[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 22] – Riwayat Keajaiban Semasa Kelahiran Nabi Dan Keajaiban Dialami Ibunda Nabi Semasa Mengandungkannya Semuanya Palsu (Video – Cerita Ajaib Masa Nabi Lahir Semuanya Palsu!)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 17m 31s] –[HADIS PALSU] – Cerita Ajaib Masa Nabi Lahir Semuanya Palsu!

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/Y3GJaLYCSTk ]

USUL DIRAYAT KE-22 – Riwayat-riwayat yang memperihalkan keajaiban semasa kelahiran Nabi s.a.w., begitu juga riwayat-riwayat yang menyatakan keajaiban yang dialami ibunda Nabi s.a.w. semasa mengandungkannya boleh dikatakan semuanya palsu.

NOTA: Hikayat-hikayat palsu kelahiran Nabi ini popular di dalam majlis-majlis sambutan maulid Nabi s.a.w.

[ 00:00:53 ] – MENGAPA RIWAYAT-RIWAYAT PALSU INI TERSEBAR DENGAN LUAS?

Antara faktor tersebar luasnya riwayat-riwayat palsu ini ialah kerana pengarang-pengarang yang menukilkan riwayat-riwayat ini adalah ulama’-ulama’ ahli sunnah yang dikagumi dan dihormati. Kaedah penyampaian ilmu di zaman awal Islam ialah menyampaikan apa saja yang tersebar dalam masyarakat tetapi ianya disertakan dengan sanad untuk membolehkan pembacanya menilai kedudukan riwayat tersebut. Tugas orang kemudian ialah menyelidiki sanad tersebut untuk menentukan status kesahihan riwayat tersebut. Adalah perlu dititikberatkan kedudukan kitab-kitab yang dirujuk berbanding dengan siapa pengarangnya untuk menilai kedudukan sesuatu riwayat.

[ 00:15:00 ] – SEBAB-SEBAB MUNCULNYA RIWAYAT PALSU TENTANG KELAHIRAN NABI

1. Umat Islam menganggap Nabi s.a.w. terlalu istimewa, oleh itu amat mudah untuk menerima perkara-perkara ajaib walaupun kelihatan Nabi seolah-olah bukan manusia biasa.

2. Keinginan umat untuk mengesahkan benarnya tentang Nabi akhir zaman ini dan mengharapkan sokongan dari alam ghaib untuk menguatkan dakwaan-dakwaan tersebut.

3. Cerita dan “khayalan” sasterawan tentang sempurnanya dan ajaibnya Nabi yang kemudiannya dianggap benar oleh orang-orang kemudian.

4. Cerita keajaiban semasa kelahiran untuk mengisyarakan perkara-perkara istimewa yang akan berlaku di kemudian hari

5. Keinginan untuk menonjolkan sebanyak mungkin mukjizat yang ada pada Nabi s.a.w.

6. Tidak cermat dalam menukilkan lafaz-lafaz riwayat

[KENALI HADIS PALSU] – RIWAYAT KEAJAIBAN SEMASA KELAHIRAN NABI DAN KEAJAIBAN DIALAMI IBUNDA NABI SEMASA MENGANDUNGKANNYA SEMUANYA PALSU

1. [ 00:02:50 ] – RIWAYAT PALSU PERTAMA

[RINGKASAN] Bergoyang istana Kisra dan jatuh menara-menaranya. Kering sungai di negeri Parsi atau Sham. Terpadam rumah api di Parsi yang tidak pernah padam sejak beribu tahun. Kisra juga bermimpi dengan mimpi yang buruk. Kisah ini dinukilkan dalam kitab-kitab “dala’il” al-Baihaqi, Ibnu Asakir dan Abu Nua’im lengkap dengan sanadnya.

[ 00:03:43 ] – KOMENTAR

Ayah kepada Makhzum Bin Hani’, perawi utama yang meriwayatkan hadith ini, tidak dapat dibuktikan sebagai seorang penganut Islam dan Makhzum sendiri tidak dikenali (perawi majhul). Hafiz Ibnu Hajar menolak hadith ini.

2. [ 00:05:01 ] – RIWAYAT PALSU KEDUA

[RINGKASAN] Bila Nabi dilahirkan kedengaran satu suara ghaib dan nampak cahaya yang cerah di sebelah timur dan barat sehingga nampak istana di Syam. Bila Nabi diselimuti, tiba-tiba jadi gelap, kemudiannya ada cahaya di sebelah kanan dan berbunyi suara,”Hendak dibawa ke mana?”. Kedengaran malaikat menjawab, “Ke sebelah barat”…dan seterusnya. [Sumber – Dala’il Abu Nu’aim]

[ 00:06:30 ] – KOMENTAR

Perawi-perawinya dipertikaikan dan kebanyakannya tidak dikenali (majhul).

3. [ 00:07:09 ] – RIWAYAT PALSU KETIGA

[RINGKASAN] Aminah, ibunda Nabi s.a.w., semasa mengandungkjan Nabi telah bermimpi, ada orang berkata kepadanya, ” Wahai Aminah. Kamu sedang mengandungkan penghulu sekelian alam. Bila lahir nanti, kamu namakannya Ahmad dan juga Muhammad” Dia kemudian memberi azimat untuk dipakaikan kepada Nabi selepas dilahirkan. Selepas tersedar dari mimpi, Aminah dapati ada sekeping emas yang tertulis beberapa rangkap syair. [Sumber – Dala’il Abu Nu’aim]

[ 00:07:56 ] – KOMENTAR

Perawi riwayat ini dikatakan pereka hadith dan dituduh mencuri hadith. Hafiz al-Iraqi mengatakan riwayat-riwayat ini tidak berasas.

