[Hadith Palsu] Hadith Yang Menyatakan Kelebihan Minyak-Minyak Tertentu Semuanya Palsu

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 6m 43s] – [HADIS PALSU] – Hadith Kelebihan Minyak Tertentu Semuanya Palsu

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/gMulXG67lP0 ]

[HADITH PALSU] HADITH YANG MENYATAKAN KELEBIHAN MINYAK-MINYAK TERTENTU SEMUANYA PALSU

CONTOH-CONTOH HADITH PALSU 

  1. [ 00:00:50 ] – HADITH PALSU PERTAMA

i. “Kelebihan minyak bunga violet daripada sekelian minyak-minyak yang lain adalah seperti kelebihanku daripada sekelian makhluk. Ia sejuk pada musim panas dan panas pada musim sejuk”.

ii. “Sesungguhnya kelebihan minyak bunga violet berbanding segala minyak lain adalah seperti kelebihan anak Abdul Muttalib daripada sekelian Quraisy dan kelebihan minyak violet seperti kelebihan Islam daripada sekelian agama yang lain”.

[ 00:02:30 ] –  KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

Semua ulama’ mengatakan hadith ini maudhu’ (palsu). Ianya direka oleh golongan Syiah yang memang terkenal sebagai pembohong.

2. [ 00:03:17 ] – HADITH PALSU KEDUA

“Kebanyakan Minyak Wangi Syurga Ialah Dari Bunga Lavender”

[ 00:03:48 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

Hadith ini maudhu’ (palsu). Di dalam sanadnya ada pendusta.

3. [ 00:04:20 ] – HADITH PALSU KETIGA

Nabi s.a.w. apabila sakit kepala akan memasukkan minyak bijan ke dalam hidungnya.

[ 00:05:01 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

Al-Albani mengatakan hadith ini tidak sahih.

[ 00:05:49 ] – SELINGAN

Cerita bagaimana peniaga-peniaga Syiah di India mereka-reka hadith tentang kelebihan minyak-minyak yang mereka jual untuk melariskan jualan mereka. Ini sebenarnya mencemarkan kesucian ajaran Islam. Jika “hadith-hadith” ini dianggap benar, orang akan hilang keyakinan kepada Islam.

VIDEO PENUH ASAL – https://youtu.be/nMLCQADYM1o

[Hadith Palsu] Riwayat-riwayat Berkenaan Nur Muhammad Semuanya Palsu – Ianya Hasil Daripada Komplot Syiah Dan Kejahilan Umat Islam

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 27m 48s] – [HADIS PALSU] “NUR MUHAMMAD” – Komplot Syiah Dan Kejahilan Umat

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/Q1DctpIxL2Q ]

[Hadith Palsu] Riwayat-riwayat Berkenaan Nur Muhammad Semuanya Palsu – Ianya Hasil Daripada Komplot Syiah Dan Kejahilan Umat Islam

1. Kepercayaan bahawa Nabi Muhammad dijadikan daripada Nur (cahaya) menimbulkan banyak lagi kepercayaan karut yang lain seperti Nabi Muhammad tidak mempunyai bayang dsb.

 2. [ 00:01:00 ]   NABI MUHAMMAD SEBAGAI “NUR” YANG MENERANGI SELURUH ALAM

i. Adalah diakui bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah “Nur”, iaitu cahaya yang menyinari kegelapan kekufuran. Ianya bahasa kiasan dan sama sekali tidak bermaksud Baginda sebagai makhluk pertama dan menjadi punca kepada kejadian seluruh alam.

ii. Selain dari Nabi Muhammad s.a.w., “Nur” dalam konteks cahaya yang menerangi kegelapan kekufuran juga digunakan untuk “Agama Islam” dan “al-Quran”.

3. [ 00:02:51 ] – KONSEP “NUR MUHAMMAD” BERPUNCA DARI SYIAH

4. [ 00:02:51 ] – PENGARUH SYIAH DALAM KONSEP NUR MUHAMMAD

i. Konsep “Nur Muhammad” ada kaitan dengan konsep “Nur Panjthan” (“Lima Peribadi”, iaitu, Muhammad, Ali, Fatimah, Hasan Dan Hussain) dalam Syiah. Sebagaimana kepercayaan Nur Muhammad yang berpecah-pecah, Nur Panjthan juga berpecah-pecah. Tujuan Syiah ialah supaya umat Islam dapat menerima konsep Nur Panjthan ini bila mereka boleh menerima konsep Nur Muhammad.

ii. Syiah mengatakan Nur Muhammad ini berpecah kepada dua, iaitu kepada Nabi Muhammad dan Saidina Ali. Oleh itu mereka menggelarkan Nabi Muhammad sebagai Ketua Para Nabi dan Saidina Ali sebagai Ketua Para Wali. Mereka ingin mengatakan Saidina Ali adalah sama taraf dengan Nabi Muhammad s.a.w.

5. [ 00:07:01 ] – KEPERCAYAAN TERHADAP KONSEP NUR MUHAMAD MASIH TEBAL DALAM MASYARAKAT

6. [ 00:25:40 ] –  HAKIKAT SEBENAR NUR MUHAMMAD

i. Semua riwayat tentang Nur Muhammad bercanggah dengan hadith yang sahih tentang makhkluk yang pertama yang dijadikan Allah, iaitu qalam

ii. Isi kandungan riwayat-riwayat tentang Nur Muhammad adalah amat tidak masuk akal dan membodohkan umat

NOTA HUJUNG

Masyarakat kita tidak dilatih untuk berfikir secara kritis menyebabkan kita mundur. Kitab-kitab lama yang songsang ini masih diajar di institusi pengajian tradisional dan malangnya, ada usaha untuk menjadikannya sebagai kitab rujukan ahli sunnah wal jamaah padahal ianya amat bercanggah dengan ajaran ahli sunnah wal jamaah.

CONTOH-CONTOH HADITH PALSU 

[ 00:13:29 ] – RIWAYAT PALSU TENTANG NUR MUHAMMAD (VERSI PERTAMA)

[RINGKASAN] Allah berkata kepada segenggam Nur-Nya itu, “Jadilah engkau Muhammad”. Kemudian sesungguhnya Allah membahagikan Nur-Nya itu kepada empat bahagian pula. Daripada bahagian pertama dijadikan-Nya “Lauth” (Luh Mahfuz), daripada yang kedua dijadikan-Nya Qalam. Kemudian daripada bahagian yang ketiga daripada Nur Muhammad itu Allah menjadikan arasy. Bahagian keempat pula dibahagikan kepada empat bahagian. Yang pertama daripadanya dijadikan Akal dan yang kedua dijadikan Ma’rifat dan yang ketiga dijadikan Nur Arasy, Cahaya Penglihatan dan Cahaya Siang. Semua Nur-nur ini adalah daripada Nur Muhammad. Oleh itu Nur Muhammad adalah makhluk yang terawal dari segala-galanya yang dijadikan Tuhan. Sementara bahagian yang keempat daripada empat bahagian itu pula disimpan di bawah arasy sehingga Allah menjadikan Adam. Kemudian terus berpindah-pindahlah Nur itu daripada seorang lelaki mulia kepada seorang lelaki mulia yang lain dan daripada seorang perempuan yang suci kepada seorang perempuan suci yang lain hinggalah ia sampai kepada sulbi Abdullah bin Abdul Mutalib. Kemudian Allah mengeluarkannya ke dunia lalu dijadikan-Nya penghulu sekelian Rasul dan penyudah sekelian Nabi.

