[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 12] – Hadith yang menyebut ‘Aaishah dengan Humairaa’ kebanyakannya maudhu’. (Video – Panggilan Humaira’ Kepada Aishah Hanya Ada Satu Hadith Yang Sahih)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 13m 48s] – [HADIS PALSU] Panggilan Humaira’ Kepada Aishah Hanya Ada Satu Hadis Yang Sahih

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/wP94WVRLHnY ]

USUL DIRAYAT KE-12 – Hadith-hadith yang menyebut ‘Aaishah r.ha. dengan Humairaa’ atau diseru oleh Nabi s.a.w. begitu kebanyakannya maudhu’.

[ 00:01:02 ] – HADITH SAHIH YANG BERMULA DENGAN LAFAZ “HUMAIRAA’

“Hanya satu hadith yang menyebut ‘Aaishah dengan lafaz “Humairaa’ ” yang sahih, iaitu, hadith: ‘Aaishah berkata, “Pernah orang-oang Habsyah masuk ke dalam masjid. Mereka bermain-main. Maka Nabi s.a.w. bertanya aku, “Adakah engkau mahu melihat mereka bermain?”. Jawab saya, “Ya”. Lalu Rasulullah s.a.w. berdiri di pintu dan aku meletakkan dagu di atas bahunya dengan menyandarkan mukaku ke pipinya. Aisyah berkata: Antara ucapan mereka pada hari itu ialah, “Abal Qasim yang baik”. Kemudian Rasulullah s.a.w. bertanya, “Sudah cukup?”. Tetapi aku menjawab, “Nantilah dahulu”. Kerana itu Baginda terus berdiri keranaku. Kemudian Rasulullah s.a.w. bertanya pula, “Sudah cukup?”. Aku terus menjawab, “Nanti dahululah wahai Rasulullah”. Bukanlah aku suka sangat melihat mereka tetapi sebenarnya aku mahu para isteri beliau mengetahui kedudukannya di sisiku dan kedudukanku di sisinya.

CONTOH-CONTOH HADITH PALSU

1) [ 00:04:15 ] – Aisyah berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, “Wahai Humairaa’, janganlah dikau memakan tanah kerana ia membesarkan perut, menguningkan warna kulit dan menghilangkan seri wajah”

2) [ 00:06:49 ] Kata Aisyah: Aku selalu melihat Rasulullah s.a.w. mencium Fatimah. Maka aku berkata, “Wahai Rasulullah! Aku sekarang melihat engkau melakukan apa yang sebelum ini tidak pernah ku lihat engkau melakukannya”. Terus Baginda bersabda kepadaku, “Wahai Humairaa’! Pada malam aku diisra’kan ke langit, aku dimasukkan ke dalam syurga. Aku terhenti melihat sepohon pokok di dalam syurga yang tidak ku lihat pokok lain secantiknya. Tidak ada daun pokok lain seputihnya dan tidak ada pula buah yang lebih sedap daripada buahnya. Maka aku mengambil sebiji buahnya lalu makan. Ia kemudiannya menjadi nutfah (air mani) di dalam sulbiku. Setelah turun ke bumi aku bersetubuh dengan Khadijah. Hasilnya ialah ia mengandungkan Fatimah. Apabila aku merindui bau syurga aku akan mencium bau Fatimah. Wahai Humairaa’! Sesungguhnya Fatimah bukan seperti wanita-wanita lain dari kalangan manusia. Dia tidak jatuh sakit seperti mereka (orang-orang lain).

3. [ 00:10:50 ] – ‘Aaishah berkata: Nabi selalu sembahyang di tempat Hasan dan Hussain kencing. Maka aku berkata kepada Baginda, “Tak mahukah engkau aku khaskan satu tempat di dalam bilik ini yang lebih bersih daripadanya”. Mendengar kata-kataku itu, Rasulullah s.a.w. terus bersabda, “Wahai Humairaa’! Tidakkah engkau tahu apabila seseorang hamba bersujud kepada Allah sekali, Allah membersihkan tempat sujudnya itu hingga ke tujuh petala bumi”.

[KENALI HADITH PALSU] – HADITH-HADITH YANG MENYEBUT ‘AISHAH R.HA DENGAN HUMAIRAA’ ATAU DISERU NABI S.A.W. BEGITU KEBANYAKANNYA MAUDHU’

1. [ 00:04:15 ] – HADITH PALSU PERTAMA

Aisyah berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, “Wahai Humairaa’, janganlah dikau memakan tanah kerana ia membesarkan perut, menguningkan warna kulit dan menghilangkan seri wajah”

[ 00:04:57 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

i. Tidak ada satupun hadith yang sahih tentang memakan tanah.

ii. Hadith ini bertujuan menghina dan memburukkan ‘Aaisyah r.ha. yang digambarkan amat bodoh sehingga sanggup memakan tanah. Ini adalah angkara musuh-musuh dari kalangan Syiah yang amat membenci beliau.

2. [ 00:06:49 ] – HADITH PALSU KEDUA

Kata Aisyah: Aku selalu melihat Rasulullah s.a.w. mencium Fatimah. Maka aku berkata, “Wahai Rasulullah! Aku sekarang melihat engkau melakukan apa yang sebelum ini tidak pernah ku lihat engkau melakukannya”. Terus Baginda bersabda kepadaku, “Wahai Humairaa’! Pada malam aku diisra’kan ke langit, aku dimasukkan ke dalam syurga. Aku terhenti melihat sepohon pokok di dalam syurga yang tidak ku lihat pokok lain secantiknya. Tidak ada daun pokok lain seputihnya dan tidak ada pula buah yang lebih sedap daripada buahnya. Maka aku mengambil sebiji buahnya lalu makan. Ia kemudiannya menjadi nutfah (air mani) di dalam sulbiku. Setelah turun ke bumi aku bersetubuh dengan Khadijah. Hasilnya ialah ia mengandungkan Fatimah. Apabila aku merindui bau syurga aku akan mencium bau Fatimah. Wahai Humairaa’! Sesungguhnya Fatimah bukan seperti wanita-wanita lain dari kalangan manusia. Dia tidak jatuh sakit seperti mereka (orang-orang lain).

[ 00:09:10 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

i. Hadith ini dihukumkan palsu oleh ramai tokoh-tokoh hadith seperti al-Jauzi, az-Zahabi, Hafiz Ibnu Hajar, as-Suyuti dan asy-Syaukani. ii)Dalam sesetengah riwayat, dikatakan Nabi s.a.w. mengulum lidah Fatimah. Perbuatan ini adalah haram dilakukan kecuali oleh suami terhadap isterinya.

