[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 29] Hadith Kelebihan Membela Burung Merpati Atau Ayam Jantan Putih Semuanya Palsu (Video – Burung Merpati Perdayakan Jin & Ayam Jantan Putih Kawan Nabi s.a.w.)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 10m 35s] –[HADIS PALSU] – Burung Merpati Perdayakan Jin & Ayam Jantan Putih Kawan Nabi s.a.w.

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/HcLxiLI-ZlM ]

USUL DIRAYAT KE- 29 – Kelebihan Membela Burung Merpati Atau Ayam Jantan Berwarna Putih, Hadith-hadith Mengenainya Tidak Ada Satupun Yang Sahih, Malah Semuanya Maudhu’ Dan Karut

NOTA:

1. [ 00:00:38 ] – Merpati putih adalah amat rapat di hati masyarakat dunia Arab, India dan Pakistan. Di antara sebab munculnya hadith-hadith palsu tentang merpati putih ialah ianya direka untuk mengampu raja-raja yang berhibur dengan burung-burung merpati.

2. [ 00:01:51 ] – Hanya ada satu hadith sahih berkaitan ayam iaitu, “Apabila kamu mendengar kokok ayam engkau mohonlah kepada Allah limpah kurnia-Nya kerana sesungguhnya ia nampak malaikat. Dan apabila kamu mendengar rengkekan keldai, maka mohonlah perlindungan kepada Allah kerana sesungguhnya ia nampak syaitan”.

[Hadith ini tidak bermaksud adanya apa-apa keistimewaan pada ayam atau keldai, tetapi sekadar menceritakan haiwan-haiwan ini ada kemampuan melihat malaikat atau syaitan dan mengingatkan kita supaya berdoa memohon limpah kurnia Allah atau meminta perlindungan dari gangguan syaitan]

[KENALI HADITH PALSU] – HADITH KELEBIHAN MEMBELA BURUNG MERPATI ATAU AYAM JANTAN PUTIH SEMUANYA PALSU

1. [ 00:04:53 ] – HADITH PALSU PERTAMA

“Peliharalah merpati ‘maqasis’ (suka berkokok) di rumah-rumahmu kerana ia melalaikan jin daripada mengganggu anak-anakmu”

[ 00:06:02 ] – PERINGATAN

Sekiranya didapati perkara ini benar-benar terjadi (iaitu, jin tidak mengganggu anak-anak), maka kemungkinan inilah syarat yang jin atau syaitan tetapkan (iaitu, memelihara merpati putih) demi untuk memperdaya manusia supaya mematuhi dan mempercayai mereka. Perkara ini boleh membahayakan akidah seseorang muslim.

[ 00:07:06 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

Ibnu al-Jauzi, Imam Ahmad, Yahya bin Ma’in dan Ibnu Hibban menghukumkan “hadith” ini maudhu’ (palsu). Perawi hadith ini, Muhammad bin Ziad, adalah pereka hadith dan pendusta besar.

2. [ 00:07:36 ] – HADITH PALSU KEDUA

“Ayam jantan putih adalah kawanku dan kawan kepada kawanku dan juga musuh kepada musuhku”

[ 00:08:00 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

Semua hadith yang berkaitan ayam atau merpati putih adalah palsu; tidak perlu kita mengkaji lebih lanjut.

3. [ 00:08:14 ] – HADITH PALSU KETIGA

“Ayam jantan putih adalah kawanku dan kawan bagi kawanku. Ia menjaga rumah tuannya dan sembilan rumah yang lain di sekelilingnya. Rasulullah s.a.w. selalu membawanya pada waktu malam di dalam rumah”

[ 00:09:04 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

Tokoh-tokoh ulama’ hadith sepakat mengatakan tiada hadith sahih tentang ayam putih. “Hadith-hadith” yang dikemukakan adalah amat dangkal dan tidak munasabah dan tidak mungkin datang dari Nabi s.a.w.

VIDEO PENUH ASAL – https://youtu.be/U8sU-V0EZxo

[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 28] Hadith Tentang Kelebihan Permata Tertentu Seperti Akik, Zamrud Semuanya Palsu (Video – Permata Zamrud Dan Delima Cegah Kepapaan & Permata Akik Cincin Ahli Syurga)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 14m 25s] – [HADIS PALSU] – Permata Zamrud Dan Delima Cegah Kepapaan & Permata Akik Cincin Ahli Syurga

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/IvCIJDjrOVQ ]

USUL DIRAYAT KE- 28 – Hadith-hadith yang menyebutkan tentang kelebihan permata-permata tertentu seperti akik, zamrud dan lain-lain atau kegunaan, faedah, manfaat dan khasiatnya semuanya adalah maudhu’ (palsu). Tidak ada satupun daripadanya sahih.


[ 00:01:20
] – NOTA

Nabi s.a.w tidak pernah menggalakkan Sahabat-sahabatnya memakai permata-permata tertentu.

[ 00:07:37 ] – PERINGATAN

Batu atau permata tertentu diciptakan Allah mungkin ada manfaatnya kepada manusia. Kita boleh mengambil manfaat daripadanya tetapi janganlah mengatakan manfaat tersebut adalah dari sabda Nabi s.a.w. Kita perlu faham bahawa batu atau permata itu sendiri tidak dapat memberi manfaat atau mudarat walaupun sedikit. Mudarat yang kononnya datang dari batu-batu berhala ialah angkara jin-jin yang berdampingan dengan batu tersebut.

[ 00:09:49 ] – RENUNGAN SEJENAK

1. Hadith-hadith palsu ini sama ada direka oleh pedagang-pendagang yang ingin melariskan jualan mereka atau pun puak-puak zindiq yang ingin mencemarkan Islam.

2. Kita perlu mengetahui tentang hadith palsu untuk mengenal hadith-hadith sahih. 3. Hakikat bahawa hadith-hadith palsu ini sentiasa dibersihkan dari masyarakat Islam membuktikan agama Islam itu agama Allah yang dijamin terjaga sehingga akhir zaman.

[ 00:12:40 ] – EPILOG 1

Dalam Islam keberkatan diperolehi melalui amal soleh dan ketaatan kepada Allah dan bukannya dengan memakai cincin atau permata tertentu.

[ 00:13:15 ] – EPILOG 2

Kepercayaan bahawa permata mempunyai kelebihan, faedah, manfaat dan khasiat tertentu boleh membawa manusia kepada pemujaan dan penyembahan berhala-berhala.

[ 00:13:46 ] – NOTA AKHIR – KITAB-KITAB TERBAIK SEBAGAI RUJUKAN UNTUK MENGETAHUI HADITH PALSU

1. “Silsilah al-Ahadith al-Dhaifah” karangan Sheikh al-Albani. Ianya mengandungi penerangan yang terperinci tentang setiap hadith palsu di dalam kitabnya.

