[FIQH AKHLAK] – Sesi 4 – Usul Ketiga – Mengkaji al-Quran Dan Hadith Dengan Mendalam

VIDEO – [Durasi – 47m 20s] – [FIQH AKHLAK] – Sesi 4 – Usul Ketiga – Mengkaji al-Quran Dan Hadith Dengan Mendalam

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/QPgKAFCXYKg ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1. [ 00:01:39] – Allah sediakan panduan yang lengkap dalam bersosial dan ianya adalah yang terbaik

2. [ 00:02:17 ] – Jadikanlah al-Quran sebagai rujukan yang utama.

3. [ 00:02:57 ] – Kajilah al-Quran dan hadith secara mendalam

4. [ 00:03:47] – Beramallah dengan petunjuk dari al-Quran dan hadith. Jadikanlah rutin harian kita.

5. [ 00:09:10 ] – Nabi s.a.w. tidak berbicara dengan hawa nafsu

6. [ 00:10:35 ] – Hadith – Jangan kamu saling berhasad dengki, jangan saling tipu daya, jangan saling membenci, jangan saling membelakangi (tidak bertegur sapa). Jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara..

7. [ 00:14:40 ] – Banyak ayat al-Quran yang memberi panduan bagaimana untuk berinteraksi dan bersosial, contohnya ayat 11 dan 12, Surah al-Hujurat – Jangan meremehkan orang lain, jangan mencela diri (saudara) kamu, jangan panggil seseorang dengan gelaran yang dia tidak suka, jauhilah dari sangkaan-sangkaan yang tidak baik dan jangan mencari-cari aib orang lain.

8. [ 00:21:10 ] – Bahaya mengumpat, menjadikan seseorang itu muflis di akhirat

9. [ 00:22:30 ] – Hadith untuk mendapat cinta Allah – zuhud terhadap dunia. Untuk mendapat cinta makhluk, zuhud terhadap apa yang ada di tangan manusia.

10. [ 00:23:50 ] – Kesan makanan haram.

11. [ 00:29:59 ] – Peringatan kepada mereka yang menggunakan al-Quran untuk kepentingan dunia.

12. [ 00:32:35 ] – Sesiapa yang Allah inginkan kebaikan untuknya, diberi kepadanya kefahaman Islam yang mendalam

13. [ 00:33:54 ] – Darjat seseorang bergantung sebanyak mana al-Quran yang kita baca (dan amalkan)

14. [ 00:35:20 ] – Allah mencerahkan wajah seseorang yang mendengar suatu hadith lalu menyebarkannya sebagaimana yang dia dengar.

15. [ 00:38:12 ] – Kisah Ibnu Abbas berdebat dengan kaum Khawarij. Al-Quran dan hadith boleh menjadi sebab untuk seseorang mendapat hidayah.

16. [ 00:44:55 ] – SOAL JAWAB – Tentang tawadhu’

[FIQH AKHLAK] – Sesi 3 – Usul Kedua -Sesungguhnya Orang-Orang Mukmin Itu Bersaudara

VIDEO – [Durasi – 48m 5s] – [FIQH AKHLAK] – Sesi 3 – Usul Kedua -Sesungguhnya Orang-Orang Mukmin Itu Bersaudara

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/8C0HSzanjLY ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1. [ 00:01:05] – Semua kerja buat kita hendaklah ikhlas semata-mata kerana Allah, bukan kerana mengharapkan apa-apa balasan selain dari Allah. Contohnya, kerja-kerja baik kita tidak harus terjejas akibat dari respon negatif dari orang-orang yang kita tolong..

2. [ 00:03:53 ] – “Ikhlas” hendaklah melalui proses latihan hati yang lama.

3. [ 00:04:10 ] – Kita boleh ambil iktibar dari kisah seorang yang ikhlas bersedekah tetapi tersalah memberi sedekah kepada seorang pencuri, seorang pelacur dan seorang kaya. Terkesan dengan sedeqah yang diterima, pencuri berhenti mencuri, pelacur berhenti melacur dan orang kaya mula menderma hartanya.

4. [ 00:08:43] – Saidina Uthman yang telah banyak berjasa kepada rakyatnya tetapi telah ditohmah dan dilayan dengan buruk namun kerana dia ikhlas kepada Allah, dia tidak menyesal malah tetap bersyukur kepada Allah.

5. [ 00:11:03 ] – Akhlak yang baik ialah salah satu bentuk “rezeki” yang dikurniakan Allah taala kepada hamba-hamba-Nya.

6. [ 00:12:52 ] – Usul Kedua – “Sesungguhnya Orang Beriman Adalah Bersaudara”. Hanya orang yang beriman memahami hakikat sebenar apakah maksud “ukhuwah” (persaudaraan). Persaudaraan di dunia boleh jadii kerana faktor kelompok dan kaum, hobi, keturunan dan darah daging, tarikan harta dan kewangan, Ianya tidak kekal dan tidak akan berguna di akhirat. Persaudaraan sebenar adalah yang dibina atas dasar iman kepada Allah.

7. [ 00:17:12 ] – Hendaklah diyakini bahawa semua orang beriman adalah saudara baginya.

8. [ 00:18:25 ] – Kaum Aus dan Khazraj berperang selama 120 tahun di Madinah angkara hasutan kaum Yahudi. Islam datang menyatukan mereka.