3. [ 00:10:50 ] – HADITH PALSU KETIGA

‘Aaishah berkata: Nabi selalu sembahyang di tempat Hasan dan Hussain kencing. Maka aku berkata kepada Baginda, “Tak mahukah engkau aku khaskan satu tempat di dalam bilik ini yang lebih bersih daripadanya”. Mendengar kata-kataku itu, Rasulullah s.a.w. terus bersabda, “Wahai Humairaa’! Tidakkah engkau tahu apabila seseorang hamba bersujud kepada Allah sekali, Allah membersihkan tempat sujudnya itu hingga ke tujuh petala bumi”.

[ 00:11:30 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

i. Hadith ini mempunyai unsur fahaman Syiah kerana melebih-lebihkan Hasan dan Hussain yang mahu dijadikan bukti tentang kesucian dan kemaksuman mereka.

ii. Hadith ini yang menunjukkan Nabi bersifat pengotor dan tidak sesuai sama sekali dengan sifat Nabi yang sukakan kebersihan. Sebaliknya, ajaran salah, contohnya sihir penuh dengan kekotoran baik di segi akidah, amalan dan tubuh badan

VIDEO PENUH ASAL – https://youtu.be/nfHgrDyAkgk

[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 11] – Riwayat Bercanggah Dengan Akal Yang Sihat Dan Sejahtera (Contoh –  Anak Lahirkan Ayah! & Kapal Nabi Nuh Solat Di Belakang Maqam Ibrahim)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 5m 21s] – [HADIS PALSU] Anak Lahirkan Ayah! & Kapal Nabi Nuh Solat Di Belakang Maqam Ibrahim

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/zTb2WAYf9Rg ]

USUL DIRAYAT KE-11 – Riwayat-Riwayat Yang Bercanggah Dengan Akal Yang Sihat Dan Sejahtera.

CONTOH HADITH PALSU

1) “Sesungguhnya Allah s.w.t. Telah Menjadikan Seekor Kuda Lalu “Memperlarikannya”; Maka Berpeluhlah Kuda Itu. Kemudian Dia Menjadikan Diri-Nya Dari Kuda Tersebut (Atau Maksud Kedua: Menjadikan Diri-Nya Dari Peluh Kuda Tersebut)

2) “Sesungguhnya Bahtera Nabi Nuh Telah Bertawaf Tujuh Kali Di Baitillah Dan Telah Bersembahyang Dua Rakaat Di Belakang Maqam Ibrahim”

[KENALI HADITH PALSU] – RIWAYAT-RIWAYAT YANG BERCANGGAH DENGAN AKAL YANG SIHAT DAN SEJAHTERA

1. [ 00:00:57 ] – HADITH PALSU PERTAMA

“Sesungguhnya Allah s.w.t. Telah Menjadikan Seekor Kuda Lalu “Memperlarikannya”; Maka Berpeluhlah Kuda Itu. Kemudian Dia Menjadikan Diri-Nya Dari Kuda Tersebut (Atau Maksud Kedua: Menjadikan Diri-Nya Dari Peluh Kuda Tersebut)

[ 00:02:28 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

Adalah mustahil Allah menjadikan diri-Nya sendiri. Hadith ini tidak mungkin direka oleh seorang muslim. Pereka hadith ini bertujuan untuk memburukkan imej ahli-ahli hadith kerana dengan adanya hadith-hadith sebegini masyarakat akan memandang serong terhadap golongan ahli hadith.

2. [ 00:03:52] – HADITH PALSU KEDUA

“Sesungguhnya Bahtera Nabi Nuh Telah Bertawaf Tujuh Kali Di Baitillah Dan Telah Bersembahyang Dua Rakaat Di Belakang Maqam Ibrahi

[ 00:04:34 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

Riwayat ini tidak masuk akal. Adakah logik sebuah kapal mengerjakan sembahyang? Apatah lagi sembahyang di belakang maqam Ibrahim yang belum lagi wujud pada masa itu.

VIDEO PENUH ASAL – https://youtu.be/taWZDKGuwQw

[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 10] – Riwayat Bercanggah Dengan Ajaran Quran Yang Terang Dan Muhkam (Contoh – Tarikh Tepat Kiamat & Adam Tawassul Dengan Nabi Muhammad & Nabi Isra’ Dari Rumah Ummu Hani’)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 15m 52s] – [HADIS PALSU]Tarikh Tepat Kiamat & Adam a.sTawassul Dgn Nabi Muhd & Nabi Isra’ Dari Rumah Ummu Hani’

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/-Q0rw8NrJ18 ]

USUL DIRAYAT KESEPULUH – Riwayat-Riwayat Yang Bercanggah Dengan Ajaran al-Quran Yang Terang Dan Muhkam

CONTOH HADITH PALSU

1) “Umur dunia adalah selama tujuh hari-hari akhirat. Allah telah berfirman, “Sesungguhnya satu hari (dari hari-hari azab akhirat itu) di sisi tuhan mu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung”.

2) Nabi s.a.w. dikatakan diisra’kan ke Masjidil Aqsa dari rumah Ummu Hani’

3) “Bila Adam telah melakukan kesalahan, dia berkata, “Oh Tuhanku, aku memohon kepada-Mu dengan bertawassulkan kedudukan Muhammad, maka Engkau mengampunkan daku”. Maka Allah bertanya, “Wahai Adam, bagaimana engkau tahu Muhammad padahal Aku belum menjadikannya?”. Jawab Adam, “Oh Tuhanku, kerana setelah Engkau menciptakan daku dengan tangan-Mu dan Engkau tiupkan ke dalam tubuhku roh-Mu, aku angkat kepalaku lalu aku melihat di kaki Arasy tertulis, ‘Tiada Tuhan Selain Allah, Muhammad Rasulullah’. Maka yakinlah aku bahawa Engkau tidak akan meletakkan di samping nama-Mu kecuali makhluk yang paling dicintai-Mu”. Maka berkatalah Allah, “Benar katamu wahai Adam. Sesungguhnya dialah makhluk yang paling dicintai. Berdoalah kepada-Ku dalam keadaan bertawassul kepadanya. Sesungguhnya Aku telah mengampunkan mu. Jika tidak kerana Muhammad nescaya tidak Aku ciptakan engkau”.

