[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 68] – Tiada hadith yang sahih tentang keharusan atau keelokan beristighātsah dengan orang yang telah mati (Video – Minta tolonglah dengan orang mati, apabila urusan meletihkan kamu)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 18m 31s] – [HADIS PALSU] – [HADIS PALSU] – Minta tolonglah dengan orang mati, apabila urusan meletihkan kamu

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/niyqmX8qcLs ]

USUL DIRAYAT KE – 68 – Tidak ada satu pun hadith yang sahih mahupun hasan tentang keharusan atau keelokan beristighātsah dengan orang yang telah mati, baik di kuburnya atau bukan di kuburnya, baik nabi, wali atau siapa pun. Kalau pun ada apa yang dikatakan sebagai hadith, maka hanyalah maudhu` semata-mata, atau paling baik pun ia hanya hadith dha`if sangat.

[.00:00:48 ] – ISTIGHATSAH DAN TAWASSUL

1. Dua istilah yang hampir serupa yang sering disalahfahami iaitu “istighatsah” (meminta pertolongan) dan “tawassul” (perantara). Ada keadaan di mana “tawassul” dibenarkan tetapi “istighatsah” pada amnya adalah dilarang. [Untuk perbincangan ringkas tentang “tawassul” dan hadith-hadith palsu berkaitan “tawassul”, sila rujuk: https://youtu.be/4KpBAXG6tK0 ]

2. Budaya mengagungkan kubur telah sampai ke negara kita. Dari pengalaman yang berlaku di luar negara, mengagungkan kubur membawa kepada perbuatan “istighatsah” yang syirik iaitu meminta pertolongan dengan orang mati di dalam kubur.

EPILOG – ISTIGHATSAH DALAM MASYARAKAT

Ramai ulama’ yang masih terkeliru dengan hukum istighatsah. Mereka mempertahankan amalan istighatsah dan berpendapat ianya dibolehkan dengan alasan mereka masih menyembah Allah padahal sebenarnya ia membawa kepada syirk. Amalan istighatsah di kubur sudah bertapak di dalam masyakat kita. Akhir-akhir ini ada yang mengatakan, kehidupan wali-wali di dalam kubur adalah lebih baik kerana mereka tidak disibukkan lagi dengan urusan-urusan duniawi!

[KENALI HADITH PALSU] – TIADA HADITH YANG SAHIH TENTANG KEHARUSAN ATAU KEELOKAN BEISTIGHATSAH DENGAN ORANG YANG TELAH MATI

1. [ 00:02:03 ] – HADITH PALSU PERTAMA

“Apabila urusan/perkara meletihkan kamu, maka minta tolonglah dengan orang-orang yang telah mati” [Nota: Hadith-hadith sebagaimana di ataslah yang menggalakkan orang pergi ke kubur untuk beristighatsah. Mereka meminta tolong kepada orang mati di dalam kubur-kubur yang dipercayai dihuni nabi-nabi (seperti kubur Nabi Hud di Yaman) atau wali-wali. Fenomena ini tersebar luas di luar negara seperti Iran, Pakistan, Yaman, Turki, Mesir, Syria dsb. Kubur-kubur di sana dihias seperti masjid dan mereka bersembahyang menghadap kubur tersebut.]

[ 00:03:00 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

i. Kita tidak dibenarkan meminta pertolongan daripada jin, malaikat (dan orang mati).

ii. Ulama’ bersepakat mengatakan hadith ini maudhu’. Ianya direka oleh golongan Quburiyyun atau golongan zindiq.

iii. Hadith ini tiada sanadnya (dikenali sebagai hadith yang tiada asalnya). Walaupun begitu, disebabkan kejahilan, orang awam masih menerimanya sebagai hadith.

iv. Apa yang disarankan dalam hadith ini ialah “istighatsah” yang diharamkan, iaitu meminta pertolongan kepada orang mati. Mereka seolah-olah menganggap orang mati lebih berkuasa dari Allah. Sepatutnya mereka menyuruh meminta terus kepada Allah jika menghadapi apa-apa masalah.

v. Alangkah anehnya, hadith sahih menyebutkan supaya orang hidup menolong orang mati dengan mendoakannya, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

vi. Ada yang berdalih, mereka tidak meminta kepada si mati, tetapi meminta supaya si mati meminta/berdoa kepada Allah. Semuanya itu dibantah oleh al-Quran.

vii. Beristighatsah dengan nabi-nabi atau wali-wali tidak pernah disyariatkan dalam Islam dan tidak termasuk dalam amalan sholeh.

