Membaca Surah al-Ikhlas

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

[Muat Turun E-Book – 12 Zikir Mudah Dan Sahih]

VIDEO – [Durasi – 6m 58s] – AMALAN DARI HADITH SAHIH – Membaca Surah al-Ikhlas

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/-6fqzefrCVg  ]

AMALAN MUDAH DAN RINGKAS TETAPI BESAR PAHALA DAN KELEBIHANNYA MENURUT HADITH-HADITH RASULULLAH S.A.W.

[ Muat Turun – Nota 12 zikir mudah dan sahih – Beberapa Amalan Mudah Dan Ringkas Tetapi Besar Pahala Dan Kelebihannya Menurut Hadits-hadits Rasulullah s.a.w ]

MEMBACA SURAH AL-IKHLAS

Berikut adalah Surah al-Ikhlas bersama terjemahannya:

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ (1) اللَّهُ الصَّمَدُ (2) لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ (3) وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ (4)

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): Tuhanku ialah Allah Yang Maha Esa (1) Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat (2) Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan (3) Dan tidak ada sesiapapun yang serupa dengan-Nya (4) (Surah al-Ikhlas, Ayat 1-4)

Antara kelebihannya:

(a) Nabi s.a.w bersabda:

إنها لتعدل ثلث القران

Maksudnya: Sesungguhnya ia menyamai satu pertiga al-Qur’an. (Hadith riwayat al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan lain-lain)

(b) Rasulullah s.a.w juga pernah berkata kepada seorang Sahabat yang suka membaca Surah al-Ikhlas:

إن حبها ادخلك الجنة

Maksudnya: Sesungguhnya sukamu akan membawa engkau masuk syurga. (Hadith riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibbaan, at-Thabaraani, Abu Ya’la, Haakim dan lain-lain).

Advertisement

Doa Menyatakan Kesyukuran

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

[Muat Turun E-Book – 12 Zikir Mudah Dan Sahih]

VIDEO – [Durasi – 3m 17s] – AMALAN DARI HADITH SAHIH – Doa Menyatakan Kesyukuran

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/WvPGQI6UY_o ]

AMALAN MUDAH DAN RINGKAS TETAPI BESAR PAHALA DAN KELEBIHANNYA MENURUT HADITH-HADITH RASULULLAH S.A.W

[ Muat Turun – Nota 12 zikir mudah dan sahih – Beberapa Amalan Mudah Dan Ringkas Tetapi Besar Pahala Dan Kelebihannya Menurut Hadits-hadits Rasulullah s.a.w ]

DOA MENYATAKAN KESYUKURAN

Sentiasa bersyukur kepada Allah. Doa di bawah ini sudah cukup untuk menyatakan kesyukuran kepada Allah dalam sehari semalam:

اللَّهُمَّ مَا أَصْبَحَ بِي من نِعْمَةٍ فَمِنْكَ وَحْدَكَ لَا شَرِيكَ لَكَ، فَلَكَ الحَمْدُ وَلَكَ الشُكْرُ

Maksudnya: Ya Allah, apa-apa ni’mat yang aku dapat, semuanya dari-Mu semata-mata. Tiada sekutu bagi-Mu. Bagi-Mu segala pujian dan bagi-Mu segala kesyukuran.

Antara kelebihannya:

Nabi s.a.w. bersabda:

من قال حين يصبح: اللهم ما اصبح بي من نعمة فمنك وحدك لا شريك لك، فلك الحمد ولك الشكر، فقد ادى شكر يومه، ومن قال مثل ذلك حين يمسي فقد أذى شكر ليلته

Maksudnya: Sesiapa yang membaca doa ini di waktu pagi iaitu : “Ya Allah, apa-apa ni’mat yang aku dapat, semuanya dari-Mu. Tiada sekutu bagi-Mu. Bagi-Mu segala pujian dan bagi-Mu segala kesyukuran”, bererti dia telah bersyukur untuk sepanjang harinya dan sesiapa yang mengucapkannya pada waktu petang, bererti dia telah bersyukur untuk sepanjang malamnya.

Doa Nabi Yunus

Muat Turun Artikel – Format PDF]

[Muat Turun E-Book – 12 Zikir Mudah Dan Sahih]

VIDEO – [Durasi -9m 9s] – DARI HADIS SAHIH-Doa Nabi Yunus-لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/7QJdeZac1tU ]

AMALAN MUDAH DAN RINGKAS TETAPI BESAR PAHALA DAN KELEBIHANNYA MENURUT HADITH-HADITH RASULULLAH S.A.W

[ Muat Turun – Nota 12 zikir mudah dan sahih- Beberapa Amalan Mudah Dan Ringkas Tetapi Besar Pahala Dan Kelebihannya Menurut Hadits-hadits Rasulullah s.a.w ]

DOA NABI YUNUS

Doa menjadi sangat mustajab apabila disertakan dengan doa Nabi Yunus yang diajar oleh Rasulullah s.aw kepada umatnya. Doa itu boleh juga dibaca untuk menolak bala yang menimpa. Ia adalah seperti berikut:

لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Maksudnya: Tiada tuhan melainkan engkau. Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku dari orang-orang yang zalim.