9. [ 00:20:46 ] – Larangan “ghibah” (mengumpat) sesama orang-orang beriman.

10. [ 00:22:30 ] – Nilai persaudaraan berdasarkan iman adalah lebih utama berbanding persaudaraan disebabkan darah daging.

11. [ 00:25:31 ] – Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia suka saudaranya memperolehi apa yang dia suka.

12. [ 00:30:00 ] – Ibnu Abbas r.huma suka sekiranya semua orang dapat memahami semua ayat al-Quran sebagaimana yang difahaminya. Dia juga suka sekiranya seorang muslim mendapat keadilan di dalam perbicaraan dan dia suka jika ada orang Islam lain mendapat nikmat hujan. .

13. [ 00:34:10 ] – Tidak halal seorang mukmin tidak bertegur sapa lebih daripada tiga hari.

14. [ 00:36:24 ] – Kamu senyum kepada saudara kamu adalah sedeqah. Kisah seorang yang hampir bunuh diri, membatalkan niatnya kerana ada seseorang senyum kepadanya. Nabi berpesan supaya kita tidak menganggap perkara baik sebagai remeh walau sekecil manapun amalan itu.

15. [ 00:38:35 ] – Allah sentiasa memberi pertolongan kepada hamba-Nya selagi orang tersebut memberi pertolongan kepada saudaranya.

16. [ 00:39:07 ] – Kita akan dapat balasan berdasarkan apa yang kita buat.

17. [ 00:33:01 ] – Allah melihat perbuatan kita sepanjang masa

18. [ 00:34:20 ] – Bantulah saudaramu yang dianiaya dan yang menganiaya. Membantu orang menganiaya ialah dengan mecegahnya dari melakukan. kexaliman dan menasihatinya. Kadang-kadang lebih besar faedah membantu orang yang menganiaya kerana ia mencegah dari kezaliman terkena kepada lebih ramai orang.

[FIQH AKHLAK] – Sesi 2 – Usul Pertama – Muraqabah (Sentiasa Dalam Pengawasan Allah dsb)

VIDEO – [Durasi – 42m 58s] – [FIQH AKHLAK] – Sesi 2 – Usul Pertama – Muraqabah (Sentiasa Dalam Pengawasan Allah dsb)

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/8Zr2_MoRO7Q ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1. [ 00:01:30 ] – Usul yang paling penting bila bergaul dengan masyarakat ialah MURAQABAH, iaitu merasa sentiasa diawasi oleh Allah s.w.t. dan berbuat sesuatu hanya untuk mendapat redha Allah s.w.t.

2. [ 00:03:39 ] – Manusia melihat kita berbuat kebaikan dan selepas itu biasanya akan lupa, tetapi Allah melihat kita berbuat kebaikan tetapi Dia tidak lupa malah memberi ganjaran dan pahala kepada kita.

3. [ 00:04:30 ] – Seorang ulama’ salaf, Muhammad bin Sirin sentiasa menjaga matanya dari melihat yang haram, sehinggakan perempuan ajnabi yang dilihatnya hanyalah isterinya seorang. Dia tidak melihat perempuan lain walaupun dalam mimpinya.

4. [ 00:05:40] – Muraqabah di dalam bersedekah. Hanya mengharapkan redha Allah dan tidak mengharapkan langsung balasan malah ucapan terima kasih dari orang yang diberi sedekah.

5. [ 00:09:50 ] – Muraqabah adalah amalan paling utama, kerana tanpa muraqabah amalan seseorang akan sia-sia.

6. [00:11:50 ] – Tanpa muraqabah, bila jauh dari orang lain atau di tempat sunyi, seseorang itu akan melakukan dosa kepada Allah

7. [ 00:13:10 ] – Hadirkan muraqabah dengan mengenal Nama-nama dan Sifat-sifat Allah.

8. [ 00:14:00 ] – Muraqabah ketika mendamaikan masyarakat – dengan tidak menganggap dirinya sebagai juara perdamaian.

9. [ 00:15:40 ] – Muraqabah ketika bersedekah – tidak kecewa walaupun diketahui selepas dia bersedekah, orang yang meminta sedekah itu sebenarnya menipu.

10. [ 00:16:44 ] – Akhlak adalah perangai semulajadi, tidak boleh dibuat-buat. Biasanya, karakter semula jadi seseorang akan terzahir bila bermusafir.

11. [ 00:18:00 ] – Menjadi saksi kerana Allah.

12. [ 00:19:38 ] – Jika kita belajar, berjihad dsb, buatlah kerana Allah

13. [ 00:24:30 ] – Hadith bagaimana mereka yang berjihad, menuntut ilmu atau berderma ditempelak Allah kerana sebenarnya tidak ikhlas.

14. [ 00:29:38 ] – Kita sayang seseorang kerana Allah (kerana ingin mendapat redha Allah)

15. [ 00:31:30 ] – Tiga tanda orang yang merasakan kemanisan iman, sayangi Allah dan Rasul melebihi yang lain, sayangi seseorang kerana Allah.

16. [ 00:33:01 ] – Allah melihat perbuatan kita sepanjang masa

17. [ 00:34:20 ] – Jika kita meninggalkan sesuatu kerana Allah taala, Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Pastikan juga rezeki yang kita besarkan anak-anak adalah halal.

18: [ 00:42:11 ] – “Muraqabah” perlukan latihan berterusan.