PERKARA KEEMPAT MENYEBABKAN KASIH SAYANG SESAMA MUKMIN – SALING MEMBERI HADIAH
1. [00:57] – Boleh memberi atau menerima hadiah dari orang bukan Islam.
2. [08:46] – Boleh memberi hadiah kepada orang kafir dengan syarat tidak membahayakan orang Islam.
3. [13:30] – Hadiah tidak boleh ditolak kerana akan mengguris hati orang yang memberi hadiah (kecuali ada alasan tertentu).
4. [14:08] – Antara hadiah yang tidak boleh ditolak, bantal (untuk duduk di atas tanah yang keras), minyak wangi dan susu.
5. [ 15:46] – Beberapa larangan memberi hadiah dan bila hadiah tidak boleh diterima.
6. [16:49] – Nabi Sulaiman menolak hadiah dari Ratu Balqis kerana ada unsur suapan (untuk mempengaruhi) supaya Nabi Sulaiman tidak mengganggunya menyembah berhala dan juga untuk menguji siapakah Nabi Sulaiman.
7. [21:55] – Hadiah tidak boleh diterima jika ianya untuk menutup kebenaran dan membela kebatilan.
8. [24:06] – Pelajar memberi hadiah kepada guru – pastikan ianya ‘neutral’ dan tidak mempengaruhi pandangan dan sikap guru
9. [27:16] – Tidak boleh menerima hadiah dari barang yang dicuri dan juga tidak boleh memberi hadiah dari barang haram (seperti menghadiahkan bangkai babi kepada orang kafir)
10. [29:41] – Hadiah tidak boleh diterima jika dengan memberi hadiah, seseorang mengharapkan keuntungan yang lebih besar atau timbul penyesalan bila tidak mendapat balasan.
PERKARA KEEMPAT MENYEBABKAN KASIH SAYANG SESAMA MUKMIN – SALING MEMBERI HADIAH
1. [02:07] – Nabi s.a.w. menganjurkan supaya saling memberi hadiah walaupun kecil nilainya kerana ianya menimbulkan kasih sayang sesama mukmin. Janganlah seseorang memandang remeh pemberian dari jirannya.
2. [05:55] – Gembirakanlah hati saudara kita walaupun hanya dengan senyum
3. [11:50] – Hendaklah kita bersedia menerima pemberian orang lain walaupun benda yang kecil dan remeh.
4. [12:56] – Hadith: Salinglah memberi hadiah maka kamu akan saling mencintai.
5. [ 14:42] – Anas Bin Malik berpesan – Belanjakanlah sedikit hartamu untuk memberi hadiah sesama kamu untuk timbulkan rasa kasih sayang sesama kamu
7. [18:14] – Istilah “sedekah” adalah pemberian dari orang kaya kepada orang miskin, manakala “hadiah” boleh dari kedua-dua pihak.
8. [ 18:42] – Hendaklah hadir (menerima jemputan) ke majlis kenduri (terutamanya majlis perkahwinan) kecuali ada uzur syarie seperti tempat yang sangat jauh, sakit, ada unsur-unsur maksiat, majlis dianjurkan oleh orang zalim, majlis dikhaskan untuk orang kaya sahaja dsb.
9. [19:51] – Jangan tolak hadiah yang diberikan. Kalau terpaksa menolak hadiah, jelaskanlah sebabnya untuk menjaga hati orang yang memberi hadiah (contohnya, hadiah gelang emas untuk lelaki)
10. [24:57] Seseorang lelaki boleh menerima hadiah dari seorang wanita jika ianya tidak menimbulkan fitnah dan sebaliknya tidak boleh menerima hadiah jika ianya menimbulkan fitnah.
11. [27:38] – Jangan ambil balik hadiah yang telah diberikan. Walaupun begitu, syarak mengharuskan ayah mengambil balik hadiah yang diberikan kepada anaknya. Nabi s.a.w. menyifatkan orang yang mengambil semula hadiah yang diberikan sebagai anjing yang menjilat muntahnya sendiri.
12. [29:30] – Jangan mengungkit-ngungkit tentang hadiah yang diberikan kerana ianya menyebabkan dihapuskan pahala.
13. [37:07] – Saling memberi hadiah antara suami dan isteri. [Panduan untuk kerukunan hidup berumah tangga: sentiasa berkomunikasi dan jangan sekali-sekali keluar dari rumah (berpisah)]
14. [43:54] – Keutamaan untuk memberi hadiah ialah orang yang paling hampir dengan kita.