Antara kelebihannya:

(a) Berikut adalah kelebihannya yang terdapat di dalam hadith Rasulullah s.a.w:

دعوة ذي النون إذ دعا وهو في بطن الحوت لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين، إنه لم يدع بها مسلم في شيء قط إلا استجاب الله له بها

Maksudnya: Doa Dzin Nun (Nabi Yunus a.s.) ketika berada di dalam perut ikan: (لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين) Sesungguhnya tidak ada seorangpun orang Islam yang berdoa dengannya untuk apa saja (hajatnya), melainkan akan dimakbulkan Allah doanya itu. (Hadith riwayat Ahmad, at-Tirmidzi, al-Bazaar, Abu Ya’la, an-Nasa’i, Haakim, Baihaqi dan lain-lain).

(b) Di dalam satu hadith yang lain Rasulullah s.a.w bersabda begini tentang kelebihannya:

الا أخبركم بشىء إذا نزل برجل منكم كرب، أو بلاء من بلايا الدنيا دعا به يفرج عنه؟ فقيل له: بلى، فقال: “دعاء ذي النون: لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين

Maksudnya: “Tak mahukah kamu aku beritahu tentang satu doa yang apabila kamu ditimpa kesusahan atau apa-apa bencana dunia, lalu kamu berdoa dengannya, kamu terus terlepas dari kesusahan dan bencana yang menimpamu itu?”. Jawab para Sahabat. “Tentulah (kami) mahu”. Maka Rasulullah s.a.w bersabda: “Itulah doa Dzin Nun (Nabi Yunus a.s.): لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالين (Hadith riwayat al-Haakim).

Zikir – Aku redha Allah sebagai Rabb, Islam sebagai agama dan Muhammad s.a.w sebagai Rasul

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

[Muat Turun E-Book – 12 Zikir Mudah Dan Sahih]

VIDEO – [Durasi – 8m 49s] – DARI HADITH SAHIH – Wirid -Aku Redha Allah Sebagai Rabb, Islam Sebagai Agama & Muhammad s.a.w Sebagai Rasul

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/Dk5bOE4BEyg ]

AMALAN MUDAH DAN RINGKAS TETAPI BESAR PAHALA DAN KELEBIHANNYA MENURUT HADITH-HADITH RASULULLAH S.A.W

[ Muat Turun – Nota 12 zikir mudah dan sahih- Beberapa Amalan Mudah Dan Ringkas Tetapi Besar Pahala Dan Kelebihannya Menurut Hadits-hadits Rasulullah s.a.w ]

UCAPKAN ZIKIR – “AKU REDHA ALLAH SEBAGAI RABB, ISLAM SEBAGAI AGAMA DAN MUHAMMAD S.A.W SEBAGAI RASUL”

رَضِيتُ بِاللهِ رَبَّا، وَبِالإِسْلَامِ دِيْنَا، وَبِمُحَمَّدٍ – صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وِسَلَم – رَسُولًا

Maksud: Aku redha Allah sebagai Rabb, Islam sebagai agama dan Muhammad s.a.w sebagai Rasul.

Antara kelebihannya:

(a) Rasulullah s.a.w bersabda:

عن ابي سعيد الخدري يقول: أن رسول الله –صلى الله عليه وسلم- قال: من قال: رضيت بالله ربا، وبالإسلام دينا، وبمحمد –صلى الله عليه وسلم- رسولا وجبت له الجنة

Maksudnya: Sesiapa mengucapkan, “Aku redha Allah sebagai Rabb, Islam sebagai agama dan Muhammad s.a.w sebagai Rasul” pasti dia mendapat syurga. (Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nas’’i, Ibnu Majah dan lain-lain).

(b) At-Thabaraani meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda:

ما من عبد أو إنسان أو مسلم يقول حين يمسى وحين يصبح رضيت بالله ربا وبالإسلام دينا وبمحمد نبيا إلا كان حقا على الله أن يرضيه يوم القيامة

Maksudnya: Tiada seorang pun hamba (Allah) atau manusia atau muslim mengucapkan di waktu pagi dan petang: “Aku redha Allah sebagai Rabb, Islam sebagai agama dan Muhammad sebagai Rasul”, melainkan Allah jamin untuk memuaskan hatinya pada hari kiamat nanti.