2. “Al-Maudhu’at” karangan Ibnu al-Jauzi kerana mengemukakan sanad-sanad yang hampir lengkap untuk hadith maudhu’ yang dikemukakan.

[KENALI HADITH PALSU] – HADITH TENTANG KELEBIHAN PERMATA TERTENTU SEPERTI AKIK, ZAMRUD SEMUANYA PALSU


1. [ 00:02:19 ] – HADITH PALSU PERTAMA

“Pakailah cincin dengan permata zabarjad, kerana ia mudah, tiada sebarang kesukaran padanya”.

[ 00:02:40 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

i. Hafidz Ibnu Hajar dan tokoh-tokoh hadith yang lain seperti Ibnu al-Jauzi dan al-Uqaili mengatakan ianya hadith maudhu’.

ii. Maksud dari hadith ini tidak begitu jelas dan agak dangkal; tidak sesuai ianya adalah dari percakapan Nabi s.a.w.

2. [ 00:04:31 ] – HADITH PALSU KEDUA

“Pakailah cincin dengan permata zamrud, kerana ianya menjauhkan kepapaan” .

[ 00:04:59 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

i. Al-Uqaili dan as-Sakhawi berkata tiada satupun hadith sahih berhubung parmata akik atau zamrud atau lain-lain permata.

ii. Realiti sebenar dalam kehidupan tidak menyokong petua yang mengatakan orang yang memakai cincin zamrud terhindar dari kepapaan. Kepercayaan karut ini dibimbangi akan membawa kepada tahyul dan khurafat.

3. [ 00:06:25 ] – HADITH PALSU KETIGA

“Sesiapa yang memakai cincin bertatahkan permata delima, Allah akan menghilangkan kepapaan daripadanya”.

4.[ 00:06:47 ]- HADITH PALSU KEEMPAT

“Kebanyakan permata yang dipakai oleh ahli syurga ialah akik”.

[ 00:07:05 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEEMPAT

Sahl Bin Abdillah az-Zahid, perawi hadith ini, adalah seorang pendusta besar yang selalu mengada-ngadakan (mereka) hadith.

VIDEO PENUH ASAL – https://youtu.be/U8sU-V0EZxo

[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 27] Hadith Tentang Kelebihan Garam Dan Kelebihan Memakannya Sebelum Atau Selepas Memakan Makanan Utama Semuanya Palsu (Video – Garam Penghulu Makanan & Penyembuh Penyakit Kronik)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 14m 56s] –[HADIS PALSU] – Garam Penghulu Makanan & Penyembuh Penyakit Kronik

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/c1SuhDqiqII  ]

USUL DIRAYAT KE-27 – Hadith-hadith tentang kelebihan garam dan kelebihan memakannya sebelum atau selepas memakan makanan utama yang lain semuanya maudhu’ (palsu), atau yang paling tinggipun ianya dhaif sangat (dhaif jiddan). Tidak ada satupun darinya sahih.

PENJELASAN

[ 00:00:51 ] – Dalam masyarakat dahulu banyak petua, kepercayaan dan pantang larang tentang garam. Ada amalan yang berpunca dari “hadith” yang palsu seperti garam sebagai lauk yang utama dan memakan garam sebelum atau selepas makan. Banyak juga pantang larang ini (contohnya, larangan urusan jual beli garam di waktu malam) yang merugikan kita.

RENUNGAN

1. Hadith-hadith palsu ini menjadikan agama Islam terlindung daripada orang bukan Islam dari mengetahui Islam yang sebenar. Ianya malah memberi imej buruk tentang Islam dan Nabi s.a.w. bila mereka dapati apa yang didakwa oleh “hadith-hadith” ini tidak benar.

2. Usaha mencelikkan masyarakat harus terus berjalan dengan mendedahkan hadith-hadith dan riwayat palsu yang terdapat di dalam kitab-kitab terutamanya kitab-kitab popular.

[KENALI HADITH PALSU] – HADITH TENTANG KELEBIHAN GARAM DAN KELEBIHAN MEMAKANNYA SEBELUM ATAU SELEPAS MEMAKAN MAKANAN UTAMA SEMUANYA PALSU

1. [ 00:01:50 ] – HADITH PALSU PERTAMA

“Jangan lupa garam, kerana sesungguhnya ia adalah penawar bagi 70 penyakit”. [“Hadith” ini terdapat dalam kitab Musnad al-Firdaus karangan ad-Dailami dan juga kitab-kitab hadith palsu (maudhu’at) Ibnu Jauzi dan lain-lain]

[ 00:02:38 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

i. Tidak terbukti di segi perubatan garam adalah penyembuh kepada 70 jenis penyakit. Sebaliknya garam adalah berbahaya untuk penyakit tertentu seperti penyakit tekanan darah tinggi.

ii. Versi lengkap hadith ini berbunyi, “Wahai Ali! Jangan lupa garam kerana sesungguhnya ianya adalah penawar bagi 70 penyakit; kusta, sopak dan gila”. [Nota: Hanya ada satu hadith yang bermula dengan “Wahai Ali” yang sahih – sila rujuk video Usul Dirayat ke13 –    • [HADIS PALSU] Beribu Hadis Bermula De…   ]

iii. Perawi hadith ini ialah Abdullah Bin Ahmad Bin Amir, seorang pendusta besar.

2. [ 00:04:40 ] – HADITH PALSU KEDUA

Aisyah r.ha. kononnya meriwayatkan Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesiapa makan garam sebelum dan selepas memakan makanan (utama) bererti dia telah aman (selamat) daripada 360 penyakit. Yang paling ringan daripadanya ialah kusta dan sopak”. [“Hadith” ini terdapat di dalam kitab Musnad al-Firdaus]

[ 00:05:32 ] – HADITH PALSU YANG DIJADIKAN SEBAGAI PENGUAT (SYAHID)

“Mulakanlah memakan makananmu dengan garam. Demi tuhan yang nyawaku berada di tangannya, sesungguhnya ia menolak 73 bala atau, Baginda bersabda, 73 penyakit”.

[ 00:06:36 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

i. Hadith ini menunjukkan cara memakan garam yang boleh menyembuhkan penyakit. Hadith utama menyebut dapat menyembuhkan 360 jenis penyakit manakala hadith penguat menyebut 73 jenis penyakit. Memang begitulah tabiat hadith palsu, ianya sentiasa berkembang dan berubah-ubah.

ii. Hadith ini mendakwa garam dapat menyembuhkan penyakit-penyakit kronik, yang semuanya adalah palsu! iii. Hadith-hadith palsu ini terdapat di dalam kitab-kitab terpencil, kitab hadith “maudhuat” dan kitab-kitab tasawwuf seperti Ihya Ulumuddin.