[ 00:23:03 ] – RIWAYAT PALSU TENTANG NUR MUHAMMAD (VERSI KEDUA)

[RINGKASAN] Allah telah menjadikan satu pohon kayu yang mempunyai empat dahan. Pohon kayu itu dinamakan “Syajaratu Al-Muttaqin”. Kemudian Ia menjadikan Nur Muhammad di dalam hijab daripada permata yang sangat putih seperti rupa burung merak dan diletakkan burung merak itu di atas pohon tadi, maka bertasbihlah Nur itu di atas pohon tadi selama 70,000 tahun. Setelah itu Allah menjadikan cermin malu, diletakkan cermin itu berhadapan dengannya. Bila burung merak itu menilik dirinya di dalam cermin itu, dilihatnya rupanya sangat cantik dan sangat elok. Maka malulah ia kepada Allah Taala lalu berpeluh dan keuarlah daripadanya enam titik peluh…. Daripada titik yang pertama Allah jadikan ruh Abu Bakr r.a. dan daripada titik yang kedua dijadikan ruh Umar r.a. Daripada titik yang ketiga dijadikan ruh Uthman r.a. dan daripada titik yang keempat dijadikan ruh Ali r.a. Daripada titik yang kelima dijadikan pokok bunga ros dan daripada titik yang keenam dijadikan padi….Kemudian Allah menjadikan “qandil” daripada “aqiq” yang merah. Bahagian luarnya dapat dilihat daripada dalamnya. Kemudian Allah menjadikan rupa Muhammad itu seperti rupanya di dalam dunia ini.

[ 00:23:03 ] – RIWAYAT PALSU TENTANG NUR MUHAMMAD (VERSI KETIGA)

[RINGKASAN] Allah telah mencipta Nur Muhammad sebelum segala sesuatu. Pada masa itu belum ada lauth dan qalam. syurga dan neraka, malaikat, langit, matahari, bulan, jin dan juga manusia. Allah membahagikan Nur itu kepada empat bahagian; bahagian pertama dijadikan qalam, bahagian kedua dijadikan lauth, bahagian ketiga dijadikan arasy dan bahagian keempat dipecahkan pula kepada empat bahagian lagi. Dari empat bahagian tersebut, dijadikan langit, bumi, syurga dan neraka dan bahagian keempat dipecahkan lagi kepada empat bahagian….sehingga akhir riwayat.

(Nota: Riwayat ini didakwa ada di dalam Kitab Mushannaf Abdul Razak, tetapi tidak dibuktikan kewujudannya)

[ 00:24:38 ] –  KOMENTAR

Riwayat-riwayat tentang Nur Muhammad semuanya tidak masuk akal dan bertentangan antara satu sama lain dengan percanggahan yang besar. Riwayat-riwayat ini tidak mempunyai sanad dan tidak diketahui sumbernya kecuali satu riwayat yang dikatakan ada dalam kitab Musannaf Abdul Razak. Walaupun begitu, bila diteliti, riwayat ini tidak dijumpai dalam Kitab Musannaf yang ada sekarang ini.

VIDEO PENUH ASAL –

i. https://youtu.be/ybXtoMRIDNk

ii. https://youtu.be/deXEoWn2fNU

ARTIKEL IRINGAN – Menyingkap Rahsia Di Sebalik Kejadian Nur Muhammad – https://darulkautsarpencerahanaqidah.wordpress.com/2018/11/21/menyingkap-rahsia-di-sebalik-kejadian-nur-muhammad/

[Hadith Palsu ] Hadith Sandaran Dan Punca Amalan Dan Upacara Haul Tiada Yang Sahih. Sambutan Hari Haul Adalah Rekaan & Bahayanya Kepada Aqidah Umat Islam

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 18m 37s] – [HADIS PALSU] Sambutan Hari Haul Yang Direka & Bahaya Kepada Aqidah Umat Islam

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/SywdvRMYcSw ]

[Hadith Palsu] Hadith Sandaran Dan Punca Amalan Dan Upacara Haul Tiada Yang Sahih. Sambutan Hari Haul Adalah Rekaan & Bahayanya Kepada Aqidah Umat Islam

[ 00:00:55 ] – APAKAH “HAUL”?

1. “Haul” ialah acara tahunan memperingati ulang tahun kematian seseorang tokoh terutamanya tokoh agama yang dianggap “wali”.

2. Biasanya, sambutan dilakukan di perkarangan kubur dengan upacara dan sambutan yang bercanggah dengan ajaran Islam.

[ 00:02:54 ] – UPACARA SEMASA SAMBUTAN “HAUL”

1. Sambutan Hari Haul biasanya dipelopori oleh golongan sufi dan tarekat yang sebenarnya berasal dari Syiah. Akhir-akhir ini ia mendapat tempat di kalangan orang awam negara kita.

2. Di negara luar seperti India, Pakistan, Turki dan Iran sambutan adalah amat meriah dengan kubur dihias indah. Ritual sesat seperti sujud kepada kubur dan tawaf keliling kubur adalah fenomena biasa di sana.

3. Majlis haul biasanya disertai dengan penyembelihan binatang untuk jamuan hadirin.

4. Antara tujuan upacara sambutan “haul” ialah,

i) mengirim pahala bacaan al-Quran dsb. kepada si mati,

ii) “tawassul” (minta tolong orang mati sebagai perantara supaya sampaikan hajat kepada Allah),

iii) “tabarruk” (mengambil berkat dari si mati)

iv) “istighatsah” (meminta pertolongan terus dari si mati), dan,

v) pelepasan nazar dengan si mati. Semua amalan ini adalah bercanggah dengan ajaran Islam.

5. Amalan tersebut di atas telah berlaku di luar negara, dan jika dibiarkan, ditakuti ianya meresap ke dalam masyarakat kita. Fenomena ini (contohnya, “istighatsah”, minta tolong dengan bercakap-cakap dengan orang mati dalam kubur) telah berlaku di Indonesia.

[ 00:06:32 ] – MATLAMAT DARI AMALAN SESAT SAMBUTAN “HAUL”

1. Sambutan “haul” ini dipopularkan di negara kita oleh golongan Habib terutamanya dari Yaman.

2. Matlamat akhir upacara ini ialah membawa umat Islam kepada penyembahan kubur dan syirik.

3. Antara tujuan sambutan “haul” supaya anak muda minat dengan bidang agama sehingga mendapat kehormatan sebagaimana yang diperolehi oleh “wali-wali” di dalam kubur!

[ 00:13:00 ] – HAKIKAT SEBENAR SAMBUTAN HAUL

1. Sambutan haul ini tidak diketahui di zaman Nabi, Sahabat-Sahabat, Tabi’in, Tabi’ut Tab’iin dan tiga kurun pertama di zaman keemasan Islam.

2. Upacara ini adalah perkara baru dalam Islam (iaitu perkara bid’ah).

3. Sambutan haul ini diperkenalkan oleh golongan Syiah.

4. Sekiranya sambutan haul ini disyariatkan, nescaya Rasulullah s.a.w. telah menyampaikannya kepada ummah.

5. Sambutan haul ini mengandungi perbuatan-perbuatan mungkar yang bercanggah dengan Islam dan ianya tidak mungkin disyariatkan dalam agama.

6. “Ghuluw” (melampau) dalam memuja tokoh tertentu (orang alim, wali dsb) adalah sebab binasanya umat-umat terdahulu.

7. Pelopor-pelopor perayaan haul ini mempunyai agenda untuk merosakkan aqidah umat Islam.

8. Dalam Islam, jelas adalah dilarang menjadikan kubur sebagai tempat perayaan dan tempat ibadat. Upacara-upacara sambutan haul adalah tidak sama dengan amalan ziarah kubur yang dianjurkan oleh Islam dan ianya menjurus kepada perbuatan syirik.