[KENALI HADITH PALSU] – RIWAYAT-RIWAYAT YANG BERCANGGAH DENGAN AJARAN AL-QURAN YANG TERANG DAN MUHKAM


1. [ 00:00:23] – HADITH PALSU PERTAMA

“Umur dunia adalah selama tujuh hari-hari akhirat. Allah telah berfirman, “Sesungguhnya satu hari (dari hari-hari azab akhirat itu) di sisi tuhan mu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung”.

[ 00:02:58 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

i. Hadith ini direka oleh al-Ala’ Bin Zaidal.

ii. al-Quran ayat 187, Surah al-A’raaf dengan jelas menyatakan hanya Allah sahaja yang tahu bila akan berlakunya hari kiamat.

2. [ 00:05:15 ] – HADITH PALSU KEDUA

Nabi s.a.w. dikatakan diisra’kan ke Masjidil Aqsa dari rumah Ummu Hani’

[ 00:07:30 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

i. Al-Quran Surah al-Israa’, Ayat 1, yang bermaksud, “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa” dengan jelas menyatakan Nabi diisraa’kan dari Masjidil Haram di Mekah.

ii. Orang yang berkeras ingin menerima hadith ini mentakwilkan bahawa rumah Ummu Hani’ berada di dalam Masjidil Haram dan ada juga yang mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan “Masjdil Haram” ialah tanah haram iaitu seluruh kawasan Mekah.

3. [ 00:08:58 ] – HADITH PALSU KETIGA

“Bila Adam telah melakukan kesalahan, dia berkata, “Oh Tuhanku, aku memohon kepada-Mu dengan bertawassulkan kedudukan Muhammad, maka Engkau mengampunkan daku”. Maka Allah bertanya, “Wahai Adam, bagaimana engkau tahu Muhammad padahal Aku belum menjadikannya?”. Jawab Adam, “Oh Tuhanku, kerana setelah Engkau menciptakan daku dengan tangan-Mu dan Engkau tiupkan ke dalam tubuhku roh-Mu, aku angkat kepalaku lalu aku melihat di kaki Arasy tertulis, ‘Tiada Tuhan Selain Allah, Muhammad Rasulullah’. Maka yakinlah aku bahawa Engkau tidak akan meletakkan di samping nama-Mu kecuali makhluk yang paling dicintai-Mu”. Maka berkatalah Allah, “Benar katamu wahai Adam. Sesungguhnya dialah makhluk yang paling dicintai. Berdoalah kepada-Ku dalam keadaan bertawassul kepadanya. Sesungguhnya Aku telah mengampunkan mu. Jika tidak kerana Muhammad nescaya tidak Aku ciptakan engkau”.

[ 00:09:29 ] – NOTA – Hadith palsu ini dijadikan dalil oleh beberapa golongan untuk mewajarkan amalan bertawassul dengan kedudukan Nabi Muhammad dalam berdoa.

[ 00:13:36 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

i. Doa yang menyebabkan taubat Nabi Adam diterima Allah adalah daripada Allah sendiri (Doa tersebut dinyatakan dalam ayat. 23, Surah al-A’raaf) dan bukannya kerana tawassul dengan kedudukan Nabi s.a.w. seperti yang dinyatakan dalam hadith palsu ini.

ii. Al-Hakim dalam Mustadraknya telah melakukan kesilapan dengan menyatakan hadith ini sebagai sahih dan ini telah membuka peluang kepada golongan yang mempromosikan amalan tawassul kepada Nabi s.a.w. (Nota: Kitab Mustadrak hendaklah dibaca bersama kitab Talkhis al-Mustadrak yang menilai hadith-hadith dalam kitab ini)

VIDEO PENUH ASAL – https://youtu.be/taWZDKGuwQw

[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 9]- Riwayat Bercanggah Dengan Kenyataan Dan Pengalaman Manusia (Contoh – Terung Penawar Segala Penyakit & Tukang Emas Paling Dusta & Bumi Di Atas Tanduk Lembu)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 13m 2s] –HADIS PALSU] Terung Penawar Segala Penyakit & Tukang Emas Paling Dusta & Bumi Di Atas Tanduk Lembu

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/yZ0iWvOWHS4 ]

USUL DIRAYAT KESEMBILAN – Riwayat-Riwayat Yang Bercanggah Dengan Kenyataan Dan Pengalaman Manusia

CONTOH-CONTOH HADITH PALSU

1) “Terung Baik Untuk Apa Saja Tujuan Ia Dimakan”

2) “Terung Adalah Penawar, Tiada Sebarang Penyakit Padanya”

3) “Manusia Yang Paling Dusta Ialah Tukang Celup Dan Tukang Emas” ‘

4) “Sesungguhnya Bumi Ini Berada Di Atas Satu Batu Besar, Batu Besar Itu Berada Di Atas Tanduk Lembu. Apabila Lembu Itu Menggerakkan Tanduknya Bergeraklah Batu Besar Tadi, Maka Bergeraklah Pula Bumi. Itulah Gempa Bumi”

[KENALI HADITH PALSU] – RIWAYAT-RIWAYAT YANG BERCANGGAH DENGAN KENYATAAN DAN PENGALAMAN MANUSIA

1) [ 00:00:25 ] – HADITH PALSU PERTAMA

i) “Terung Baik Untuk Apa Saja Tujuan Ia Dimakan”

ii) “Terung Adalah Penawar, Tiada Sebarang Penyakit Padanya”

[ 00:00:48 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

i. Hadith ini adalah rekaan golongan “zindiq” yang bertujuan memburuk-burukkan Islam.

ii. Pengalaman manusia membuktikan kepalsuan dakwaan di dalam hadith ini. Contohnya, orang jahil tidak menjadi alim dengan memakan terung atau orang miskin tidak menjadi kaya dengan memakan terung.

[ 00:05:29 ] PERINGATAN

Hadith hampir serupa, “Air Zam-Zam Bergantung Pada Tujuan Apa Diminumnya” adalah sahih dan boleh diamalkan.

NOTA: Sekiranya apa yang dijanjikan dalam suatu hadith sahih tidak menjadi kenyataan, kita perlu ingat bahawa kemungkinan ada penghalang tertentu. Ini adalah untuk mengelakkan kita dari bersangka buruk dengan hadith-hadith nabi.