3. [ 00:09:09 ] – HADITH PALSU KETIGA

Anas kononnya telah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda, “Penghulu lauk kamu ialah garam”. [“Hadith” ini terdapat dalam kitab-kitab yang agak masyhur seperti Sunan Ibni Majah, Syu’abul Iman (al-Baihaqi), Musnad Abi Ya’la dan lain-lain]

[ 00:09:52 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

Perawi-perawi hadith ini sama ada dhaif (matruk) ataupun tidak dikenali (majhul).

[ 00:10:21 ] – HADITH PALSU YANG MEMBINCANGKAN TOPIK YANG SAMA

i. “Penghulu lauk di dunia dan di akhirat ialah daging. Penghulu minuman di dunia dan di akhirat ialah air. Dan penghulu wangi-wangian di dunia dan di akhirat ialah bunga inai”

ii. “Sebaik-baik lauk ialah daging, ia adalah penghulu lauk”

iii. RUMUSAN – Tiada satupun hadith yang sahih berkenaan garam atau daging sebagai penghulu lauk.

VIDEO PENUH ASAL – https://youtu.be/U8sU-V0EZxo

[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 26] Hadith Tentang Kelebihan Dan Keburukan Sayur-Sayur Tertentu Semuanya Palsu Kecuali Kelebihan Cendawan (Video – Hadith Palsu Kebaikan Dan Keburukan Sayur)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 13m 14s] – [HADIS PALSU] – Hadith Palsu Kebaikan Dan Keburukan Sayur

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/PfjiMssf0Oc ]

USUL DIRAYAT KE-26 – Hadith-hadith tentang kelebihan dan keburukan sayur-sayur tertentu semuanya maudhu’ (palsu); demikian juga hadith yang menggambarkan kelebihan sayur dalam suatu hidangan kerana ia boleh menghalau syaitan dan ia mengandungi khasiat-khasiat tertentu (kecuali hadith tentang kelebihan cendawan).

HADITH SAHIH TENTANG CENDAWAN

[ 00:01:00 ] – “Cendawan itu sebahagian dari al-Mann, airnya adalah penawar bagi mata”

PENJELASAN

[ 00:01:26 ] – Tidak dinafikan sayur mempunyai banyak khasiat tetapi yang ditekankan ialah Nabi s.aw. TIDAK PERNAH menyatakan kelebihan sayur tertentu (kecuali cendawan). Untuk perkara duniawi seperti ini kita boleh dapatkan maklumat dari sesiapa saja dan tidak perlu bergantung dengan sabda Nabi s.a.w.

PERINGATAN

[ 00:04:01 ] – Berhati-hati dengan kitab-kitab “ath-Thibb Nabawi” (Kitab Perubatan Nabi) karangan ulama’-ulama’ kita kerana terdapat hadith-hadith yang diragukan kesahihannya dimasukkan ke dalam kitab-kitab tersebut.

NOTA AKHIR “Hadith-hadith” tentang kelebihan atau keburukan sayur ini banyak bertebaran dan kita boleh katakan semuanya palsu.

[KENALI HADITH PALSU] – HADITH TENTANG KELEBIHAN DAN KEBURUKAN SAYUR-SAYUR TERTENTU SEMUANYA PALSU KECUALI KELEBIHAN CENDAWAN


1. [ 00:04:34 ] – HADITH PALSU PERTAMA

“Tiada sehelaipun daun cikuri melainkan di atasnya ada setitis air syurga”. (“Hadith” ini terdapat di dalam kitab al-Mu’jam al-Kabir karangan at-Tabarani dan at-Thibbun Nabawi karya Abu Nua’im).

[ 00:07:00 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

Perawi hadith dari kitab at-Tabarani tadi adalah Syiah. Adalah maklum bahawa golongan Syiah terkenal sebagai pereka hadith.

2. [ 00:08:09 ] – HADITH PALSU KEDUA

“Kelebihan daun bawang daripada sekelian sayur-sayuran lain adalah seperti kelebihan gandum daripada sekelian bijirin yang lain”. (“Hadith” ini berkemungkinan direka oleh puak-puak zindiq Mesir).

[ 00:09:16 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

As-Syaukani dan al-Jauzi mengatakan hadith ini maudhu’ (palsu). Ada satu lagi versi hadith ini yang memasukkan kemudaratan memakan daging.

3. [ 00:10:34 ] – HADITH PALSU KETIGA

“Sayur yang paling buruk ialah selada air. Sesiapa yang memakannya pada waktu malam dia akan bermalam dalam keadaan nafasnya mengganggunya. Urat penyakit kusta juga akan memukul di dalam hidungnya. Oleh itu makanlah selada air pada waktu siang, jangan makan pada waktu malam”. [“Hadith” ini terdapat di dalam kitab-kitab hadith maudhu’ (maudhu’at)]

KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

“Hendaklah ada dalam hidangan-hidanganmu sayur-sayuran kerana ia menghalau syaitan”.

4. [ 00:11:36 ] – HADITH PALSU KEEMPAT

“Hendaklah ada dalam hidangan-hidanganmu sayur-sayuran kerana ia menghalau syaitan”.

[ 00:12:19 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEEMPAT

Ibnu Jauzi mengatakan hadith ini tiada asalnya. Ibnu Hibban mengatakan perawinya meriwayatkan hadith-hadith maudhu’ dan mengaitkannya dengan perawi-perawi thiqah.

VIDEO PENUH ASAL – https://youtu.be/U8sU-V0EZxo

[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 25] Hadith Yang Menyatakan Kelebihan Minyak-Minyak Tertentu Semuanya Palsu (Video – Hadith Kelebihan Minyak Tertentu Semuanya Palsu)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 6m 43s] – [HADIS PALSU] – Hadith Kelebihan Minyak Tertentu Semuanya Palsu

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/gMulXG67lP0 ]

USUL DIRAYAT KE-25 – Hadith-hadith yang menyatakan kelebihan minyak-minyak tertentu semuanya maudhu’ (palsu)

[ 00:05:49 ] – SELINGAN

Cerita bagaimana peniaga-peniaga Syiah di India mereka-reka hadith tentang kelebihan minyak-minyak yang mereka jual untuk melariskan jualan mereka. Ini sebenarnya mencemarkan kesucian ajaran Islam. Jika “hadith-hadith” ini dianggap benar, orang akan hilang keyakinan kepada Islam.

[KENALI HADITH PALSU] – HADITH YANG MENYATAKAN KELEBIHAN MINYAK-MINYAK TERTENTU SEMUANYA PALSU

1. [ 00:00:50 ] – HADITH PALSU PERTAMA

i. “Kelebihan minyak bunga violet daripada sekelian minyak-minyak yang lain adalah seperti kelebihanku daripada sekelian makhluk. Ia sejuk pada musim panas dan panas pada musim sejuk”.

ii. “Sesungguhnya kelebihan minyak bunga violet berbanding segala minyak lain adalah seperti kelebihan anak Abdul Muttalib daripada sekelian Quraisy dan kelebihan minyak violet seperti kelebihan Islam daripada sekelian agama yang lain”.