9. Sambutan haul menyerupai kaum Kristian yang menyambut hari Easter sebagai hari kematian Nabi Isa a.s. Haul juga disambut oleh orang Yahudi dan kaum musyrikin.

[ 00:17:11 ] – EPILOG

1. Pengalaman menunjukkan bahawa usaha dan perjuangan akan menentukan perubahan dalam masyarakat. Iran, suatu masa dulu yang mempunyai jutaan ulama’ ahli sunnah bertukar menjadi negara Syiah kerana kelekaan umat. Sebaliknya Mesir yang pernah dikuasai Syiah berjaya menjadi negara ahli sunnah kerana perjuangan rakyatnya.

2. Kita tidak sepatutnya menganggap penyelewengan dalam sambutan haul ini kecil, kerana kalau tidak dibendung dari awal, umat Islam di negara ini akan rosak sebagaimana yang berlaku di dunia Islam luar negara.

NOTA: Dari pengalaman masyarakat Islam di luar negara, sambutan “Haul” yang pada peringkat awalnya nampak biasa sebenarnya akan membawa umat ke arah syirik kepada Allah s.w.t.

CONTOH-CONTOH HADITH PALSU 

1. [ 00:08:04 ] –  HADITH PALSU PERTAMA

Al-Baihaqi meriwayatkan dari al-Waqidi, kata beliau: Nabi s.a.w. sentiasa berziarah ke maqam para syuhada’ di Bukit Uhud setiap tahun dan sesampainya di sana beliau mengucapkan salam dengan mengeraskan suaranya, “Keselamatan atasmu berkat kesabaranmu, maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu”. Abu Bakar juga melakukan hal itu setiap tahun. Kemudian Umar, kemudian Uthman. Fatimah juga pernah berziarah ke Bukit Uhud dan berdoa. Saad bin Abi Waqqas mengucapkan salam kepada para syuhada’ tersebut. Kemudian dia menghadap kepada para sahabatnya lalu berkata, “Mengapa kamu tidak mengucapkan salam kepada orang-orang yang menjawab salammu?”

[ 00:09:22 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

i. “Hadith” ini tidak terdapat dalam sebarang kitab karangan Imam al-Baihaqi.

ii. Jika diandaikan hadith ini wujud, ianya tidak boleh diterima kerana tiada sanad yang lengkap dan perawinya al-Waqidi adalah seorang pendusta besar.

iii . Kalaupun hadith ini sahih, apa yang disebut dalam hadith tersebut ialah menziarahi kubur, bukannya mengadakan upacara-upacara seperti yang dilakukan semasa sambutan haul sebagaimana yang diamalkan hari ini.

iv. Malangnya, ada Majlis Agama negeri tertentu di Malaysia menggunakan “hadith” ini sebagai dalil untuk menjustifikasikan sambutan haul.

2. [ 00:11:09 ] – HADITH PALSU KEDUA

At-Tabari meriwayatkan: Nabi s.a.w. pergi ke kubur para syuhada’ Uhud di permulaan setiap tahun. Baginda berkata, “Assalamualaikum. Berkat kesabaran kamu, maka alangkah baik tempat kesudahan itu”. Abu Bakar, Umar, Uthman juga pergi.

[ 00:11:42 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

“Hadith” ini tidak sahih kerana dalam sanadnya gugur dua orang perawi

3. [ 00:12:09 ] – HADITH PALSU KETIGA

“Nabi s.a.w. pergi ke kubur para syuhada’ di Uhud di permulaan setiap tahun. Abu Bakar dan Umar dan Uthman juga pergi.”

[ 00:12:31 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

“Hadith” ini tidak sahih kerana dalam sanadnya gugur sekurang-kurangnya dua orang perawi. Perawinya adalah dhaif.

VIDEO PENUH ASAL – https://youtu.be/adVHmObN-yA

[Hadith Palsu] Sambutan Maulid Nabi Adalah Berasaskan Dalil Palsu & 15 Kesan Buruk Sambutan Maulidurrasul

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 19m 30s] – [HADIS PALSU] Maulid Nabi – Dalil Palsu & 15 Kesan Buruk Sambutan Maulidurrasul

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/3yqAxihV234 ]

[Hadith Palsu] Sambutan Maulid Nabi Adalah Berasaskan Dalil Palsu & 15 Kesan Buruk Sambutan Maulidurrasul

1. [ 00:01:55 ] – HADITH PALSU

Nabi s.a.w dikatakan bersabda, “Sesiapa yang membesarkan (memuliakan) hari kelahiranku, aku akan menjadi saksi kepadanya pada hari kiamat nanti dan sesiapa yang membelanjakan satu dirham sahaja pada hari kelahiranku, dia seolah-olahnya membelanjakan emas sebesar bukit di jalan Allah”.

[ 00:03:07 ] – KOMENTAR

i. “Hadith” ini tidak dijumpai dalam mana-mana kitab kecuali kitab “Madarij Shuhud”.

ii. Hadith ini tidak disertakan sanad dan ianya ternyata palsu.

iii. Hadith-hadith palsu sebegini menyebabkan umat Islam tertipu dengan janji-janji ganjaran yang besar untuk amalan yang tidak disyariatkan dalam agama.

2. [ 00:04:28 ] – “ATSAR” (KATA-KATA) DARI EMPAT KHALIFAH AR-RASYIDIN

 i. Kata Saidina Abu Bakar r.a.: “Sesiapa yang membelanjakan satu dirham sahaja dalam maulid Nabi s.a.w. dia akan menjadi temanku di dalam syurga”.

ii. Kata Saidina Umar r.a.: “Sesiapa membesarkan maulid Nabi s.a.w. atau memuliakan maulid Nabi s.a.w. bererti dia telah menghidupkan Islam”.

iii. Kata Saidina Uthman r.a.: “Sesiapa yang membelanjakan satu dirham untuk bacaan maulid Nabi dia seperti telah ikut serta dalam peperangan Badar dan Hunain”.

iv. Kata Saidina Ali r.a.: “Sesiapa yang membesarkan maulid Nabi s.a.w. dia tidak akan keluar dari dunia ini melainkan dengan iman”. Atsar tersebut hanyalah rekaan dan tidak dapat dibuktikan kesahihannya.

3. [ 00:06:29 ] – KATA-KATA IMAM AS-SHAFIE

Imam as-Shafie r.h. berkata: “Sesiapa yang menghimpun saudara maranya untuk maulid Nabi dan menyediakan untuk mereka makanan dan dia melakukan kebaikan, Allah s.w.t. akan membangkitkannya pada hari kiamat nanti bersama dengan siddiqin, syuhada’ dan solihin dan akan berada di dalam syurga yang penuh nikmat.”

[ 00:07:02 ] – KOMENTAR

Kata-kata Imam Shafie seperti yang tersebut tidak didapati dalam sebarang kitab beliau.

[ 00:07:31 ] – SAMBUTAN MAULID NABI MENGUNDANG LEBIH BANYAK “MAFASID” (KEROSAKAN) DI SEGI AGAMA BERBANDING KEBAIKAN

1. Sambutan Maulid Nabi di negara kita banyak dipengaruhi oleh amalan golongan sesat Brelwi di India.

2. Hendaklah kita hayati kaedah syariat yang terkenal, “Menolak kerosakan adalah lebih utama dari mencari kebaikan dan manfaat” .

[ 00:10:28 ] – PERINGATAN – “MAFASID” (KEROSAKAN) DARI SAMBUTAN MAULID RASUL

1. Melanggar kaedah syariat iaitu mengubah hukum Allah dengan menetapkan hukum wajib atau sunat menyambut maulid Nabi sedangkan ianya tidak wajib atau sunat dalam syariat Islam.

