[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 39] – Riwayat menyatakan kelebihan beribadat khusus pada malam dua hari raya dan makbul doa pada dua malam itu tiada yang sahih (video -Tiada Ibadat Khusus Di Malam Hari Raya)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 10m 20s] – [HADIS PALSU] – Tiada Ibadat Khusus Di Malam Hari Raya

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/PDCMKCMGKFw ]

USUL DIRAYAT KE – 39 – Riwayat-riwayat yang menyatakan kelebihan beribadat khusus pada malam dua hari raya dan makbul doa pada dua malam itu tiada satu pun yang sahih

[ 00:09:56 ] – TIADA IBADAT KHUSUS PADA MALAM HARI RAYA

Ibnu Qayyim berkata, “Tidak ada satupun hadith yang sahih tentang menghidupkan (melakukan ibadat khusus) pada malam hari raya”

[ 00:08:17 ] – SELINGAN – TIDAK HARUS BERAMAL DENGAN HADITH MAUDHU’ ATAU DHAIF JIDDAN

Tidak harus beramal dengan hadith maudhu’ (palsu) atau dhaif jiddan (dhaif sangat). Jika hendak beramal juga hendaklah,

i) tidak mengharapkan sebarang pahala dan,

ii) tidak menganggap ianya daripada Nabi s.a.w.

[KENALI HADITH PALSU] – RIWAYAT MENYATAKAN KELEBIHAN BERIBADAT KHUSUS PADA MALAM DUA HARI RAYA DAN MAKBUL DOA PADA DUA MALAM ITU TIADA YANG SAHIH

1. [ 00:00:43 ] – HADITH PALSU PERTAMA

“Sesiapa beribadat pada malam raya dengan ikhlas, hatinya tidak mati ketika hati-hati mati”. [Nota: Hadith ini terdapat di dalam kitab al-Umm Imam as-Shafei. Hadith ini dihukumkan maudhu’ (palsu) oleh ramai ulama’ hadith seperti Ibnu al-Jauzi dan dimasukkan di dalam kitab-kitab yang mengumpulkan hadith maudhu’!]

2. [ 00:02:28 ] – RIWAYAT PALSU DALAM KITAB AL-UMM (IMAM AS-SHAFIE)

Imam as-Shafei menulis dalam Kitab al-Umm, “Sesiapa menghidupkan lima malam ini pasti ia mendapat syurga, malam tarwiyah, malam Arafah, malam hari raya qurban, malam hari raya puasa dan malam Nisfu Sya’ban”. Imam as-Shafei memulakan riwayat ini dengan lafaz, “Sampai maklumat kepada kami…” (Nota: Gaya bahasa ini dinamakan riwayat secara ‘balagh’) [Nota: Riwayat secara ‘balagh’ ialah periwayatan yang tiada sanad atau sanadnya tidak lengkap dan dimulakan dengan lafaz ‘balagh..’, iaitu, “Sampai maklumat kepadaku…”). Riwayat Imam as-Shafie secara ‘balagh’ tidak diterima ulama’ kerana ianya dhaif sangat (dhaif jiddan) atau palsu, tidak sebagaimana riwayat secara ‘balagh’ Imam Malik yang secara umumnya diterima kecuali beberapa riwayat]

(VIDEO PENUH ASAL – https://youtu.be/tYoPYOQ5Vzg )

[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 38] – Hadith kelebihan malam Nisfu Sya’ban, kelebihan amalan tertentu pada malam itu dan kelebihan berpuasa pada keesokan harinya secara khusus sama ada maudhu’ atau amat dha’if (VIDEO – Timbunan Hadith Palsu Nisfu Sya’ban & Ulama’ Cari Makan Guna Amalan Bid’ah!)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 15m 4s] – [HADIS PALSU] – Timbunan Hadith Palsu Nisfu Sya’ban & Ulama’ Cari Makan Guna Amalan Bid’ah!

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/uA-ewzYgg2I ]

USUL DIRAYAT KE – 38 – Hadith-hadith yang menyatakan kelebihan malam Nisfu Sya’ban, kelebihan amalan-amalan tertentu pada malam itu dan kelebihan berpuasa pada keesokan harinya secara khusus, tidak ada satupun yang sahih, ianya sama ada maudhu’ atau amat dha’if.

NOTA:

1. [ 00:10:11 ]- KENAPA DIBESAR-BESARKAN MALAM NISFU SYAABAN? – KERANA PENGARUH SYIAH YANG PERCAYA IMAM MAHDI LAHIR PADA MALAM NISFU SYAABAN

2. [ 00:10:56 ] – Salah satu bid’ah yang diamalkan dalam masyarakat kita pada malam Nisfu Sya’ban ialah membaca surah Yaasin sebanyak tiga kali di antara waktu Maghrib dan Isya’. Anehnya, tidak ada satu hadith palsu pun yang menyebut tentang amalan membaca surah Yaasin pada malam Nisfu Sya’ban. Ini menunjukkan amalan ini direka kemudian dari era-era penyebaran hadith.

3. [ 00:11:53 ] – Kebiasaannya, bila Nabi s.a.w. menyebut kelebihan masa-masa tertentu, Baginda akan memberitahu apakah amalan yang patut kita lakukan pada masa itu. Kita dapati, tidak ada dalam hadith sahih amalan khusus yang disarankan oleh Nabi pada malam Nisfu Sya’ban ini.

4. [ 00:12:42 ] – Terjadi salah faham dalam masyarakat sehingga ada yang menganggap malam Nisfu Sya’ban sebagai malam qadar (lailatul qadar). Ianya hasil dari penyelewengan makna al-Quran dan juga penyebaran hadith-hadith palsu yang direka berkaitan kelebihan malam Nisfu Sya’ban.

5. [ 00:09:30 ] – SELINGAN – TIADA IBADAT KHUSUS PADA MALAM HARI RAYA

Ibnu Qayyim berkata, “Tidak ada satupun hadith yang sahih tentang menghidupkan (melakukan ibadat khusus) pada malam hari raya”

6. [ 00:13:52 ] – NOTA HUJUNG – DENGAN MEMANDANG RINGAN HADITH-HADITH DHAIF, BANYAK PERKARA BIDA’AH MEMBIAK DALAM MASYARAKAT. DENGAN MUNCULNYA SATU BID’AH, AKAN HILANG SATU SUNNAH (HILANGNYA SATU PUNCA KEBERKATAN DALAM MASYARAKAT). MALANGNYA, AMALAN-AMALAN BID’AH INI MENJADI SATU PUNCA PENDAPATAN PULA KEPADA SESETENGAH “ORANG AGAMA”. HAKIKATNYA, RAMAI ULAMA’ TIDAK TAHU TUGAS & FUNGSI SEBENAR MEREKA!

[KENALI HADITH PALSU] – HADITH KELEBIHAN MALAM NISFU SYA’BAN, KELEBIHAN AMALAN TERTENTU PADA MALAM ITU DAN KELEBIHAN BERPUASA PADA KEESOKAN HARINYA SECARA KHUSUS SAMA ADA MAUDHU’ ATAU AMAT DHAIF

1. [ 00:00:48 ]- HADITH DHAIF PERTAMA

“Pada malam Nisfu Sya’ban Allah s.w.t. menjenguk kepada sekelian makhluk lalu diampunkan kepada sekelian manusia kecuali musyrik atau ‘musyahid’ (iaitu, orang yang bergaduh sesama Islam), atau di dalam hadith lain, orang yang bunuh diri”. [Nota: Hadith ini dikatakan sahih oleh sebahagian ulama’, tetapi oleh kerana ianya diriwayatkan oleh perawi-perawi dhaif, tidak mungkin ianya sahih!]