[ 00:02:30 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

Semua ulama’ mengatakan hadith ini maudhu’ (palsu). Ianya direka oleh golongan Syiah yang memang terkenal sebagai pembohong.

2. [ 00:03:17 ] – HADITH PALSU KEDUA

“Kebanyakan Minyak Wangi Syurga Ialah Dari Bunga Lavender”

[ 00:03:48 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

Hadith ini maudhu’ (palsu). Di dalam sanadnya ada pendusta.

3. [ 00:04:20 ] – HADITH PALSU KETIGA

Nabi s.a.w. apabila sakit kepala akan memasukkan minyak bijan ke dalam hidungnya.

[ 00:05:01 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

Al-Albani mengatakan hadith ini tidak sahih.

VIDEO PENUH ASAL – https://youtu.be/nMLCQADYM1o

[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 24] – Hadith Yang Menyatakan Kelebihan Bunga-Bunga Tertentu Seperti Bunga Ros Dan Lain-Lain Bunga Semuanya Palsu (Video – Semua Hadith Tentang Bunga Adalah Palsu)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 8m 34s] – [HADIS PALSU] – Semua Hadith Tentang Bunga Adalah Palsu

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/5Wf8wRc6GhQ ]

USUL DIRAYAT KE-24 – Hadith-hadith yang menyatakan kelebihan bunga-bunga tertentu seperti bunga ros dan lain-lain bunga semuanya maudhu’ (palsu)

RENUNGAN

Salah satu tujuan Nabi s.a.w. diutuskan adalah untuk menghapuskan dongeng dan khurafat. Hadith-hadith tentang bunga ini malah sebaliknya mempopularkan cerita dongeng dan khurafat!

[KENALI HADITH PALSU] – HADITH YANG MENYATAKAN KELEBIHAN BUNGA-BUNGA TERTENTU SEPERTI BUNGA ROS DAN LAIN-LAIN BUNGA SEMUANYA MAUDHU’

1. [ 00:01:17 ] – HADITH PALSU PERTAMA

“Sesungguhnya bunga ros itu dijadikan dari peluh Nabi s.a.w. ataupun dari peluh buraq”

[ 00:01:35 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

Imam an-Nawawi berkata hadith ini tidak sahih. Hafiz Ibnu Hajar dan Ibnu Asakir berkata ianya maudhu’ (palsu)

2. [ 00:01:58 ] – HADITH PALSU KEDUA

Diriwayatkan daripada Ali: Sesungguhnya Nabi s.a.w. bersabda, “Pada malam diperjalankan aku ke langit, sedikit peluhku terjatuh ke bumi, lalu tumbuhlah daripadanya bunga ros. Sesiapa mahu menghidu bauku hendaklah dia mencium bau bunga ros”.

[ 00:02:20 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

i. Hadith ini menggambarkan seolah-olah bunga ros belum wujud sebelum peristiwa isra’ dan mikraj padahal bukti menunjukkan bunga ros sudah wujud lama sebelum itu.

ii. Hadith ini hanya ada di dalam kitab-kitab yang mengumpulkan hadith-hadith maudhu’ (palsu).

iii. Ibnu Asakir dan Hafiz Ibnu Hajar menghukum hadith ini sebagai maudhu’.

iv. As-Suyuti mengatakan semua hadith yang meriwayatkan tentang bunga ros adalah maudhu’.

3. [ 00:04:20 ] – HADITH PALSU KETIGA

Nabi s.a.w dikatakan bersabda, “Ciumlah bunga nargis walaupun sekali dalam sehari, walaupun sekali dalam sebulan, walaupun sekali dalam setahun dan walaupun sekali sepanjang hayat kerana di dalam hati manusia terdapat satu bibit kegilaan, kusta atau sopak yang tidak dapat dimatikan kecuali dengan mencium bunga nargis”.

[ 00:05:30 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

i. Tidak terbukti bunga nargis menjadi ubat untuk penyakit gila, kusta dan sopak.

ii. Dengan adanya hadith-hadith seperti ini, Nabi s.a.w. akan dicerca dan dituduh berdusta oleh musuh Islam jika penyakit tersebut tidak juga sembuh apabila pengidapnya menghidu bunga nargis.

VIDEO PENUH ASAL –

i. https://youtu.be/Tbn-T3UMiqY

ii. https://youtu.be/nMLCQADYM1o

[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 23] Riwayat Aqal Sebagai Kejadian Pertama Adalah Maudhu’ (Palsu) Semuanya

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 7m 29s] –[HADIS PALSU] – Riwayat Aqal Adalah Kejadian Pertama Adalah Palsu

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/i8TqNscuOf8 ]

USUL DIRAYAT KE-23 – Riwayat-riwayat Yang Mengatakan Aqal Sebagai Kejadian Pertama Adalah Maudhu’ (Palsu) Semuanya. Riwayat-Riwayat Yang Menyatakan Kelebihan Dan Keutamaan Aqal Pula Paling Tinggi Pun Hanya Dhaif. Tidak Ada Satupun Darinya Sahih.

NOTA: Hadith atau riwayat dikatakan palsu bukan kerana tidak benar tentang kelebihan aqal, tetapi yang ditekankan bahawa riwayat tersebut tidak diucapkan oleh Nabi s.a.w.

[KENALI HADITH PALSU] – RIWAYAT AQAL SEBAGAI KEJADIAN PERTAMA ADALAH PALSU SEMUANYA

1. [ 00:01:31 ] – HADITH PALSU PERTAMA

“Benda (Perkara)Yang Mula-Mula Sekali Yang Dijadikan Oleh Allah Ialah Aqal, Lalu Allah Berkata Kepadanya,”Mengadaplah (Datanglah) Engkau”. Maka Mengadaplah Ia Dan Allah Berkata, “Pergilah Engkau”. Maka Pergilah Ia. “Demi Kemuliaan-Ku Dan Kebesaran-Ku, Tidak Pernah Ku Ciptakan Sesuatu Yang Lebih Mulia Daripadamu. Justeru Keranamulah Aku Mengambil Dan Memberi; Kerana Mulah Aku Memberi Dan Menyeksa Seseorang.” [“Hadith” ini terdapat di dalam Kitab Imam al-Ghazali, Ihya’ Ulumuddin]

[ 00:03:03] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

a. Ulama’ sepakat berpendapat hadith ini adalah maudhu’

b. Ianya bercanggah dengan riwayat sahih yang menyebut “qalam” adalah makhluk pertama

c. Hadith ini berpunca dari pengaruh falsafah Yunani

d. Hadith ini tiada dalam kitab-kitab hadith yang utama

2. [ 00:04:21] – HADITH PALSU KEDUA

“Nilai seseorang manusia itu aqalnya (terletak pada aqalnya). Tiada agama bagi yang tidak beraqal”.