2. [ 00:07:44 ] – HADITH PALSU KEDUA

“Pernah berlaku kemarau di zaman `Umar. Maka ada seorang lelaki pergi ke kubur Nabi s.a.w. dan dia berkata, “Wahai Rasulullah, mintalah hujan untuk umatmu. Sesungguhnya mereka telah binasa”. Kemudiannya Rasulullah s.a.w. datang menemui orang itu dalam mimpinya. Lalu dikatakan kepadanya, “Pergilah kepada `Umar, dan sampaikan salamku kepadanya. Beritahulah kepadanya bahawa kamu akan mendapat hujan. Dan katakan juga kepadanya: Berhatilah-hatilah engkau, berhatilah-hatilah engkau”. Orang itu pun pergilah kepada `Umar dan memberitahunya tentang mimpinya itu. Maka menangislah `Umar. Kemudian beliau berkata, “Oh Tuhanku, aku tidak cuai, kecuali apa yang tidak mampu aku lakukan”.

[ 00:08:42 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

i. Golongan Quburiyyun mendakwa hadith (atsar) ini adalah bukti bolehnya meminta pertolongan kepada Nabi selepas kewafatannya. Mereka berhujah bahawa hadith ini sahih kerana Hafiz Ibn Hajar mengatakannya sahih. Sebenarnya, adalah tidak mungkin hadith ini sahih kerana ianya berpunca dari seorang perawi yang tidak dikenali (majhul). Ibnu Hajar tersilap menghukum hadith ini.

ii. Sahabat-sahabat Nabi tidak pernah pergi ke kubur Nabi s.a.w. untuk meminta apa-apa pertolongan dari Baginda.

iii. Bila berlaku kemarau, Saidina ‘Umar menunaikan solat Istisqa’ (solat minta hujan) beramai-ramai dan meminta Saidina Abbas r.a., bapa saudara Nabi, untuk berdoa minta hujan.

3. [ 00:10:51 ] – HADITH PALSU KETIGA

Abdur Rahman bin Sa’ad meriwayatkan, pernah Ibnu Umar mengalami kebas kaki, tiba-tiba ada seseorang berkata kepadanya, “Sebutlah orang yang pernah dicintaimu”. Mendengar kata orang itu beliau terus berkata, “Wahai Muhammad!” .

[Nota: Hadith ini dijadikan dalil oleh sesetengah pihak untuk membolehkan amalan beristighatsah dengan orang mati. Walaupun hadith ini menyebut beristighatsah dengan Nabi, tetapi golongan Quburiyyun mengatakan boleh juga beristighatsah dengan wali-wali]

[ 00:12:40 ] KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

i. Hadith ini dijadikan dalil oleh mereka yang membolehkan amalan istighatsah kepada Nabi selepas kewafatan Baginda.

ii. Terdapat ‘ilal (kecacatan) pada sanad dan matannya. Seorang perawinya yang bernama Abu Ishaq as-Sabi’i adalah seorang yang bercelaru fikirannya dan dituduh sebagai Syiah.

iii. Hadith ini tidak tetap (ittiradh) sanadnya.

iv. Petua menghilangkan kebas kaki (sebagaimana di dalam atsar di atas) adalah kepercayaan khurafat sejak dari zaman jahiliyyah lagi. Adalah tidak masuk akal, Ibnu Umar, seorang Sahabat besar masih lagi terpalit dengan amalan khurafat.

v. Tiada Sahabat yang pernah beristighatsah dengan Rasulullah baik semasa hidup atau selepas kewafatan Baginda.

vi. Isti’anah (meminta tolong dalam keadaan terdesak atau tidak) dan istighatsah (meminta tolong dalam keadaan terdesak) hanya kepada Allah adalah disyariatkan dan dianjurkan dalam Islam (sebagaimana Surah al-Fatihah, Ayat 5).

vii. Isti’anah atau istighatsah kepada manusia dibolehkan dengan tiga syarat berikut,

a) dalam perkara yang mampu dilakukannya,

b) selagi ia masih hidup, dan,

c) ia hadhir di tempat berkenaan (atau boleh dihubungi).

VIDEO PENUH ASAL –

1 – • Sesi 114 –  Tiada Hadith Sahih Atau Hasan …  

2 – • Sesi 115 – Tiada Hadith Sahih Atau Hasan T…   .

[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 67] – Hadith yang menyatakan serban merupakan alamat yang membezakan antara orang Islam dan orang kafir semuanya palsu (Video – Serban Adalah Pembeza Di Antara Orang Islam Dan Orang Kafir)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 12m 53s] – [HADIS PALSU] – Serban Adalah Pembeza Di Antara Orang Islam Dan Orang Kafir

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/Mhh_VlHQ_7o ]

USUL DIRAYAT KE – 67 – Hadith-hadith yang menyatakan serban merupakan alamat yang membezakan antara orang Islam dan orang kafir, memakainya pada hari-hari tertentu mempunyai kelebihan tersendiri dan ia adalah sesuatu yang menaikkan darjat atau maqam seseorang di sisi Allah atau ia menjadikan seseorang semakin mulia, penyantun, kuat iman dan sebagainya, tidak ada satupun yang tsabit dan sahih. Semuanya dhaif sangat atau maudhu’. [Nota: Nabi ada memakai serban. Ianya tidak mempunyai kelebihan apa-apa di sisi syariat, seperti tiada kelebihan kita menggunakan pelita kerana semata-mata Nabi menggunakan pelita]