2. [ 00:03:02 ] – HADITH PALSU KEDUA

“Pada malam itu (Nisfu Sya’ban) dituliskan (ditakdirkan) setiap yang akan lahir daripada anak Adam pada tahun itu dan pada malam itu juga ditulis setiap orang yang akan mati pada tahun itu dan diangkat amalan-amalan mereka pada malam itu dan pada malam itu juga diturunkan rezeki-rezeki untuk mereka”. [Nota: Hadith ini bercanggah dengan Hadith 40 yang menyatakan perkara yang disebut dalam hadith palsu ini telah ditetapkan semasa seseorang itu di dalam perut ibunya]


3. [ 00:04:05 ] – HADITH PALSU KETIGA

“Bila tiba malam Nisfu Sya’ban, kamu hendaklah beribadat pada malam itu dan berpuasalah kamu pada siangnya kerana Allah s.w.t. turun bila matahari terbenam ke langit dunia, lalu berkata, “Adakah sesiapa yang hendak beristighfar untuk Aku ampunkan dosanya?”, “Adakah sesiapa yang hendak meminta rezeki, Aku hendak memberi rezeki kepadanya?”. “Adakah sesiapa yang menderita sakit dan lain-lain, Aku hendak sembuhkannya?”…begini, begini sehingga terbit fajar.” [Nota: Salah seorang perawi hadith ini, Abu Bakr bin Abdillah bin Abi Samraa, adalah seorang pereka hadith]

4. [ 00:05:04 ] – HADITH PALSU KEEMPAT

Saidina Ali berkata: Pada malam Nisfu Sya’ban, saya tengok Rasulullah s.a.w bersembahyang 14 rakaat, selepas itu dia duduk dan Nabi s.a.w. membaca surah al-Fatihah 14 kali dan surah an-Naas 14 kali dan satu kali ayat al-Kursi…bila Nabi s.a.w. selesai bersembahyang maka saya pun bertanya tentang sembahyang yang dia lakukan. Maka Baginda menjawab, “Sesiapa yang melakukan seperti itu dia akan dapat pahala 20 kali haji mabrur dan pahala puasa 20 tahun”.

5. [ 00:06:21 ]- HADITH PALSU KELIMA

Riwayat dari Aishah r.ha. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Allah s.w.t. turun pada malam Nisfu Sya’ban ke langit dunia. Dia mengampunkan begitu ramai orang, lebih banyak dari bulu kambing bani Kalb”. [Nota: Hadith ini terdapat dalam kitab Imam at-Tirmizi, tetapi silapnya kita mengambil hadith ini tanpa menukilkan kata-kata Imam at-Tirmizi yang menyatakan Imam al-Bukhari menghukumkan hadith ini dhaif kerana terputusnya sanad di dua tempat]

6. [ 00:07:21 ] – HADITH DHAIF KEENAM

DOA BILA MASUK BULAN REJAB – Hadith dhaif yang popular dan selalu disebut oleh imam-imam solat ketika masuknya bulan Rejab: اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَ Maksudnya, “Ya Allah, Ya Tuhanku, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah (hidupkan) kami ke bulan (sehingga) Ramadhan”.

7. [ 00:07:49 ] – RIWAYAT DHAIF DALAM KITAB AL-UMM (IMAM AS-SHAFIE)

Imam as-Shafei menulis dalam Kitab al-Umm, “Sampai maklumat kepadaku (Nota: Gaya bahasa ini dinamakan riwayat secara ‘balagh’, iaitu salah satu cara meriwayatkan hadith dhaif) bahawa dikatakan doa mustajab ada pada lima malam, pertama, malam Jumaat, kedua, malam Adha, malam Fitri, malam pertama bulan Rejab dan malam Nisfu Sya’ban”. [Nota: Riwayat Imam as-Shafie secara ‘balagh’ tidak diterima ulama’ kerana ada kalanya ianya dhaif sangat (dhaif jiddan) atau palsu, tidak sebagaimana riwayat secara ‘balagh’ Imam Malik yang secara umumnya diterima]

VIDEO PENUH ASAL –

i. https://youtu.be/SPR2zgeTg-4

ii. https://youtu.be/RP5FcbSMIiA

iii. https://youtu.be/CD77hnJu48k

iv. https://youtu.be/tYoPYOQ5Vzg

[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 37] – Riwayat kelebihan bulan Rejab serta kelebihan berpuasa dan beribadat padanya secara khusus, tidak ada satu pun yang sahih. Ia sama ada dha’if dan maudhu’. (VIDEO -Puasa Khusus Di Bulan Rejab & Keistimewaan Bulan Rejab & Bersungguh Beribadat Rejab)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 13m 28s] – [HADIS PALSU] – Puasa Khusus Di Bulan Rejab & Keistimewaan Bulan Rejab & Bersungguh Beribadat Rejab

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/8MgeOpeTmic ]

USUL DIRAYAT KE – 37 – Riwayat-riwayat yang menyatakan kelebihan bulan Rejab serta kelebihan berpuasa dan beribadat padanya secara khusus, tidak ada satu pun yang sahih. Ia hanya berkisar di sekitar dha’if dan maudhu’.

NOTA:

1. Sahabat-sahabat besar seperti Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar rhum. melarang berpuasa di bulan Rejab secara khusus.

2. [ 00:07:20 ] – Hadith tentang kelebihan berpuasa di bulan Rejab semuanya maudhu’ (palsu) dan tiada asalnya; ulama’ melarang orang ramai dari mengerjakan puasa khas bulan Rejab. Mereka berkata, adalah suatu yang perkara bid’ah, bersungguh-sungguh beribadat khusus pada bulan Rejab dan Syaaban.

3. [ 00:08:14 ] – Tiga sebab larangan puasa Rejab, i) apabila ianya dikerjakan secara khusus dan tetap sehingga orang jahil menganggapnya suatu yang fardhu, ii) ianya akan dianggap sebagai sunnah Rasulullah, iii) puasa Rejab dianggap mendatangkan pahala yang lebih kerana keistimewaannya. Nota Kaki : Boleh berpuasa di bulan Rejab untuk puasa yang biasa dilakukan di bulan-bulan lain sekiranya ianya tidak menimbulkan fitnah seperti orang menganggap ianya sebagai sunnah Nabi s.a.w.

4. [ 00:10:01 ] – Malangnya masyarakat masih sukar menerima bahawa amalan khas di bulan Rejab adalah bukan sunnah Nabi. Ini disebabkan ianya telah diamalkan sejak turun temurun dan amalan-amalan ini dinyatakan di dalam kitab-kitab.

5. [ 00:10:34 ] – PERINGATAN

Kita perlu berhati-hati dengan kitab-kitab hadith yang beredar di pasaran kerana didapati ada disisipkan maklumat tambahan yang dilakukan oleh mereka-mereka yang berkepentingan. Contohnya, golongan Syiah menyelitkan kalimat “alaihissalam” selepas nama Ali dan Fatimah (sepatutnya diletakkan kalimah “radhiallahu/ha”)

6. [ 00:11:54 ] – Kita perlu peka tentang memenuhi tuntutan fardhu kifayah dalam perkara menjaga agama, contohnya, seperti dalam kes penyelewengan teks hadith, pastikan adanya individu yang dapat memastikan ianya tidak dipinda dan membetulkannya jika ada kesalahan.

7. [ 00:12:59 ] – Langkah pertama untuk menjaga umat dari pencemaran hadith ialah dengan mengawal penyebaran hadith maudhu’. Masyarakat hendaklah didedahkan dan diperingatkan dengan hadith-hadith palsu dan ditega dari mengamalkannya.

[KENALI HADITH PALSU] – RIWAYAT KELEBIHAN BULAN REJAB SERTA KELEBIHAN BERPUASA DAN BERIBADAT PADANYA SECARA KHUSUS TIDAK ADA SATU PUN YANG SAHIH. IA SAMA ADA DHAIF ATAU MAUDHU’.


1. [ 00:00:58 ] – HADITH PALSU PERTAMA

“Sesiapa menghilangkan kesukaran daripada orang mukmin pada bulan Rejab, Allah akan mengurniakan kepadanya dalam syurga Firdaus sebuah istana sejauh matanya memandang. Muliakanlah bulan Rejab, nescaya Allah memuliakanmu dengan seribu kemuliaan”.

[ 00:02:05 ] KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

Hafiz Ibnu Hajar berkata, matan (teks) hadith ini tidak berasas dan ianya direka oleh Abul Barakat. Sanadnya direka-reka dengan memasukkan perawi-perawi yang dipercayai (thiqah).

2. [ 00:03:01 ] – HADITH PALSU KEDUA

“Sesiapa berpuasa tiga hari di bulan Rejab nescaya dituliskan baginya (pahala) puasa sebulan, sesiapa berpuasa tujuh hari di bulan Rejab, Allah akan menutup tujuh pintu neraka padanya. Sesiapa berpuasa lapan hari di bulan Rejab, Allah akan membuka lapan pintu syurga kepadanya. Sesiapa berpuasa separuh bulan Rejab, Allah akan menuliskan keredhaan-Nya untuknya dan sesiapa yang Allah menuliskan keredhaan untuknya nescaya dia tidak akan menyeksanya. Sesiapa berpuasa sepanjang bulan Rejab pula Allah akan menghisabnya dengan hisab yang mudah”.