4. [ 00:08:52 ] – RIWAYAT PALSU KEEMPAT

[RINGKASAN] Apabila ibunda Nabi s.a.w. Aminah sakit hendak bersalin, semua bintang-bintang sujud ke bumi. Bila Nabi s.a.w. lahir seluruh alam menjadi terang. Riwayat ini dinukilkan dalam kitab-kitab Abu Nu’aim, at-Tabarani dan al-Baihaqi.

[ 00:09:42 ] – KOMENTAR

Perawi-perawi yang bermasalah dalam riwayat ini ialah Yaakub Bin Muhammad az-Zuhri (hadithnya ditinggalkan) dan Abdul Aziz Bin Umar Bin Abdurrahman Bin Auf (tukang cerita dan pendusta)

5. [ 00:10:29 ] – RIWAYAT PALSU KELIMA

[RINGKASAN] Ibunda Nabi s.a.w. Aminah berkata dia tidak merasakan apa-apa tanda bila mengandungkan Nabi dan tidak mengalami kesulitan yang biasa dialami oleh wanita yang mengandung.

[ 00:11:04 ] – KOMENTAR

Semua saluran riwayat berpunca dari Waqidi, seorang pendusta besar dan cerita ini terhenti setakat Zuhri. Zuhri bukan seorang Sahabat Nabi, oleh itu riwayat ini terputus.

6. [ 00:11:39 ] – RIWAYAT PALSU KEENAM

[RINGKASAN] Bila sampai masa Nabi hendak dilahirkan, Allah memerintahkan para malaikat membuka pintu-pintu langit dan pintu-pintu syurga. Malaikat saling memberi berita gembira di antara satu sama lain. Matahari berpakaian baharu. Pada tahun itu, semua wanita seluruh dunia mengandungkan anak lelaki. Semua pokok mengeluarkan berbuah. Kelihatan tiang-tiang dari permata zabarjad dan yakut tegak ke langit. Di tepi Sungai Kautsar tumbuh pokok-pokok dari kasturi. Semua berhala di Mekah jatuh tersungkur.

[ 00:12:48 ] – KOMENTAR

Imam as-Suyuti mengatakan riwayat ini mungkar. Kebanyakan sanadnya tidak lengkap dan maudhu’.

7. [ 00:12:57 ] – RIWAYAT PALSU KETUJUH

[RINGKASAN] Ketika Nabi s.a.w. dalam kandungan ibunya, banyak keajaiban berlaku. Antaranya, semua binatang peliharaan orang Quraisy boleh bercakap dan semuanya berkata, “Demi tuhan Kaabah! Penghulu sekelian alam sudah ada di dalam perut ibunya. Dia akan membawa keamanan dan menjadi penyuluh kepada penduduk bumi ini”. Semua tukang-tukang tenung perempuan dari kalangan Quraisy kehilangan jin-jin mereka dan mereka hilang ilmu tenung. Takhta semua raja-raja di atas muka bumi ini terjatuh dan semua raja-raja jadi bisu pada hari Nabi dilahirkan. Binatang-binatang berlari-lari untuk menyampaikan berita gembira ini. Sungai-sungai saling memberi berita gembira antara satu sama lain. Di sepanjang bulan mengandung, ibunda Nabi mendengar satu suara mengucapkan tahniah kepadanya yang mengandungkan Abul Qassim dan memberitahu tidak lama lagi Abul Qassim akan dilahirkan.

(VIDEO PENUH ASAL – https://youtu.be/uCOHZ5Vx7SQ )

[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 21] – Riwayat-riwayat Berkenaan Nur Muhammad Semuanya Palsu (Video – “NUR MUHAMMAD” – Komplot Syiah Dan Kejahilan Umat)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 27m 48s] – [HADIS PALSU] “NUR MUHAMMAD” – Komplot Syiah Dan Kejahilan Umat

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/Q1DctpIxL2Q ]

USUL DIRAYAT KE-21 – Riwayat-riwayat Berkenaan Nur Muhammad Semuanya Palsu

NOTA:

1. Kepercayaan bahawa Nabi Muhammad dijadikan daripada Nur (cahaya) menimbulkan banyak lagi kepercayaan karut yang lain seperti Nabi Muhammad tidak mempunyai bayang dsb.

2. [ 00:01:00 ]  NABI MUHAMMAD SEBAGAI “NUR” YANG MENERANGI SELURUH ALAM

i. Adalah diakui bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah “Nur”, iaitu cahaya yang menyinari kegelapan kekufuran. Ianya bahasa kiasan dan sama sekali tidak bermaksud Baginda sebagai makhluk pertama dan menjadi punca kepada kejadian seluruh alam.

ii. Selain dari Nabi Muhammad s.a.w., “Nur” dalam konteks cahaya yang menerangi kegelapan kekufuran juga digunakan untuk “Agama Islam” dan “al-Quran”.

