[Hadith Palsu] Hadith yang menyebutkan kelebihan orang-orang yang berwajah cantik, pujian Nabi terhadap mereka, perintah Baginda supaya memandang mereka atau mereka tidak akan disentuh api neraka adalah palsu dan tidak berasas sama sekali, Contohnya, “Memandang wajah yang cantik adalah satu ibadat!”

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 13m 47s] – [HADIS PALSU] – Memandang wajah yang cantik adalah satu ibadat!

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/-5nqNHnprZ0&nbsp ]

                                             CONTOH HADITH MAUDHU’ (PALSU)

[Hadith Palsu] Hadith yang menyebutkan kelebihan orang-orang yang berwajah cantik, pujian Nabi terhadap mereka, perintah Baginda supaya memandang mereka atau mereka tidak akan disentuh api neraka adalah palsu dan tidak berasas sama sekali, Contohnya, “Memandang wajah yang cantik adalah satu ibadat!”

1. 00:01:06 – HADITH PALSU PERTAMA

“Orang yang dikurniakan Allah s.w.t. wajah yang cantik dan nama yang bagus, serta diletakkan pula pada tempat yang tidak mengaibkannya, bererti dia adalah salah seorang pilihan Allah di kalangan makhluk-Nya”. [Nota: Hadith ini terdapat di dalam kitab-kitab yang mengumpulkan hadith-hadith maudhu’ dan juga beberapa buah kitab hadith besar. Wujudnya dalam kitab-kitab karangan ulama’ muktabar adalah sekadar untuk menyatakan kewujudan hadith tersebut dan seringkali untuk dinilai dan dikomentar oleh pengarangnya]

00:03:18 – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

i. Ibnu al-Jauzi mengatakan hadith ini tidak sahih.

ii. Menurut ajaran Islam terpilihnya seseorang di sisi Allah hanya berdasarkan perbuatan yang memang berada di dalam batas ikhtiarnya, bukan faktor-faktor di luar kawalannya seperti rupa paras yang cantik dsb.

2. 00:04:38 – HADITH PALSU KEDUA

“Memandang wajah yang cantik adalah satu ibadat”

00:04:56 – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

i. Ibnu Taimiyah mengatakan ianya hadith maudhu’.

ii. Salah satu kriteria hadith dhaif atau madhu’ ialah kabur maksudnya.

iii. Hadith ini seolah-olah menggalakan umat Islam melakukan maksiat dan tidak mungkin keluar dari mulut Rasulullah s.a.w.

iv. Terdapat beberapa hadith palsu yang senada dengan hadith ini, antaranya, “Melihat (memandang) wajah Ali adalah ibadat”, “Melihat perempuan yang cantik dan warna hijau menambahkan kecerahan mata”. Hadith-hadtih sebegini yang disalah guna oleh pengamal-pengamal ajaran sesat.

3. 00:08:08 – HADITH PALSU KETIGA

“Carilah kebaikan pada orang-orang yang cantik wajahnya”

00:08:18 – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

i. Walaupun di dalam hadith ini ramai Sahabat Nabi s.a.w. yang dikatakan meriwayatkannya, hakikat sebenarnya, Sahabat-sahabat ini tidak tahu menahu pun tentang hadith ini tetapi pereka hadith telah berbohong dengan mengaitkannya dengan Sahabat.

ii. Hadith ini bercanggah dengan kenyataan, di mana kebaikan tidak bergantung dengan rupa paras seseorang.

iii. Hadith ini tidak boleh dikaitkan dengan hadith sahih berikut kerana maksud dan konteknya berbeza, “Sesungguhnya Allah itu cantik. Dia suka kepada kecantikan”.

4. 00:11:19 – HADITH PALSU KEEMPAT

“Carilah orang-orang yang berwajah cantik dan berwarna hitam anak matanya, kerana sesungguhnya Allah malu hendak menyeksa (orang yang berwajah cantik) dengan neraka”.

00:11:41 – KOMENTAR HADITH PALSU KEEMPAT

i. Ibnu al-Jauzi mengatakan hadith ini adalah maudhu’.

ii. Hadith ini bercanggah dengan ajaran Islam yang mengaitkan pembalasan amalan seseorang di akhirat kelak dengan amalan dan usaha yang dilakukannya semasa di dunia. Manusia tidak dibebankan dengan sesuatu yang di luar kemampuan dan ikhtiarnya.

iii. Abu Lahab terkenal dengan wajah yang cantik, tetapi rupa parasnya tidak menghalang dia dari dihumbankan ke dalam neraka.

VIDEO PENUH ASAL –    • Sesi 80 – Hadith kelebihan orang yang…  

NOTA KULIAH – https://syarahanhadits.school.blog/wp

[Hadith Palsu] Hadith Yang Menyatakan Kelebihan  Mana-mana Tempat Atau Negeri Atau Pujian Nabi Terhadapnya Yang Bersifat Tetap Dan Berkekalan Selain Mekah, Madinah Dan Baitul Maqdis Adalah Palsu

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 15m 40s] – [HADIS PALSU] – Penduduk Mesir Pendek-Pendek Umurnya!

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/nuRIql3UFz0 ]

[Hadith Palsu] Hadith Yang Menyatakan Kelebihan  Mana-mana Tempat Atau Negeri Atau Pujian Nabi Terhadapnya Yang Bersifat Tetap Dan Berkekalan Selain Mekah, Madinah Dan Baitul Maqdis Adalah Palsu

CONTOH HADITH MAUDHU’ (PALSU)

1. 00:02:26 – HADITH PALSU PERTAMA

“Empat pintu daripada pintu-pintu syurga terbuka di dunia ini. Pertamanya Iskandariah, (kedua) Asqalaan, dan (ketiga) Qazwiin, Dan (keempat) kelebihan Judah (Jeddah) daripada semua yang tersebut itu seperti kelebihan Baitillahil Haraam daripada sekelian rumah yang lain”. [Nota: Hadith ini terdapat di dalam kitab-kitab yang mengumpulkan hadith maudhu’ (palsu)]

[ 00:03:22 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

i. Perawi hadith ini Abdul Malik bin Harun ialah pendusta besar dan pereka hadith.

ii. Hakikatnya, di mana pun kita berada, kita akan dapat memasuki syurga jika kita beriman dan beramal soleh; tidak terikat dengan empat tempat yang disebutkan dalam hadith palsu ini.

iii. Hadith sahih yang memuji Yaman adalah bersifat sementara (semasa) dan hanya merujuk kepada golongan yang menerima Islam di zaman Nabi sahaja. Ini terbukti dengan kenyataan di mana setelah berlalu beberapa abad selepas zaman Nabi, kita dapati Yaman tidaklah terjamin sebagaimana yang digambarkan di dalam hadith tersebut.

2. [ 00:06:47 ] – HADITH PALSU KEDUA

“Apabila Wilayah Khurasan (mulai) ditakluk, dan agak lama tentera-tentera Islam ke sana, sehingga mereka berkumpul di Azerbaijan dan kawasan-kawasan pergunungannya. Ketika itu lemahlah semangat Umar r.a. lalu dia berkata, “Kenapalah sibuk sangat aku dengan Khurasan! Kenapalah sibuk sangat aku dengan Khurasan! Alangkah baiknya kalau di antaraku dan Khurasan ada gunung-gunung salji! Alangkah baiknya kalau di antaraku dan Khurasan ada beberapa gunung api! Alangkah baiknya kalau di antaraku dan Khurasan ada seribu tembok, setiap satu daripadanya seperti tembok Ya’juj dan Ma’juj!

