini.

d) Di sesetengah tempat ada kepercayaan karut seperti Nabi hadir dalam majlis Maulidur Rasul; mereka berdiri menyambut kedatangan Nabi dan sediakan kerusi untuk Baginda!

e) Perayaan sambutan hari lahir terdapat dalam tradisi agama Kristian yang menyambut, kononnya, kelahiran Nabi Isa.

MAKLUMAT TAMBAHAN

ARTIKEL -Hujah dan Dalil Tentang Kelebihan Mengadakan Sambutan Maulidurrasul Dan Sanggahan Terhadapnya – https://darulkautsarpemurniansyariat.wordpress.com/2018/12/06/hujah-dan-dalil-tentang-kelebihan-mengadakan-sambutan-maulidurrasul-dan-sanggahan-terhadapnya/

ARTIKEL – Penilaian Semula Tarikh Kelahiran Dan Kewafatan Nabi – https://pemurniansejarah.wordpress.com/2018/12/26/penilaian-semula-tarikh-kelahiran-dan-kewafatan-nabi-muhammad-s-a-w/

ARTIKEL – Sejarah Dan Hukum Peringatan Maulud Nabi s.a.w – https://darulkautsarpemurniansyariat.wordpress.com/2018/12/17/peringatan-maulid-nabi-s-a-w/

ARTIKEL – Kesesatan Kitab Barzanji, Qashidah Burdah Dan Maulid Syarafil Anam https://darulkautsarpencerahanaqidah.wordpress.com/2021/08/31/kesesatan-kitab-barzanji-qashidah-burdah-dan-maulid-syarafil-anam/

Perkara Bid’ah Di Sekitar Menyambut Kelahiran

Muat Turun Artikel – PDF]

VIDEO – [Durasi – 3m 59s] – Perkara Bid’ah Di Sekitar Menyambut Kelahiran – PERSOALAN TENTANG BID’AH – Maulana Muhd Asri Yusoff

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/DrOsaw27WY4 ]

PERKARA BID’AH DI SEKITAR MENYAMBUT KELAHIRAN


a) Apa yan diajar oleh Nabi s.a.w semasa “tahnik” (belah mulut) anak yang baru lahir adalah amat ringkas. Hanya buah tamar atau madu tetapi masyarakat kita menambah-nambah dan merumitkan dengan beri gula, garam, asam dsb dan dibuat dalam majlis khas dengan ritual tertentu.

b) Acara “melenggang perut” semasa mengandung diceduk dari ajaran Hindu

c. Cukur jambul amalan bid’ah orang Melayu

Amalan cukur jambul diadakan sempena menyambut seseorang anak yang baru lahir. Istilah “cukur jambul” sebenarnya tidak wujud dalam syariat Islam. Ianya tidak selari dengan sunnah nabi Muhammad s.a.w. Malah ajaran ini dipercayai berasal dari ajaran Hindu. Rujuk: https://asasislam.home.blog/2019/07/02/cukur-jambul-amalan-bidaah-orang-melayu/

KOMENTAR UMUM TENTANG AMALAN BID’AH
a) Terlalu banyak perkara bid’ah diamalkan dalam masyarakat terutamanya “bid’ah idhafiah’ dalam masyarakat kita; contohnya, solat hajat naik rumah baru, tepung tawar kenderaan baru dsb.
b) Semua amalan bid’ah ini mensia-siakan umur kita, dan amat malang jika yang terlibat adalah dari kalangan orang-orang agama.
c) Punca sebenar ialah kejahilan masyarakat dan orang-orang agama tentang ajaran Islam yang sebenar.

CUKUR JAMBUL AMALAN BID’AH ORANG MELAYU

Muat Turun Artikel – PDF]

Oleh Zunaidah Zainon

Amalan cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan tidak selari dengan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Malah amalan ini dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu.

Dalam Islam, Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama”. (Riwayat Ahmad dan disahihkan oleh at-Tirmidzi)

Berdasarkan kepada hadith ini, ulama’ mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin.