3. [ 00:02:51 ] KONSEP “NUR MUHAMMAD” BERPUNCA DARI SYIAH

4. [ 00:02:51 ] PENGARUH SYIAH DALAM KONSEP NUR MUHAMMAD

i. Konsep “Nur Muhammad” ada kaitan dengan konsep “Nur Panjthan” (“Lima Peribadi”, iaitu, Muhammad, Ali, Fatimah, Hasan Dan Hussain) dalam Syiah. Sebagaimana kepercayaan Nur Muhammad yang berpecah-pecah, Nur Panjthan juga berpecah-pecah. Tujuan Syiah ialah supaya umat Islam dapat menerima konsep Nur Panjthan ini bila mereka boleh menerima konsep Nur Muhammad.

ii. Syiah mengatakan Nur Muhammad ini berpecah kepada dua, iaitu kepada Nabi Muhammad dan Saidina Ali. Oleh itu mereka menggelarkan Nabi Muhammad sebagai Ketua Para Nabi dan Saidina Ali sebagai Ketua Para Wali. Mereka ingin mengatakan Saidina Ali adalah sama taraf dengan Nabi Muhammad s.a.w.

5. [ 00:07:01 ] KEPERCAYAAN TERHADAP KONSEP NUR MUHAMAD MASIH TEBAL DALAM MASYARAKAT

6. [ 00:25:40 ] HAKIKAT SEBENAR NUR MUHAMMAD

i. Semua riwayat tentang Nur Muhammad bercanggah dengan hadith yang sahih tentang makhkluk yang pertama yang dijadikan Allah, iaitu qalam

ii. Isi kandungan riwayat-riwayat tentang Nur Muhammad adalah amat tidak masuk akal dan membodohkan umat

[ 00:26:38 ] EPILOG

Masyarakat kita tidak dilatih untuk berfikir secara kritis menyebabkan kita mundur. Kitab-kitab lama yang songsang ini masih diajar di institusi pengajian tradisional dan malangnya, ada usaha untuk menjadikannya sebagai kitab rujukan ahli sunnah wal jamaah padahal ianya amat bercanggah dengan ajaran ahli sunnah wal jamaah.

[KENALI HADITH PALSU] RIWAYAT-RIWAYAT BERKENAAN NUR MUHAMMAD SEMUANYA PALSU

1. [ 00:07:39 ] RIWAYAT PALSU NUR MUHAMMAD (VERSI PERTAMA)

[RINGKASAN] Allah berkata kepada segenggam Nur-Nya itu, “Jadilah engkau Muhammad”. Kemudian sesungguhnya Allah membahagikan Nur-Nya itu kepada empat bahagian pula. Daripada bahagian pertama dijadikan-Nya “Lauth” (Luh Mahfuz), daripada yang kedua dijadikan-Nya Qalam. Kemudian daripada bahagian yang ketiga daripada Nur Muhammad itu Allah menjadikan arasy. Bahagian keempat pula dibahagikan kepada empat bahagian. Yang pertama daripadanya dijadikan Akal dan yang kedua dijadikan Ma’rifat dan yang ketiga dijadikan Nur Arasy, Cahaya Penglihatan dan Cahaya Siang. Semua Nur-nur ini adalah daripada Nur Muhammad. Oleh itu Nur Muhammad adalah makhluk yang terawal dari segala-galanya yang dijadikan Tuhan. Sementara bahagian yang keempat daripada empat bahagian itu pula disimpan di bawah arasy sehingga Allah menjadikan Adam. Kemudian terus berpindah-pindahlah Nur itu daripada seorang lelaki mulia kepada seorang lelaki mulia yang lain dan daripada seorang perempuan yang suci kepada seorang perempuan suci yang lain hinggalah ia sampai kepada sulbi Abdullah bin Abdul Mutalib. Kemudian Allah mengeluarkannya ke dunia lalu dijadikan-Nya penghulu sekelian Rasul dan penyudah sekelian Nabi.

2. [ 00:13:29 ] RIWAYAT PALSU NUR MUHAMMAD (VERSI KEDUA)

[RINGKASAN] Allah telah menjadikan satu pohon kayu yang mempunyai empat dahan. Pohon kayu itu dinamakan “Syajaratu Al-Muttaqin”. Kemudian Ia menjadikan Nur Muhammad di dalam hijab daripada permata yang sangat putih seperti rupa burung merak dan diletakkan burung merak itu di atas pohon tadi, maka bertasbihlah Nur itu di atas pohon tadi selama 70,000 tahun. Setelah itu Allah menjadikan cermin malu, diletakkan cermin itu berhadapan dengannya. Bila burung merak itu menilik dirinya di dalam cermin itu, dilihatnya rupanya sangat cantik dan sangat elok. Maka malulah ia kepada Allah Taala lalu berpeluh dan keuarlah daripadanya enam titik peluh…. Daripada titik yang pertama Allah jadikan ruh Abu Bakr r.a. dan daripada titik yang kedua dijadikan ruh Umar r.a. Daripada titik yang ketiga dijadikan ruh Uthman r.a. dan daripada titik yang keempat dijadikan ruh Ali r.a. Daripada titik yang kelima dijadikan pokok bunga ros dan daripada titik yang keenam dijadikan padi….Kemudian Allah menjadikan “qandil” daripada “aqiq” yang merah. Bahagian luarnya dapat dilihat daripada dalamnya. Kemudian Allah menjadikan rupa Muhammad itu seperti rupanya di dalam dunia ini.