(c) At-Thabaraani juga meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda:

من قال إذا أصبح: رضيت بالله ربا، وبالإسلام دينا، وبمحمد نبيا، فأنا الزعيم لاخذ بيده حتى أدخله الجنة

Maksudnya: Sesiapa mengucapkan di waktu pagi: “Aku redha Allah sebagai Rabb, Islam sebagai agama dan Muhammad sebagai Rasul”, aku jamin akan memegang tangannya hingga masuknya ke dalam syurga.

(d) Rasulullah s.a.w bersabda:

بحسب امرى من الإيمان أن يقول: رضيت بالله ربا، وبمحمد رسولا، وبالإسلام دينا

Maksudnya: Cukup sebagai bukti telah beriman apabila seseorang mengucapkan: “Aku redha Allah sebagai Rabb, Islam sebagai agama dan Muhammad sebagai Rasul”.

Islam, Iman Dan Ihsan – [Syarahan Hadith “Jibril”]

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO -[Durasi – 1j 51m 10s]- Malaikat Jibril Datang Bertanyakan Rukun Islam Dan Rukun Iman Kepada Rasulullah – Maulana Muhd Asri Yusoff

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/RJ0E-X-XeG0 ]

ISLAM, IMAN DAN IHSAN [SESI PERTAMA]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1- 01:04 – Matan Hadith “Jibril” [Malaikat Jibril a.s. Bertanya Nabi s.a.w Tentang Islam, Iman, Ihsan Dan Tanda-tanda Kiamat]

2- 04:53 – Terjemahan Hadith

3- 19:17 – Syarahan Hadith

4- 20:45 – Perkataan “Datang” Boleh Ditukar Dengan Perkataan “Muncul”

5- 36:28 – Mengapa Hadith Ini Dikenali Sebagai Hadith Jibril?

6- 42:54 – Pengajaran Yang Terkandung Dalam Hadith Ini

7- 47:03 – Dua Keadaan Yang Pelik Dan Menghairankan

8- 51:19 – Pendapat Tentang “Meletakkan Kedua Tangannya Atas Dua Pahanya”

9- 1:19:44 – Kemusykilan Dan Jawapan Panggilan “Wahai Muhammad” Yang Digunakan Oleh Jibril

VIDEO – [Durasi – 1j 34m 26s] –Pengertian Dan Huraian Tentang Rukun Islam Dan Rukun Iman – Maulana Muhd Asri Yusoff

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/6P2A0YqspBg ]

ISLAM, IMAN DAN IHSAN [SESI KEDUA]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1- 0:41 – (Sambungan) Syarah Hadith Jibril

2- 02:56 – Huraian Rukun Islam

3- 09:56 – Hikmah Di Sebalik Rukun Islam

4- 40:09 – Maksud Iman Dalam Bahasa Arab

5- 41:12 – Percaya Kepada Allah

6- 42:03 – Percaya Kepada Malaikat

7- 49:57 – Mengapa Disebut Malaikat Dahulu Sebelum Kitab Dan Rasul?

8- 50:40 – Percaya Kepada Kitab

9- 51:58 – Kitab Suci Yang Wajib Dipercayai

10- 1:07:55 – Percaya Kepada Rasul

11- 1:21:15 – Percaya Kepada Hari Kemudian

12- 1:28:18 – Hikmah Kewujudan Hari Kemudian

VIDEO -[Durasi – 1j 29m 24s]- Jibril Datang Bertanyakan Rukun Islam Dan Rukun Iman Kepada Rasulullah – Maulana Muhd Asri Yusoff

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/lU-DfcbCqI8 ]

ISLAM, IMAN DAN IHSAN [SESI KETIGA]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1- 2:58 – Percaya Kepada Takdir

2- 4:43 – Persoalan Tentang Takdir

3- 9:38 – Ketetapan Allah Untuk Segala-gala Yang Dicipta-Nya

4- 19:36 – Tiga Golongan Yang Lahir Dalam Sejarah Islam Untuk Memecahkan (Menyelesaikan) Persoalan Ini

a) 19:57 – Golongan Pertama: Golongan Qadariah Dan Syiah

b) 49:33 – Golongan Kedua: Golongan Jabariyah Dan Jahmiyyah

c) 1:00:03 – Golongan Ketiga: Golongan Ahli Sunnah Wal Jama’ah

5- 1:15:59 – Percaya Kepada Takdir Baik Dan Buruk

6- 1:21:36 – [PERBINCANGAN TAMBAHAN] Sifat Penyembuh

VIDEO – [Durasi – 1j 13m 13s] – Pengertian Dan Huraian Tentang Ihsan – Maulana Muhd Asri Yusoff

