[Hadith Palsu] Riwayat Kelebihan Sembahyang Pada Hari Atau Malam Bagi Bulan Tertentu Seperti Sembahyang Ragha’ib di Bulan Rajab, Sembahyang Asyura, Nisfu Sya’ban dll Semuanya Palsu Kecuali Sembahyang Tarawih

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 18m 39s] – [HADIS PALSU] – Solat Asyura, Solat Raghaib, Solat Nisfu Syaaban, Tunggu Kubur & Kaifiat Solat Hajat

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/ipYLefUg4Rk ]

[Hadith Palsu] Riwayat Kelebihan Sembahyang Pada Hari Atau Malam Bagi Bulan Tertentu Seperti Sembahyang Ragha’ib di Bulan Rajab, Sembahyang Asyura, Nisfu Sya’ban dll Semuanya Palsu Kecuali Sembahyang Tarawih

SISIPAN

  1. [ 00:14:30 ] – BID’AH SEMBAHYANG TEMAN

Satu jenis sembahyang yang agak popular di dalam masyarakat ialah “sembahyang teman”. Ianya dilakukan oleh lebai-lebai selepas dari kematian seseorang kononnya untuk menjadi “teman” kepada si mati di dalam kubur. Kemungkinan sembahyang ini diilhamkan dari sembahyang ar-Ragha’ib yang menjanjikan pahala dari sembahyang ar-Ragha’ib ini akan menjadi teman kepada mereka yang menunaikannya semasa di dalam kubur.

2. [ 00:16:17 ] – AMALAN MENUNGGU KUBUR

Amat malang sekali kerana pada suatu ketika dahulu, sembahyang Ragha’ib ini amat istimewa sehingga ianya diberi perhatian lebih dari sembahyang fardhu. Amalan lain yang diberi perhatian seumpama ini yang pernah berlaku di tempat kita ialah amalan menunggu kubur orang yang baru mati. Sekiranya kubur terpaksa ditunggu pada hari Jumaat, si penunggu akan meninggalkan solat Jumaat untuk memastikan kubur terus ditunggu.

3. TIADA DALAM HADITH SAHIH YANG MENYATAKAN BILANGAN SURAH TERTENTU YANG PERLU DIBACA DI DALAM SETIAP RAKAAT. [Nota: Solat hajat yang umum dilakukan di tempat kita yang menyatakan bilangan tertentu surah dalam setiap rakaat tidak ada dalilnya dan menyalahi sunnah Nabi]

CONTOH-CONTOH HADITH PALSU

1. [ 00:01:11 ] – HADITH PALSU PERTAMA

“Sesiapa menghidupkan malam Asyura (malam ke-10 bulan Muharram) dia seperti menyembah Allah sebagaimana hamba-hamba-Nya di langit-langit. Sesiapa bersembahyang empat rakaat (pada malam itu) dia membaca dalam setiap rakaatnya surah al-Fatihah satu kali dan lima kali surah al-Ikhlas, Allah mengampunkan dosa-dosanya selama 50 tahun yang lalu dan 50 tahun ke hadapan dan Dia membina untuknya di dalam syurga yang tertinggi ribuan mimbar dari cahaya”.

[ 00:02:13 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

i. Ibnu al-Jauzi berkata terdapat beberapa orang perawi dhaif di dalam sanad hadith ini.

ii. Al-Ajluni dan Mulla Ali al-Qari berkata ulama’ bersepakat bahawa semua hadith tentang solat Asyura dan ar-Ragha’ib adalah palsu.

iii. Adalah tidak masuk akal, orang yang mengerjakan solat Asyura akan naik tarafnya sama seperti malaikat yang maksum.

iv. TIADA DALAM HADITH SAHIH YANG MENYATAKAN BILANGAN SURAH TERTENTU YANG PERLU DIBACA DI DALAM SETIAP RAKAAT. Dengan adanya bilangan tertentu surah di dalam sesuatu solat seperti solat  Asyura, ianya menunjukkan hadith tersebut adalah palsu.

2. [ 00:03:50 ] – HADITH PALSU KEDUA

“Sesiapa bersembahyang maghrib di malam pertama bulan Rajab kemudian dia bersembahyang selepasnya 20 rakaat, dalam setiap rakaatnya dia membaca Fatihatul kitab dan surah al-Ikhlas satu kali, dia memberi salam sebanyak 10 kali (untuk sembahyang yang dikerjakannya sebanyak 20 rakaat itu). Kamu tahukah apa pahalanya? Sesungguhnya ar-Ruhul Amin Jibril mengajarkannya kepada ku”. Kata kami (para Sahabat), “Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui”. Nabi s.a.w. melanjutkan sabdanya, “Allah memelihara dirinya, hartanya, isterinya dan ahli keluarganya. Ia juga dilindungi dari azab kubur dan dia akan melepasi sirat seperti kilat tanpa hisab dan azab”. [Hadith ini terdapat di dalam kitab-kitab yang mengumpulkan hadith-hadith palsu]

[ 00:05:19 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDU

i. Ibnu al-Jauzi, as-Suyuti dan Ibnu Qayyim menghukumkan hadith ini maudhu’ (palsu).

ii. Ibnu Taimiyyah mengatakan solat khas di bulan Rajab, solat Nisfu Syaaban dan solat Ragha’ib adalah dusta dengan ijma’ ulama’ hadith; ianya adalah bid’ah dan tidak pernah diajar oleh Rasulullah s.a.w.