Mengikut sunnah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husain, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah dan Baginda memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin. Bagaimanapun, ulama’ hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak. Bahkan, mengikut Islam juga, pada hari ketujuh akan dilakukan tahnik, jelas Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz.

Menurut beliau, amalan tahnik adalah memasukkan sesuatu yang manis seperti manisan madu lebah atau buah tamar yang dihancurkan dan memalitkannya ke lelangit bayi. Sebaliknya, dalam masyarakat kita cecair manis hanya disapukan ke bibir bayi dan bukannya ke dalam mulut sebagaimana yang disunahkan oleh Rasulullah s.a.w.

Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat.

Sebahagian masyarakat Islam hari ini tidak mencukur rambut anak-anak hingga botak sebaliknya mengadakan upacara cukur jambul sebagai adat dan tradisi yang diamalkan sejak turun temurun. Tambah mengelirukan, rambut yang digunting itu dimasukkan ke dalam buah kelapa.

Memandangkan terdapat beberapa perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, maka ulama’ berpendapat, mengamalkan adat cukur jambul adalah bid’ah dan khurafat. Paling menyedihkan apabila terdapat segelintir umat Islam yang cuba menghidupkan kembali amalan seperti ini.

“Mengikut sesetengah pendapat, amalan cukur jambul adalah tradisi dan kepercayaan yang dilakukan oleh masyarakat India seperti menggunakan buah kelapa. Soalnya, kenapa menggunakan buah kelapa? Apakah relevan amalan sebegini dengan masyarakat Islam?”, kata beliau.

Selain amalan-amalan di atas yang bertentangan dengan syariat agama, kesilapan yang turut dilakukan ibu bapa hari ini ialah akikah atau cukur rambut dilakukan setelah bayi berusia beberapa bulan. Majlis tersebut turut disertai dengan adat berendoi di mana buaian dihias dengan bunga-bungaan dan perhiasan lain.

Menurut Abu Hassan, upacara cukur rambut tidak perlu disertakan dengan marhaban atau berzanji. Ia memadai dengan bercukur rambut sahaja. Melainkan jika ia diadakan pada hari akikah, bolehlah diadakan jamuan.

“Tetapi kadang-kadang disebabkan rasa gembira dengan kehadiran orang baru dalam keluarga, kita mengadakan majlis secara besar-besaran hingga menampakkan unsur-unsur kemewahan. Perbuatan ini tidak menjadi kesalahan asalkan niat dan tujuan diadakan adalah ikhlas kerana Allah s.w.t. Cuma dibimbangi sekiranya ia bertukar menjadi riak, maka ia adalah menjadi satu kesalahan”, ulas beliau mengenai kecenderungan masyarakat hari ini yang gemar mengadakan majlis cukur jambul secara besar-besaran.

Masyarakat Islam harus faham bahawa sesuatu amalan yang dilakukan sama ada yang sudah menjadi tradisi dan kebiasaan tanpa bersumberkan nas atau dalil yang sah perlu ditolak. Apatah lagi apabila ia dikaitkan dengan kepercayaan dan tradisi agama lain.

Kebanyakan amalan yang dijadikan adat bagi orang Melayu dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang sekian lama diamalkan di negara ini. Berpandukan kepada sejarah, sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu, penduduk asal negara ini ketika itu menganut agama Hindu.

Antara adat yang tidak boleh dipisahkan oleh masyarakat Melayu ialah persandingan dan menepung tawar pengantin ketika majlis perkahwinan. Walaupun Islam tidak melarang tetapi dari segi perlaksanaannya ia tetap bertentangan dengan syariat agama. Contohnya, menghiaskan pengantin dan ditambah dengan pelamin yang berhias bunga-bungaan dan sebagainya. Kemudian, pengantin diletakkan di atas pelamin dan diadakan upacara merenjis dan menepung tawar.