Ketika itu berkatalah Ali bin Abi Thalib a.s., “Sabar wahai anak al-Khattab! Agaknya engkau tidak mendapat ilmu Muhammad, atau agaknya engkau belum mengetahui ilmu dari Muhammad s.a.w. bahawa Allah mempunyai sebuah bandar di Khurasan, namanya Marw. Ia diasaskan oleh saudaraku Dzul Qarnain, dan ‘Uzair telah bersembahyang di situ. Sungai-sungainya cantik (menarik pengembara) dan buminya pula subur. Di setiap pintu bandar itu ada malaikat yang menghunus pedangnya demi menjaga penduduknya daripada segala bencana hingga ke hari kiamat.

Allah (juga) mempunyai sebuah bandar di Khurasan. Namanya Thaalaqaan. Kekayaannya bukan berupa emas dan perak, tetapi berupa orang-orang mukmin yang bangkit bila orang-orang lain bangkit dan menolong bila orang-orang lain telah gentar.

Allah (juga) mempunyai bandar di Khurasan. Namanya Syasy. Orang yang berdiri dan tidur di bandar itu sepertii orang yang berlumuran dengan darahnya di jalan Allah.

Allah (juga) mempunyai bandar di Khurasan. Namanya Bukhara. Penduduk Bukhara aman daripada kejutan ketika huru-hara berlaku. Ketika orang-orang lain bersedih, mereka pula bergembira. Bertuahlah Bukhara! Allah menjenguk mereka setiap malam, lalu mengampunkan sesiapa yang dikehendaki-Nya. Taubat orang-orang yang bertaubat di kalangan mereka pula diterima Allah.

Allah (juga) mempunyai bandar di Khurasan. Namanya Samarqand. Ia dibangunkan oleh orang yang membangunkan Hiirah. Allah melindungi penduduknya dan mendengar hiruk pikuknya. Setiap malam berserulah yang berseru (dengan berkata), “Bertuahlah kamu kerana akan memperolehi syurga! Berbahagialah Samarqand! Orang-orang di sekitarnya akan aman daripada azab Allah pada hari kiamat nanti jika mereka taat.

Kemudian berkata Ali, “Wahai Ibnu al-Kawwa’, berapakah jarak di antara Busanj dan Hiraat?” Jawab Ibn al-Kawwa’, “Enam farsakh”. Kata Ali, “Tidak, bahkan sembilan farsakh, tidak lebih dan tidak kurang walaupun sebatu. Demikianlah kekasih dan kesayanganku Muhammad s.a.w. memberitahuku.”

Kemudian beliau (Ali) berkata lagi, “Sesungguhnya di Khurasan ada sebuah bandar dipanggil Thuus. Betapa hebatnya orang-orang mukmin di Thuus! Mereka tidak mempedulikan kerana Allah celaan orang yang mencela. Mereka melakukan ibadat kerana Allah, dan menghidupkan sunnah Nabi-Nya s.a.w.

Sesungguhnya di Khurasan (juga) Allah mempunyai sebuah bandar. Namanya Khuwarizm. Orang yang tidur di situ seperti orang-orang yang beribadat pada hari paling panjang di musim panas. Mereka adalah anak-anak Qafthuura.

Sesungguhnya di Khurasan (juga) Allah mempunyai sebuah bandar. Namanya Jurjan. Hasil taninya elok. Tanah tinggi dan tanah rendahnya menghijau. Sumber airnya pula banyak. Makan dan minum hamba-hamba Allah di situ cukup mewah. Mereka berada dalam kesenangan ketika orang-orang lain berada dalam kesempitan. Mereka menurut perintah Allah dan bersegera pula mentaatinya. Sungguh bertuah mereka! Sekali lagi, sungguh bertuah mereka, jika mereka beriman dan membenarkan!

Sesungguhnya di Khurasan (juga) Allah mempunyai sebuah bandar. Namanya Quumas. Alangkah istimewanya orang-orang di Quumas! Maka berkata Umar, “Hai Ali engkau memang penimbul fitnah!”.

Mendengar kata-kata (tuduhan) Umar itu, Ali pun berkata, “Jika dua biji batu tercampak dari udara pun orang akan berkata, “Ini perbuatan Ali bin Abi Thalib.”

Umar seterusnya berkata, “Alangkah baiknya kalau jarak di antaraku dan Khurasan sejauh jarak di antaraku dan Balqa’ “. [Hadith palsu ini terdapat di dalam kitab al-Maudhuat, Ibnu al-Jauzi]

[ 00:11:09 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

i. Ibnu al-Jauzi mengatakan hadith ini palsu. Perawi hadith ini Nuh bin Abi Maryam langsung tidak bernilai dan hadithnya tidak boleh ditulis.

ii. Terdapat unsur-unsur Syiah di dalam hadith ini seperti diletakkan doa “alaihissalam (a.s.) selepas nama Ali bin Abi Talib. Saidina Umar (musuh ketat Syiah) pula digambarkan sebagai seorang pengecut dan lemah semangat berbanding Saidina Ali yang digambarkan sebagai seorang yang penyabar dan berpengetahuan luas dalam hadith-hadith Nabi.

3. [ 00:12:27 ] – HADITH PALSU KETIGA

“Sesungguhnya Mesir akan ditakluk sepeninggalanku. Maka rebutlah kamu kebaikannya, tetapi jangan jadikannya sebagai tempat tinggalmu. Sesungguhnya akan digiring kepadanya orang-orang yang paling pendek umurnya”

[ 00:13:37 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

i. Tokoh-tokoh hadith seperti Ibnu al-Jauzi, as-Sakhawi, al-Albani dan al-Ghumairi menghukumkan hadith ini sebagai maudhu’ (palsu).

ii. Hadith ini bercanggah dengan kenyataan di mana tidak terbukti semua orang yang tinggal di Mesir pendek umurnya.

iii. Ramai Sahabat-sahabat Nabi s.a.w. tinggal di Mesir dan tidak mengamalkan hadith palsu ini.

VIDEO PENUH ASAL –    • Sesi 78 – Hadith Pujian Atau Celaan T… 

[Hadith Palsu] Hadith-hadith  yang menyatakan kelebihan  orang yang bernama Muhammad atau Ahmad Semuanya Palsu

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 14m 59s] – [HADIS PALSU] – Untuk dapat berkat, kalau ada yang bernama Muhammad, wajib ajak dia masuk meeting!

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/1WlO-9QIaAI ]

[Hadith Palsu] Hadith-hadith  yang menyatakan kelebihan  orang yang bernama Muhammad atau Ahmad Semuanya Palsu

CONTOH HADITH MAUDHU’ (PALSU)

1. [ 00:00:54 ] – HADITH PALSU PERTAMA

“Aku bersumpah atas diri-Ku (Aku berjanji) bahawa tidak akan masuk neraka orang yang bernama Ahmad dan Muhammad”

[ 00:01:26 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

i. Perawi-perawi yang ada di dalam sanad hadith palsu ini tidak dikenali, dan kalaupun dikenali, dia adalah pendusta besar, dajjal, pereka hadith dan Syiah yang melampau.

ii. Hadith ini terdapat di dalam kitab-kitab yang mengumpulkan hadith-hadith palsu.

iii. Hadith ini bercanggah dengan ajaran Nabi s.a.w. yang menyatakan neraka tidak dapat dihindari dengan nama-nama dan gelaran-gelaran tertentu tetapi ianya dapat dihindari dengan iman dan amal shaleh.

