[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 46] Hadith anak zina dan anak cucunya tidak akan masuk syurga, semuanya maudhu’. Demikian juga hadith anak zina diciptakan untuk neraka. (Video – Anak zina tidak akan masuk syurga, tidak juga anaknya & tidak juga anak bagi anaknya)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 13m 52s] – [HADIS PALSU] – Anak zina tidak akan masuk syurga, tidak juga anaknya & tidak juga anak bagi anaknya

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/_hbFSdRowtA ]

USUL DIRAYAT KE – 46 – Hadith-hadith yang menyatakan anak zina tidak akan masuk syurga, demikian juga anak cucunya, tidak ada satu pun yang sahih, bahkan semuanya maudhu’. Demikian juga hadith-hadith yang menyatakan anak zina diciptakan untuk neraka, semata-mata kerana ia anak zina, bukan kerana apa-apa dosa yang dilakukannya.

[Tiada hadith sahih yang menyatakan kehinaan atau kejelikan anak zina. Kalau ada pun hadith yang dianggap sahih, ianya perlu ditakwil, kerana maksud sebenarnya bukan begitu]

[ 00:07:48 ] – PENCERAHAN

Tiada hadith sahih yang menyatakan kehinaan atau kejelikan anak zina. Kalau ada pun hadith yang dianggap sahih, ianya perlu ditakwil, kerana maksud sebenarnya bukan begitu.

1. Contoh hadith yang dikatakan sahih tapi perlu ditakwil ialah hadith, “Anak zina adalah yang paling teruk antara tiga orang (iaitu dia sendiri, ibu dan bapanya)”.

2. Hadith ini dihukum sahih sanadnya oleh ramai ulama’ hadith termasuk al-Albani. Walaupun begitu kesahihan matannya (kandungannya) adalah meragukan kerana bercanggah dengan keadilan Islam.

3. Sebenarnya hadith ini adalah potongan dari satu hadith yang lain iaitu, “Anak zina adalah yang paling teruk antara tiga orang (iaitu dia sendiri, ibu dan bapanya), jika dia melakukan apa yang dilakukan oleh kedua ibu dan bapanya”. Oleh itu hendaklah difahami maksud hadith pertama adalah berkait dengan faktor yang disebutkan dalam hadith kedua, iaitu “jika dia melakukan apa yang dilakukan oleh kedua ibu dan bapanya”.

4. Untuk mendapat maksud yang tepat dari sesuatu hadith, seseorang perlu meneliti hadith-hadith lain berkaitan perkara yang sama.

SELINGAN

1. [ 00:11:15 ] – HADITH YANG SAHIH HENDAKLAH SAHIH DI SEGI SANAD DAN JUGA MATANNYA.

Sesuatu hadith dianggap sahih bila ianya sahih di segi sanad dan matannya. Hadith yang sahih tidak boleh bercanggah dengan al-Quran dan hadith yang lebih sahih. Sekiranya hadith yang matannya dipertikaikan hendak diterima juga ia perlu ditakwil dengan munasabah dan disesuaikan dengan kenyataan al-Quran dan hadith yang lebih sahih.

2.[ 00:13:09 ] – Hendaklah Membaca Kitab-Kitab Lama Dengan Menggunakan Edisi Yang Telah Di’takhrij” (Dinyatakan Kedudukan Dan Status) Hadithnya Untuk Mengelakkan Dari Terkeliru

[KENALI HADITH PALSU] –  HADITH ANAK ZINA DAN ANAK CUCUNYA TIDAK AKAN MASUK SYURGA, SEMUANYA MAUDHU’. DEMIKIAN JUGA HADITH ANAK ZINA DICIPTAKAN UNTUK NERAKA.

1. [ 00:01:15 ] – HADITH PALSU PERTAMA

“Anak zina tidak akan masuk syurga”

[ 00:01:35 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

i. Hadith ini terdapat di dalam kitab Ibnu ‘Adi, al-Kamil Fi Dhu’afa’, sebuah kitab yang mengumpulkan perawi dhaif dan maudhu’.

ii. Ibnu al-Jauzi mengatakan hadith ini maudhu’, bukan sahaja kerana perawinya, tetapi juga kerana bercanggah dengan keadilan Islam yang termaktub di dalam al-Quran.

iii. Ayat al-Quran yang dimaksudkan oleh Ibnu al-Jauzi ialah ayat 164, Surah al-An’am yang bermaksud: “Seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja)”, dan “Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya”.

2. [ 00:03:56 ] – HADITH PALSU KEDUA

“Anak zina tidak akan masuk syurga, tidak (akan masuk juga) anaknya dan tidak juga anak bagi anaknya”

[ 00:05:04 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

i. Perawi yang menjadi punca (“madaar” atau paksi) hadith ini Abu Isra’il, seorang yang tertolak dan tidak ditulis hadithnya.

ii. Hadith palsu ini menggambarkan ketidakadilan Allah dan agama Islam, di mana orang yang tidak bersalah dihukum sehingga beberapa keturunan manakala orang yang bersalah tidak langsung dikenakan hukuman.

3. [ 00:06:13 ] – HADITH PALSU KETIGA

“Anak-anak zina akan dibangkitkan (di Mahsyar) dalam rupa kera-kera dan babi-babi”

[ 00:06:47 ] KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

i. Perawi hadith ini, Ali bin Zaid bin Ju’dan adalah seorang perawi yang langsung tidak bernilai. Hadith ini dihukumkan maudhu’ oleh ramai ulama’ hadith.

ii. Hadith palsu ini menyalahi firman Allah di dalam al-Quran dan menyalahi prinsip keadilan Islam.

VIDEO PENUH ASAL –

1.    • Sesi 79 -Hadith anak zina tidak akan …  

2.   • Sesi 81 – ULANGAN-Hadis anak zina tid…  

[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 45] – Hadith kelebihan mana-mana tempat atau negeri atau pujian Nabi terhadapnya yang bersifat tetap dan berkekalan selain Mekah, Madinah dan Baitul Maqdis adalah palsu. Demikian juga dengan hadith yang mencela sesuatu tempat atau negeri. [Nota: Kalaupun ada doa Nabi untuk sesuatu tempat selain Mekah, Madinah dan Baitul Maqdis, seperti Syam, Yaman dan lain-lain maka ia hanya merujuk kepada zaman tertentu, bukan bersifat tetap dan berpanjangan buat selama-lamanya] – (Video – Penduduk Mesir Pendek-Pendek Umurnya!)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 15m 40s] – [HADIS PALSU] – Penduduk Mesir Pendek-Pendek Umurnya!