[KENALI HADITH PALSU] – HADITH YANG MENYATAKAN SERBAN MERUPAKAN ALAMAT YANG MEMBEZAKAN ANTARA ORANG ISLAM DAN ORANG KAFIR SEMUANYA PALSU

1. [ 00:01:23 ] – HADITH PERTAMA (SANGAT DHAIF)

“Perbezaan antara kita dan orang-orang musyrikin ialah serban-serban di atas songkok-songkok”

[ 00:01:39 ] – KOMENTAR HADITH PERTAMA

i. Hadith ini mempunyai tiga orang perawi yang tidak dikenali (majhul) secara berturut-turut, menyebabkannya dihukum dhaif sangat.

ii. Maksud hadith ini tidak jelas; adakah yang dimaksudkan orang musyrikin itu ialah orang yang tidak memakai songkok, atau orang yang memakai songkok tetapi tidak memakai serban, atau orang yang memakai serban tetapi tidak bersongkok? Nabi s.a.w. ada berbuat semuanya ini, menyebabkan apa yang didakwa hadith ini tidak benar.

iii. Hakikatnya di zaman moden ini songkok dipakai oleh orang Islam dan juga bukan Islam seperti di Indonesia dan India. Oleh itu ianya tidak boleh dijadikan sebagai pembeza antara orang Islam dan orang kafir. Manakala di India serban juga dipakai oleh orang bukan Islam contohnya, kaum Sikh.

iv. Hadith sahih yang menyatakan pemisah antara Islam dan kufur ialah meninggalkan sembahyang. Tanda seseorang itu Islam ialah mereka yang bersembahyang dan menghadap kiblat seperti kita, mereka yang memakan sembelihan kita dan tidak memakan sembelihan orang kafir.

2. [ 00:04:15 ] – HADITH PALSU KEDUA

“Berserbanlah kamu, nescaya semakin bertambah kesantunanmu”

[ 00:04:31 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

i. Terdapat beberapa orang perawi bermasalah dimana hadithnya tidak diterima, dituduh sebagai pendusta besar dan pereka. .

ii. Dakwaan di dalam hadith ini tidak masuk akal, iaitu dengan semata-mata memakai serban seseorang itu akan jadi lebih bijak dan penyantun, baik budi pekertinya.

3. [ 00:05:46] – HADITH PALSU KETIGA

“Sesungguhnya Allah Azza Wa Jalla telah menolongku pada Hari Badar dan Hunain dengan para malaikat yang berserban dengan cara ini”. Kemudian Baginda s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya serban itu penghalang di antara kufur dan iman”. Rasulullah s.a.w. (juga) melihat seorang lelaki yang memanah menggunakan busar (panah) Farsi. Terus Baginda bersabda: “Buangkannya”. Setelah nampak busar (panah) Arab, Baginda bersabda: “Gunakan busar ini dan busar-busar sepertinya, gunakan juga lembing-lembing yang sempurna, kerana dengannya Allah akan menguatkan kedudukanmu di segala negeri dan Allah akan menyokongmu untuk mencapai kemenangan”

[ 00:06:09 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

i. Apakah orang beriman akan terdedah kepada kekufuran jika tidak memakai serban? Ianya tidak mungkin terjadi lebih-lebih lagi di tempat di mana serban menjadi identiti golongan kafir seperti golongan Sikh di India.

ii Jika serban menjadi penghalang dari syirik dan kesesatan, mengapa golongan sesat seperti Syiah Imam Dua Belas (yang ramai penganutnya di Iran) tidak terselamat dari kesesatan walaupun mereka berserban?

iii. Tidak dinafikan Nabi s.a.w. selalu memakai serban. Ini adalah kerana serban ialah pakaian tradisi orang Arab. Hukum memakai serban adalah harus sahaja sepertimana harusnya kita menggunakan pelita kerana Nabi menggunakannya, atau memakan roti kerana Nabi juga memakan roti.

iv. Tidak sepatutnya sesuatu adat dan budaya setempat dijadikan penentu sama ada beriman atau kufurnya seseorang kerana ianya diamalkan oleh semua orang, tidak kira sama ada dia orang Islam atau tidak.