[ 00:05:25 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

a. Maksud dari hadith ini adalah benar tetapi ianya bukan kata-kata Nabi s.a.w. Oleh itu ianya tidak boleh dikatakan sebagai “hadith” Nabi s.a.w.

b. Aqal ialah antara perkara-perkara ghaib yang tidak mampu dijangkau hakikat sebenarnya kecuali apa yang diberitahu oleh Allah dan Rasul-Nya.

c. Perawi-perawi hadith ini dituduh sebagai pendusta atau pereka hadith

3. [ 00:06:51 ] – HADITH PALSU KETIGA

“Tidak Pernah Allah Menjadikan Sesuatu Makhluk Yang Lebih Mulia Daripada Aqal”

VIDEO PENUH ASAL – 

i. https://youtu.be/Tbn-T3UMiqY

ii. https://youtu.be/nMLCQADYM1o

[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 22] – Riwayat Keajaiban Semasa Kelahiran Nabi Dan Keajaiban Dialami Ibunda Nabi Semasa Mengandungkannya Semuanya Palsu (Video – Cerita Ajaib Masa Nabi Lahir Semuanya Palsu!)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 17m 31s] –[HADIS PALSU] – Cerita Ajaib Masa Nabi Lahir Semuanya Palsu!

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/Y3GJaLYCSTk ]

USUL DIRAYAT KE-22 – Riwayat-riwayat yang memperihalkan keajaiban semasa kelahiran Nabi s.a.w., begitu juga riwayat-riwayat yang menyatakan keajaiban yang dialami ibunda Nabi s.a.w. semasa mengandungkannya boleh dikatakan semuanya palsu.

NOTA: Hikayat-hikayat palsu kelahiran Nabi ini popular di dalam majlis-majlis sambutan maulid Nabi s.a.w.

[ 00:00:53 ] – MENGAPA RIWAYAT-RIWAYAT PALSU INI TERSEBAR DENGAN LUAS?

Antara faktor tersebar luasnya riwayat-riwayat palsu ini ialah kerana pengarang-pengarang yang menukilkan riwayat-riwayat ini adalah ulama’-ulama’ ahli sunnah yang dikagumi dan dihormati. Kaedah penyampaian ilmu di zaman awal Islam ialah menyampaikan apa saja yang tersebar dalam masyarakat tetapi ianya disertakan dengan sanad untuk membolehkan pembacanya menilai kedudukan riwayat tersebut. Tugas orang kemudian ialah menyelidiki sanad tersebut untuk menentukan status kesahihan riwayat tersebut. Adalah perlu dititikberatkan kedudukan kitab-kitab yang dirujuk berbanding dengan siapa pengarangnya untuk menilai kedudukan sesuatu riwayat.

[ 00:15:00 ] – SEBAB-SEBAB MUNCULNYA RIWAYAT PALSU TENTANG KELAHIRAN NABI

1. Umat Islam menganggap Nabi s.a.w. terlalu istimewa, oleh itu amat mudah untuk menerima perkara-perkara ajaib walaupun kelihatan Nabi seolah-olah bukan manusia biasa.

2. Keinginan umat untuk mengesahkan benarnya tentang Nabi akhir zaman ini dan mengharapkan sokongan dari alam ghaib untuk menguatkan dakwaan-dakwaan tersebut.

3. Cerita dan “khayalan” sasterawan tentang sempurnanya dan ajaibnya Nabi yang kemudiannya dianggap benar oleh orang-orang kemudian.

4. Cerita keajaiban semasa kelahiran untuk mengisyarakan perkara-perkara istimewa yang akan berlaku di kemudian hari

5. Keinginan untuk menonjolkan sebanyak mungkin mukjizat yang ada pada Nabi s.a.w.

6. Tidak cermat dalam menukilkan lafaz-lafaz riwayat

[KENALI HADIS PALSU] – RIWAYAT KEAJAIBAN SEMASA KELAHIRAN NABI DAN KEAJAIBAN DIALAMI IBUNDA NABI SEMASA MENGANDUNGKANNYA SEMUANYA PALSU

1. [ 00:02:50 ] – RIWAYAT PALSU PERTAMA

[RINGKASAN] Bergoyang istana Kisra dan jatuh menara-menaranya. Kering sungai di negeri Parsi atau Sham. Terpadam rumah api di Parsi yang tidak pernah padam sejak beribu tahun. Kisra juga bermimpi dengan mimpi yang buruk. Kisah ini dinukilkan dalam kitab-kitab “dala’il” al-Baihaqi, Ibnu Asakir dan Abu Nua’im lengkap dengan sanadnya.

[ 00:03:43 ] – KOMENTAR

Ayah kepada Makhzum Bin Hani’, perawi utama yang meriwayatkan hadith ini, tidak dapat dibuktikan sebagai seorang penganut Islam dan Makhzum sendiri tidak dikenali (perawi majhul). Hafiz Ibnu Hajar menolak hadith ini.

2. [ 00:05:01 ] – RIWAYAT PALSU KEDUA

[RINGKASAN] Bila Nabi dilahirkan kedengaran satu suara ghaib dan nampak cahaya yang cerah di sebelah timur dan barat sehingga nampak istana di Syam. Bila Nabi diselimuti, tiba-tiba jadi gelap, kemudiannya ada cahaya di sebelah kanan dan berbunyi suara,”Hendak dibawa ke mana?”. Kedengaran malaikat menjawab, “Ke sebelah barat”…dan seterusnya. [Sumber – Dala’il Abu Nu’aim]

[ 00:06:30 ] – KOMENTAR

Perawi-perawinya dipertikaikan dan kebanyakannya tidak dikenali (majhul).

3. [ 00:07:09 ] – RIWAYAT PALSU KETIGA

[RINGKASAN] Aminah, ibunda Nabi s.a.w., semasa mengandungkjan Nabi telah bermimpi, ada orang berkata kepadanya, ” Wahai Aminah. Kamu sedang mengandungkan penghulu sekelian alam. Bila lahir nanti, kamu namakannya Ahmad dan juga Muhammad” Dia kemudian memberi azimat untuk dipakaikan kepada Nabi selepas dilahirkan. Selepas tersedar dari mimpi, Aminah dapati ada sekeping emas yang tertulis beberapa rangkap syair. [Sumber – Dala’il Abu Nu’aim]

[ 00:07:56 ] – KOMENTAR

Perawi riwayat ini dikatakan pereka hadith dan dituduh mencuri hadith. Hafiz al-Iraqi mengatakan riwayat-riwayat ini tidak berasas.

