[Muat Turun Artikel – Format PDF]
VIDEO – [Durasi – 14m 55s] – [HADIS PALSU] Abdurrahman Auf masuk syurga merangkak kerana kaya & Saidina Uthman dimalukan Nabi
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/FBGPgf2DhDk ]
[Hadith Palsu] Riwayat Sahabat Nabi Dihukum Atau Dihina Dan Dimalukan Sama Ada Di Dunia Ataupun Di Akhirat Kerana Sesuatu Yang Tidak Jelas Salahnya Menurut Syari’at, Ianya Sama Ada Maudhu’ Atau Paling Tidak Pun Dha’if, Contoh, Hadith “Abdurrahman Auf Masuk Syurga Merangkak Kerana Kaya” & “Saidina Uthman Dimalukan Nabi”
[ 00:00:19 ] – NOTA
Oleh kerana ianya melibatkan Sahabat-sahabat Nabi yang dijamin keadilannya oleh al-Quran dan hadith, sebarang riwayat yang dhai’f pun tidak boleh diterima pakai.
[ 00:01:08 ] – PERINGATAN: Bila berhadapan dengan riwayat-riwayat yang mengaibkan atau mencederakan peribadi Rasulullah s.a.w., kita hendaklah mengutamakan peribadi Rasulullah (dari diaibkan atau tercedera) dengan mengenepikan (atau menyalahkan) orang lain seperti perawi-perawi walau sebesar mana pun perawi tersebut.
CONTOH-CONTOH HADITH PALSU
1. [ 00:01:59 ] – HADITH PALSU PERTAMA – SAIDINA UTHMAN DIMALUKAN DI KHALAYAK RAMAI
Nabi s.a.w. dikatakan secara sinis telah menghalang Saidina Uthman daripada mengebumikan jenazah isterinya Ummu Khulthum (anakanda Rasulullah). Dia dipermalukan oleh Rasulullah di hadapan orang ramai kerana kononnya telah mengabaikan Ummu Khulthum yang sedang sakit tenat lalu pergi bersetubuh dengan hambanya. Ummu Khulthum ditinggalkan sendirian dan meninggal dunia dalam keadaan ketiadaan suami di sampingnya. Perbuatan Saidina Uthman itu telah menyinggung perasaan Rasulullah s.a.w.
[ 00:04:25 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA
“Kesalahan” yang dilakukan oleh Saidina Uthman, iaitu bersetubuh dengan hambanya semasa isterinya sakit bukanlah suatu maksiat di sisi syariat. Tidak munasabah Nabi menghukum (atau mempermalukan) seseorang yang sebenarnya tidak bersalah di sisi syariat.
2. [ 00:06:10 ] – HADITH PALSU KEDUA – ABDURRAHMAN BIN AUF MASUK SYURGA DALAM KEADAAN MERANGKAK
Abdurrahman Bin ‘Auf masuk syurga dalam keadaan menginsut kerana kekayaannya.
[ 00:05:38 ] – (HADITH PERTAMA) Rasulullah s.a.w. bersabda, “Orang yang mula-mula sekali masuk syurga dari kalangan orang-orang kaya umatku ialah Abdurrahman bin ‘Auf. Demi tuhan yang nyawaku berada ditangannya, dia sekali-kali tidak akan memasukinya melainkan dalam keadaan menginsut”.
[ 00:06:10 ] – (HADITH KEDUA) Nabi s.a.w. bermimpi bahawa Abdurrahman bin ‘Auf adalah Sahabatnya yang paling lewat berjumpa Baginda di syurga nanti. Ini disebabkan hartanya yang banyak dan dia dihisab dengan teliti sumber dan kemana hartanya dbelanjakan.
[ 00:07:35 ] – PERINGATAN – Kesan dari hadith ini ialah, Islam dilihat sebagai anti kekayaan dan lebih suka umatnya hidup miskin dan papa kedana. Harta benda dan kekayaan perlu dijauhi dan tidak boleh dihimpun kerana akan menyebabkan penderitaan di akhirat.
[ 00:09:30 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA
Mengumpulkan harta dengan jalan yang betul adalah diharuskan dalam agama. Mengapa Sahabat Nabi Abdurrahman bin ‘Auf dihukum atas perkara yang harus? Tentunya perkara ini tidak masuk akal, dan membuktikan bahawa palsunya hadith ini.
3. [ 00:11:49 ] – HADITH PALSU KETIGA – SAHABAT RASULULLAH DIHUKUM SEWENANG-WENANGNYA TANPA USUL PERIKSA
Seorang rakyat telah difitnah telah melakukan hubungan sulit dengan isteri Rasulullah Mariah al-Qibtiyah r.ha. lalu Baginda s.a.w. mengarahkan Saidina Ali mencari dan membunuhnya. Saidina Ali menemui lelaki tersebut tetapi tidak jadi membunuhnya kerana didapati dia tidak mempunyai kemaluan dan tidak mungkin dia telah melakukan zina.
[ 00:13:29 ] – KOMENTAR
Dalam hadith ini Nabi digambarkan bertindak menghukum seseorang sewenang-wenangnya tanpa terlebih dahulu dipastikan dia bersalah. Ianya tidak sesuai dengan imej dan reputasi Nabi.
VIDEO PENUH ASAL
i. https://youtu.be/iSWyydSxS6Q