4. [ 00:10:55 ] – HADITH PALSU KEEMPAT

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada orang-orang yang memakai serban pada hari Jumaat”. [Nota: Kelebihan ini bukan kerana memakai serban untuk sembahyang Jumaat, tetapi kerana semata-mata memakainya pada hari Jumaat]

[ 00:11:20 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEEMPAT

i. Tokoh-tokoh ulama’ hadith telah menghukumkan hadith ini maudhu’. Salah seorang perawinya, Ayyub bin Mudrik, seorang pendusta besar, bertanggungjawab mereka hadith ini.

ii. Serban ialah dari budaya Arab, yang diamalkan oleh orang Arab tanpa mengira agama. Pemakaian serban hanyalah harus hukumnya.

iii. Sekiranya ahli-ahli hadith tidak menyatakan kepalsuan hadith ini, sudah pasti orang ramai bersemangat mengamalkannya kerana ingin mendapat kelebihan-kelebihan yang dijanjikan.

VIDEO PENUH ASAL –

1 – • Sesi 112 -Hadith Serban Merupakan Alamat Y…  

2 – • Sesi 113 -Hadith Serban Merupakan Alamat Y…   .

[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 66] – Hadith yang menyatakan kelebihan bersembahyang dengan berserban tiada yang sahih (Video – 2 rakaat solat dengan serban lebih afdhal daripada 70 rakaat tanpa serban)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 12m 19s] – [HADIS PALSU] – 2 rakaat solat dengan serban lebih afdhal daripada 70 rakaat tanpa serban

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/_JEOWOXj0l0 ]

USUL DIRAYAT KE – 66 – Hadith-hadith yang menyatakan kelebihan bersembahyang dengan berserban sama ada pada hari tertentu atau secara mutlak atau untuk mengerjakan sembahyang tertentu tidak ada yang sahih. Semuanya dhaif atau dhaif sangat. Banyak juga daripadanya maudhu’.

[Nota: Memang ada hadith sahih yang menunjukkan Nabi s.a.w. pernah memakai serban sama ada di dalam atau di luar sembahyang. Apa yang dipertikaikan ialah fadhilat, ganjaran atau kelebihan yang dijanjikan oleh Nabi s.a.w. kepada orang yang memakai serban]

[ 00:10:45 ] – NOTA HUJUNG (1)

Hadith-hadith palsu berkenaan kelebihan memakai serban adalah termasuk di dalam usul dirayat hadith yang menyatakan sesuatu hadith itu palsu sekiranya ianya menjanjikan ganjaran yang amat besar untuk sesuatu amalan yang kecil dan remeh.

[ 00:11:15 ] – NOTA HUJUNG (2)

Masalah utama bagi masyarakat Malaysia ialah tidak meluasnya pengajian hadith. Orang awam akan menelan apa saja yang disajikan tanpa dapat menilai kesahihan ajaran yang didakwa dari hadith Nabi. Sebagai peringatan, ulama’ bersepakat bahawa mengada-adakan, menyebar dan mengajarkan hadith palsu adalah satu dosa besar.

[KENALI HADITH PALSU] HADITH YANG MENYATAKAN KELEBIHAN BERSEMBAHYANG DENGAN BERSERBAN TIADA YANG SAHIH

1. [ 00:01:00 ] – HADITH PALSU PERTAMA

“Satu sembahyang sunat atau fardhu dengan berserban menyamai dua puluh lima sembahyang tanpa serban. Satu sembahyang Jumaat dengan berserban menyamai tujuh puluh sembahyang Jumaat tanpa serban” [Nota: Hadith ini terdapat dalam banyak kitab yang mengumpulkan hadith-hadith maudhu’]

[ 00:01:44 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

i. Ada perawi dalam hadith ini tidak dikenali (majhul). Manakala sanadnya pula tidak tetap (“muttaridh”). .

ii. Antara tokoh-tokoh hadith yang menghukumkan hadith ini maudhu’ ialah Hafiz Ibnu Hajar, as-Suyuthi, Ibnu ‘Arraq, asy-Syaukani, al-Abaani dll.

iii. Salah satu sebab ianya dihukum maudhu’ ialah kerana ganjaran yang terlalu besar untuk suatu amalan yang remeh.

2. [ 00:02:39 ] – HADITH PALSU KEDUA

“Solat dengan berserban menyamai sepuluh ribu kebajikan”

[ 00:02:58 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

i. Salah seorang perawi hadith ini yang bernama ‘Abaan ialah seorang yang dituduh berdusta dan mengada-adakan hadith (“muttaham”).

ii. Hadith ini terdapat di dalam kitab-kitab yang mengumpulkan hadith-hadith palsu.

iii. Antara ulama’ hadith yang menghukum hadith ini palsu ialah Hafiz Ibnu Hajar, as-Sakhawi, as-Suyuthi, al-Albaani dll.

iv. Adalah tidak masuk akal sembahyang dengan memakai serban mendapat ganjaran melebihi dari solat fardhu berjemaah! 3

3. [ 00:04:41 ] – HADITH PALSU KETIGA

“Dua rakaat sembahyang dengan berserban lebih afdhal daripada 70 rakaat tanpa serban” . [Nota: Hadith palsu kelebihan memakai serban ini dan banyak lagi hadith-hadith palsu lain terdapat di dalam kitab-kitab yang diajar di pondok-pondok di Malaysia. Masyarakat mengamalkan hadith-hadith palsu ini kerana terperdaya dan menyangka ianya adalah dari ajaran agama]

