1. [ 00:01:22 ] – Nama-nama Allah dibahagikan kepada empat kelompok makna.
KELOMPOK KETIGA – Nama-nama Allah yang menunjukkan kesucian tuhan beserta pembersihan dari sifat kekurangan dan keburukan yang tidak layak bagi keagungan, kesempurnaan dan kemuliaan Allah.
2. [ 00:02:19 ] – Nama-nama Allah yang termasuk dalam kelompok ini ialah:
i) al-Quddus (Maha Suci – menunjukkan kesucian Allah dari segala kekurangan dan yang tidak layak pada-Nya)
ii) as-Salam – (Maha Selamat – Selamat dari sebarang kekurangan dan tidak layak padanya)
iii) as-Subbuh – (Maha Suci Dan Penyucian – Menunjukkan Allah tidak mempunyai sekutu, tandingan, penyerupaan dan perbandingan. Maha tinggi Allah dari segala makhluk)
3. [ 00:06:40 ] – KELOMPOK KEEMPAT – Nama-nama Allah yang menunjukkan beberapa sifat dan mempunyai banyak makna (tidak menunjukkan satu makna sahaja).
4. [ 00:010:31 ] – Contoh Nama-Nama Allah dalam kelompok keempat: i) al-Majid – Tuhan yang terpuji, tinggi kedudukannya
Mempunyai beberapa sifat yang menunjukkan kesempurnaan Allah.
1. [ 00:01:18 ] – Ahli bid’ah berpecah belah dan tidak bersepakat dalam perkara aqidah. Mereka saling menyesatkan dan saling mengkafirkan di antara satu sama lain.
2. [ 00:02:48 ] – Ahli hadith bersepakat dalam perkara aqidah. Dalil-dalil (dari al-Quran dan hadith) lah yang menyatukan mereka dalam membuat keputusan dan pendapat.
3. [ 00:05:47 ] – Ahli bid’ah memahami maklumat berdasarkan logik akal sahaja sehingga mengkafirkan sesama mereka.
4. [ 00:09:23 ] – Perselisihan pendapat (khilaf) di kalangan ahli hadith tidak akan menjadikan agama ini tidak jelas.
5. [ 00:10:58 ] – Akal, bisikan hati dan pendapat manusia tidak sama oleh itu boleh menyebabkan perbezaan pendapat.
6. [ 00:11:06 ] – Agama tidak boleh diasaskan dengan rasa hati.
7. [ 00:11:40 ] – Kesalahan memahami nama-nama dan sifat-sifat Allah bukan sesuatu yang remeh dalam agama. Memahami dan mempelajarinya perlu mengikut jalan yang ditunjukkan oleh ulama’ ahli sunnah wal jamaah.
8. [ 00:12:52 ] – Ibnu Mas’ud berkata: Ambillah suri tauladan tentang agama ini dari orang yang telah mati (Sahabat-sahabat Nabi s.a.w.).
9. [ 00:13:01 ] – Sahabat-sahabat Nabi ialah orang yang paling baik hatinya, paling mendalam ilmu agamanya serta paling sedikit berpura-pura serta paling sedikit memberatkan/menyusahkan diri (dengan sengaja memberatkan tuntutan agama).
10. [ 00:14:04 ] – Sahabat-sahabat r.hum tidak memberat-beratkan/membebankan perkara yang ringan.
11. [ 00:16:14 ] – BAB KETUJUH – Pembahagian nama-nama Allah ditinjau dari sudut makna.
12. [ 00:17:01 ] – Nama-nama Allah dibahagikan kepada empat kelompok makna.
13. [ 00:19:27 ] – Kelompok pertama – Nama menunjukkan sifat kepada Zat Allah. SIfat yang wajib ada pada Tuhan yang menciptakan kita dan sifat itu tidak pernah berpisah dengan Zat Allah dan tidak berkait dengan kehendak Allah. Nama-nama tersebut ialah:
i) Al-Hayyu (Sifat hidup)
ii) Al-‘Aliimun (Sifat Maha Mengetahui )
iii) As-Sami’ (Sifat Maha Mendengar)
iv) Al-Qawiy (Sifat Maha Kuat)
v) Al-Ali (SIfat Ketinggian Allah) vi) Al-‘Azim (Sifat Mulia)
vii) A- Qadir (Sifat Kekuasaan Allah)
Kelompok kedua- Nama-nama Allah yang menunjukkan sifat perbuatan Allah, sifat yang berkait dengan kehendak Allah; jika Allah berkehendak, DIa akan melakukannya dan sebaliknya.
14. [ 00:27:06 ] – Contoh nama Allah yang masuk dalam kelompok kedua:
i) AL-Khaliq (Pencipta)
ii) Al- Tawwab (Tuhan Yang Maha Menerima Taubat)
iii) Al-Ghafur (Untuk Yang Maha Memberi Keampunan)
1. [ 00:01:00] – “Ahli Sunnah” yang dimaksudkan dalam kitab ini ialah generasi awal Islam dari golongan Sahabat sehinggalah 300 tahun pertama Hijrah. (Akhir-akhir ini istilah ini diselewengkan dan disempitkan kepada golongan-golongan tertentu)
2. [ 00:03:07 ] – Berimanlah dengan sifat Allah dengan sepenuhnya sebagaimana dinyatakan oleh al-Quran dan hadith tanpa mentafsikannya “bagaimana” atau menyerupakannya dengan makhluk atau mentafsirkannya sehingga sifat itu tidak berfungsi.
3. [ 00:05:18 ] – Cara ini adalah jelas dan tepat dan mereka yang mengamalkannya mendapat hidayat terbaik.
4. [ 00:06:23 ] – Dua prinsip penting perbahasan tentang sifat-sifat Allah: Meletakkan sifat Allah sebagaimana Allah sebut tanpa menyerupakan Allah dengan makhluk (di segi sifat dan zat-Nya) dan tidak menafikan sifat Allah yang tsabit.
5. [ 00:07:29 ] – Bila Allah sebut Dia mempunyai “betis, kaki, tangan dsb” tapi kita menyebut selain dari itu, dikhuatiri menjadi “mujassimah”.
