[HADITH PALSU] – RIWAYAT MENYEBUTKAN QUTHUB, GHAUTS, NUJABA’, NUQABA’, AUTAD, USHUB DAN LAIN-LAIN GELARAN PARA WALI YANG TERSEBAR DENGAN MELUAS DI KALANGAN AHLI SUFI TIADA SATU PUN YANG SAHIH

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 22m 25s] – [HADIS PALSU] – Wali-Wali Uruskan Bumi & Tunaikan Hajat Manusia

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/ZqMEonXd3-M ]

[HADITH PALSU] – RIWAYAT MENYEBUTKAN QUTHUB, GHAUTS, NUJABA’, NUQABA’, AUTAD, USHUB DAN LAIN-LAIN GELARAN PARA WALI YANG TERSEBAR DENGAN MELUAS DI KALANGAN AHLI SUFI TIADA SATU PUN YANG SAHIH.

00:00:53 ] – STATUS GELARAN-GELARAN YANG DIBERI KEPADA WALI-WALI

Gelaran-gelaran yang diberikan kepada wali-wali adalah tidak berasal dari Nabi tetapi rekaan orang-orang kemudian dari golongan sufi.

00:01:27] – STATUS HADITH TENTANG ABDAL YANG DIKATAKAN SAHIH

Hadith tentang Abdal yang dikatakan sahih masih dipertikaikan oleh ramai ulama’ hadith. Jika diterima pun, maksudnya bukan seperti yang difahami oleh golongan sufi.

00:13:40 ] – HADITH TENTANG WALI ABDAL YANG DIDAKWA SAHIH

Hadith ini terdapat di dalam kitab Sunan Abi Daud, ianya berbunyi: “Nanti akan berlaku perselisihan ketika meninggalnya seorang khalifah. Maka akan keluar seorang lelaki dari Madinah lari ke Mekah. Beberapa orang penduduk Mekah akan datang kepadanya dan akan mengeluarkannya dalam keadaan dia tidak suka. Lalu mereka membaiatnya di antara rukun dan Maqam (Ibrahim). Satu pasukan akan dihantar kepadanya dari Syam. Mereka akan ditelan bumi di Baida’ di antara Mekah dan Madinah. Apabila peristiwa itu dilihat oleh orang ramai, datanglah kepadanya Abdaal Syam dan Ashaa’ib Iraq. Lalu mereka membaiahnya. Kemudian muncul seorang lelaki Quraisy, keluarga sebelah ibunya adalah puak Kalb (nama satu kabilah). Dia menghantar kepada mereka satu pasukan tentera yang akan mengalahkan satu pasukan tentera Kalb tersebut. Rugilah orang-orang yang tidak menyaksikan (mendapat) ghanimah daripada puak Kalb itu. Maka dia membahagi-bahagikan harta. Ketika itu manusia akan mengikut sunnah Nabi mereka s.a.w. Islam akan berdaulat di atas muka bumi pada masa itu. Dia akan memerintah selama tujuh tahun dan jenazahnya disembahyangkan oleh orang Islam.”

00:15:30 ] – KOMENTAR TERHADAP HADITH TENTANG WALI ABDAL YANG DIDAKWA SAHIH

1. Hadith ini sebenarnya dhaif kerana perawinya Imraan bin Daud al-Qatthan adalah dhaif di sisi ramai ulama’ rijal serta berfahaman Khawarij.

2. Hadith ini juga mempunyai ‘ilal (kecacatan) yang besar.

3. Istilah “Abdal” yang banyak digunakan oleh golongan salaf tidak sebagaimana yang digunakan oleh golongan sufi, tetapi hanya dari segi bahasa.

[00:16:44] – PERIHAL DAN TUGAS WALI-WALI DARI KACA MATA AHLI SUFI

[ NOTA – 1 ]

Gelaran para wali dikatakan dinukilkan oleh al-Kattaani (seorang tokoh sufi terkenal) dan kemudiannya diikuti oleh generasi kemudian. Kemungkinan besar, hikayat ini direka oleh Ali bin Abdullah Jahdam al-Hamdani, seorang pereka hadith dan mengatakan ianya berpunca dari al-Kattaani. Al-Kattaani berkata: “Nuqaba’ (ada) 300 orang, Nujaba’ 70 orang, Budala’ (Abdal) ada 40 orang. Akhyar 77 orang. ‘Umud empat orang. Dan Ghauts (Qutb) seorang (sahaja). Tempat tinggal Nuqaba’ Moroko. Tempat tinggal Nujaba’ Mesir. Tempat tinggal Abdal Syam. Akhyar sentiasa mengembara di bumi. ‘Umud di penjuru-penjuru bumi. Dan tempat tinggal Ghauts Mekah. Apabila ada hajat (yang melibatkan) orang ramai, (mula-mula sekali) Nuqaba’lah yang akan bermunajat (memohon) kepada tuhan, kemudian Nujaba’, kemudian Abdal, kemudian Akhyar, kemudian ‘Umud. Sekiranya hajat orang ramai itu diperkenankan Allah, maka sampai disitu sahaja usaha bermunajat itu terhenti. Sekiranya hajat mereka belum juga tertunai, maka Ghautslah pula yang akan bermunajat (memohon) kepada Tuhan. Doanya akan terus dimakbulkan oleh Allah sebelum lagi ia selesai berdoa.

NUKILAN INI TIADA SANDARAN DARI HADITH DAN HANYA REKAAN SEMATA-MATA & TIDAK SEPATUTNYA MENJADI KEPERCAYAAN (AQIDAH) KITA

00:19:40] – PERIHAL WALI-WALI DARI KACAMATA AHLI SUFI

[ NOTA – 2 ] – PERINCIAN DAN TUGAS WALI-WALI

1) Abdal atau Budala’ adalah sekumpulan wali yang merupakan Rijalul Ghaib. Mereka tidak dikenali orang ramai. Mereka terlibat dalam menjaga sistem alam semesta. Wali Abdal mampu menggantikan seseorang yang berjasad serupa dengannya ketika dia pergi ke mana-mana.

2) Nujaba’ ialah wali-wali yang sibuk menanggung beban makhluk, iaitu segala peristiwa yang tidak mampu ditanggung oleh kekuatan manusia biasa.

3) Al-Akhyar ialah wali-wali yang sentiasa mengembara di bumi.

4. Quthb ialah seorang wali yang sentiasa mendapat perhatian Allah setiap waktu. Dia melihat kepada rayuan dan penderitaan orang yang menderita dan melarat. Allah memberinya azimat agung. Dia meresap dalam alam semesta zahir dan batin seperti meresapnya roh di dalam tubuh. Quthb hanya seorang sahaja.

5. Al-Autad ialah empat orang wali yang menjaga empat penjuru alam.

6. An-Nuqaba’, wali yang dapat mengeluarkan rahsia-rahsia hati manusia.

7. Khatamul Auliya’ adalah penutup sekelian wali yang direbut di kalangan sheikh-sheikh tareqat, antaranya, Sheikh Ahmad at-Tijani, pengasas tarekat Tijaniah yang mempunyai pengikutnya di Malaysia.

 CONTOH-CONTOH HADITH PALSU

1. [ 00:02:31 ] – HADITH PALSU PERTAMA

Kata Ali, aku bertanya Rasulullah s.a.w. tentang Abdal, jawab Baginda s.a.w.: “Mereka 60 orang”. Aku berkata (seterusnya), “Wahai Rasulullah! Perjelaskanlah kepadaku tentang mereka”. Baginda menjelaskan: “Mereka tidak melampau, tidak melakukan perkara baharu (dalam agama), dan tidak bermewah-mewah. Mereka tidak mencapai kedudukan yang dicapai mereka dengan banyak berpuasa, bersolat dan bersedekah, sebaliknya dengan kemurahan jiwa, kesejahteraan hati dan kejujuran terhadap pemerintah-pemerintah. Sesungguhnya mereka, wahai Ali, di kalangan umatku lebih sedikit dari belerang merah.”

00:03:33 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

i. Salah seorang perawinya, Mujasyi’ Bin ‘Amar adalah seorang pendusta besar.

ii. Hadith ini adalah melibatkan kepercayaan atau aqidah. Hadith maudhu’ atau dhaif tidak boleh digunakan dalam hal-hal berkaitan aqidah.

iii. Terdapat beberapa versi yang berbeza di dalam hadith-hadith berkaitan wali Abdal, sama ada dari segi bilangan atau tempat tinggal mereka. Terdapat “idhthirab” (ketidak tetapan) dalam riwayat-riwayat tersebut.

iv. Di segi logik, adakah orang-orang istimewa yang disayangi Allah hanya berada di Syam, tiada di tempat lain?

2. [ 00:05:27 ] – HADITH PALSU KEDUA

“Wali Abdal itu ada 40 orang, 22 daripadanya berada di Syam dan 18 lagi di Iraq. Bila seseorang daripada mereka meninggal dunia, Allah terus menggantinya dengan orang lain, sehingga datang perintah Allah supaya diambil nyawa semua mereka. Pada ketika itu berlakulah kiamat.”

00:06:05 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

i. Perawi-perawinya, al-A’laa Bin Zaidal/Zaid dan Abu Marzuq dituduh sebagai pereka hadith.

ii. Ibnu al-Jauzi berkata tiada hadith tentang hal ini sahih kerana ramai perawi-perawinya tidak dikenali (majhul).

iii. Ibnu Taimiyah mengatakan tidak ada hadith sahih tentang wali Abdal, dan sepatutnya kekasih-kekasih Allah tidak terikat dengan bilangan dan tempat-tempat tertentu.

iv. Walaupun begitu Imam as-Suyuti berpendapat ada hadith yang sahih tentang wali abdal. Beliau hanya menyebut tentang wali Abdal, tidak wali-wali lain seperti Ghauts, Quthb dsb. Pendapatnya disanggah oleh ramai ulama’ hadith. Imam as-Suyuti terkenal dengan penilaiannya yang longgar dan mudah menerima perawi-perawi hadith.