2. [ 00:02:40 ] – HADITH PALSU KEDUA

“Kepapaan tidak akan masuk ke dalam rumah yang ada namaku di dalamnya”. [Hadith ini terdapat di dalam kitab-kitab yang menghimpunkan hadith-hadith palsu]

[ 00:03:18 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

i. Perawi-perawi di dalam sanad hadith ini dituduh sebagai pereka hadith. Hadith ini bercanggah dengan kenyataan, di mana kaya atau miskin seseorang tidak bergantung kepada adanya namanya “Muhammad” di dalam rumah mereka. Hadith ini terdapat hanya di dalam kitab-kitab hadith yang mengumpulkan hadith maudhu’ dan ini juga membuktikan kepalsuannya.

ii. Apakah maksud sebenar “ada namaku (Nabi) di dalam rumah”? Adakah ianya bermaksud nama yang tergantung di dinding atau ada orang yang bernama Muhammad di dalam rumah? Apapun maksudnya, kenyataannya tiada kesan dengan adanya nama Muhammad di dalam rumah terhadap kaya atau miskinnya seseorang. Cuma ditakuti sekiranya ada yang percaya dengan hadith ini, orang akan menggantung nama Muhammad di rumah-rumah demi untuk mendapat berkat (sebagaimana orang menggantung logo capal). Perbuatan ini dikhuatiri menghampiri syirik.

iii. Sahabat-sahabat Nabi s.a.w. tidak mengamalkan hadith ini, membuktikan kepalsuannya dan begitu juga ianya tidak diamalkan oleh masyarakat kita.

3. [ 00:07:08 ] – HADITH PALSU KETIGA

“Tidak berkumpul mana-mana kaum sama sekali untuk bermesyuarat, sedangkan ada di antara mereka seorang yang bernama Muhammad, tetapi mereka tidak memasukkannya dalam mesyuarat mereka, melainkan mesyuarat mereka tidak diberkati”. [Hadith ini terdapat di dalam kitab-kitab yang mengumpulkan hadith-hadith palsu]

[ 00:07:49 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

i. Tokoh-tokoh hadith telah menghukumkan hadith ini sebagai dusta dan maudhu’ (palsu).

ii. Hadith ini tidak praktikal, kerana untuk mendapat keberkatan, seseorang perlu menghadiri mesyuarat semata-mata kerana namanya Muhammad, padahal dia bukan yang layak menghadiri mesyuarat tersebut.

iii. Hadith palsu ini memberi imej buruk tentang Islam kepada orang bukan Islam dan memeningkan kepala orang Islam sendiri!

4. [ 00:09:01 ] – HADITH PALSU KEEMPAT

“Sesiapa mendapat tiga orang anak laki-laki, tetapi ia tidak memberi nama Muhammad kepada seorang pun daripadanya, bererti ia memang jahil”

[ 00:09:35 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEEMPAT

i. Perawi-perawi hadith ini dalam beberapa saluran terdiri dari mereka yang dituduh sebagai pendusta besar dan pereka hadith.

ii. Ramai Sahabat termasuk Saidina Umar r.hu. tidak mengamalkan hadith ini.

iii. Hadith ini bercanggah dengan ajaran al-Quran yang menyatakan kejayaan seseorang di akhirat adalah iman dan amal solehnya, bukannya nama dan gelarannya.

NOTA HUJUNG

1. [ 00:11:23 ] NAMA-NAMA ANAK YANG BAIK

Antara nama-nama yang baik adalah ‘Abdullah, ‘Abdur Rahman, ‘Abdur Rahim dan al-Harits. Hadith sahih menyebut, “Sesungguhnya nama yang paling baik ialah ‘Abdullah, ‘Abdur Rahman dan al-Harits”.

( Artikel selingan – Kesalahan-kesalahan Dalam Memberi Nama – https://asasislam.home.blog/2019/06/18/kesalahan-kesalahan-dalam-memberi-nama/ )

2.[ 00:12:16 ] – DIBOLEHKAN MENAMAKAN ANAK DENGAN MUHAMMAD ATAU AHMAD TETAPI TIDAK BOLEH PERCAYA ADANYA KELEBIHAN TERTENTU KERANA SEMATA-MATA NAMA SEPERTI YANG DISEBUT DALAM HADITH PALSU

Harus menamakan anak dengan nama-nama nabi termasuk nama nabi kita Muhammad kerana rasa kasih kita kepada mereka dan keinginan untuk mengikut jejak langkah mereka. Apa yang dipertikaikan ialah mempercayai nama-nama tersebut mempunyai kelebihan tertentu. Sebagai perbandingan, begitu juga halnya dengan amalan selawat ke atas Nabi s.a.w. Ulama’ tidak mempertikaikan kebaikan selawat itu sendiri tetapi menolak fadilat-fadilat yang direka atas amalan tersebut.

VIDEO PENUH ASAL –    • Sesi 77- Tiada Hadith  Sahih  Kelebih…  


[Hadith Palsu] Riwayat-Riwayat Yang Menyebutkan Tentang Kelebihan Hidup Dalam Keadaan Miskin Dan Papa Kedana, Maudhu’ (Palsu) Semuanya

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 15m 5s] – [HADIS PALSU] -Kepapaan adalah kecacatan disisi manusia, tetapi cantik disisi Allah pada hari kiamat

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/sXCoyQ_2faE ]

[Hadith Palsu] Riwayat-Riwayat Yang Menyebutkan Tentang Kelebihan Hidup Dalam Keadaan Miskin Dan Papa Kedana, Maudhu’ (Palsu) Semuanya

1. [ 00:10:29 ] – KAYA ATAU MISKIN?

i. “Hidup miskin” yang tersebut di dalam hadith bukan bermaksud miskin harta benda tetapi merujuk kepada “hidup dalam keadaan merendah diri dan tidak sombong”.

ii. Contoh dari Sahabat-sahabat r.hum. menunjukkan mereka adalah kaya, sehinggakan Abu Zar, Sahabat yang dikatakan paling zahid pun memiliki harta.

iii. Harta dan kekayaan diperlukan untuk menunaikan tanggungjawab agama seperti mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan memberi sedekah.

iv. Celaan terhadap kekayaan bukan kerana kekayaan itu sendiri tetapi berkaitan dengan haramnya sumber, perbelanjaan dan kesan yang buruk kepada jiwa disebabkan kekayaan itu.

2. [ 00:13:03 ] – HADITH PALSU UMPAMA DUIT PALSU, IANYA AKAN MEMPORAK-PERANDAKAN DAN AMAT BAHAYA KEPADA MASYARAKAT

CONTOH HADITH MAUDHU’ (PALSU)

1. [ 00:01:04 ] – HADITH PALSU PERTAMA

“Kepapaan adalah kebanggaanku, dan dengannyalah aku berbangga”

[ 00:01:40 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

i. Pakar-pakar hadith menghukumkan hadith ini sebagai karut dan maudhu’.

ii. Nabi s.a.w. tidak pernah berbangga dengan apa-apa, oleh itu adalah tidak masuk akal Nabi s.a.w. berbangga dengan kemiskinan.

iii. Hadith palsu ini bercanggah dengan hadith sahih di mana Nabi s.a.w. berdoa agar dilindungi dari kefakiran, kekurangan dan kehinaan.

iv. Kenyataannya, kehidupan Nabi tidak papa kedana tetapi sangat kaya dan keperluan hidupnya mencukupi. v. Doa Nabi,”Hidupkanlah aku sebagai orang miskin”, tidak bermaksud miskin harta, tetapi hidup dalam keadaan merendah diri dan tidak sombong. vi. Hadith-hadith palsu sebegini amat disukai oleh musuh Islam seperti penjajah kerana ia akan mengekalkan orang Islam dalam keadaan lemah dan terhina.

2. [ 00:07:09 ] – HADITH PALSU KEDUA

“Kepapaan adalah kecacatan di sisi manusia, tetapi kecantikan di sisi Allah pada hari kiamat”

[ 00:07:44 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

Salah seorang perawi hadith palsu ini ialah Sam’an bin Mahdi. Dia telah menulis sebuah kitab yang berisi hadith palsu dan dia dilabelkan sebagai “haiwan yang tidak dikenali” oleh ulama’ hadith, Imam az-Zahabi.