6. [ 00:08:18 ] – Cara terbaik mengenal Allah adalah sebagaimana yang Allah sendiri sebut.
7. [ 00:08:43 ] – Kekeliruan berlaku bila mentafsirkan lafaz-lafaz secara “literal”.
8. [ 00:09:15 ] – Keimanan kepada tauhid ini adalah asas dari semua cabang iman. Sesiapa yang mengingkari satu sahaja dari sifat atau nama Allah seperti yang disebut dalam al-Quran dan hadith dia dianggap bukan beriman. Mentakwil sifat Allah adalah harus tetapi tidak boleh menyesatkan orang yang tidak mentakwilkannya. Begitu juga, tidak boleh menyesatkan orang yang mentakwil sifat-sifat Allah. Jangan jadikan “method” (kaedah) sebagai “aqidah”!
9. [ 00:11:40 ] – Imam Nu’aim Bin Hammad berkata, “Orang yang menyerupakan Allah dengan satu sahaja sifat makhluk Allah, maka orang itu telah menjadi kafir”.
10. [ 00:13:01 ] – Imam Ahmad berkata, “Allah tidak disifatkan kecuali apa yang Dia sifatkan sendiri tentang diri-Nya”. Oleh itu jangan sebut apa yang Allah tidak sebut tentang Diri-Nya!
11. [ 00:17:04 ] – Ambillah panduan dengan al-Quran tentang kehidupan dari ayat-ayat yang jelas. Tentang ayat-ayat yang tidak jelas (mutasyabihat), kita dituntut hanya percaya kepadanya dan tidak membincangkannya dengan terperinci.
12. [ 00:17:58 ] – Salah satu nikmat terbaik dari Allah kepada hamba-Nya iaitu mendapat hidayat mengikut manhaj yang lurus yang berdasakan al-Quran dan sunnah.
13. [ 00:18:35 ] – Ulama’ salaf terima sifat Allah tanpa menta’wilkannya.
14. [ 00:27:02 ] – Pandangan tentang sifat Allah di kalangan salaf dan ulama’ ahli hadith seperti ianya berasal dari satu sumber (al-Quran dan hadith).
15. [ 00:31:22 ] – Sebaliknya ahli bid’ah berpecah belah dan tidak bersatu dalam aqidah sehingga saling menyesatkan dan saling mengkafirkan.
16. [ 00:35:21 ] – SYIAH kata Allah tidak tahu Sahabat-Sahabat Nabi akan sesat suatu masa nanti. Adalah jelas tentang kafirnya Syiah yang berpendapat begini!
17. [ 00:39:16 ] – Dengan hanya percaya sahaja apa-apa yang al-Quran sebut tentang nama dan sifat-sifat Allah tanpa memahami bagaimana hakikatnya, sudah pun melepaskan kita dari neraka.
1. [ 00:01:29 ] – Semua nama-nama Allah adalah bersifat ”tauqifiyah” (ditetapkan dengan dalil) – Ianya adalah terbaik dari semua sudut sama ada di segi lafaz, makna dan hakikatnya.
2. [ 00:04:28 ] – Hendaklah menggunakan nama Allah yang sesuai dengan permintaan kita di dałam doa, sebagaimana arahan Allah di dalam surah al-A’raf. Oleh itu, kita hendaklah mempelajari tentang nama-nama Allah ini untuk mengelakkan tersalah.
3. [ 00:13:13 ] – Perintah supaya menggunakan nama Allah (tawassul dengan nama Allah) untuk berdoa
4. Enam kesimpulan dari mengetahui nama-nama Allah:
[ 00:18:52 ] – 1 – Nama-nama Allah menunjukkan pemilik nama itu adalah Zat yang terbaik dan mulia.
[ 00:19:58 ] – 2 – Keagungan milik Allah semata -mata
[ 00:20:19 ] – 3 – Menunjukkan sifat Allah yang maha sempurna
[ 00:20:42 ] – 4 – Tiada satu pun nama Allah yang mengandungi keburukan
[ 00:21:20 ] – 5 – Allah perintahkan supaya menyebut nama-Nya yang mulia ketika berdoa. (Ada dua jenis doa, doa masalah dan doa ibadat (setiap kebaikan dan ibadat, adalah juga merupakan doa)
[ 00:23:00 ] – 6- Allah menjanjikan syurga kepada orang yang berdoa dengan menyebut 99 nama- Nya. [Khilaf ulama’, ada yang berpendapat dengan melafazkannya atau mengingatinya atau mengamalkannya]
5. [ 00:23:35 ] – Bab Keenam – Kesungguhan ahli sunnah dalam membahaskan nama-nama dan sifat-sifat Allah yang terbaik (asma’ ul-Husna)
6. [ 00:27:39 ] – Rasul yang menyampaikan tentang sifat-sifat Allah adalah orang yang benar dan dibenarkan
[ 00:29:33 ] hingga [. 00:39:07 ] SELINGAN – Perbincangan tentang perbezaan pendapat di kalanagn ulama’ salaf dan khalaf tentang sifat dan zat Allah.
[Hadith Palsu] Hadith-hadith yang dijadikan dalil oleh golongan Syiah untuk menyokong “walaayah” dan “imaamah” Sayyidina Ali bin Abi Thaalib dan anak cucunya yang tertentu semuanya maudhu’
“Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, dalam keadaan mereka ruku’ (tunduk patuh menjunjung perintah Allah)” (Surah al-Ma’idah, Ayat 55). Lalu Rasulullah s.a.w. keluar dan masuk ketika orang ramai sedang bersembahyang, ada yang sedang ruku’ dan ada juga yang sedang qiam (berdiri). Apabila hendak bersembahyang, tiba-tiba Baginda ternampak seorang peminta (sedekah) terus Baginda bertanya, “Wahai peminta, adakah sesiapa telah memberikan sesuatu kepadamu?”. Jawab peminta itu, “Tidak ada kecuali orang yang sedang ruku’ ini, (maksudnya ialah ‘Ali). Dia telah memberikan kepadaku sebentuk cincin”.
i. Periwayat hadith ini, ‘Isa bin ‘Abdillah, telah meriwayatkan banyak hadith palsu.