Sebenarnya terlalu banyak adat dan tradisi yang bertentangan dengan syariat tetapi masih tetap diamalkan oleh masyarakat Melayu. Sepatutnya semua perkara bid’ah ini harus dihentikan demi menjamin kesejahteraan ummah. “Justeru, demi kebaikan bayi yang dilahirkan supaya menjadi manusia yang berguna kelak, tidak seharusnya mereka didedahkan dengan perkara khurafat dan bid’ah sejak masih kecil,” tegas beliau.

Adat cukur jambul

Adat ini dilakukan pada hari ketujuh selepas bayi dilahirkan. Untuk menjalankan upacara tersebut beberapa kelengkapan disediakan iaitu sebuah dulang berisi tiga mangkuk atau piring yang berisi air tepung tawar, beras kunyit dan bertih.

Sebiji kelapa muda dipotong bahagian kepalanya dengan potongan berkelok-kelok siku seluang untuk dijadikan penutup. Airnya dibuang dan diganti dengan sedikit air sejuk. Kemudian kelapa yang dihias dengan lilitan rantai emas atau perak di sekelilingnya diletakkan di dalam sebiji batil. Kesemua rambut bayi yang dicukur akan dimasukkan ke dalam kelapa. Akhirnya kelapa tersebut di tanam di sekitar halaman rumah bersama sepohon anak kelapa atau seumpamanya sebagai memperingati masa anak itu dilahirkan.

Lazimnya, semasa adat ini dijalankan akikah turut diadakan. Dari segi syarak, akikah membawa pengertian menyembelih ternakan pada hari ke tujuh selepas anak dilahirkan. Akikah sunat dilakukan pada hari ketujuh kelahiran iaitu boleh dijalankan serentak dengan mencukur rambut dan memberi nama. Namun ia juga boleh dilakukan pada hari yang lain.

Adat berendoi

Semasa adat berendoi, bayi akan diletakkan di dalam buaian dengan menggunakan kain songket atau batik dan dihias indah dengan bunga-bungaan. Selendang akan diikat di kiri kanan buaian dan ditarik perlahan-lahan semasa upacara berlangsung. Ketika itu juga nazam atau marhaban dialunkan oleh sekumpulan lelaki atau wanita. Pada hari ini, masyarakat Melayu menjalankan adat ini serentak dengan adat memberi nama dan adat cukur rambut.

Sumber: Utusan Malaysia Dengan Sedikit Suntingan.

Doa Berjemaah, Doa Dua Kali Selepas Solat Dan Berdoa Tidak Ikut Cara Nabi

[Muat Turun Artikel – PDF]

VIDEO – [Durasi – 9m 29s] – Doa Berjemaah, Doa Dua Kali Selepas Solat Dan Berdoa Tidak Ikut Cara Nabi -PERSOALAN TENTANG BID’AH

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/QOPu0wvwYJs ]

DOA BERJEMAAH, DOA DUA KALI SELEPAS SOLAT DAN BERDOA TIDAK IKUT CARA NABI

Nabi s.a.w sembahyang sehingga akhir hayat, tetapi tiada sekali pun diriwayatkan berdoa secara berjemaah

BERZIKIR, BERDOA SECARA PERLAHAN ADALAH SAHIH DARI NABI S.A.W

Rata-rata imam di tempat kita berzikir dan berdoa dengan suara yang nyaring selepas solat berjemaah di masjid sehingga mengganggu makmum lain yang belum habis bersolat (masbuk). Ianya bertentangan dengan panduan dari Nabi s.a.w.

KOMENTAR UMUM TENTANG FENOMENA BERLELUASANYA AMALAN BID’AH

a) Kepincangan dan kesalahan yang melata di kalangan masyarakat ialah kerana kejahilan dalam ilmu hadith

b) Antara panduan mudah mengenali perkara bid’ah ialah suatu amalan hanya dilakukan di tempat tertentu sahaja, tidak di seluruh dunia Islam.

KEDUDUKAN DOA “BERJEMAAH” SELEPAS SOLAT

[Muat Turun Artikel – PDF]

VIDEO – [Durasi – 12m 22s] – Berdoa selepas solat secara berjemaah atau bersendirian, yang mana lebih menepati sunnah?