2. [ 00:07:15 ] HADITH PALSU KEDUA

“Manusia Yang Paling Dusta Ialah Tukang Celup Dan Tukang Emas”

[ 00:07:15 ] KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

i. Ramai ulama’ hadith mengatakan hadith ini maudhu’.

ii. Hadith ini bercanggah dengan kenyataan kerana terdapat lain-lain golongan yang jauh lebih dusta seperti golongan Rafidhah (Syiah) dan ahli nujum.

3. [ 00:09:45 ] – HADITH PALSU KETIGA

“Sesungguhnya Bumi Ini Berada Di Atas Satu Batu Besar, Batu Besar Itu Berada Di Atas Tanduk Lembu. Apabila Lembu Itu Menggerakkan Tanduknya Bergeraklah Batu Besar Tadi, Maka Bergeraklah Pula Bumi. Itulah Gempa Bumi”

[ 00:12:13 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

i. Kemajuan sains dan pengalaman manusia sekarang ini membuktikan kepalsuan hadith ini.

ii. Hadith ini sebenarnya adalah dari riwayat Israliyat dan tidak berpunca dari agama Islam.

iii. Dengan menerima hadith-hadith sebegini, ianya akan memburukkan imej Islam.

VIDEO PENUH ASAL – https://youtu.be/Nhnr_ut3VM4

[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 8]- Riwayat Bercanggah Dengan Kaedah Bahasa Arab (Video – Hadith Sufi Sebarkan Nur Muhammad & Hawa Penyebab Isteri Khianat)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 14m 22s] – [HADIS PALSU] Hadis Sufi Sebarkan Nur Muhammad & Hawa Penyebab Isteri Khianat

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/jeoxskRJsdY ]

USUL DIRAYAT KELAPAN – Riwayat-Riwayat Yang Bercanggah Dengan Kaedah Bahasa Arab

CONTOH-CONTOH HADITH PALSU

1. “Jika tidak keranamu, jika tidak keranamu, nescaya tidak Aku jadikan falak-falak”

2. “Kalau tidak kerana Hawwa’ nescaya tidak berkhianat perempuan kepada suaminya”

KETERANGAN – Nabi s.a.w Terkenal Dengan Kefasihan Dan Ketepatan Dalam Menggunakan Bahasa Arab Fusha (Standard) Dan Tidak Mungkin Salah Dalam Menggunakan Bahasa Arab Dalam Sabdaan Baginda.

[KENALI HADITH PALSU] – RIWAYAT-RIWAYAT YANG BERCANGGAH DENGAN KAEDAH BAHASA ARAB

1. [ 00:00:54 ] – HADITH PALSU PERTAMA

Hadith Qudsi – “Jika tidak keranamu, jika tidak keranamu, nescaya tidak Aku jadikan falak-falak” Nota: Hadith ini terkenal di kalangan orang-orang suf

[ 00:02:09 ]- KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

i – Penggunaan “dhomir” (gantinama) “majrur” selepas perkataan “laula” adalah salah dalam kaedah Bahasa Arab. Yang sepatutnya, “dhomir marfu’ ” digunakan selepas perkataan “laula”

ii – Tujuan pereka hadith ini ialah ingin menyerapkan fahaman sesat mereka ke dalam Islam. Fahaman sesat tersebut ialah konsep “Nur Muhammad”, iaitu semua alam ini terjadi kerana “Nur Muhammad”.

iii – Pemilihan perkataan “falak-falak” (laluan bintang-bintang) untuk “alam semesta” adalah tidak tepat dan tidak sampai maksudnya.

iv – Hadith ini dikatakan hadith Qudsi, iaitu dari firman Allah. Adalah mustahil Allah menggunakan bahasa yang salah dan lemah seperti dalam hadith ini.

v – Hadith ini bercanggah dengan firman Allah di dalam al-Quran kerana tujuan jin dan manusia dijadikan Allah adalah untuk berabdi kepada Allah bukan kerana kejadian Muhammad.

[ 00:07:05 ] – ANTARA KATEGORI HADITH PALSU KERANA BERCANGGAH DENGAN KAEDAH BAHASA ARAB

i – Mushahhaf – Hadith yang bentuk asal perkataanya tidak berubah, tetapi titiknya berubah dan kerana perubahan tiitk itu, berubah pula maknanya. Contohnya, huruf “kha”, “jim” dan “ha”. “rumahnya” adalah sama, yang membezakannya ialah kedudukan titiknya.

ii – Muharraf – Hadith yang bentuk asal perkataan tidak berubah tetapi bila barisnya berubah, maka berubahlah maknanya.

Hadith mushahhaf dan muharraf statusnya sekurang-kurangnya dhaif tetapi kebanyakannya maudhu’.

2. [ 00:08:38 ] – HADITH PALSU KEDUA

Hadith Mushahhaf (perbezaan titik) – “Kalau tidak kerana Hawwa’ nescaya tidak berkhianat perempuan kepada suaminya”, di mana huruf “kha” digunakan. Sepatutnya huruf “ha” digunakan di tempat huruf “kha”, dan ini membawa maksud “”Kalau tidak kerana Hawwa’ nescaya tidak mengasihi (merindui) perempuan kepada suaminya” .

KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

i – [ 00:10:52 ] – Hadith ini tidak benar kerana tuduhan bahawa Hawwa’ yang memperdaya Adam untuk memakan buah khuldi adalah cerita Israiliyat. Menurut al-Quran, sebenarnya Adam yang diperdayakan syaitan. Begitupun Adam pun tidak patut dipersalahkan kerana hikmahnya dari peristiwa ini ialah wujudnnya makhluk bernama manusia di atas muka bumi ini.

ii – [ 00:12:56 ] Hadith-hadith yang disalah faham sebegini antara faktor mengapa orang benci pada agama. Ianya juga penyebab munculnya pergerakan “Women’s Liberation” (Pembebasan Wanita) di kalangan wanita-wanita Islam yang ingin berlepas diri dari cengkaman agama. Ini adalah kerana kerana hadith-hadith ini menggambarkan wanita sebagai golongan kelas kedua! Yang silapnya bukan agama, tetapi kerana tersebarnya hadith-hadith palsu ini dalam masyarakat.

VIDEO PENUH ASAL – https://youtu.be/Nhnr_ut3VM4

[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 7]- Hadith Yang Menyebutkan Secara Terperinci Kelebihan Setiap Surah Dalam Quran Dan Pahala Khusus Membacanya Kebanyakannya Maudhu’ (Video – Baca Surah Waqiah “Gerenti” Kaya? & Yaasin Jantung Quran?)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 12m 47s] – [HADIS PALSU] Baca Surah Waqiah “Gerenti” Kaya? & Yaasin Jantung Quran?