ii. Ayat 55, Surah al-Maidah terkenal di kalangan Syiah sebagai ayat al-Walayah. Syiah mendakwa bahawa ianya adalah bukti kelayakan Ali sebagai “walayah” dan “imamah”. [Nota: Imam-Imam di sisi Syiah mempunyai sifat maksum, dilantik oleh Allah dan mempunyai sifat-sifat kenabian malah lebih lagi].
iii. Sebenarnya menurut ahli as-Sunnah, antara sebab turun ayat ini adalah berkaitan Sahabat Nabi s.a.w. yang bernama ‘Ubadah bin As-Shamit dan tidak ada kena mengena dengan Saidina Ali.
iv. Menurut penganut Syiah, Saidina Abu Bakar, Umar dan Uthman r.hum tidak layak menjadi imam atau khalifah kerana tidak mengeluarkan zakat ketika ruku’ sebagaimana Saidina Ali. Kalau begitu adakah imam-imam Syiah yang menggantikan Saidina Ali layak menjadi “Imam” sedangkan mereka juga tidak mengeluarkan zakat semasa ruku’ sebagaimana Saidina Ali?
v. Yang menariknya, sekiranya memberi zakat ketika ruku’ adalah perbuatan yang istimewa, mengapa Nabi dan Sahabat-sahabat tidak pernah melakukannya dan Saidina Ali sendiri hanya melakukannya sekali sahaja sepanjang hidupnya?
2. [ 00:05:34 ] – HADITH KEDUA (HADITH YANG DIPERTIKAIKAN KESAHIHAN DAN MAKSUDNYA)
Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa yang aku adalah maulanya (orang yang dikasihinya), maka Ali (juga) adalah maulanya (orang yang dikasihinya)”.
[ 00:05:58 ] – KOMENTAR HADITH KEDUA (HADITH YANG DIPERTIKAIKAN KESAHIHAN DAN MAKSUDNYA)
i. Ulama’ berselisih pendapat tentang status hadith ini; ada yang mengatakannya sahih dan ada yang berpendapat ianya maudhu’.
ii. Pada amnya isi kandungannya diterima tetapi kesimpulan yang dibuat dari hadith ini (terutamanya oleh orang Syiah) ditolak.
iii. Syiah mengatakan hadith ini membuktikan jawatan khalifah selepas kewafatan Nabi s.a.w. adalah milik Saidina Ali. Saidina Abu Bakar, Umar dan Uthman r.hum dituduh zalim malah kafir oleh orang Syiah kerana kononnya telah melanggar perintah Rasulullah (melalui hadith ini) dengan merampas jawatan khalifah.
iv. Mereka yang mengatakan hadith ini maudhu’ ialah kerana ia bercanggah dengan hadith sahih dalam Sahih Muslim.
3. [ 00:08:06 ] – HADITH KETIGA (HADITH YANG DIPERTIKAIKAN KESIMPULAN SEBAGAIMANA YANG DIBUAT OLEH SYIAH)
Kata Yazid bin Ĥayyān, “Aku pergi untuk menemui Zaid bin Arqam bersama Ĥushain bin Sabrah dan Umar bin Muslim. Selepas kami duduk di hadapannya, Ĥushain berkata kepada beliau, “Sesungguhnya engkau telah mendapat kebaikan yang sangat banyak, wahai Zaid. Engkau telah melihat Rasulullah s.a.w. dan mendengar hadithnya. Engkau (juga) telah berperang bersamanya dan bersembahyang di belakangnya. Sesungguhnya engkau telah mendapat kebaikan yang banyak, wahai Zaid. (Oleh itu) Ceritakanlah kepada kami wahai Zaid, apa yang engkau telah dengar daripada Rasulullah s.a.w. Zaid berkata, “Wahai, anakku. Demi Allah, sesungguhnya umurku sudah tua dan peristiwaku bersama Rasulullah s.a.w. sudah lama berlalu. Aku lupa sebahagian daripada apa yang pernah aku ingat daripada Rasulullah s.a.w. Apa yang aku ceritakan kepada kamu, terimalah ia. Apa yang tidak aku ceritakan, janganlah pula kamu menekan aku supaya aku menceritakannya.” Kemudian beliau berkata, “Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w. bangun berucap di hadapan kami di suatu danau yang dipanggil Khum, ia terletak di antara Mekah dan Madinah. Baginda s.a.w. memuji-muji Allah s.w.t. (lalu) memberi nasihat dan mengingatkan (kami), kemudian bersabda, “Adapun kemudian daripada itu ketahuilah, wahai manusia: Sesungguhnya aku adalah manusia. Tidak lama lagi akan datang kepadaku Utusan (Malakul Maut) daripada Tuhanku, dan aku akan menerima kedatangannya. Aku akan meninggalkan pada kamu dua perkara yang sangat berat (dan sangat bernilai). Pertama, kitab Allah s.w.t. yang di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya. Ambillah kitab Allah s.w.t. itu dan berpegang teguhlah dengannya. (Kemudian Zaid bin Arqam berkata). Maka Baginda s.a.w. menggalakkan para hadhirin supaya berpegang teguh dengan Kitab Allah s.w.t. Kemudian Baginda s.a.w. bersabda, “Dan Ahli Baitku. Aku mengingatkan kamu kepada Allah s.w.t. tentang Ahli Baitku. Aku mengingatkan kamu kepada Allah s.w.t. tentang Ahli Baitku. Aku mengingatkan kamu kepada Allah s.w.t. tentang Ahli Baitku.” Sesudah itu Ĥushain pun berkata kepadanya, “Siapakah Ahli Bait Baginda s.a.w., wahai Zaid? Bukankah isteri-isteri Baginda s.a.w. (sebahagian) daripada Ahli Baitnya?”. Zaid bin Arqam menjawab, “Isteri-isteri Baginda s.a.w. memanglah daripada Ahli Bait, tetapi Ahli Bait Baginda s.a.w (yang dimaksudkan di sini) ialah orang yang haram menerima sedekah selepas Baginda s.a.w.” Ĥushain bertanya, “Siapakah mereka?”. Zaid bin Arqam menjawab, “Mereka ialah keluarga `Ali, keluarga `Aqīl, keluarga Ja`far dan keluarga `Abbaas”. Ĥushain bertanya (lagi), “Semua mereka yang tersebut haram menerima sedekah?”. Zaid menjawab, “Ya.” . [Nota: Hadith ini terdapat di dalam Kitab Sahih Muslim].