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/ogP5h6G4MEs ]

ISLAM, IMAN DAN IHSAN [SESI KEEMPAT]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1- 0:27 – Terjemahan Dan Sambungan Huraian Hadith Jibril

2- 6:44 – Alasan Kenapa Jibril Tanya Nabi s.a.w Tentang Ihsan Selepas Iman Dan Islam

3- 7:34 – Makna “Ihsan”

4- 15:44 – Ihsan Dari Segi Istilah Dan Darjat-darjat Ihsan

5- 48:35 – Kesesuaian Kiamat Selepas Iman, Islam Dan Ihsan

6- 55:15 – Apakah Yang Dimaksudkan Dengan, “Bila Hamba Melahirkan Tuannya”?

VIDEO –[Durasi – 1j 41m 13s] – Rasulullah Menjelaskan Kepada Jibril Tentang Tanda-tanda Kiamat – Maulana Muhd Asri Yusoff

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/PFKzYlyOE5s ]

ISLAM, IMAN DAN IHSAN [SESI KELIMA]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1- 1:10 – (Sambungan) Syarah Hadith Jibril

2- 1:55 – Maksud Sabda Nabi s.a.w Tentang Tanda Kiamat, Masyarakat Akhir Zaman

3- 9:10 – Hamba Melahirkan Tuannya

4- 12:21 – Maksud, “Tiga Hari Selepas Itu”

5- 28:55 – Pengajaran Yang Terdapat Dalam Hadith Jibril

Menilai Keutamaan Dalam Hidup

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

[Muat Turun Ebook – Fiqh Prioritas (Dr Yusuf al-Qadhawi)]

Prof Dr Yusuf al-Qardhawi

Kajian yang penulis (Dr Yusuf al-Qardhawi) sajikan di hadapan anda sekarang ini merupakan sebuah topik yang sangat penting, kerana ia adalah penyelesaian terhadap tiadanya keseimbangan –dari sudut agama– dalam memberikan penilaian terhadap perkara-perkara, pemikiran dan perbuatan; mendahulukan sebahagian perkara atas sebahagian yang lain; mana perkara yang perlu didahulukan, dan mana pula perkara yang perlu diakhirkan; perkara mana yang harus diletakkan dalam urutan pertama, dan perkara mana yang mesti ditempatkan pada urutan ke tujuh puluh pada anak tangga perintah Tuhan dan petunjuk Nabi s.a.w. Persoalan ini begitu penting memandangkan tiadanya keseimbangan dalam pertimbangan terhadap masalah-masalah yang perlu diutamakan oleh kaum Muslimin pada zaman kita sekarang ini.

Sebelum dari ini, penulis menyebut perkara ini dengan istilah “urutan pekerjaan”; namun sekarang ini dan sejak beberapa tempoh yang lalu penulis menemukan istilah yang lebih tepat, iaitu “keutamaan”(priority); kerana istilah ini mencakup, luas dan lebih menggambarkan konteksnya.

Kajian ini sebenarnya dimaksudkan untuk menilai sejumlah keutamaan yang terkandung di dalam ajaran agama, berdasarkan dalil-dalil, agar dapat memainkan peranannya di dalam meluruskan pemikiran, membetulkan metodologinya, dan meletakkan landasan yang kuat bagi fiqh ini. Dengan itu mereka yang memperjuangkan Islam dan membuat perbandingan mengenainya, dapat memperoleh petunjuk darinya; kemudian boleh membedakan apa yang sepatutnya didahulukan oleh agama dan apa pula yang sepatutnya diakhirkan; apa yang dianggap berat dan apa pula yang dianggap ringan; dan apa yang dihormati oleh agama dan apa pula yang dikesampingkan olehnya. Dengan demikian, tidak akan ada lagi orang-orang yang melakukan tindakan di luar batas kewajaran, atau sebaliknya, dan juga kurang memenuhi syarat. Akhirnya, fiqh ini mampu mendekatkan pelbagai pandangan antara mereka yang memperjuangkan Islam dengan penuh keikhlasan.

Penulis tidak mengatakan bahawa tulisan ini merupakan kajian yang sempurna dan komprehensif. Ia hanyalah merupakan pembuka pintu dan jalan yang akan ditempuhi oleh mereka yang ingin memperdalam dan melakukan kajian mendasar dalam masalah ini. Dan untuk orang yang berijtihad, ada bahagian khas untuknya.

Buku ” Fiqh Prioritas” oleh Prof Dr Yusuf al-Qardhawi – Untuk Baca ONLINE atau MUAT TURUN e-book

EBOOK – FIQH PRIORITAS – DR YUSUF AL-QARDHAWI