[ 00:03:57 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

i. As-Suyuti berkata hadith ini tidak sahih. Perawinya terdiri daripada orang yang tidak diterima hadithnya dan juga pereka-pereka hadith. Begitu juga pendapat Yahya bin Ma’in.

ii. Barangkali hadith inilah yang menjadi pegangan mereka yang berpuasa tiga bulan berturut-turut iaitu pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan.

3. [ 00:05:29 ] – HADITH PALSU KETIGA

“Sesungguhnya di dalam syurga ada sungai yang dipanggil Rejab, airnya adalah “ar-Rahiq”. Sesiapa meminumnya sekali sahaja dia tidak akan dahaga buat selama-lamanya. Allah menyediakannya untuk orang yang berpuasa di bulan Rejab”.

[ 00:05:57 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

Hafiz Ibnu Hajar berkata dalam sanadnya juga ada Abul Barakat, seorang pereka hadith.

4. [ 00:06:18 ] – HADITH PALSU KEEMPAT

“Kelebihan Rejab daripada sekelian bulan yang lain seperti kelebihan al-Quran daripada sekelian zikir. Kelebihan bulan Syaaban daripada sekelian bulan yang lain seperti kelebihan Muhammad s.a.w. daripada sekelian nabi dan kelebihan bulan Ramadhan daripada sekelian bulan yang lain seperti kelebihan Allah daripada sekelian hamba-hamba-Nya”.

[ 00:07:05 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEEMPAT

i. Di dalam sanad hadith ini juga terdapat Abul Baraqat, seorang pereka hadith.

ii. Hafiz Ibnu Hajar menghukumnya sebagai hadith maudhu’ (palsu)

(VIDEO PENUH ASAL – https://youtu.be/qPgFtIU4wHA )

[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 36] – Riwayat kelebihan solat pada hari atau malam bagi bulan tertentu seperti solat Ragha’ib, solat Asyura dll semuanya maudhu’ kecuali solat tarawih (VIDEO -Solat Asyura, Solat Raghaib, Solat Nisfu Syaaban, Tunggu Kubur & Kaifiat Solat Hajat)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 18m 39s] – [HADIS PALSU] – Solat Asyura, Solat Raghaib, Solat Nisfu Syaaban, Tunggu Kubur & Kaifiat Solat Hajat

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/ipYLefUg4Rk ]

USUL DIRAYAT KE – 36 – Riwayat-riwayat yang menyatakan kelebihan sembahyang pada hari atau malam bagi bulan tertentu seperti sembahyang Ragha’ib pada malam tertentu di bulan Rajab, sembahyang Asyura dll semuanya maudhu’ kecuali sembahyang tarawih pada malam-malam di bulan Ramadhan

SISIPAN

1. [ 00:14:30 ] – BID’AH SEMBAHYANG TEMAN

Satu jenis sembahyang yang agak popular di dalam masyarakat ialah “sembahyang teman”. Ianya dilakukan oleh lebai-lebai selepas dari kematian seseorang kononnya untuk menjadi “teman” kepada si mati di dalam kubur. Kemungkinan sembahyang ini diilhamkan dari sembahyang ar-Ragha’ib yang menjanjikan pahala dari sembahyang ar-Ragha’ib ini akan menjadi teman kepada mereka yang menunaikannya semasa di dalam kubur.

2. [ 00:16:17 ] – AMALAN MENUNGGU KUBUR

Amat malang sekali kerana pada suatu ketika dahulu, sembahyang Ragha’ib ini amat istimewa sehingga ianya diberi perhatian lebih dari sembahyang fardhu. Amalan lain yang diberi perhatian seumpama ini yang pernah berlaku di tempat kita ialah amalan menunggu kubur orang yang baru mati. Sekiranya kubur terpaksa ditunggu pada hari Jumaat, si penunggu akan meninggalkan solat Jumaat untuk memastikan kubur terus ditunggu.

3. TIADA DALAM HADITH SAHIH YANG MENYATAKAN BILANGAN SURAH TERTENTU YANG PERLU DIBACA DI DALAM SETIAP RAKAAT.

[Nota: Solat hajat yang umum dilakukan di tempat kita yang menyatakan bilangan tertentu surah dalam setiap rakaat tidak ada dalilnya dan menyalahi sunnah Nabi]

[KENALI HADITH PALSU] – RIWAYAT KELEBIHAN SOLAT PADA HARI ATAU MALAM BAGI BULAN TERTENTU SEPERTI SOLAT RAGHA’IB, SOLAT ASYURA DLL SEMUANYA MAUDHU’ KECUALI SOLAT TARAWIH

1. [ 00:01:11 ] – HADITH PALSU PERTAMA

“Sesiapa menghidupkan malam Asyura (malam ke-10 bulan Muharram) dia seperti menyembah Allah sebagaimana hamba-hamba-Nya di langit-langit. Sesiapa bersembahyang empat rakaat (pada malam itu) dia membaca dalam setiap rakaatnya surah al-Fatihah satu kali dan lima kali surah al-Ikhlas, Allah mengampunkan dosa-dosanya selama 50 tahun yang lalu dan 50 tahun ke hadapan dan Dia membina untuknya di dalam syurga yang tertinggi ribuan mimbar dari cahaya”.

[ 00:02:13 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

i. Ibnu al-Jauzi berkata terdapat beberapa orang perawi dhaif di dalam sanad hadith ini.

ii. Al-Ajluni dan Mulla Ali al-Qari berkata ulama’ bersepakat bahawa semua hadith tentang solat Asyura dan ar-Ragha’ib adalah palsu.

iii. Adalah tidak masuk akal, orang yang mengerjakan solat Asyura akan naik tarafnya sama seperti malaikat yang maksum.

iv. TIADA DALAM HADITH SAHIH YANG MENYATAKAN BILANGAN SURAH TERTENTU YANG PERLU DIBACA DI DALAM SETIAP RAKAAT.

Dengan adanya bilangan tertentu surah di dalam sesuatu solat Asyura, ianya menunjukkan hadith tersebut adalah palsu.

2. [ 00:03:50 ] – HADITH PALSU KEDUA

“Sesiapa bersembahyang maghrib di malam pertama bulan Rajab kemudian dia bersembahyang selepasnya 20 rakaat, dalam setiap rakaatnya dia membaca Fatihatul kitab dan surah al-Ikhlas satu kali, dia memberi salam sebanyak 10 kali (untuk sembahyang yang dikerjakannya sebanyak 20 rakaat itu). Kamu tahukah apa pahalanya? Sesungguhnya ar-Ruhul Amin Jibril mengajarkannya kepada ku”. Kata kami (para Sahabat), “Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui”. Nabi s.a.w. melanjutkan sabdanya, “Allah memelihara dirinya, hartanya, isterinya dan ahli keluarganya. Ia juga dilindungi dari azab kubur dan dia akan melepasi sirat seperti kilat tanpa hisab dan azab”. [Hadith ini terdapat di dalam kitab-kitab yang mengumpulkan hadith-hadith palsu]

[ 00:05:19 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

i. Ibnu al-Jauzi, as-Suyuti dan Ibnu Qayyim menghukumkan hadith ini maudhu’ (palsu).

ii. Ibnu Taimiyyah mengatakan solat khas di bulan Rajab, solat Nisfu Syaaban dan solat Ragha’ib adalah dusta dengan ijma’ ulama’ hadith; ianya adalah bid’ah dan tidak pernah diajar oleh Rasulullah s.a.w.