3. [ 00:08:43 ] – HADITH PALSU KETIGA

“Carilah pertolongan pada orang-orang faqir miskin di kalangan orang-orang Islam, kerana mereka ada kuasa di hari kiamat (kelak)”

[ 00:09:11 ] –   KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

i. Perawi pertama hadith palsu ini ialah Wahab bin Munabih, menunjukkan ianya adalah kata-kata Wahab bin Munabih, bukannya sabda Nabi s.a.w.

ii. Ulama’-ulama’ hadith sepakat mengatakan ianya hadith palsu.

ii. Hadith palsu ini seolah-olah mengatakan Nabi secara tidak langsung menggalakkan umatnya menjadi peminta sedekah, walhal, banyak hadith-hadith yang mencela meminta sedekah.

VIDEO PENUH ASAL –    • Sesi 76 -Riwayat Kelebihan Hidup Misk…  

[Hadith Palsu] Hadith-hadith Yang Memuji Kehidupan Membujang Dan Mencela Kehidupan Berkeluarga Dengan Beranak Pinak Semuanya Palsu Dan Karut

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 14m 34s] – [HADIS PALSU] – Pelihara anak anjing lagi baik dari pelihara anak kandung! Wow!

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/TSToVMsIjlE ]

 [Hadith Palsu] Hadith-hadith Yang Memuji Kehidupan Membujang Dan Mencela Kehidupan Berkeluarga Dengan Beranak Pinak Semuanya Palsu Dan Karut

SELINGAN

1. 00:13:24 – BAHAYA KITAB-KITAB YANG TIDAK MUKTABAR DAN TIDAK DITAPIS YANG DIAJAR DI SESETENGAH INSTITUSI PONDOK DI NEGARA KITA

Banyak kitab-kitab lama yang diajar di pusat pengajian pondok di negara kita tidak ditapis dan ditahkik menyebabkan tersebarnya hadith-hadith palsu. Guru-guru yang mengajar kitab-kitab ini pula tidak memberi komen, menilai semula atau mengkritik hadith-hadith yang diragui yang terdapat di dalam kitab-kitab tersebut menyebabkan pelajar bebas mengamalkan apa yang ada dalam kitab, tidak kira sama ada ianya sahih atau tidak.

CONTOH HADITH MAUDHU’ (PALSU)

1. [ 00:00:38 ] – HADITH PALSU PERTAMA

“Apabila Allah kasih kepada seseorang hamba-Nya, Dia akan memilihnya untuk diri-Nya dan tidak menyibukkannya dengan isteri dan anak”. [Hadith ini terdapat di dalam kitab ‘Al-Maudhuat’ karangan Ibnu Jauzi, kitab yang mengumpulkan hadith-hadith palsu]

[ 00:01:26 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

i. Hadith ini terdapat di dalam kitab ‘maudhuat’ (kitab yang mengumpulkan hadith-hadith palsu). Di dalam sanadnya terdapat perawi pendusta besar, Ishaq Bin Wahab

ii. Kenyataannya, Nabi s.a.w. dan Sahabat-sahabat Baginda hidup berkeluarga dan beranak pinak, bercanggah dengan hadith ini. iii. Al-Quran sendiri menggalakkan hidup berkeluarga dan beranak pinak sehinggakan menyarankan supaya berkahwin kerana dengan berkahwin akan dikurniakan harta.

2. [ 00:03:15 ] – HADITH PALSU KEDUA

“Akan datang kepada manusia suatu zaman di mana ia memelihara anak anjing lebih baik lagi baginya daripada memelihara anak kandungnya”.

[ 00:03:41 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

i. Hadith ini terdapat di dalam kitab-kitab yang mengumpulkan hadith-hadith palsu seperti al-Maudhuat (Ibnu al-Jauzi). Bagi orang awam, adanya hadith ini di dalam kitab-kitab seperti ini sudah cukup untuk membuktikan kepalsuannya.

ii. Sahabat-sahabat Nabi s.a.w. yang dikaitkan dengan hadith ini seperti Anas, Abu Dzar, Ibnu Abas mempunyai keluarga dan beranak pinak, menyanggahi apa yang disarankan dalam hadith ini.

iii. Daud bin ‘Affan, salah seorang perawi hadith ini telah mereka bertimbun hadith palsu yang dikaitkan dengan Anas.

iv. Hadith ini menggalakkan memelihara anjing padahal ada hadith yang melarang memelihara anjing tanpa tujuan dan ianya menyebabkan berkurangnya pahala seseorang setiap hari. Malaikat (rahmat) tidak masuk ke dalam rumah yang ada anjing.

v. Memelihara anak sendiri dan anak yatim antara sebab seseorang dapat masuk syurga. Ada hadith Nabi s.a.w. yang menyatakan orang yang menanggung dua orang anak perempuan sehingga baligh akan dibangkitkan bersama dengan Nabi s.a.w.

3. 00:14:34 –  HADITH PALSU KETIGA

“Tidak pernah berjaya sama sekali orang yang berkeluarga (yang mempunyai anak pinak)”

[ 00:09:26] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

i. Ibnu al-Jauzi mengatakan hadith ini adalah karut.

ii. Kenyataan yang berlaku dalam masyarakat tidak menyokong hadith ini, kerana didapati ramai orang yang berkeluarga berjaya dalam hidup dan tidak semua yang tidak berkeluarga berjaya.

iii. Dalam hadith sahih, Nabi s.a.w. bersabda yang bertentangan dengan hadith palsu ini, iaitu, sebaik-baik duit ialah yang dibelanjakan untuk keluarganya. Antara ciri-ciri orang yang berjaya ialah orang yang membelanjakan ahli keluarganya.

iv. Rasulullah s.a.w. mendoakan orang yang baru berkahwin kebahagiaan untuknya dan berdoa semoga dikurniakan zuriat yang baik. Ini menunjukkan Rasulullah suka umatnya berkeluarga dan Baginda mendoakan kebaikan kepada mereka.

VIDEO PENUH ASAL –    • Sesi 75 -Hadith Puji Kehidupan Membuj…  

[Hadith Palsu] Riwayat Pada Abad Sekian, Pada Tahun Sekian dsb Akan Berlaku Peristiwa Tertentu Dengan Tepat Dan Jelas & Riwayat Pada Tahun Sekian dsb Hendaklah Dibuat Begini Sebagai Panduan Bagi Orang-orang Yang Berada Padanya Semuanya Palsu

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 10m 28s] – [HADIS PALSU] – Suara Di Bulan Ramadhan & Lahir Selepas Tahun 100 Tak Guna!

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/Ekxf5mkGYqY ]

[Hadith Palsu] Riwayat Pada Abad Sekian, Pada Tahun Sekian dsb Akan Berlaku Peristiwa Tertentu Dengan Tepat Dan Jelas & Riwayat Pada Tahun Sekian dsb Hendaklah Dibuat Begini Sebagai Panduan Bagi Orang-orang Yang Berada Padanya Semuanya Palsu

CONTOH HADITH MAUDHU’ (PALSU)

  1. [ 00:01:10 ] – HADITH PALSU PERTAMA

“Allah tidak memerlukan anak-anak yang dilahirkan selepas 100 tahun”.