4. [ 00:08:52 ] – RIWAYAT PALSU KEEMPAT

[RINGKASAN] Apabila ibunda Nabi s.a.w. Aminah sakit hendak bersalin, semua bintang-bintang sujud ke bumi. Bila Nabi s.a.w. lahir seluruh alam menjadi terang. Riwayat ini dinukilkan dalam kitab-kitab Abu Nu’aim, at-Tabarani dan al-Baihaqi.

[ 00:09:42 ] – KOMENTAR

Perawi-perawi yang bermasalah dalam riwayat ini ialah Yaakub Bin Muhammad az-Zuhri (hadithnya ditinggalkan) dan Abdul Aziz Bin Umar Bin Abdurrahman Bin Auf (tukang cerita dan pendusta)

5. [ 00:10:29 ] – RIWAYAT PALSU KELIMA

[RINGKASAN] Ibunda Nabi s.a.w. Aminah berkata dia tidak merasakan apa-apa tanda bila mengandungkan Nabi dan tidak mengalami kesulitan yang biasa dialami oleh wanita yang mengandung.

[ 00:11:04 ] – KOMENTAR

Semua saluran riwayat berpunca dari Waqidi, seorang pendusta besar dan cerita ini terhenti setakat Zuhri. Zuhri bukan seorang Sahabat Nabi, oleh itu riwayat ini terputus.

6. [ 00:11:39 ] – RIWAYAT PALSU KEENAM

[RINGKASAN] Bila sampai masa Nabi hendak dilahirkan, Allah memerintahkan para malaikat membuka pintu-pintu langit dan pintu-pintu syurga. Malaikat saling memberi berita gembira di antara satu sama lain. Matahari berpakaian baharu. Pada tahun itu, semua wanita seluruh dunia mengandungkan anak lelaki. Semua pokok mengeluarkan berbuah. Kelihatan tiang-tiang dari permata zabarjad dan yakut tegak ke langit. Di tepi Sungai Kautsar tumbuh pokok-pokok dari kasturi. Semua berhala di Mekah jatuh tersungkur.

[ 00:12:48 ] – KOMENTAR

Imam as-Suyuti mengatakan riwayat ini mungkar. Kebanyakan sanadnya tidak lengkap dan maudhu’.

7. [ 00:12:57 ] – RIWAYAT PALSU KETUJUH

[RINGKASAN] Ketika Nabi s.a.w. dalam kandungan ibunya, banyak keajaiban berlaku. Antaranya, semua binatang peliharaan orang Quraisy boleh bercakap dan semuanya berkata, “Demi tuhan Kaabah! Penghulu sekelian alam sudah ada di dalam perut ibunya. Dia akan membawa keamanan dan menjadi penyuluh kepada penduduk bumi ini”. Semua tukang-tukang tenung perempuan dari kalangan Quraisy kehilangan jin-jin mereka dan mereka hilang ilmu tenung. Takhta semua raja-raja di atas muka bumi ini terjatuh dan semua raja-raja jadi bisu pada hari Nabi dilahirkan. Binatang-binatang berlari-lari untuk menyampaikan berita gembira ini. Sungai-sungai saling memberi berita gembira antara satu sama lain. Di sepanjang bulan mengandung, ibunda Nabi mendengar satu suara mengucapkan tahniah kepadanya yang mengandungkan Abul Qassim dan memberitahu tidak lama lagi Abul Qassim akan dilahirkan.

(VIDEO PENUH ASAL – https://youtu.be/uCOHZ5Vx7SQ )

[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 21] – Riwayat-riwayat Berkenaan Nur Muhammad Semuanya Palsu (Video – “NUR MUHAMMAD” – Komplot Syiah Dan Kejahilan Umat)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 27m 48s] – [HADIS PALSU] “NUR MUHAMMAD” – Komplot Syiah Dan Kejahilan Umat

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/Q1DctpIxL2Q ]

USUL DIRAYAT KE-21 – Riwayat-riwayat Berkenaan Nur Muhammad Semuanya Palsu

NOTA:

1. Kepercayaan bahawa Nabi Muhammad dijadikan daripada Nur (cahaya) menimbulkan banyak lagi kepercayaan karut yang lain seperti Nabi Muhammad tidak mempunyai bayang dsb.

2. [ 00:01:00 ]  NABI MUHAMMAD SEBAGAI “NUR” YANG MENERANGI SELURUH ALAM

i. Adalah diakui bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah “Nur”, iaitu cahaya yang menyinari kegelapan kekufuran. Ianya bahasa kiasan dan sama sekali tidak bermaksud Baginda sebagai makhluk pertama dan menjadi punca kepada kejadian seluruh alam.

ii. Selain dari Nabi Muhammad s.a.w., “Nur” dalam konteks cahaya yang menerangi kegelapan kekufuran juga digunakan untuk “Agama Islam” dan “al-Quran”.

3. [ 00:02:51 ] KONSEP “NUR MUHAMMAD” BERPUNCA DARI SYIAH

4. [ 00:02:51 ] PENGARUH SYIAH DALAM KONSEP NUR MUHAMMAD

i. Konsep “Nur Muhammad” ada kaitan dengan konsep “Nur Panjthan” (“Lima Peribadi”, iaitu, Muhammad, Ali, Fatimah, Hasan Dan Hussain) dalam Syiah. Sebagaimana kepercayaan Nur Muhammad yang berpecah-pecah, Nur Panjthan juga berpecah-pecah. Tujuan Syiah ialah supaya umat Islam dapat menerima konsep Nur Panjthan ini bila mereka boleh menerima konsep Nur Muhammad.

ii. Syiah mengatakan Nur Muhammad ini berpecah kepada dua, iaitu kepada Nabi Muhammad dan Saidina Ali. Oleh itu mereka menggelarkan Nabi Muhammad sebagai Ketua Para Nabi dan Saidina Ali sebagai Ketua Para Wali. Mereka ingin mengatakan Saidina Ali adalah sama taraf dengan Nabi Muhammad s.a.w.

5. [ 00:07:01 ] KEPERCAYAAN TERHADAP KONSEP NUR MUHAMAD MASIH TEBAL DALAM MASYARAKAT

6. [ 00:25:40 ] HAKIKAT SEBENAR NUR MUHAMMAD

i. Semua riwayat tentang Nur Muhammad bercanggah dengan hadith yang sahih tentang makhkluk yang pertama yang dijadikan Allah, iaitu qalam

ii. Isi kandungan riwayat-riwayat tentang Nur Muhammad adalah amat tidak masuk akal dan membodohkan umat

[ 00:26:38 ] EPILOG

Masyarakat kita tidak dilatih untuk berfikir secara kritis menyebabkan kita mundur. Kitab-kitab lama yang songsang ini masih diajar di institusi pengajian tradisional dan malangnya, ada usaha untuk menjadikannya sebagai kitab rujukan ahli sunnah wal jamaah padahal ianya amat bercanggah dengan ajaran ahli sunnah wal jamaah.