2. Bercanggah dengan syariat iaitu mengumpulkan orang ramai untuk sesuatu amalan yang tidak wajib. Menyambut maulid Nabi bukan setakat tidak wajib, malah tidak sunat pun.

3. Dalam upacara sambutan maulid Nabi, dipercayai Nabi s.a.w. hadir ke dalam majlis itu. Oleh itu, dikatakan sunat berdiri untuk meraikan roh atau jasad Nabi. Kepercayaan sebegini sudah membabitkan hal-hal aqidah.

4. Masyarakat menganggap upacara sambutan maulid Nabi ini lebih penting dari amalan wajib seperti solat.

5. Qasidah yang dialunkan dalam majlis sambutan maulid Nabi mengandungi unsur-unsur syirik dan pemujaan serta ghuluw (taksub yang keterlaluan) terhadap Nabi s.a.w.

6. Perbelanjaan besar yang dikeluarkan untuk mengadakan majlis sambutan maulid sepatutnya boleh digunakan untuk perkara yang lebih berfaedah. [Fenomena terkini, sambutan maulid tidak hanya untuk Nabi s.a.w. tetapi juga untuk orang-orang lain yang dianggap mulia dan kemudiannya disambung dengan sambutan “haul” (hari kematian) menyebabkan kehidupan kita disibukkan dan dipenuhi dengan upacara-upacara]

7. Maulid Nabi ini tidak pernah disambut oleh Nabi, Sahabat-Sahabat, Tabiin, Tabi’ at-Tabiin dan di kurun-kurun keemasan Islam tetapi mula disambut oleh pemerintah dari aliran Syiah.

8. Memperkenalkan perkara baru dalam agama (bid’ah)

9. Sambutan maulid Nabi adalah perbuatan sia-sia dan tidak mendapat pahala.

10. Mendustakan ayat al-Quran Surah al-Maidah ayat 3 yang mengatakan bahawa agama ini telah disempurnakan dan lengkap. Dengan menambah ibadat-ibadat baru seperti sambutan maulid Nabi, kita mengatakan bahawa agama ini belum sempurna.

11. Sambutan maulid Nabi adalah menyerupai amalan penganut Kristian yang menyambut hari kelahiran Nabi Isa. Kita umat Islam dilarang menyerupai golongan kafir.

12. Dengan mengatakan orang yang tidak menyambut maulid Nabi ini tidak sayang kepada Nabi, kita sebenarnya secara tidak langsung menuduh para Sahabat benci kepada Nabi.

13. Menambah hari perayaan yang telah disyariatkan oleh Islam selain dari hari raya puasa dan hari raya korban.

14. Pemujaan terhadap Rasulullah boleh membawa kepada syirik sebagaimana umat-umat terdahulu sesat kerana “ghuluw” (melampau) terhadap orang-orang soleh.

15. Tarikh 12hb Rabiulawwal yang dikatakan sebagai hari lahir adalah juga tarikh kewafatan Nabi! Adakah kita menyambut hari lahir atau hari wafat Nabi? Tarikh yang lebih tepat kelahiran Nabi sebenarnya ialah 9hb Rabiulawwal, oleh itu kita menyambutnya di hari yang salah!

VIDEO PENUH ASAL – 

i. https://youtu.be/FlTtpe-ZFHc

ii. https://youtu.be/6woxBvkAze

[Hadith Palsu] Beberapa Hadith Palsu Tentang Fadilat Membaca Surah-Surah Tertentu Di Dalam al-Quran, Antaranya, Baca Surah Waqiah “Gerenti” Kaya & Surah Yaasin Jantung Quran

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 12m 47s] – [HADIS PALSU] Baca Surah Waqiah “Gerenti” Kaya? & Surah Yaasin Jantung Quran?

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/zlrNPzSo7Tg ]

[Hadith Palsu] Beberapa hadith palsu tentang fadilat membaca surah-surah tertentu di dalam al-Quran, antaranya, Baca Surah Waqiah “Gerenti” Kaya & Surah Yaasin Jantung Quran

CONTOH-CONTOH HADITH PALSU 

A. KELEBIHAN SURAH WAQIAH – MENJAMIN TIDAK JADI PAPA

[ 00:01:57 ] – HADITH PALSU – “Sesiapa Yang Membaca Surah al-Waqiah Setiap Malam Ia Tidak Akan Papa Selama-lamanya”

[ 00:03:04 ] – KOMENTAR

1. Disepakati oleh ramai ahli hadith bahawa hadith ini bertaraf sama ada maudhu’ (palsu) atau dhaif jiddan.

2. Hadith dhaif jiddan,

a) tidak boleh dianggap sebagai hadith dari Nabi s.a.w.,

b) tidak boleh mengharapkan ganjaran dan faedah darinya jika diamalkan, dan

c) hadith ini tidak boleh diamalkan.

3. Sesuatu hadith yang palsu tetapi tidak diketahui kepalsuannya, jika diamalkan dan didapati tidak membuahkan hasil seperti yang didakwa, dikhuatiri orang yang mengamalkannya akan mempertikaikan hadith Nabi s.a.w.

4. Berusahalah untuk mencelikkan masyarakat tentang kewujudan hadith-hadith palsu ini.

B. YAASIN QALBU AL-QURAN

[ 00:05:31 ] – HADITH PALSU

“Setiap Benda Ada Jantungnya. Jantung al-Quran Ialah Surah Yaasin”

[ 00:06:00 ] – KOMENTAR

1. Hadith ini direka oleh Muqati’ Bin Sulaiman, seorang pendusta besar.

2. Tidak ada satu pun hadith yang sahih tentang kelebihan Surah Yaasin.

C. GANJARAN MEMBACA SURAH AL-QADR SEPERTI MENGHIDUPKAN MALAM QADAR

[ 00:06:58 ] – HADITH PALSU

“Sesiapa Yang Membaca Surah al-Qadr Diberikan Kepadanya Pahala Seperti Orang Berpuasa Di Bulan Ramadhan Dan Menghidupkan Malam Qadar”

[ 00:07:42 ] – KOMENTAR

1. Hadith ini tidak mungkin sahih kerana ganjaran yang dijanjikan ketika mengerjakan amalan sunat sama atau lebih besar dari ganjaran bila melakukan amalan fardhu.

2. Jika diterima hadith-hadith palsu sebegini, orang ramai akan meninggalkan amalan sebenar yang diperintahkan Allah dan menggantikannya dengan amalan-amalan palsu yang dijanjikan ganjaran yang melangit.

———————————————————————————————————————————————

00:08:40 – ANTARA HADITH-HADITH SAHIH BERKENAAN FADHILAT SURAT-SURAT DI DALAM AL-QURAN

———————————————————————————————————————————————

1. “Fatihatul Kitab” (Surah al-Fatihah), Tidak Diturunkan Seumpamanya Baik Di Dalam Taurat Atau Injil Atau Zabur

2. Al-Baqarah Dan Ali-Imraan Adalah Dua Surah Yang Gilang Gemilang

3. Ayatul Kursy Adalah Penghulu Ayat-Ayat al-Quran

4. Dua Ayat Di Akhir Surah al-Baqarah Memadai Untuk Keselamatan Pembacanya Pada Sesuatu Malam

5. Syaitan Tidak Akan Menghampiri Rumah Yang Dibaca Padanya Surah al-Baqarah .

6. Orang Yang Membaca Sepuluh Ayat Di Permulaan Surah al-Kahfi Akan Terpelihara Daripada Fitnah Dajjal

7. “Qulhuallahuahad” (Surah al-Ikhlas) Menyamai Sepertiga al-Quran

8. “Al-Mu’awwizatain” (Surah al-Falaq Dan an-Nas) Adalah Pelindung Terbaik Untuk Orang Yang Mahukan Perlindungan

9. “Izazulzilat” (Surah az-Zalzalah) Menyamai Separuh al-Quran

10. “Qulyaayyuhalkaafiruun” (Surah al-Kaafiruun) Menyamai Seperempat al-Quran 11. “Tabaarakallazi biyadihilmulk” (Surah al-Mulk) Ialah Penyelamat Dari Azab Kubur.