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/nuRIql3UFz0 ]

USUL DIRAYAT KE – 45 – Hadith-hadith yang menyatakan kelebihan mana-mana tempat atau negeri atau pujian Nabi s.a.w. terhadapnya yang bersifat tetap dan berkekalan selain Mekah, Madinah dan Baitul Maqdis adalah palsu. Demikian juga dengan hadith-hadith yang mencela sesuatu tempat atau negeri. [Nota: Kalaupun ada doa-doa Nabi s.a.w. untuk sesuatu tempat atau negeri selain Mekah, Madinah dan Baitul Maqdis, seperti Syam, Yaman dan lain-lain maka ia hanya merujuk kepada zaman tertentu, bukan bersifat tetap dan berpanjangan buat selama-lamanya]

SELINGAN

1. [ 00:14:22 ] – SYIAH MEMINDA KITAB-KITAB MUKTABAR

Didapati ada naskhah Sahih al-Bukhari yang disusupkan perkataan tambahan seperti “alaihissalam (a.s)” selepas nama-nama yang dianggap sebagai Imam dan tokoh oleh penganut Syiah seperti nama Ali, Fatimah dll.

2. [ 00:15:08 ] – Hadith-hadith palsu boleh didapati dalam kitab-kitab khas yang mengumpulkan hadith-hadith palsu, atau di dalam kitab yang mengumpulkan perawi dhaif yang ditolak hadithnya dan kitab-kitab hadith yang bertaraf rendah yang memasukkan berbagai hadith dari yang sahih hingga yang palsu.

[KENALI HADITH PALSU] –  HADITH KELEBIHAN MANA-MANA TEMPAT ATAU NEGERI ATAU PUJIAN NABI TERHADAPNYA YANG BERSIFAT TETAP DAN BERKEKALAN SELAIN MEKAH, MADINAH DAN BAITUL MAQDIS ADALAH PALSU. DEMIKIAN JUGA HADITH YANG MENCELA SESUATU TEMPAT ATAU NEGERI.

1. [ 00:02:26 ] – HADITH PALSU PERTAMA

“Empat pintu daripada pintu-pintu syurga terbuka di dunia ini. Pertamanya Iskandariah, (kedua) Asqalaan, dan (ketiga) Qazwiin, Dan (keempat) kelebihan Judah (Jeddah) daripada semua yang tersebut itu seperti kelebihan Baitillahil Haraam daripada sekelian rumah yang lain”. [Nota: Hadith ini terdapat di dalam kitab-kitab yang mengumpulkan hadith maudhu’ (palsu)]

[ 00:03:22 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

i. Perawi hadith ini Abdul Malik bin Harun ialah pendusta besar dan pereka hadith.

ii. Hakikatnya, di mana pun kita berada, kita akan dapat memasuki syurga jika kita beriman dan beramal soleh; tidak terikat dengan empat tempat yang disebutkan dalam hadith palsu ini. iii. Hadith sahih yang memuji Yaman adalah bersifat sementara (semasa) dan hanya merujuk kepada golongan yang menerima Islam di zaman Nabi sahaja. Ini terbukti dengan kenyataan di mana setelah berlalu beberapa abad selepas zaman Nabi, kita dapati Yaman tidaklah terjamin sebagaimana yang digambarkan di dalam hadith tersebut.

2. [ 00:06:47 ] – HADITH PALSU KEDUA

“Apabila Wilayah Khurasan (mulai) ditakluk, dan agak lama tentera-tentera Islam ke sana, sehingga mereka berkumpul di Azerbaijan dan kawasan-kawasan pergunungannya. Ketika itu lemahlah semangat Umar r.a. lalu dia berkata, “Kenapalah sibuk sangat aku dengan Khurasan! Kenapalah sibuk sangat aku dengan Khurasan! Alangkah baiknya kalau di antaraku dan Khurasan ada gunung-gunung salji! Alangkah baiknya kalau di antaraku dan Khurasan ada beberapa gunung api! Alangkah baiknya kalau di antaraku dan Khurasan ada seribu tembok, setiap satu daripadanya seperti tembok Ya’juj dan Ma’juj!

Ketika itu berkatalah Ali bin Abi Thalib a.s., “Sabar wahai anak al-Khattab! Agaknya engkau tidak mendapat ilmu Muhammad, atau agaknya engkau belum mengetahui ilmu dari Muhammad s.a.w. bahawa Allah mempunyai sebuah bandar di Khurasan, namanya Marw. Ia diasaskan oleh saudaraku Dzul Qarnain, dan ‘Uzair telah bersembahyang di situ. Sungai-sungainya cantik (menarik pengembara) dan buminya pula subur. Di setiap pintu bandar itu ada malaikat yang menghunus pedangnya demi menjaga penduduknya daripada segala bencana hingga ke hari kiamat.

Allah (juga) mempunyai sebuah bandar di Khurasan. Namanya Thaalaqaan. Kekayaannya bukan berupa emas dan perak, tetapi berupa orang-orang mukmin yang bangkit bila orang-orang lain bangkit dan menolong bila orang-orang lain telah gentar.

Allah (juga) mempunyai bandar di Khurasan. Namanya Syasy. Orang yang berdiri dan tidur di bandar itu sepertii orang yang berlumuran dengan darahnya di jalan Allah.

Allah (juga) mempunyai bandar di Khurasan. Namanya Bukhara. Penduduk Bukhara aman daripada kejutan ketika huru-hara berlaku. Ketika orang-orang lain bersedih, mereka pula bergembira. Bertuahlah Bukhara! Allah menjenguk mereka setiap malam, lalu mengampunkan sesiapa yang dikehendaki-Nya. Taubat orang-orang yang bertaubat di kalangan mereka pula diterima Allah.

Allah (juga) mempunyai bandar di Khurasan. Namanya Samarqand. Ia dibangunkan oleh orang yang membangunkan Hiirah. Allah melindungi penduduknya dan mendengar hiruk pikuknya. Setiap malam berserulah yang berseru (dengan berkata), “Bertuahlah kamu kerana akan memperolehi syurga! Berbahagialah Samarqand! Orang-orang di sekitarnya akan aman daripada azab Allah pada hari kiamat nanti jika mereka taat.

Kemudian berkata Ali, “Wahai Ibnu al-Kawwa’, berapakah jarak di antara Busanj dan Hiraat?” Jawab Ibn al-Kawwa’, “Enam farsakh”. Kata Ali, “Tidak, bahkan sembilan farsakh, tidak lebih dan tidak kurang walaupun sebatu. Demikianlah kekasih dan kesayanganku Muhammad s.a.w. memberitahuku.”

Kemudian beliau (Ali) berkata lagi, “Sesungguhnya di Khurasan ada sebuah bandar dipanggil Thuus. Betapa hebatnya orang-orang mukmin di Thuus! Mereka tidak mempedulikan kerana Allah celaan orang yang mencela. Mereka melakukan ibadat kerana Allah, dan menghidupkan sunnah Nabi-Nya s.a.w.

Sesungguhnya di Khurasan (juga) Allah mempunyai sebuah bandar. Namanya Khuwarizm. Orang yang tidur di situ seperti orang-orang yang beribadat pada hari paling panjang di musim panas. Mereka adalah anak-anak Qafthuura.