1. [ 00:00:47 ] – Amalan berjabat tangan merupakan kebiasaan para nabi (sunnah dari Nabi s.a.w.) dan para Sahabat Nabi.
2. [ 00:01:38 ] – Memberi salam dan berjabat tangan mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk menanamkan kasih sayang, menghilangkan hasad dengki dan benci membenci dalam hati sesama mukmin.
3. [ 00:02:40 ] – Berjabat tangan menyempurnakan salam.
4. [ 00:04:44 ] – Cara berjabat tangan yang betul ialah dengan meletakkan tapak tangan pada tapak tangan seorang lagi
5. [ 00:05:06 ] – Adab bersalam dengan cara berjabat tangan ialah bertanya khabar bila berjabat tangan.
7. [ 00:09:07 ] – Bila terpaksa meninggalkan majlis, beri salam kepada orang sekeliling kita, tetapi jangan mengganggu majlis. Seseorang itu akan mendapat pahala dari majlis tersebut walaupun dia telah meninggalkannya.
8. [ 00:18:35 ] – Berpelukan apabila berjumpa seseorang yang datang dari musafir.
PERKARA KETIGA MENYEBABKAN KASIH SAYANG SESAMA MUKMIN – LARANGAN DARI TIDAK BERTEGUR SAPA MELEBIHI TIGA HARI
9. [00:12:56] – Larangan dari tidak bertegur sapa melebihi tiga hari kerana bergaduh (kerana perkara-perkara dunia). Hikmatnya, tempoh tiga hari sudah cukup untuk meredakan kemarahan dan berfikir semula dengan tenang.
10. [00:18:44] – Boleh tidak bertegur sapa melebihi tiga hari jika ada alasan di segi syarak (di sebabkan oleh hal-hal berkaitan agama), contohnya untuk memberi kesedaran kepada orang yang melakukan maksiat dan kesesatan (seperti mendakwa sebagai Imam Mahdi atau Nabi).
11. [00:22:06] – Syaitanlah yang menghasut supaya manusia bergaduh sesama sendiri. Sikap ego menyebabkan seseorang tidak mahu mengalah.
12. [00:23:22] – PERKARA KEEMPAT MENYEBABKAN KASIH SAYANG SESAMA MUKMIN – SALING MEMBERI HADIAH
13. [00:23:33] – Hadiah membuktikan cinta dan kejernihan hati, penghargaan dan penghormatan.
14. [00:23:56] – Saling memberi hadiah akan menimbulkan rasa cinta sesama mukmin.
15. [00:19:45] – Berapa banyak rasa benci dan dengki hilang dengan memberi hadiah.
16. [00:30:50] – Salah satu sifat Nabi s.a.w. ialah membalas kebaikan yang diberikan kepada Baginda. Kalau tiada sesuatu untuk dibalas, Baginda s.a.w. mendoakan kebaikan kepada orang yang berbuat kebaikan kepada Baginda.
17. [00:33:48] – Antara sebab Baginda s.a.w. tidak makan harta sedekah kerana harta itu bercampur dengan yang kotor, berbeza dengan hadiah yang asalnya bersih.
18. [00:38:38] – Kita membalas balik hadiah untuk menunjukkan kita bersyukur dengan pemberian tersebut.
19. [00:40:05] – Tunjukkan rasa syukur kita dan penghargaan terhadap hadiah yang diberikan seseorang kepada kita.
20. [00:42:23] – Kita hendaklah tahu membezakan antara “hadiah” dan “rasuah”
1. [ 00:01:30 ] – Orang Yahudi merasa dengki dengan orang Islam dalam dua hal iaitu “salam” dan sebutan “aamiin” (iaitu, orang Yahudi berharap supaya orang Islam tidak mengucapkan “salam” dan “aamiin”)
2. [ 00:02:39 ] – Ucapan salam adalah warisan para nabi.
3. [ 00:04:13 ] – Beberapa bentuk kalimah salam – “Assalamu’alaikum”, “Assalamu’alaikum warahmatullah” dan “Assalamu’alaikum warahmatullah hiwabarakaatuh”. Tiga komponen salam iaitu salam (Assalamualaikum), rahmat (mendoakan rahmat) dan memohon keberkatan.
4. [ 00:06:15 ] – Bolehkah kita memberi salam dengan hanya menyebut ucapan “salam”? Jawapannya boleh, tetapi ganjarannya tidak sempurna sebagaimana sekiranya kita menyebutnya dengan penuh.