3. [ 00:06:07 ] – HADITH PALSU KETIGA

Rajab ialah bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Ditanya orang, “Wahai Rasulullah. Apakah maksudnya kata anda ‘Rajab itu bulan Allah’?”. Baginda s.a.w. menjawab, “Kerana ia dikhususkan dengan keampunan Allah. Padanya darah tidak ditumpahkan, padanya Allah menerima taubat para nabi-Nya dan padanya juga Allah menyelamatkan para kekasih-Nya daripada tangan musuh-musuh-Nya. Sesiapa berpuasa pada bulan itu dia pasti mendapat tiga perkara daripada Allah iaitu, pertama, keampunan bagi sekelian dosanya yang lalu, kedua, keterpeliharaannya di sepanjang hayat selagi masih hidup dan, ketiga, keamanan daripada kedahagaan pada hari mahsyar.” Tiba-tiba bangkit seorang tua lalu berkata, “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku tidak mampu untuk berpuasa sepanjang bulan Rajab”. Maka Rasulullah s.a.w. bersabda, “Satu hari di permulaan bulan Rajab sesungguhnya satu kebajikan digandakan pahalanya 10 kali ganda. Satu hari di pertengahannya dan satu hari lagi di penghujungnya. Jika engkau berpuasa tiga hari sahaja daripadanya nescaya engkau akan diberikan pahala seperti berpuasa dii sepanjang bulan Rajab. Cuma jangan lupa malam pertama bulan Rajab itu kerana para malaikat menamakannya ‘ar-Ragha’ib’. Pada malam itu tidak ada malaikat baik di langit maupun di bumi semuanya berkumpul di dalam kaabah dan di kawasan-kawasan sekelilingnya, maka Allah menjenguk pada mereka seraya berfirman, “Wahai para malaikat, mintalah kepada-Ku apa yang kamu mahu”. Jawab malaikat, “Wahai tuhan kami, hajat kami kepada Mu ialah Engkau mengampunkan orang-orang yang berpuasa di bulan Rajab”. Kata Allah, “Telah Ku terima permintaanmu”. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiada siapapun berpuasa pada hari Khamis pertama di bulan Rajab kemudian dia bersembahyang di antara sembahyang isya’ dan maghrib malam Jumaatnya sebanyak 12 rakaat di mana dia membaca pada setiap rakaatnya Fatihatul kitab satu kali, Surah al-Qadr sebanyak tiga kali dan Surah al-Ikhlas sebanyak 12 kali. Ia memisahkan di antara setiap dua rakaat dengan salam. Setelah selesai bersembahyang dia berselawat kepadaku sebanyak 70 kali, dia mengucapkan “Allahummasoli ala Muhammad…”. Kemudian dia bersujud. Di dalam sujudnya ia membaca “Subbu…” sebanyak 70 kali. Kemudian dia mengangkat kepalanya sambil membaca, “Rabbighfirli…” sebanyak 70 kali. Kemudian bersujud pula buat kali kedua. Dibacanya dalam sujud kedua itu seperti yang dibacanya dalam sujud pertama. Kemudian dia memohon hajatnya kepada Allah, hajatnya pasti akan ditunaikan.

Kata Rasulullah s.a.w., “Demi tuhan yang nyawaku berada di tangan-Nya tiada seorangpun hamba (manusia) baik lelaki maupun perempuan yang mengerjakan sembahyang ini melainkan Allah mengampunkan segala dosanya walaupun ia sebanyak buih di laut dan sebanyak bilangan dedaun pada pokok-pokok. Ia dapat memberi syafaat pada hari kiamat nanti kepada 700 orang ahli keluarganya. Pada malam pertama di dalam kubur, penjaga sembahyang ini akan datang kepadanya dengan muka yang sangat cantik dan lidah yang sangat fasih. Ia berkata kepadanya, “Kekasihku, terimalah berita gembira bahawa engkau telahpun terlepas daripada segala kesukaran”. Ia berkata: “Siapa engkau? Demi Allah tidak pernah ku lihat wajah yang lebih cantik daripada wajahmu. Tidak pernah ku dengar percakapan yang lebih manis daripada percakapanmu dan tidak pernah ku hidu bau wangi yang lebih wangi daripada baumu”. Ia berkata kepadanya, “Wahai kekasihku. Akulah pahala sembahyang yang telah engkau kerjakan pada malam sekian di bulan sekian (malam Jumaat bulan Rajab). Malam ini aku datang untuk menunaikan hakmu, bermesra denganmu dan menghilangkan kesepianmu, meneduhkanmu di padang mahsyar. Terimalah berita gembira, kebaikan yang akan engkau terima dari tuhanmu tidak akan habis buat selama-lamanya”.

[ 00:11:44 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

i) Hadith ini dipercayai direka oleh Abu Jahbah.

ii) Ulama’ hadith ijma’ mengatakan hadith solat Ragha’ib adalah palsu.

iii) Walaupun hadith ini ada di dalam Ihya Ulumuddin, ianya tetap palsu. Imam al-Ghazali memang seorang yang tokoh tetapi beliau bukan ahli hadith.

iv. Antara sebab mengapa ianya palsu, selain dari perawi yang tidak sahih, ialah,

a) Solat ini dilakukan secara berjemaah (solat sunat berjemaah boleh dilakukan berjemaah hanya sekiranya ada petunjuk dari Nabi seperti solat tahajjud dan tarawih),

b) adanya ketentuan membaca surah dengan bilangan tertentu (tidak ada hadith sahih yang menentukan bilangan surah dalam setiap rakaat solat),

[Nota: Solat hajat yang umum dilakukan di tempat kita yang menyatakan bilangan tertentu surah dalam setiap rakaat tidak ada dalilnya dan menyalahi sunnah Nabi]

c) terdapat dua sujud yang perlu dilakukan selepas salam ( sujud tanpa rukuk hanya ada dua, sujud tilawah dan sujud syukur)

4. [ 00:17:27 ] – HADITH PALSU KEEMPAT

“Sesiapa bersembahyang pada malam Nisfu Syaaban sebanyak 12 rakaat, dia membaca pada setiap rakaat surah al-Ikhlas sebanyak 30 kali, dia tidak akan keluar (dari dunia ini) sebelum melihat tempatnya di syurga. Dia juga dapat memberi syafaat kepada 10 orang ahli keluarganya yang mana semua mereka sudah pasti masuk neraka”.

[ 00:18:10 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEEMPAT

i) Ibnu al-Jauzi mengatakan hadith ini maudhu’ dan di dalam sanadnya terdapat beberapa perawi yang tidak dikenali (majhul).

ii) Hadith ini terdapat di dalam kitab-kitab yang mengumpulkan hadith palsu (al-maudhuat)

VIDEO PENUH ASAL

i – https://youtu.be/FnqjGvym2yk

ii – https://youtu.be/aA4ygDoqCvg

[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 35] – Tiada hadith sahih atau hasan tentang kelebihan solat sunat khusus dengan kaifiat dan bacaan tertentu pada tiap-tiap hari atau tiap-tiap malam dalam seminggu. (Video – Solat 4 rakaat malam Ahad dapat 1000 bandar & 12 rakaat pada hari Rabu seperti Nabi)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 16m 19s] – [HADIS PALSU] – Solat 4 rakaat malam Ahad dapat 1000 bandar & 12 rakaat pada hari Rabu seperti Nabi

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/2DF32SNdB3I ]

USUL DIRAYAT KE – 35 – Tidak ada satupun hadith sahih atau hasan tentang kelebihan sembahyang sunat khusus dengan kaifiat dan bacaan-bacaan tertentu pada tiap-tiap hari atau tiap-tiap malam dalam seminggu. Kalau adapun ianya adalah hadith maudhu’.

CATATAN

[ 00:08:31 ] – NOTA HUJUNG (1)

1) Hadith-hadith yang disebut di sini tidak terdapat di dalam kitab-kitab hadith muktabar. Ianya kebanyakannya terdapat dalam kitab-kitab yang mengumpulkan hadith-hadith maudhu’ (palsu).

2) Wujudnya hadith-hadith ini di dalam kitab karangan Imam al-Ghazali (Ihya Ulumuddin) atau Sheikh Abdul Qadir al-Jilani tidak menaikkan taraf hadith-hadith tersebut kepada sahih.

3) Boleh dikatakan, semua kitab-kitab tasawwuf mengandungi hadith maudhu’!

[ 00:09:42 ] – NOTA HUJUNG (2)

Mengapa tersebarnya hadith-hadith palsu tentang amalan sebegini dalam masyarakat? Perbincangan dan perincian tentang perkara-perkara bi’dah pada masa dahulu amatlah kurang. Ini adalah kerana pengajian hadith (yang membincangkan tentang sunnah dan bid’ah) adalah amat asing dan jika ada pun hanya setakat di permukaan dan tidak mendalam. Ilmu agama tidak ditapis dengan neraca hadith dan kitab-kitab yang bercampur baur isinya diajarkan dalam masyarakat. Ianya diburukkan lagi kerana penyebar-penyebar ilmu kepada masyarakat pada masa itu terdiri daripada orang-orang sufi.

