[Muat Turun Artikel – Format PDF]
[Muat Turun Ebook – Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam]
Dalam sejarah Islam memang wujud cara perubatan tertentu seperti mana yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w dan para Sahabat. Selain dari perubatan biasa, mereka juga telah menggunakan doa-doa, khusus bagi mengubati penyakit-penyakit. Sesetengah perubatan tradisional di Malaysia hari ini menggunakan kaedah yang bercanggah dengan syarak seperti memanggil roh-roh, jin-jin dan sebagainya. Segala amalan dan kepercayaan seumpama ini yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber al-Quran, Hadith, Ijmak dan Qias adalah perlu ditolak.
Dalam urusan rawatan kepada pesakit, suatu perkara yang perlu diingat oleh semua pihak, bahawa hanya Allah sahaja yang berkuasa mutlak menentukan sesuatu dan menjadikannya; lebih-lebih lagi sakit dan sembuh adalah hak-Nya, manusia hanyalah disuruh berusaha dan berikhtiar.
Garis panduan ini disediakan untuk dijadikan panduan kepada umat Islam khususnya mereka yang terlibat dengan amalan perbomohan tradisional supaya terhindar dari amalan yang bertentangan dengan aqidah, syariat dan akhlak Islam yang sebenar.
Baca selanjutnya “online” atau muat turun ebook di bawah