00:09:51 ] – HADITH PALSU KETIGA

Ali bin Abi Thalib berkata berkata, “Abdal dari (penduduk) Syam. Nujaba’ dari penduduk Mesir. Dan Akhyar dari penduduk Iraq.”

3. [ 00:10:12 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

i. Dengan adanya beberapa orang perawi dhaif, hadith ini berstatus “dhaif jiddan” (dhaif sangat).

ii. Dengan tetapnya asal wali-wali dari tempat tertentu ianya menyanggah realiti agama Islam yang tidak menjadikan tempat atau masa sebagai kriteria kelebihan seseorang.

iii. Sejarah membuktikan tidak benarnya hadith ini di mana, Syria (salah satu wilayah dalam tanah Syam) telah dikuasai dan diporak-porandakan oleh musuh dari luar dari dalam. Mengikut hadith ini Syria sepatutnya dilindungi oleh wali-wali ini!

iv. Istilah “Abdal” (pengganti) boleh diterima jika ianya dari segi bahasa dan bukan dalam istilah ahli sufi. Ianya boleh bermaksud, pengganti kepada para nabi dan orang-orang soleh. Ianya tidak boleh terikat dengan bilangan dan tempat-tempat tertentu dan mereka tidak berupaya memberi pertolongan, memberi rezeki atau menolak bala dari manusia.

v. Tokoh-tokoh seperti Ibnu al-Jauzi, Ibnu Taimiyyah, Ibnu al-Qayyum, Rasyid Ridha, al-Albani dll menghukum hadith-hadith yang mengandungi gelaran-gelaran popular di kalangan ahli sufi seperti Abdal dsb sebagai maudhu’

VIDEO PENUH ASAL –

1.    • Sesi 91 -Riwayat Quthub, Ghauts, Nuja…  

2.    • Sesi 92 -Riwayat Quthub, Ghauts, Nuja…   

[HADITH PALSU] – RIWAYAT KENAPA KHADIR DIBERIKAN UMUR PANJANG DAN AKAN HIDUP SAMPAI AKHIR ZAMAN BERPUNCA DARI RIWAYAT ISRAILIYYAT

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 17m 52s] – [HADIS PALSU] – (Nabi) Khadir, Nabi Ilyas, Alyasa’ dan Nabi Idris Masih Hidup Sampai Hari Ini!

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/izIEcIjbl4g ]

[HADITH PALSU] – RIWAYAT KENAPA KHADIR DIBERIKAN UMUR PANJANG DAN AKAN HIDUP SAMPAI AKHIR ZAMAN BERPUNCA DARI RIWAYAT ISRAILIYYAT

00:16:30 ] – TEORI KHADIR YANG BERUMUR PANJANG DAN HIDUP SEHINGGA HARI INI DIPROMOSIKAN OLEH SYIAH UNTUK MENYOKONG FAHAMAN MEREKA YANG MENGATAKAN IMAM MAHDI MASIH HIDUP SEHINGGA KE HARI INI

CONTOH-CONTOH HADITH PALSU

1. [ 00:00:50 ] – HADITH PALSU PERTAMA

Mengapa Khadir dikurniakan umur yang panjang? Dzul Qarnain bercita-cita dikurniakan umur yang panjang dengan harapan untuk beribadat kepada Allah sebenar-benarnya. Kawannya dari kalangan malaikat bernama Ziafil memberitahunya ada satu mata air yang bernama “Mata Air Kehidupan” yang mana jika diminum sekali saja sudah cukup untuk memanjangkan umur seseorang selama yang dia mahu. Mata air kehidupan itu dipercayai berada di kawasan gelap di bumi. Dzul Qarnain mengembara selama dua belas tahun untuk mencari mata air tersebut. Bersamanya ialah Khadir yang memimpin salah satu pasukan tentera Dzul Qarnain. Dzul Qarnain pula memimpin satu pasukan lain. Khadir berjumpa dengan mata air tersebut lalu meminum airnya, tetapi Dzul Qarnain tersesat dan tidak menjumpainya sampai akhir. Dengan itu Khadir dikurniakan umur yang panjang manakala Dzul Qarnain gagal mencapai hasratnya.

00:05:08 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

i. Riwayat ini adalah salah satu riwayat Israiliyyat.

ii. Riwayat ini menunjukkan Khadir telah berkhianat kepada ketuanya iaitu Dzul Qarnain dengan meminum dari mata air kehidupan dan mendapat umur yang panjang sedangkan Dzul Qarnainlah yang berusaha mencari mata air tersebut.

iii. Dzul Qarnain ialah seorang manusia biasa tetapi digambarkan sebagai amat luar biasa kerana bersahabat baik dengan malaikat dan boleh berinteraksi dengan malaikat Israfil.

2. [ 00:06:38 ] – HADITH PALSU KEDUA

Adapun sebab umur Nabi Ilyas dipanjangkan, maka ia berdasarkan apa yang diriwayatkan bahawa sesungguhnya beliau a.s. diutuskan kepada Bani Israil, dan banyaklah gangguan yang terpaksa dihadapinya daripada mereka. Semakin lama semakin mereka derhaka. Maka beliau memohon kepada tuhannya agar merehatkannya daripada gangguan mereka. Lalu dikatakan kepadanya, menurut dakwaan mereka: “Tunggulah hari sekian-sekian, dan keluarlah ke tempat sekian-sekian pada hari itu. Terus naikilah apapun (kenderaan) yang datang kepadamu, jangan engkau gerun kepadanya.” Maka keluarlah Ilyas, ia disertai Ilyasa’. Apabila mereka sampai di tempat yang diperintahkan, datanglah kuda dari api. Ada orang mengatakan, “Warnanya seperti warna api.” Apabila ia berhenti di hadapan Ilyas, teruslah beliau menaikinya. Dan teruslah kuda itu membawanya pergi. Ilyasa’ lantas menyerunya dengan berkata, “Wahai Ilyas! Apa yang hendak engkau perintahkan aku?” Maka Ilyas mencampakkan selimutnya dari lapisan udara yang tertinggi. Ia menandakan Ilyasa’ lah yang menjadi penggantinya memimpin Bani Israil. Itulah peristiwa terakhir yang diketahui orang tentang ilyas. Allah telah mengangkatnya di hadapan mereka. Semenjak itu tidak lagi beliau merasai kelazatan makanan dan minuman. Allah telah memakaikannya bulu (seperti burung). Kerana itu beliau menjadi malaikat bumi yang berada di langit.

[00:08:47] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

i. Kisah ini adalah riwayat Israiliyyat yang tidak mempunyai sanad.

ii. Cerita-cerita Israiliyyat tentang nabi-nabi adalah cerita-cerita dongeng dan khurafat, contohnya dalam hadith ini, Nabi Ilyas dipakaikan bulu seperti burung.

iii. Riwayat ini tidak sesuai dengan kedudukan seorang nabi di mana Nabi Ilyas digambarkan sebagai seorang yang tidak sabar dan lari dari tanggungjawabnya.

iv. Apakah dengan meninggalkan tugas yang diamanahkan kepadanya sebagai seorang nabi, Nabi Ilyas dimuliakan dengan dijadikan pula sebagai malaikat?!

3. [ 00:10:42 ] – HADITH PALSU KETIGA

Kata Wahhab (Bin Munabbih): “Setiap hari amalan Nabi Idris a.s. diangkat sebanyak amalan sekelian penduduk bumi di zamannya. Maka hairanlah para malaikat dengannya dan rindulah Malakul Maut kepadanya, lalu ia meminta izin kepada Tuhan untuk menziarahi Idris. Tuhan membenarkannya. Malakul Maut pun datanglah kepadanya dalam rupa seorang manusia. Idris adalah seorang yang sentiasa berpuasa. Bila tiba waktu berbuka beliau memanggilnya untuk makan, tetapi ia (Malakul Maut) enggan makan bersamanya. Setelah berlalu tiga malam berturut-turut, Idris berasa pelik. Maka bertanyalah Idris pada malam ketiga, “Sesungguhnya aku ingin tahu siapa engkau (sebenarnya)?”. Jawabnya, “Aku Malakul Maut”. Aku telah meminta izin kepada Tuhan untuk bersahabat denganmu”. Kata Idris, “Aku ada hajat denganmu”. Kata Malakul Maut, “Apa hajatmu”. Jawab Idris, “Engkau mengambil nyawaku”. Maka Allah mewahyukan kepadanya supaya mengambil nyawa Idris. Sejenak selepas diambil Malakul Maut nyawa Idris, Allah mengembalikan kepadanya nyawanya. Malakul Maut bertanya Idris, “Apa tujuan mu meminta supaya diambil rohmu”. Jawab Idris, “Untuk merasai keresahan mati dan kedukaannya lalu aku menjadi lebih bersedia menghadapinya.” Kemudian Idris berkata pula, “Aku ada satu lagi hajat denganmu”. Tanya Malakul Maut, “Apa hajatmu itu?”. Jawab idris, “Engkau bawakan aku ke langit untuk ku lihat langit, syurga dan neraka.” Allah mengizinkan Idris diangkat ke langit. Apabila sampai dekat neraka, Idris berkata, “Aku ada satu lagi hajat, engkau mintalah penjaga neraka membukakan pintu-pintunya supaya dapat aku masuk ke dalamnya”. Malakul Maut terus memenuhi hajat Idris. Setelah itu Idris berkata, “Sebagaimana engkau telah menunjukkan kepadaku neraka, tunjukkanlah pula kepadaku syurga. Malakul Maut pun membawanya ke syurga. Idris meminta pintu-pintunya dibuka. Setelah dibuka pintu-pintunya masuklah Idris ke dalam syurga. Kemudian Malakul Maut berkata, “Keluarlah untuk engkau kembali ke tempat tetapmu dengan bergayut di satu pokok”. Idris pula berkata, “Aku tidak akan keluar darinya”. Maka Allah mengutuskan seorang malaikat sebagai pengadil. Kata malaikat itu kepada Idris, “Kenapa engkau tidak mahu keluar?” Jawab Idris, “Kerana Allah berfirman (bermaksud). “Setiap yang bernyawa akan merasai kematian” (Aali ‘Imraan, 185). Aku telahpun merasai kematian. Allah juga berfirman (bermaksud), “Tiada siapa pun daripada kamu melainkan akan memasukinya” (Maryam, 71). Aku telah pun memasukinya. Allah juga berfirman (bermaksud), “Dan mereka tidak akan dikeluarkan daripadanya (syurga)” (al-Hijr:48). Kerana itulah aku tidak mahu keluar”. Maka Allah mewahyukan kepada Malakul Maut bahawa dengan keizinan-Ku dia telah masuk syurga, dengan perintah-Ku pula dia tidak akan keluar. Dengan itu hiduplah Idris di sana. Itulah maksud firman Allah: “Dan kami angkatkannya ke tempat yang tinggi”.

