[Muat Turun Artikel – Format PDF]
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/OtOxILLD2_c ]
SIFAT-SIFAT ALLAH S.W.T TIDAK MENYERUPAI MAKHLUK-MAKHLUK
Dan semua sifat-sifat-Nya tidak serupa dengan sifat-sifat makhluk. Dia Maha Mengetahui, tidak seperti pengetahuan kita. Dia Maha Berkuasa, tidak seperti kuasa kita. Dia Maha Melihat, tidak seperti penglihatan kita. Dia Maha Mendengar, tidak seperti pendengaran kita. Dia berkata-kata tidak seperti kalam kita (kerana) kita berkata-kata dengan alat (mulut, lidah) dan huruf. Allah berkata-kata tidak dengan alat dan huruf. Huruf adalah makhluk sedangkan Kalam Allah bukan makhluk [19].
NOTA KAKI:
[19] Sesungguhnya Allah s.w.t Maha Tinggi lagi Maha Agung untuk diqiyaskan dengan sesuatu. Akal tidak mampu untuk “idrak” (memahami) Zat dan Sifat Allah.