VIDEO PENUH ASAL

  1. https://youtu.be/Ty-jToIa0pA
  2. https://youtu.be/D16rc-3mFHA

[Hadith Palsu] Hadith Palsu Tentang TALKIN – Kononnya Malaikat Munkar & Nakir Tertipu Dan Tidak Menyoal Orang Mati Yang Telah Ditalkinkan

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 10m 3s] – [HADIS PALSU] TALKIN – Malaikat Munkar & Nakir Tertipu Dan Tidak Soal Orang Yang Telah Ditalkinkan

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/IvWleYziMmc ]

 [Hadith Palsu] Hadith Palsu Tentang TALKIN – Kononnya Malaikat Munkar & Nakir Tertipu Dan Tidak Menyoal Orang Mati Yang Telah Ditalkinkan

[ 00:02:23 ]  – HADITH PALSU TENTANG TALKIN

Abu Umamah Berkata, Rasulullah s.a.w. Menyuruh Kami Dengan Katanya, “Apabila Ada Sesiapa Di Antara Saudaramu Meninggal Dunia Dan Kamu Selesai Mengebumikannya Maka Hendaklah Ada Seseorang Di Antara Kamu Berdiri Di Kepala Kuburnya. Kemudian Hendaklah Dia Berkata, ‘Wahai Fulan Bin Fulanah….Si Mati Akan Berkata: Tolong Bimbinglah Aku, Semoga Engkau Dirahmati Allah….Ingatlah Penyaksian Mu Ketika Hendak Keluar Dari Dunia Iaitu Tiada Tuhan Selain Allah Dan Sesungguhnya Muhammad Adalah Hamba-Nya Dan Rasul-Nya…Pada Masa Itu Munkar Dan Nakir Akan Saling Memegang Tangan, “Marilah KIta Pergi, Buat Apa Kita Duduk Dekat Orang Yang Telah Diajar Hujahnya”. Pada Masa Itu Allah Akan Menjadi Pembela Si Mati Dalam Menghadapi Dua Malaikat Tersebut…

[ 00:05:20 ] – KOMENTAR

 Hadith ini Menggambarkan Betapa Lemah Dan Bodohnya Malaikat Munkar Dan Nakir Yang Ditugaskan Untuk Menyoal Orang-Orang Mati. Mereka Tidak Berani Lagi Bertanya Seorang Mati Yang Telah Ditalkinkan Kerana Sudah Tentu Orang Mati Yang Telah Ditalkinkan Akan Dapat Menjawab Segala Soalan Yang Akan Dikemukakan Mereka. Malah Allah Sendiri Akan Membela Simati Yang Ditalkinkan Dalam Menghadapi Soalan Munkar Dan Nakir.

VIDEO PENUH ASAL – https://youtu.be/8pH4rM8YyNo

[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 47] – Hadith yang menyebutkan kelebihan orang berwajah cantik, pujian Nabi terhadap mereka, perintah Baginda supaya memandang mereka atau mereka tidak akan disentuh api neraka adalah palsu [Video – “Memandang wajah yang cantik adalah satu ibadat!”]

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 13m 47s] – [HADIS PALSU] – Memandang wajah yang cantik adalah satu ibadat!

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/-5nqNHnprZ0&nbsp ]

USUL DIRAYAT KE – 47 – Setiap hadith yang menyebutkan kelebihan orang-orang yang berwajah cantik (baik laki-laki dan perempuan), pujian Nabi s.a.w. terhadap mereka, perintah Baginda supaya memandang mereka, meminta hajat dengan mereka atau mereka tidak akan disentuh api neraka, adalah palsu dan tidak berasas sama sekali.

[KENALI HADITH PALSU] –  HADITH YANG MENYEBUT KELEBIHAN ORANG BERWAJAH CANTIK, PUJIAN NABI TERHADAP MEREKA, PERINTAH BAGINDA SUPAYA MEMANDANG MEREKA ATAU MEREKA TIDAK DISENTUH API NERAKA ADALAH PALSU

1. [ 00:01:06 ] – HADITH PALSU PERTAMA

“Orang yang dikurniakan Allah s.w.t. wajah yang cantik dan nama yang bagus, serta diletakkan pula pada tempat yang tidak mengaibkannya, bererti dia adalah salah seorang pilihan Allah di kalangan makhluk-Nya”. [Nota: Hadith ini terdapat di dalam kitab-kitab yang mengumpulkan hadith-hadith maudhu’ dan juga beberapa buah kitab hadith besar. Wujudnya dalam kitab-kitab karangan ulama’ muktabar adalah sekadar untuk menyatakan kewujudan hadith tersebut dan seringkali untuk dinilai dan dikomentar oleh pengarangnya]

[ 00:03:18 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

i. Ibnu al-Jauzi mengatakan hadith ini tidak sahih.

ii. Menurut ajaran Islam terpilihnya seseorang di sisi Allah hanya berdasarkan perbuatan yang memang berada di dalam batas ikhtiarnya, bukan faktor-faktor di luar kawalannya seperti rupa paras yang cantik dsb.

2. [ 00:04:38 ] – HADITH PALSU KEDUA

“Memandang wajah yang cantik adalah satu ibadat”

[ 00:04:56 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

i. Ibnu Taimiyah mengatakan ianya hadith maudhu’.

ii. Salah satu kriteria hadith dhaif atau madhu’ ialah kabur maksudnya.

iii. Hadith ini seolah-olah menggalakan umat Islam melakukan maksiat dan tidak mungkin keluar dari mulut Rasulullah s.a.w.

iv. Terdapat beberapa hadith palsu yang senada dengan hadith ini, antaranya, “Melihat (memandang) wajah Ali adalah ibadat”, “Melihat perempuan yang cantik dan warna hijau menambahkan kecerahan mata”. Hadith-hadtih sebegini yang disalah guna oleh pengamal-pengamal ajaran sesat.

3. [ 00:08:08 ] – HADITH PALSU KETIGA

“Carilah kebaikan pada orang-orang yang cantik wajahnya”

[ 00:08:18 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

i. Walaupun di dalam hadith ini ramai Sahabat Nabi s.a.w. yang dikatakan meriwayatkannya, hakikat sebenarnya, Sahabat-sahabat ini tidak tahu menahu pun tentang hadith ini tetapi pereka hadith telah berbohong dengan mengaitkannya dengan Sahabat.

ii. Hadith ini bercanggah dengan kenyataan, di mana kebaikan tidak bergantung dengan rupa paras seseorang.

iii. Hadith ini tidak boleh dikaitkan dengan hadith sahih berikut kerana maksud dan konteknya berbeza, “Sesungguhnya Allah itu cantik. Dia suka kepada kecantikan”.

4. [ 00:11:19 ] – HADITH PALSU KEEMPAT

“Carilah orang-orang yang berwajah cantik dan berwarna hitam anak matanya, kerana sesungguhnya Allah malu hendak menyeksa (orang yang berwajah cantik) dengan neraka”.

[ 00:11:41 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEEMPAT

i. Ibnu al-Jauzi mengatakan hadith ini adalah maudhu’.

ii. Hadith ini bercanggah dengan ajaran Islam yang mengaitkan pembalasan amalan seseorang di akhirat kelak dengan amalan dan usaha yang dilakukannya semasa di dunia. Manusia tidak dibebankan dengan sesuatu yang di luar kemampuan dan ikhtiarnya.

iii. Abu Lahab terkenal dengan wajah yang cantik, tetapi rupa parasnya tidak menghalang dia dari dihumbankan ke dalam neraka.