[KENALI HADITH PALSU] RIWAYAT-RIWAYAT BERKENAAN NUR MUHAMMAD SEMUANYA PALSU

1. [ 00:07:39 ] RIWAYAT PALSU NUR MUHAMMAD (VERSI PERTAMA)

[RINGKASAN] Allah berkata kepada segenggam Nur-Nya itu, “Jadilah engkau Muhammad”. Kemudian sesungguhnya Allah membahagikan Nur-Nya itu kepada empat bahagian pula. Daripada bahagian pertama dijadikan-Nya “Lauth” (Luh Mahfuz), daripada yang kedua dijadikan-Nya Qalam. Kemudian daripada bahagian yang ketiga daripada Nur Muhammad itu Allah menjadikan arasy. Bahagian keempat pula dibahagikan kepada empat bahagian. Yang pertama daripadanya dijadikan Akal dan yang kedua dijadikan Ma’rifat dan yang ketiga dijadikan Nur Arasy, Cahaya Penglihatan dan Cahaya Siang. Semua Nur-nur ini adalah daripada Nur Muhammad. Oleh itu Nur Muhammad adalah makhluk yang terawal dari segala-galanya yang dijadikan Tuhan. Sementara bahagian yang keempat daripada empat bahagian itu pula disimpan di bawah arasy sehingga Allah menjadikan Adam. Kemudian terus berpindah-pindahlah Nur itu daripada seorang lelaki mulia kepada seorang lelaki mulia yang lain dan daripada seorang perempuan yang suci kepada seorang perempuan suci yang lain hinggalah ia sampai kepada sulbi Abdullah bin Abdul Mutalib. Kemudian Allah mengeluarkannya ke dunia lalu dijadikan-Nya penghulu sekelian Rasul dan penyudah sekelian Nabi.

2. [ 00:13:29 ] RIWAYAT PALSU NUR MUHAMMAD (VERSI KEDUA)

[RINGKASAN] Allah telah menjadikan satu pohon kayu yang mempunyai empat dahan. Pohon kayu itu dinamakan “Syajaratu Al-Muttaqin”. Kemudian Ia menjadikan Nur Muhammad di dalam hijab daripada permata yang sangat putih seperti rupa burung merak dan diletakkan burung merak itu di atas pohon tadi, maka bertasbihlah Nur itu di atas pohon tadi selama 70,000 tahun. Setelah itu Allah menjadikan cermin malu, diletakkan cermin itu berhadapan dengannya. Bila burung merak itu menilik dirinya di dalam cermin itu, dilihatnya rupanya sangat cantik dan sangat elok. Maka malulah ia kepada Allah Taala lalu berpeluh dan keuarlah daripadanya enam titik peluh…. Daripada titik yang pertama Allah jadikan ruh Abu Bakr r.a. dan daripada titik yang kedua dijadikan ruh Umar r.a. Daripada titik yang ketiga dijadikan ruh Uthman r.a. dan daripada titik yang keempat dijadikan ruh Ali r.a. Daripada titik yang kelima dijadikan pokok bunga ros dan daripada titik yang keenam dijadikan padi….Kemudian Allah menjadikan “qandil” daripada “aqiq” yang merah. Bahagian luarnya dapat dilihat daripada dalamnya. Kemudian Allah menjadikan rupa Muhammad itu seperti rupanya di dalam dunia ini.

3. [ 00:23:03 ] – RIWAYAT PALSU NUR MUHAMMAD (VERSI KETIGA)

[RINGKASAN] Allah telah mencipta Nur Muhammad sebelum segala sesuatu. Pada masa itu belum ada lauth dan qalam. syurga dan neraka, malaikat, langit, matahari, bulan, jin dan juga manusia. Allah membahagikan Nur itu kepada empat bahagian; bahagian pertama dijadikan qalam, bahagian kedua dijadikan lauth, bahagian ketiga dijadikan arasy dan bahagian keempat dipecahkan pula kepada empat bahagian lagi. Dari empat bahagian tersebut, dijadikan langit, bumi, syurga dan neraka dan bahagian keempat dipecahkan lagi kepada empat bahagian….sehingga akhir riwayat. (Nota: Riwayat ini didakwa ada di dalam Kitab Mushannaf Abdul Razak, tetapi tidak dibuktikan kewujudannya)

[ 00:24:38 ] – KOMENTAR RIWAYAT-RIWAYAT PALSU NUR MUHAMMAD

Riwayat-riwayat tentang Nur Muhammad semuanya tidak masuk akal dan bertentangan antara satu sama lain dengan percanggahan yang besar. Riwayat-riwayat ini tidak mempunyai sanad dan tidak diketahui sumbernya kecuali satu riwayat yang dikatakan ada dalam kitab Musannaf Abdul Razak. Walaupun begitu, bila diteliti, riwayat ini tidak dijumpai dalam Kitab Musannaf yang ada sekarang ini.

VIDEO PENUH ASAL –

i. https://youtu.be/ybXtoMRIDNk

ii. https://youtu.be/deXEoWn2fNU

ARTIKEL IRINGAN – Menyingkap Rahsia Di Sebalik Kejadian Nur Muhammad – https://darulkautsarpencerahanaqidah.wordpress.com/2018/11/21/menyingkap-rahsia-di-sebalik-kejadian-nur-muhammad/

[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 20] Hadith Sandaran Dan Punca Amalan Dan Upacara Haul Tiada Yang Sahih (Video – Sambutan Hari Haul Yang Direka & Bahaya Kepada Aqidah Umat Islam)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 18m 37s] – [HADIS PALSU] Sambutan Hari Haul Yang Direka & Bahaya Kepada Aqidah Umat Islam

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/SywdvRMYcSw ]

USUL DIRAYAT KE-20 – Hadith-hadith Yang Dianggap Sebagai Sandaran Dan Punca Bagi Amalan dan Upacara “Haul” Tidak Ada Satu Pun Yang Sahih

NOTA: Dari pengalaman masyarakat Islam di luar negara, sambutan “Haul” yang pada peringkat awalnya nampak biasa sebenarnya akan membawa umat ke arah syirik kepada Allah s.w.t.


[ 00:00:55 ]
– APAKAH “HAUL”?

1. “Haul” ialah acara tahunan memperingati ulang tahun kematian seseorang tokoh terutamanya tokoh agama yang dianggap “wali”.

2. Biasanya, sambutan dilakukan di perkarangan kubur dengan upacara dan sambutan yang bercanggah dengan ajaran Islam.

[ 00:02:54 ] – UPACARA SEMASA SAMBUTAN “HAUL”

1. Sambutan Hari Haul biasanya dipelopori oleh golongan sufi dan tarekat yang sebenarnya berasal dari Syiah. Akhir-akhir ini ia mendapat tempat di kalangan orang awam negara kita.