[ 00:11:47 ] – NOTA HUJUNG (3)

Ada kecenderungan dalam masyarakat untuk mengutamakan dan beriltizam dengan amalan-amalan baru yang ditambah dalam agama (bid’ah) berbanding dengan amalan yang diajarkan oleh Nabi s.a.w. Mereka mengadakan tandingan kepada Rasulullah s.a.w. seolah-olah ingin mengatakan bahawa ajaran yang dibawa Rasulullah belum sempurna. Tujuan penyebaran hadith-hadith palsu sebenarnya ialah ingin mematikan amalan sunnah dan menyuburkan amalan bid’ah!

[ 00:13:16 ] – NOTA HUJUNG (4)

1. Bagaimana berinteraksi dengan kitab-kitab besar karangan pemuka tasawwuf seperti Sheikh Abdul Qadir al-Jilani? Kita mengatakan, kemungkinan kitab-kitab tersebut ditokok tambah oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab dengan memasukkan hadith-hadith dan hikayat-hikayat palsu di dalamnya.

2. Selalu terjadi pertembungan di antara golongan hadith dan golongan sufi kerana perbezaan kaedah menilai dan mengambil ilmu. Kaum sufi nampaknya suka kepada hadith-hadith maudhu’ dan mempercayai apa saja yang terkandung di dalam kitab-kitab mereka. Walhal, boleh dikatakan, di dalam semua kitab-kitab tasawwuf wujud hadith maudhu’!

[ 00:15:42 ] – NOTA HUJUNG (5)

Ada sesetengah orang menganggap hadith-hadith dhaif boleh diamalkan untuk fadhail. Mereka tidak mampu membezakan antara hadith dhaif dan “dhaif jiddan” (amat dhaif). Hadith “dhaif jiddan” sebenarnya tidak boleh diamalkan dengan harapan mendapat pahala atau apa-apa kebaikan daripadanya.

KESIMPULAN

[ 00:00:43 ] – Pengajian hadith sepatutnya diperluaskan di dalam masyarakat. Ini adalah untuk membendung penyebaran dan amalan yang bercanggah dengan syariat yang terdapat di dalam kitab-kitab yang berlegar dalam masyarakat terutamanya kitab-kitab sufi.

[KENALI HADITH PALSU] – TIADA HADITH SAHIH ATAU HASAN TENTANG KELEBIHAN SOLAT SUNAT KHUSUS DENGAN KAIFIAT DAN BACAAN TERTENTU PADA TIAP-TIAP HARI ATAU TIAP-TIAP MALAM DALAM SEMINGGU

1. [ 00:01:11 ] – HADITH PALSU PERTAMA

“Sesiapa yang mengerjakan empat rakaat solat pada malam Sabtu, dalam setiap rakaatnya dia membaca Fatihatul kitab satu kali dan Qul huwallahu Ahad sebanyak 25 kali, Allah akan mengharamkan jasadnya daripada neraka”.

[ 00:02:17 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

Hadith ini adalah hadith maudhu’ (palsu). Perawi-perawinya adalah mereka yang tidak dikenali. Kalaupun ada yang dikenali, riwayat mereka tidak diterima oleh ulama’ hadith.

2. [ 00:02:56 ] – HADITH PALSU KEDUA

“Sesiapa mengerjakan empat rakaat solat pada malam Ahad, ia membaca pada setiap rakaatnya Fatihatul kitab dan 15 kali Qulhuwallahu Ahad, Allah akan memberikan kepadanya pada hari kiamat nanti pahala orang yang membaca al-Quran sebanyak 10 kali dan pahala orang yang beramal dengan kandungan al-Quran. Pada hari kiamat nanti dia akan keluar dari kuburnya dalam keadaan wajahnya seperti bulan pada malam purnama. Allah akan memberi kepadanya dengan setiap rakaat (rakaat yang telah dikerjakannya) seribu bandar dari mutiara. Dalam setiap bandar ada seribu istana dari zabarjad. Dalam setiap istana ada seribu rumah daripada yakut. Dalam setiap rumah ada bilik besar daripada kasturi. Dalam setiap bilik besar itu pula ada seribu katil. Di atas setiap katil ada seorang bidadari. Dan di hadapan setiap bidadari pula ada seribu dayang dan seribu pelayan.” [Hadith ini terdapat dalam kitab-kitab “al-maudhuat” Ibnu al-Jauzi, as-Suyuti dan Ibnu Qayyim dan juga di dalam kitab Ihya Ulumuddin]

[00:04:32 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

i. Hadith ini palsu dan di dalamnya ada beberapa orang perawi “majhul” (tidak dikenali). ii. Ibnu al-Jauzi mengatakan sanadnya “gelap”.

3. [ 00:04:59 ] – HADITH PALSU KETIGA

Sesiapa bersembahyang pada hari Rabu dua belas rakaat ketika matahari sudah naik agak tinggi di mana dia membaca setiap rakaat Fatihatul kitab satu kali, ayat al-Kursi, Qulhuwallahu Ahad (Surah al-Ikhlas) tiga kali dan al-Mu’awwizatain tiga kali nescaya berserulah malaikat di sisi arasy, “Wahai hamba Allah, mulakanlah semula amalanmu, kerana Allah telah mengampunkan dosamu yang lalu. Allah juga mengangkat azab kubur, kesempitan kubur dan kegelapannya daripadamu. Allah juga mengangkat kesukaran-kesukaran pada hari kiamat daripadamu. Dan diangkatkan baginya pada hari itu amalan seseorang nabi”. [Hadith ini terdapat di dalam Ihya Ulumiddin dan kitab karangan Sheikh Abdul Qadir al-Jilani]

[ 00:06:22 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

al-Iraqi (ulama’ yang men”takhrij” kitab Ihya Ulumuddin) mengatakan ianya hadith “murakkab” (hadith yang direka-reka sanadnya).

4. [ 00:07:05 ] – HADITH PALSU KEEMPAT

“Sesiapa mengerjakan dua rakaat solat pada hari Selasa di antara solat Zohor dan Asar di mana dia membaca di dalam rakaat pertamanya Fatihatul kitab (surah al-Fatihah) dan ayat al-Kursi seratus kali, dalam rakaat kedua pula ia membaca Fatihahul kitab dan Qulhuwallah (Surah al-Ikhlas) seratus kali dan berselawat pula kepada Muhammad seratus kali, Allah mengurniakan kepadanya pahala orang yang berpuasa bulan Rajab, Syaaban dan Ramadhan. Ia juga mendapat pahala seperti orang yang mengerjakan haji ke Baitillah. Ditulis juga baginya kebajikan sebanyak bilangan orang yang beriman kepada Allah s.w.t. dan bertawakkal kepada-Nya.” [Hadith ini ada dalam kitab karangan Sheikh Abdul Qadir al-Jilani]

[ 00:08:16 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEEMPAT

al-Iraqi berkata hadith ini mempunyai sanad yang lemah.

VIDEO PENUH ASAL – https://youtu.be/bQo7nbGgTiw

[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 34]- Hadith kelebihan dan faedah memotong kuku pada hari tertentu, juga hadith tentang kaifiat (cara) dan tertib memotong kuku tiada satu pun sahih (VIDEO – Sesiapa yang tak mahu papa, sakit mata & gila, hendaklah potong kuku pada hari Khamis)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 14m 38s] – [HADIS PALSU] – Sesiapa yang tak mahu papa, sakit mata & gila, hendaklah potong kuku pada hari Khamis

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/3m42K_Tw7aA ]

USUL DIRAYAT KE – 34 – Hadith-hadith tentang kelebihan dan faedah memotong kuku pada hari-hari tertentu, juga hadith-hadith tentang kaifiat (cara) dan tertib memotong kuku tidak ada satu pun yang sahih, semuanya sama ada amat dhaif atau maudhu’ (palsu)

CATATAN

1. [ 00:01:05 ] – Kelebihan dan fadilat yang tidak sahih ini banyak tersebar di dalam kitab-kitab lama yang masih beredar di dalam masyarakat dan diajar di pondok-pondok. Kita sepatutnya berusaha untuk membenterasnya dan membendung dari terus digunakan sebagai rujukan dalam masyarakat.