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/zlrNPzSo7Tg ]

USUL DIRAYAT KETUJUH – Hadith Yang Menyebutkan Secara Terperinci Kelebihan Setiap Surah Di Dalam Al-Quran Dan Pahala Khusus Membacanya Kebanyakannya Maudhu’

KETERANGAN – Hadith-hadith yang menyebutkan secara terperinci kelebihan setiap surah di dalam al-Quran dan pahala yang diperolehi orang yang membacanya secara khusus KEBANYAKANNYA adalah maudhu’, paling tinggi pun ia hanya dhaif. Hadith-hadith ini direka oleh orang-orang yang zuhud untuk menarik minat orang ramai supaya kembali gemar membaca al-Quran.

1. “Sesiapa Yang Membaca Surah al-Waqiah Setiap Malam Ia Tidak Akan Papa Selama-lamanya”

2. “Setiap Benda Ada Jantungnya. Jantung al-Quran Ialah Surah Yaasin”

3. “Sesiapa Yang Membaca Surah al-Qadr Diberikan Kepadanya Pahala Seperti Orang Berpuasa Di Bulan Ramadhan Dan Menghidupkan Malam Qadar”

[KENALI HADITH PALSU] – HADITH YANG MENYEBUTKAN SECARA TERPERINCI KELEBIHAN SETIAP SURAJ KEBANYAKANNYA PALSU

1. [ 00:01:57 ] – HADITH PALSU PERTAMA – KELEBIHAN SURAH WAQIAH

“Sesiapa Yang Membaca Surah al-Waqiah Setiap Malam Ia Tidak Akan Papa Selama-lamanya”

[ 00:03:04 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

i. Disepakati oleh ramai ahli hadith bahawa hadith ini bertaraf sama ada maudhu’ (palsu) atau dhaif jiddan.

ii. Hadith dhaif jiddan,

a) tidak boleh dianggap sebagai hadith dari Nabi s.a.w.,

b) tidak boleh mengharapkan ganjaran dan faedah darinya jika diamalkan, dan

c) hadith ini tidak boleh diamalkan.

iii. Sesuatu hadith yang palsu tetapi tidak diketahui kepalsuannya, jika diamalkan dan didapati tidak membuahkan hasil seperti yang didakwa, dikhuatiri orang yang mengamalkannya akan mempertikaikan hadith Nabi s.a.w.

iv. Berusahalah untuk mencelikkan masyarakat tentang kewujudan hadith-hadith palsu ini.

2. [ 00:05:31 ] – HADITH PALSU KEDUA – YAASIN QALBU AL-QURAN

“Setiap Benda Ada Jantungnya. Jantung al-Quran Ialah Surah Yaasin”


[ 00:06:00
] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

i. Hadith ini direka oleh Muqati’ Bin Sulaiman, seorang pendusta besar.

ii. Tidak ada satu pun hadith yang sahih tentang kelebihan Surah Yaasin.

3. [ 00:06:58 ] – HADITH PALSU KETIGA – GANJARAN MEMBACA SURAH AL-QADR

“Sesiapa Yang Membaca Surah al-Qadr Diberikan Kepadanya Pahala Seperti Orang Berpuasa Di Bulan Ramadhan Dan Menghidupkan Malam Qadar”

KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

i. Hadith ini tidak mungkin sahih kerana ganjaran yang dijanjikan ketika mengerjakan amalan sunat sama atau lebih besar dari ganjaran bila melakukan amalan fardhu.

ii. Jika diterima hadith-hadith palsu sebegini, orang ramai akan meninggalkan amalan sebenar yang diperintahkan Allah dan menggantikannya dengan amalan-amalan palsu yang dijanjikan ganjaran yang melangit.

[ 00:08:40 ] – ANTARA HADITH-HADITH SAHIH BERKENAAN FADHILAT SURAT-SURAT DI DALAM AL-QURAN

1. “Fatihatul Kitab” (Surah al-Fatihah), Tidak Diturunkan Seumpamanya Baik Di Dalam Taurat Atau Injil Atau Zabur

2. Al-Baqarah Dan Ali-Imraan Adalah Dua Surah Yang Gilang Gemilang

3. Ayatul Kursy Adalah Penghulu Ayat-Ayat al-Quran

4. Dua Ayat Di Akhir Surah al-Baqarah Memadai Untuk Keselamatan Pembacanya Pada Sesuatu Malam

5. Syaitan Tidak Akan Menghampiri Rumah Yang Dibaca Padanya Surah al-Baqarah .

6. Orang Yang Membaca Sepuluh Ayat Di Permulaan Surah al-Kahfi Akan Terpelihara Daripada Fitnah Dajjal

7. “Qulhuallahuahad” (Surah al-Ikhlas) Menyamai Sepertiga al-Quran

8. “Al-Mu’awwizatain” (Surah al-Falaq Dan an-Nas) Adalah Pelindung Terbaik Untuk Orang Yang Mahukan Perlindungan

9. “Izazulzilat” (Surah az-Zalzalah) Menyamai Separuh al-Quran

10. “Qulyaayyuhalkaafiruun” (Surah al-Kaafiruun) Menyamai Seperempat al-Quran

11. “Tabaarakallazi biyadihilmulk” (Surah al-Mulk) Ialah Penyelamat Dari Azab Kubur

VIDEO PENUH ASAL

  1. https://youtu.be/Ty-jToIa0pA
  2. https://youtu.be/D16rc-3mFHA

[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 6] – Hadith Yang Mengandungi Usul “Takrif Maknawi” (Penyelewengan Makna) al-Quran Mestilah Diketepikan (Contoh – Syiah Reka “Hadis Kisa’ ” Untuk Tipu Umat Islam Tentang Siapakah “Ahli Bait”)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 13m 40s] – [HADIS PALSU] Syiah Reka “Hadis Kisa’ ” Untuk Tipu Umat Islam Tentang Siapakah “Ahli Bait”

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/KDcc2mITeeY ]

USUL DIRAYAT KEENAM – Hadith-Hadith Yang Mengandungi Usul “Takrif Maknawi” (Penyelewengan Makna) al-Quran Mestilah Diketepikan

KETERANGAN – Hadith-Hadith Atau Riwayat-Riwayat Yang Menunjukkan Telah Berlaku Pemesongan Makna al-Quran Tidak Boleh Diterima. Oleh Kerana Berkaitan Dengan al-Quran, Ianya Adalah Perkara Aqidah. Hadith-Hadith Yang Berstatus Dhaif, Apatah Lagi Maudhu’ Tidak Boleh Diterima Dalam Perkara Berkaitan Aqidah.