[ 00:11:39 ] – KOMENTAR HADITH KETIGA (HADITH YANG DIPERTIKAIKAN KESIMPULAN SEBAGAIMANA YANG DIBUAT OLEH SYIAH)
i. Hadith ini dikenali sebagai ‘Hadith Tsaqalain” di kalangan penganut Syiah. Berdalilkan hadith ini, orang-orang Syiah mengatakan jawatan khalifah (pemimpin tertinggi) adalah milik Saidina Ali dan keturunannya. Kerana wujudnya hadith sebegini dalam kitab Ahli as-Sunnah, ianya diekploitasi oleh Syiah untuk mengelirukan Ahli Sunnah dan menarik mereka kepada ajaran Syiah.
ii. Terdapat perbezaan pendapat tentang siapakah yang dimaksudkan dengan “Ahli Bait”. Ahlus Sunnah mengatakan Ahli Bait yang dimaksudkan dalam al-Quran (Ayat 33, Surah al-Ahzab) ialah isteri-isteri Rasulullah s.a.w. manakala Syiah berpendapat ahlul Bait ialah Saidina Ali dan keturunannya sahaja.
iii. Juga terdapat perbezaan pendapat di antara Ahlu Sunnah dan Syiah, apakah dua perkara berat (tsaqalain) itu? Syiah mengatakan ianya adalah “al-Quran dan ahlul Bait”, tetapi Ahlus Sunnah mengatakan ianya adalah “al-Quran dan as-Sunnah”.
iv. Selain dari bercanggah dengan al-Quran dan hadith, menisbahkan ahlul Bait kepada keturunan Saidina Ali sahaja (sebagaimana pendapat Syiah) akan menidakkan hak anak cucu Baginda yang lain.
v. Hadith “berpegang teguh dengan Kitab Allah dan Ahli Bait” bercanggah dengan hadith sahih dan juga al-Quran yang mengatakan, “Hendaklah berpegang teguh dengan Kitab Allah dan Sunnah Nabi s.a.w.”
[HADITH PALSU] – HADITH YANG DIJADIKAN DALIL YANG MENGHARUSKAN BERTAWASSUL DENGAN ZAT (DIRI) NABI S.A.W., PANGKAT DLL TIADA YANG SAHIH DAN SHARIIH (TERANG DAN JELAS)
[.00:01:07 ] – BEZA ANTARA TAWASSUL YANG SESAT DAN YANG DIBENARKAN
1. Tawassul yang sesat ialah meminta kepada Allah dengan menggunakan zat atau nama Nabi s.a.w. sebagai “perantara”. Jika kita menjadikan amal soleh kita sebagai perantara atau alat untuk bertawassul ianya adalah dibolehkan, contohnya, kita boleh menggunakan amal soleh kita seperti beriman dan perasaan cinta kita kepada Nabi s.a.w. untuk bertawassul.
2. Kita dibenarkan bertawassul (menjadikan perantara) dengan orang yang masih hidup contohnya, Sahabat-sahabat Nabi meminta Nabi s.a.w. semasa hidupnya supaya berdoa untuk mereka. Tetapi kita tidak dibenarkan untuk bertawassul (menjadikan perantara) dengan orang yang telah mati.
[ 00:02:09 ] – JENIS-JENIS TAWASSUL YANG DIBENARKAN
Telah disepakati oleh ulama’ bahawa ada tiga bentuk tawassul yang dibenarkan oleh syarak iaitu,
i) bertawassul dengan amal soleh sendiri.
ii) bertawassul menggunakan nama-nama dan sifat-sifat Allah dan,
iii) bertawassul dengan orang yang masih hidup (supaya berdoa untuk kita).
[ 00:20:20 ] – MEMBEZAKAN ANTARA TAWASSUL DAN ISTIGHATSAH
1. Ramai juga di antara kita yang tidak dapat membezakan diantara “tawassul” dan “istighatsah”. “Istighatsah” adalah dilarang manakala “tawassul” ada yang dilarang dan ada yang dibenarkan.
Rasulullah s.a.w. bersabda: Setelah Adam melakukan kesilapan (dengan memakan pokok yang dilarang Allah), dia berkata: “Ya Tuhanku, aku memohon kepada-Mu dengan (bertawassulkan) hak Muhammad agar Engkau mengampunkan daku.” Maka Allah bertanya: “Wahai Adam, bagaimana engkau kenal Muhammad, sedangkan Aku belum lagi menciptakannya?”. Jawab Adam: “Ya Tuhanku, bila aku mengangkat kepalaku setelah Engkau menciptakan daku dengan tangan-Mu dan setelah Engkau tiupkan roh daripada-Mu ke dalam tubuhku, aku nampak tertulis di tiang-tiang `Arasy: “Lailahaillallah Muhammadar Rasulullah” maka tahulah aku bahawa Engkau tentu tidak akan meletakkan bersama nama-Mu kecuali nama seseorang yang paling dicintai-Mu”. Lalu Allah berkata: “Benar katamu itu wahai Adam. Sesungguhnya dia adalah makhluk (orang) yang paling Aku cintai. Berdoalah kepada-Ku dengan (bertawassulkan) haknya. Sudah Aku ampunkan dikau. Kalaulah tidak kerana Muhammad, Aku tidak menciptamu.” [Nota: Hadith palsu ini menerangkan bahawa boleh berdoa dengan bertawassul (sebagai perantara) dengan “hak” Nabi, di mana Nabi mempunyai hak yang terpaksa ditunaikan oleh Allah!]
i. Adz-Dzahabi, Ibnu Taimiyyah dan al-Albani berkata hadith ini maudhu’. Perawinya dikatakan mengada-ngadakan (mereka) hadith.