[ 00:05:39 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

i. Ada dua orang perawi yang bermasalah dalam hadith palsu ini, iaitu, Thariq bin ‘Abdir Rahman al-Qurasyi al-Hajaazi (perawi yang teruk ingatannya) dan Ahmad bin Shaaleh (perawi yang ditinggalkan riwayatnya dan seorang pendusta besar). .

ii. Semasa menceritakan kelebihan solat berjemaah sebanyak 25 atau 27 kali berbanding solat bersendirian, Nabi s.a.w. tidak sedikit pun menyentuh tentang kelebihan solat dengan memakai serban yang kononnya seperti 70 rakaat bila mengerjakan dua rakaat solat!

iii. Kelebihan memakai serban menyebabkan hanya golongan lelaki yang mendapat manfaatnya (kerana serban adalah pakaian khusus kaum lelaki) menjadikan kaum wanita tersisih. Ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan kaum wanita yang merasa didiskrimasi. Kesannya, mereka berpandangan tidak baik terhadap syariat Islam.

4. [ 00:08:09 ] – HADITH PALSU KEEMPAT

“Satu sembahyang dengan lilitan serban, pahalanya di sisi Allah menyamai satu peperangan di jalan Allah”

[ 00:08:23 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEEMPAT

i. Tokoh-tokoh besar hadith seperti Ibnu ‘Adi, az-Zahabi, Hafiz Ibnu Hajar, asy-Syaukani menghukum hadith ini sebagai maudhu’ (palsu).

ii. Salah seorang perawinya, Ibrahim bin ‘Abdillah bin Hammaam ialah seorang pendusta besar. .

iii. Adalah tidak munasabah satu amalan yang remeh seperti melilit serban diganjari sama dengan amalan utama dalam Islam, iaitu berjihad di jalan Allah. .

iv. Nabi s.a.w. dan Sahabat-Sahabat Baginda pernah tidak memakai serban ketika mengerjakan sembahyang.

v. Hadith palsu ini bercanggah dengan hadith sahih yang mengatakan amalan paling utama ialah jihad di jalan Allah.

VIDEO PENUH ASAL –

1 –    • Sesi 110 – Palsu- Hadith Kelebihan Berserb…  

2 –    • Sesi 111 – Palsu- Hadith Kelebihan Berserb…   .

[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 65] – Riwayat Yang Menyatakan Kelebihan Bukit Tertentu Semuanya Maudhu’ (Video – Bukit al-Khalil adalah sebuah bukit suci. Para Nabi menyelamatkan diri ke sana)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 9m 46s] – [HADIS PALSU] – [HADIS PALSU] – Bukit al-Khalil adalah sebuah bukit suci. Para Nabi menyelamatkan diri ke sana.

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/Ocr4WIwVi5w ]

USUL DIRAYAT KE – 65 – Riwayat-riwayat Yang Menyatakan Kelebihan Dan Keistimewaan Bukit-Bukit Tertentu Seperti Thursina, Qaf Dan Lain-Lain Dan Juga Riwayat-Riwayat Yang Mengaitkan Bukit Tertentu Dengan Syurga Semuanya Maudhu’.

[KENALI HADITH PALSU] RIWAYAT YANG MENYATAKAN KELEBIHAN BUKIT TERTENTU SEMUANYA MAUDHU’

1. [ 00:00:36] – HADITH PALSU PERTAMA

“Empat (buah) bukit daripada bukit-bukit syurga, dan empat (batang) sungai daripada sungai-sungai syurga, dan empat peperangan daripada peperangan syurga”. Ditanya orang, “Bukit-bukit apakah itu?”. (Jawab Baginda). “Uhud menyintai kita dan kita (juga) menyintainya, ia ialah salah satu bukit dari bukit-bukit syurga, [Warqaan salah satu bukit dari bukit-bukit syurga], Thur salah satu dari bukit-bukit syurga, dan Lubnan (juga) salah satu bukit daripada bukit-bukit syurga. Empat sungai daripada syurga ialah Sungai Furat, Sungai Nil, Sungai Saihaan, dan Sungai Jaihaan. Dan empat peperangan pula ialah Badar, Uhud, Khandaq dan Hunain”.

[ 00:01:31 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

i. Perawi hadith ini, Katsir bin ‘Abdillah, kata Imam Ahmad bin Hanbal adalah langsung tidak berguna. Imam asy-Syafi’e pula berkata dia adalah rukun (tiang seri) dusta.

ii. Dua bahagian dari hadith ini adalah sahih, iaitu, “Uhud mencintai kita dan kita juga mencintai Uhud” dan, “Saihan, Jaihan, Furaat dan Nil, semuanya daripada sungai-sunagi syurga”.

iii. Yang dimaksudkan hadith ini palsu ialah keseluruhan hadith tersebut.