[KENALI HADITH PALSU] – HADITH YANG MENGANDUNGI UNSUR “TAKRIF MAKNAWI” (PEMYELEWENGAN MAKNA) AL-QURAN MESTILAH DIKETEPIKAN


HADITH KISA’

[ 00:01:20 ] – “Hadith Kisa’ ” ialah hadith yang menceritakan tentang Rasulullah s.a.w menyelimuti anaknya Fatimah r.ha,, menantunya Ali dan dua cucunya Hassan dan Husain dengan selimut atau kisa’.

Golongan Syiah yang mereka hadith ini mengatakan hadith ini adalah sebab turunnya ayat al-Quran – Surah Al-Ahzab (ayat 33) yang mafhumnya, “Sesungguhnya Allah bermaksud untuk menghilangkan dosa dari diri kamu wahai Ahlul Bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya”.

Dengan mengatakan hadith Kisa’ sebagai sebab turunnya ayat tersebut, golongan Syiah telah memalingkan makna ayat al-Quran (takrif maknawi) kerana yang dimaksudkan ungkapan “Ahlul bait” dalam ayat tersebut sebenarnya ialah isteri-isteri Rasulullah dan bukannya Fatimah r.ha, Ali, Hassan dan Husain r.hum.

[ 00:01:40 ] Hadith Kisa’ Yang Terdapat Dalam Sahih Muslim Berbunyi: …Pada Suatu Pagi Nabi Keluar Berselimutkan Sehelai Selimut Daripada Bulu Hitam Yang Bercorak Sekedup. Tiba-Tiba Datang Hassan, Nabi s.a.w. Memasukkannya Ke Dalam Selimut Tersebut. Kemudian Datang Pula Hussain, Dia Juga Masuk Ke Dalamnya. Kemudian Datang Fatimah. Baginda Memasukkannya Juga. Kemudian Datang Pula Ali. Beliau Juga Dimasukkan Ke Dalam Selimut Yang Sama. Kemudian Nabi s.a.w. Membaca Firman Allah [Ayat 33 Surah al-Ahzab] Yang Mafhumnya.”“Sesungguhnya Allah Bermaksud Untuk Menghilangkan Dosa Dari Diri Kamu Wahai Ahlul Bait Dan Membersihkan Kamu Sebersih-Bersihnya”.

[ 00:02:47 ] -KOMENTAR

1. Hadith Kisa’ Ini Amat Penting Bagi Golongan Syiah Kerana Jika Diterima Sebagai Sahih Ianya Membuktikan Kebenaran Pihak Syiah Yang Mendakwa Ahli Bait Hanya Saidina Ali, Fatimah, Hassan Dan Hussain rhum. Dan Tidak Termasuk Isteri-Isteri Nabi.

2. Hadith Ini Sebenarnya Palsu Kerana Perkara Tidak Masuk Akal Seperti Saidina Hassan Yang Dikatakan Masuk Ke Dalam Selimut Sebenarnya Belum Lahir Pada Masa Peristiwa Itu Berlaku.

3. Hadith Ini Berlaku Paling Lewat Pada Tahun Keenam Hijrah, Kerana Surah al-Ahzab Habis Diturunkan Paling Lewat Pada Tahun Keenam (Nota: Hadith Ini Dikatakan Sebab Turunnya Ayat 33 Surah al-Ahzab).

4. Syiah Mengatakan Hassan Lahir Pada Tahun Ketiga, Tetapi Ini Tidak Benar Kerana Ibu Dan Bapanya (Saidina Ali Dan Fatimah) Berkahwin Hanya Pada Tahun Keempat.

5. Syiah Mengatakan Hassan Adalah Anak Sulung, Tetapi Yang Sebenarnya Ummu Khulthum Adalah Anak Sulung.

6. Saidina Hassan Sebenarnya Lahir Pada Tahun Ketujuh Hijrah, Setahun Selepas Keseluruhan Surah al-Ahzab Diturunkan Dan Setahun Selepas Hadith Ini Dikatakan Berlaku.

7. Malangnya Ramai Juga Ulama’ Ahli Sunnah Wal Jamaah Yang Termakan Racun Syiah Ini.

[ 00:11:52 ] – Saidina Hassan Dilahirkan Pada Tahun Ketujuh Hijrah. Orang Yang Menyambut Kelahiran Hassan Ialah Asma’ Binti Umais Isteri Kepada Jaafar Bin Abi Talib. Beliau Berhijrah Ke Madinah Hanya Pada Tahun Ketujuh Kerana Sebelum Itu Berada Di Habshah.

VIDEO PENUH ASAL – https://youtu.be/q6J7ab12JCQ

[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO 5] Hadith Yang Menggugat “Kemutawatiran” Quran (Video – “Ayat-Ayat Syaitan” (Satanic Verses) – “Ayat al-Quran” Yang Diinspirasi Oleh Syaitan!)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 12m 37s] – [HADIS PALSU] “Ayat-Ayat Syaitan” (Satanic Verses) – “Ayat al-Quran” Yang Diinspirasi Oleh Syaitan!

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/JRbRv0QHn5I ]

USUL DIRAYAT KELIMA – Hadith-Hadith Yang Menggugat “Kemutawatiran” al-Quran

KETERANGAN – Hadith-Hadith Yang Menggugat Kemutawatiran al-Quran Dan Menampakkan al-Quran Tidak Terpelihara Daripada Tokok Tambah, Pengurangan, Pemesongan Atau Penyusupan Pihak Tertentu Baik Dari Kalangan Jin, Syaitan Atau Manusia Mestilah Ditolak.

[KENALI HADITH PALSU] –  HADITH YANG MENGGUGAT “KEMUTAWATIRAN” AL-QURAN

CONTOH HADITH PALSU – “Hadith “Gharaniq” iaitu Hadith Yang Mendakwa Ayat-Ayat al-Quran Yang Dibisikkan Oleh Syaitan Kepada Nabi Muhammad s.a.w.