ii. Hadith palsu ini bercanggah dengan ayat al-Quran, Surah Al-Baqarah ayat 37, yang menyatakan taubat nabi Adam diterima selepas menyebut kalimat-kalimat yang diajarkan oleh Allah (sebagai cara untuk bertaubat), bukannya kerana bertawassul dengan hak Nabi Muhammad.
iii. Hadith palsu ini mungkin direka oleh mereka yang ingin membela dan menaikkan Nabi Muhammad yang dijatuhkan maruahnya (menurut pendapaoleh penganut Kristian datang untuk menebus dosa Nabi Adam a.s.
iv. Walaupun bertawassul menggunakan nama, zat, hak atau kedudukan Nabi belum menjadikan seseorang itu syirik tetapi ianya menjurus ke arah syirik. Oleh itu amalan ini perlu dibendung.
v. Hadith ini menyatakan dunia ini dicipta kerana Nabi Muhammad padahal ayat al-Quran (Surah adz-Dzariyat, ayat 56) menyatakan tujuan manusia dijadikan ialah untuk beribadat kepada Allah.
“Bertawassullah dengan (menyebut) pangkatku (Nabi Muhammad), sesungguhnya pangkatku di sisi Allah amatlah besar” [Nota: Nabi terkenal dengan sifat tawadhu’ (rendah diri) dan adalah tidak mungkin Baginda mengajar umatnya dengan mengangkat dirinya sendiri!]
i. Para ulama’ hadith bersepakat bahawa hadith ini karut dan maudhu’. Ianya tidak mempunyai sanad dan tidak terdapat di dalam kitab-kitab hadith yang muktabar.
ii. Kedudukan atau pangkat seseorang di sisi Allah bukanlah menjadi sebab untuk membolehkan seseorang bertawassul (menjadikannya sebagai perantara) dengannya, sebagaimana tidak dibenarkan orang lain ruku’ atau sujud kepadanya.
iii. Nabi s.a.w. tidak pernah mengajar umatnya supaya bertawassul menggunakan pangkat atau kedudukannya di sisi Allah.
Uthman Bin Hunaif meriwayatkan ada seorang lelaki buta datang kepada Nabi s.a.w. lalu berkata, “Berdoalah kepada Allah agar Dia menyembuhkan daku”. Nabi s.a.w. bersabda, “Kalau engkau hendak, boleh aku doakan, dan kalau engkau hendak bersabar, maka itulah yang lebih baik untukmu”. Si buta itu berkata, “Engkau berdoalah (juga) kepada-Nya”. Kata perawi: Maka Rasulullah s.a.w. menyuruhnya berwudhu’ dengan seelok-eloknya, kemudian berdoa dengan doa ini (yang bermaksud): “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu dan menghadap kepada-Mu dengan (bertawassulkan doa) Nabi-Mu, Muhammad, Nabi (yang membawa) rahmat. Sesungguhnya aku menghadap kepada tuhanku dengan (bertawassulkan doa) mu supaya ditunaikan hajatku ini. Oh Tuhanku, Engkau terimalah doanya untukku”.
i. Kepada orang-orang yang mengharuskan bertawassul dengan Nabi s.a.w., hadith ini adalah bukti yang paling sahih tentang bolehnya bertawassul menggunakan zat, kedudukan atau pangkat Nabi. Mereka membolehkan bertawassul dengan Nabi sama ada semasa Baginda hidup atau selepas Baginda wafat.
ii. Apa yang jelas ialah hadith ini menunjukkan adalah dibolehkan bertawassul dengan orang yang masih hidup (iaitu, orang yang hidup berdoa kepada Allah untuk orang lain). Ianya diterima oleh semua ulama’. Walaupun begitu, hadith ini tidak jelas tentang bolehnya bertawassul dengan Nabi setelah kewafatannya.
iii. Selepas kewafatan Nabi s.a.w. Sahabat-sahabat tidak pernah pergi ke kubur Baginda untuk meminta Baginda berdoa bagi pihak mereka.
iv. Lebih malang lagi, orang yang membolehkan bertawassul dengan Nabi selepas kewafatannya, juga membolehkan bertawassul dengan selain daripada Nabi seperti wali-wali yang telah mati!
v. Amalan berdoa dengan bertawassulkan orang-orang yang telah mati, tidak kira ianya nabi atau orang lain tidak disyariatkan dalam agama kita.
Anas bin Malik meriwayatkan, katanya: “Bila Fāthimah binti Asad bin Hasyim, ibu Ali meninggal, Rasulullah s.a.w. datang kepadanya dan duduk dekat kepalanya lalu mengucapkan: “Semoga Allah merahmatimu wahai ibuku. Engkaulah ibuku selepas ibuku. Engkau berlapar, aku pula engkau kenyangkan, engkau tidak (lengkap) berpakaian, aku pula engkau pakaikan, engkau menahan dirimu daripada makanan yang sedap, kepadaku pula engkau memberikannya, semua itu engkau lakukan semata-mata kerana Allah dan mengharapkan hari akhirat.” Kemudian Nabi s.a.w. memerintahkan dia dimandikan dengan dibasuh tiga-tiga kali (anggota-anggotanya). Bila tiba masa digunakan air bercampur kapur, Baginda menuangkannya ke atas tubuh ibunya itu dengan tangannya sendiri. Setelah itu Baginda menanggalkan baju yang dipakainya lalu memakaikannya kepadanya. Baru selepas itu kain kafan dipakaikan. Kemudian Rasulullah s.a.w. memanggil Usāmah bin Zaid, Abu Ayyub al-Anshaari, Umar bin al-Khatthāb dan seorang lagi budak hitam supaya menggali kuburnya. Setelah mereka sampai kepada lahad, Rasulullah s.a.w. menggalinya sendiri dengan tangannya. Tanahnya dikeluarkan sendiri dengan tangannya. Apabila selesai, Rasulullah s.a.w. masuk ke dalam lahad dan berbaring di dalamnya seraya mengucapkan: “Allah-lah Tuhan yang menghidup dan mematikan, sedangkan Dia Yang Maha hidup, tidak akan mati. Ampunilah ibuku Fāthimah binti Asad, ajarkanlah kepadanya hujjahnya, dan perluaskan untuknya tempat masuknya dengan haq Nabi-Mu dan nabi-nabi sebelumku. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Mengasihani.” Kemudian Nabi s.a.w. bertakbir empat kali (dalam shalat jenazah ke atasnya), lalu Baginda sendiri bersama al-`Abbaas dan Abu Bakar as-Shiddīq r.a. memasukkannya ke dalam kubur.
