[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO 50] – Hadith semua wahyu diturunkan Allah dalam bahasa Arab kepada sekelian nabi, kemudian Jibril menterjemahkannya ke bahasa lain, tiada satupun yang sahih. (Video – Allah bila marah, turunkan wahyu dengan bahasa Arab, bila redha turunkan dengan bahasa Farsi)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 9m 14s] – [HADIS PALSU] – Allah bila marah, turunkan wahyu dgn bahasa Arab, bila redha turunkan dgn bahasa Farsi

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/6pBiRGJh5RE;  ]

USUL DIRAYAT KE – 50 – Hadith-hadith yang menyatakan semua wahyu diturunkan oleh Allah dalam bahasa Arab kepada sekelian nabi, kemudian Jibril menterjemahkannya ke dalam bahasa-bahasa lain, atau nabi masing-masing umat menyampaikannya ke dalam bahasa umat yang diutuskan kepada mereka kepadanya, tidak ada satupun yang sahih. Ia sama ada maudhu’ atau dhaif sangat. Demikian juga dengan hadith-hadith yang menyatakan Allah dalam keadaan tertentu menurunkan wahyu dalam bahasa Arab, dalam keadaan yang lain pula menurunkannya dalam bahasa Farsi.

[KENALI HADITH PALSU] – HADITH SEMUA WAHYU DITURUNKAN ALLAH DALAM BAHASA ARAB KEPADA SEKELIAN NABI, KEMUDIAN JIBRIL MENTERJEMAHKANNYA KE BAHASA LAIN, TIADA SATUPUN YANG SAHIH.

1. [ 00:01:08 ] – HADITH PALSU PERTAMA

“Demi tuhan yang nyawaku berada di tangan-Nya, tidak pernah sama sekali Allah menurunkan wahyu kepada seorang nabi pun secara langsung daripada-Nya melainkan dalam bahasa Arab. Kemudian nabi itu sendirilah yang menyampaikan wahyu tersebut kepada kaumnya dalam bahasa mereka.”

[ 00:02:10 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

i.Perawi yang bermasalah di dalam hadith ini ialah Sulaiman bin Arqam dan al-Abbas bin al-Fadhl.

ii. Sulaiman bin Arqam dikatakan meriwayatkan hadith-hadith maudhu’.

2. [ 00:03:09 ] – HADITH PALSU KEDUA

“Diberi wahyu kepada Jibril a.s. dalam bahasa Arab, dia pula membawanya turun kepada setiap orang nabi dalam bahasa kaumnya”

[ 00:04:20 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

i. Hadith palsu ini bercanggah dengan al-Quran (Surah Ibrahim, Ayat 4) yang menyatakan Allah mengutuskan seorang rasul dengan bahasa kaumnya supaya ia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka.

ii. Hadith palsu ini juga bercanggah dengan hadith sahih yang menyatakan Allah tidak mengutuskan seorang nabi melainkan dengan bahasa kaumnya.

3. [ 00:06:16 ] – HADITH PALSU KETIGA

“Sesungguhnya Allah apabila marah, menurunkan wahyu dengan bahasa Arab, apabila redha pula Dia menurunkan wahyu dengan bahasa Farsi”

[ 00:06:36 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

i. Hadith ini dikatakan palsu oleh Ibnu al-Jauzi.

ii. Salah seorang perawinya, Umar bin Musa adalah seorang pendusta dan pereka hadith.

iii. Semua ayat al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab sebagaimana dinyatakan di dalam al-Quran, ayat 2, Surah Yusuf yang bermaksud, “Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Qur’an (yang dibaca) dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya”.

VIDEO PENUH ASAL –    • Sesi 84 – Hadith Wahyu Dalam Bahasa A…  

NOTA KULIAH – https://syarahanhadits.school.blog/wp…

[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 49] – Hadith Allah membenci bahasa tertentu dan mencela, menghina atau menjelikkan mana-mana bahasa dengan mengatakan ia bahasa ahli neraka atau bahasa syaitan dsb semuanya maudhu’. Juga hadith melarang orang yang pandai berbahasa Arab daripada bercakap dengan bahasa selain Arab. (Video – Jangan Bercakap Bahasa Farsi, Kamu Akan jadi Fasiq!)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 13m 22s] – [HADIS PALSU] – Jangan Bercakap Bahasa Farsi, Kamu Akan jadi Fasiq!

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/-5nqNHnprZ0&nbsp ]

USUL DIRAYAT KE – 49 – Hadith-hadith yang menyatakan Allah membenci bahasa tertentu dan mencela, menghina atau menjelikkan mana-mana bahasa dengan mengatakan ia bahasa ahli neraka atau bahasa syaitan dan sebagainya semuanya maudhu’. Demikian juga hadith-hadith yang melarang orang yang pandai berbahasa Arab daripada bercakap dengan bahasa selain Arab, dan menyatakan orang-orang yang bercakap dengan bahasa Arab seperti bahasa Farsi dan lain-lain tidak bermaruah dan akan menyebabkan ia menjadi jahat, munafiq dan sebagainya.