VIDEO PENUH ASAL –    • Sesi 80 – Hadith kelebihan orang yang…  

NOTA KULIAH – https://syarahanhadits.school.blog/wp…

[Hadith Palsu] Hadith-hadith yang menyatakan anak zina tidak akan masuk syurga, demikian juga anak cucunya semuanya palsu 

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 13m 52s] – [HADIS PALSU] – Anak zina tidak akan masuk syurga, tidak juga anaknya & tidak juga anak bagi anaknya

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/_hbFSdRowtA ]

[Hadith Palsu] Hadith-hadith yang menyatakan anak zina tidak akan masuk syurga, demikian juga anak cucunya semuanya palsu 

[Tiada hadith sahih yang menyatakan kehinaan atau kejelikan anak zina. Kalau ada pun hadith yang dianggap sahih, ianya perlu ditakwil, kerana maksud sebenarnya bukan begitu]

[ 00:07:48 ] – PENCERAHAN

Tiada hadith sahih yang menyatakan kehinaan atau kejelikan anak zina. Kalau ada pun hadith yang dianggap sahih, ianya perlu ditakwil, kerana maksud sebenarnya bukan begitu.

1. Contoh hadith yang dikatakan sahih tapi perlu ditakwil ialah hadith, “Anak zina adalah yang paling teruk antara tiga orang (iaitu dia sendiri, ibu dan bapanya)”.

2. Hadith ini dihukum sahih sanadnya oleh ramai ulama’ hadith termasuk al-Albani. Walaupun begitu kesahihan matannya (kandungannya) adalah meragukan kerana bercanggah dengan keadilan Islam.

3. Sebenarnya hadith ini adalah potongan dari satu hadith yang lain iaitu, “Anak zina adalah yang paling teruk antara tiga orang (iaitu dia sendiri, ibu dan bapanya), jika dia melakukan apa yang dilakukan oleh kedua ibu dan bapanya”. Oleh itu hendaklah difahami maksud hadith pertama adalah berkait dengan faktor yang disebutkan dalam hadith kedua, iaitu “jika dia melakukan apa yang dilakukan oleh kedua ibu dan bapanya”.

4. Untuk mendapat maksud yang tepat dari sesuatu hadith, seseorang perlu meneliti hadith-hadith lain berkaitan perkara yang sama.

SELINGAN

1. [ 00:11:15 ] – HADITH YANG SAHIH HENDAKLAH SAHIH DI SEGI SANAD DAN JUGA MATANNYA.

Sesuatu hadith dianggap sahih bila ianya sahih di segi sanad dan matannya. Hadith yang sahih tidak boleh bercanggah dengan al-Quran dan hadith yang lebih sahih. Sekiranya hadith yang matannya dipertikaikan hendak diterima juga ia perlu ditakwil dengan munasabah dan disesuaikan dengan kenyataan al-Quran dan hadith yang lebih sahih.

2. [ 00:13:09 ] – Hendaklah Membaca Kitab-Kitab Lama Dengan Menggunakan Edisi Yang Telah Di’takhrij” (Dinyatakan Kedudukan Dan Status) Hadithnya Untuk Mengelakkan Dari Terkeliru

CONTOH HADITH MAUDHU’ (PALSU)

1. [ 00:01:15 ] – HADITH PALSU PERTAMA

“Anak zina tidak akan masuk syurga”

[ 00:01:34 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

i. Hadith ini terdapat di dalam kitab Ibnu ‘Adi, al-Kamil Fi Dhu’afa’, sebuah kitab yang mengumpulkan perawi dhaif dan maudhu’.

ii. Ibnu al-Jauzi mengatakan hadith ini maudhu’, bukan sahaja kerana perawinya, tetapi juga kerana bercanggah dengan keadilan Islam yang termaktub di dalam al-Quran.

iii. Ayat al-Quran yang dimaksudkan oleh Ibnu al-Jauzi ialah ayat 164, Surah al-An’am yang bermaksud: “Seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja)”, dan “Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya”.

2. [ 00:03:56 ] – HADITH PALSU KEDUA

“Anak zina tidak akan masuk syurga, tidak (akan masuk juga) anaknya dan tidak juga anak bagi anaknya”

[ 00:05:01 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

i. Perawi yang menjadi punca (“madaar” atau paksi) hadith ini Abu Isra’il, seorang yang tertolak dan tidak ditulis hadithnya.

ii. Hadith palsu ini menggambarkan ketidakadilan Allah dan agama Islam, di mana orang yang tidak bersalah dihukum sehingga beberapa keturunan manakala orang yang bersalah tidak langsung dikenakan hukuman.

3. [ 00:06:13 ]–  HADITH PALSU KETIGA

“Anak-anak zina akan dibangkitkan (di Mahsyar) dalam rupa kera-kera dan babi-babi”

[ 00:06:47 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

i. Perawi hadith ini, Ali bin Zaid bin Ju’dan adalah seorang perawi yang langsung tidak bernilai. Hadith ini dihukumkan maudhu’ oleh ramai ulama’ hadith.

ii. Hadith palsu ini menyalahi firman Allah di dalam al-Quran dan menyalahi prinsip keadilan Islam.

VIDEO PENUH ASAL –

1.    • Sesi 79 -Hadith anak zina tidak akan …  

2.   • Sesi 81 – ULANGAN-Hadis anak zina tid…  

[Hadith Palsu] Hadith Yang Menyebutkan Bulan Atau Hari Tertentu Seperti Hari Selasa Atau Rabu dll Sebagai Bulan Atau Hari Nahas Atau Hari Bertuah Semuanya Palsu, Contohnya, Hari Rabu hari paling sial!

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 19m 50s] – [HADIS PALSU] – Hari Rabu hari paling sial! & Syiah ada kalender sial atau bertuah untuk setiap hari

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/87DztVCbWeo ]

[Hadith Palsu] Hadith Yang Menyebutkan Bulan Atau Hari Tertentu Seperti Hari Selasa Atau Rabu dll Sebagai Bulan Atau Hari Nahas Atau Hari Bertuah Semuanya Palsu, Contohnya, Hari Rabu hari paling sial!

CATATAN MENARIK

  1. [ 00:00:43 ] – Penetapan hari-hari nahas dan bertuah akan membantutkan akitiviti umat Islam; ianya adalah agenda musuh-musuh Islam untuk melemahkan umat Islam.

2. [ 00:12:53 ] -SELINGAN – Hukum menyebarkan hadith palsu adalah haram. Walaupun begitu, kita boleh menyebutnya dalam proses pembelajaran atau untuk memberitahu tentang kepalsuannya agar masyarakat terselamat.

3. [ 00:13:48 ] – Hadith dan kepercayaan tentang hari nahas atau bertuah di kalangan masyarakat ahli sunnah kemungkinan besar disebarkan oleh golongan Syiah. Syiah mempunyai kalendar khas yang menetapkan tiap-tiap hari dalam setahun sebagai nahas atau bertuah.

4. [ 00:13:48 ] – Di dalam masyarakat kita, ianya masih diamalkan di kalangan bomoh.

5. [ 00:13:48 ] – Berkat usaha pejuang-pejuang sunnah, amalan dan kepercayaan hari nahas seperti mandi tolak bala di bulan Safar telah terhapus dalam masyarakat kita.