2. [ 00:03:19 ] – HADITH PALSU KEDUA

“Bukit al-Khalil adalah sebuah bukit suci. Sesungguhnya bila berlaku fitnah di kalangan Bani Isra’il, Allah mewahyukan kepada para nabi mereka supaya lari membawa agama mereka ke Bukit Khalil”

[ 00:03:53 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

i. Perawi hadith palsu ini, al-Wadhiin meriwayatkan hadith ini secara “mursal”, iaitu terputus sanadnya. Dia seorang perawi dhaif dan berfahaman “Qadiriah” (tidak percaya kepada taqdir).

ii. Tidak diketahui dimanakah letaknya Bukit al-Khalil yang tersebut di dalam riwayat ini.

iii. Juga tidak diketahui apakah fitnah yang dialami oleh Bani Israil tersebut.

3. [ 00:05:21 ] – HADITH PALSU KETIGA

“Kami menyertai Rasulullah s.a.w. dalam peperangan pertama yang dilancarkan oleh Baginda, iaitu al-Abwaa’. Apabila kami sampai di ar-Rauhaa’. Baginda berhenti di ‘Arqi az-Zhabyah lalu bersembahyang (di situ), kemudian Baginda bersabda; “Tahukah kamu apa nama bukit itu?”. Mereka (para Sahabat): “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui”. Kata Rasulullah s.a.w.: “Ini adalah (Hamat) salah satu bukit syurga. Tujuh puluh orang nabi sebelumku telah bersembahyang di masjid ini. Nabi Musa a.s. (juga) telah lalu di sini. Dia memakai dua jubah Qathawaani yang tidak berlengan sambil menaiki unta kelabu bersama-sama tujuh puluh orang dari kalangan Bani Israil. Mereka datang untuk mengerjakan haji di Baitil Atiq. Kiamat tidak akan berlaku selagi Isa bin Maryam, hamba Allah dan rasul-Nya tidak lalu di sini untuk mengerjakan haji atau umrah atau Allah akan mengumpulkan kedua-duanya untuk beliau (Nabi Isa a.s.)”

[ 00:06:56] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

i. Hadith ini juga diriwayatkan oleh Katsir bin ‘Abdillah, perawi hadith contoh pertama, seorang perawi yang dipertikaikan malah dituduh sebagai pendusta.

ii. Bukit Hamat adalah sebuah bukit baru yang diperkenalkan sebagai bukit syurga, walhal dalam contoh pertama telah dinyatakan hanya ada empat bukit syurga.

iii. Lembah ar-Rauha dinyatakan sebagai salah satu dari lembah-lembah syurga, satu kenyataan yang tiada dalam hadith sahih.

iv. Terdapat “ittiradh” di dalam hadith ini yang menjadikan ianya tidak sahih

VIDEO PENH ASAL –

1 –    • Sesi 108 – Riwayat Kelebihan Bukit Tertent…  

2 –    • Sesi 109 – Riwayat Kelebihan Bukit Tertent…  

[FIQH ASMA’UL HUSNA] – Sesi 10 – [MUQADDIMAH] Pengaruh Asma’ ul-Husna Pada Penciptaan Manusia & Alam

VIDEO – [Durasi – 38m 28s] – (MUQADDIMAH) – Sesi 10 – Pengaruh Asma’ ul-Husna Pada Penciptaan Manusia & Alam – [FIQH ASMA’UL HUSNA]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube –  https://youtu.be/ldczjbkYpn4; ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1. [ 00:02:12 ] – Allah sangat mencintai Nama-Nama-Nya dan suka makhluk-Nya menyebut-nyebut Nama-Nama-Nya

2. [ 00:04:22 ] – Mengenali Allah melalui dua cara iaitu,

i. [ 00:04:35 ] – Cara Pertama – Melihat (dengan berfikir) pengaruh nama-nama Allah ke atas makhluk ciptaan-Nya

ii. [ 00:06:23 ] – Cara Kedua – Merenung ayat-ayat al-Quran

3. [ 00:10:17 ] – Ibadat kita akan lebih berkualiti jika dapat menghayati asma’ ul-Husna

4. [ 00:14:06 ] – SELINGAN – Tiga jenis ibadat – Qalbi (hati), Lisani (lidah) dan Jawari (menggunakan anggota zahir)

5. [ 00:15:28 ] – Bla kita menghayati asma’ ul Husna, kita akan yakin bahawa apa yang berlaku adalah semuanya dari Allah.

6. [ 00:25:46 ] – SELINGAN – Untuk sentiasa ingat kepada Allah ( atau untuk kembali mengingatkan kita kepada Allah) ialah dengan ucapan “Bismillah”.