5. [ 00:08:01 ] – Hendaklah menyebut ungkapan “Assalam…” dahulu sebelum menyebut “alaikum” atau “alaika” bila memberi salam, tetapi boleh menjawab salam dengan mendahulukan kalimah “alaikum”.
6. [ 00:14:18 ] – Jawablah salam yang diberikan kepada kita dengan ungkapan yang lebih baik atau sama. Bila menjawab salam, ada ulama’ yang membolehkan tambahan lafaz yang baik melebihi dari apa yang diajar oleh Nabi s.a.w.
7. [ 00:17:54 ] – Bila meminta izin untuk masuk rumah seseorang, kita dibenarkan memberi salam sehingga tiga kali.
8. [ 00:18:35 ] – Perkenalkanlah diri kita dengan nama kita bila memberi salam, bukannya dengan menyebut, “Ini saya”.
9. [ 00:20:00 ] – Salah satu adab bila menziarahi rumah orang ialah tidak berdiri betul-betul di depan pintu (untuk mengelakkan dari melihat keaiban yang mungkin terserlah dalam rumah tersebut). Adab-Adab Dalam Memberi Salam
10. [ 00:22:00 ] – Apabila diberi salam maka hendaklah membalas dengan ucapan yang lebih baik atau sama seperti yang diberikan.
11. [ 00:22:50 ] – Hendaklah orang yang lebih muda memberi salam kepada orang yang lebih tua.
12. [ 00:22:54 ] – i) Orang yang muda memberi salam kepada orang tua, ii) Orang yang lalu kepada orang yang duduk, iii) Orang yang sedikit kepada orang yang banyak iv) Orang yang berkenderaan kepada orang berjalan kaki
13. [ 00:25:18 ] – Beri salam hukumnya adalah sunat, manakala menjawab salam, hukumnya adalah sama ada, wajib ‘ain (wajib ke atas individu tersebut) atau wajib kifayah (memadai hanya jika salah seorang dari kumpulan tersebut menjawab salam).
14. [ 00:27:19 ] – Dilarang memberi atau membalas salam daripada pelaku maksiat supaya dia berhenti dari terus melakukan maksiat.
15. [ 00:35:18 ] – Tidak menjawab salam ketika buang air.
16. [ 00:35:50 ] – Menjawab salam orang jahat dengan harapan orang itu menjadi baik.
17. [ 00:36:48 ] – Beri atau jawab salam bergantung atas kemaslahatan
18. [ 00:37:31 ] – Imam as-Suyuti menyenaraikan keadaan-keadaan di mana salam tidak wajib dijawab. Keadaan-keadaan tersebut ialah orang yang,
a) sedang solat atau sedang sibuk beribadat
b) sibuk makan atau minum
c) sedang baca al-Quran, berzikir, berdoa, berkhutbah, bertalbiah
d) sedang buang air
e) sedang iqamat dan azan
f) kanak-kanak
g) mabuk
h) gadis muda (yang dibimbangii mendatangkan fitnah
1. [ 00:01:40] – “Salam” merupakan suatu perkara yang besar dalam kehidupan seorang muslim kerana, i) ianya adalah syiar dalam agama Islam, ii) doa kesejahteraan dunia dan akhirat, jika ianya dikabulkan Allah, ianya akan menjaga seseorang dari keburukan.
2. [ 00:04:20 ] – Salam adalah perkara pertama yang Allah perintahkan kepada Nabi Adam untuk belajar dengan malaikat. Salam adalah datang dari Allah sendiri. Ianya ucapan ahli syurga (oleh itu hiduplah di dunia ini sebagaimana ahli syurga sebelum memasuki syurga yang sebenar)
3. [ 00:08:35 ] – Kesilapan orang Melayu ialah memberi salam hanya kepada orang yang kita kenal, padahal sepatutnya ianya untuk semua orang Islam yang kita kenal atau tidak kenal.
4. [ 00:09:53 ] – Amalan menyebarkan salam adalah berpunca dari hadith Nabi s.a.w.
5. [ 00:13:53 ] – Selingan – Kisah seorang pemuda yang dijamin syurga kerana hatinya yang bersih ( tidak mempunyai sebarang pra-sangka buruk terhadap sesama Muslim dan tidak berdengki sesama Muslim)
6. [ 00:20:18 ] – Selingan – Kisah seorang wanita yang kuat beribadat tetapi mulutnya lancang dan hatinya tidak puas hati terhadap orang Islam, akhirnya dimasukkan ke dalam neraka.