i. Hadith ini diriwayatkan oleh seorang perawi mungkar yang bernama Rauh bin Salah. Hanya dia seorang yang meriwayatkannya dari Sufyan at-Thauri sedangkan Sufyan mempunyai ramai lagi murid yang ternama.
ii. Hadith ini adalah hadith tentang hukum (iaitu sama ada harus atau tidak) dan tiada unsur “galakan atau larangan” (targhib dan tarhib), oleh itu ia perlulah berstatus sahih untuk digunapakai dalam menetapkan sesuatu hukum.
iii. Sahabat-sahabat dan ulama’ mutaqaddimin tidak pernah bertawassul menggunakan hak Nabi s.a.w. atau hak nabi-nabi sebelumnya yang telah meninggal dunia. Malah mereka melarang dari melakukan yang demikian.
iv. Dalam hadith ini Nabi s.a.w. dikatakan masuk ke dalam kubur dan berbaring di dalamnya, sesuatu perbuatan yang agak pelik. Walaupun agak ganjil, perisitwa ini tidak pernah dilaporkan dalam mana-mana hadith sahih.
1. Dua istilah yang hampir serupa yang sering disalahfahami iaitu “istighatsah” (meminta pertolongan) dan “tawassul” (perantara). Ada keadaan di mana “tawassul” dibenarkan tetapi “istighatsah” pada amnya adalah dilarang. [Untuk perbincangan ringkas tentang “tawassul” dan hadith-hadith palsu berkaitan “tawassul”, sila rujuk: • [HADIS PALSU] – Bertawassullah dengan pang… ]
2. Budaya mengagungkan kubur telah sampai ke negara kita. Dari pengalaman yang berlaku di luar negara, mengagungkan kubur membawa kepada perbuatan “istighatsah” yang syirik iaitu meminta pertolongan dengan orang mati di dalam kubur.
[ 00:17:00 ] – EPILOG – ISTIGHATSAH DALAM MASYARAKAT
Ramai ulama’ yang masih terkeliru dengan hukum istighatsah. Mereka mempertahankan amalan istighatsah dan berpendapat ianya dibolehkan dengan alasan mereka masih menyembah Allah padahal sebenarnya ia membawa kepada syirk. Amalan istighatsah di kubur sudah bertapak di dalam masyakat kita. Akhir-akhir ini ada yang mengatakan, kehidupan wali-wali di dalam kubur adalah lebih baik kerana mereka tidak disibukkan lagi dengan urusan-urusan duniawi!
“Apabila urusan/perkara meletihkan kamu, maka minta tolonglah dengan orang-orang yang telah mati” [Nota: Hadith-hadith sebagaimana di ataslah yang menggalakkan orang pergi ke kubur untuk beristighatsah. Mereka meminta tolong kepada orang mati di dalam kubur-kubur yang dipercayai dihuni nabi-nabi (seperti kubur Nabi Hud di Yaman) atau wali-wali. Fenomena ini tersebar luas di luar negara seperti Iran, Pakistan, Yaman, Turki, Mesir, Syria dsb. Kubur-kubur di sana dihias seperti masjid dan mereka bersembahyang menghadap kubur tersebut.]
i . Kita tidak dibenarkan meminta pertolongan daripada jin, malaikat (dan orang mati).
ii. Ulama’ bersepakat mengatakan hadith ini maudhu’. Ianya direka oleh golongan Quburiyyun atau golongan zindiq.
iii. Hadith ini tiada sanadnya (dikenali sebagai hadith yang tiada asalnya). Walaupun begitu, disebabkan kejahilan, orang awam masih menerimanya sebagai hadith.
iv. Apa yang disarankan dalam hadith ini ialah “istighatsah” yang diharamkan, iaitu meminta pertolongan kepada orang mati. Mereka seolah-olah menganggap orang mati lebih berkuasa dari Allah. Sepatutnya mereka menyuruh meminta terus kepada Allah jika menghadapi apa-apa masalah.
v. Alangkah anehnya, hadith sahih menyebutkan supaya orang hidup menolong orang mati dengan mendoakannya, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.
vi. Ada yang berdalih, mereka tidak meminta kepada si mati, tetapi meminta supaya si mati meminta/berdoa kepada Allah. Semuanya itu dibantah oleh al-Quran.
vii. Beristighatsah dengan nabi-nabi atau wali-wali tidak pernah disyariatkan dalam Islam dan tidak termasuk dalam amalan sholeh.
“Pernah berlaku kemarau di zaman `Umar. Maka ada seorang lelaki pergi ke kubur Nabi s.a.w. dan dia berkata, “Wahai Rasulullah, mintalah hujan untuk umatmu. Sesungguhnya mereka telah binasa”. Kemudiannya Rasulullah s.a.w. datang menemui orang itu dalam mimpinya. Lalu dikatakan kepadanya, “Pergilah kepada `Umar, dan sampaikan salamku kepadanya. Beritahulah kepadanya bahawa kamu akan mendapat hujan. Dan katakan juga kepadanya: Berhatilah-hatilah engkau, berhatilah-hatilah engkau”. Orang itu pun pergilah kepada `Umar dan memberitahunya tentang mimpinya itu. Maka menangislah `Umar. Kemudian beliau berkata, “Oh Tuhanku, aku tidak cuai, kecuali apa yang tidak mampu aku lakukan”.
i. Golongan Quburiyyun mendakwa hadith (atsar) ini adalah bukti bolehnya meminta pertolongan kepada Nabi selepas kewafatannya. Mereka berhujah bahawa hadith ini sahih kerana Hafiz Ibn Hajar mengatakannya sahih. Sebenarnya, adalah tidak mungkin hadith ini sahih kerana ianya berpunca dari seorang perawi yang tidak dikenali (majhul). Ibnu Hajar tersilap menghukum hadith ini.
ii. Sahabat-sahabat Nabi tidak pernah pergi ke kubur Nabi s.a.w. untuk meminta apa-apa pertolongan dari Baginda.
iii. Bila berlaku kemarau, Saidina ‘Umar menunaikan solat Istisqa’ (solat minta hujan) beramai-ramai dan meminta Saidina Abbas r.a., bapa saudara Nabi, untuk berdoa minta hujan.