[ 00:03:08 ]- HADITH PALSU – (Hadith “Gharaniq” Yang Dikatakan Menjadi Sebab Turunnya Ayat 52 Hingga 54, Surah al-Hajj) – Nabi s.a.w. Telah Membaca Di Mekah Surah an-Najm. Apabila Rasulullah s.a.w. Selesai Membaca …[Ayat al-Quran, Surah an-Najm]…Syaitan Mencampakkan Ke Atas Lidah Rasulullah s.a.w…[Ayat Tambahan Yang Ada Dalam Hadith Gharaniq Ini]…Pada Ketika Itu Berkatalah Orang-Orang Musyrikun, “Sebelum Hari Ini Tidak Pernah Ia (Muhammad) Menyebut Tuhan-Tuhan Kita Dengan Elok”. Maka Bersujudlah Mereka Bersama-Sama Sujudnya Rasulullah s.a.w. Kemudian Jibril Datang Kepada Rasulullah Selepas Itu. Kata Jibril (Kepada Nabi s.a.w.), “Bacalah Di Hadapanku Apa Yang Telah Aku Sampaikan Kepada Mu”. Setelah Nabi s.a.w. Selesai Membaca…[Ayat Tambahan Yang Ada Dalam Hadith Gharaniq Ini]…Jibril Menegur Nabi s.a.w Dengan Katanya, “Aku Tidak Bawakan Yang Ini. Yang Ini Dari Syaitan”. Lalu Allah Menurunkan Ayat 52 Hingga 54 Surah al-Hajj. [NOTA – Ayat-Ayat al-Quran Yang Didakwa Dibisikkan Oleh Syaitan Kepada Nabi Muhammad Dikenali Sebagai “Ayat-Ayat Syaitan” (Satanic Verses) Oleh Orientalis]

KOMENTAR

1. [ 00:08:41 ] “Idhthiraab” (Cerita Yang Tidak Tetap Dan Banyak Versi) Yang Terdapat Dalam Sesuatu Riwayat Adalah Antara Faktor Yang Paling Dominan Dalam Menimbulkan Keraguan Terhadap Riwayat Tersebut.

2. [ 00:09:36 ] – Bagaimana Mungkin Sesuatu Yang Bukan Dari al-Quran Disusupkan Masuk Ke Dalamnya (al-Quran) Dan Telah Berada Di Dalamnya Buat Sekian Lama Padahal Allah Telah Menjamin Untuk Memeliharanya Dari Segala Bentuk Kebatilan Dan Tokok Tambah. Perkara Ini Jelas Bercanggah Dengan al-Quran.

3. [ 00:10:45 ] – Kalau Keadaan Seperti Ini Telah Benar-Benar Berlaku Tentu Rasulullah Telah Mati Dihukum Allah Kerana Mengatakan Atas Nama Allah Secara Dusta Sebarang Kata-Kata Rekaan. Ini Adalah Sebagaimana Ancaman Allah Taala Di Dalam al-Quran, Bermaksud, “al-Quran Itu Diturunkan Dari Allah, Tuhan Sekelian Alam. Kalaulah Nabi Muhammad Yang Menyampaikan al-Quran Mengatakan Atas Nama Kami Secara Dusta Sebarang Kata-Kata Rekaan Sudah Tentu Kami Akan Menyentapnya Dengan Kekuasaan Kami. Kemudian Sudah Tentu Kami Akan Memutuskan Tali Jantungnya Supaya Dia Mati Dengan Serta Merta…”

VIDEO PENUH ASAL – https://youtu.be/yu0uC3Ajk0s

[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 4]- Hadith Yang Tidak Sesuai Dan Tidak Layak Dengan Kedudukan Malaikat Dan Mengaibkan Mereka. (Contoh – TALKIN – Malaikat Munkar & Nakir Tertipu Dan Tidak Soal Orang Yang Telah Ditalkinkan)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 10m 3s] – [HADIS PALSU] TALKIN – Malaikat Munkar & Nakir Tertipu Dan Tidak Soal Orang Yang Telah Ditalkinkan

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/IvWleYziMmc ]

USUL DIRAYAT KEEMPAT – Hadith-Hadith Yang Tidak Sesuai Dan Tidak Layak Dengan Kedudukan Malaikat Dan Mengaibkan Mereka

KETERANGAN – Hadith-Hadith Atau Riwayat-Riwayat Yang Tidak Sesuai Dengan Kedudukan Malaikat Dan Mengaibkan Mereka Seperti Menampakkan Mereka Sebagai Makhluk Yang Bodoh, Telah Tersalah Melaksanakan Tugas, Menderhakai Allah, Melakukan Dosa (Tidak Ma’shum) dsb Adalah Palsu Dan Karut. Begitu Juga Hadith Atau Riwayat Yang Menggambarkan Malaikat Seperti Kartun-Kartun Dan Menyatakan Kejadian Mereka Selain Dari Nur.

[KENALI HADITH PALSU] – HADITH YANG TIDAK SESUAI DAN TIDAK LAYAK DENGAN KEDUDUKAN MALAIKAT DAN MENGAIBKAN MEREKA

HADITH PALSU – Malaikat Munkar Dan Nakir Tertipu Dan Tidak Menyoal Orang Yang Telah Ditalkinkan Mayatnya

[ 00:02:23 ] – Abu Umamah Berkata, Rasulullah s.a.w. Menyuruh Kami Dengan Katanya, “Apabila Ada Sesiapa Di Antara Saudaramu Meninggal Dunia Dan Kamu Selesai Mengebumikannya Maka Hendaklah Ada Seseorang Di Antara Kamu Berdiri Di Kepala Kuburnya. Kemudian Hendaklah Dia Berkata, ‘Wahai Fulan Bin Fulanah….Si Mati Akan Berkata: Tolong Bimbinglah Aku, Semoga Engkau Dirahmati Allah….Ingatlah Penyaksian Mu Ketika Hendak Keluar Dari Dunia Iaitu Tiada Tuhan Selain Allah Dan Sesungguhnya Muhammad Adalah Hamba-Nya Dan Rasul-Nya…Pada Masa Itu Munkar Dan Nakir Akan Saling Memegang Tangan, “Marilah KIta Pergi, Buat Apa Kita Duduk Dekat Orang Yang Telah Diajar Hujahnya”. Pada Masa Itu Allah Akan Menjadi Pembela Si Mati Dalam Menghadapi Dua Malaikat Tersebut…