SELINGAN

1. [ 00:10:03 ] – Istilah “Dajjal” yang diberi kepada seorang perawi hadith palsu adalah lafaz yang paling teruk terhadap seorang perawi. Ianya menunjukkan seorang penipu besar yang tidak halal diriwayatkan hadith daripadanya kecuali untuk mendedahkan keburukannya.

2. [ 00:11:50 ] – Keperluan kepada pengajian hadith amat mendesak sekarang ini kerana fenomena penyebaran hadith palsu berlaku dengan berleluasa dalam masyarakat. Masyarakat yang jahil hadith akan mudah tertipu dengan penampilan luaran individu-individu yang menyeleweng.

[KENALI HADITH PALSU] – HADITH ALLAH MEMBENCI BAHASA TERTENTU DAN MENCELA, MENGHINA ATAU MENJELIKKAN MANA-MANA BAHASA DENGAN MENGATAKAN IA BAHASA AHLI NERAKA ATAU BAHASA SYAITAN DSB SEMUANYA MAUDHU’. JUGA HADITH MELARANG ORANG YANG PANDAI BERBAHASA ARAB DARIPADA BERCAKAP DENGAN BAHASA SELAIN ARAB

1. [ 00:01:07 ] – HADITH PALSU PERTAMA

“Bahasa yang paling dibenci Allah ialah bahasa Farsi. Bahasa syaitan ialah bahasa Khuzi (bahasa orang-orang Khuzistan). Bahasa penghuni neraka ialah bahasa Bukhara, dan bahasa ahli syurga ialah bahasa Arab”

[ 00:01:51 ] – KOMENTAR

i. Hadith ini dikaitkan dengan Sahabat Nabi Abdullah Bin Amr dan Abu Hurairah rhum padahal mereka sedikitpun tidak terlibat.

ii. Hadith ini dihukumkan maudhu’ oleh Ibnu al-Jauzi. Perawi yang dituduh merekanya ialah Isma’il Bin Ziad.

iii. Hadith ini bercanggah dengan ayat al-Quran, Surah al-Ruum: ayat 22, Surah ar-Rahman: ayat 3 &4 dan Surah Ibrahim: ayat 4.

iv. Bahasa yang berbeza-beza adalah tanda kebesaran dan kewujudan Allah.

v. Di dalam al-Quran terdapat beberapa perkataan yang berasal dari berbagai bahasa selain dari bahasa Arab.

vi. Nabi s.a.w. sendiri ada mengucapkan perkataan yang bukan bahasa Arab.

2. [ 00:07:17 ] – HADITH PALSU KEDUA

“Orang yang bercakap dalam bahasa Farsi (menggunakannya) akan semakin bertambah kejahatannya dan semakin berkurang maruahnya”

[ 00:07:33 ] – KOMENTAR

i. Az-Zahabi, Ali bin al-Madini, Ibnu ‘Adi, Ibnu al-Jauzi, as-Syaukani dan al-Albani mengatakan hadith ini maudhu.

ii. Tidak terbukti orang yang bercakap bahasa Farsi adalah lebih jahat dan tidak bermaruah berbanding dengan orang yang berbahasa Arab.

iii. Sebaliknya bahasa Farsi banyak menyumbang dan berjasa kepada Islam.

3. [ 00:09:18 ] – HADITH PALSU KETIGA

“Sesiapa dari kalanganmu pandai bercakap bahasa Arab, maka janganlah sekali-kali ia bercakap bahasa Farsi, kerana ia menimbulkan sifat nifaq”

[ 00:09:37 ]- KOMENTAR

i. Perawi hadith ini Amar Bin Musa dituduh sebagai pendusta oleh Ibnu Ma’in.

ii. Imam al-Bukhari menulis satu bab bertajuk, “Orang yang bercakap bahasa Farsi dan bahasa-bahasa lain selain bahasa Arab” dengan tujuan untuk menyatakan keharusan bercakap dalam bahasa lain selain bahasa Arab.

iii. Nabi s.a.w. sendiri pernah menggunakan bahasa Farsi dalam percakapan Baginda.

iv. Zaid bin Tsabit pernah diarahkan Nabi untuk belajar bahasa ‘Ibrani dan Siryani untuk tujuan berdakwah kepada mereka yang menggunakan bahasa tersebut.

VIDEO PENUH ASAL –    • Sesi 83 – Hadith Menyatakan Allah Ben… 

NOTA KULIAH – https://syarahanhadits.school.blog/wp…

[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 48] – Hadith mencela sesuatu pekerjaan atau usaha mencari rezeki dan profession tertentu seperti guru, tukang jahit, peniaga, petani dan lain-lain semuanya palsu. ( Video – Orang paling jahat ialah peniaga dan petani & tukang-tukang (pakar-pakar)! )

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 13m 14s] – [HADIS PALSU] – Orang paling jahat ialah peniaga dan petani & tukang-tukang (pakar-pakar)!