2. [ 00:01:39 ] – Kaedah yang mudah iaitu apa-apa kelebihan atau ancaman tentang cara atau masa potong kuku semuanya palsu dan mengarut.

3. [ 00:11:18 ] – Kita perlu juga belajar tentang hadith palsu dari kitab-kitab khusus tentang hadith palsu (kitab-kitab al-maudhuat) untuk mengenali hadith-hadith sahih. Kita akan mengetahui kebaikan sesuatu perkara bila kita tahu yang sebaliknya, contohnya, kita tahu nikmat sihat bila kita jatuh sakit.

4. [ 00:12:23 ] – Ulasan tentang beberapa kitab berkaitan rijal (perawi hadith) a. Kitab “Mizan al-‘Itidal” (karangan az-Zahabi) adalah antara kitab asas tentang perawi (rijal) yang paling minima yang perlu dipelajari oleh pelajar hadith. b. Kitab “Mustadrak al-Hakim” sepatutnya dibaca bersama kitab “Talkhis al-Mustadrak” (Imam az-Zahabi) yang menilai pendapat-pendapat al-Hakim. c. Kitab “al-Maudhu’at” (Ibnu al-Jauzi) perlu dinilai juga berdasarkan kritikan dan komentar dari Imam as-Suyuti.

5. [ 00:03:21 ] – Kita perlu berhati-hati kerana kaifiat dan fadhilat tertentu tentang cara dan masa memotong kuku ini pun terdapat di dalam kitab-kitab besar seperti “Ihya’ Ulumuddin”. Menariknya, kitab-kitab ini menceritakan kaifiat dan fadilat atau ancaman yang berbeza-beza di antara satu sama lain.

[ 00:13:38 ] – Adanya ketentuan hari dan kaifiat tertentu memotong kuku di dalam beberapa kitab seperti “Ihya’ Ulumuddin” adalah merupakan pendapat peribadi pengarangnya dan ianya bukan dari sunnah Nabi s.a.w.

[KENALI HADITH PALSU] – HADITH KELEBIHAN DAN FAEDAH MEMOTONG KUKU PADA HARI-HARI TERTENTU, JUGA HADITH TENTANG KAIFIAT (CARA) DAN TERTIB MEMOTONG KUKU TIDAK ADA SATU PUN YANG SAHIH


1. [ 00:02:04 ] – HADITH PALSU PERTAMA

“Sesiapa yang mahu aman (selamat) dari kepapaan, sakit mata. penyakit sopak dan gila, dia hendaklah memotong kukunya pada hari Khamis selepas Asar dan dia hendaklah memulakan memotong kuku jari kelingking tangan kirinya”. [Terdapat di dalam kitab-kitab yang mengumpulkan hadith-hadith dhaif seperti kitab “al-Firdaus” tulisan ad-Dailami, kitab tulisan Ibnu Iraq al-Kinani dan as-Shakawi]

[ 00:04:52 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

i. al-Baihaqi berkata, Imam Ahmad berkata ada perawi (Ibrahim bin Khudamah) dalam hadith ini seorang yang ‘majhul’ (yang tidak dikenali).

ii. Az-Zahabi berkata, hadith ini “munkar”.

iii. Hafiz Ibnu Hajar berkata, tiada satupun hadith yang sahih dari Nabi s.a.w. tentang penentuan hari tertentu dan kaifiat (cara) memotong kuku.

[ 00:04:08 ] – “HADITH” PALSU YANG HAMPIR SAMA MAKSUDNYA

“Wahai Ali, potong kuku, cabut bulu ketiak dan cukur bulu ari-ari pada hari Khamis, mandi wajib, pakai wangi-wangian dan pakai pakaian baharu pada hari Jumaat”

2. [ 00:06:02 ] – HADITH PALSU KEDUA

“Sesiapa yang memotong kukunya pada hari Sabtu akan keluar daripadanya penyakit dan akan masuk ke dalamnya penawar. Pada hari Ahad akan keluar daripadanya kepapaan dan dia akan dimasuki kekayaan. Pada hari Isnin akan keluar daripadanya kegilaan dan dia akan dimasuki kesihatan. Pada hari Selasa akan keluar daripadanya penyakit dan dia akan dimasuki penawar. Pada hari Rabu akan keluar daripadanya was-was dan ketakutan dan dia akan dimasuki keamanan dan penawar. Pada hari Khamis akan keluar daripadanya penyakit kusta dan dia akan dimasuki afiat dan pada hari Jumaat pula dia akan dimasuki rahmat dan dosa-dosa akan keluar daripadanya.”


[ 00:07:52
] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

i. Ibnu Jauzi mengatakan hadith ini adalah hadith maudhu’ yang paling teruk dan dahsyat.

ii. Imam-imam hadith dan rijal seperti Imam Muslim, Abu Hatim, an-Nasaei dan ad-Daruqutni mengatakan perawi-perawinya terdiri dari pereka hadith dan majhul (tidak dikenali). Imam al-Bukhari dan Imam Ahmad mengatakan perawinya adalah ‘munkarul hadith’.

3. [ 00:08:39 ] – HADITH PALSU KETIGA

“Sesiapa memotong kukunya pada hari Jumaat sebelum solat, Allah akan mengeluarkan daripadanya segala penyakit dan memasukkan sebagai gantinya penawar dan rahmat.”

[ 00:10:07 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

i. Tiada kelebihan apa-apa memotong kuku pada hari Jumaat atau lain-lain hari.

ii. Perawi dalam hadith ini, Talhah ialah perawi “matruk'” yang dituduh mereka hadith.

[ 00:09:28 ] – “HADITH” PALSU YANG HAMPIR SAMA MAKSUDNYA

“Sesiapa memotong kukunya pada hari Jumaat dia akan terpelihara daripada keburukan sehingga hari Jumaat berikutnya”. Hadith ini diriwayatkan secara bersendirian (tafarrud) oleh Ahmad bin Thabit Farhawaih ar-Razi, seorang pendusta besar.

(VIDEO PENUH ASAL – https://youtu.be/QSn6aoUhelQ )

[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 33] – Hadith kelebihan sesuatu perkara daripada suatu perkara yang lain semuanya palsu kecuali satu hadith

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 12m 25s] – [HADIS PALSU] – Hadis kelebihan sesuatu perkara drpd suatu yang lain semuanya palsu kecuali satu hadis

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/_q5vpBjXSjM ]

USUL DIRAYAT KE – 33 – Hadith-hadith yang menyatakan kelebihan sesuatu perkara/orang daripada sesuatu yang lain [contohnya, “Kelebihan ku (Nabi s.a.w.) daripada sekelian benda atau perkara’] semuanya palsu, paling tinggipun ianya dhaif, kecuali satu hadith, iaitu hadith, “Kelebihan orang alim daripada orang abid (ahli ibadat) adalah seperti kelebihanku daripada orang yang paling kurang di kalangan mu…”

[ 00:11:53 ] – CATATAN HUJUNG

Tersebarnya hadith palsu ialah kerana tiadanya pengajian hadith yang meluas dan mendalam dalam masyarakat. Kitab-kitab yang tidak muktabar yang mengandungi hadith-hadith yang dipertikaikan (yang tidak dinyatakan status hadithnya) masih digunakan dengan meluas

[KENALI HADITH PALSU] – HADITH KELEBIHAN SESUATU PERKARA DARIPADA SESUATU PERKARA YANG LAIN SEMUANYA PALSU KECUALI SATU HADITH

1. [ 00:01:58 ] – HADITH PALSU PERTAMA

“Kelebihan orang fakir (orang miskin) daripada orang kaya adalah seperti kelebihanku daripada sekelian makhluk Allah”. [“Hadith” ini biasanya diamalkan oleh orang-orang zuhud dan sufi]

[ 00:02:45 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

i. Hadith ini tidak diketahui sumbernya (asalnya). Imam as-Suyuti mengemukakannya tanpa sanad.

ii. Imam as-Suyuti dikritik keras kerana mengumpulkan hadith-hadith sebegini. Walaupun begitu kita perlu faham bahawa beliau telah menjalankan tugasnya mengumpulkan hadith-hadith dan adalah tugas kita pula menilai taraf hadith-hadith yang telah dikumpulkan tersebut. Tidak sepatutnya kita memandang serong ulama’-ulama’ besar seperti ini.

iii. Hadith ini merbahaya kepada umat Islam kerana akan menyebabkan mereka tidak bekerja dan berusaha demi untuk mendapat keistimewaan dalam agama kerana miskin.

iv. Hadith ini bercanggah dengan hadith sahih Nabi s.a.w. yang sentiasa memohon perlindungan dari kepapaan dan kemiskinan.

v. Nabi s.a.w. sendiri memohon supaya dijadikan kaya.

vi. Kita diminta supaya memiliki sifat-sifat yang ada pada Allah setakat yang mampu kecuali sifat-sifat khusus untuk Allah seperti takabbur. “Kaya” (al-Ghani) adalah salah satu sifat Allah yang kita diminta untuk memilikinya.