[ 00:01:26 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

i. Imam Ahmad mengatakan hadith ini tidak sahih (maksudnya, maudhu’). ii. Hadith ini terdapat di dalam kitab ‘maudhuat’ (kitab yang mengumpulkan hadith-hadith palsu). iii. Benarkah Allah tidak memerlukan manusia selepas abad pertama? Adakah syariat Islam hanya untuk abad pertama? Kalau begitu, apa perlunya kita terikat dengan agama! Tetapi hakikatnya, berapa ramai ulama’ yang hebat dilahirkan selepas abad pertama dan ini secara langsung menyanggah hadith ini. iv. Hadith ini bercanggah dengan hadith sahih berikut: a) “Akan terus ada satu golongan daripada umatku yang teguh di atas kebenaran sehingga kiamat”. b) “Umatku seperti hujan. Tidak diketahui yang terbaik itu di awalnyakah atau di akhir”

2. [ 00:03:33 ] – HADITH PALSU KEDUA

Rasulullah s.a.w. bersabda, “Nanti akan ada satu suara di bulan Ramadhan”. Mereka (Sahabat) bertanya, “Di awalnyakah atau di tengahnya atau di akhirnya”. Jawab Nabi s.a.w., “Bahkan di tengah bulan Ramadhan. Apabila tengah Ramadhan itu kena pada malam Jumaat, satu suara datang dari langit, kerananya akan pengsan 70,000 manusia, akan jadi bisu 70,000 orang, akan jadi buta 70,000 orang dan akan jadi pekak 70,000 orang”. Mereka (Sahabat) bertanya, “Siapakah dari kalangan umatmu yang selamat?”. Jawab Baginda, “Orang yang tetap di rumahnya, melindungi dirinya dengan bersujud dan bertakbir dengan suara yang kuat”. [Nota: Di dalam riwayat lain ada tambahan seperti berikut: “Suara pertama ialah suara Jibril, suara yang kedua ialah suara syaitan dan ada suara yang ketiga dalam bulan Ramadhan…”]

[ 00:05:18 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

i. Ibnu Jauzi mengatakan hadith ini tidak sahih; perawinya tidak bernilai sedikitpun.

ii. Umat Islam tidak perlu takut akan keadaan-keadaan atau fenomena pelik yang kononnya berlaku dalam masyarakat. Ia sebenarnya ingin mengalihkan perhatian kita.

3. [ 00:06:07] – HADITH PALSU KETIGA

Rasulullah s.a.w. bersabda, “Apabila tiba tahun 150, maka sebaik-baik anak-anakmu ialah anak-anak perempuan. Apabila tiba tahun 160 pula, maka manusia yang terbaik pada masa itu ialah yang tiada tanggungan”. Kami bertanya, “Apakah maksud, ‘manusia yang tiada tanggungan’ itu?”. Jawab Nabi s.a.w., “Iaitu orang yang tidak mempunyai anak, tidak banyak pula perbelanjaannya (orang miskin)”.

[ 00:06:59 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

i. Ibnu Jauzi berkata hadith ini tiada nilai langsung.

ii. Tujuan pereka hadith ini ialah untuk melemahkan umat Islam seperti menggalakkan umatnya hidup miskin dan hidup sendirian tanpa tanggungjawab. Walaupun ianya tidak diendahkan oleh masyarakat umum, hadith palsu ini mungkin mempengaruhi mereka yang jahil tentang hadith Nabi dan menganggapnya sahih.

4. [ 00:08:05 ] – HADITH PALSU KEEMPAT

“Apabila tiba tahun 380, kepada umatku, halallah kepada mereka hidup membujang dan bertapa di atas puncak-puncak gunung”.

[ 00:08:38 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEEMPAT

i. Hadith ini dimasukkan dalam kitab ‘al-maudhuat’, kitab-kitab yang mengumpulkan hadith palsu.

ii. Di dalam sanadnya ada perawi bernama Sulaiman bin Isa, seorang pereka hadith.

iii. Hadith ini menggambarkan bahawa berkahwin adalah wajib sebelum tahun 380H dan ia juga menggalakkan amalan bertapa di kalangan umat Islam.

iv. Ada hadith sahih tentang fitnah di akhir zaman, tetapi ianya tidak menyatakan tarikh berlakunya dengan tepat dan tidak menyatakan amalan bertapa.

VIDEO PENUH ASAL –    • Sesi 72 -Berlaku Peristiwa Tertentu P…  

[Hadith Palsu] Hadith Yang Menyebutkan Bulan Atau Hari Tertentu Seperti Hari Selasa Atau Rabu dll Sebagai Bulan Atau Hari Nahas Atau Hari Bertuah Semuanya Palsu, Contohnya, Hari Rabu hari paling sial!

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 19m 50s] – [HADIS PALSU] – Hari Rabu hari paling sial! & Syiah ada kalender sial atau bertuah untuk setiap hari

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/87DztVCbWeo ]

[Hadith Palsu] Hadith Yang Menyebutkan Bulan Atau Hari Tertentu Seperti Hari Selasa Atau Rabu dll Sebagai Bulan Atau Hari Nahas Atau Hari Bertuah Semuanya Palsu, Contohnya, Hari Rabu hari paling sial!

CATATAN MENARIK

1. [ 00:00:43 ] – Penetapan hari-hari nahas dan bertuah akan membantutkan akitiviti umat Islam; ianya adalah agenda musuh-musuh Islam untuk melemahkan umat Islam]

2. [ 00:12:53 ] – SELINGAN – Hukum menyebarkan hadith palsu adalah haram. Walaupun begitu, kita boleh menyebutnya dalam proses pembelajaran atau untuk memberitahu tentang kepalsuannya agar masyarakat terselamat.

3. [ 00:13:48 ] – Hadith dan kepercayaan tentang hari nahas atau bertuah di kalangan masyarakat ahli sunnah kemungkinan besar disebarkan oleh golongan Syiah. Syiah mempunyai kalendar khas yang menetapkan tiap-tiap hari dalam setahun sebagai nahas atau bertuah.

4. [ 00:13:48 ] – Di dalam masyarakat kita, ianya masih diamalkan di kalangan bomoh.

5. [ 00:13:48 ] – Berkat usaha pejuang-pejuang sunnah, amalan dan kepercayaan hari nahas seperti mandi tolak bala di bulan Safar telah terhapus dalam masyarakat kita.

6. [ 00:16:22 ] – Ada orang mengatakan memang ada tuah dan sial pada perkara-perkara tertentu kerana ianya disebut di dalam hadith sahih dan al-Quran. Sebenarnya apa yang disebut hari nahas dalam al-Quran ialah hari di mana kaum-kaum terdahulu ditimpakan azab kerana kederhakaan yang luar biasa. Ianya tidak berkait dengan kita umat Muhammad.

7. [ 00:17:27 ] – Konsep sial dan nahas (pada sesuatu masa, benda atau perkara) tidak ada dalam Islam. Yang sebetulnya ialah keadaan yang tidak sesuai atau tidak secocok di mana ada jalan penyelesaiannya. Contohnya Islam membenarkan perkahwinan dibubarkan (bercerai) jika pasangan suami isteri tidak ada persefahaman sehingga tidak boleh hidup bersama.

8. [ 00:18:24 ] – NOTA HUJUNG – Bisikan syaitan akan menimbulkan was-was dalam diri kita dengan perasaan takut-takut apa yang diancam sebagai nahas akan benar-benar terjadi. Kita hendaklah menolak bisikan-bisikan ini dengan melakukan sebaliknya dari apa yang dilarang dalam hadith-hadith palsu tersebut, contohnya, dengan sengaja memotong kuku pada hari Rabu untuk membantah teori kononnya bala akan menimpa bila memotong kuku pada hari Rabu!