7. [ 00:21:43] – Berilah salam dengan ucapan di samping hati mendoakan kebaikan kepada seseorang.
8. [ 00:22:40 ] – “Salam” ialah salah satu nama Allah.
9. [ 00:26:43 ] – Salah satu tanda kiamat ialah seseorang hanya memberi salam kepada orang yang dia kenal.
10. [ 00:31:31 ] – Allah melaknat orang yang diberi salam tetapi tidak menjawab salam itu.
11. [ 00:33:01 ] – Orang yang paling mulia di sisi Allah ialah yang memulai memberi salam.
Nabi memberi salam kepada kanak-kanak
12. [ 00:39:50 ] – Nabi s.a.w. memberi salam kepada kaum wanita. Seorang lelaki boleh memberi salam kepada seorang wanita jika tidak menimbulkan fitnah.
13. [ 00:42:03 ] – Nabi s.a.w. beri salam kepada sekumpulan orang yang terdiri dari orang Islam dan bukan Islam. Ini relevan dalam kehidupan di zaman moden, dimana ada orang Islam dan bukan Islam di dalam satu perhimpunan.
13. [ 00:42:48 ] – Memberi salam bila berjumpa semula selepas berpisah.
14. [ 00:43:15 ] – Adalah sunnah berkirim salam kepada orang yang tidak ada di depan kita. Jibril berkirim salam kepada Aishah r.ha.
Nota: Jika menggunakan telepon, elok dimulakan dengan ucapan “Assalamu’alaikum” menggantikan “Hello”
14. [ 00:44:23] – Nabi s.a.w. berpesan supaya menyampaikan salam Baginda kepada Nabi Isa sekiranya seseorang ditakdirkan berjumpa dengan Nabi Isa nanti.
15. [ 00:45:14 ] – Boleh kirim salam kepada seseorang tanpa menyebut lafaz “Assalamualakum” tetapi hanya sekadar menyebut “kirim salam”.
SESI SOAL JAWAB
1. [ 00:46:54 ] – Soalan: Bolehkah kita kirim salam kepada Nabi s.a.w kepada orang yang pergi ke Mekah?
Jawapan: Tidak perlu kerana ada malaikat yang ditugaskan untuk membawa selawat dan salam kepada Nabi s.a.w. walau di manapun ianya diucapkan.
1. [ 00:00:33] – Usul Keempat – (Usul ini adalah yang paling utama) – Memohon petunjuk kepada Allah s.w.t. dan minta diberi akhlak yang baik.
2. [ 00:01:20 ] – Kita tidak boleh berlepas dari memohon petunjuk kepada Allah dari sekecil-kecil hingga sebesar-besar perkara.
3. [ 00:02:45 ] – Hidayat ada dua iaitu, hidayat tauhid wal qabul (memandu hati untuk menerima hidayat) & hidayat al-Irshayd wal bayan (hidayat tunjuk ajar)
4. [ 00:05:20 ] – Meminta petunjuk melalui surah al-Fatihah. (Surah al-Fatihah boleh digunakan unuk meminta apa-apa perkara).
5. [ 00:09:30 ] – Pemuda al-Kahfi mendapat dua hidayat, hidayat zahir dan hidayat batin.
6. [ 00:15:04 ] – Nabi s.a.w. memohon akhlak yang terbaik, bukan sekadar akhlak yang baik.
7. [ 00:24:10 ] – Antara doa supaya Allan tunjukkan akhlak yang baik dalam bergaul dengan kaum mukmin – Supaya makhluk sayang kepada kita, supaya kita menjadi pendamai antara manusia. Tidak lupa juga kita doakan keabaikan untuk orang lain. xx
8. [ 00:26:45 ] – Perkara-perkara yang menyebabkan rasa cinta (manusia) kepada kita (iaitu, orang lain mendengar kita, bersikap lembut, menerima. kebaikan, berasa tenang berurusan, rela dengan keputusan, berterima kasih di atas kebaikan kita, merasa hormat kepada kita)
9. [ 00:32:40 ] – Perkara Pertama – Beriman dan berbuat baik
10. [ 00:35:38 ] – Hadith: Jika Allah mencintai seseorang hamba maka Dia memanggil Jibril dan berkata sesungguhnya Allah mencintai fulan, maka cintailah dia, lalu Jibril mencintainya. Kemudian Jibril memberitahu penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai si fulan, maka cintailah dia, Maka penghuni langit mencintainya, dan dia boleh diterima di dunia.