3. [ 00:06:07 ] – HADITH PALSU KETIGA

Rajab ialah bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Ditanya orang, “Wahai Rasulullah. Apakah maksudnya kata anda ‘Rajab itu bulan Allah’?”. Baginda s.a.w. menjawab, “Kerana ia dikhususkan dengan keampunan Allah. Padanya darah tidak ditumpahkan, padanya Allah menerima taubat para nabi-Nya dan padanya juga Allah menyelamatkan para kekasih-Nya daripada tangan musuh-musuh-Nya. Sesiapa berpuasa pada bulan itu dia pasti mendapat tiga perkara daripada Allah iaitu, pertama, keampunan bagi sekelian dosanya yang lalu, kedua, keterpeliharaannya di sepanjang hayat selagi masih hidup dan, ketiga, keamanan daripada kedahagaan pada hari mahsyar.” Tiba-tiba bangkit seorang tua lalu berkata, “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku tidak mampu untuk berpuasa sepanjang bulan Rajab”. Maka Rasulullah s.a.w. bersabda, “Satu hari di permulaan bulan Rajab sesungguhnya satu kebajikan digandakan pahalanya 10 kali ganda. Satu hari di pertengahannya dan satu hari lagi di penghujungnya. Jika engkau berpuasa tiga hari sahaja daripadanya nescaya engkau akan diberikan pahala seperti berpuasa dii sepanjang bulan Rajab. Cuma jangan lupa malam pertama bulan Rajab itu kerana para malaikat menamakannya ‘ar-Ragha’ib’. Pada malam itu tidak ada malaikat baik di langit maupun di bumi semuanya berkumpul di dalam kaabah dan di kawasan-kawasan sekelilingnya, maka Allah menjenguk pada mereka seraya berfirman, “Wahai para malaikat, mintalah kepada-Ku apa yang kamu mahu”. Jawab malaikat, “Wahai tuhan kami, hajat kami kepada Mu ialah Engkau mengampunkan orang-orang yang berpuasa di bulan Rajab”. Kata Allah, “Telah Ku terima permintaanmu”. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiada siapapun berpuasa pada hari Khamis pertama di bulan Rajab kemudian dia bersembahyang di antara sembahyang isya’ dan maghrib malam Jumaatnya sebanyak 12 rakaat di mana dia membaca pada setiap rakaatnya Fatihatul kitab satu kali, Surah al-Qadr sebanyak tiga kali dan Surah al-Ikhlas sebanyak 12 kali. Ia memisahkan di antara setiap dua rakaat dengan salam. Setelah selesai bersembahyang dia berselawat kepadaku sebanyak 70 kali, dia mengucapkan “Allahummasoli ala Muhammad…”. Kemudian dia bersujud. Di dalam sujudnya ia membaca “Subbu…” sebanyak 70 kali. Kemudian dia mengangkat kepalanya sambil membaca, “Rabbighfirli…” sebanyak 70 kali. Kemudian bersujud pula buat kali kedua. Dibacanya dalam sujud kedua itu seperti yang dibacanya dalam sujud pertama. Kemudian dia memohon hajatnya kepada Allah, hajatnya pasti akan ditunaikan. Kata Rasulullah s.a.w., “Demi tuhan yang nyawaku berada di tangan-Nya tiada seorangpun hamba (manusia) baik lelaki maupun perempuan yang mengerjakan sembahyang ini melainkan Allah mengampunkan segala dosanya walaupun ia sebanyak buih di laut dan sebanyak bilangan dedaun pada pokok-pokok. Ia dapat memberi syafaat pada hari kiamat nanti kepada 700 orang ahli keluarganya. Pada malam pertama di dalam kubur, penjaga sembahyang ini akan datang kepadanya dengan muka yang sangat cantik dan lidah yang sangat fasih. Ia berkata kepadanya, “Kekasihku, terimalah berita gembira bahawa engkau telahpun terlepas daripada segala kesukaran”. Ia berkata: “Siapa engkau? Demi Allah tidak pernah ku lihat wajah yang lebih cantik daripada wajahmu. Tidak pernah ku dengar percakapan yang lebih manis daripada percakapanmu dan tidak pernah ku hidu bau wangi yang lebih wangi daripada baumu”. Ia berkata kepadanya, “Wahai kekasihku. Akulah pahala sembahyang yang telah engkau kerjakan pada malam sekian di bulan sekian (malam Jumaat bulan Rajab). Malam ini aku datang untuk menunaikan hakmu, bermesra denganmu dan menghilangkan kesepianmu, meneduhkanmu di padang mahsyar. Terimalah berita gembira, kebaikan yang akan engkau terima dari tuhanmu tidak akan habis buat selama-lamanya”.

[ 00:11:44 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

i) Hadith ini dipercayai direka oleh Abu Jahbah.

ii) Ulama’ hadith ijma’ mengatakan hadith solat Ragha’ib adalah palsu.

iii) Walaupun hadith ini ada di dalam Ihya Ulumuddin, ianya tetap palsu. Imam al-Ghazali memang seorang yang tokoh tetapi beliau bukan ahli hadith.

iv. Antara sebab mengapa ianya palsu, selain dari perawi yang tidak sahih, ialah,

a) Solat ini dilakukan secara berjemaah (solat sunat berjemaah boleh dilakukan berjemaah hanya sekiranya ada petunjuk dari Nabi seperti solat tahajjud dan tarawih),

b) adanya ketentuan membaca surah dengan bilangan tertentu (tidak ada hadith sahih yang menentukan bilangan surah dalam setiap rakaat solat),

[Nota: Solat hajat yang umum dilakukan di tempat kita yang menyatakan bilangan tertentu surah dalam setiap rakaat tidak ada dalilnya dan menyalahi sunnah Nabi]

c) terdapat dua sujud yang perlu dilakukan selepas salam ( sujud tanpa rukuk hanya ada dua, sujud tilawah dan sujud syukur)

4. [ 00:17:27 ] – HADITH PALSU KEEMPAT

“Sesiapa bersembahyang pada malam Nisfu Syaaban sebanyak 12 rakaat, dia membaca pada setiap rakaat surah al-Ikhlas sebanyak 30 kali, dia tidak akan keluar (dari dunia ini) sebelum melihat tempatnya di syurga. Dia juga dapat memberi syafaat kepada 10 orang ahli keluarganya yang mana semua mereka sudah pasti masuk neraka”.

[ 00:18:10 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEEMPAT

i) Ibnu al-Jauzi mengatakan hadith ini maudhu’ dan di dalam sanadnya terdapat beberapa perawi yang tidak dikenali (majhul).

ii) Hadith ini terdapat di dalam kitab-kitab yang mengumpulkan hadith palsu (al-maudhuat)

VIDEO PENUH ASAL –

i – https://youtu.be/FnqjGvym2yk

ii – https://youtu.be/aA4ygDoqCvg

[Hadith Palsu] Hadith Kelebihan Sembahyang Sunat Khusus Dengan Kaifiat dan Bacaan Tertentu Pada Tiap-Tiap Hari Atau Malam Dalam Seminggu Semuanya Palsu, Contohnya, “Solat 4 Rakaat Malam Ahad Dapat 1000 Bandar” & “Solat 12 Rakaat Pada Hari Rabu Pahalanya Seperti Amalan Nabi”

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 16m 19s] – [HADIS PALSU] – Solat 4 rakaat malam Ahad dapat 1000 bandar & 12 rakaat pada hari Rabu seperti Nabi

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/2DF32SNdB3I ]

[Hadith Palsu] Hadith Kelebihan Sembahyang Sunat Khusus Dengan Kaifiat dan Bacaan Tertentu Pada Tiap-Tiap Hari Atau Malam Dalam Seminggu Semuanya Palsu, Contohnya, “Solat 4 Rakaat Malam Ahad Dapat 1000 Bandar” & “Solat 12 Rakaat Pada Hari Rabu Pahalanya Seperti Amalan Nabi”

CATATAN

[ 00:08:31 ] – NOTA (1)

1) Hadith-hadith yang disebut di sini tidak terdapat di dalam kitab-kitab hadith muktabar. Ianya kebanyakannya terdapat dalam kitab-kitab yang mengumpulkan hadith-hadith maudhu’ (palsu).

2) Wujudnya hadith-hadith ini di dalam kitab karangan Imam al-Ghazali (Ihya Ulumuddin) atau Sheikh Abdul Qadir al-Jilani tidak menaikkan taraf hadith-hadith tersebut kepada sahih.

3) Boleh dikatakan, semua kitab-kitab tasawwuf mengandungi hadith maudhu’!