Sesungguhnya di Khurasan (juga) Allah mempunyai sebuah bandar. Namanya Jurjan. Hasil taninya elok. Tanah tinggi dan tanah rendahnya menghijau. Sumber airnya pula banyak. Makan dan minum hamba-hamba Allah di situ cukup mewah. Mereka berada dalam kesenangan ketika orang-orang lain berada dalam kesempitan. Mereka menurut perintah Allah dan bersegera pula mentaatinya. Sungguh bertuah mereka! Sekali lagi, sungguh bertuah mereka, jika mereka beriman dan membenarkan!

Sesungguhnya di Khurasan (juga) Allah mempunyai sebuah bandar. Namanya Quumas. Alangkah istimewanya orang-orang di Quumas! Maka berkata Umar, “Hai Ali engkau memang penimbul fitnah!”.

Mendengar kata-kata (tuduhan) Umar itu, Ali pun berkata, “Jika dua biji batu tercampak dari udara pun orang akan berkata, “Ini perbuatan Ali bin Abi Thalib.”

Umar seterusnya berkata, “Alangkah baiknya kalau jarak di antaraku dan Khurasan sejauh jarak di antaraku dan Balqa’ “. [Hadith palsu ini terdapat di dalam kitab al-Maudhuat, Ibnu al-Jauzi]

[ 00:11:09 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

i. Ibnu al-Jauzi mengatakan hadith ini palsu. Perawi hadith ini Nuh bin Abi Maryam langsung tidak bernilai dan hadithnya tidak boleh ditulis.

ii. Terdapat unsur-unsur Syiah di dalam hadith ini seperti diletakkan doa “alaihissalam (a.s.) selepas nama Ali bin Abi Talib. Saidina Umar (musuh ketat Syiah) pula digambarkan sebagai seorang pengecut dan lemah semangat berbanding Saidina Ali yang digambarkan sebagai seorang yang penyabar dan berpengetahuan luas dalam hadith-hadith Nabi.

iii. Untuk melebihkan dan memuliakan sesuatu tempat berbanding tempat lain, diperlukan nas yang sahih dan terang tentangnya.

3. [00:12:27] – HADITH PALSU KETIGA

“Sesungguhnya Mesir akan ditakluk sepeninggalanku. Maka rebutlah kamu kebaikannya, tetapi jangan jadikannya sebagai tempat tinggalmu. Sesungguhnya akan digiring kepadanya orang-orang yang paling pendek umurnya”

[ 00:13:37 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

i. Tokoh-tokoh hadith seperti Ibnu al-Jauzi, as-Sakhawi, al-Albani dan al-Ghumairi menghukumkan hadith ini sebagai maudhu’ (palsu).

ii. Hadith ini bercanggah dengan kenyataan di mana tidak terbukti semua orang yang tinggal di Mesir pendek umurnya.

iii. Ramai Sahabat-sahabat Nabi s.a.w. tinggal di Mesir dan tidak mengamalkan hadith palsu ini.

VIDEO PENUH ASAL –    • Sesi 78 – Hadith Pujian Atau Celaan T…  

[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 44] – Hadith kelebihan orang yang bernama Muhammad atau Ahmad dan ancaman terhadap orang yang tidak melebihkan orang yang bernama Muhammad atau Ahmad adalah palsu. Demikian juga celaan dan ancaman terhadap orang yang tidak menamakan anak-anak mereka dengan nama tersebut, semuanya maudhu’. (Video – Untuk dapat berkat, kalau ada yang bernama Muhammad, wajib ajak dia masuk meeting!)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 14m 59s] – [HADIS PALSU] – Untuk dapat berkat, kalau ada yang bernama Muhammad, wajib ajak dia masuk meeting!

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/1WlO-9QIaAI ]

USUL DIRAYAT KE – 44 – Hadith-hadith yang menyatakan kelebihan orang yang bernama Muhammad atau Ahmad semata-mata kerana nama itu, dan celaan serta ancaman terhadap orang yang tidak melebihkan orang yang bernama Muhammad atau Ahmad adalah palsu. Demikian juga celaan dan ancaman terhadap orang yang tidak menamakan anak-anak mereka dengan nama tersebut; semuanya maudhu’, paling elokpun ia dhaif sangat. Tidak ada satupun daripadanya tsabit atau sahih.

NOTA HUJUNG

1. [ 00:11:23 ] – NAMA-NAMA ANAK YANG BAIK

Antara nama-nama yang baik adalah ‘Abdullah, ‘Abdur Rahman, ‘Abdur Rahim dan al-Harits. Hadith sahih menyebut, “Sesungguhnya nama yang paling baik ialah ‘Abdullah, ‘Abdur Rahman dan al-Harits”.

Artikel Selingan – Kesalahan-kesalahan Dalam Memberi Nama – https://asasislam.home.blog/2019/06/18/kesalahan-kesalahan-dalam-memberi-nama/

2. [ 00:12:16 ] – DIBOLEHKAN MENAMAKAN ANAK DENGAN MUHAMMAD ATAU AHMAD TETAPI TIDAK BOLEH PERCAYA ADANYA KELEBIHAN TERTENTU KERANA SEMATA-MATA NAMA SEPERTI YANG DISEBUT DALAM HADITH PALSU

Harus menamakan anak dengan nama-nama nabi termasuk nama nabi kita Muhammad kerana rasa kasih kita kepada mereka dan keinginan untuk mengikut jejak langkah mereka. Apa yang dipertikaikan ialah mempercayai nama-nama tersebut mempunyai kelebihan tertentu. Sebagai perbandingan, begitu juga halnya dengan amalan selawat ke atas Nabi s.a.w. Ulama’ tidak mempertikaikan kebaikan selawat itu sendiri tetapi menolak fadilat-fadilat yang direka atas amalan tersebut.

[KENALI HADITH PALSU] –  HADITH KELEBIHAN ORANG YANG BERNAMA MUHAMMAD ATAU AHMAD DAN ANCAMAN TERHADAP ORANG YANG TIDAK MELEBIHKAN ORANG YANG BERNAMA MUHAMMAD ATAU AHMAD ADALAH PALSU.

1. [ 00:00:54 ] – HADITH PALSU PERTAMA

“Aku bersumpah atas diri-Ku (Aku berjanji) bahawa tidak akan masuk neraka orang yang bernama Ahmad dan Muhammad”

[ 00:01:26 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

i. Perawi-perawi yang ada di dalam sanad hadith palsu ini tidak dikenali, dan kalaupun dikenali, dia adalah pendusta besar, dajjal, pereka hadith dan Syiah yang melampau.

ii. Hadith ini terdapat di dalam kitab-kitab yang mengumpulkan hadith-hadith palsu.

iii. Hadith ini bercanggah dengan ajaran Nabi s.a.w. yang menyatakan neraka tidak dapat dihindari dengan nama-nama dan gelaran-gelaran tertentu tetapi ianya dapat dihindari dengan iman dan amal shaleh.