KOMENTAR

[ 00:05:20 ] – Hadith ini Menggambarkan Betapa Lemah Dan Bodohnya Malaikat Munkar Dan Nakir Yang Ditugaskan Untuk Menyoal Orang-Orang Mati. Mereka Tidak Berani Lagi Bertanya Seorang Mati Yang Telah Ditalkinkan Kerana Sudah Tentu Orang Mati Yang Telah Ditalkinkan Akan Dapat Menjawab Segala Soalan Yang Akan Dikemukakan Mereka. Malah Allah Sendiri Akan Membela Simati Yang Ditalkinkan Dalam Menghadapi Soalan Munkar Dan Nakir

VIDEO PENUH ASAL – https://youtu.be/8pH4rM8YyNo

[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 3]- Hadith Yang Tidak Sesuai Dan Tidak Layak Dengan Kedudukan Nabi-Nabi Dan Mengaibkan Mereka (Contoh-Nabi Daud Bunuh Pahlawannya Untuk Menikahi Isterinya)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 11m 37s] – [HADIS PALSU] Nabi Daud Bunuh Pahlawannya Untuk Menikahi Isterinya

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/kstJRkPzps4 ]

USUL DIRAYAT HADITH KETIGA – Hadith-Hadith Yang Tidak Sesuai Dan Tidak Layak Dengan Kedudukan Nabi-Nabi Dan Mengaibkan Mereka

[KENALI HADITH PALSU] – HADITH TIDAK SESUAI DAN TIDAK LAYAK DENGAN KEDUDUKAN NABI-NABI DAN MENGAIBKAN MEREKA

1. [ 00:01:36 ] – HADITH PALSU (VERSI 1) – Antara riwayat Israiliyat yang mengaibkan kedudukan Nabi-Nabi dan bercanggah dengan kema’shuman mereka ialah apa yang disebutkan oleh sesetengah ahli tafsir berhubung dengan kisah Nabi Daud yang terpaut hati kepada isteri pahlawannya Uria. As-Suddi, al-Kalbi, Muqaatil bin Sulaiman dan lain-lain meriwayatkan bahawa: “Terlintas di hati Daud kalau beliau diuji tuhan, tentu beliau dapat mengawal diri. Pada ketika itu dikatakan kepada beliau: “Hari ini engkau akan diuji dan akan rnengetahui apa bentuk ujian terhadapmu. Oleh itu berwaspadalah engkau…..Pada ketika itu beliau ternampak seorang perempuan yang sedang mandi bersuci di kolamnya dalam keadaan bogel. Bila perempuan itu terperasan ada orang melihatnya, teruslah dia membuka rambutnya lalu menutupi seluruh tubuhnya. Keadaan itu membuatkan hati Daud semakin terpesona dengannya. Suami perempuan itu ialah seorang pejuang di jalan Allah. Daud menulis surat kepada ketua sekalian tentera supaya meletakkan suami perempuan itu di dalam kumpulan pembawa Tabut. Pembawa Tabut sama ada memperoleh kemenangan atau kematian, salah satu daripada dua perkara itu sahaja menanti mereka. Suami si perempuan tadi diletakkan dalam kumpulan pembawa Tabut dan akhirnya dia terbunuh…”

2. [ 00:01:57 ]- HADITH PALSU (VERSI 2) – Pengarang ad-Durrul Mantsur menyebutkan bahawa Hakim at-Tirmizi di dalam Nawadirul Usul, Ibnu Jarir dan Ibnu Abi Hatim di dalam tafsir mereka masing-masing dengan sanad dha`if telah meriwayatkan daripada Anas r.a. Katanya: Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Daud, bila terpandang kepada perempuan berkenaan, meletakkan suaminya dalam satu pasukan yang berada di hadapan Tabut. Orang-orang yang membawa Tabut pada masa itu tidak akan pulang tanpa mendapat kemenangan atau terbunuh. Suami perempuan itu akhirnya terbunuh dan Daud mengahwini isterinya. Maka turun 2 orang malaikat kepada Daud a.s., menyebabkan Daud insaf, lalu bersujud selama 40 malam sehingga tumbuh tumbuhan yang menjalar naik ke kepalanya. Disebabkan terlalu banyak air matanya yang menyirami bumi, tanah pula telah memakan dahinya. Di dalam sujudnya Daud terus berkata: “Tuhanku! Daud betul-betul telah menjadi manusia yang paling hina di atas muka bumi. Tuhanku! Jika engkau tidak mengasihani, lemahlah Daud. Jika engkau tidak mengampuni dosanya, nescaya dosanya akan menjadi buah mulut manusia buat selama-lama.” Setelah 40 malam, datanglah Jibril. Kata Jibril: “Wahai Daud, sesungguhnya Allah telah mengampunimu, engkau memang tahu bahawa Allah memang adil. “Tidak”, Kata Daud: “Bagaimana dengan Si fulan (Uria) apabila ia datang pada hari kiamat nanti sambil berkata: “Tuhanku, darahku ada pada Daud”? Kata Jibril: “Tidak pula saya tanya Tuhanmu tentang perkara itu. Jika engkau mahu, biar saya tanyakan”. Jawab Daud: “Ya”. Naiklah Jibril. Daud bersujud pula buat sekian lama. Kemudian setelah Jibril turun kembali, dia berkata: “Aku telahpun bertanya Allah wahai Daud tentang apa yang engkau kehendaki itu. Kata Tuhan: “Beritahu kepada Daud, sesungguhnya Allah akan mengumpulkan kamu berdua pada hari kiamat nanti, ketika itu Tuhan akan berkata kepadanya: “Berilah kepada-Ku darahmu yang ada pada Daud itu”. Dia berkata: “Ku berikan kepadamu Oh Tuhan!” Ketika itu Tuhan berkata: “Kamu boleh mendapat apa saja yang kamu kehendaki di dalam syurga dan apa saja yang kamu ingini sebagai gantinya.”

[ 00:10:10 ] – KOMENTAR

Antara alasan yang mendorong para ‘ulama’ menghukumkan riwayat-riwayat Israiliyat tersebut sebagai palsu ialah kerana hadith-hadith atau riwayat-riwayat tersebut tidak sesuai dan tidak layak dengan kedudukan nabi-nabi dan mengaibkan mereka. Ia tidak mungkin berpunca daripada Rasulullah s.a.w. Tentu sekali merancang membunuh seseorang muslim semata-mata untuk berkahwin dengan isterinya tidak layak dengan kedudukan seorang nabi.

VIDEO PENUH ASAL –

i. https://youtu.be/4sFidmBv3TI

ii. https://youtu.be/NOpKdOmgong

iii. https://youtu.be/1toh4mjz29Q

iv. https://youtu.be/jEzIraQ8bzQ