[ 00:09:42 ] – NOTA (2)

Mengapa tersebarnya hadith-hadith palsu tentang amalan sebegini dalam masyarakat? Perbincangan dan perincian tentang perkara-perkara bi’dah pada masa dahulu amatlah kurang. Ini adalah kerana pengajian hadith (yang membincangkan tentang sunnah dan bid’ah) adalah amat asing dan jika ada pun hanya setakat di permukaan dan tidak mendalam. Ilmu agama tidak ditapis dengan neraca hadith dan kitab-kitab yang bercampur baur isinya diajarkan dalam masyarakat. Ianya diburukkan lagi kerana penyebar-penyebar ilmu kepada masyarakat pada masa itu terdiri daripada orang-orang sufi.

[ 00:11:47 ] – NOTA (3)

Ada kecenderungan dalam masyarakat untuk mengutamakan dan beriltizam dengan amalan-amalan baru yang ditambah dalam agama (bid’ah) berbanding dengan amalan yang diajarkan oleh Nabi s.a.w. Mereka mengadakan tandingan kepada Rasulullah s.a.w. seolah-olah ingin mengatakan bahawa ajaran yang dibawa Rasulullah belum sempurna. Tujuan penyebaran hadith-hadith palsu sebenarnya ialah ingin mematikan amalan sunnah dan menyuburkan amalan bid’ah!

[ 00:13:16 ] – NOTA  (4)

1. Bagaimana berinteraksi dengan kitab-kitab besar karangan pemuka tasawwuf seperti Sheikh Abdul Qadir al-Jilani? Kita mengatakan, kemungkinan kitab-kitab tersebut ditokok tambah oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab dengan memasukkan hadith-hadith dan hikayat-hikayat palsu di dalamnya.

2. Selalu terjadi pertembungan di antara golongan hadith dan golongan sufi kerana perbezaan kaedah menilai dan mengambil ilmu. Kaum sufi nampaknya suka kepada hadith-hadith maudhu’ dan mempercayai apa saja yang terkandung di dalam kitab-kitab mereka. Walhal, boleh dikatakan, di dalam semua kitab-kitab tasawwuf wujud hadith maudhu’!

[ 00:15:42 ] – NOTA  (5)

Ada sesetengah orang menganggap hadith-hadith dhaif boleh diamalkan untuk fadhail. Mereka tidak mampu membezakan antara hadith dhaif dan “dhaif jiddan” (amat dhaif). Hadith “dhaif jiddan” sebenarnya tidak boleh diamalkan dengan harapan mendapat pahala atau apa-apa kebaikan daripadanya.

KESIMPULAN

[ 00:00:43 ] – Pengajian hadith sepatutnya diperluaskan di dalam masyarakat. Ini adalah untuk membendung penyebaran dan amalan yang bercanggah dengan syariat yang terdapat di dalam kitab-kitab yang berlegar dalam masyarakat terutamanya kitab-kitab sufi.

CONTOH-CONTOH HADITH PALSU

1. [ 00:01:11 ] – HADITH PALSU PERTAMA

“Sesiapa yang mengerjakan empat rakaat solat pada malam Sabtu, dalam setiap rakaatnya dia membaca Fatihatul kitab satu kali dan Qul huwallahu Ahad sebanyak 25 kali, Allah akan mengharamkan jasadnya daripada neraka”.

[ 00:02:17 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

Hadith ini adalah hadith maudhu’ (palsu). Perawi-perawinya adalah mereka yang tidak dikenali. Kalaupun ada yang dikenali, riwayat mereka tidak diterima oleh ulama’ hadith.

2. [ 00:02:56 ] – HADITH PALSU KEDUA

“Sesiapa mengerjakan empat rakaat solat pada malam Ahad, ia membaca pada setiap rakaatnya Fatihatul kitab dan 15 kali Qulhuwallahu Ahad, Allah akan memberikan kepadanya pada hari kiamat nanti pahala orang yang membaca al-Quran sebanyak 10 kali dan pahala orang yang beramal dengan kandungan al-Quran. Pada hari kiamat nanti dia akan keluar dari kuburnya dalam keadaan wajahnya seperti bulan pada malam purnama. Allah akan memberi kepadanya dengan setiap rakaat (rakaat yang telah dikerjakannya) seribu bandar dari mutiara. Dalam setiap bandar ada seribu istana dari zabarjad. Dalam setiap istana ada seribu rumah daripada yakut. Dalam setiap rumah ada bilik besar daripada kasturi. Dalam setiap bilik besar itu pula ada seribu katil. Di atas setiap katil ada seorang bidadari. Dan di hadapan setiap bidadari pula ada seribu dayang dan seribu pelayan.” [Hadith ini terdapat dalam kitab-kitab “al-maudhuat” Ibnu al-Jauzi, as-Suyuti dan Ibnu Qayyim dan juga di dalam kitab Ihya Ulumuddin]

[ 00:04:32 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

i. Hadith ini palsu dan di dalamnya ada beberapa orang perawi “majhul” (tidak dikenali).

ii. Ibnu al-Jauzi mengatakan sanadnya “gelap”.

3. [ 00:04:59 ] – HADITH PALSU KETIGA

Sesiapa bersembahyang pada hari Rabu dua belas rakaat ketika matahari sudah naik agak tinggi di mana dia membaca setiap rakaat Fatihatul kitab satu kali, ayat al-Kursi, Qulhuwallahu Ahad (Surah al-Ikhlas) tiga kali dan al-Mu’awwizatain tiga kali nescaya berserulah malaikat di sisi arasy, “Wahai hamba Allah, mulakanlah semula amalanmu, kerana Allah telah mengampunkan dosamu yang lalu. Allah juga mengangkat azab kubur, kesempitan kubur dan kegelapannya daripadamu. Allah juga mengangkat kesukaran-kesukaran pada hari kiamat daripadamu. Dan diangkatkan baginya pada hari itu amalan seseorang nabi”. [Hadith ini terdapat di dalam Ihya Ulumiddin dan kitab karangan Sheikh Abdul Qadir al-Jilani]

[ 00:06:22 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

al-Iraqi (ulama’ yang men”takhrij” kitab Ihya Ulumuddin) mengatakan ianya hadith “murakkab” (hadith yang direka-reka sanadnya).

4. [ 00:07:05 ] – HADITH PALSU KEEMPAT

“Sesiapa mengerjakan dua rakaat solat pada hari Selasa di antara solat Zohor dan Asar di mana dia membaca di dalam rakaat pertamanya Fatihatul kitab (surah al-Fatihah) dan ayat al-Kursi seratus kali, dalam rakaat kedua pula ia membaca Fatihahul kitab dan Qulhuwallah (Surah al-Ikhlas) seratus kali dan berselawat pula kepada Muhammad seratus kali, Allah mengurniakan kepadanya pahala orang yang berpuasa bulan Rajab, Syaaban dan Ramadhan. Ia juga mendapat pahala seperti orang yang mengerjakan haji ke Baitillah. Ditulis juga baginya kebajikan sebanyak bilangan orang yang beriman kepada Allah s.w.t. dan bertawakkal kepada-Nya.” [Hadith ini ada dalam kitab karangan Sheikh Abdul Qadir al-Jilani]

[ 00:08:16 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEEMPAT

al-Iraqi berkata hadith ini mempunyai sanad yang lemah.