6. [ 00:16:22 ] – Ada orang mengatakan memang ada tuah dan sial pada perkara-perkara tertentu kerana ianya disebut di dalam hadith sahih dan al-Quran. Sebenarnya apa yang disebut hari nahas dalam al-Quran ialah hari di mana kaum-kaum terdahulu ditimpakan azab kerana kederhakaan yang luar biasa. Ianya tidak berkait dengan kita umat Muhammad.

7. [ 00:17:27 ] – Konsep sial dan nahas (pada sesuatu masa, benda atau perkara) tidak ada dalam Islam. Yang sebetulnya ialah keadaan yang tidak sesuai atau tidak secocok di mana ada jalan penyelesaiannya. Contohnya Islam membenarkan perkahwinan dibubarkan (bercerai) jika pasangan suami isteri tidak ada persefahaman sehingga tidak boleh hidup bersama.

8. [ 00:18:24 ] – NOTA HUJUNG – Bisikan syaitan akan menimbulkan was-was dalam diri kita dengan perasaan takut-takut apa yang diancam sebagai nahas akan benar-benar terjadi. Kita hendaklah menolak bisikan-bisikan ini dengan melakukan sebaliknya dari apa yang dilarang dalam hadith-hadith palsu tersebut, contohnya, dengan sengaja memotong kuku pada hari Rabu untuk membantah teori kononnya bala akan menimpa bila memotong kuku pada hari Rabu!

CONTOH HADITH MAUDHU’ (PALSU)

  1. [ 00:01:06 ] – HADITH PALSU PERTAMA

Jabir meriwayatkan katanya, Jibril a.s. telah turun kepada Nabi s.a.w. lalu dia berkata, “Buatlah keputusan dengan sumpah bersama seorang saksi [Nota: bahagian ini boleh diterima], Hari Rabu adalah hari nahas berterus-terusan (sehingga hari kiamat)”. [Nota: Hadith ini terdapat di dalam kitab-kitab hadith utama karangan al-Tabarani, Abu Awanah dan al-Baihaqi. Walaupun begitu ianya juga ada di dalam kitab-kitab yang mengumpulkan hadith palsu (al-maudhuat) karangan Ibnu al-Jauzi dan az-Zahabi, menunjukkan ianya adalah hadith maudhu’ (palsu)][

[ 00:02:10 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

a. Al-Tabarani mengemukakan hadith ini untuk mendedahkan kelemahannya. Oleh itu, elok kita merujuk kepada mereka yang pakar sebelum menggunakan sebarang hadith terutamanya dari kitab-kitab seumpama ini.

b. Perawi hadith ini, Ibrahim bin Abi Hayya bersendirian (tafarrud) dalam meriwayatkan hadith ini. Beliau adalah perawi sangat dhaif.

c Hadith ini bercanggah dengan hadith sahih yang berbunyi, “Allah menjadikan cahaya pada hari Rabu”.

d. Hadith ini bercanggah dengan kenyataan sebenar kerana nahas tidak hanya berlaku pada hari Rabu malah berlaku pada hari-hari lain.

2. [ 00:04:02 ] – HADITH PALSU KEDUA

Abu Said al-Khudri meriwayatkan katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, “Hari Sabtu, hari helah dan tipu daya, hari Ahad hari menanam pokok dan mendirikan bangunan, hari Isnin hari berjalan dan mencari rezeki, hari Selasa hari besi dan perang, hari Rabu hari tidak mengambil dan tidak memberi, hari Khamis hari mencari segala hajat dan hari masuk menemui sultan dan hari Jumaat hari pertunangan dan pernikahan”.

[ 00:05:02 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

Hadith ini sangat dhaif kerana,

a) “Ittirab” (tidak tetap) pada matannya,

b) bercanggah dengan riwayat yang sahih,

c) bercanggah dengan kenyataan, d) tidak ada sandaran yang jelas dan sahih.

e) sanadnya dhaif.

[Nota: Ada riwayat dalam kitab utama Syiah yang hampir serupa dengan hadith ini. Oleh itu, boleh dikatakan hadith ini berpunca dari Syiah. Masuknya hadith-hadith palsu ini adalah kerana kurang dan lemahnya pengajian hadith dalam masyarakat]

3. [ 00:08:04 ] – HADITH PALSU KETIGA

“Sesiapa memberi berita gembira kepadaku tentang keluarnya (habisnya) bulan Safar aku memberikan berita gembira kepadanya tentang dia akan masuk syurga”. [Nota: Suatu masa dahulu bulan Safar dikaitkan dengan bala, sehingga orang tidak mahu berkahwin di bulan ini dan ada upacara mandi tolak bala]

[ 00:08:50 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

a. Hadith ini dimasukkan di dalam kitab-kitab “al-maudhuat”, kitab-kitab yang mengumpulkan hadith-hadith palsu.

b. Ulama’ bersepakat mengatakan hadith ini maudhu’ (palsu).

c. Hadith ini bercanggah dengan hadith sahih yang mengatakan tiada kepercayaan bahawa bulan Safar membawa sial atau nahas.

4. [ 00:09:56 ] – HADITH PALSU KEEMPAT

“Hari-hari itu semuanya diciptakan oleh Allah, sebahagiannya adalah hari-hari bertuah dan sebahagian yang lain pula adalah hari-hari nahas sebagaimana manusia semuanya adalah hamba-hamba Allah tetapi sebahagiannya untuk syurga dan sebahagian yang lain pula adalah untuk neraka. Tidak ada satupun bulan melainkan ada tujuh hari nahas padanya. Hari ketiga nahas padanya Qabil telah membunuh Habil, hari kelima nahas padanya dikeluarkan Adam dari syurga dan dicampakkan Yusuf ke dalam telaga. Hari ke 13 nahas padanya bala’ menimpa Ayyub (Nabi Ayyub), hari ke 16 nahas padanya kerajaan Sulaiman (Nabi Sulaiman) dirampas, hari ke 21 nahas padanya kaum Lut ditelan bumi, orang-orang Nasrani ditukar rupa menjadi babi, orang-orang Yahudi ditukar rupa menjadi kera dan Nabi Yahya bin Zakaria dibelah dengan gergaji. Hari ke 24 nahas padanya Fir’aun dilahirkan dan mendakwa dirinya sebagai tuhan dan padanya juga ia ditenggelamkan, pada hari itu juga ribut taufan belalang, kutu dan katak dilepaskan (sebagai bencana kepada bani Israil), hari ke 25, nahas padanya Namrud membelah perut 40 orang wanita mengandung. Nabi Ibrahim dicampakkan ke dalam api dan unta Nabi Saleh disembelih. Pada hari itu Allah membinasakan kaum Saleh dengan azab yang amat dahsyat. Hari Rabu di akhir setiap bulan juga hari nahas dan berterusan. Pada hari itu Allah melepaskan angin kencang untuk membinasakan kaum Aad dan pada hari itu juga Allah menimpakan azab ke atas kaum Tsamud.”

[ 00:12:10 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEEMPAT

Hadith ini terdapat di dalam kitab-kitab yang mengumpulkan hadith maudhu’ karangan as-Shaukani dan al-Fattani. Hafiz Ibnu Hajar mengatakan ianya dusta.

VIDEO PENUH ASAL – https://youtu.be/tR1UIn28Lwk

[Hadith Palsu] Riwayat-riwayat Berkenaan Nur Muhammad Semuanya Palsu – Ianya Hasil Daripada Komplot Syiah Dan Kejahilan Umat Islam

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 27m 48s] – [HADIS PALSU] “NUR MUHAMMAD” – Komplot Syiah Dan Kejahilan Umat

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/Q1DctpIxL2Q ]

[Hadith Palsu] Riwayat-riwayat Berkenaan Nur Muhammad Semuanya Palsu – Ianya Hasil Daripada Komplot Syiah Dan Kejahilan Umat Islam

1. Kepercayaan bahawa Nabi Muhammad dijadikan daripada Nur (cahaya) menimbulkan banyak lagi kepercayaan karut yang lain seperti Nabi Muhammad tidak mempunyai bayang dsb.