2. [ 00:02:40 ] – HADITH PALSU KEDUA

“Kepapaan tidak akan masuk ke dalam rumah yang ada namaku di dalamnya”. [Hadith ini terdapat di dalam kitab-kitab yang menghimpunkan hadith-hadith palsu]

[ 00:03:18 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

i. Perawi-perawi di dalam sanad hadith ini dituduh sebagai pereka hadith. Hadith ini bercanggah dengan kenyataan, di mana kaya atau miskin seseorang tidak bergantung kepada adanya namanya “Muhammad” di dalam rumah mereka. Hadith ini terdapat hanya di dalam kitab-kitab hadith yang mengumpulkan hadith maudhu’ dan ini juga membuktikan kepalsuannya.

ii. Apakah maksud sebenar “ada namaku (Nabi) di dalam rumah”? Adakah ianya bermaksud nama yang tergantung di dinding atau ada orang yang bernama Muhammad di dalam rumah? Apapun maksudnya, kenyataannya tiada kesan dengan adanya nama Muhammad di dalam rumah terhadap kaya atau miskinnya seseorang. Cuma ditakuti sekiranya ada yang percaya dengan hadith ini, orang akan menggantung nama Muhammad di rumah-rumah demi untuk mendapat berkat (sebagaimana orang menggantung logo capal). Perbuatan ini dikhuatiri menghampiri syirik.

iii. Sahabat-sahabat Nabi s.a.w. tidak mengamalkan hadith ini, membuktikan kepalsuannya dan begitu juga ianya tidak diamalkan oleh masyarakat kita.

3. [ 00:07:08 ] – HADITH PALSU KETIGA

“Tidak berkumpul mana-mana kaum sama sekali untuk bermesyuarat, sedangkan ada di antara mereka seorang yang bernama Muhammad, tetapi mereka tidak memasukkannya dalam mesyuarat mereka, melainkan mesyuarat mereka tidak diberkati”. [Hadith ini terdapat di dalam kitab-kitab yang mengumpulkan hadith-hadith palsu]

[ 00:07:49 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

i. Tokoh-tokoh hadith telah menghukumkan hadith ini sebagai dusta dan maudhu’ (palsu).

ii. Hadith ini tidak praktikal, kerana untuk mendapat keberkatan, seseorang perlu menghadiri mesyuarat semata-mata kerana namanya Muhammad, padahal dia bukan yang layak menghadiri mesyuarat tersebut.

iii. Hadith palsu ini memberi imej buruk tentang Islam kepada orang bukan Islam dan memeningkan kepala orang Islam sendiri!

4. [ 00:09:01 ] – HADITH PALSU KEEMPAT

“Sesiapa mendapat tiga orang anak laki-laki, tetapi ia tidak memberi nama Muhammad kepada seorang pun daripadanya, bererti ia memang jahil”

[ 00:09:35 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEEMPAT

i. Perawi-perawi hadith ini dalam beberapa saluran terdiri dari mereka yang dituduh sebagai pendusta besar dan pereka hadith.

ii. Ramai Sahabat termasuk Saidina Umar r.hu. tidak mengamalkan hadith ini.

iii. Hadith ini bercanggah dengan ajaran al-Quran yang menyatakan kejayaan seseorang di akhirat adalah iman dan amal solehnya, bukannya nama dan gelarannya.

VIDEO PENUH ASAL –    • Sesi 77- Tiada Hadith  Sahih  Kelebih…  

[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 43] – Riwayat Kelebihan Hidup Dalam Keadaan Miskin Dan Papa Kedana, Maudhu’ (Palsu) Semuanya. Juga Riwayat Kemuliaan Orang Miskin Di Akhirat Dan Kehinaan Orang-Orang Yang Berharta. (Video – Kepapaan adalah kecacatan di sisi manusia, tetapi cantik di sisi Allah pada hari kiamat)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 15m 5s] – [HADIS PALSU] -Kepapaan adalah kecacatan disisi manusia, tetapi cantik disisi Allah pada hari kiamat

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/sXCoyQ_2faE ]

USUL DIRAYAT KE – 43 – Riwayat-Riwayat Yang Menyebutkan Tentang Kelebihan Hidup Dalam Keadaan Miskin Dan Papa Kedana, Maudhu’ (Palsu) Semuanya. Tidak Ada Satu Pun Yang Sahih. Demikian Juga Riwayat-Riwayat Yang Memuji Kemiskinan Dan Kepapaan, Menyatakan Kemuliaan Orang-Orang Miskin Di Akhirat Dan Kehinaan Orang-Orang Yang Berharta Secara Mutlak (Nota: Iaitu Tanpa Mengira Betapa Keadaan Orang Kaya Itu, Sama Ada Bertaqwa Atau Tidak)

EPILOG

1. [ 00:10:29 ] – KAYA ATAU MISKIN?

i. “Hidup miskin” yang tersebut di dalam hadith bukan bermaksud miskin harta benda tetapi merujuk kepada “hidup dalam keadaan merendah diri dan tidak sombong”.

ii. Contoh dari Sahabat-sahabat r.hum. menunjukkan mereka adalah kaya, sehinggakan Abu Zar, Sahabat yang dikatakan paling zahid pun memiliki harta.

iii. Harta dan kekayaan diperlukan untuk menunaikan tanggungjawab agama seperti mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan memberi sedekah.

iv. Celaan terhadap kekayaan bukan kerana kekayaan itu sendiri tetapi berkaitan dengan haramnya sumber, perbelanjaan dan kesan yang buruk kepada jiwa disebabkan kekayaan itu.

2. [ 00:13:03 ] – HADITH PALSU UMPAMA DUIT PALSU, IANYA AKAN MEMPORAK-PERANDAKAN DAN AMAT BAHAYA KEPADA MASYARAKAT SELINGAN SIAPA IBNU TAIMIYAH DI SISI ULAMA’ HADITH?

i. Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani (Pengarang kitab Fathul Bari) memanggil Ibnu Taimiyah dengan panggilan “Hafiz” dan “Sheikul Islam” menunjukkan pengiktirifan beliau terhadap ketinggian ilmunya.

ii. Ibnu Taimiyah berpendirian sebagaimana salaf dalam aqidah dan kerana itu dikecam oleh sebahagian masyarakat dengan tuduhan “mujassimah” dsb. iii. Beliau, seorang tokoh hadith, juga dibenci oleh penyebar-penyebar hadith palsu kerana kesungguhan beliau membenteras dan mendedahkan hadith-hadtih palsu

[KENALI HADITH PALSU] –  RIWAYAT KELEBIHAN HIDUP DALAM KEADAAN MISKIN DAN PAPA KEDANA, PALSU SEMUANYA. JUGA RIWAYAT KEMULIAAN ORANG MISKIN DI AKHIRAT DAN KEHINAAN ORANG YANG BERHARTA.