VIDEO PENUH ASAL – https://youtu.be/bQo7nbGgTiw

[Hadith Palsu] Hadith kelebihan memotong kuku pada hari tertentu, dan hadith cara dan tertib memotong kuku semuanya palsu, contohnya, “Sesiapa yang tak mahu papa, sakit mata & gila, hendaklah potong kuku pada hari Khamis”

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 14m 38s] – [HADIS PALSU] – Sesiapa yang tak mahu papa, sakit mata & gila, hendaklah potong kuku pada hari Khamis

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/3m42K_Tw7aA ]

[Hadith Palsu] Hadith kelebihan memotong kuku pada hari tertentu, dan hadith cara dan tertib memotong kuku semuanya palsu, contohnya, “Sesiapa yang tak mahu papa, sakit mata & gila, hendaklah potong kuku pada hari Khamis”

CATATAN

1. [ 00:01:05 ] – Kelebihan dan fadilat yang tidak sahih ini banyak tersebar di dalam kitab-kitab lama yang masih beredar di dalam masyarakat dan diajar di pondok-pondok. Kita sepatutnya berusaha untuk membenterasnya dan membendung dari terus digunakan sebagai rujukan dalam masyarakat.

2. [ 00:01:39 ] – Kaedah yang mudah iaitu apa-apa kelebihan atau ancaman tentang cara atau masa potong kuku semuanya palsu dan mengarut.

3. [ 00:03:21 ] – Kita perlu berhati-hati kerana kaifiat dan fadhilat tertentu tentang cara dan masa memotong kuku ini pun terdapat di dalam kitab-kitab besar seperti “Ihya’ Ulumuddin”. Menariknya, kitab-kitab ini menceritakan kaifiat dan fadilat atau ancaman yang berbeza-beza di antara satu sama lain.

[ 00:13:38 ] – Adanya ketentuan hari dan kaifiat tertentu memotong kuku di dalam beberapa kitab seperti “Ihya’ Ulumuddin” adalah merupakan pendapat peribadi pengarangnya dan ianya bukan dari sunnah Nabi s.a.w.

CONTOH-CONTOH HADITH PALSU

1. [ 00:02:04 ] – HADITH PALSU PERTAMA

“Sesiapa yang mahu aman (selamat) dari kepapaan, sakit mata. penyakit sopak dan gila, dia hendaklah memotong kukunya pada hari Khamis selepas Asar dan dia hendaklah memulakan memotong kuku jari kelingking tangan kirinya” [Terdapat di dalam kitab-kitab yang mengumpulkan hadith-hadith dhaif seperti kitab “al-Firdaus” tulisan ad-Dailami, kitab tulisan Ibnu Iraq al-Kinani dan as-Shakawi]

[ 00:04:52 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

i. al-Baihaqi berkata, Imam Ahmad berkata ada perawi (Ibrahim bin Khudamah) dalam hadith ini seorang yang ‘majhul’ (yang tidak dikenali).

ii. Az-Zahabi berkata, hadith ini “munkar”.

iii. Hafiz Ibnu Hajar berkata, tiada satupun hadith yang sahih dari Nabi s.a.w. tentang penentuan hari tertentu dan kaifiat (cara) memotong kuku.

[ 00:04:08 ] – “HADITH” PALSU YANG HAMPIR SAMA MAKSUDNYA

“Wahai Ali, potong kuku, cabut bulu ketiak dan cukur bulu ari-ari pada hari Khamis, mandi wajib, pakai wangi-wangian dan pakai pakaian baharu pada hari Jumaat”

2. [ 00:06:02 ] – HADITH PALSU KEDUA

“Sesiapa yang memotong kukunya pada hari Sabtu akan keluar daripadanya penyakit dan akan masuk ke dalamnya penawar. Pada hari Ahad akan keluar daripadanya kepapaan dan dia akan dimasuki kekayaan. Pada hari Isnin akan keluar daripadanya kegilaan dan dia akan dimasuki kesihatan. Pada hari Selasa akan keluar daripadanya penyakit dan dia akan dimasuki penawar. Pada hari Rabu akan keluar daripadanya was-was dan ketakutan dan dia akan dimasuki keamanan dan penawar. Pada hari Khamis akan keluar daripadanya penyakit kusta dan dia akan dimasuki afiat dan pada hari Jumaat pula dia akan dimasuki rahmat dan dosa-dosa akan keluar daripadanya.”

[ 00:07:52 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

i. Ibnu Jauzi mengatakan hadith ini adalah hadith maudhu’ yang paling teruk dan dahsyat.

ii. Imam-imam hadith dan rijal seperti Imam Muslim, Abu Hatim, an-Nasaei dan ad-Daruqutni mengatakan perawi-perawinya terdiri dari pereka hadith dan majhul (tidak dikenali). Imam al-Bukhari dan Imam Ahmad mengatakan perawinya adalah ‘munkarul hadith’.

3. [ 00:08:39 ] – HADITH PALSU KETIGA

“Sesiapa memotong kukunya pada hari Jumaat sebelum solat, Allah akan mengeluarkan daripadanya segala penyakit dan memasukkan sebagai gantinya penawar dan rahmat.”

[ 00:10:07 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

i. Tiada kelebihan apa-apa memotong kuku pada hari Jumaat atau lain-lain hari.

ii. Perawi dalam hadith ini, Talhah ialah perawi ‘matruk’ yang dituduh mereka hadith.

[ 00:09:28 ] – “HADITH” PALSU YANG HAMPIR SAMA MAKSUDNYA

“Sesiapa memotong kukunya pada hari Jumaat dia akan terpelihara daripada keburukan sehingga hari Jumaat berikutnya”. Hadith ini diriwayatkan secara bersendirian (tafarrud) oleh Ahmad bin Thabit Farhawaih ar-Razi, seorang pendusta besar.

VIDEO PENUH ASAL – https://youtu.be/QSn6aoUhelQ

[Hadith Palsu] Hadith Yang Melarang Memakai Pewarna Hitam Untuk Rambut dsb Semuanya Palsu, Contohnya, “Warnakan Rambut Hitam Tidak Cium Bau Syurga”

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 16m 21s] – [HADIS PALSU] – Warnakan Rambut Hitam Tak Cium Bau Syurga?

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/sqbh30R0czg ]

[Hadith Palsu] Hadith Yang Melarang Memakai Pewarna Hitam Untuk Rambut dsb Semuanya Palsu, Contohnya, “Warnakan Rambut Hitam Tidak Cium Bau Syurga”

[ 00:15:30 ] – NOTA

1. Sahabat-sahabat Nabi s.a.w. berkhidab dengan khidab berwarna hitam. Ini ada sebesar-besar bukti bahawa ianya tidak tercela malah ianya adalah sunnah.

2. Ibnu Jauzi menulis sebuah kitab tentang harusnya berkhidab dengan khidab berwarna hitam dan beliau sendiri mengamalkannya.

CONTOH-CONTOH HADITH PALSU 

  1. [ 00:02:49 ] – HADITH PALSU PERTAMA

“Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak akan memandang pada hari kiamat nanti kepada orang yang berkhidab dengan khidab berwarna hitam” [Hadith ini terdapat dalam kitab Tabaqat al-Kubra (Ibnu Saad) dan kitab Jam’ul Jawami’ (as-Suyuti)]

[ 00:03:33 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

Perawi-perawi hadith ini adalah dhaif dan hadith ini adalah mursal (terputus sanadnya). Hadith sebegini tidak boeh dijadikan sandaran dalam perkara-perkara berkaitan aqidah.