3. [ 00:23:03 ] – RIWAYAT PALSU NUR MUHAMMAD (VERSI KETIGA)

[RINGKASAN] Allah telah mencipta Nur Muhammad sebelum segala sesuatu. Pada masa itu belum ada lauth dan qalam. syurga dan neraka, malaikat, langit, matahari, bulan, jin dan juga manusia. Allah membahagikan Nur itu kepada empat bahagian; bahagian pertama dijadikan qalam, bahagian kedua dijadikan lauth, bahagian ketiga dijadikan arasy dan bahagian keempat dipecahkan pula kepada empat bahagian lagi. Dari empat bahagian tersebut, dijadikan langit, bumi, syurga dan neraka dan bahagian keempat dipecahkan lagi kepada empat bahagian….sehingga akhir riwayat. (Nota: Riwayat ini didakwa ada di dalam Kitab Mushannaf Abdul Razak, tetapi tidak dibuktikan kewujudannya)

[ 00:24:38 ] – KOMENTAR RIWAYAT-RIWAYAT PALSU NUR MUHAMMAD

Riwayat-riwayat tentang Nur Muhammad semuanya tidak masuk akal dan bertentangan antara satu sama lain dengan percanggahan yang besar. Riwayat-riwayat ini tidak mempunyai sanad dan tidak diketahui sumbernya kecuali satu riwayat yang dikatakan ada dalam kitab Musannaf Abdul Razak. Walaupun begitu, bila diteliti, riwayat ini tidak dijumpai dalam Kitab Musannaf yang ada sekarang ini.

VIDEO PENUH ASAL –

i. https://youtu.be/ybXtoMRIDNk

ii. https://youtu.be/deXEoWn2fNU

ARTIKEL IRINGAN – Menyingkap Rahsia Di Sebalik Kejadian Nur Muhammad – https://darulkautsarpencerahanaqidah.wordpress.com/2018/11/21/menyingkap-rahsia-di-sebalik-kejadian-nur-muhammad/

[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 20] Hadith Sandaran Dan Punca Amalan Dan Upacara Haul Tiada Yang Sahih (Video – Sambutan Hari Haul Yang Direka & Bahaya Kepada Aqidah Umat Islam)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 18m 37s] – [HADIS PALSU] Sambutan Hari Haul Yang Direka & Bahaya Kepada Aqidah Umat Islam

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/SywdvRMYcSw ]

USUL DIRAYAT KE-20 – Hadith-hadith Yang Dianggap Sebagai Sandaran Dan Punca Bagi Amalan dan Upacara “Haul” Tidak Ada Satu Pun Yang Sahih

NOTA: Dari pengalaman masyarakat Islam di luar negara, sambutan “Haul” yang pada peringkat awalnya nampak biasa sebenarnya akan membawa umat ke arah syirik kepada Allah s.w.t.


[ 00:00:55 ]
– APAKAH “HAUL”?

1. “Haul” ialah acara tahunan memperingati ulang tahun kematian seseorang tokoh terutamanya tokoh agama yang dianggap “wali”.

2. Biasanya, sambutan dilakukan di perkarangan kubur dengan upacara dan sambutan yang bercanggah dengan ajaran Islam.

[ 00:02:54 ] – UPACARA SEMASA SAMBUTAN “HAUL”

1. Sambutan Hari Haul biasanya dipelopori oleh golongan sufi dan tarekat yang sebenarnya berasal dari Syiah. Akhir-akhir ini ia mendapat tempat di kalangan orang awam negara kita.

2. Di negara luar seperti India, Pakistan, Turki dan Iran sambutan adalah amat meriah dengan kubur dihias indah. Ritual sesat seperti sujud kepada kubur dan tawaf keliling kubur adalah fenomena biasa di sana.

3. Majlis haul biasanya disertai dengan penyembelihan binatang untuk jamuan hadirin.

4. Antara tujuan upacara sambutan “haul” ialah,

i) mengirim pahala bacaan al-Quran dsb. kepada si mati,

ii) “tawassul” (minta tolong orang mati sebagai perantara supaya sampaikan hajat kepada Allah),

iii) “tabarruk” (mengambil berkat dari si mati)

iv) “istighatsah” (meminta pertolongan terus dari si mati), dan,

v) pelepasan nazar dengan si mati. Semua amalan ini adalah bercanggah dengan ajaran Islam.

5. Amalan tersebut di atas telah berlaku di luar negara, dan jika dibiarkan, ditakuti ianya meresap ke dalam masyarakat kita. Fenomena ini (contohnya, “istighasath”, minta tolong dengan bercakap-cakap dengan orang mati dalam kubur) telah berlaku di Indonesia.

[ 00:06:32 ] – MATLAMAT DARI AMALAN SESAT SAMBUTAN “HAUL”

1. Sambutan “haul” ini dipopularkan di negara kita oleh golongan Habib terutamanya dari Yaman.

2. Matlamat akhir upacara ini ialah membawa umat Islam kepada penyembahan kubur dan syirik.

3. Antara tujuan sambutan “haul” supaya anak muda minat dengan bidang agama sehingga mendapat kehormatan sebagaimana yang diperolehi oleh “wali-wali” di dalam kubur!