2. [ 00:08:12 ] – HADITH PALSU KEDUA

“Penghulu minyak ialah minyak bunga violet dan kelebihan minyak bunga violet daripada sekelian minyak-minyak yang lain adalah seperti kelebihanku daripada sekelian manusia.”

[ 00:08:55 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

i. Ibnu Qayyim berkata hadith ini karut lagi maudhu’.

ii. Hadith ini juga termasuk dalam Usul Dirayat Hadith yang ke 25 – “Hadith-hadith yang menyatakan kelebihan minyak-minyak tertentu semuanya maudhu’ “

[ Rujuk video –    • [HADIS PALSU] – Hadith Kelebihan Miny…   ]

3. [ 00:09:55 ] – HADITH PALSU KETIGA

“Kelebihan bulan Rajab daripada bulan-bulan yang lain seperti kelebihan al-Quran daripada sekelian kalam yang lain. Kelebihan bulan Sya’ban daripada bulan-bulan yang lain seperti kelebihanku daripada sekelian nabi dan kelebihan bulan Ramadhan seperti kelebihan Allah daripada sekelian makhluk”.

[ 00:10:48 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

i. Hafiz Ibnu Hajar menghukumkan hadith ini sebagai maudhu’ (palsu).

ii. Tidak ada satu pun hadith sahih tentang kelebihan bulan Rajab.

VIDEO PENUH ASAL – https://youtu.be/O1dJQvdqdnE

[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 32] –  Hadith Melarang Memakai Pewarna Hitam (Khidab) Dan Mengancam Orang-Orang Yang Memakainya Di Akhirat Nanti Adalah Palsu (Video – Warnakan Rambut Hitam Tak Cium Bau Syurga?)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 16m 21s] – [HADIS PALSU] – Warnakan Rambut Hitam Tak Cium Bau Syurga?

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/sqbh30R0czg ]

USUL DIRAYAT KE – 32 – Hadith-hadith Yang Melarang Memakai Pewarna Hitam Untuk Rambut, Janggut Atau Misai Dan Mengancam Orang-Orang Yang Memakainya Dengan Bermacam-Macam Ancaman Di Akhirat Nanti Semuanya Sama Ada Dhaif Atau Maudhu’ (Palsu). Demikian Juga Hadith-Hadith Yang Menyatakan Pewarna Tertentu Sebagai Alamat Orang Islam Yang Membezakannya Daripada Orang-Orang Kafir Atau Fasiq.

NOTA: Adapun Satu Dua Hadith Sahih Yang Menganjurkan Orang Tertentu Supaya Tidak Berkhidab Dengan Pewarna Hitam Maka Ia Seharusnya Ditakwil Dan Dipakai Sebagai Khusus Dengannya Kerana Sebab-Sebab Tertentu.

[ 00:15:30 ] – EPILOG

1. Sahabat-sahabat Nabi s.a.w. berkhidab dengan khidab berwarna hitam. Ini ada sebesar-besar bukti bahawa ianya tidak tercela malah ianya adalah sunnah.

2. Ibnu Jauzi menulis sebuah kitab tentang harusnya berkhidab dengan khidab berwarna hitam dan beliau sendiri mengamalkannya.

[KENALI HADITH PALSU] –  HADITH MELARANG MEMAKAI PEWARNA HITAM (KHIDAB) DAN MENGANCAM ORANG-ORANG YANG MEMAKAINYA DI AKHIRAT NANTI ADALAH PALSU


1. [ 00:02:49 ] – HADITH PALSU PERTAMA

“Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak akan memandang pada hari kiamat nanti kepada orang yang berkhidab dengan khidab berwarna hitam” [Hadith ini terdapat dalam kitab Tabaqat al-Kubra (Ibnu Saad) dan kitab Jam’ul Jawami’ (as-Suyuti)]

[ 00:03:33 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

Perawi-perawi hadith ini adalah dhaif dan hadith ini adalah mursal (terputus sanadnya). Hadith sebegini tidak boeh dijadikan sandaran dalam perkara-perkara berkaitan aqidah.

2. [00:04:24 ] – HADITH PALSU KEDUA

Rasulullah s.a.w. kononnya bersabda, “Sesiapa berkhidab (memakai pewarna) dengan khidab hitam Allah akan menghitamkan wajahnya di hari kiamat nanti” [Hadith ini terdapat di dalam kitab-kitab yang mengumpulkan hadith maudhu’ tulisan Ibnu Abi Hatim, Ibnu ‘Adi Dan Ibn Shahin]

[ 00:05:08 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

Hafidz Ibnu Hajar berkata perawi-perawi hadith ini lemah. Abu Hatim berkata hadith ini maudhu’ (palsu).

3. [ 00:05:49 ] – HADITH PALSU KETIGA

Ibnu Abbas meriwayatkan, kononnya, Nabi bersabda, “Akan ada satu golongan di akhir zaman mereka akan berkhidab dengan pewarna hitam seperti tembolok-tembolok burung merpati. Mereka tidak akan mendapat bau syurga”. [Riwayat ini ada dalam kitab-kitab utama hadith seperti Musnad Imam Ahmad, Sunan Abi Daud dan Sunan an-Nasaei]

[ 00:07:09 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

i) Hadith ini agak kuat kerana ianya ada dalam kitab-kitab hadith yang utama walaupun tiada dalam kitab setinggi Sahih al-Bukhari dan Muslim. Ada ulama’ yang menerima hadith ini sebagai sahih dan mengharamkan penggunaan khidab berwarna hitam.

ii) Tetapi apabila diteliti, kalau diandaikan hadith ini sahih, hadith ini sebenarnya menceritakan tentang keadaan satu golongan yang sesat di akhir zaman yang dikenali dengan identiti mereka yang berkhidab hitam. Ianya tidak menunjukkan bahawa berkhidab hitam itu sendiri tercela, tetapi semata-mata hanya sebagai tanda pengenalan golongan sesat tersebut.

iii) Bukti bahawa berkhidab hitam tidak tercela ialah ramainya Sahabat-sahabat Nabi yang berkhidab hitam dan ianya diterima baik pada zaman mereka.

4. [ 00:14:32 ] – HADITH PALSU KEEMPAT

Ibnu Umar meriwayatkan, katanya, Rasulullah s.aw. bersabda, “Kuning adalah khidab orang mukmin, merah adalah khidab orang muslim dan hitam adalah khidab orang kafir”. [Riwayat ini terdapat di dalam Mu’jam al Kabir at-Tabrani dan Mustadrak al-Hakim]

[ 00:15:13 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEEMPAT

Az-Zahabi, al-Iraqi dan Abu Hatim mengatakan hadith ini mungkar

VIDEO PENUH ASAL – https://youtu.be/tL8G7L_rtdI

[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 31] – Hadith Kelebihan Ber”Khidab” (Memakai Inai Atau Pewarna Rambut) Semuanya Palsu (Video – Elak Soalan Munkar Nakir Dengan Ber”khidab”!)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 11m 37s] – [HADIS PALSU] – Elak Soalan Munkar Nakir Dengan Ber”khidab” (Memakai Inai)!

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/s8PZynR7P74 ]

USUL DIRAYAT KE – 31 – Hadith-hadith Tentang Kelebihan Ber”khidhab” (Memakai Inai Atau Pewarna Rambut, Janggut Dan Misai) Serta Keutamaannya Yang Luar Biasa Dan Bukan Alang Kepalang (Seperti Menghindarkan Pemakainya Daripada Soalan-Soalan Malaikat Di Alam Barzakh), Boleh Dikatakan Semuanya Maudhu’ (Palsu), Tidak Ada Satu Pun Daripadanya Sahih.