2. [ 00:04:24 ] – HADITH PALSU KEDUA

Rasulullah s.a.w. kononnya bersabda, “Sesiapa berkhidab (memakai pewarna) dengan khidab hitam Allah akan menghitamkan wajahnya di hari kiamat nanti” [Hadith ini terdapat di dalam kitab-kitab yang mengumpulkan hadith maudhu’ tulisan Ibnu Abi Hatim, Ibnu ‘Adi Dan Ibn Shahin]

[ 00:05:08 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

Hafidz Ibnu Hajar berkata perawi-perawi hadith ini lemah. Abu Hatim berkata hadith ini maudhu’ (palsu).

3. [ 00:05:49 ] – HADITH PALSU KETIGA

Ibnu Abbas meriwayatkan, kononnya, Nabi bersabda, “Akan ada satu golongan di akhir zaman mereka akan berkhidab dengan pewarna hitam seperti tembolok-tembolok burung merpati. Mereka tidak akan mendapat bau syurga”. [Riwayat ini ada dalam kitab-kitab utama hadith seperti Musnad Imam Ahmad, Sunan Abi Daud dan Sunan an-Nasaei]

[ 00:07:09 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

i) Hadith ini agak kuat kerana ianya ada dalam kitab-kitab hadith yang utama walaupun tiada dalam kitab setinggi Sahih al-Bukhari dan Muslim. Ada ulama’ yang menerima hadith ini sebagai sahih dan mengharamkan penggunaan khidab berwarna hitam.

ii) Tetapi apabila diteliti, kalau diandaikan hadith ini sahih, hadith ini sebenarnya menceritakan tentang keadaan satu golongan yang sesat di akhir zaman yang dikenali dengan identiti mereka yang berkhidab hitam. Ianya tidak menunjukkan bahawa berkhidab hitam itu sendiri tercela, tetapi semata-mata hanya sebagai tanda pengenalan golongan sesat tersebut.

iii) Bukti bahawa berkhidab hitam tidak tercela ialah ramainya Sahabat-sahabat Nabi yang berkhidab hitam dan ianya diterima baik pada zaman mereka.

4. [ 00:14:32 ] – HADITH PALSU KEEMPAT

Ibnu Umar meriwayatkan, katanya, Rasulullah s.aw. bersabda, “Kuning adalah khidab orang mukmin, merah adalah khidab orang muslim dan hitam adalah khidab orang kafir”. [Riwayat ini terdapat di dalam Mu’jam al Kabir at-Tabrani dan Mustadrak al-Hakim]

[ 00:15:13 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEEMPAT

Az-Zahabi, al-Iraqi dan Abu Hatim mengatakan hadith ini mungkar.

VIDEO PENUH ASAL – https://youtu.be/tL8G7L_rtdI

[Hadith Palsu] Hadith Tentang Kelebihan Ber”khidhab” (Memakai Inai Atau Pewarna Rambut, Janggut Dan Misai) Semuanya Palsu, Contohnya, “Elak Soalan Munkar Nakir Dengan Ber”khidab” (Memakai Inai)!”

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 11m 37s] – [HADIS PALSU] – Elak Soalan Munkar Nakir Dengan Ber”khidab” (Memakai Inai)!

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/s8PZynR7P74 ]

[Hadith Palsu] Hadith Tentang Kelebihan Ber”khidhab” (Memakai Inai Atau Pewarna Rambut, Janggut Dan Misai) Semuanya Palsu, Contohnya, “Elak Soalan Munkar Nakir Dengan Ber”khidab” (Memakai Inai)!”

[ 00:01:22 ] – NOTA

Kita boleh mengatakan bahawa ber”khidab” adalah sunnah Nabi s.a.w. Tetapi apa yang dipertikaikan ialah adanya kelebihan-kelebihan yang kononnya diberitahu oleh Nabi.

Hadith-hadith ini boleh membahayakan akidah umat Islam kerana boleh menjerumuskan mereka dalam perkara-perkara tahyul dan khurafat.

CONTOH-CONTOH HADITH PALSU 

1. [ 00:02:10 ] – HADITH PALSU PERTAMA

“Ber”khidab”lah (pakailah pewarna rambut, janggut dan misai) kerana Allah, malaikat, para nabi dan para rasul-Nya serta setiap yang melata di muka bumi termasuk juga ikan-ikan di lautan dan burung-burung di sarang-sarangnya terus menerus berselawat (mendoakan kebaikan) kepada orang yang memakai pewarna rambut sehinggalah tanggal pewarnanya”.

[Hadith ini terdapat di dalam kitab Tarikh Baghdad karangan al-Khatib al-Baghadi. Perlu berhati-hati bila memetik riwayat dari kitab ini kerana ada banyak hadith dan riwayat yang dipertikaikan kesahihannya]

[ 00:03:37 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

i) as-Syaukani mengatakan hadith ini maudhu’ (palsu).

ii) Kelebihan-kelebihan yang dinyatakan di dalam hadith ini tidak disebut di dalam mana-mana hadith sahih. Ini ada petanda bahawa hadith ini dhaif atau maudhu’.

2. [ 00:04:41 ] – HADITH PALSU KEDUA

“Satu dirham dibelanjakan di jalan Allah digandakan pahalanya sebanyak 700 kali ganda dan satu dirham dibelanjakan untuk ber”khidab” (mewarnakan rambut, janggut atau misai) digandakan pahalanya sebanyak 7000 kali ganda.” [Hadith ini terdapat di dalam kitab-kitab khas yang mengumpulkan hadith-hadith maudhu’ (maudhuat)]

[ 00:06:01 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

i. as-Syaukani mengatakan hadith ini maudhu’ (palsu).

ii. “Hadith” ini mungkin menyebabkan orang lebih mementingkan berbelanja untuk menghias diri berbanding menyumbang untuk fi sabilillah kerana ianya menjanjikan pahala yang lebih besar. Hakikatnya, ianya bercanggah dengan al-Quran dan hadith.

3. [ 00:08:32 ] – HADITH PALSU KETIGA

“Orang yang mati dalam keadaan ber”khidab” (memakai pewarna rambut, janggut atau misainya) tidak akan masuk kuburnya melainkan malaikat munkar dan nakir tidak akan menyoalnya”

[Hadith ini terdapat di dalam kitab-kitab yang mengumpulkan hadith-hadith maudhu’ karangan as-Syaukani, Ibnu al-Jauzi dan as-Suyuti]

[ 00:09:47 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

i. as-Syaukani, Ibnu al-Jauzi dan as-Suyuti mempertikaikan kesahihan hadith ini.

ii. Adalah tidak masuk akal, seseorang boleh terlepas dari soalan dalam kubur kerana sebab yang remeh.

iii. Hadith ini melibatkan akidah kerana menuduh malaikat bodoh dan tidak amanah dalam menjalankan tugas mereka.

