VIDEO – [Video – 4m 4s] – Maulana Asri : Ada Perkara Boleh Khilaf Manakala Ada Perkara Tidak Boleh Khilaf
PERKARA YANG BOLEH KHILAF DAN TIDAK BOLEH KHILAF
Aqidah terbahagi kepada dua iaitu usul (asas) dan furu’ (cabang). Tidak boleh khilaf dalam hal-hal berkaitan usul aqidah, contohnya berkenaan Allah, Nabi, hari akhirat dan sebagainya. Di kalangan ahli sunnah tidak berlaku khilaf tentang perkara-perkara ini.
Tetapi di dalam furu’ aqidah, terdapat banyak khilaf (perbezaan pendapat). Jika kita tidak menerima adanya khillaf dalam furu’ aqidah, akan tersingkir ramai ulama’-ulama’ besar dari kalangan ahli sunnah kerana sememangnya mereka saling berbeza pendapat dalam hal-hal ini.
Yang bahayanya, ada sesetengah kita bila tidak dapat menerima pendapat pihak lain yang berbeza dengannya akan mula menuduh pihat tersebut sesat.
Perbincangan tentang usul dan furu’ aqidah boleh dilihat di sini: https://darulkautsarpencerahanaqidah.wordpress.com/2021/08/16/usul-dan-furu-aqidah-antara-asyairah-dan-salafiah/