2. Di negara luar seperti India, Pakistan, Turki dan Iran sambutan adalah amat meriah dengan kubur dihias indah. Ritual sesat seperti sujud kepada kubur dan tawaf keliling kubur adalah fenomena biasa di sana.

3. Majlis haul biasanya disertai dengan penyembelihan binatang untuk jamuan hadirin.

4. Antara tujuan upacara sambutan “haul” ialah,

i) mengirim pahala bacaan al-Quran dsb. kepada si mati,

ii) “tawassul” (minta tolong orang mati sebagai perantara supaya sampaikan hajat kepada Allah),

iii) “tabarruk” (mengambil berkat dari si mati)

iv) “istighatsah” (meminta pertolongan terus dari si mati), dan,

v) pelepasan nazar dengan si mati. Semua amalan ini adalah bercanggah dengan ajaran Islam.

5. Amalan tersebut di atas telah berlaku di luar negara, dan jika dibiarkan, ditakuti ianya meresap ke dalam masyarakat kita. Fenomena ini (contohnya, “istighasath”, minta tolong dengan bercakap-cakap dengan orang mati dalam kubur) telah berlaku di Indonesia.

[ 00:06:32 ] – MATLAMAT DARI AMALAN SESAT SAMBUTAN “HAUL”

1. Sambutan “haul” ini dipopularkan di negara kita oleh golongan Habib terutamanya dari Yaman.

2. Matlamat akhir upacara ini ialah membawa umat Islam kepada penyembahan kubur dan syirik.

3. Antara tujuan sambutan “haul” supaya anak muda minat dengan bidang agama sehingga mendapat kehormatan sebagaimana yang diperolehi oleh “wali-wali” di dalam kubur!

[ 00:13:00 ] – HAKIKAT SEBENAR SAMBUTAN HAUL

1. Sambutan haul ini tidak diketahui di zaman Nabi, Sahabat-Sahabat, Tabi’in, Tabi’ut Tab’iin dan tiga kurun pertama di zaman keemasan Islam.

2. Upacara ini adalah perkara baru dalam Islam (iaitu perkara bid’ah).

3. Sambutan haul ini diperkenalkan oleh golongan Syiah.

4. Sekiranya sambutan haul ini disyariatkan, nescaya Rasulullah s.a.w. telah menyampaikannya kepada ummah.

5. Sambutan haul ini mengandungi perbuatan-perbuatan mungkar yang bercanggah dengan Islam dan ianya tidak mungkin disyariatkan dalam agama.

6. “Ghuluw” (melampau) dalam memuja tokoh tertentu (orang alim, wali dsb) adalah sebab binasanya umat-umat terdahulu.

7. Pelopor-pelopor perayaan haul ini mempunyai agenda untuk merosakkan aqidah umat Islam.

8. Dalam Islam, jelas adalah dilarang menjadikan kubur sebagai tempat perayaan dan tempat ibadat. Upacara-upacara sambutan haul adalah tidak sama dengan amalan ziarah kubur yang dianjurkan oleh Islam dan ianya menjurus kepada perbuatan syirik.

9. Sambutan haul menyerupai kaum Kristian yang menyambut hari Easter sebagai hari kematian Nabi Isa a.s. Haul juga disambut oleh orang Yahudi dan kaum musyrikin.

[ 00:17:11 ] EPILOG

1. Pengalaman menunjukkan bahawa usaha dan perjuangan akan menentukan perubahan dalam masyarakat. Iran, suatu masa dulu yang mempunyai jutaan ulama’ ahli sunnah bertukar menjadi negara Syiah kerana kelekaan umat. Sebaliknya Mesir yang pernah dikuasai Syiah berjaya menjadi negara ahli sunnah kerana perjuangan rakyatnya.

2. Kita tidak sepatutnya menganggap penyelewengan dalam sambutan haul ini kecil, kerana kalau tidak dibendung dari awal, umat Islam di negara ini akan rosak sebagaimana yang berlaku di dunia Islam luar negara.

[KENALI HADITH PALSU] – HADITH SANDARAN DAN PUNCA AMALAN DAN UPACARA HAUL TIADA YANG SAHIH

1. [ 00:08:04 ] – HADITH PALSU PERTAMA

Al-Baihaqi meriwayatkan dari al-Waqidi, kata beliau: Nabi s.a.w. sentiasa berziarah ke maqam para syuhada’ di Bukit Uhud setiap tahun dan sesampainya di sana beliau mengucapkan salam dengan mengeraskan suaranya, “Keselamatan atasmu berkat kesabaranmu, maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu”. Abu Bakar juga melakukan hal itu setiap tahun. Kemudian Umar, kemudian Uthman. Fatimah juga pernah berziarah ke Bukit Uhud dan berdoa. Saad bin Abi Waqqas mengucapkan salam kepada para syuhada’ tersebut. Kemudian dia menghadap kepada para sahabatnya lalu berkata, “Mengapa kamu tidak mengucapkan salam kepada orang-orang yang menjawab salammu?”

[ 00:09:22 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

i. “Hadith” ini tidak terdapat dalam sebarang kitab karangan Imam al-Baihaqi.

ii. Jika diandaikan hadith ini wujud, ianya tidak boleh diterima kerana tiada sanad yang lengkap dan perawinya al-Waqidi adalah seorang pendusta besar.

iii . Kalaupun hadith ini sahih, apa yang disebut dalam hadith tersebut ialah menziarahi kubur, bukannya mengadakan upacara-upacara seperti yang dilakukan semasa sambutan haul sebagaimana yang diamalkan hari ini.

iv. Malangnya, ada Majlis Agama negeri tertentu di Malaysia menggunakan “hadith” ini sebagai dalil untuk menjustifikasikan sambutan haul.

2. [ 00:11:09 ] – HADITH PALSU KEDUA

At-Tabari meriwayatkan: Nabi s.a.w. pergi ke kubur para syuhada’ Uhud di permulaan setiap tahun. Baginda berkata, “Assalamualaikum. Berkat kesabaran kamu, maka alangkah baik tempat kesudahan itu”. Abu Bakar, Umar, Uthman juga pergi.

[ 00:11:42 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

“Hadith” ini tidak sahih kerana dalam sanadnya gugur dua orang perawi

3. [00:12:09 ] – HADITH PALSU KETIGA

“Nabi s.a.w. pergi ke kubur para syuhada’ di Uhud di permulaan setiap tahun. Abu Bakar dan Umar dan Uthman juga pergi.”

[ 00:12:31 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

“Hadith” ini tidak sahih kerana dalam sanadnya gugur sekurang-kurangnya dua orang perawi. Perawinya adalah dhaif.

VIDEO PENUH ASAL – https://youtu.be/adVHmObN-yA