00:14:37 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

i. Hadith palsu ini ialah cerita Israiliyyat riwayat Wahab bin Munabbih. Sumber utama riwayat Israiliyyat yang berlegar di kalangan orang Islam ialah dari Wahab bin Munabbih dan Ka’ab al-Ahbar

ii. Terdapat berbagai versi berbeza cerita tentang Nabi Idris. Terdapat ‘”idhthirab” (ketidak tetapan) dalam matannya, yang menunjukkan kepalsuannya.

iii. Hadith ini tidak mempunyai sanad (perawi-perawi).

iv. Sumber utama riwayat Israiliyat yang tersebar di dalam dunia Islam berpunca dari Wahhab bin Munabbih dan Ka’ab al-Ahbar.

VIDEO PENUH ASAL –

1.    • Sesi 89 – [PALSU] – Riwayat Khadir Um…  

2.    • Sesi 90 – [PALSU] – Riwayat Khadir Um…

[HADITH PALSU] – RIWAYAT NABI ILYAS ATAU ILYASA’ DAN KHADIR MASIH HIDUP DAN BERTEMU PADA SETIAP TAHUN SEMUANYA ADALAH MAUDHU’

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 14m 59s] – [HADIS PALSU] – Khadir adalah Rijalul Ghaib, Sibuk Uruskan Dunia Gantikan Malaikat!

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/jAttb3MYPzA ]

[HADITH PALSU] – RIWAYAT NABI ILYAS ATAU ILYASA’ DAN KHADIR MASIH HIDUP DAN BERTEMU PADA SETIAP TAHUN SEMUANYA ADALAH MAUDHU’

00:14:04 ] – KEPERCAYAAN KHADIR MASIH HIDUP DAN BOLEH MENOLONG MANUSIA BILA DISERU BAHAYA KEPADA AQIDAH

1. Banyak hadith palsu tentang Khadir berlegar dalam masyarakat. Secara umumnya ianya diterima oleh golongan Sufi, malah mereka percaya bahawa Khadir mampu menolong mereka apabila diseru.

2. Kepercayaan sebegini boleh membahayakan aqidah seseorang.

CONTOH-CONTOH HADITH PALSU

1. [ 00:00:50 ] – HADITH PALSU PERTAMA

Ibnu `Abbaas meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Khadhir dan Ilyās a.s. bertemu setiap tahun pada musim haji. Masing-masing daripada mereka berdua mencukur kepala satu sama lain. Dan mereka berpisah dengan ucapan yang bermaksud: “Dengan nama Allah, apa yang dikehendaki Allah. Tidak ada yang membawa kebaikan melainkan Allah. Apa yang dikehendaki Allah, tidak ada yang dapat memalingkan kejahatan melainkan Allah. Apa yang dikehendaki Allah, tidak ada satu pun ni`mat melainkan datangnya daripada Allah. Apa yang dikehendaki Allah, tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah. Berkata perawi, kata Ibnu `Abbaas: “Sesiapa mengucapkannya tiga kali pada waktu pagi dan tiga kali pada waktu petang, Allah akan mengamankannya daripada kelemasan, kebakaran dan kecurian.” Kata perawi lagi, aku rasa beliau (Ibnu `Abbaas) juga berkata: “Juga daripada syaitan, sultan (yang zalim), ular dan kala jengking.”

00:01:15 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

i. Imam Ibnu Hazam, Ibnu al-Jauzi, Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qayyim, Ibnu Katsir dan al-Albani menghukum hadith ini sebagai dusta dan maudhu’.

ii. Kepercayaan Khadir dan Nabi Ilyas masih hidup sehingga hari ini adalah pengaruh dari ajaran Yahudi. Kepercayaan begini berleluasa di kalangan orang-orang sufi.

iii. Dalam suatu riwayat yang lebih kurang sama, ada tambahan yang mana Nabi Ilyas dikatakan “orang darat” dan Khadir dikatakan “orang laut”. Mereka bertugas menjaga urusan di darat dan di laut sehingga hari kiamat.

iv. Kepercayaan Khadir masih hidup ini ada kaitan dengan kepercayaan “Rijalul Ghaib”, yang menjaga urusan dunia ini. Golongan sufi menganggap sheikh-sheikh tarekat mereka adalah “Rijalul Ghaib” dan diberi kuasa untuk menguruskan dunia, seolah-olah mengambll tugas malaikat. Kepercayaan sebegini adalah dari pengaruh Syiah Ismailiah.

2. [ 00:05:13 ] – HADITH PALSU KEDUA

“Sesungguhnya Khadhir di laut dan al-Yasa` di darat, setiap malam mereka bertemu dekat benteng yang dibina Dzul Qarnain untuk menghalang Ya’jūj dan Ma’jūj daripada mengganggu orang ramai. Mereka berdua mengerjakan haji dan bertemu setiap tahun, mereka berdua minum air Zamzam sekali sahaja dan ia mencukupi untuk mereka hingga ke tahun hadapan”

00:05:51 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

i. Perawi-perawi di dalam hadith ini bermasalah seperti dituduh sebagai pendusta besar dan amat dhaif.

ii. Terdapat “idhtirab” (ketidak tetapan) dalam matan riwayat-riwayat ini, iaitu ada yang menyebut al-Yasa’ dan ada yang menyebut Nabi Ilyas. Adanya “Idhtirab” dalam sesuatu hadith menunjukkan hadith itu bermasalah.

iii. Di segi dirayat, apa perlu Khadir dan al-Yasa’ berjumpa pada musim haji setiap tahun sedangkan mereka sering berjumpa pada setiap malam! iv. Khadir pada asalnya seorang manusia yang boleh dilihat dan dikenali dalam kisah Nabi Musa. Bila pula dia ghaib?

v. Khadir kononnya ditugaskan menjaga urusan di laut, tetapi dalam banyak riwayat dia dijumpai dan menyelesaikan masalah di darat!

3. [ 00:08:50 ] – HADITH PALSU KETIGA

Rasulullah s.a.w. (dikatakan) telah bersabda: “Pada setiap hari `Arafah berkumpul Jibrīl, Mīkā’il, Isrāfīl dan Khadhir. Jibrīl mengucapkan: َماشَاَء َُّاللََّلاقَُّوةَِإلاِباَِّللّ Maka ucapan Jibrīl itu dibalas oleh Mīkā’il dengan berkata: اللَِّ َّ َما شَا َء َّ ُاللَّ كُ ُّل ِن ْع َم ٍة فَ ِم َن . Isrāfīl membalas dengan berkata: اللَِّ َّ َما شَا َء َّ ُاللَّ الْ َخيْ ُر كُلُّهُ ِب َي ِد . Dan Khadhir pula membalas dengan berkata: اللَُّ َّ َما شَا َء َ ُاللَّ َلا َي ْص ُر ُف ال ُّسو َء ِإلا . Kemudian mereka berpisah setelah masing-masing mengucapkan ucapan-ucapan tersebut. Mereka tidak bertemu lagi selepas itu sehinggalah ke hari yang sama pada tahun berikutnya. Rasulullah s.a.w. (dikatakan telah) bersabda: “Tiada siapa pun mengucapkan empat ucapan tersebut ketika bangun dari tidurnya melainkan Allah menugaskan empat malaikat untuk menjaganya (sebagai teman). Teman ucapan Jibrīl berada di hadapannya. Teman ucapan Mīkā’il berada di sebelah kanannya. Teman ucapan Isrāfīl berada di sebelah kirinya, dan teman ucapan Khadhir pula berada di belakangnya hingga terbenam matahari. Mereka semua menjaganya daripada segala malapetaka, penyakit, musuh, orang zalim dan juga pendengki. Rasulullah s.a.w. juga (dikatakan) telah bersabda: “Tidak ada siapa pun mengucapkannya pada hari `Arafah sebanyak seratus kali sebelum terbenam matahari melainkan ia diseru oleh Allah dari atas `Arasy-Nya, “Hai hamba-Ku! Sesungguhnya engkau telah membuatkan Aku redha, aku pun meredhaimu. Maka mintalah kepada-Ku apa yang engkau mahu. Demi kemuliaan-Ku, Aku bersumpah pasti akan memberikan kepadamu (apa yang kamu minta).

[00:11:07] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

i. Ibnu al-Jauzi berkata hadith ini karut. Di dalamnya ada beberapa orang perawi yang tidak dikenali.

ii. Seorang perawinya yang bernama Ali bin Hasan al-Jahdami dikatakan seorang pendusta besar.

iii. Satu perkara yang pelik berkenaan Khadir ialah dia kadang-kadang digambarkan seperti malaikat dan pada masa yang lain digambarkan sebagai manusia pula.

iv. Peristiwa-peristiwa dan fadilat amalan yang diceritakan adalah hal-hal ghaib. Perkara ini tidak dapat bersandar dengan hadith-hadith palsu.

v. Kemungkinan hadith palsu ini direka oleh golongan zindiq untuk mengalih perhatian orang Islam dari mengamalkan zikir yang sahih dari al-Quran dan hadith dan menukarnya dengan zikir-zikir palsu.