CONTOH HADITH MAUDHU’ (PALSU)

1. [ 00:01:06 ] – HADITH PALSU PERTAMA

Jabir meriwayatkan katanya, Jibril a.s. telah turun kepada Nabi s.a.w. lalu dia berkata, “Buatlah keputusan dengan sumpah bersama seorang saksi [Nota: bahagian ini boleh diterima], Hari Rabu adalah hari nahas berterus-terusan (sehingga hari kiamat)”. [Nota: Hadith ini terdapat di dalam kitab-kitab hadith utama karangan al-Tabarani, Abu Awanah dan al-Baihaqi. Walaupun begitu ianya juga ada di dalam kitab-kitab yang mengumpulkan hadith palsu (al-maudhuat) karangan Ibnu al-Jauzi dan az-Zahabi, menunjukkan ianya adalah hadith maudhu’ (palsu)]

[ 00:02:10 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

a. Al-Tabarani mengemukakan hadith ini untuk mendedahkan kelemahannya. Oleh itu, elok kita merujuk kepada mereka yang pakar sebelum menggunakan sebarang hadith terutamanya dari kitab-kitab seumpama ini.

b. Perawi hadith ini, Ibrahim bin Abi Hayya bersendirian (tafarrud) dalam meriwayatkan hadith ini. Beliau adalah perawi sangat dhaif.

c Hadith ini bercanggah dengan hadith sahih yang berbunyi, “Allah menjadikan cahaya pada hari Rabu”.

d. Hadith ini bercanggah dengan kenyataan sebenar kerana nahas tidak hanya berlaku pada hari Rabu malah berlaku pada hari-hari lain.

2. [ 00:04:02 ] – HADITH PALSU KEDUA

Abu Said al-Khudri meriwayatkan katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, “Hari Sabtu, hari helah dan tipu daya, hari Ahad hari menanam pokok dan mendirikan bangunan, hari Isnin hari berjalan dan mencari rezeki, hari Selasa hari besi dan perang, hari Rabu hari tidak mengambil dan tidak memberi, hari Khamis hari mencari segala hajat dan hari masuk menemui sultan dan hari Jumaat hari pertunangan dan pernikahan”.

[ 00:05:02 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

Hadith ini sangat dhaif kerana,

a) “Ittirab” (tidak tetap) pada matannya,

b) bercanggah dengan riwayat yang sahih,

c) bercanggah dengan kenyataan,

d) tidak ada sandaran yang jelas dan sahih.

e) sanadnya dhaif.

[Nota: Ada riwayat dalam kitab utama Syiah yang hampir serupa dengan hadith ini. Oleh itu, boleh dikatakan hadith ini berpunca dari Syiah. Masuknya hadith-hadith palsu ini adalah kerana kurang dan lemahnya pengajian hadith dalam masyarakat]

3. [ 00:08:04 ] – HADITH PALSU KETIGA

“Sesiapa memberi berita gembira kepadaku tentang keluarnya (habisnya) bulan Safar aku memberikan berita gembira kepadanya tentang dia akan masuk syurga”. [Nota: Suatu masa dahulu bulan Safar dikaitkan dengan bala, sehingga orang tidak mahu berkahwin di bulan ini dan ada upacara mandi tolak bala]

[ 00:08:50 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

a. Hadith ini dimasukkan di dalam kitab-kitab “al-maudhuat”, kitab-kitab yang mengumpulkan hadith-hadith palsu.

b. Ulama’ bersepakat mengatakan hadith ini maudhu’ (palsu).

c. Hadith ini bercanggah dengan hadith sahih yang mengatakan tiada kepercayaan bahawa bulan Safar membawa sial atau nahas.

4. [ 00:09:56 ] – HADITH PALSU KEEMPAT

“Hari-hari itu semuanya diciptakan oleh Allah, sebahagiannya adalah hari-hari bertuah dan sebahagian yang lain pula adalah hari-hari nahas sebagaimana manusia semuanya adalah hamba-hamba Allah tetapi sebahagiannya untuk syurga dan sebahagian yang lain pula adalah untuk neraka. Tidak ada satupun bulan melainkan ada tujuh hari nahas padanya. Hari ketiga nahas padanya Qabil telah membunuh Habil, hari kelima nahas padanya dikeluarkan Adam dari syurga dan dicampakkan Yusuf ke dalam telaga. Hari ke 13 nahas padanya bala’ menimpa Ayyub (Nabi Ayyub), hari ke 16 nahas padanya kerajaan Sulaiman (Nabi Sulaiman) dirampas, hari ke 21 nahas padanya kaum Lut ditelan bumi, orang-orang Nasrani ditukar rupa menjadi babi, orang-orang Yahudi ditukar rupa menjadi kera dan Nabi Yahya bin Zakaria dibelah dengan gergaji. Hari ke 24 nahas padanya Fir’aun dilahirkan dan mendakwa dirinya sebagai tuhan dan padanya juga ia ditenggelamkan, pada hari itu juga ribut taufan belalang, kutu dan katak dilepaskan (sebagai bencana kepada bani Israil), hari ke 25, nahas padanya Namrud membelah perut 40 orang wanita mengandung. Nabi Ibrahim dicampakkan ke dalam api dan unta Nabi Saleh disembelih. Pada hari itu Allah membinasakan kaum Saleh dengan azab yang amat dahsyat. Hari Rabu di akhir setiap bulan juga hari nahas dan berterusan. Pada hari itu Allah melepaskan angin kencang untuk membinasakan kaum Aad dan pada hari itu juga Allah menimpakan azab ke atas kaum Tsamud.”

[ 00:12:10 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEEMPAT

Hadith ini terdapat di dalam kitab-kitab yang mengumpulkan hadith maudhu’ karangan as-Shaukani dan al-Fattani. Hafiz Ibnu Hajar mengatakan ianya dusta.

VIDEO PENUH ASAL – https://youtu.be/tR1UIn28Lwk


[Hadith Palsu] Tiada Ibadat Khusus Di Malam Hari Raya. Riwayat Kelebihan Beribadat Khusus Pada Malam Dua Hari Raya Dan Makbul Doa Pada Dua Malam Itu Adalah Palsu

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 10m 20s] – [HADIS PALSU] – Tiada Ibadat Khusus Di Malam Hari Raya

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/PDCMKCMGKFw ]

 

[Hadith Palsu] Tiada Ibadat Khusus Di Malam Hari Raya. Riwayat Kelebihan Beribadat Khusus Pada Malam Dua Hari Raya Dan Makbul Doa Pada Dua Malam Itu Adalah Palsu.

[ 00:09:56 ] – TIADA IBADAT KHUSUS PADA MALAM HARI RAYA

Ibnu Qayyim berkata, “Tidak ada satupun hadith yang sahih tentang menghidupkan (melakukan ibadat khusus) pada malam hari raya”

[ 00:08:17 ] – SELINGAN – TIDAK HARUS BERAMAL DENGAN HADITH MAUDHU’ ATAU DHAIF JIDDAN

Tidak harus beramal dengan hadith maudhu’ (palsu) atau dhaif jiddan (dhaif sangat). Jika hendak beramal juga hendaklah, i) tidak mengharapkan sebarang pahala dan, ii) tidak menganggap ianya daripada Nabi s.a.w.

CONTOH-CONTOH HADITH DAN RIWAYAT PALSU

1. [ 00:00:43 ] – HADITH PALSU PERTAMA

“Sesiapa beribadat pada malam raya dengan ikhlas, hatinya tidak mati ketika hati-hati mati”. [Nota: Hadith ini terdapat di dalam kitab al-Umm Imam as-Shafei. Hadith ini dihukumkan maudhu’ (palsu) oleh ramai ulama’ hadith seperti Ibnu al-Jauzi dan dimasukkan di dalam kitab-kitab yang mengumpulkan hadith maudhu’!]