[ 00:13:00 ] – HAKIKAT SEBENAR SAMBUTAN HAUL

1. Sambutan haul ini tidak diketahui di zaman Nabi, Sahabat-Sahabat, Tabi’in, Tabi’ut Tab’iin dan tiga kurun pertama di zaman keemasan Islam.

2. Upacara ini adalah perkara baru dalam Islam (iaitu perkara bid’ah).

3. Sambutan haul ini diperkenalkan oleh golongan Syiah.

4. Sekiranya sambutan haul ini disyariatkan, nescaya Rasulullah s.a.w. telah menyampaikannya kepada ummah.

5. Sambutan haul ini mengandungi perbuatan-perbuatan mungkar yang bercanggah dengan Islam dan ianya tidak mungkin disyariatkan dalam agama.

6. “Ghuluw” (melampau) dalam memuja tokoh tertentu (orang alim, wali dsb) adalah sebab binasanya umat-umat terdahulu.

7. Pelopor-pelopor perayaan haul ini mempunyai agenda untuk merosakkan aqidah umat Islam.

8. Dalam Islam, jelas adalah dilarang menjadikan kubur sebagai tempat perayaan dan tempat ibadat. Upacara-upacara sambutan haul adalah tidak sama dengan amalan ziarah kubur yang dianjurkan oleh Islam dan ianya menjurus kepada perbuatan syirik.

9. Sambutan haul menyerupai kaum Kristian yang menyambut hari Easter sebagai hari kematian Nabi Isa a.s. Haul juga disambut oleh orang Yahudi dan kaum musyrikin.

[ 00:17:11 ] EPILOG

1. Pengalaman menunjukkan bahawa usaha dan perjuangan akan menentukan perubahan dalam masyarakat. Iran, suatu masa dulu yang mempunyai jutaan ulama’ ahli sunnah bertukar menjadi negara Syiah kerana kelekaan umat. Sebaliknya Mesir yang pernah dikuasai Syiah berjaya menjadi negara ahli sunnah kerana perjuangan rakyatnya.

2. Kita tidak sepatutnya menganggap penyelewengan dalam sambutan haul ini kecil, kerana kalau tidak dibendung dari awal, umat Islam di negara ini akan rosak sebagaimana yang berlaku di dunia Islam luar negara.

[KENALI HADITH PALSU] – HADITH SANDARAN DAN PUNCA AMALAN DAN UPACARA HAUL TIADA YANG SAHIH

1. [ 00:08:04 ] – HADITH PALSU PERTAMA

Al-Baihaqi meriwayatkan dari al-Waqidi, kata beliau: Nabi s.a.w. sentiasa berziarah ke maqam para syuhada’ di Bukit Uhud setiap tahun dan sesampainya di sana beliau mengucapkan salam dengan mengeraskan suaranya, “Keselamatan atasmu berkat kesabaranmu, maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu”. Abu Bakar juga melakukan hal itu setiap tahun. Kemudian Umar, kemudian Uthman. Fatimah juga pernah berziarah ke Bukit Uhud dan berdoa. Saad bin Abi Waqqas mengucapkan salam kepada para syuhada’ tersebut. Kemudian dia menghadap kepada para sahabatnya lalu berkata, “Mengapa kamu tidak mengucapkan salam kepada orang-orang yang menjawab salammu?”

[ 00:09:22 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

i. “Hadith” ini tidak terdapat dalam sebarang kitab karangan Imam al-Baihaqi.

ii. Jika diandaikan hadith ini wujud, ianya tidak boleh diterima kerana tiada sanad yang lengkap dan perawinya al-Waqidi adalah seorang pendusta besar.

iii . Kalaupun hadith ini sahih, apa yang disebut dalam hadith tersebut ialah menziarahi kubur, bukannya mengadakan upacara-upacara seperti yang dilakukan semasa sambutan haul sebagaimana yang diamalkan hari ini.

iv. Malangnya, ada Majlis Agama negeri tertentu di Malaysia menggunakan “hadith” ini sebagai dalil untuk menjustifikasikan sambutan haul.

2. [ 00:11:09 ] – HADITH PALSU KEDUA

At-Tabari meriwayatkan: Nabi s.a.w. pergi ke kubur para syuhada’ Uhud di permulaan setiap tahun. Baginda berkata, “Assalamualaikum. Berkat kesabaran kamu, maka alangkah baik tempat kesudahan itu”. Abu Bakar, Umar, Uthman juga pergi.

[ 00:11:42 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

“Hadith” ini tidak sahih kerana dalam sanadnya gugur dua orang perawi

3. [00:12:09 ] – HADITH PALSU KETIGA

“Nabi s.a.w. pergi ke kubur para syuhada’ di Uhud di permulaan setiap tahun. Abu Bakar dan Umar dan Uthman juga pergi.”

[ 00:12:31 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

“Hadith” ini tidak sahih kerana dalam sanadnya gugur sekurang-kurangnya dua orang perawi. Perawinya adalah dhaif.