VIDEO PENUH ASAL –     • Sesi 87- [PALSU] – Nabi llyas & Khadi…  

NOTA KULIAH – https://syarahanhadits.school.blog/wp…

[HADITH PALSU] – HADITH KHADIR BERUMUR PANJANG DAN MASIH HIDUP DI ZAMAN RASULULLAH MALAH TELAH BERTEMU BAGINDA SEMUANYA MAUDHU’. HADITH KHADIR HIDUP HINGGA KE AKHIR ZAMAN JUGA MAUDHU’ 

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 20m 39s] – [HADIS PALSU] – Hadis (Nabi) Khadhir hidup sampai hari ini, jumpa orang itu dan orang ini adalah palsu

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/KPsN5z_UMFA ]

[KENALI HADITH PALSU] – HADITH KHADIR BERUMUR PANJANG DAN MASIH HIDUP DI ZAMAN RASULULLAH MALAH TELAH BERTEMU BAGINDA SEMUANYA MAUDHU’. HADITH KHADIR HIDUP HINGGA KE AKHIR ZAMAN JUGA MAUDHU’ 

00:01:09 ] – MITOS TENTANG KHADIR ADALAH FITNAH AKHIR ZAMAN

Kepercayaan bahawa Khadir masih hidup adalah salah satu fitnah akhir zaman. Dakwaan bahawa beliau hidup sampai akhir zaman, berjumpa dengan seseorang, mengajarkan ilmu-ilmu agama dsb. adalah mitos yang tiada asasnya dalam agama Islam.

00:15:10 ] – KOMENTAR UMUM TETANG RIWAYAT KHADIR BERUMUR PANJANG DAN MASIH HIDUP

1. Majoriti ulama’ berpendapat Khadir telah meningal dunia. Antaranya ialah Imam Bukhari, Ibrahim al-Harbi, Abu Ja`far Ibnu al-Munaadi, Abu Ya`la bin al-Farraa’, Abu Thahir al-`Abbaadi, Abu Bakar Ibnu al- `Arabi, Ibnu al-Jauzi, Ibnu Taimiyyah, Ibu al-Qaiyyim, Ibnu Katsir, Hafiz Ibnu Hajar dan lain-lain.

2. Pendapat yang mengatakan Khadir telah mati adalah berdasarkan hadith sahih dan ayat al-Quran. Hadith tersebut ialah, Baginda s.a.w. bersabda begini kira-kira sebulan sebelum kewafatan Baginda: “Tidak ada seorang pun manusia yang bernyawa (hidup) hari ini akan terus hidup selepas seratus tahun akan datang.”. Ayat al-Quran pula ialah, ayat 34, Surah al-Anbiya’ yang bermaksud, “Dan Kami tidak menjadikan seseorang manusia sebelummu dapat hidup kekal (di dunia ini). Maka kalau engkau meninggal dunia (Wahai Muhammad), adakah mereka akan hidup selama-lamanya?”.

3. Jika Khadir masih hidup di zaman Nabi s.a.w. sepatutnya dia datang menolong Nabi untuk menegakkan Islam.

4. Ibnu Sholah dan Imam an-Nawawi berpendapat Khadir masih hidup tetapi pendapatnya dibantah oleh Pengarang `Aunu al-Ma`bud Syarah Sunan Abi Daud, Maulana Syamsul Haq al-‘Azimabaadi dan Abu Haiyyaan di dalam Tafsirnya.

5. Mengikut hukum adat tidak ada orang yang boleh hidup selama lebih 2000 tahun. Tiada dalil yang kukuh yang menyatakan Khadir boleh hidup selama itu

CONTOH-CONTOH HADITH PALSU

1. [ 00:03:04 ] – HADITH PALSU PERTAMA

Bahawasanya pernah Rasulullah s.a.w. berada di dalam masjid, lalu Baginda mendengar ada orang sedang bercakap di belakangnya. Rupa-rupanya dia sedang berdoa, katanya: “Ya Allah! Tolonglah aku dalam melakukan sesuatu yang dapat menyelamatkanku daripada ancaman-Mu terhadapku.” Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar ucapannya itu, Baginda terus bersabda, “Kenapa engkau tidak sambungkan doa itu dengan doa seterusnya?”. Maka orang itu meneruskan doanya dengan berkata, “Ya Allah! Kurniakanlah kepadaku kerinduan orang-orang shaleh kepada apa yang Engkau telah buatkan mereka merinduinya.” Mendengar doa itu, Rasulullah s.a.w. lantas berkata kepada Anas bin Malik, “Pergilah engkau kepadanya wahai Anas, dan katakan kepadanya, “Rasulullah s.a.w. meminta supaya engkau beristighfar untuknya.” Maka pergilah Anas menyampaikan pesan Rasulullah s.a.w. itu kepadanya. Orang itu pun berkata, “Wahai Anas, pergilah kembali kepada Rasulullah s.a.w. dan dapatkan kepastian daripadanya”. Lantas Nabi s.a.w. bersabda, “Katakanlah kepadanya, ya.” Setelah itu barulah dia berkata kepada Anas, “Pergi dan ceritakanlah kepadanya (Nabi s.a.w.), sesungguhnya Allah telah melebihkanmu daripada nabi-nabi yang lain seperti Dia telah melebihkan bulan Ramadhan daripada bulan-bulan yang lain, dan Dia melebihkan umatmu daripada umat-umat yang lain seperti Dia melebihkan hari Jumaat daripada segala hari. Mereka kemudiannya pergi (untuk) melihat, rupa-rupanya dia Khadhir a.s.”

00:05:04 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

i. Dua orang perawi hadith ini dilabel sebagai tidak bernilai langsung oleh tokoh-tokoh hadith, iaitu Abdullah bin Nafi’ dan Khatsir bin Abdillah. Matan hadith ini adalah jelas suatu yang diada-adakan (direka).

ii. Ulama’-ulama’ yang cenderung kepada orang-orang sufi biasanya akan terpengaruh dan tidak menghukum dengan berat hadith-hadith berkaitan Khadir.

iii. Di segi dirayat, adalah agak ganjil seorang yang berada di zaman Nabi s.a.w. tidak mengambil peluang untuk berjumpa dengan Baginda. iv. Di dalam hadith ini, Nabi s.a.w digambarkan lebih rendah kedudukannya dari Khadir sehingga meminta Khadir beristighfar untuknya padahal Allah telah menjamin untuk mengampunkan Nabi s.a.w. v. Kepada sesetengah golongan sufi, kedudukan wali adalah lebih tinggi dari kedudukan Nabi dan hadith-hadith sebegini dijadikan bukti untuk menegakkan hujjah mereka.

vi. Di antara sifat Khadir yang ganjil ialah suka menyembunyikan diri dari orang ramai termasuk dari Nabi s.a.w. sendiri!

2. [ 00:09:17 ] – HADITH PALSU KEDUA

Anas bin Malik meriwayatkan, katanya: Setelah nyawa Rasulullah s.a.w. diambil, mata para Sahabat terpaku pada Baginda. Mereka menangis di sekeliling Baginda. Tiba-tiba masuk seorang lelaki berjanggut perang, gempal dan cantik wajahnya. Setelah melangkah tengkuk-tengkuk mereka, dia menangis. Kemudian berpaling kepada para Sahabat Rasulullah s.a.w. lalu berkata: “Sesungguhnya pada Allah ada penghibur untuk setiap musibah (yang menimpa), pengganti untuk setiap yang hilang dan pengganti untuk setiap yang musnah. Kepada Allah hendaklah kamu kembali. Kepada-Nya jua hendaklah kamu berharap. Ada pengajaran untuk kamu pada bala (ujian yang menimpa) ini. Oleh itu kamu hendaklah mengambil pengajaran (daripadanya). Orang yang ditimpa malapetaka sebenarnya ialah orang yang tidak tertampung kesedihannya. Orang itu pun pergi. Maka sebahagian mereka (Sahabat) bertanya kepada sebahagian yang lain, kamu kenalkah orang tadi? Jawab Abu Bakar dan `Ali: “Ya”. Itulah saudara Rasulullah s.a.w. al-Khadhir a.s.

00:10:32 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

i. Perawi hadith ini ‘Abbaad bin Abdus Shamad telah meriwayatkan banyak hadith-hadith palsu dari Anas bin Malik.

ii. Ibnu Taimiyah pada mulanya berpendapat Khadir masih hidup di zaman Nabi tetapi kemudiannya menukar pendapatnya kerana jika Khadir hidup di zaman Nabi s.a.w. beliau wajib datang kepada Nabi dan membantu Baginda menegakkan Islam.

iii. Di dalam hadith ini, Abu Bakar dan Ali rhum. dikatakan mengenali Khadir a.s. Bagaimana mereka kenal Khadir sedangkan mereka tidak pernah berjumpa dengannya, malah Nabi s.a.w. sendiri pun tidak pernah berjumpa dengan Khadir.

3. [ 00:12:18 ] – HADITH SAHIH TETAPI ADA TAMBAHAN DARIPADA PERAWI YANG TIDAK SAHIH

Pernah pada suatu hari Rasulullah s.a.w. bercerita panjang tentang Dajjaal. Antara yang diceritakan oleh Baginda tentangnya ialah kata Baginda: “Ia (Dajjaal) akan datang – Ia tidak akan dapat masuk ke lorong-lorong (jalan-jalan) Madinah – sehingga ke sebahagian kawasan tanah tidak subur dekat Madinah. Maka keluarlah kepadanya pada hari itu seorang lelaki yang merupakan sebaik-baik manusia atau antara manusia terbaik. Lalu lelaki itu berkata kepadanya: “Aku bersaksi bahawa sesungguhnya engkau adalah Dajjaal yang diceritakan oleh Rasulullah s.a.w.” Kata Dajjaal: “Bagaimana kalau aku bunuh orang ini kemudian aku hidupkannya. Adakah kamu masih ragu tentang da`waanku (sebagai tuhan)?” Jawab orang-orang yang ada di situ: “Tidak”. Kata Nabi s.a.w.: “Maka dibunuhnya lelaki itu. Kemudian dihidupkannya. Setelah dihidupkan semula, lelaki itu terus berkata: “Demi Allah! Keyakinanku (tentang kebohonganmu) tidak pernah sekuat sekarang.” Nabi s.a.w. (terus) bercerita, kata Baginda: “Dajjaal hendak membunuhnya (sekali lagi), tetapi tidak mampu.” Kata Abu Ishaq, dikatakan lelaki (yang tersebut di dalam hadith) itu ialah al-Khadhir a.s.