VIDEO PENUH ASAL – https://youtu.be/tL8G7L_rtdI

[Hadith Palsu] Hadith Kelebihan Inai Dan Kelebihan Mewarnai Rambut Dengannya Adalah Palsu, Contohnya, “Inai Penghulu Wangian” & “Mencegah Soalan Dari Munkar Nakir”

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 12m 28s] – [HADIS PALSU] – Inai Penghulu Wangian & Mencegah Soalan Dari Munkar Nakir

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/SpkDJ5y6UMU ]

[Hadith Palsu] Hadith Kelebihan Inai Dan Kelebihan Mewarnai Rambut Dengannya Adalah Palsu, Contohnya, Inai Penghulu Wangian & Mencegah Soalan Dari Munkar Nakir

NOTA

[ 00:00:51 ] – Adalah benar Nabi s.a.w. memakai inai dan menyuruh Sahabat-Sahabat Baginda memakainya. Tetapi apa yang ditekankan ialah Nabi s.a.w. tidak pernah menyatakan apa-apa kelebihan inai sama ada dalam urusan dunia atau urusan akhirat.

CONTOH-CONTOH HADITH PALSU 

  1. 00:01:55 ] – HADITH PALSU PERTAMA

“Inai adalah sunnah Allah dan sunnah Rasul-Nya. Inai bertasbih kepada lelaki dewasa, wanita dan kanak-kanak. Dua rakaat solat yang dikerjakan dengan memakai inai menyamai 24 rakaat. Apabila seseorang dihulurkan (dimasukkan) ke dalam kuburnya, masuklah malaikat Munkar dan Nakir kepadanya. Maka berkatalah yang seorang daripada mereka kepada yang seorang lagi, “Bagaimana aku akan menyoalnya sedangkan ada padanya hujah Islam (iaitu pewarna rambut, janggut).”

[ 00:03:58 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

i. Apakah yang dimaksudkan dengan “Sunnah Allah” dalam hadith ini? Yang kita tahu ialah “Sunnah Nabi”!

ii. Mengapa inai disebutkan secara khusus bertasbih kepada Allah, apakah keistimewaannya?

iii. Dua rakaat solat ganjarannya bersamaan dengan 24 rakaat jika memakai inai…ganjaran yang amat besar untuk amalan yang kecil.

iv. Malaikat Munkar dan Nakir tidak menyoal orang yang memakai inai. Amalan ini menambah senarai di mana malaikat tidak menyoal ahli kubur sebagaimana hadith-hadith palsu yang lain seperti membaca talkin dan menunggu kubur. Ini memberi peluang kepada ahli kubur supaya terlepas dari soalan-soalan malaikat sehingga hari kiamat!

2. [ 00:06:35 ] – HADITH PALSU KEDUA

“Hendaklah kamu memakai inai kerana ia mencantikkan rambutmu, menyucikan hati-hatimu dan menambahkan kekuatan ketika bersetubuh. Ia juga merupakan saksi dalam kubur”

[ 00:08:01 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

i) Hadith ini palsu kerana di dalam sanadnya terdapat pereka hadith dan perawi yang sangat lemah.

ii) Dakwaan dengan memakai inai akan mengelokkan kulit (rambut), menguatkan persetubuhan, membersihkan hati dan menjadi saksi dalam kubur adalah palsu dan tidak disokong oleh mana-mana hadith sahih dan al-Quran.

3. [ 00:10:00 ] – HADITH PALSU KETIGA

“Tutuplah ubanmu dengan inai. Ia lebih menyerikan wajahmu, lebih mewangikan mulut-mulutmu dan lebih menguatkan persetubuhan. Inai ialah penghulu wangi-wangian ahli syurga. Inai memisahkan apa yang terdapat di antara kekufuran dan keimanan”.

[ 00:10:57 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

i. Menutup uban dengan inai akan menyerikan wajah seseorang; dakwaan ini mungkin benar.

ii.Inai akan mewangikan mulut; dakwaan ini bercanggah dengan fakta.

iii. Inai menguatkan persetubuhan; dakwaan ini tidak terbukti benarnya.

iv. Inai adalah penghulu wangian ahli syurga; dakwaan ini tidak benar.

5. Inai adalah pemisah di antara kekufuran dan keimanan; dakwaan ini mungkin benar di zaman Nabi kerana ahli kitab tidak memakai inai, tetapi ianya terhad kepada ahli kitab sahaja, orang-orang kafir yang lain ada juga memakai inai.

VIDEO PENUH ASAL – https://youtu.be/haX0DsRPd6U

[Hadith Palsu] Hadith Kelebihan Membela Burung Merpati Atau Ayam Jantan Berwarna Putih, Semuanya Palsu, Contoh Hadith, “Burung Merpati Perdayakan Jin” & “Ayam Jantan Putih Kawan Nabi s.a.w.”

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 10m 35s] –[HADIS PALSU] – Burung Merpati Perdayakan Jin & Ayam Jantan Putih Kawan Nabi s.a.w.

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/HcLxiLI-ZlM ]

[Hadith Palsu] Hadith Kelebihan Membela Burung Merpati Atau Ayam Jantan Berwarna Putih Semuanya Palsu

CONTOH-CONTOH HADITH PALSU 

1. [ 00:04:53 ] – HADITH PALSU PERTAMA

“Peliharalah merpati ‘maqasis’ (suka berkokok) di rumah-rumahmu kerana ia melalaikan jin daripada mengganggu anak-anakmu”

[ 00:06:02 ] – PERINGATAN

Sekiranya didapati perkara ini benar-benar terjadi (iaitu, jin tidak mengganggu anak-anak), maka kemungkinan inilah syarat yang jin atau syaitan tetapkan (iaitu, memelihara merpati putih) demi untuk memperdaya manusia supaya mematuhi dan mempercayai mereka. Perkara ini boleh membahayakan akidah seseorang muslim.

[ 00:07:06 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

Ibnu al-Jauzi, Imam Ahmad, Yahya bin Ma’in dan Ibnu Hibban menghukumkan “hadith” ini maudhu’ (palsu). Perawi hadith ini, Muhammad bin Ziad, adalah pereka hadith dan pendusta besar.

2. [ 00:07:36 ] – HADITH PALSU KEDUA

“Ayam jantan putih adalah kawanku dan kawan kepada kawanku dan juga musuh kepada musuhku”

[ 00:08:00 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

Semua hadith yang berkaitan ayam atau merpati putih adalah palsu; tidak perlu kita mengkaji lebih lanjut.

3. [ 00:08:14 ] – HADITH PALSU KETIGA

“Ayam jantan putih adalah kawanku dan kawan bagi kawanku. Ia menjaga rumah tuannya dan sembilan rumah yang lain di sekelilingnya. Rasulullah s.a.w. selalu membawanya pada waktu malam di dalam rumah”

[ 00:09:04 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

Tokoh-tokoh ulama’ hadith sepakat mengatakan tiada hadith sahih tentang ayam putih. “Hadith-hadith” yang dikemukakan adalah amat dangkal dan tidak munasabah dan tidak mungkin datang dari Nabi s.a.w.

CATATAN  

1. [ 00:00:38 ] – Merpati putih adalah amat rapat di hati masyarakat dunia Arab, India dan Pakistan. Di antara sebab munculnya hadith-hadith palsu tentang merpati putih ialah ianya direka untuk mengampu raja-raja yang berhibur dengan burung-burung merpati.