2. [ 00:02:28 ] – RIWAYAT PALSU DALAM KITAB AL-UMM (IMAM AS-SHAFIE)

Imam as-Shafei menulis dalam Kitab al-Umm, “Sesiapa menghidupkan lima malam ini pasti ia mendapat syurga, malam tarwiyah, malam Arafah, malam hari raya qurban, malam hari raya puasa dan malam Nisfu Sya’ban”. Imam as-Shafei memulakan riwayat ini dengan lafaz, “Sampai maklumat kepada kami…” (Nota: Gaya bahasa ini dinamakan riwayat secara ‘balagh’)

[Nota: Riwayat secara ‘balagh’ ialah periwayatan yang tiada sanad atau sanadnya tidak lengkap dan dimulakan dengan lafaz ‘balagh..’, iaitu, “Sampai maklumat kepadaku…”). Riwayat Imam as-Shafie secara ‘balagh’ tidak diterima ulama’ kerana ianya dhaif sangat (dhaif jiddan) atau palsu, tidak sebagaimana riwayat secara ‘balagh’ Imam Malik yang secara umumnya diterima kecuali beberapa riwayat]

VIDEO PENUH ASAL – https://youtu.be/tYoPYOQ5Vzg

[Hadith Palsu] Hadith Kelebihan Malam Nisfu Sya’ban, Amalan Tertentu Pada Malam Itu Dan Kelebihan Berpuasa Pada Keesokan Harinya Adalah Palsu Atau Amat Dha’if

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 15m 4s] – [HADIS PALSU] – Timbunan Hadith Palsu Nisfu Sya’ban & Ulama’ Cari Makan Guna Amalan Bid’ah!

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/uA-ewzYgg2I ]

[Hadith Palsu] Hadith Kelebihan Malam Nisfu Sya’ban, Amalan Tertentu Pada Malam Itu Dan Kelebihan Berpuasa Pada Keesokan Harinya Adalah Palsu Atau Amat Dha’if

NOTA

1. [ 00:10:11 ] – KENAPA DIBESAR-BESARKAN MALAM NISFU SYAABAN? – KERANA PENGARUH SYIAH YANG PERCAYA IMAM MAHDI LAHIR PADA MALAM NISFU SYAABAN

2. [ 00:10:56 ] – Salah satu bid’ah yang diamalkan dalam masyarakat kita pada malam Nisfu Sya’ban ialah membaca surah Yaasin sebanyak tiga kali di antara waktu Maghrib dan Isya’. Anehnya, tidak ada satu hadith palsu pun yang menyebut tentang amalan membaca surah Yaasin pada malam Nisfu Sya’ban. Ini menunjukkan amalan ini direka kemudian dari era-era penyebaran hadith.

3. [ 00:11:53 ] – Kebiasaannya, bila Nabi s.a.w. menyebut kelebihan masa-masa tertentu, Baginda akan memberitahu apakah amalan yang patut kita lakukan pada masa itu. Kita dapati, tidak ada dalam hadith sahih amalan khusus yang disarankan oleh Nabi pada malam Nisfu Sya’ban ini.

4. [ 00:12:42 ] – Terjadi salah faham dalam masyarakat sehingga ada yang menganggap malam Nisfu Sya’ban sebagai malam qadar (lailatul qadar). Ianya hasil dari penyelewengan makna al-Quran dan juga penyebaran hadith-hadith palsu yang direka berkaitan kelebihan malam Nisfu Sya’ban.

5. [ 00:09:30 ] – SELINGAN – TIADA IBADAT KHUSUS PADA MALAM HARI RAYA

Ibnu Qayyim berkata, “Tidak ada satupun hadith yang sahih tentang menghidupkan (melakukan ibadat khusus) pada malam hari raya”

6. [ 00:13:52 ] – NOTA HUJUNG – DENGAN MEMANDANG RINGAN HADITH-HADITH DHAIF, BANYAK PERKARA BIDA’AH MEMBIAK DALAM MASYARAKAT. DENGAN MUNCULNYA SATU BID’AH, AKAN HILANG SATU SUNNAH (HILANGNYA SATU PUNCA KEBERKATAN DALAM MASYARAKAT). MALANGNYA, AMALAN-AMALAN BID’AH INI MENJADI SATU PUNCA PENDAPATAN PULA KEPADA SESETENGAH “ORANG AGAMA”. HAKIKATNYA, RAMAI ULAMA’ TIDAK TAHU TUGAS & FUNGSI SEBENAR MEREKA!

CONTOH -CONTOH HADITH DHAIF DAN PALSU

1. [ 00:00:48 ] – HADITH DHAIF PERTAMA

“Pada malam Nisfu Sya’ban Allah s.w.t. menjenguk kepada sekelian makhluk lalu diampunkan kepada sekelian manusia kecuali musyrik atau ‘musyahid’ (iaitu, orang yang bergaduh sesama Islam), atau di dalam hadith lain, orang yang bunuh diri”. [Nota: Hadith ini dikatakan sahih oleh sebahagian ulama’, tetapi oleh kerana ianya diriwayatkan oleh perawi-perawi dhaif, tidak mungkin ianya sahih!]

2. [ 00:03:02 ] – HADITH PALSU KEDUA

“Pada malam itu (Nisfu Sya’ban) dituliskan (ditakdirkan) setiap yang akan lahir daripada anak Adam pada tahun itu dan pada malam itu juga ditulis setiap orang yang akan mati pada tahun itu dan diangkat amalan-amalan mereka pada malam itu dan pada malam itu juga diturunkan rezeki-rezeki untuk mereka”. [Nota: Hadith ini bercanggah dengan Hadith 40 yang menyatakan perkara yang disebut dalam hadith palsu ini telah ditetapkan semasa seseorang itu di dalam perut ibunya]

3.[ 00:04:05 ] – HADITH PALSU KETIGA

“Bila tiba malam Nisfu Sya’ban, kamu hendaklah beribadat pada malam itu dan berpuasalah kamu pada siangnya kerana Allah s.w.t. turun bila matahari terbenam ke langit dunia, lalu berkata, “Adakah sesiapa yang hendak beristighfar untuk Aku ampunkan dosanya?”, “Adakah sesiapa yang hendak meminta rezeki, Aku hendak memberi rezeki kepadanya?”. “Adakah sesiapa yang menderita sakit dan lain-lain, Aku hendak sembuhkannya?”…begini, begini sehingga terbit fajar.”

[Nota: Salah seorang perawi hadith ini, Abu Bakr bin Abdillah bin Abi Samraa, adalah seorang pereka hadith]

4. [ 00:05:04 ] – HADITH PALSU KEEMPAT

Saidina Ali berkata: Pada malam Nisfu Sya’ban, saya tengok Rasulullah s.a.w bersembahyang 14 rakaat, selepas itu dia duduk dan Nabi s.a.w. membaca surah al-Fatihah 14 kali dan surah an-Naas 14 kali dan satu kali ayat al-Kursi…bila Nabi s.a.w. selesai bersembahyang maka saya pun bertanya tentang sembahyang yang dia lakukan. Maka Baginda menjawab, “Sesiapa yang melakukan seperti itu dia akan dapat pahala 20 kali haji mabrur dan pahala puasa 20 tahun”.

5. [ 00:06:21 ] – HADITH PALSU KELIMA

Riwayat dari Aishah r.ha. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Allah s.w.t. turun pada malam Nisfu Sya’ban ke langit dunia. Dia mengampunkan begitu ramai orang, lebih banyak dari bulu kambing bani Kalb”. [Nota: Hadith ini terdapat dalam kitab Imam at-Tirmizi, tetapi silapnya kita mengambil hadith ini tanpa menukilkan kata-kata Imam at-Tirmizi yang menyatakan Imam al-Bukhari menghukumkan hadith ini dhaif kerana terputusnya sanad di dua tempat]

6. [ 00:07:21 ] – HADITH DHAIF KEENAM 

DOA BILA MASUK BULAN REJAB Hadith dhaif yang popular dan selalu disebut oleh imam-imam solat ketika masuknya bulan Rejab: اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَ Maksudnya, “Ya Allah, Ya Tuhanku, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah (hidupkan) kami ke bulan (sehingga) Ramadhan”.