00:13:52 ] KOMENTAR

Hadith riwayat Imam Muslim ini sahih. Tetapi di bahagian akhir terdapat tambahan dari perawi Abu Ishaq, murid Imam Muslim yang menyebut, “Dikatakan lelaki (yang tersebut di dalam hadith) itu ialah al-Khadhir a.s.”. Apa yang disebut oleh Abu Ishaq bukanlah hadith dan ianya tidak boleh dijadikan hujjah dalam agama. Apatah lagi beliau menyatakannya dengan ungkapan “dikatakan” yang bermaksud, “kononnya”.

VIDEO PENUH ASAL – Sesi 86-[PALSU] Khadir Dikurniakan Um…  

NOTA KULIAH – https://syarahanhadits.school.blog/wp…

[HADITH PALSU] – HADITH KELEBIHAN BAHASA ARAB KERANA NABI BERBANGSA ARAB DAN BAHASA AHLI SYURGA BAHASA ARAB, NABI MEMERINTAHKAN SUPAYA MENYAYANGI BANGSA ARAB TANPA SEBARANG “QAID” (SEBAB/KAITAN), TIADA YANG SAHIH

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 11m 26s] – [HADIS PALSU] – Rasulullah bersabda,”Aku Arab, Qur’an Arab, dan bahasa ahli syurga adalah bahasa Arab”

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/9vuv1nWMunU;  ]

[KENALI HADITH PALSU] – HADITH KELEBIHAN BAHASA ARAB KERANA NABI BERBANGSA ARAB DAN BAHASA AHLI SYURGA BAHASA ARAB, NABI MEMERINTAHKAN SUPAYA MENYAYANGI BANGSA ARAB TANPA SEBARANG “QAID” (SEBAB/KAITAN), TIADA YANG SAHIH.

CONTOH-CONTOH HADITH PALSU

1. [ 00:01:02 ] – HADITH PALSU PERTAMA

Rasulullah s.a.w. (dikatakan) bersabda, “Aku (berbangsa) Arab, Qur’an (berbahasa) Arab, dan bahasa ahli syurga adalah bahasa Arab”. [Di samping terdapat di dalam kitab-kitab hadith yang mengumpulkan hadith palsu, hadith ini juga terdapat di dalam kitab-kitab hadith. Oleh itu kita perlu berhati-hati.]

00:02:02 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

i. Hadith ini dihukumkan maudhu’ oleh tokoh-tokoh hadith seperti Ibnu Hibban, Ibnu al-Jauzi dan al-Albani. ii. Hadith ini bercanggah dengan hadith sahih.

2. [ 00:03:01 ] – HADITH PALSU KEDUA

Rasulullah s.a.w. (dikatakan) bersabda: “Jagalah aku pada bangsa Arab kerana tiga perkara,

(i) Kerana aku (berbangsa) Arab,

(ii) Al-Quran (berbahasa) Arab, dan

(iii) bahasa ahli syurga adalah bahasa Arab”.

00:03:39 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

i. Seorang perawi hadith ini, Muhammad bin al-Fadhl adalah seorang pendusta besar, menyebabkan hadith ini dianggap maudhu’.

ii. Tidak ada hadith sahih tentang apakah bahasa yang digunakan di syurga nanti. Ada yang berpendapat di syurga nanti semua bahasa digunakan sebagaimana adanya berbagai bahasa di atas dunia ini.

3. [ 00:05:32 ] – HADITH PALSU KETIGA

Cintailah bangsa Arab kerana tiga perkara,

i) kerana aku berbangsa Arab,

ii) al-Quran berbahasa Arab dan,

ii) bahasa ahli syurga adalah bahasa Arab.

00:05:56 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

i. Az-Zahabi mengatakan bahawa dia yakin hadith ini maudhu’. Tokoh hadith lain yang mengatakan ianya maudhu’ ialah Abu Hatim, Ibnu al-Jauzi dan al-Albani.

ii. Hadith ini diriwayatkan secara bersendirian di beberapa peringkat, menunjukkan ianya bermasalah.

00:07:35 ] – TINJAUAN DARI SUDUT DIRAYAT TENTANG KEPALSUAN HADITH-HADITH KELEBIHAN BANGSA ATAU BAHASA ARAB

i. Berbangga kerana keturunan dan bangsa tidak sesuai dengan ajaran Islam.

ii. Surah Hujurat, Ayat 13, menyatakan, “…Sesungguhnya orang yang lebih mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya…”

iii. Hadith sahih bermaksud, “Wahai manusia! Ketahuilah, tiada kelebihan orang Arab daripada orang ‘ajam (bukan Arab) dan tiada kelebihan orang ‘ajam daripada orang Arab, tiada juga kelebihan orang berkulit merah daripada orang yang berkulit hitam, dan tiada juga kelebihan orang yang berkulit hitam dari orang yang berkulit merah, melainkan dengan taqwa”.

iv. Hadith sahih, “Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menghilangkan daripada kamu kesombongan jahiliah dan kebanggaan dengan nenek moyang. Manusia sama ada mukmin yang bertaqwa atau seorang jahat yang celaka. Manusia (semuanya) anak Adam, dan Adam pula dari tanah. Sama ada orang-orang yang berbangga dengan keturunannya berhenti berbangga-bangga dengannya atau (kalau tidak) mereka akan menjadi lebih hina lagi di sisi Allah daripada kumbang yang menolak (menggolek) kotoran dengan hidungnya”.

iv. Tidak dinafikan bahawa bangsa Arab ada kelebihannya kerana Nabi adalah dari bangsa Arab dan bahasa al-Quran adalah bahasa Arab. Apa yang ingin ditekankan ialah Nabi s.a.w. tidak pernah bersabda tentang kelebihan bangsa Arab atau Bahasa Arab.

VIDEO PENUH ASAL –    • Sesi 85-Kelebihan bahasaArab sebab Na…  

NOTA KULIAH – https://syarahanhadits.school.blog/wp…

[HADITH PALSU] – Hadith mencela sesuatu pekerjaan atau usaha mencari rezeki dan profession tertentu seperti guru, tukang jahit, peniaga, petani dan lain-lain semuanya palsu

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 13m 14s] – [HADIS PALSU] – Orang paling jahat ialah peniaga dan petani & tukang-tukang (pakar-pakar)!

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/-5nqNHnprZ0&nbsp ]

[HADITH PALSU] – Hadith mencela sesuatu pekerjaan atau usaha mencari rezeki dan profession tertentu seperti guru, tukang jahit, peniaga, petani dan lain-lain semuanya palsu

CONTOH-CONTOH HADITH PALSU

1. [ 00:00:48 ] – HADITH PALSU PERTAMA

“Manusia yang paling jahat ialah peniaga-peniaga dan petani-petani”

00:01:09 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

i. Seorang tokoh hadith, al-Jauzaqaani berkata hadith ini bathil (karut) dan di dalam sanadnya terdapat beberapa orang perawi yang tidak dikenali.

ii. Hadith palsu ini bercanggah dengan sabda Nabi s.a.w. Apabila ditanya apakah pekerjaan yang paling baik dan paling utama, Nabi s.a.w. menjawab, “Pekerjaan seseorang menggunakan tangannya dan segala bentuk jual beli (perniagaan yang halal)”.

iii. Hadith palsu ini juga bercanggah dengan hadith sahih yang diriwayatkan dari ‘Aisyah r.ha., “Sesungguhnya apa yang paling baik dimakan oleh seseorang ialah daripada hasil usahanya. Dan anak seseorang juga daripada hasil usahanya”.

2. [ 00:03:11 ] – HADITH PALSU KEDUA

“Jangan kamu bermesyuarat dengan tukang-tukang tenun, tukang-tukang bekam dan guru-guru, kerana Allah telah menarik akal mereka dan menghilangkan keberkatan pekerjaan mereka.”

00:03:31 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

i. Perawi hadith ini Muhammad bin Dhau’ adalah seorang pendusta besar. Seorang lagi perawinya, ‘Ubaidillah bin Zahar ialah perawi hadith maudhu’.

ii. Ada kemungkinan perawi-perawi ini bermusuhan dengan mereka yang menceburi bidang pekerjaan tersebut lalu mencipta hadith palsu untuk melepaskan geram mereka. Atau mungkin juga perawi hadith palsu ini memang sengaja mencipta hadith palsu untuk merosakkan Islam.

iii. Larangan dari bermesyuarat dengan mereka yang bekerja sebagai tukang bekam, tukang tenun kain atau guru-guru adalah tidak munasabah dan tidak mungkin keluar dari mulut Nabi s.a.w. yang mulia. Ianya bercanggah dengan apa yang diperintahkan Allah, iaitu supaya bermesyuarat.

iv. Budaya mengklasifikasikan pekerjaan berdasarkan status dan “pandangan masyarakat” adalah asing dalam Islam. Yang penting dalam Islam ialah sesuatu pekerjaan itu hendaklah halal.