2. [ 00:01:00 ] –  NABI MUHAMMAD SEBAGAI “NUR” YANG MENERANGI SELURUH ALAM

i. Adalah diakui bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah “Nur”, iaitu cahaya yang menyinari kegelapan kekufuran. Ianya bahasa kiasan dan sama sekali tidak bermaksud Baginda sebagai makhluk pertama dan menjadi punca kepada kejadian seluruh alam.

ii. Selain dari Nabi Muhammad s.a.w., “Nur” dalam konteks cahaya yang menerangi kegelapan kekufuran juga digunakan untuk “Agama Islam” dan “al-Quran”.

3. [ 00:02:51 ] – KONSEP “NUR MUHAMMAD” BERPUNCA DARI SYIAH

4. [ 00:02:51 ] – PENGARUH SYIAH DALAM KONSEP NUR MUHAMMAD

i. Konsep “Nur Muhammad” ada kaitan dengan konsep “Nur Panjthan” (“Lima Peribadi”, iaitu, Muhammad, Ali, Fatimah, Hasan Dan Hussain) dalam Syiah. Sebagaimana kepercayaan Nur Muhammad yang berpecah-pecah, Nur Panjthan juga berpecah-pecah. Tujuan Syiah ialah supaya umat Islam dapat menerima konsep Nur Panjthan ini bila mereka boleh menerima konsep Nur Muhammad.

ii. Syiah mengatakan Nur Muhammad ini berpecah kepada dua, iaitu kepada Nabi Muhammad dan Saidina Ali. Oleh itu mereka menggelarkan Nabi Muhammad sebagai Ketua Para Nabi dan Saidina Ali sebagai Ketua Para Wali. Mereka ingin mengatakan Saidina Ali adalah sama taraf dengan Nabi Muhammad s.a.w.

5. [ 00:07:01 ] – KEPERCAYAAN TERHADAP KONSEP NUR MUHAMAD MASIH TEBAL DALAM MASYARAKAT

6. [ 00:25:40 ] –  HAKIKAT SEBENAR NUR MUHAMMAD

i. Semua riwayat tentang Nur Muhammad bercanggah dengan hadith yang sahih tentang makhkluk yang pertama yang dijadikan Allah, iaitu qalam

ii. Isi kandungan riwayat-riwayat tentang Nur Muhammad adalah amat tidak masuk akal dan membodohkan umat

[ 00:13:29 ] – CONTOH RIWAYAT PALSU TENTANG NUR MUHAMMAD (VERSI PERTAMA)

[RINGKASAN] Allah berkata kepada segenggam Nur-Nya itu, “Jadilah engkau Muhammad”. Kemudian sesungguhnya Allah membahagikan Nur-Nya itu kepada empat bahagian pula. Daripada bahagian pertama dijadikan-Nya “Lauth” (Luh Mahfuz), daripada yang kedua dijadikan-Nya Qalam. Kemudian daripada bahagian yang ketiga daripada Nur Muhammad itu Allah menjadikan arasy. Bahagian keempat pula dibahagikan kepada empat bahagian. Yang pertama daripadanya dijadikan Akal dan yang kedua dijadikan Ma’rifat dan yang ketiga dijadikan Nur Arasy, Cahaya Penglihatan dan Cahaya Siang. Semua Nur-nur ini adalah daripada Nur Muhammad. Oleh itu Nur Muhammad adalah makhluk yang terawal dari segala-galanya yang dijadikan Tuhan. Sementara bahagian yang keempat daripada empat bahagian itu pula disimpan di bawah arasy sehingga Allah menjadikan Adam. Kemudian terus berpindah-pindahlah Nur itu daripada seorang lelaki mulia kepada seorang lelaki mulia yang lain dan daripada seorang perempuan yang suci kepada seorang perempuan suci yang lain hinggalah ia sampai kepada sulbi Abdullah bin Abdul Mutalib. Kemudian Allah mengeluarkannya ke dunia lalu dijadikan-Nya penghulu sekelian Rasul dan penyudah sekelian Nabi.

[ 00:23:03 ] – CONTOH RIWAYAT PALSU TENTANG NUR MUHAMMAD (VERSI KEDUA)

[RINGKASAN] Allah telah menjadikan satu pohon kayu yang mempunyai empat dahan. Pohon kayu itu dinamakan “Syajaratu Al-Muttaqin”. Kemudian Ia menjadikan Nur Muhammad di dalam hijab daripada permata yang sangat putih seperti rupa burung merak dan diletakkan burung merak itu di atas pohon tadi, maka bertasbihlah Nur itu di atas pohon tadi selama 70,000 tahun. Setelah itu Allah menjadikan cermin malu, diletakkan cermin itu berhadapan dengannya. Bila burung merak itu menilik dirinya di dalam cermin itu, dilihatnya rupanya sangat cantik dan sangat elok. Maka malulah ia kepada Allah Taala lalu berpeluh dan keuarlah daripadanya enam titik peluh…. Daripada titik yang pertama Allah jadikan ruh Abu Bakr r.a. dan daripada titik yang kedua dijadikan ruh Umar r.a. Daripada titik yang ketiga dijadikan ruh Uthman r.a. dan daripada titik yang keempat dijadikan ruh Ali r.a. Daripada titik yang kelima dijadikan pokok bunga ros dan daripada titik yang keenam dijadikan padi….Kemudian Allah menjadikan “qandil” daripada “aqiq” yang merah. Bahagian luarnya dapat dilihat daripada dalamnya. Kemudian Allah menjadikan rupa Muhammad itu seperti rupanya di dalam dunia ini.

[ 00:23:03 ] – CONTOH RIWAYAT PALSU TENTANG NUR MUHAMMAD (VERSI KETIGA)

[RINGKASAN] Allah telah mencipta Nur Muhammad sebelum segala sesuatu. Pada masa itu belum ada lauth dan qalam. syurga dan neraka, malaikat, langit, matahari, bulan, jin dan juga manusia. Allah membahagikan Nur itu kepada empat bahagian; bahagian pertama dijadikan qalam, bahagian kedua dijadikan lauth, bahagian ketiga dijadikan arasy dan bahagian keempat dipecahkan pula kepada empat bahagian lagi. Dari empat bahagian tersebut, dijadikan langit, bumi, syurga dan neraka dan bahagian keempat dipecahkan lagi kepada empat bahagian….sehingga akhir riwayat.

(Nota: Riwayat ini didakwa ada di dalam Kitab Mushannaf Abdul Razak)

[ 00:24:38 ] –  KOMENTAR

Riwayat-riwayat tentang Nur Muhammad semuanya tidak masuk akal dan bertentangan antara satu sama lain dengan percanggahan yang besar. Riwayat-riwayat ini tidak mempunyai sanad dan tidak diketahui sumbernya kecuali satu riwayat yang dikatakan ada dalam kitab Musannaf Abdul Razak. Walaupun begitu, bila diteliti, riwayat ini tidak dijumpai dalam Kitab Musannaf yang ada sekarang ini.

VIDEO PENUH ASAL –

i. https://youtu.be/ybXtoMRIDNk

ii. https://youtu.be/deXEoWn2fNU

ARTIKEL IRINGAN – Menyingkap Rahsia Di Sebalik Kejadian Nur Muhammad – https://darulkautsarpencerahanaqidah.wordpress.com/2018/11/21/menyingkap-rahsia-di-sebalik-kejadian-nur-muhammad/