VIDEO PENUH ASAL – https://youtu.be/adVHmObN-yA

[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 19] –Hadith-hadith Tentang Maulid Nabi s.a.w. Tidak Ada Satu Pun Yang Sahih, Bahkan Tidak Ada Satu Pun Dhaif, Semuanya Maudhu’ (Video – Maulid Nabi – Dalil Palsu & 15 Kesan Buruk Sambutan Maulidurrasul)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 19m 30s] – [HADIS PALSU] Maulid Nabi – Dalil Palsu & 15 Kesan Buruk Sambutan Maulidurrasul

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/3yqAxihV234 ]

USUL DIRAYAT KE-19 – Hadith-hadith Tentang Maulid Nabi s.a.w. Tidak Ada Satu Pun Yang Sahih, Bahkan Tidak Ada Satu Pun Dhaif, Semuanya Maudhu’

SELAYANG PANDANG: Disebabkan adanya hadith atau riwayat-riwayat palsu kelebihan sambutan “maulid rasul”, ada sesetengah pihak mewajibkannya. Mereka mengeluarkan belanja yang banyak dengan mengharapkan ganjaran yang besar. Alangkah baiknya jika mereka tahu bahawa upacara-upacara ini tiada asasnya dalam agama kerana berdalilkan hadith dan riwayat-riwayat palsu!

CONTOH HADITH DAN RIWAYAT-RIWAYAT PALSU

1. Di dalam kitab “Madaarij Shuhud” karangan Sheikh Muhammad Nawawi al-Bantani ditulis, bahawa Nabi s.a.w dikatakan bersabda, “Sesiapa yang membesarkan (memuliakan) hari kelahiranku, aku akan menjadi saksi kepadanya pada hari kiamat nanti dan sesiapa yang membelanjakan satu dirham sahaja pada hari kelahiranku, dia seolah-olahnya membelanjakan emas sebesar bukit di jalan Allah”.

2. Atsar dari empat khalifah ar-Rasyidin

i. Kata Saidina Abu Bakar r.a.: “Sesiapa yang membelanjakan satu dirham sahaja dalam maulid Nabi s.a.w. dia akan menjadi temanku di dalam syurga”.

ii. Kata Saidina Umar r.a.: “Sesiapa membesarkan maulid Nabi s.a.w. atau memuliakan maulid Nabi s.a.w. bererti dia telah menghidupkan Islam”.

iii. Kata Saidina Uthman r.a.: “Sesiapa yang membelanjakan satu dirham untuk bacaan maulid Nabi dia seperti telah ikut serta dalam peperangan Badar dan Hunain”.

iv. Kata Saidina Ali r.a.: “Sesiapa yang membesarkan maulid Nabi s.a.w. dia tidak akan keluar dari dunia ini melainkan dengan iman”.

3. Kata-kata Imam as-Shafie Imam as-Shafie r.h. berkata: “Sesiapa yang menghimpun saudara maranya untuk maulid Nabi dan menyediakan untuk mereka makanan dan dia melakukan kebaikan, Allah s.w.t. akan membangkitkannya pada hari kiamat nanti bersama dengan siddiqin, syuhada’ dan solihin dan akan berada di dalam syurga yang penuh nikmat.”

[KENALI HADITH PALSU] – HADITH-HADITH TENTANG MAULID NABI S.A.W. TIDAK ADA SATU PUN YANG SAHIH, BAHKAN TIDAK ADA SATU PUN YANG DHAIF, SEMUANYA MAUDHU’ (PALSU)

1. [00:01:55 ] – HADITH PALSU

Nabi s.a.w dikatakan bersabda, “Sesiapa yang membesarkan (memuliakan) hari kelahiranku, aku akan menjadi saksi kepadanya pada hari kiamat nanti dan sesiapa yang membelanjakan satu dirham sahaja pada hari kelahiranku, dia seolah-olahnya membelanjakan emas sebesar bukit di jalan Allah”.

[ 00:03:07 ] – KOMENTAR

i. “Hadith” ini tidak dijumpai dalam mana-mana kitab kecuali kitab “Madarij Shuhud”.

ii. Hadith ini tidak disertakan sanad dan ianya ternyata palsu.

iii. Hadith-hadith palsu sebegini menyebabkan umat Islam tertipu dengan janji-janji ganjaran yang besar untuk amalan yang tidak disyariatkan dalam agama.

2. [ 00:04:28 ] – ATSAR (KATA-KATA) DARI EMPAT KHALIFAH AR-RASYIDIN

i. Kata Saidina Abu Bakar r.a.: “Sesiapa yang membelanjakan satu dirham sahaja dalam maulid Nabi s.a.w. dia akan menjadi temanku di dalam syurga”.

ii. Kata Saidina Umar r.a.: “Sesiapa membesarkan maulid Nabi s.a.w. atau memuliakan maulid Nabi s.a.w. bererti dia telah menghidupkan Islam”.

iii. Kata Saidina Uthman r.a.: “Sesiapa yang membelanjakan satu dirham untuk bacaan maulid Nabi dia seperti telah ikut serta dalam peperangan Badar dan Hunain”.

iv. Kata Saidina Ali r.a.: “Sesiapa yang membesarkan maulid Nabi s.a.w. dia tidak akan keluar dari dunia ini melainkan dengan iman”.

KOMENTAR – Atsar tersebut hanyalah rekaan dan tidak dapat dibuktikan kesahihannya.