Abdur Rahman bin Sa’ad meriwayatkan, pernah Ibnu Umar mengalami kebas kaki, tiba-tiba ada seseorang berkata kepadanya, “Sebutlah orang yang pernah dicintaimu”. Mendengar kata orang itu beliau terus berkata, “Wahai Muhammad!” .
[Nota: Hadith ini dijadikan dalil oleh sesetengah pihak untuk membolehkan amalan beristighatsah dengan orang mati. Walaupun hadith ini menyebut beristighatsah dengan Nabi, tetapi golongan Quburiyyun mengatakan boleh juga beristighatsah dengan wali-wali]
i. Hadith ini dijadikan dalil oleh mereka yang membolehkan amalan istighatsah kepada Nabi selepas kewafatan Baginda.
ii. Terdapat ‘ilal (kecacatan) pada sanad dan matannya. Seorang perawinya yang bernama Abu Ishaq as-Sabi’i adalah seorang yang bercelaru fikirannya dan dituduh sebagai Syiah.
iii. Hadith ini tidak tetap (ittiradh) sanadnya.
iv. Petua menghilangkan kebas kaki (sebagaimana di dalam atsar di atas) adalah kepercayaan khurafat sejak dari zaman jahiliyyah lagi. Adalah tidak masuk akal, Ibnu Umar, seorang Sahabat besar masih lagi terpalit dengan amalan khurafat.
v. Tiada Sahabat yang pernah beristighatsah dengan Rasulullah baik semasa hidup atau selepas kewafatan Baginda. vi. Isti’anah (meminta tolong dalam keadaan terdesak atau tidak) dan istighatsah (meminta tolong dalam keadaan terdesak) hanya kepada Allah adalah disyariatkan dan dianjurkan dalam Islam (sebagaimana Surah al-Fatihah, Ayat 5). .
vii. Isti’anah atau istighatsah kepada manusia dibolehkan dengan tiga syarat berikut,
a) dalam perkara yang mampu dilakukannya,
b) selagi ia masih hidup, dan,
c) ia hadhir di tempat berkenaan (atau boleh dihubungi).
i. Hadith ini mempunyai tiga orang perawi yang tidak dikenali (majhul) secara berturut-turut, menyebabkannya dihukum dhaif sangat.
ii. Maksud hadith ini tidak jelas; adakah yang dimaksudkan orang musyrikin itu ialah orang yang tidak memakai songkok, atau orang yang memakai songkok tetapi tidak memakai serban, atau orang yang memakai serban tetapi tidak bersongkok? Nabi s.a.w. ada berbuat semuanya ini, menyebabkan apa yang didakwa hadith ini tidak benar.
iii. Hakikatnya di zaman moden ini songkok dipakai oleh orang Islam dan juga bukan Islam seperti di Indonesia dan India. Oleh itu ianya tidak boleh dijadikan sebagai pembeza antara orang Islam dan orang kafir. Manakala di India serban juga dipakai oleh orang bukan Islam contohnya, kaum Sikh.
iv. Hadith sahih yang menyatakan pemisah antara Islam dan kufur ialah meninggalkan sembahyang. Tanda seseorang itu Islam ialah mereka yang bersembahyang dan menghadap kiblat seperti kita, mereka yang memakan sembelihan kita dan tidak memakan sembelihan orang kafir.
i. Terdapat beberapa orang perawi bermasalah dimana hadithnya tidak diterima, dituduh sebagai pendusta besar dan pereka. .
ii. Dakwaan di dalam hadith ini tidak masuk akal, iaitu dengan semata-mata memakai serban seseorang itu akan jadi lebih bijak dan penyantun, baik budi pekertinya.
“Sesungguhnya Allah Azza Wa Jalla telah menolongku pada Hari Badar dan Hunain dengan para malaikat yang berserban dengan cara ini”. Kemudian Baginda s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya serban itu penghalang di antara kufur dan iman”. Rasulullah s.a.w. (juga) melihat seorang lelaki yang memanah menggunakan busar (panah) Farsi. Terus Baginda bersabda: “Buangkannya”. Setelah nampak busar (panah) Arab, Baginda bersabda: “Gunakan busar ini dan busar-busar sepertinya, gunakan juga lembing-lembing yang sempurna, kerana dengannya Allah akan menguatkan kedudukanmu di segala negeri dan Allah akan menyokongmu untuk mencapai kemenangan”
i. Apakah orang beriman akan terdedah kepada kekufuran jika tidak memakai serban? Ianya tidak mungkin terjadi lebih-lebih lagi di tempat di mana serban menjadi identiti golongan kafir seperti golongan Sikh di India.
ii Jika serban menjadi penghalang dari syirik dan kesesatan, mengapa golongan sesat seperti Syiah Imam Dua Belas (yang ramai penganutnya di Iran) tidak terselamat dari kesesatan walaupun mereka berserban?
iii. Tidak dinafikan Nabi s.a.w. selalu memakai serban. Ini adalah kerana serban ialah pakaian tradisi orang Arab. Hukum memakai serban adalah harus sahaja sepertimana harusnya kita menggunakan pelita kerana Nabi menggunakannya, atau memakan roti kerana Nabi juga memakan roti.
iv. Tidak sepatutnya sesuatu adat dan budaya setempat dijadikan penentu sama ada beriman atau kufurnya seseorang kerana ianya diamalkan oleh semua orang, tidak kira sama ada dia orang Islam atau tidak.