3. [ 00:07:17 ] – HADITH PALSU KETIGA

“Umatku yang paling teruk (jahat) ialah tukang-tukang tempa (seperti tukang emas, tukang besi dan lain-lain) dan tukang-tukang celup”

00:07:35 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

i. As-Suyuti, as-Sakhaawi dan Ibnu al-Jauzi mengatakan hadith ini dhaif di segi sanadnya. Tetapi di segi dirayat, ianya jelas maudhu’.

ii. Hadith palsu ini bercanggah dengan hadith sahih yang berbunyi, “Tidak ada sama sekali makanan yang lebih baik dimakan oleh seseorang daripada makanan (yang diperolehi daripada) hasil usaha tangannya. Nabiyullah Daud a.s. memakan daripada hasil usaha tangannya”.

iii. Apa yang disebut “tukang” di zaman Nabi, di zaman ini boleh disamakan seperti kepakaran di dalam sesuatu bidang umpamanya kejuruteraan, perubatan dsb. Ianya amat diperlukan dan tidak munasabah ianya dikatakan sebagai manusia yang paling teruk.

iv. Betapa ramai tukang-tukang yang disebut di dalam hadith palsu tersebut adalah terdiri dari mereka yang baik-baik dan amanah.

VIDEO PENUH ASAL –    • Sesi 82 –   Hadith Mencela Sesuatu Pe…  

NOTA KULIAH – https://syarahanhadits.school.blog/wp…

[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 64] Riwayat Kubur Nabi-nabi Secara Spesifik; Atau Di Bawah Tanah Masjid Tertentu Tiada Yang Sahih Kecuali Kubur Nabi Kita Muhammad. Banyak Daripadanya Merupakan Riwayat-riwayat Isra’iliyyat [Video – Scammer Agama Di Sebalik Kubur Nabi Hud Di Yaman!]

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 20m 57s] – [HADIS PALSU] – [HADIS PALSU] – Scammer Agama Di Sebalik Kubur Nabi Hud Di Yaman!

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/6bnWxijMrSc ]

USUL DIRAYAT KE – 64 – Riwayat-riwayat Yang Menyatakan Kubur Nabi Ini Di Sini Dan Kubur Nabi Itu Di Situ Secara Spesifik; Atau Di Bawah Tanah Masjid Tertentu Yang Diketahui Pada Hari Ini Ada Kubur Sekian Ramai Nabi Atau Nabi Fulan Dan Nabi Fulan, Tidak Ada Satupun Yang Sahih. Kebanyakannya Maudhu’, Hadith Yang Paling Baik Tentangnya Dhaif Sangat, Kecuali Kubur Nabi Kita Muhammad s.a.w. Banyak Juga Daripadanya Merupakan Riwayat-riwayat Isra’iliyyat.

CATATAN HUJUNG (1)

[00:17:00] PERANAN GOLONGAN “QUBURIYYUN” DAN FENOMENA HABIB-HABIB

1. Golongan Quburiyyun bertanggungjawab mengadakan dan mempopularkan hadith-hadith palsu tentang kubur nabi-nabi. Mereka mengajak orang ramai untuk mengadakan ritual-ritual tertentu di kubur. Tokoh-tokoh seperti Sheikh Nazim dan Habib Umar adalah pemuka golongan Quburiyyun.

2. Fenomena “Quburiyyun” (mengagungkan kubur dan mengadakan ritual di kubur) ini telah sampai ke Malaysia. Aqidah masyarakat kita dalam bahaya sekiranya kemaraan mereka tidak dibendung. Masyarakat akan terkeliru kerana mereka yang sesat ini dijemput secara rasmi oleh pihak berkuasa dan diraikan oleh sesetengah institusi dan jabatan agama.

CATATAN HUJUNG (2)

[ 00:18:48 ] – HADITH-HADITH SAHIH YANG BERCANGGAH DENGAN HADITH PALSU KUBUR NABI-NABI DAN AMALAN BERKAITAN KUBUR

Berikut adalah hadith-hadith sahih berkenaan kubur,

1. “Sesungguhnya antara manusia yang paling jahat ialah orang-orang yang masih hidup ketika kiamat berlaku, dan orang-orang yang menjadikan kubur-kubur sebagai masjid-masjid”. (Hadith riwayat Ahmad).

2. “…Ketahuilah sesungguhnya orang-orang sebelummu telah menjadikan kubur-kubur para nabi dan orang-orang soleh di kalangan mereka sebagai masjid. Ingat! Jangan kamu jadikan kubur-kubur masjid. Aku benar-benar melarangmu daripadanya”. (Hadith riwayat Muslim).

3. “Allah telah melaknat orang-orang Yahudi. Mereka telah menjadikan kubur para nabi mereka sebagai masjid-masjid”. Kata ‘Aaishah, “Jikalau tidak kerana itu, nescaya kubur Baginda dinyatakan. Baginda takut (bimbang) kuburnya dijadikan masjid”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

[KENALI HADITH PALSU] RIWAYAT LOKASI KUBUR NABI-NABI SECARA SPESIFIK ATAU DI BAWAH TANAH MASJID TERTENTU TIADA YANG SAHIH KECUALI KUBUR NABI KITA MUHAMMAD. BANYAK DARIPADANYA MERUPAKAN RIWAYAT-RIWAYAT ISRA’ILYYAT .

1. [00:01:04] – HADITH PALSU PERTAMA

“Jibril menyembahyangkan (jenazah Nabi) Adam. Dia bertakbir empat kali. Pada hari itu Jibril bersembahyang dengan (bersama) malaikat, dan Adam dikebumikan di dalam Masjid al-Khaif. Jenazahnya diambil dari arah qiblat. Kuburnya dibuat lahad dan ditinggikan (berupa bonggol yang memanjang).”

[00:01:32] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

i. Abdur Rahman bin Malik bin Mighwal adalah perawi matruk, iaitu perawi yang tidak diterima periwayatannya. Manakala seorang lagi perawi, Shabbah bin Marwan adalah tidak dikenali (majhul).

ii. Ada satu riwayat lain dari Ibnu Asakir yang mengatakan kubur Nabi Adam berada di dalam sebuah gua di antara Baitul Maqdis dan Masjid Ibrahim.

iii. Persoalan timbul adakah masjid-masjid yang disebut dalam riwayat tersebut telah wujud di zaman Nabi Adam.

iv. Apa perlunya Nabi Adam diusung jauh untuk dikebumikan dari tempat Baginda meninggal?

v. Perbezaan (“Idhthiraab”) amat besar antara riwayat-riwayat menyebabkan tidak dapat dipastikan riwayat manakah yang benar.

2. [ 00:03:10] – HADITH PALSU KEDUA

“Di dalam Masjid al-Khaif ada 70 kubur nabi”

[ 00:03:22 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

1. Hadith ini karut, mungkar dan syaz.

ii. Apakah dengan adanya kubur 70 orang nabi di tapak Masjid al-Khaif, maka adalah elok bersembahyang di dalamnya?

iii. Hadith ini dijadikan dalil oleh golongan “Quburiyyun” untuk membina masjid di atas kubur atau bersembahyang di atas kubur, sedangkan Nabi s.a.w. melarang dari membina masjid di atas kubur atau bersembahyang di atas kubur.

iv. Bilakah Masjid al-Khaif ini dibina? Adakah ianya sengaja dibina selepas 70 orang nabi dikebumikan di situ atau, jika ianya dibina sebelum nabi-nabi itu, mereka sengaja mengebumikan nabi-nabi tersebut dalam masjid?

v. Hadith ini bercanggah dengan hadith sahih yang mengharamkan bersembahyang dengan menghadap ke arah kubur, memijak-mijak kubur, berjalan-jalan di atasnya dan memasang lampu atau pelita dengan kepercayaan tertentu.

vi. Ulama’ secara sepakat mengharamkan menjadikan kubur sebagai masjid. Jika benar terdapat 70 kubur nabi di dalam Masjid al-Khaif, bagaimana mungkin Nabi bersembahyang di Masjid al-Khaif bersama Sahabat-sahabat Baginda.

3. [ 00:06:15] – HADITH PALSU KETIGA

Ali bin Abi Thalib a.s. berkata kepada seorang laki-laki dari Hadhramaut. “Pernahkah engkau melihat (kawasan) longgokan pasir merah yang bercampur dengan tanah selut merah dan banyak pula terdapat pohon arak dan bidara di (kawasan) pinggiran sekian-sekian bumi Hadhramaut? Pernahkah engkau melihatnya?”. Jawab laki-laki itu, “Ya, wahai Amirul Mu’minin, sesungguhnya engkau menggambarkan tentangnya betul-betul seperti orang yang pernah melihatnya”. Kata Ali, “Tidak, tetapi telah diceritakan kepadaku tentangnya”. Laki-laki dari Hadhramaut itu pun berkata, “Kenapa, wahai Amirul Mu’minin?”. Kata Ali, “Di situ ada kubur (Nabi) Hud a.s.”.