3. [ 00:06:29 ] – KATA-KATA IMAM AS-SHAFIE

“Sesiapa yang menghimpun saudara maranya untuk maulid Nabi dan menyediakan untuk mereka makanan dan dia melakukan kebaikan, Allah s.w.t. akan membangkitkannya pada hari kiamat nanti bersama dengan siddiqin, syuhada’ dan solihin dan akan berada di dalam syurga yang penuh nikmat.”

[ 00:07:02 ] – KOMENTAR

Kata-kata Imam Shafie seperti yang tersebut adalah direka-reka dan tidak didapati dalam sebarang kitab beliau.

[ 00:07:31 ] – SAMBUTAN MAULID NABI MENGUNDANG LEBIH BANYAK “MAFASID” (KEROSAKAN) DI SEGI AGAMA BERBANDING KEBAIKAN

1. Sambutan Maulid Nabi di negara kita banyak dipengaruhi oleh amalan golongan sesat Brelwi di India.

2. Hendaklah kita hayati kaedah syariat yang terkenal, “Menolak kerosakan adalah lebih utama dari mencari kebaikan dan manfaat”

[ 00:10:28 ] – PERINGATAN – “MAFASID” (KEROSAKAN) DARI SAMBUTAN MAULID RASUL

1. Melanggar kaedah syariat iaitu mengubah hukum Allah dengan menetapkan hukum wajib atau sunat menyambut maulid Nabi sedangkan ianya tidak wajib atau sunat dalam syariat Islam.

2. Bercanggah dengan syariat iaitu mengumpulkan orang ramai untuk sesuatu amalan yang tidak wajib. Menyambut maulid Nabi bukan setakat tidak wajib, malah tidak sunat pun.

3. Dalam upacara sambutan maulid Nabi, dipercayai Nabi s.a.w. hadir ke dalam majlis itu. Oleh itu, dikatakan sunat berdiri untuk meraikan roh atau jasad Nabi. Kepercayaan sebegini sudah membabitkan hal-hal aqidah.

4. Masyarakat menganggap upacara sambutan maulid Nabi ini lebih penting dari amalan wajib seperti solat.

5. Qasidah yang dialunkan dalam majlis sambutan maulid Nabi mengandungi unsur-unsur syirik dan pemujaan serta ghuluw (taksub yang keterlaluan) terhadap Nabi s.a.w.

6. Perbelanjaan besar yang dikeluarkan untuk mengadakan majlis sambutan maulid sepatutnya boleh digunakan untuk perkara yang lebih berfaedah. [Fenomena terkini, sambutan maulid tidak hanya untuk Nabi s.a.w. tetapi juga untuk orang-orang lain yang dianggap mulia dan kemudiannya disambung dengan sambutan “haul” (hari kematian) menyebabkan kehidupan kita disibukkan dan dipenuhi dengan upacara-upacara]

7. Maulid Nabi ini tidak pernah disambut oleh Nabi, Sahabat-Sahabat, Tabiin, Tabi’ at-Tabiin dan di kurun-kurun keemasan Islam tetapi mula disambut oleh pemerintah dari aliran Syiah.

8. Memperkenalkan perkara baru dalam agama (bid’ah)

9. Sambutan maulid Nabi adalah perbuatan sia-sia dan tidak mendapat pahala.

10. Mendustakan ayat al-Quran Surah al-Maidah ayat 3 yang mengatakan bahawa agama ini telah disempurnakan dan lengkap. Dengan menambah ibadat-ibadat baru seperti sambutan maulid Nabi, kita mengatakan bahawa agama ini belum sempurna.

11. Sambutan maulid Nabi adalah menyerupai amalan penganut Kristian yang menyambut hari kelahiran Nabi Isa. Kita umat Islam dilarang menyerupai golongan kafir.

12. Dengan mengatakan orang yang tidak menyambut maulid Nabi ini tidak sayang kepada Nabi, kita sebenarnya secara tidak langsung menuduh para Sahabat benci kepada Nabi.

13. Menambah hari perayaan yang telah disyariatkan oleh Islam selain dari hari raya puasa dan hari raya korban.

14. Pemujaan terhadap Rasulullah boleh membawa kepada syirik sebagaimana umat-umat terdahulu sesat kerana “ghuluw” (melampau) terhadap orang-orang soleh.

15. Tarikh 12hb Rabiulawwal yang dikatakan sebagai hari lahir adalah juga tarikh kewafatan Nabi! Adakah kita menyambut hari lahir atau hari wafat Nabi? Tarikh yang lebih tepat kelahiran Nabi sebenarnya ialah 9hb Rabiulawwal, oleh itu kita menyambutnya di hari yang salah!

VIDEO PENUH ASAL – 

i. https://youtu.be/FlTtpe-ZFHc

ii. https://youtu.be/6woxBvkAze4

[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 18] – Suatu Riwayat Dikira Tidak Benar Apabila Bercanggah Dengan Apa Yang Tersebut Di Dalam Hadith Yang Sahih (Contoh – Abu Talib Islam? & Ubaidillah Jahsy Kristian? & Nabi Isra’ Hanya Dengan Roh?)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 16m 49s] – [HADIS PALSU] Abu Talib Islam? & Ubaidillah Jahsy Kristian? & Nabi Isra’ Hanya Dengan Roh?