“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada orang-orang yang memakai serban pada hari Jumaat”. [Nota: Kelebihan ini bukan kerana memakai serban untuk sembahyang Jumaat, tetapi kerana semata-mata memakainya pada hari Jumaat]
i. Tokoh-tokoh ulama’ hadith telah menghukumkan hadith ini maudhu’. Salah seorang perawinya, Ayyub bin Mudrik, seorang pendusta besar, bertanggungjawab mereka hadith ini.
ii. Serban ialah dari budaya Arab, yang diamalkan oleh orang Arab tanpa mengira agama. Pemakaian serban hanyalah harus hukumnya.
iii. Sekiranya ahli-ahli hadith tidak menyatakan kepalsuan hadith ini, sudah pasti orang ramai bersemangat mengamalkannya kerana ingin mendapat kelebihan-kelebihan yang dijanjikan.
“Empat (buah) bukit daripada bukit-bukit syurga, dan empat (batang) sungai daripada sungai-sungai syurga, dan empat peperangan daripada peperangan syurga”. Ditanya orang, “Bukit-bukit apakah itu?”. (Jawab Baginda). “Uhud menyintai kita dan kita (juga) menyintainya, ia ialah salah satu bukit dari bukit-bukit syurga, [Warqaan salah satu bukit dari bukit-bukit syurga], Thur salah satu dari bukit-bukit syurga, dan Lubnan (juga) salah satu bukit daripada bukit-bukit syurga. Empat sungai daripada syurga ialah Sungai Furat, Sungai Nil, Sungai Saihaan, dan Sungai Jaihaan. Dan empat peperangan pula ialah Badar, Uhud, Khandaq dan Hunain”.
i. Perawi hadith ini, Katsir bin ‘Abdillah, kata Imam Ahmad bin Hanbal adalah langsung tidak berguna. Imam asy-Syafi’e pula berkata dia adalah rukun (tiang seri) dusta.
ii. Dua bahagian dari hadith ini adalah sahih, iaitu, “Uhud mencintai kita dan kita juga mencintai Uhud” dan, “Saihan, Jaihan, Furaat dan Nil, semuanya daripada sungai-sunagi syurga”.
iii. Yang dimaksudkan hadith ini palsu ialah keseluruhan hadith tersebut.
“Bukit al-Khalil adalah sebuah bukit suci. Sesungguhnya bila berlaku fitnah di kalangan Bani Isra’il, Allah mewahyukan kepada para nabi mereka supaya lari membawa agama mereka ke Bukit Khalil”
i. Perawi hadith palsu ini, al-Wadhiin meriwayatkan hadith ini secara “mursal”, iaitu terputus sanadnya. Dia seorang perawi dhaif dan berfahaman “Qadiriah” (tidak percaya kepada taqdir).
ii. Tidak diketahui dimanakah letaknya Bukit al-Khalil yang tersebut di dalam riwayat ini.
iii. Juga tidak diketahui apakah fitnah yang dialami oleh Bani Israil tersebut.
“Kami menyertai Rasulullah s.a.w. dalam peperangan pertama yang dilancarkan oleh Baginda, iaitu al-Abwaa’. Apabila kami sampai di ar-Rauhaa’. Baginda berhenti di ‘Arqi az-Zhabyah lalu bersembahyang (di situ), kemudian Baginda bersabda; “Tahukah kamu apa nama bukit itu?”. Mereka (para Sahabat): “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui”. Kata Rasulullah s.a.w.: “Ini adalah (Hamat) salah satu bukit syurga. Tujuh puluh orang nabi sebelumku telah bersembahyang di masjid ini. Nabi Musa a.s. (juga) telah lalu di sini. Dia memakai dua jubah Qathawaani yang tidak berlengan sambil menaiki unta kelabu bersama-sama tujuh puluh orang dari kalangan Bani Israil. Mereka datang untuk mengerjakan haji di Baitil Atiq. Kiamat tidak akan berlaku selagi Isa bin Maryam, hamba Allah dan rasul-Nya tidak lalu di sini untuk mengerjakan haji atau umrah atau Allah akan mengumpulkan kedua-duanya untuk beliau (Nabi Isa a.s.)”
i. Hadith ini juga diriwayatkan oleh Katsir bin ‘Abdillah, perawi hadith contoh pertama, seorang perawi yang dipertikaikan malah dituduh sebagai pendusta.
ii. Bukit Hamat adalah sebuah bukit baru yang diperkenalkan sebagai bukit syurga, walhal dalam contoh pertama telah dinyatakan hanya ada empat bukit syurga.
iii. Lembah ar-Rauha dinyatakan sebagai salah satu dari lembah-lembah syurga, satu kenyataan yang tiada dalam hadith sahih.
iv. Terdapat “ittiradh” di dalam hadith ini yang menjadikan ianya tidak sahih
1. [ 00:02:12 ] – Allah sangat mencintai Nama-Nama-Nya dan suka makhluk-Nya menyebut-nyebut Nama-Nama-Nya
2. [ 00:04:22 ] – Mengenali Allah melalui dua cara iaitu,
i. [ 00:04:35 ] – Cara Pertama – Melihat (dengan berfikir) pengaruh nama-nama Allah ke atas makhluk ciptaan-Nya
ii. [ 00:06:23 ] – Cara Kedua – Merenung ayat-ayat al-Quran
3. [ 00:10:17 ] – Ibadat kita akan lebih berkualiti jika dapat menghayati asma’ ul-Husna
4. [ 00:14:06 ] – SELINGAN – Tiga jenis ibadat – Qalbi (hati), Lisani (lidah) dan Jawari (menggunakan anggota zahir)
5. [ 00:15:28 ] – Bla kita menghayati asma’ ul Husna, kita akan yakin bahawa apa yang berlaku adalah semuanya dari Allah.
6. [ 00:25:46 ] – SELINGAN – Untuk sentiasa ingat kepada Allah ( atau untuk kembali mengingatkan kita kepada Allah) ialah dengan ucapan “Bismillah”.
7. [ 00:28:47 ] – Bila kita faham tentang nama dan sifat Allah, kesannya kita akan rasa takut kepada Allah, timbul perasaan bahawa kita sentiasa diperhatikan Allah.
8. [ 00:35:35 ] – Tujuan Allah menjadikan manusia ialah untuk beribadat kepada-Nya.