7. [ 00:07:49 ] – RIWAYAT DHAIF DALAM KITAB AL-UMM (IMAM AS-SHAFIE)

Imam as-Shafei menulis dalam Kitab al-Umm, “Sampai maklumat kepadaku (Nota: Gaya bahasa ini dinamakan riwayat secara ‘balagh’, iaitu salah satu cara meriwayatkan hadith dhaif) bahawa dikatakan doa mustajab ada pada lima malam, pertama, malam Jumaat, kedua, malam Adha, malam Fitri, malam pertama bulan Rejab dan malam Nisfu Sya’ban”. [Nota: Riwayat Imam as-Shafie secara ‘balagh’ tidak diterima ulama’ kerana ada kalanya ianya dhaif sangat (dhaif jiddan) atau palsu, tidak sebagaimana riwayat secara ‘balagh’ Imam Malik yang secara umumnya diterima]

VIDEO PENUH ASAL –

i. https://youtu.be/SPR2zgeTg-4

ii. https://youtu.be/RP5FcbSMIiA

iii. https://youtu.be/CD77hnJu48k

iv. https://youtu.be/tYoPYOQ5Vzg

[Hadith Palsu] Riwayat Kelebihan Bulan Rejab, Kelebihan Berpuasa Dan Beribadat Secara Khusus, Semuanya Sama Ada Dha’if Atau Maudhu’

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 13m 28s] – [HADIS PALSU] – Puasa Khusus Di Bulan Rejab & Keistimewaan Bulan Rejab & Bersungguh Beribadat Rejab

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/8MgeOpeTmic ]

[Hadith Palsu] Riwayat Kelebihan Bulan Rejab, Kelebihan Berpuasa Dan Beribadat Secara Khusus, Semuanya Sama Ada Dha’if Atau Maudhu’

NOTA

1. Sahabat-sahabat besar seperti Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar rhum. melarang berpuasa di bulan Rejab secara khusus.

2.  [ 00:07:20 ] – Hadith tentang kelebihan berpuasa di bulan Rejab semuanya maudhu’ (palsu) dan tiada asalnya; ulama’ melarang orang ramai dari mengerjakan puasa khas bulan Rejab. Mereka berkata, adalah suatu yang perkara bid’ah, bersungguh-sungguh beribadat khusus pada bulan Rejab dan Syaaban.

3. [ 00:08:14 ] – Tiga sebab larangan puasa Rejab,

i) Apabila ianya dikerjakan secara khusus dan tetap sehingga orang jahil menganggapnya suatu yang fardhu,

ii) Ianya akan dianggap sebagai sunnah Rasulullah,

iii) Puasa Rejab dianggap mendatangkan pahala yang lebih kerana keistimewaannya. Nota Kaki : Boleh berpuasa di bulan Rejab untuk puasa yang biasa dilakukan di bulan-bulan lain sekiranya ianya tidak menimbulkan fitnah seperti orang menganggap ianya sebagai sunnah Nabi s.a.w.

4. [ 00:10:01 ] – Malangnya masyarakat masih sukar menerima bahawa amalan khas di bulan Rejab adalah bukan sunnah Nabi. Ini disebabkan ianya telah diamalkan sejak turun temurun dan amalan-amalan ini dinyatakan di dalam kitab-kitab.

5. [ 00:10:34 ] – PERINGATAN

Kita perlu berhati-hati dengan kitab-kitab hadith yang beredar di pasaran kerana didapati ada disisipkan maklumat tambahan yang dilakukan oleh mereka-mereka yang berkepentingan. Contohnya, golongan Syiah menyelitkan kalimat “alaihissalam” selepas nama Ali dan Fatimah (sepatutnya diletakkan kalimah “radhiallahu/ha”)

6. [ 00:11:54 ] – Kita perlu peka tentang memenuhi tuntutan fardhu kifayah dalam perkara menjaga agama, contohnya, seperti dalam kes penyelewengan teks hadith, pastikan adanya individu yang dapat memastikan ianya tidak dipinda dan membetulkannya jika ada kesalahan.

7. [ 00:12:59 ] – Langkah pertama untuk menjaga umat dari pencemaran hadith ialah dengan mengawal penyebaran hadith maudhu’. Masyarakat hendaklah didedahkan dan diperingatkan dengan hadith-hadith palsu dan ditega dari mengamalkannya.

CONTOH-CONTOH HADITH PALSU

1. [ 00:00:58 ] – HADITH PALSU PERTAMA

“Sesiapa menghilangkan kesukaran daripada orang mukmin pada bulan Rejab, Allah akan mengurniakan kepadanya dalam syurga Firdaus sebuah istana sejauh matanya memandang. Muliakanlah bulan Rejab, nescaya Allah memuliakanmu dengan seribu kemuliaan”.

[ 00:02:05 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

Hafiz Ibnu Hajar berkata, matan (teks) hadith ini tidak berasas dan ianya direka oleh Abul Barakat. Sanadnya direka-reka dengan memasukkan perawi-perawi yang dipercayai (thiqah).

2. [ 00:03:01 ] – HADITH PALSU KEDUA

“Sesiapa berpuasa tiga hari di bulan Rejab nescaya dituliskan baginya (pahala) puasa sebulan, sesiapa berpuasa tujuh hari di bulan Rejab, Allah akan menutup tujuh pintu neraka padanya. Sesiapa berpuasa lapan hari di bulan Rejab, Allah akan membuka lapan pintu syurga kepadanya. Sesiapa berpuasa separuh bulan Rejab, Allah akan menuliskan keredhaan-Nya untuknya dan sesiapa yang Allah menuliskan keredhaan untuknya nescaya dia tidak akan menyeksanya. Sesiapa berpuasa sepanjang bulan Rejab pula Allah akan menghisabnya dengan hisab yang mudah”.

[ 00:03:57 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

i. As-Suyuti berkata hadith ini tidak sahih. Perawinya terdiri daripada orang yang tidak diterima hadithnya dan juga pereka-pereka hadith. Begitu juga pendapat Yahya bin Ma’in.

ii. Barangkali hadith inilah yang menjadi pegangan mereka yang berpuasa tiga bulan berturut-turut iaitu pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan.

3. [ 00:05:29 ] – HADITH PALSU KETIGA

“Sesungguhnya di dalam syurga ada sungai yang dipanggil Rejab, airnya adalah “ar-Rahiq”. Sesiapa meminumnya sekali sahaja dia tidak akan dahaga buat selama-lamanya. Allah menyediakannya untuk orang yang berpuasa di bulan Rejab”.

[ 00:05:57 ] — KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

Hafiz Ibnu Hajar berkata dalam sanadnya juga ada Abul Barakat, seorang pereka hadith.

4.[ 00:06:18 ] – HADITH PALSU KEEMPAT

“Kelebihan Rejab daripada sekelian bulan yang lain seperti kelebihan al-Quran daripada sekelian zikir. Kelebihan bulan Syaaban daripada sekelian bulan yang lain seperti kelebihan Muhammad s.a.w. daripada sekelian nabi dan kelebihan bulan Ramadhan daripada sekelian bulan yang lain seperti kelebihan Allah daripada sekelian hamba-hamba-Nya”.

[ 00:07:05 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEEMPAT

i. Di dalam sanad hadith ini juga terdapat Abul Baraqat, seorang pereka hadith.

ii. Hafiz Ibnu Hajar menghukumnya sebagai hadith maudhu’ (palsu)

VIDEO PENUH ASAL – https://youtu.be/qPgFtIU4wHA