[ 00:01:22 ]
– NOTA

Kita boleh mengatakan bahawa ber”khidab” adalah sunnah Nabi s.a.w. Tetapi apa yang dipertikaikan ialah adanya kelebihan-kelebihan yang kononnya diberitahu oleh Nabi.

Hadith-hadith ini boleh membahayakan akidah umat Islam kerana boleh menjerumuskan mereka dalam perkara-perkara tahyul dan khurafat.

[KENALI HADITH PALSU] – HADITH KELEBIHAN BER”KHIDAB” (MEMAKAI INAI ATAU PEWARNA RAMBUT) SEMUANYA PALSU

1. [ 00:02:10 ] – HADITH PALSU PERTAM

“Ber”khidab”lah (pakailah pewarna rambut, janggut dan misai) kerana Allah, malaikat, para nabi dan para rasul-Nya serta setiap yang melata di muka bumi termasuk juga ikan-ikan di lautan dan burung-burung di sarang-sarangnya terus menerus berselawat (mendoakan kebaikan) kepada orang yang memakai pewarna rambut sehinggalah tanggal pewarnanya”. [Hadith ini terdapat di dalam kitab Tarikh Baghdad karangan al-Khatib al-Baghadi. Perlu berhati-hati bila memetik riwayat dari kitab ini kerana ada banyak hadith dan riwayat yang dipertikaikan kesahihannya]

[ 00:03:37 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

i) as-Syaukani mengatakan hadith ini maudhu’ (palsu).

ii) Kelebihan-kelebihan yang dinyatakan di dalam hadith ini tidak disebut di dalam mana-mana hadith sahih. Ini ada petanda bahawa hadith ini dhaif atau maudhu’.

2. [ 00:04:41 ] – HADITH PALSU KEDUA

“Satu dirham dibelanjakan di jalan Allah digandakan pahalanya sebanyak 700 kali ganda dan satu dirham dibelanjakan untuk ber”khidab” (mewarnakan rambut, janggut atau misai) digandakan pahalanya sebanyak 7000 kali ganda.” [Hadith ini terdapat di dalam kitab-kitab khas yang mengumpulkan hadith-hadith maudhu’ (maudhuat)]

[ 00:06:01 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

i. as-Syaukani mengatakan hadith ini maudhu’ (palsu).

ii. “Hadith” ini mungkin menyebabkan orang lebih mementingkan berbelanja untuk menghias diri berbanding menyumbang untuk fi sabilillah kerana ianya menjanjikan pahala yang lebih besar. Hakikatnya, ianya bercanggah dengan al-Quran dan hadith.

3. [ 00:08:32 ] – HADITH PALSU KETIGA

“Orang yang mati dalam keadaan ber”khidab” (memakai pewarna rambut, janggut atau misainya) tidak akan masuk kuburnya melainkan malaikat munkar dan nakir tidak akan menyoalnya” [Hadith ini terdapat di dalam kitab-kitab yang mengumpulkan hadith-hadith maudhu’ karangan as-Syaukani, Ibnu al-Jauzi dan as-Suyuti]

[ 00:09:47 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

i. as-Syaukani, Ibnu al-Jauzi dan as-Suyuti mempertikaikan kesahihan hadith ini.

ii. Adalah tidak masuk akal, seseorang boleh terlepas dari soalan dalam kubur kerana sebab yang remeh.

iii. Hadith ini melibatkan akidah kerana menuduh malaikat bodoh dan tidak amanah dalam menjalankan tugas mereka.

VIDEO PENUH ASAL – https://youtu.be/tL8G7L_rtdI

[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 30] – Hadith Kelebihan Inai Dan Kelebihan Mewarnakan Rambut Dengannya Semuanya Palsu (Video – Inai Penghulu Wangian & Mencegah Soalan Dari Munkar Nakir)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 12m 28s] – [HADIS PALSU] – Inai Penghulu Wangian & Mencegah Soalan Dari Munkar Nakir

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/SpkDJ5y6UMU ]

USUL DIRAYAT KE- 30 – Hadith-hadith Tentang Kelebihan Inai Sama Ada Daun Atau Bunga Inai Dan Kelebihan Mewarnai Rambut Dan Janggut Serta Misai Dengannya Tidak Ada Satu Pun Yang Sahih Daripada Rasulullah. Kebanyakannya Adalah Maudhu’ (Palsu); Paling Baik Kedudukannya Adalah Dhaif.

NOTA –

[ 00:00:51 ] Adalah benar Nabi s.a.w. memakai inai dan menyuruh Sahabat-Sahabat Baginda memakainya. Tetapi apa yang ditekankan ialah Nabi s.a.w. tidak pernah menyatakan apa-apa kelebihan inai sama ada dalam urusan dunia atau urusan akhirat.

[KENALI HADITH PALSU] – HADITH KELEBIHAN INAI DAN KELEBIHAN MEWARNAKAN RAMBUT DENGANNYA SEMUANYA PALSU

1. [ 00:01:55 ] – HADITH PALSU PERTAMA

“Inai adalah sunnah Allah dan sunnah Rasul-Nya. Inai bertasbih kepada lelaki dewasa, wanita dan kanak-kanak. Dua rakaat solat yang dikerjakan dengan memakai inai menyamai 24 rakaat. Apabila seseorang dihulurkan (dimasukkan) ke dalam kuburnya, masuklah malaikat Munkar dan Nakir kepadanya. Maka berkatalah yang seorang daripada mereka kepada yang seorang lagi, “Bagaimana aku akan menyoalnya sedangkan ada padanya hujah Islam (iaitu pewarna rambut, janggut).”

[ 00:03:58 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

i. Apakah yang dimaksudkan dengan “Sunnah Allah” dalam hadith ini? Yang kita tahu ialah “Sunnah Nabi”!

ii. Mengapa inai disebutkan secara khusus bertasbih kepada Allah, apakah keistimewaannya?

iii. Dua rakaat solat ganjarannya bersamaan dengan 24 rakaat jika memakai inai…ganjaran yang amat besar untuk amalan yang kecil.

iv. Malaikat Munkar dan Nakir tidak menyoal orang yang memakai inai. Amalan ini menambah senarai di mana malaikat tidak menyoal ahli kubur sebagaimana hadith-hadith palsu yang lain seperti membaca talkin dan menunggu kubur. Ini memberi peluang kepada ahli kubur supaya terlepas dari soalan-soalan malaikat sehingga hari kiamat!

2. [ 00:06:35 ] – HADITH PALSU KEDUA

“Hendaklah kamu memakai inai kerana ia mencantikkan rambutmu, menyucikan hati-hatimu dan menambahkan kekuatan ketika bersetubuh. Ia juga merupakan saksi dalam kubur”

[ 00:08:01 ]- KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

i) Hadith ini palsu kerana di dalam sanadnya terdapat pereka hadith dan perawi yang sangat lemah.

ii) Dakwaan dengan memakai inai akan mengelokkan kulit (rambut), menguatkan persetubuhan, membersihkan hati dan menjadi saksi dalam kubur adalah palsu dan tidak disokong oleh mana-mana hadith sahih dan al-Quran.

3. [ 00:10:00 ] – HADITH PALSU KETIGA

“Tutuplah ubanmu dengan inai. Ia lebih menyerikan wajahmu, lebih mewangikan mulut-mulutmu dan lebih menguatkan persetubuhan. Inai ialah penghulu wangi-wangian ahli syurga. Inai memisahkan apa yang terdapat di antara kekufuran dan keimanan”.

[ 00:10:57 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

i. Menutup uban dengan inai akan menyerikan wajah seseorang; dakwaan ini mungkin benar.

ii. Inai akan mewangikan mulut; dakwaan ini bercanggah dengan fakta.

iii. Inai menguatkan persetubuhan; dakwaan ini tidak terbukti benarnya.

iv. Inai adalah penghulu wangian ahli syurga; dakwaan ini tidak benar.

v. Inai adalah pemisah di antara kekufuran dan keimanan; dakwaan ini mungkin benar di zaman Nabi kerana ahli kitab tidak memakai inai, tetapi ianya terhad kepada ahli kitab sahaja, orang-orang kafir yang lain ada juga memakai inai.

VIDEO PENUH ASAL – https://youtu.be/haX0DsRPd6U