1. [ 00:01:04 ] – HADITH PALSU PERTAMA

“Kepapaan adalah kebanggaanku, dan dengannyalah aku berbangga”

[ 00:01:40 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

i. Pakar-pakar hadith menghukumkan hadith ini sebagai karut dan maudhu’.

ii. Nabi s.a.w. tidak pernah berbangga dengan apa-apa, oleh itu adalah tidak masuk akal Nabi s.a.w. berbangga dengan kemiskinan.

iii. Hadith palsu ini bercanggah dengan hadith sahih di mana Nabi s.a.w. berdoa agar dilindungi dari kefakiran, kekurangan dan kehinaan.

iv. Kenyataannya, kehidupan Nabi tidak papa kedana tetapi sangat kaya dan keperluan hidupnya mencukupi.

v. Doa Nabi,”Hidupkanlah aku sebagai orang miskin”, tidak bermaksud miskin harta, tetapi hidup dalam keadaan merendah diri dan tidak sombong.

vi. Hadith-hadith palsu sebegini amat disukai oleh musuh Islam seperti penjajah kerana ia akan mengekalkan orang Islam dalam keadaan lemah dan terhina.

2. [ 00:07:09 ] – HADITH PALSU KEDUA

“Kepapaan adalah kecacatan di sisi manusia, tetapi kecantikan di sisi Allah pada hari kiamat”

[ 00:07:44 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

Salah seorang perawi hadith palsu ini ialah Sam’an bin Mahdi. Dia telah menulis sebuah kitab yang berisi hadith palsu dan dia dilabelkan sebagai “haiwan yang tidak dikenali” oleh ulama’ hadith, Imam az-Zahabi.

3. [ 00:08:43 ] – HADITH PALSU KETIGA

“Carilah pertolongan pada orang-orang faqir miskin di kalangan orang-orang Islam, kerana mereka ada kuasa di hari kiamat (kelak)”

[ 00:09:11 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

i. Perawi pertama hadith palsu ini ialah Wahab bin Munabih, menunjukkan ianya adalah kata-kata Wahab bin Munabih, bukannya sabda Nabi s.a.w.

ii. Ulama’-ulama’ hadith sepakat mengatakan ianya hadith palsu.

ii. Hadith palsu ini seolah-olah mengatakan Nabi secara tidak langsung menggalakkan umatnya menjadi peminta sedekah, walhal, banyak hadith-hadith yang mencela meminta sedekah.

VIDEO PENUH ASAL –    • Sesi 76 -Riwayat Kelebihan Hidup Misk…  

[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 42] Hadith memuji kehidupan membujang dan mencela kehidupan berkeluarga semuanya karut. (Video – Pelihara anak anjing lagi baik dari pelihara anak kandung! Wow!)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 14m 34s] – [HADIS PALSU] – Pelihara anak anjing lagi baik dari pelihara anak kandung! Wow!

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/TSToVMsIjlE ]

USUL DIRAYAT KE – 42 – Hadith-hadith yang memuji dan menyatakan kelebihan kehidupan membujang dan mencela kehidupan berkeluarga dengan beranak pinak semuanya karut. Tidak ada satupun daripadanya sahih.

SELINGAN

1. [ 00:11:52 ] – KEMANISAN, KEHEBATAN DAN MANAFAAT MENGETAHUI HADITH SAHIH TERSERLAH SELEPAS MENGETAHUI HADITH PALSU

2. [ 00:13:24 ] – BAHAYA KITAB-KITAB YANG TIDAK MUKTABAR DAN TIDAK DITAPIS YANG DIAJAR DI SESETENGAH INSTITUSI PONDOK DI NEGARA KITA

Banyak kitab-kitab lama yang diajar di pusat pengajian pondok di negara kita tidak ditapis dan ditahkik menyebabkan tersebarnya hadith-hadith palsu. Guru-guru yang mengajar kitab-kitab ini pula tidak memberi komen, menilai semula atau mengkritik hadith-hadith yang diragui yang terdapat di dalam kitab-kitab tersebut menyebabkan pelajar bebas mengamalkan apa yang ada dalam kitab, tidak kira sama ada ianya sahih atau tidak.

[KENALI HADITH PALSU] – HADITH MEMUJI KEHIDUPAN MEMBUJANG DAN MENCELA KEHIDUPAN BERKELUARGA SEMUANYA KARUT

1. [ 00:00:38 ] – HADITH PALSU PERTAMA

“Apabila Allah kasih kepada seseorang hamba-Nya, Dia akan memilihnya untuk diri-Nya dan tidak menyibukkannya dengan isteri dan anak”. [Hadith ini terdapat di dalam kitab ‘Al-Maudhuat’ karangan Ibnu Jauzi, kitab yang mengumpulkan hadith-hadith palsu]

[ 00:01:26 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

i. Hadith ini terdapat di dalam kitab ‘maudhuat’ (kitab yang mengumpulkan hadith-hadith palsu). Di dalam sanadnya terdapat perawi pendusta besar, Ishaq Bin Wahab

ii. Kenyataannya, Nabi s.a.w. dan Sahabat-sahabat Baginda hidup berkeluarga dan beranak pinak, bercanggah dengan hadith ini.

iii. Al-Quran sendiri menggalakkan hidup berkeluarga dan beranak pinak sehinggakan menyarankan supaya berkahwin kerana dengan berkahwin akan dikurniakan harta.

2. [ 00:03:15 ] – HADITH PALSU KEDUA

“Akan datang kepada manusia suatu zaman di mana ia memelihara anak anjing lebih baik lagi baginya daripada memelihara anak kandungnya”.

[ 00:03:41 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

i. Hadith ini terdapat di dalam kitab-kitab yang mengumpulkan hadith-hadith palsu seperti al-Maudhuat (Ibnu al-Jauzi). Bagi orang awam, adanya hadith ini di dalam kitab-kitab seperti ini sudah cukup untuk membuktikan kepalsuannya.

ii. Sahabat-sahabat Nabi s.a.w. yang dikaitkan dengan hadith ini seperti Anas, Abu Dzar, Ibnu Abas mempunyai keluarga dan beranak pinak, menyanggahi apa yang disarankan dalam hadith ini.

iii. Daud bin ‘Affan, salah seorang perawi hadith ini telah mereka bertimbun hadith palsu yang dikaitkan dengan Anas.

iv. Hadith ini menggalakkan memelihara anjing padahal ada hadith yang melarang memelihara anjing tanpa tujuan dan ianya menyebabkan berkurangnya pahala seseorang setiap hari. Malaikat (rahmat) tidak masuk ke dalam rumah yang ada anjing.

v. Memelihara anak sendiri dan anak yatim antara sebab seseorang dapat masuk syurga. Ada hadith Nabi s.a.w. yang menyatakan orang yang menanggung dua orang anak perempuan sehingga baligh akan dibangkitkan bersama dengan Nabi s.a.w.