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/S3r7qB94ErQ ]

KEDUDUKAN DOA “BERJEMAAH” SELEPAS SOLAT

Berdoa selepas solat secara berjemaah atau bersendirian, yang mana lebih menepati sunnah?

Di antara berdoa selepas solat secara berjemaah atau bersendirian, yang mana lebih menepati sunnah?

Umum dalam masyarakat Melayu Islam, selepas solat fardhu berjemaah, imam dan makmum akan berdoa juga secara berjemaah. iBila diteliti dari hadith-hadith tidak didapati walaupun sekali Nabi s.a.w pernah berdoa secara “berjemaah” (iaitu berdoa dan di”amin”kan oleh makmum) selepas daripada solat.

Apa yang kita dapati dalam hadith-hadith yang sahih ialah Rasulullah s.a.w sering mengajar lafaz doa-doa tertentu kepada para Sahabat, namun tidak pernah Rasulullah s.a.w dan para Sahabat berdoa bersama secara berjemaah selepas solat.

Perlu diingat bahawa amalan yang umum dalam masyarakat tidak semestinya sahih.

Kaifiat Dan Fadhilat Selawat Yang Direka-reka

[Muat Turun Artikel – PDF]

VIDEO – [Durasi – 1m 18s] – Kaifiat Dan Fadhilat Selawat Yang Direka-reka – PERSOALAN TENTANG BID’AH – Maulana Muhd Asri Yusoff

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/hF7NTAJubsQ ]

KAIFIAT DAN FADHILAT SELAWAT YANG DIREKA-REKA

Antara contoh Selawat yang direka-reka ialah:

a) SELAWAT AL-FATIH – Dikatakan fadhilat mengucapkan selawat ini satu kali menyamai segala tasbih yang diucapkan di atas muka bumi dan menyamai 6,000 kali bacaan al-Quran


b) SELAWAT JAWHARA AL-KAMAL didakwa lebih afdhal daripada membaca al-Quran dan menunaikan solat-solat fardhu


Kedua-dua jenis selawat ini adalah pegangan TAREKAT TIJANIAH. Maklumat kesesatan tarekat ini boleh dicapai di laman sesawang “PENYELEWENGAN-PENYELEWENGAN TAREKAT TIJANIAH

KOMENTAR UMUM
Amalan bid’ah akan melalaikan dan akan mengalih perhatian daripada amalan yang sahih, contohnya, bacaan selawat yang direka dengan janji fadhilat yang amat besar akan menyebabkan orang meninggalkan membaca al-Quran.

Perkara Yang Boleh Khilaf Dan Tidak Boleh Khilaf

[Muat Turun Artikel – PDF]

VIDEO – [Video – 4m 4s] – Maulana Asri : Ada Perkara Boleh Khilaf Manakala Ada Perkara Tidak Boleh Khilaf

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/KfoikTh_Xkg ]

PERKARA YANG BOLEH KHILAF DAN TIDAK BOLEH KHILAF

Aqidah terbahagi kepada dua iaitu usul (asas) dan furu’ (cabang). Tidak boleh khilaf dalam hal-hal berkaitan usul aqidah, contohnya berkenaan Allah, Nabi, hari akhirat dan sebagainya. Di kalangan ahli sunnah tidak berlaku khilaf tentang perkara-perkara ini.

Tetapi di dalam furu’ aqidah, terdapat banyak khilaf (perbezaan pendapat). Jika kita tidak menerima adanya khillaf dalam furu’ aqidah, akan tersingkir ramai ulama’-ulama’ besar dari kalangan ahli sunnah kerana sememangnya mereka saling berbeza pendapat dalam hal-hal ini.

Yang bahayanya, ada sesetengah kita bila tidak dapat menerima pendapat pihak lain yang berbeza dengannya akan mula menuduh pihat tersebut sesat.

Perbincangan tentang usul dan furu’ aqidah boleh dilihat di sini: https://darulkautsarpencerahanaqidah.wordpress.com/2021/08/16/usul-dan-furu-aqidah-antara-asyairah-dan-salafiah/