11. [ 00:38:30 ] – Bersungguh-sungguhlah untuk mencapai redha Allah, berbuat kebaikan, taat kepada Allah dan hindari bermaksiat kepada Allah.
12. [ 00:41:12 ] – Perbaikilah hubungan anda dengan Allah, nescaya Allah akan memperbaiki hubungan dengan orang-orang sekitar anda.
14. [ 00:44:10 ] – Sebagai peringatan, walaupun sehebat manapun iman kita, kita tidak akan disayangi oleh SEMUA manusia, sebagaimana Nabi s.a.w. yang sempurna imannya, masih ada lagi manusia yang membenci Baginda s.a.w.
1. [ 00:01:39] – Allah sediakan panduan yang lengkap dalam bersosial dan ianya adalah yang terbaik
2. [ 00:02:17 ] – Jadikanlah al-Quran sebagai rujukan yang utama.
3. [ 00:02:57 ] – Kajilah al-Quran dan hadith secara mendalam
4. [ 00:03:47] – Beramallah dengan petunjuk dari al-Quran dan hadith. Jadikanlah rutin harian kita.
5. [ 00:09:10 ] – Nabi s.a.w. tidak berbicara dengan hawa nafsu
6. [ 00:10:35 ] – Hadith – Jangan kamu saling berhasad dengki, jangan saling tipu daya, jangan saling membenci, jangan saling membelakangi (tidak bertegur sapa). Jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara..
7. [ 00:14:40 ] – Banyak ayat al-Quran yang memberi panduan bagaimana untuk berinteraksi dan bersosial, contohnya ayat 11 dan 12, Surah al-Hujurat – Jangan meremehkan orang lain, jangan mencela diri (saudara) kamu, jangan panggil seseorang dengan gelaran yang dia tidak suka, jauhilah dari sangkaan-sangkaan yang tidak baik dan jangan mencari-cari aib orang lain.
8. [ 00:21:10 ] – Bahaya mengumpat, menjadikan seseorang itu muflis di akhirat
9. [ 00:22:30 ] – Hadith untuk mendapat cinta Allah – zuhud terhadap dunia. Untuk mendapat cinta makhluk, zuhud terhadap apa yang ada di tangan manusia.
1. [ 00:01:05] – Semua kerja buat kita hendaklah ikhlas semata-mata kerana Allah, bukan kerana mengharapkan apa-apa balasan selain dari Allah. Contohnya, kerja-kerja baik kita tidak harus terjejas akibat dari respon negatif dari orang-orang yang kita tolong..
2. [ 00:03:53 ] – “Ikhlas” hendaklah melalui proses latihan hati yang lama.
3. [ 00:04:10 ] – Kita boleh ambil iktibar dari kisah seorang yang ikhlas bersedekah tetapi tersalah memberi sedekah kepada seorang pencuri, seorang pelacur dan seorang kaya. Terkesan dengan sedeqah yang diterima, pencuri berhenti mencuri, pelacur berhenti melacur dan orang kaya mula menderma hartanya.
4. [ 00:08:43] – Saidina Uthman yang telah banyak berjasa kepada rakyatnya tetapi telah ditohmah dan dilayan dengan buruk namun kerana dia ikhlas kepada Allah, dia tidak menyesal malah tetap bersyukur kepada Allah.
5. [ 00:11:03 ] – Akhlak yang baik ialah salah satu bentuk “rezeki” yang dikurniakan Allah taala kepada hamba-hamba-Nya.
6. [ 00:12:52 ] – Usul Kedua – “Sesungguhnya Orang Beriman Adalah Bersaudara”. Hanya orang yang beriman memahami hakikat sebenar apakah maksud “ukhuwah” (persaudaraan). Persaudaraan di dunia boleh jadii kerana faktor kelompok dan kaum, hobi, keturunan dan darah daging, tarikan harta dan kewangan, Ianya tidak kekal dan tidak akan berguna di akhirat. Persaudaraan sebenar adalah yang dibina atas dasar iman kepada Allah.
7. [ 00:17:12 ] – Hendaklah diyakini bahawa semua orang beriman adalah saudara baginya.
8. [ 00:18:25 ] – Kaum Aus dan Khazraj berperang selama 120 tahun di Madinah angkara hasutan kaum Yahudi. Islam datang menyatukan mereka.
10. [ 00:22:30 ] – Nilai persaudaraan berdasarkan iman adalah lebih utama berbanding persaudaraan disebabkan darah daging.
11. [ 00:25:31 ] – Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia suka saudaranya memperolehi apa yang dia suka.