3. [ 00:14:34 ] – HADITH PALSU KETIGA

“Tidak pernah berjaya sama sekali orang yang berkeluarga (yang mempunyai anak pinak)”

[ 00:09:26 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

i. Ibnu al-Jauzi mengatakan hadith ini adalah karut.

ii. Kenyataan yang berlaku dalam masyarakat tidak menyokong hadith ini, kerana didapati ramai orang yang berkeluarga berjaya dalam hidup dan tidak semua yang tidak berkeluarga berjaya.

iii. Dalam hadith sahih, Nabi s.a.w. bersabda yang bertentangan dengan hadith palsu ini, iaitu, sebaik-baik duit ialah yang dibelanjakan untuk keluarganya. Antara ciri-ciri orang yang berjaya ialah orang yang membelanjakan ahli keluarganya.

iv. Rasulullah s.a.w. mendoakan orang yang baru berkahwin kebahagiaan untuknya dan berdoa semoga dikurniakan zuriat yang baik. Ini menunjukkan Rasulullah suka umatnya berkeluarga dan Baginda mendoakan kebaikan kepada mereka.

VIDEO PENUH ASAL –    • Sesi 75 -Hadith Puji Kehidupan Membuj…  

[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 41] Riwayat Pada Abad Sekian-sekian, Tahun Sekian-sekian, Bulan Sekian-sekian Atau Hari Sekian-sekian Akan Berlaku Peristiwa-peristiwa Tertentu Dengan Tepat Dan Jelas, Semuanya Maudhu’ (Palsu). Demikian Juga Riwayat Yang Menyatakan Dengan Jelas Dan Tepat Pada Tahun Sekian-sekian Hendaklah Dibuat Begini-begini. (Video – Suara Di Bulan Ramadhan & Lahir Selepas Tahun 100 Tak Guna!)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

 

VIDEO – [Durasi – 10m 28s] – [HADIS PALSU] – Suara Di Bulan Ramadhan & Lahir Selepas Tahun 100 Tak Guna!

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/Ekxf5mkGYqY ]

USUL DIRAYAT KE – 41 – Mana-mana Riwayat Yang Menyatakan Pada Abad Sekian-sekian, Pada Tahun Sekian-sekian, Pada Bulan Sekian-sekian Atau Pada Hari Sekian-sekian Akan Berlaku Peristiwa-peristiwa Tertentu Dengan Tepat Dan Jelas, Semuanya Maudhu’ (Palsu). Demikian Juga Riwayat-riwayat Yang Menyatakan Dengan Jelas Dan Tepat Pada Tahun Sekian-sekian Hendaklah Dibuat Begini-begini Sebagai Panduan Bagi Orang-orang Yang Berada Padanya Tidak Ada Satupun Daripadanya Sahih.

SELINGAN

1. [ 00:09:41 ] – ANTARA FAKTOR MENGAPA ADANYA PEREKA-PEREKA HADITH

Pada zaman dahulu (di zaman periwayatan hadith), mereka yang mengetahui hadith amat dihormati oleh masyarakat. Maka wujudlah mereka yang berkepentingan dunia (demi kemasyhuran dan kebendaan) mencipta hadith-hadith palsu untuk menarik masyarakat kepada mereka.

2. [ 00:10:05 ] – MENGAPA HADITH PALSU MASIH DITERIMA WALAUPUN STATUSNYA PALSU?

Pepatah Arab ada mengatakan, “Setiap yang jatuh ada yang memungutnya”, menunjukkan sentiasa ada orang yang mengambil dan percaya kepada hadith-hadith palsu ini selagi ianya berlegar dalam masyarakat. [Oleh itu hendaklah kita pastikan ianya tidak disebarkan atau kalau sudah tersebar, hendaklah didedahkan kepalsuannya]

[KENALI HADITH PALSU] RIWAYAT PADA ABAD SEKIAN-SEKIAN, TAHUN SEKIAN-SEKIAN, BULAN SEKIAN-SEKIAN ATAU HARI SEKIAN-SEKIAN AKAN BERLAKU PERISTIWA TERTENTU DENGAN TEPAT DAN JELAS SEMUANYA MAUDHU’

1. [ 00:01:10 ] – HADITH PALSU PERTAMA

“Allah tidak memerlukan anak-anak yang dilahirkan selepas 100 tahun”.

[ 00:01:26 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

i. Imam Ahmad mengatakan hadith ini tidak sahih (maksudnya, maudhu’).

ii. Hadith ini terdapat di dalam kitab ‘maudhuat’ (kitab yang mengumpulkan hadith-hadith palsu).

iii. Benarkah Allah tidak memerlukan manusia selepas abad pertama? Adakah syariat Islam hanya untuk abad pertama? Kalau begitu, apa perlunya kita terikat dengan agama! Tetapi hakikatnya, berapa ramai ulama’ yang hebat dilahirkan selepas abad pertama dan ini secara langsung menyanggah hadith ini.

iv. Hadith ini bercanggah dengan hadith sahih berikut:

a) “Akan terus ada satu golongan daripada umatku yang teguh di atas kebenaran sehingga kiamat”.

b) “Umatku seperti hujan. Tidak diketahui yang terbaik itu di awalnyakah atau di akhir”

2. [ 00:03:33 ] – HADITH PALSU KEDUA

Rasulullah s.a.w. bersabda, “Nanti akan ada satu suara di bulan Ramadhan”. Mereka (Sahabat) bertanya, “Di awalnyakah atau di tengahnya atau di akhirnya”. Jawab Nabi s.a.w., “Bahkan di tengah bulan Ramadhan. Apabila tengah Ramadhan itu kena pada malam Jumaat, satu suara datang dari langit, kerananya akan pengsan 70,000 manusia, akan jadi bisu 70,000 orang, akan jadi buta 70,000 orang dan akan jadi pekak 70,000 orang”. Mereka (Sahabat) bertanya, “Siapakah dari kalangan umatmu yang selamat?”. Jawab Baginda, “Orang yang tetap di rumahnya, melindungi dirinya dengan bersujud dan bertakbir dengan suara yang kuat”. [Nota: Di dalam riwayat lain ada tambahan seperti berikut: “Suara pertama ialah suara Jibril, suara yang kedua ialah suara syaitan dan ada suara yang ketiga dalam bulan Ramadhan…”]

[ 00:05:18 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

i. Ibnu Jauzi mengatakan hadith ini tidak sahih; perawinya tidak bernilai sedikitpun.

ii. Umat Islam tidak perlu takut akan keadaan-keadaan atau fenomena pelik yang kononnya berlaku dalam masyarakat. Ia sebenarnya ingin mengalihkan perhatian kita.

3. [ 00:06:07 ] – HADITH PALSU KETIGA

Rasulullah s.a.w. bersabda, “Apabila tiba tahun 150, maka sebaik-baik anak-anakmu ialah anak-anak perempuan. Apabila tiba tahun 160 pula, maka manusia yang terbaik pada masa itu ialah yang tiada tanggungan”. Kami bertanya, “Apakah maksud, ‘manusia yang tiada tanggungan’ itu?”. Jawab Nabi s.a.w., “Iaitu orang yang tidak mempunyai anak, tidak banyak pula perbelanjaannya (orang miskin)”.