[Nota: Hadith ini digunakan oleh golongan habib di Yaman sebagai dalil adanya kubur Nabi Hud di Yaman]

[ 00:08:41 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

i. Hadith ini adalah hadith maudhu’. Tiga perawinya bermasalah iaitu,

a) Muhammad bin Humaid ar-Razi, seorang pendusta besar yang selalu menukilkan riwayat dari penulis kitab Syiah, Ya’kub al-Qummi,

b) Salamah bin al-Fadhal al-Abrasy. Ali ibnu Madini mencampakkan hadith-hadith Salamah kerana ianya karut dan dusta.

c) Ibnu Ishaq (Muhammd bin Ishaq bin Yasar al-Makhrami), seorang yang berfahaman Qadariah dan Muktazilah dan, menurut Yahya bin Said al-Qatthan, seorang pendusta besar.

ii. Gambaran kubur Nabi Hud di dalam hadith ini tidak sama seperti yang didakwa sebagai kubur Nabi Hud di zaman kita ini.

iii. Ada pengaruh Syiah di dalam hadith ini, contohnya,

a) Selepas nama Ali bin Abi Thalib diucapkan ‘alaihissalam. Hanya orang Syiah yang menyebut ‘alaihissalam kepada Saidina Ali.

b) Mempopularkan ziarah kubur dan ritual-ritual di kubur. Pengagungan dan ritual di kubur berakar umbi di kalangan penganut Syiah.

c) Tiga orang perawi yang disebut sebelum ini terbukti penganut Syiah.

iv. Tempat yang dikatakan sebagai kubur Hud di Yaman, hari ini menjadi tumpuan ramai dan berlaku banyak perkara bid’ah, khurafat dan syirik di sana. Ianya dipelopori oleh golongan habib.

v. Antara perkara bid’ah dan khurafat hasil dakwaan kubur Nabi Hud di Yaman,

a) propoganda supaya berziarah ke kubur Nabi Hud. Ada yang menganggap adalah wajib menziarahi kubur Nabi Hud tersebut.

b) mendakwa Iskandar Dzul Qarnain dan Nabi Sulaiman pernah menziarahi kubur tersebut,

c) pergi ke kubur tersebut untuk bertawassul dan istighatsah (meminta pertolongan),

d) mengalunkan syair sesat “tahwidah” yang ada unsur “hulul” dan “wahdatul wujud” dengan mengatakan “Allah ada di alam semesta ini”,

e) menamakan bulan Sya’ban sebagai bulan Nabi Hud,

f) Sebelum sampai ke kubur Nabi Hud mereka singgah di kubur-kubur wali di sekitarnya untuk bertawassul dan istighatsah,

g) Mendakwa sungai berhampiran kubur Nabi Hud berasal dari syurga. Mereka mandi manda di dalam sungai tersebut untuk mendapat berkat. Selepas mandi mereka berwudhu’ dan sembahyang sunat.

vi. Golongan habib di Yaman adalah pelopor kepada amalan sesat ini. Kita perlu berhati-hati terhadap kehadiran golongan habib ke negara kita. Dengan mempromosikan kubur Nabi Hud di Yaman, mereka seolah-olah ingin menandingi tanah haram Mekah dan Madinah.

vii. Nampaknya hadith yang menjadi sandaran golongan Quburiyyun untuk membuktikan kubur Nabi Hud berada di Yaman ini adalah palsu. Oleh itu mereka menggunakan taktik baru seperti mimpi dan kasyaf untuk menarik orang ke kubur yang mereka dakwa sebagai kubur Nabi Hud.

viii. Hakikatnya, kubur Nabi Hud bukan berada di tempat yang didakwa oleh habib-habib Yaman.

4. [ 00:15:42 ] – HADITH PALSU KEEMPAT

“Di antara Rukun hingga ke Maqam hingga ke (Telaga) Zamzam ada kubur 99 orang nabi, mereka datang untuk mengerjakan haji lalu (wafat) dan dikebumikan di sana”

[ 00:16:13 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEEMPAT

i. Hadith ini palsu, baik di segi riwayat dan dirayat. Ianya tidak terdapat di dalam mana-mana kitab hadith muktabar.

ii. Ianya bertentangan dengan al-Quran dan hadith yang sahih.

iii. Hadith ini juga bertentangan dengan roh Islam yang menentang kesyirikan dan menekankan keikhlasan beribadat kepada Allah.

VIDEO PENH ASAL –

1 –    • Sesi 105 – Riwayat Lokasi Kubur Nabi-…  

2 –    • Sesi 106 – Riwayat Lokasi Kubur Nabi-…  

3 –    • Sesi 107 – Riwayat Lokasi Kubur Nabi-…  

[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO.  63] – Riwayat doa khusus daripada Nabi apabila khatam al-Qur’an dan yang menyatakan kelebihan doa khatam al-Qur’an tiada yang sahih (Video – Setiap kali khatam Quran ada doa yg mustajab & akan perolehi satu pokok dalam syurga)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 11m 03s] – [HADIS PALSU] – [HADIS PALSU] -Setiap kali khatam Quran ada doa yg mustajab & akan perolehi satu pokok dalam syurga

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/Z7MJ4A9XaYc ]

USUL DIRAYAT KE – 63 – Riwayat-riwayat yang menyebutkan doa khusus daripada Nabi s.a.w. apabila khatam al-Qur’an (habis membaca sebuah al-Qur’an) dan yang menyatakan kelebihan doa khatam al-Qur’an sama ada di dalam shalat atau di luar shalat, tidak ada satu pun yang sahih, baik yang diriwayatkan secara marfu’ ataupun mauquf. Kebanyakannya adalah maudhu’ atau dha’if yang tidak dapat ditampung kedha’ifannya (dha’if sangat). Hanya ada satu sahaja riwayat mauquf daripada Anas yang sahih.

CATATAN

[00:09:20] Hanya ada satu riwayat “mauquf” (terhenti setakat Sahabat r.a.) yang sahih tentang doa khatam al-Quran. Riwayat tersebut adalah, “Bahawa Anas bin Malik apabila hendak khatam al-Quran akan mengumpulkan anak isterinya, lalu beliau mendoakan untuk mereka”

[ 00:10:13 ] Kita boleh berdoa dengan apa-apa ucapan sekiranya ianya tidak bercanggah dengan aqidah Islam dan usul syariat dengan syarat:

i) tidak boleh kaitkan dengan Rasulullah s.a.w.,

ii) tidak boleh mengharapkan pahala dan,

iii) tidak menganggap ianya daripada Rasulullah s.a.w.

[KENALI HADITH PALSU] – RIWAYAT DOA KHUSUS DARIPADA NABI APABILA KHATAM AL-QURAN DAN YANG MENYATAKAN KELEBIHAN DOA KHATAM AL-QURAN TIADA YANG SAHIH

1. [ 00:01:13 ] – HADITH PALSU PERTAMA

‘”Apabila seseorang daripada kamu khatam al-Qur’an (habis membaca semua sekali al-Qur’an), dia hendaklah mengucapkan, bermaksud, “Ya Allah, tenangkanlah ketakutanku kepada kesepian di dalam kuburku.”

[ 00:01:58 ] KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

i. Terdapat tiga orang perawi yang bermasalah iaitu Laits Bin Muhammad (perawi matruk), Salim al-Khayyah (langsung tidak bernilai) dan Ahmad bin Abdillah bin Khalid (pendusta besar).

ii. Kandungan hadith ini tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Ianya boleh diamalkan tetapi kita tidak boleh menganggapnya sebagai dari Nabi s.a.w.

iii. Sebenarnya iman dan amal soleh akan menenangkan seseorang di dalam kuburnya. Ianya disebut dalam hadith yang sahih. Oleh itu, kita tidak perlu pun kepada doa tersebut.

2. [ 00:04:30] – HADITH PALSU KEDUA

“Sesungguhnya Nabi s.a.w. selalu berdoa ketika khatam al-Qur’an (habis membaca semua sekali al-Qur’an) (begini): “Ya Allah, rahmatilah aku dengan al-Qur’an, jadikanlah ia ikutan, cahaya, petunjuk dan rahmat bagiku. Ya Allah, ingatkanlah aku mana yang telah aku terlupa daripadanya (al-Qur’an), ajarkanlah aku apa yang belum aku ketahui daripadanya, dan kurniakanlah kepadaku kemampuan membacanya pada waktu malam dan siang. Jadikanlah ia sebagai hujah bagiku, wahai Tuhan sekalian alam”.

[Nota: Doa ini agak popular dan selalu diamalkan. Ianya terdapat di dalam kitab Ihya’ Ulumiddin Imam al-Ghazali. Walaupun begitu ianya bukan dari hadith Nabi s.a.w]

[ 00:06:06] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

i. Hadith ini tiada asalnya, iaitu tidak terdapat di dalam kitab-kitab hadith yang bersanad. Ianya adalah hadith maudhu’.

ii. Doa dalam contoh pertama dan contoh kedua ada dimasukkan di dalam cetakan al-Quran. Oleh kerana kandungannya tidak bercanggah dengan aqidah dan syariat Islam, ianya boeh diamalkan. Walaupun begitu kita tidak boleh menganggapnya sebagai doa dari Nabi s.a.w. dan mempunyai kelebihan tertentu.

3. [ 00:08:22] – HADITH PALSU KETIGA

“Sesungguhnya pembaca al-Quran pada setiap kali khatam al-Quran ada doa yang mustajab dan ia akan memperolehi satu pokok di dalam syurga yang mana kalau seekor burung gagak terbang dari pangkalnya, nescaya ia tidak akan sampai kepada dahannya kecuali setelah ia tua”

[ 00:09:03 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

Ibnu al-Jauzi berkata hadith ini tidak sahih. Ulama’ berpendapat, salah seorang perawinya, Yazid ar-Raqasyi, tidak boleh ditulis apa-apa darinya.

VIDEO PENUH ASAL:

1 –    • Sesi 103 – Tiada Doa Khusus Dari Nabi…  

2 –    • Sesi 104 – Tiada Doa Khusus Dari Nabi…  

[HADITH PALSU] – RIWAYAT WANITA SEBAGAI PENYEBAB LELAKI TIDAK MASUK SYURGA, WANITA PUNCA IBADAT KEPADA ALLAH TIDAK DILAKUKAN SEBAGAIMANA SEPATUTNYA, KEBERKATAN TERLETAK PADA MENYALAHI WANITA, TAAT KEPADA WANITA MEMBAWA KEPADA PENYESALAN, PANDANGAN WANITA TIDAK BOLEH DITURUTI TIDAK ADA SATU PUN YANG SAHIH

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 15m 24s] – [HADIS PALSU] – Hadith palsu menyerang wanita! Melahirkan gerakan “Women’s Liberation”

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/EAzyifd_QNU ]

[HADITH PALSU] – RiWAYAT WANITA SEBAGAI PENYEBAB LELAKI TIDAK MASUK SYURGA, WANITA PUNCA IBADAT KEPADA ALLAH TIDAK DILAKUKAN SEBAGAIMANA SEPATUTNYA, KEBERKATAN TERLETAK PADA MENYALAHI WANITA, TAAT KEPADA WANITA MEMBAWA KEPADA PENYESALAN, PANDANGAN WANITA TIDAK BOLEH DITURUTI TIDAK ADA SATU PUN YANG SAHIH.