2. [ 00:01:51 ] – Hanya ada satu hadith sahih berkaitan ayam iaitu, “Apabila kamu mendengar kokok ayam engkau mohonlah kepada Allah limpah kurnia-Nya kerana sesungguhnya ia nampak malaikat. Dan apabila kamu mendengar rengkekan keldai, maka mohonlah perlindungan kepada Allah kerana sesungguhnya ia nampak syaitan”. [NOTA – Hadith ini tidak bermaksud adanya apa-apa keistimewaan pada ayam atau keldai, tetapi sekadar menceritakan haiwan-haiwan ini ada kemampuan melihat malaikat atau syaitan dan mengingatkan kita supaya berdoa memohon limpah kurnia Allah atau meminta perlindungan dari gangguan syaitan]

VIDEO PENUH ASAL – https://youtu.be/U8sU-V0EZxo

[Hadith Palsu] Hadith Kelebihan Permata Tertentu Seperti Akik, Zamrud dll Atau Kegunaan, Faedah, Manfaat Dan Khasiatnya Semuanya Palsu, Contohnya, Permata Zamrud Dan Delima Cegah Kepapaan & Permata Akik Cincin Ahli Syurga

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 14m 25s] – [HADIS PALSU] – Permata Zamrud Dan Delima Cegah Kepapaan & Permata Akik Cincin Ahli Syurga

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/IvCIJDjrOVQ ]

[Hadith Palsu] Hadith Kelebihan Permata Tertentu Seperti Akik, Zamrud dll Atau Kegunaan, Faedah, Manfaat Dan Khasiatnya Semuanya Palsu, Contohnya, Permata Zamrud Dan Delima Cegah Kepapaan & Permata Akik Cincin Ahli Syurga

CONTOH-CONTOH HADITH PALSU 

1. [ 00:02:19 ] – HADITH PALSU PERTAMA

“Pakailah cincin dengan permata zabarjad, kerana ia mudah, tiada sebarang kesukaran padanya”.

[ 00:02:40 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

i. Hafidz Ibnu Hajar dan tokoh-tokoh hadith yang lain seperti Ibnu al-Jauzi dan al-Uqaili mengatakan ianya hadith maudhu’.

ii. Maksud dari hadith ini tidak begitu jelas dan agak dangkal; tidak sesuai ianya adalah dari percakapan Nabi s.a.w.

2. [ 00:04:31 ] – HADITH PALSU KEDUA

“Pakailah cincin dengan permata zamrud, kerana ianya menjauhkan kepapaan” .

[ 00:04:59 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

i. Al-Uqaili dan as-Sakhawi berkata tiada satupun hadith sahih berhubung permata akik atau zamrud atau lain-lain permata.

ii. Realiti sebenar dalam kehidupan tidak menyokong petua yang mengatakan orang yang memakai cincin zamrud terhindar dari kepapaan. Kepercayaan karut ini dibimbangi akan membawa kepada tahyul dan khurafat.

3. [ 00:06:25 ] – HADITH PALSU KETIGA

“Sesiapa yang memakai cincin bertatahkan permata delima, Allah akan menghilangkan kepapaan daripadanya”.

4. [ 00:06:47 ] – HADITH PALSU KEEMPAT

“Kebanyakan permata yang dipakai oleh ahli syurga ialah akik”.

[ 00:07:05 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEEMPAT

Sahl Bin Abdillah az-Zahid, perawi hadith ini, adalah seorang pendusta besar yang selalu mereka hadith.

[ 00:01:20 ] – NOTA – Nabi s.a.w tidak pernah menggalakkan Sahabat-sahabatnya memakai permata-permata tertentu.

[ 00:07:37 ] – PERINGATAN

Batu atau permata tertentu diciptakan Allah mungkin ada manfaatnya kepada manusia. Kita boleh mengambil manfaat daripadanya tetapi janganlah mengatakan manfaat tersebut adalah dari sabda Nabi s.a.w. Kita perlu faham bahawa batu atau permata itu sendiri tidak dapat memberi manfaat atau mudarat walaupun sedikit. Mudarat yang kononnya datang dari batu-batu berhala ialah angkara jin-jin yang berdampingan dengan batu tersebut.

[ 00:09:49 ] – RENUNGAN SEJENAK

1. Hadith-hadith palsu ini sama ada direka oleh pedagang-pendagang yang ingin melariskan jualan mereka atau pun puak-puak zindiq yang ingin mencemarkan Islam.

2. Kita perlu mengetahui tentang hadith palsu untuk mengenal hadith-hadith sahih.

3. Hakikat bahawa hadith-hadith palsu ini sentiasa dibersihkan dari masyarakat Islam membuktikan agama Islam itu agama Allah yang dijamin terjaga sehingga akhir zaman.

[ 00:12:40 ] – EPILOG 1

Dalam Islam keberkatan diperolehi melalui amal soleh dan ketaatan kepada Allah dan bukannya dengan memakai cincin atau permata tertentu.

[ 00:13:15 ] – EPILOG 2 

Kepercayaan bahawa permata mempunyai kelebihan, faedah, manfaat dan khasiat tertentu boleh membawa manusia kepada pemujaan dan penyembahan berhala-berhala.

[ 00:13:46 ] – SELINGAN (MAKLUMAT TAMBAHAN) – KITAB-KITAB TERBAIK SEBAGAI RUJUKAN UNTUK MENGETAHUI HADITH PALSU

1. “Silsilah al-Ahadith al-Dhaifah” karangan Sheikh al-Albani. Ianya mengandungi penerangan yang terperinci tentang setiap hadith palsu di dalam kitabnya.

2. “Al-Maudhu’at” karangan Ibnu al-Jauzi kerana mengemukakan sanad-sanad yang hampir lengkap untuk hadith maudhu’ yang dikemukakan.

VIDEO PENUH ASAL – https://youtu.be/U8sU-V0EZxo

[Hadith Palsu] Hadith-Hadith Tentang Kelebihan Garam Dan Kelebihan Memakannya Sebelum Atau Selepas Memakan Makanan Utama Yang Lain Semuanya Palsu

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 14m 56s] –[HADIS PALSU] – Garam Penghulu Makanan & Penyembuh Penyakit Kronik

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/c1SuhDqiqII  ]

[Hadith Palsu] Hadith-Hadith Tentang Kelebihan Garam Dan Kelebihan Memakannya Sebelum Atau Selepas Memakan Makanan Utama Yang Lain Semuanya Palsu

PENJELASAN

00:00:51 – Dalam masyarakat dahulu banyak petua, kepercayaan dan pantang larang tentang garam. Ada amalan yang berpunca dari “hadith” yang palsu seperti garam sebagai lauk yang utama dan memakan garam sebelum atau selepas makan. Banyak juga pantang larang ini (contohnya, larangan urusan jual beli garam di waktu malam) yang merugikan kita.