[ 00:06:59 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

i. Ibnu Jauzi berkata hadith ini tiada nilai langsung.

ii. Tujuan pereka hadith ini ialah untuk melemahkan umat Islam seperti menggalakkan umatnya hidup miskin dan hidup sendirian tanpa tanggungjawab. Walaupun ianya tidak diendahkan oleh masyarakat umum, hadith palsu ini mungkin mempengaruhi mereka yang jahil tentang hadith Nabi dan menganggapnya sahih.

4. [ 00:08:05 ] – HADITH PALSU KEEMPAT

“Apabila tiba tahun 380, kepada umatku, halallah kepada mereka hidup membujang dan bertapa di atas puncak-puncak gunung”.

[ 00:08:38 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEEMPAT

i. Hadith ini dimasukkan dalam kitab ‘al-maudhuat’, kitab-kitab yang mengumpulkan hadith palsu.

ii. Di dalam sanadnya ada perawi bernama Sulaiman bin Isa, seorang pereka hadith.

iii. Hadith ini menggambarkan bahawa berkahwin adalah wajib sebelum tahun 380H dan ia juga menggalakkan amalan bertapa di kalangan umat Islam.

iv. Ada hadith sahih tentang fitnah di akhir zaman, tetapi ianya tidak menyatakan tarikh berlakunya dengan tepat dan tidak menyatakan amalan bertapa.

VIDEO PENUH ASAL –    • Sesi 72 -Berlaku Peristiwa Tertentu P…  

KUBUR: ANTARA SUNNAH & BID’AH  (Konsep Kubur Dalam Islam)

VIDEO – [Durasi – 1j 7m 53s] – [Maulana Saari Mustapha] KUBUR: ANTARA SUNNAH & BID’AH [Ijtima’ Ilmi 3.0]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN 


1. 00:00:40 – Masalah berkaitan kubur mula menjadi penyakit yang bahaya kepada umat Islam di Malaysia akhir-akhir ini dan dikhuatiri menghampiri apa yang berlaku di India, Pakistan dan Mesir (di mana terjadi penyembahan kubur secara terang-terangan)

2. 00:01:51 – Adalah dikesan pengaruh mengagungkan kubur ini berasal dari Yaman. Kebanyakan ulama’ di Malaysia didapati tidak mampu membendung “serangan” ini dan lebih parah, turut serta dalam menyebarkan budaya sesat ini.

3. 00:03:20 – Islam datang untuk menyelesaikan masalah hidup termasuk kaedah mengurus kematian.

4. 00:06:50 – Ada tiga konsep/peringkat interaksi kita dengan kubur (terma “kubur” merujuk tempat pengebumian mayat dan “barzakh” ialah fasa alam yang dialami mayat)

KONSEP PERTAMA – Menguruskan mayat (memandikan, solat, pengebumian dll)

5. 00:11:41 – KONSEP KEDUA – Mengingatkan kita yang hidup ini dengan kematian (seperti menziarahi kubur dsb)

Nota:

i) Islam datang untuk mengubah adat resam jahiliyiah kepada aturan agama yang betul.

ii) Menziarah kubur tidak bermaksud ziarah ahli keluarga yang ada di dalam kubur tetapi umum kepada semua yang ada di dalam kubur. Amat tidak sesuai amalan ziarah kubur ini disambut seolah satu pesta!

6. 00:18:23 – KONSEP KETIGA – Menolong orang yang berada di dalam kubur.

7. 00:21:58 – Maksud doa-doa dalam solat jenazah

8. 00:28:06 – Konsep sedekah pahala kepada si mati seperti tahlil dan meratib kepada orang mati, sedekah al-Fatihah dan seumpamanya adalah bertentangan dengan sunnah Nabi s.a.w. Yang diperlukan oleh si mati ialah pembebasan dari musibah bukannya tambahan pahala.

9. 00:30:09 – Akhir-akhir ini ada usaha mempopularkan amalan yang celaru seperti “tawassul” (menjadi perantara) dan “istighatsah” (minta tolong) kepada orang mati. Kita yang sepatutnya memberi pertolongan kepada orang mati, sebaliknya meminta pertolongan dari orang mati!

10. 00:30:28 – Kegelinciran dalam amalan ini adalah disebabkan sikap “Apa Salahnya?” atau”Tidak Ada Apa-Apa Salahnya”

11. 00:32:19 – Perlu difahami konsep “pertolongan”, ada sebab dan tiada sebab. Mampukah orang mati menolong kita?

SESI SOAL JAWAB


00:38:51
SOALAN – 1 – Apakah status hadith yang digunakan sebagai dalil oleh mereka yang membenarkan istighatsah selain kepada Allah? Dua hadith yang biasa digunakan sebagai dalil istighatsah ialah, pertama, hadith manusia meminta pertolongan kepada nabi-nabi di Padang Mahsyar supaya dipercepatkan hisab, dan kedua, hadith Bilal bin Harith al-Muzani pergi ke kubur Nabi s.a.w. supaya Nabi meminta diturunkan hujan. Istighatsah dalam hadith pertama ialah istighatsah di segi bahasa sahaja, tidak di segi maksud sebenar istighatsah; apa yang diminta ialah supaya nabi-nabi meminta kepada Allah bukannya nabi-nabi memperkenankan (mempercepatkan hisab) hasrat mereka. Hadith kedua pula dipertikaikan kerana apa yang dilakukan oleh Bilal bin Harith tidak dilakukan oleh Sahabat-sahabat lain seperti Abu Bakar dsb.

[Nota: Hadith kedua ini dibuktikan sebagai palsu di dalam Kajian Usul Dirayat Hadith – rujuk – artikel –https://darulkautsarpencerahanaqidah…. & video    • [AQIDAH] – “Istighatsah” (Minta tolon…   (video perbincangan hadith ini bermula dari mini 46m 36s) ]

Oleh itu kedua-dua hadith ini tidak boleh dijadikan hujjah untuk menyokong amalan istighatsah.

Hadith yang jelas yang sepatutnya menjadi panduan kita ialah hadith yang berbunyi, “Hanya dengan engkau ya Allah, aku istighatsah”.

00:48:05SOALAN – 2 – Adakah kita berdosa jika kita turut serta dalam majlis makan kenduri tahlil orang mati yang diadakan di masjid-masjid? Yang paling elok kita tidak turut serta dalam majlis-majlis kenduri tahlil. Di samping bercanggah dengan hukum syarak, banyak syubhat yang timbul dari upacara ini seperti sumber harta, tujuan dsb.

00:54:00 SOALAN – 3 – Adakah jatuh syirik orang yang mengatakan mereka tidak meminta kepada orang mati tetapi meminta tolong orang mati supaya berdoa kepada Allah? Sesiapa yang yakin ada pihak lain (seperti orang mati) selain Allah yang menguruskan dunia ini dia telah jatuh syirik. Sekiranya diyakini orang yang mati berdoa kepada Allah bagi pihak kita samalah keadaannya dengan musyrikin Mekah yang menganggap berhala sebagai perantara antara mereka dan Allah.