CONTOH HADITH PALSU

1. [ 00:01:10 ] – HADITH PALSU PERTAMA

“Kalau tidak kerana wanita, nescaya lelaki masuk syurga”

00:01:54 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

i. Salah seorang perawi hadith ini, Bisyr bin al-Husain ialah seorang pendusta besar dan pereka hadith.

ii. Hadith palsu ini menyatakan lelaki tidak masuk syurga kerana wanita, tetapi hakikatnya ada lelaki yang masuk syurga kerana wanita.

iii. Ianya juga menggambarkan semua wanita adalah jahat, suatu perkara yang bertentangan dengan kenyataan. Jika ada wanita yang jahat, ada juga lelaki yang jahat.

iv. Jantina seseorang tidak menentukan sama ada dia masuk syurga atau neraka. Jika mereka melakukan dosa, kedua-duanya akan dihukum, tidak bergantung kepada jantina.

2. [ 00:03:58 ] – HADITH PALSU KEDUA

“Janganlah sekali-kali seseorang daripada kamu melakukan sesuatu perkara (penting) sebelum bermesyuarat. Jika ia tidak menemui orang untuk bermesyuarat, maka hendaklah ia bermesyuarat dengan mana-mana wanita, kemudian hendaklah ia menyalahi pendapatnya. Kerana pada menyalahi pendapatnya ada keberkatan”.

00:04:29] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

i. Asy-Syaukani berkata hadith ini jelas karut. Perawinya dhaif sangat dan sanadnya terputus.

ii. Al-Quran surah al-Qashah ayat 26 & 27 menceritakan Nabi Syuaib menerima pendapat anak perempuannya.

iii. Dalam hadith, Nabi s.a.w. menerima cadangan isterinya, Ummu Salamah semasa peristiwa di Hudaibiyah.

iv. Adakah pendapat-pendapat wanita yang bertepatan dengan al-Quran dan as-Sunnah juga perlu dicanggah semata-mata kerana yang memberi pendapat itu seorang wanita?

v. Apa faedahnya bermesyuarat dengan wanita yang sememangnya akan ditolak pendapatnya?

vi. Bayangkan wanita yang berjawatan penting atau ketua dalam sesuatu organisasi tidak diterima pendapat dan arahannya semata-mata kerana dia seorang wanita.

vii. Gerakan pembebasan wanita (“Women’s Liberation”) adalah hasil dari salah faham yang timbul dari hadith-hadith palsu sebegini.

3. [ 00:08:33 ] – HADITH PALSU KETIGA

“Jika tidak kerana wanita, nescaya Allah disembah dengan sebenar-benarnya”.

[ 00:08:48 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

i. Perawinya Abdur Rahim bin Zaid al-‘Ammi adalah seorang pendusta besar dan jahat.

ii. Jika diterima hadith palsu ini, nabi-nabi juga tidak menyembah Allah dengan sebenar-benarnya kerana mereka juga mempunyai isteri.

iii. Maksud tersirat hadith palsu ialah supaya lelaki tidak berkahwin. Ianya bercanggah dengan sunnah Nabi s.a.w.

iv. Al-Quran, surah al-Ahzab ayat 35, meletakkan wanita sejajar dengan lelaki di sisi Allah.

v. Hadith Nabi s.a.w. menyatakan wanita yang soleh adalah sebaik-baik perhiasan dunia.

4. [ 00:11:07 ] – HADITH PALSU KEEMPAT

“Taat kepada wanita membawa kepada penyesalan”

[ 00:11:20 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEEMPAT

i. Tokoh-tokoh hadith seperti Ibnu Hibban, Ibnu al-Jauzi dan al-Albani menghukumkan hadith ini maudhu’.

ii. Adakah maksud hadith ini adalah semua wanita? Jika begitu, ianya salah kerana manusia diperintahkan supaya taat kepada ibunya. Bagaimana pula jika wanita itu merupakan seorang guru atau profesional seperti doktor, adakah arahan mereka tidak patut diikuti?

VIDEO PENUH ASAL –

1 –    • Sesi 97- Riwayat Wanita Penyebab Lela…  

2 –    • Sesi 98- Riwayat Wanita Penyebab Lela…  

NOTA KULIAH – https://syarahanhadits.school.blog/wp…

[HADITH PALSU] – RIWAYAT MENCELA ORANG BUJANG ATAU MENYATAKAN KELEBIHAN SEMBAHYANG ORANG YANG BERKAHWIN DARIPADA ORANG YANG TIDAK BERKAHWIN (BUJANG) TIADA SATU PUN SAHIH

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 12m 1s] – [HADIS PALSU] – Jurunikah Baca Hadith Palsu Dalam Khutbah Nikah!

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/ILLw1fcRB2g ]

[HADITH PALSU] – RIWAYAT MENCELA ORANG BUJANG ATAU MENYATAKAN KELEBIHAN SEMBAHYANG ORANG YANG BERKAHWIN DARIPADA ORANG YANG TIDAK BERKAHWIN (BUJANG) TIADA SATU PUN SAHIH)

00:08:57 ] – TEGURAN KEPADA PIHAK BERWAJIB AGAMA DI SELURUH NEGARA SUPAYA PEKA TERHADAP HADITH-HADITH MAUDHU’ DAN TIDAK MENJADI EJEN PENYEBAR HADITH MAUDHU’

Hadith maudhu’ tentang kelebihan dan fadilat solat orang yang berkahwin berbanding orang bujang ini ada dimasukkan ke dalam khutbah nikah di banyak negeri di Malaysia. Ianya amat memalukan kerana seolah-olah tidak ada orang yang berpengetahuan tentang hadith di Malaysia ini. Ubahlah sikap terutamanya di kalangan ustaz-ustaz dan ulama’ dan teruslah belajar untuk menambah ilmu dan bersedia untuk berubah dan menerima kebenaran.

CONTOH HADITH MAUDHU’

1. [ 00:01:04 ] – HADITH PALSU PERTAMA

Orang yang paling jahat (teruk) di kalanganmu adalah orang-orang bujang (orang-orang yang tidak beristeri atau tidak bersuami). Orang-orang mati yang paling hina di kalanganmu (juga) adalah orang-orang bujang.

00:01:28 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

i. Sekurang-kurangnya terdapat dua orang perawi yang dipertikaikan iaitu Muhammad bin Rashid dan seorang perawi yang tidak dikenali (majhul).

ii. Tiada ancaman di dalam al-Quran atau hadith-hadith sahih tentang jahatnya orang-orang bujang.

iii. Ancaman dan hukuman terhadap orang-orang bujang adalah lebih teruk daripada orang yang melakukan dosa-dosa besar seperti berzina dsb.

iv. Jikapun hadith ini hendak diterima (walaupun ianya tidak perlu diterima) kita boleh mengatakan ianya ditujukan kepada paderi-paderi Kristian atau sami-sami Budha yang mengajarkan kehidupan membujang adalah baik!

2. [ 00:03:14 ] – HADITH PALSU KEDUA

Orang yang paling jahat (teruk) di kalanganmu adalah orang bujang. Dua rakaat (solat yang dikerjakan) oleh orang yang telah berkeluarga (berkahwin) lebih baik daripada tujuh puluh rakaat oleh orang yang tidak berkeluarga (belum berkahwin).

[00:04:00 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

i. Hadith ini maudhu’ menurut Ibnu ‘Adi. Periwayat yang dipertikaikan oleh ramai ulama’ hadith ialah Yusuf bin as-Safat.

ii. Memang ada orang yang dibenarkan untuk tidak berkahwin oleh syarak, mengapa pula mereka dikatakan paling jahat?

iii. Apakah tokoh-tokoh ulama’ dan pejuang-pejuang di dalam Islam yang dikenali sebagai orang baik-baik yang tidak pernah berkahwin termasuk dalam kategori orang-orang paling jahat? Begitu juga ada Sahabat-Sahabat Nabi yang tidak berkahwin. Ianya sesuatu yang tidak masuk akal.

iv. NOTA:

Untuk menggalakkan orang melakukan kebaikan (targhib) atau menakut-nakutkan orang dari melakukan maksiat (tarhib) kita boleh menggunakan hadith dhaif. Tetapi kita tidak boleh menggunakan hadith dhaif sangat (dhaif jiddan) untuk tujuan tersebut, apatah lagi hadith maudhu’ seperti hadith kedua ini.

3. [ 00:06:56 ] – HADITH PALSU KETIGA

Dua rakaat yang dikerjakan oleh orang yang berkeluarga lebih baik daripada 82 rakaat oleh orang bujang.

00:06:57 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

i. Perawinya yang bernama Mas’ud bin ‘Amar al-Bakri adalah seorang yang tidak dikenali (majhul) manakala seorang lagi perawinya, Mujasyi’ bin ‘Amar adalah seorang pendusta besar.

ii. Fadhilat dan gandaan pahala untuk solat orang yang berkahwin berbeza di antara hadith-hadith. Ini menunjukkan ianya hadith dhaif.

iii. Ramai tokoh-tokoh hadith dahulu dan sekarang yang menghukum hadith ini sebagai hadith maudhu’, antaranya, Ibnu al-Jauzi, Ibnu ‘Adi, az-Zahabi, al-Albani dll.

iv. Malangnya, hadith ini ada dimasukkan ke dalam teks khutbah nikah di banyak negeri di Malaysia. Adanya hadith-hadith ini di dalam kitab-kitab tidak boleh menjadi alasan untuk memasukkannya sebagai teks khutbah nikah kerana terbukti ianya hadith palsu.

VIDEO PENUH ASAL –    • Sesi 93 – Riwayat Cela Orang Bujang A…