CONTOH-CONTOH HADITH PALSU 

1. [ 00:01:50 ] – HADITH PALSU PERTAMA

“Jangan lupa garam, kerana sesungguhnya ia adalah penawar bagi 70 penyakit”. [“Hadith” ini terdapat dalam kitab Musnad al-Firdaus karangan ad-Dailami dan juga kitab-kitab hadith palsu (maudhu’at) Ibnu Jauzi dan lain-lain]

[ 00:02:38 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

i. Tidak terbukti di segi perubatan garam adalah penyembuh kepada 70 jenis penyakit. Sebaliknya garam adalah berbahaya untuk penyakit tertentu seperti penyakit tekanan darah tinggi.

ii. Versi lengkap hadith ini berbunyi, “Wahai Ali! Jangan lupa garam kerana sesungguhnya ianya adalah penawar bagi 70 penyakit; kusta, sopak dan gila”. 

iii. Perawi hadith ini ialah Abdullah Bin Ahmad Bin Amir, seorang pendusta besar.

2. [ 00:04:40 ] – HADITH PALSU KEDUA

Aisyah r.ha. kononnya meriwayatkan Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesiapa makan garam sebelum dan selepas memakan makanan (utama) bererti dia telah aman (selamat) daripada 360 penyakit. Yang paling ringan daripadanya ialah kusta dan sopak”. [“Hadith” ini terdapat di dalam kitab Musnad al-Firdaus]

[ 00:05:32 – HADITH PALSU YANG DIJADIKAN SEBAGAI PENGUAT (SYAHID)

“Mulakanlah memakan makananmu dengan garam. Demi tuhan yang nyawaku berada di tangannya, sesungguhnya ia menolak 73 bala atau, Baginda bersabda, 73 penyakit”.

[ 00:06:36 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

i. Hadith ini menunjukkan cara memakan garam yang boleh menyembuhkan penyakit. Hadith utama menyebut dapat menyembuhkan 360 jenis penyakit manakala hadith penguat menyebut 73 jenis penyakit. Memang begitulah tabiat hadith palsu, ianya sentiasa berkembang dan berubah-ubah. i

Ii. Hadith ini mendakwa garam dapat menyembuhkan penyakit-penyakit kronik, yang semuanya adalah palsu! iii. Hadith-hadith palsu ini terdapat di dalam kitab-kitab terpencil, kitab hadith “maudhuat” dan kitab-kitab tasawwuf seperti Ihya Ulumuddin.

3. [ 00:09:09 ] – HADITH PALSU KETIGA

Anas kononnya telah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda, “Penghulu lauk kamu ialah garam”. [“Hadith” ini terdapat dalam kitab-kitab yang agak masyhur seperti Sunan Ibni Majah, Syu’abul Iman (al-Baihaqi), Musnad Abi Ya’la dan lain-lain]

[ 00:09:52 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

Perawi-perawi hadith ini sama ada dhaif (matruk) ataupun tidak dikenali (majhul).

[ 00:10:21 ] – HADITH PALSU YANG MEMBINCANGKAN TOPIK YANG SAMA

i. “Penghulu lauk di dunia dan di akhirat ialah daging. Penghulu minuman di dunia dan di akhirat ialah air. Dan penghulu wangi-wangian di dunia dan di akhirat ialah bunga inai”

ii. “Sebaik-baik lauk ialah daging, ia adalah penghulu lauk”

iii. RUMUSAN – Tiada satupun hadith yang sahih berkenaan garam atau daging sebagai penghulu lauk.

VIDEO PENUH ASAL – https://youtu.be/U8sU-V0EZxo

[Hadith Palsu] Hadith-Hadith Tentang Kelebihan Dan Keburukan Sayur-Sayur Tertentu Semuanya Palsu Kecuali Hadith Tentang Kelebihan Cendawan

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 13m 14s] – [HADIS PALSU] – Hadith Palsu Kebaikan Dan Keburukan Sayur

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/PfjiMssf0Oc ]

[Hadith Palsu] Hadith-Hadith Tentang Kelebihan Dan Keburukan Sayur-Sayur Tertentu Semuanya Palsu Kecuali Hadith Tentang Kelebihan Cendawan

HADITH SAHIH TENTANG CENDAWAN

[ 00:01:00 ] – “Cendawan itu sebahagian dari al-Mann, airnya adalah penawar bagi mata”

PENJELASAN

00:01:26 ] – Tidak dinafikan sayur mempunyai banyak khasiat tetapi yang ditekankan ialah Nabi s.aw. TIDAK PERNAH menyatakan kelebihan sayur tertentu (kecuali cendawan). Untuk perkara duniawi seperti ini kita boleh dapatkan maklumat dari sesiapa saja dan tidak perlu bergantung dengan sabda Nabi s.a.w.

HADITH-HADITH PALSU TENTANG KELEBIHAN SAYUR-SAYUR

1. [ 00:04:34 ] – HADITH PALSU PERTAMA

“Tiada sehelaipun daun cikuri melainkan di atasnya ada setitis air syurga”. (“Hadith” ini terdapat di dalam kitab al-Mu’jam al-Kabir karangan at-Tabarani dan at-Thibbun Nabawi karya Abu Nua’im).

[ 00:07:00 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

Perawi hadith dari kitab at-Tabarani tadi adalah Syiah. Adalah maklum bahawa golongan Syiah terkenal sebagai pereka hadith.

2. [ 00:08:09 ] – HADITH PALSU KEDUA

“Kelebihan daun bawang daripada sekelian sayur-sayuran lain adalah seperti kelebihan gandum daripada sekelian bijirin yang lain”. (“Hadith” ini berkemungkinan direka oleh puak-puak zindiq Mesir).

[ 00:09:16 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

As-Syaukani dan al-Jauzi mengatakan hadith ini maudhu’ (palsu). Ada satu lagi versi hadith ini yang memasukkan kemudaratan memakan daging.

3. [ 00:10:34 ] – HADITH PALSU KETIGA

“Sayur yang paling buruk ialah selada air. Sesiapa yang memakannya pada waktu malam dia akan bermalam dalam keadaan nafasnya mengganggunya. Urat penyakit kusta juga akan memukul di dalam hidungnya. Oleh itu makanlah selada air pada waktu siang, jangan makan pada waktu malam”. [“Hadith” ini terdapat di dalam kitab-kitab hadith maudhu’ (maudhu’at)]

KOMENTAR

“Hendaklah ada dalam hidangan-hidanganmu sayur-sayuran kerana ia menghalau syaitan”.

4. [ 00:11:36 ] – HADITH PALSU KEEMPAT

“Hendaklah ada dalam hidangan-hidanganmu sayur-sayuran kerana ia menghalau syaitan”.

[ 00:12:19 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEEMPAT

Ibnu Jauzi mengatakan hadith ini tiada asalnya. Ibnu HIbban mengatakan perawinya meriwayatkan hadith-hadith maudhu’ dan mengaitkannya dengan perawi-perawi thiqah.

PERINGATAN

[ 00:04:01 ] – Berhati-hati dengan kitab-kitab “ath-Thibb Nabawi” (Kitab Perubatan Nabi) karangan ulama’-ulama’ kita kerana terdapat hadith-hadith yang diragukan kesahihannya dimasukkan ke dalam kitab-kitab tersebut.

“Hadith-hadith” tentang kelebihan atau keburukan sayur ini banyak bertebaran dan kita boleh katakan semuanya palsu.

VIDEO PENUH ASAL – https://youtu.be/U8sU-V0EZxo