7. [ 00:28:47 ] – Bila kita faham tentang nama dan sifat Allah, kesannya kita akan rasa takut kepada Allah, timbul perasaan bahawa kita sentiasa diperhatikan Allah.

8. [ 00:35:35 ] – Tujuan Allah menjadikan manusia ialah untuk beribadat kepada-Nya.

[FIQH ASMA’UL HUSNA] – Sesi 9 – [MUQADDIMAH] Pengaruh Asma’ ul-Husna Pada Penciptaan Manusia & Alam

VIDEO – [Durasi – 35m 51s] – (MUQADDIMAH) – Sesi 9 – Pengaruh Asma’ ul-Husna Pada Penciptaan Manusia & Alam – [FIQH ASMA’UL HUSNA]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube –  https://youtu.be/kNSAC5Onkto ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1. [ 00:02:10 ] – Belajar tentang Asma’ ul-Husna ialah belajar tentang tauhid, usul kepada agama. Orang musyrikin Mekah mengaku Allah yang mencipta alam ini tetapi tidak memberi hak yang sepatutnya kepada Allah kerana tidak faham hakikat tentang Allah itu sendiri.

2. [ 00:07:29] – Jadikan kekurangan di dunia sebagai modal atau penyebab untuk mendapat kelebihan di akhirat

3. [ 00:08:41 ] – Semua ciptaan Allah adalah rahmat

4. [ 00:10:13 ] – Ilustrasi pengaruh nama Allah dalam penciptaan alam semesta dan mengenal peranan nama-nama Allah dalam kehidupan kita. Nama-nama Allah seperti al-Hamiid, al-Majiid, al-Hakiim, al-Malik, al-Hayyu, al-Khalik, as-Samii’, al-Basiir, ar-Razzak dan sebagainya.

5. [ 00:19:52 ] – Orang yang menghayati kesan pengaruh nama Allah ke atas makhluk-Nya akan dikurniakan iman yang sempurna

6. [ 00:21:38 ] – Mengenal asma’ Ul-Husna boleh menarik cinta manusia kepada Allah, menjadikan dia sentiasa ingat kepada Allah dan menyembah kepada-Nya semata-mata

7. [ 00:24:30 ] – Selagi tidak mengenal Allah, ibadat kita tidak akan sampai ke tahap “makrifat”

8. [ 00:28:23 ] – Berdoalah kepada Allah sesuai dengan nama-Nya

9. [ 00:29:00 ] – Bertawassullah dengan nama-nama Allah yang baik (Asma’ ul-Husna) untuk memohon pertolongan kepada Allah. Tidak dibenarkan menggunakan nama-nama makhluk (contohnya nama-nama “wali”), bila bertawassul.

10. [ 00:30:08 ] – Ada tiga kategori doa iaitu doa permintaan, doa pujian dan doa ibadah

11. [ 00:32:10 ] – Cara pembahagian lain kategori doa, a. menolong orang (akan diganjari Allah) b. amal agama Allah

12. [ 00:33:30 ] – .Allah mengajak hamba-Nya mengenal-Nya dengan perantaraan Nama-Nama dan Sifat-Sifat-Nya, (maknanya, kajilah nama-nama Allah dan sifat-sifat Allah). Dengan mengenal tuhan akan menjadikan kita takut dan patuh kepada Allah.

[FIQH ASMA’UL HUSNA] – Sesi 8 – [MUQADDIMAH] Keutamaan Memahami Asma’ul Husna Dan Sifat-Sifat Allah

VIDEO – [Durasi – 39m 16s] – (MUQADDIMAH) – Sesi 8 – Keutamaan Memahami Asma’ul Husna Dan Sifat-Sifat Allah – [FIQH ASMA’UL HUSNA]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube –  https://youtu.be/qpZwrEhqYb8  ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1. [ 00:01:35 ] – Setiap nama Allah ada peranan, bukan hanya sekadar nama; dan peranan nama Allah ada pengaruh ke atas makhluk

2. [ 00:08:45 ] – Kejadian-kejadian alam ini akan “membawa” kita kepada Allah s.w.t. [Apa-apa yang berlaku semuanya akan kembali kepada (bertitik tolak dari) Allah]

3. [ 00:09:16 ] – Objektif pengajian tentang asma’ ul-Husna ialah untuk mengingatkan kita kepada pencipta (Allah) bila melihat alam ini

4. [ 00:14:59 ] – Selingan : Empat ciri yang perlu ada bila mendakwa sesuatu ajaran itu adalah sebuah agama.

5. [ 00:23:46 ] – Bagaimana tergelincirnya orang kafir Quraisy : Mereka percaya adanya tuhan yang mencipta tetapi enggan menyembah tuhan itu.

6. [ 00:29:04 ] – Peringatan: Kejahilan tentang Allah di kalangan orang Islam boleh menyebabkan mereka bercakap seperti orang kafir!