01:00:59SOALAN – 4 – Adakah dikira bid’ah orang yang ingin menziarahi kubur anaknya yang disemadikan di luar negara? Diharuskan dan niatlah sebagai “social visit”, seperti lawatan-lawatan dan ziarah yang biasa kita lakukan.

01:07:11SOALAN – 5 – Amalan istighatsah berleluasa di zaman jahiliyyah

KUBUR: ANTARA SUNNAH & BID’AH [PERBINCANGAN DI SEGI HUKUM]

VIDEO – [Durasi – 55m 44s] – KUBUR: ANTARA SUNNAH & BID’AH [Ijtima’ Ilmi 3.0 – Maulana Muhammad Fadhilul Hakimi]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN 


1. 00:01:23 – Masalah kubur menjadi genting akhir-akhir ini kerana ianya berubah dari sekadar berkisar sekitar amalan kepada isu melibatkan aqidah yang boleh membawa kepada syirik

2. 00:04:48 – Tiga waktu yang dilarang mengebumikan jenazah iaitu waktu terbit matahari, waktu terbenam matahari dan ketika matahari tegak

A. PERKARA-PERKARA SUNNAH SEMASA MENGEBUMIKAN JENAZAH

3. 00:06:51 – Mengutamakan liang lahad berbanding lubang

4. 00:07:52 – Mendalamkan kubur

5. 00:09:55 – Meluaskan kubur

6. 00:11:13 – Meletakkan jenazah menghadap kiblat, membuka ikatan dan membaca doa ketika meletakkan jenazah di dalam kubur

7. 00:14:21 – Menghulurkan kepala dahulu ke dalam kubur

8: 00:16:49 – Setiap orang yang datang ke kubur menggenggam tiga genggam tanah dan meletakkan di kubur semasa pengebumian jenazah (untuk turut terlibat di dalam urusan pengebumian)

B. AMALAN TIDAK SUNNAH ATAU BID’AH SEMASA MENGEBUMIKAN JENAZAH

9. 00:18:58 – Azan ketika memasukkan jenazah ke dalam kubur

10. 00:19:54 – Bacaan tertentu bila menggenggam tanah untuk diletakkan di atas kubur

11. 00:20:59 – Meletakkan hamparan dalam kubur dan bantal untuk jenazah

12. 00:21:20 – Membuka kain kafan di muka supaya pipi jenazah menyentuh bumi (ada pendapat yang mengatakan harus)

C. PERKARA-PERKARA SUNNAH SELEPAS MENGEBUMIKAN JENAZAH

13. 00:22:36 – Meninggikan sedikit kubur sekadar sejengkal supaya ianya dikenali sebagai kubur

14. 00:25:18 – Meletakkan tanda pada kubur dengan batu supaya mudah dikenali

15. 00:27:33 – Berdiri sekitar kubur, berdoa dan istighfar (selepas selesai mengebumikan jenazah)

16. 00:28:32 – Solat jenazah di kubur bagi orang yang tidak sempat solat jenazah sebelum dikebumikan

D. AMALAN TIDAK SUNNAH ATAU BID’AH SELEPAS MENGEBUMIKAN JENAZAH

17. 00:29:25 – Meninggikan kubur lebih dari sejengkal, membuat binaan dengan batu, balai kubur dsb

18. 00:33:36 – Membaca TALQIN

19. 00:36:11 – Duduk membaca al-Quran atau berzikir di kubur selepas mengebumikan jenazah (Ianya bukan sunnah dari Nabi s.a.w. walaupun ada khilaf di kalangan ulama’)

20. 00:38:16– Jirus air di atas kubur (Nota – Nabi s.a.w menjirus air di atas kubur hanya untuk memampatkan tanah kubur, bukan kerana ada kelebjhan tertentu)

21. 00:38:50 – Pacak ranting kayu atau menanam pokok (Nota – Nabi ada memacak ranting kurma di atas dua kubur tetapi ianya khusus kepada Nabi s.a.w. sahaja)

21. 00:39:23 – Dilarang menulis di batu nesan kubur

22. 00:40:02 – Adalah bid’ah mengebumikan jenazah dalam masjid

23. 00:41:04 – Dilarang solat di atas atau menghadap kubur

24. 00:42:02 – Adalah bid’ah memberi upah orang menunggu kubur

E. PERKARA-PERKARA SUNNAH KETIKA MENZIARAHI KUBUR

25. 00:42:34 – Ziarah kubur adalah sunnah Nabi

26. 00:42:46 – Memberi salam ketika menziarah kubur sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi

27. 00:43:37 – Berdiri ketika menziarahi kubur

28. 00:44:06 – Berdoa kepada si mati dalam kubur

F- AMALAN BUKAN SUNNAH ATAU BID’AH KETIKA MENZIARI KUBUR

29. 00:44:22 – Wanita tidak disunnahkan menziarahi kubur

30: 00:44:56 – Bermusafir dengan niat semata-mata untuk ziarah kubur seperti untuk menziarahi kononnya kubur Nabi Hud di Yaman (Nota: Hanya kubur Nabi Muhammad yang dipastikan tepat tempatnya, lokasi kubur nabi-nabi lain adalah tidak diketahui dan yang ada hanya sangkaan/dakwaan semata-mata)

31. 00:46:42 – Ziarah kubur boleh dilakukan bila-bila masa. Tiada waktu-waktu tertentu yang afdal untuk menziarahi kubur,

32. 00:47:43 – Adalah dilarang menjadikan kubur sebagai tempat perayaan dan tempat tarikan pelancung

33. 00:48:15 – Bukan perkara sunnah menyediakan mushhaf Quran di kubur supaya pelawat dapat membaca al-Quran di kubur

34. 00:48:40 – Adalah bid’ah menyembelih binatang di kubur

35: 00:49:40 – Tidak sunnah mengeluarkan sedekah di kubur

36. 00:50:07 – Adalah bid’ah bernazar di kubur dengan si mati

37. 00:50:30 – Wajib menutup jalan yang mengarah kepada syirik seperti amalan tawassul (menjadikan orang mati sebagai perantara) dan istighatsah (meminta tolong dengan orang mati)

38: 00:51:23 – Haram berdoa meminta pertolongan dengan orang soleh yang mati (di dalam kubur) [istighatsah] atau menjadikan mereka sebagai perantara [tawassul]

39. 00:51:43 – Menyentuh dan mengucup kubur

40. 00:52:37 SOALAN – Apakah pandangan ustaz tentang gesaan supaya saudara mara tidak segera pulang selepas mengebumikan mayat tetapi hendaklah terus berada di kubur dengan membaca Quran seperti surah al-Baqarah?

JAWAPAN – Membaca al-Quran di kubur bukan sunnah Nabi.

41. 00:53:43 SOALAN – Apakah amalan yang baik ketika berlaku kematian

JAWAPAN – Antara amalan yang baik ialah bersedekah. Sebagaimana sabda Nabi, tiga amalan berguna kepada orang mati: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak soleh.