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/-5nqNHnprZ0&nbsp ]

USUL DIRAYAT KE – 48 – Hadith-hadith yang mencela sesuatu pekerjaan atau usaha mencari rezeki dan profession tertentu semuanya palsu. Begitu juga dengan hadith-hadith yang menghina tukang-tukang atau orang-orang yang melakukan sesuatu pekerjaan sebagai professionnya seperti guru, tukang jahit, peniaga, petani dan lain-lain.

SELINGAN

1. [00:10:59 ] – Berhati-hati bila menerima atau kongsikan ilmu-ilmu berkaitan agama, contohnya, hadith-hadith yang tidak dipastikan kesahihannya. Ingatlah Nabi s.a.w. mengancam dengan neraka kepada orang yang berdusta atas nama Baginda. Niat yang baik sahaja tidak menjamin untuk mendapat pahala malah mungkin menuai dosa sekiranya apa yang dibuat atau dikongsikan salah di sisi agama. Oleh itu belajarlah dan tingkatkanlah ilmu pengetahuan.

2. [ 00:11:17 ] – Islam menganjurkan umatnya supaya bermesyuarat dalam perkara-perkara yang penting

[KENALI HADITH PALSU] – HADITH MENCELA SESUATU PEKERJAAN ATAU USAHA MENCARI REZEKI DAN PROFESSION TERTENTU SEPERTI GURU, TUKANG JAHIT, PENIAGA, PETANI DAN LAIN-LAIN SEMUANYA PALSU.

1. [ 00:00:48 ] – HADITH PALSU PERTAMA

“Manusia yang paling jahat ialah peniaga-peniaga dan petani-petani”

[ 00:01:09 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

i. Seorang tokoh hadith, al-Jauzaqaani berkata hadith ini bathil (karut) dan di dalam sanadnya terdapat beberapa orang perawi yang tidak dikenali.

ii. Hadith palsu ini bercanggah dengan sabda Nabi s.a.w. Apabila ditanya apakah pekerjaan yang paling baik dan paling utama, Nabi s.a.w. menjawab, “Pekerjaan seseorang menggunakan tangannya dan segala bentuk jual beli (perniagaan yang halal)”.

iii. Hadith palsu ini juga bercanggah dengan hadith sahih yang diriwayatkan dari ‘Aisyah r.ha., “Sesungguhnya apa yang paling baik dimakan oleh seseorang ialah daripada hasil usahanya. Dan anak seseorang juga daripada hasil usahanya”.

2. [ 00:03:11 ] – HADITH PALSU KEDUA

“Jangan kamu bermesyuarat dengan tukang-tukang tenun, tukang-tukang bekam dan guru-guru, kerana Allah telah menarik akal mereka dan menghilangkan keberkatan pekerjaan mereka.”

[ 00:03:31 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

i. Perawi hadith ini Muhammad bin Dhau’ adalah seorang pendusta besar. Seorang lagi perawinya, ‘Ubaidillah bin Zahar ialah perawi hadith maudhu’.

ii. Ada kemungkinan perawi-perawi ini bermusuhan dengan mereka yang menceburi bidang pekerjaan tersebut lalu mencipta hadith palsu untuk melepaskan geram mereka. Atau mungkin juga perawi hadith palsu ini memang sengaja mencipta hadith palsu untuk merosakkan Islam.

iii. Larangan dari bermesyuarat dengan mereka yang bekerja sebagai tukang bekam, tukang tenun kain atau guru-guru adalah tidak munasabah dan tidak mungkin keluar dari mulut Nabi s.a.w. yang mulia. Ianya bercanggah dengan apa yang diperintahkan Allah, iaitu supaya bermesyuarat.

iv. Budaya mengklasifikasikan pekerjaan berdasarkan status dan “pandangan masyarakat” adalah asing dalam Islam. Yang penting dalam Islam ialah sesuatu pekerjaan itu hendaklah halal.

3. [ 00:07:17 ] – HADITH PALSU KETIGA

“Umatku yang paling teruk (jahat) ialah tukang-tukang tempa (seperti tukang emas, tukang besi dan lain-lain) dan tukang-tukang celup”

[ 00:07:35 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

i. As-Suyuti, as-Sakhaawi dan Ibnu al-Jauzi mengatakan hadith ini dhaif di segi sanadnya. Tetapi di segi dirayat, ianya jelas maudhu’.

ii. Hadith palsu ini bercanggah dengan hadith sahih yang berbunyi, “Tidak ada sama sekali makanan yang lebih baik dimakan oleh seseorang daripada makanan (yang diperolehi daripada) hasil usaha tangannya. Nabiyullah Daud a.s. memakan daripada hasil usaha tangannya”.

iii. Apa yang disebut “tukang” di zaman Nabi, di zaman ini boleh disamakan seperti kepakaran di dalam sesuatu bidang umpamanya kejuruteraan, perubatan dsb. Ianya amat diperlukan dan tidak munasabah ianya dikatakan sebagai manusia yang paling teruk.

iv. Betapa ramai tukang-tukang yang disebut di dalam hadith palsu tersebut adalah terdiri dari mereka yang baik-baik dan amanah.

VIDEO PENUH ASAL –    • Sesi 82 –   Hadith Mencela Sesuatu Pe…  

NOTA KULIAH – https://syarahanhadits.school.blog/wp…