12. [ 00:30:00 ] – Ibnu Abbas r.huma suka sekiranya semua orang dapat memahami semua ayat al-Quran sebagaimana yang difahaminya. Dia juga suka sekiranya seorang muslim mendapat keadilan di dalam perbicaraan dan dia suka jika ada orang Islam lain mendapat nikmat hujan. .
13. [ 00:34:10 ] – Tidak halal seorang mukmin tidak bertegur sapa lebih daripada tiga hari.
14. [ 00:36:24 ] – Kamu senyum kepada saudara kamu adalah sedeqah. Kisah seorang yang hampir bunuh diri, membatalkan niatnya kerana ada seseorang senyum kepadanya. Nabi berpesan supaya kita tidak menganggap perkara baik sebagai remeh walau sekecil manapun amalan itu.
15. [ 00:38:35 ] – Allah sentiasa memberi pertolongan kepada hamba-Nya selagi orang tersebut memberi pertolongan kepada saudaranya.
16. [ 00:39:07 ] – Kita akan dapat balasan berdasarkan apa yang kita buat.
17. [ 00:33:01 ] – Allah melihat perbuatan kita sepanjang masa
18. [ 00:34:20 ] – Bantulah saudaramu yang dianiaya dan yang menganiaya. Membantu orang menganiaya ialah dengan mecegahnya dari melakukan. kexaliman dan menasihatinya. Kadang-kadang lebih besar faedah membantu orang yang menganiaya kerana ia mencegah dari kezaliman terkena kepada lebih ramai orang.
1. [ 00:01:30 ] – Usul yang paling penting bila bergaul dengan masyarakat ialah MURAQABAH, iaitu merasa sentiasa diawasi oleh Allah s.w.t. dan berbuat sesuatu hanya untuk mendapat redha Allah s.w.t.
2. [ 00:03:39 ] – Manusia melihat kita berbuat kebaikan dan selepas itu biasanya akan lupa, tetapi Allah melihat kita berbuat kebaikan tetapi Dia tidak lupa malah memberi ganjaran dan pahala kepada kita.
3. [ 00:04:30 ] – Seorang ulama’ salaf, Muhammad bin Sirin sentiasa menjaga matanya dari melihat yang haram, sehinggakan perempuan ajnabi yang dilihatnya hanyalah isterinya seorang. Dia tidak melihat perempuan lain walaupun dalam mimpinya.
4. [ 00:05:40] – Muraqabah di dalam bersedekah. Hanya mengharapkan redha Allah dan tidak mengharapkan langsung balasan malah ucapan terima kasih dari orang yang diberi sedekah.
5. [ 00:09:50 ] – Muraqabah adalah amalan paling utama, kerana tanpa muraqabah amalan seseorang akan sia-sia.
6. [00:11:50 ] – Tanpa muraqabah, bila jauh dari orang lain atau di tempat sunyi, seseorang itu akan melakukan dosa kepada Allah
7. [ 00:13:10 ] – Hadirkan muraqabah dengan mengenal Nama-nama dan Sifat-sifat Allah.
8. [ 00:14:00 ] – Muraqabah ketika mendamaikan masyarakat – dengan tidak menganggap dirinya sebagai juara perdamaian.
9. [ 00:15:40 ] – Muraqabah ketika bersedekah – tidak kecewa walaupun diketahui selepas dia bersedekah, orang yang meminta sedekah itu sebenarnya menipu.
10. [ 00:16:44 ] – Akhlak adalah perangai semulajadi, tidak boleh dibuat-buat. Biasanya, karakter semula jadi seseorang akan terzahir bila bermusafir.
12. [ 00:19:38 ] – Jika kita belajar, berjihad dsb, buatlah kerana Allah
13. [ 00:24:30 ] – Hadith bagaimana mereka yang berjihad, menuntut ilmu atau berderma ditempelak Allah kerana sebenarnya tidak ikhlas.
14. [ 00:29:38 ] – Kita sayang seseorang kerana Allah (kerana ingin mendapat redha Allah)
15. [ 00:31:30 ] – Tiga tanda orang yang merasakan kemanisan iman, sayangi Allah dan Rasul melebihi yang lain, sayangi seseorang kerana Allah.
16. [ 00:33:01 ] – Allah melihat perbuatan kita sepanjang masa
17. [ 00:34:20 ] – Jika kita meninggalkan sesuatu kerana Allah taala, Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Pastikan juga rezeki yang kita besarkan anak-anak adalah halal.
18: [ 00:42:11 ] – “Muraqabah” perlukan latihan berterusan.