7. [ 00:30:14 ] – Pesanan Allahyarham Tok Guru Nik Abd Aziz tentang pentingnya pengajian berkaitan asma’ ul-Husna

8. [ 00:34:37 ] – Tujuan kita belajar tentang asma ul-Husna ialah untuk meletakkan Allah sesuai pada tempatnya

[FIQH ASMA’UL HUSNA] – Sesi 7 – [MUQADDIMAH] Keutamaan Memahami Asma’ul Husna Dan Sifat-Sifat Allah

VIDEO – [Durasi – 34m 11s] – (MUQADDIMAH) – Sesi 7 – Keutamaan Memahami Asma’ul Husna Dan Sifat-Sifat Allah – [FIQH ASMA’UL HUSNA]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube –  https://youtu.be/qpZwrEhqYb8  ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1. [ 00:01:23 ] – Fadhilat Memahami Asma’ul Husna – Yang Keenam – fadhilat ke enam – Pengetahuan tentang nama Allah adalah asal segala kejadian. Setiap nama Allah ada kaitan dengan kejadian.

2. [ 00:06:30 ] – Semua “perbuatan” Allah adalah berkisar sekitar keadilan, keutamaan dan hikmat (kebijaksanaan).

3. [ 00:11:33 ] – Semua berita daripada Allah adalah benar

4. [ 00:15:30 ] – Allah Maha Pelaksana (Kun Faya Kuun)

5. [ 00:16:48 ] – Allah lah yang “menghamparkan” nikmat ke seluruh dunia, dengan penuh rahmat dan ilmu.

6. [ 00:19:54 ] – Fadhilat Memahami Asma’ul Husna – Yang Ketujuh – “Makrifatullah” (mengenal Allah) – adalah perniagaan yang tidak akan rugi. Keuntungan nya – Jiwa akan jadi tenang, hati jadi lapang, dapat melihat wajah Allah di akhirat dan terselamat dari murka Allah.

7. [ 00:23:25 ] Fadhilat Memahami Asma’ul Husna – Yang Kelapan – Mencegah sesorang dari melakukan perkara buruk yang tidak diredhai oleh Allah. Kits tidak akan berputus asa hidup di dunia, dan menjadikan kita orang yang sabar.

8. [ 00:26:04 ] – Terhindar dari sifat jemu dań malas dalam beragama.

9. [ 00:26:54 ] – Mendorong kita melakukan ketaatan kepada Allah, mencegah dari melakukan maksiat dań menjadi penghibur bila ditimpa bencana.

10. [ 00:29:51 ] – Keperluan yang paling mendesak untuk kita ialah keperluan mengenal tuhan, iaitu mengenal Allah

[FIQH ASMA’UL HUSNA] – Sesi 5 – [MUQADDIMAH] Keutamaan Memahami Asma’ul Husna Dan Sifat-Sifat Allah

VIDEO – [Durasi – 32m 03s] – (MUQADDIMAH) – Sesi 5 – Keutamaan Memahami Asma’ul Husna Dan Sifat-Sifat Allah – [FIQH ASMA’UL HUSNA]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube –  https://youtu.be/qpZwrEhqYb8  ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1. [ 00:02:02 ] Tujuan hidup hanya kerana mencari redha Allah

2. [ 00:03:26 ] Ibnu Qayyim – Nikmat terbaik kehdupan di dunia ialah “makrifatullah” (memahami hakikat Allah), mencintai Allah, tenang hati bila dekat dengan Allah dan rindu untuk bertemu Allah.

3. [ 00:04:21 ] Perbezaan tarekat sesat dengan ajaran Islam sebenar ialah tarekat menyarankan supaya menjauhkan diri dari manusia untuk mendekatkan diri dengan Allah.

4. [ 00:05:40 ] Cara menuju kepada Allah ialah dengan memahami nama-nama dan sifat Allah dan sentiasa ingat dan kaitkan sesuatu dengan Allah berdasarkan nama-nama-Nya.

5. [ 00:12:25 ] Sentiasa ingat kepada Allah dengan mengucapkan “Bismillah”

6. [ 00:15:00 ] “Makrifatullah” (mengenali Allah) dibahagikan kepada dua bahagian:

a. [ 00:15:12 ] Melalui ikrar (pengakuan dengan lidah)

b. [ 00:15:52 ] Mengenal Allah sehingga timbul rasa malu kepada Allah, hati terikat kepada Allah, rindu dan takut kepada Allah.

7. [ 00:19:38 ] Tujuan Allah menyatakan sifat kekuasaan Nya dsb ialah supaya kita meletakkan sesuatu perkara ikhlas kerana Allah dan menghapuskan syirik kepada-Nya.

8. [ 00:22:45 ] Allah menyebutkan sifat-sifat-Nya untuk memberitahu berita gembira dan ancaman.

9. [ 00:23:34 ] Apakah maksud “bertemu tuhan”?