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/hGoCRIW-ois ]

USUL DIRAYAT KE-18 – Sesuatu Peristiwa Yang Disebutkan Di Dalam Suatu Riwayat Akan Dikira Tidak Benar Dan Mungkar Apabila Bercanggah Dengan Apa Yang Tersebut Di Dalam Hadith-Hadith Yang Sahih.

NOTA: Walaupun Begitu, Sebaliknya Ada Juga Beberapa Hadith Yang Dikatakan Sahih Di Dalam Kitab-Kitab Muktabar Sebenarnya Dhaif Atau Maudhu’ Bila Berhadapan Dengan Riwayat Sirah Dan Sejarah. Contohnya, Kepada Sesetengah Ulama’, Hadith Aisyah r.ha. Berkahwin Dengan Rasulullah s.a.w. Semasa Berumur Enam Tahun Adalah Tidak Benar Walaupun Hadith Tersebut Ada Di Dalam Kitab Sahih al-Bukhari Dan Muslim.

PERINGATAN:

1. [ 00:11:34 ] – Hendaklah berhati-hati dengan riwayat Ibnu Ishaq. Ulama’ hadith sepakat bahawa riwayat “tafarrudat” Ibnu Ishaq tidak boleh diterima pakai kerana didapati berdusta, memburuk-burukkan Sahabat Nabi dan menyokong fahaman Syiah. Banyak riwayatnya yang memburuk-burukkan Sahabat termasuk menuduh ahli Badar sebagai munafik.

2. [ 00:12:35 ] – Ibnu Ishaq menulis dalam kitabnya, bahawa apabila Nabi pulang dari isra’ dan mi’raj dan menceritakannya kepada kaumnya, “Maka murtadlah mereka yang mahu murtad”. Kata-kata ini bermaksud, ada Sahabat Nabi yang murtad selepas mendengar cerita Nabi isra’ dan mi’raj. Walaupun begitu, dia tidak menyebut nama mereka yang telah murtad tersebut.

CONTOH HADITH PALSU

1. UBAIDILLAH BIN JAHSY MASUK KRISTIAN KETIKA DI HABSHAH Masyhur dalam kitab-kitab sirah bahawa Ubaidillah Bin Jahsy telah masuk Kristian di bumi Habshah. Dia telah berhijrah ke sana bersama isterinya Ummu Habibah.

2. Abu Talib, bapa saudara Nabi s.a.w. dikatakan meninggal dunia dalam keadaan Islam.

3. ‘AISHAH BERKATA NABI ISRA’ BUKAN DENGAN TUBUH TETAPI DENGAN ROH SAHAJA

“Sesungguhnya ‘Aisyah selalu berkata, “Jasad Rasulullah s.a.w. tidak kehilangan tetapi Allah telah mengisra’kan rohnya”. Ungkapan ini bermaksud bahawa Nabi isra’ dan mi’raj tidak dengan tubuh tetapi hanya dengan rohnya sahaja.

[KENALI HADITH PALSU] – SUATU RIWAYAT DIKIRA TIDAK BENAR APABILA BERCANGGAH DENGAN APA YANG TERSEBUT DI DALAM HADITH YANG SAHIH

1. [ 00:01:10 ] – HADITH PALSU PERTAMA

UBAIDILLAH BIN JAHSY MASUK KRISTIAN KETIKA DI HABSHAH.

Masyhur dalam kitab-kitab sirah bahawa Ubaidillah Bin Jahsy telah masuk Kristian di bumi Habshah. Dia telah berhijrah ke sana bersama isterinya Ummu Habibah.

[ 00:01:35 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

i. Ubaidillah Bin Jahsy termasuk antara golongan yang terawal memeluk Islam (as-sabiqun al-awwalun), orang-orang yang diredhai dan dijanjikan syurga oleh Allah.

ii.Riwayat yang sahih tentang perkahwinan Ummu Habibah dengan Rasullullah s.a.w. selepas kematian suaminya, Ubaidillah Bin Jahsy langsung tidak menyebut Ubaidillah telah murtad.

iii. [ 00:04:39 ] – Di dalam hadith Sahih al-Bukhari, Abu Sufyan yang belum memeluk Islam telah ditanya oleh Hiraklu adakah sesiapa dari pengikut Nabi Muhammad yang murtad setelah masuk Islam. Abu Sufyan menjawab tidak ada. Beliau adalah mertua Ubaidillah Bin Jahsy, dan sekiranya menantunya itu memeluk Kristian sudah pasti dia mengetahuinya.

iv. [ 00:05:41 ] – Sebelum meninggal dunia Ubaidillah Bin Jahsy telah berwasiat kepada Rasulullah s.a.w. supaya mengahwini isterinya Ummu Habibah. Adalah tidak mungkin seorang yang murtad berwasiat kepada Rasulullah

2. [ 00:06:19 ] – HADITH PALSU KEDUA

ABU TALIB MENINGGAL DALAM KEADAAN ISLAM

Abu Talib, bapa saudara Nabi s.a.w. dikatakan meninggal dunia dalam keadaan Islam. NOTA – Golongan Syiah bersepakat bahawa Abu Talib adalah seorang Islam malah seorang .mukmin yang sangat tinggi darjat imannya

[ 00:08:28 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

i. [ 00:08:31 ] – Punca (Paksi) riwayat Abu Talib meninggal dalam keadaan Islam ialah Ibnu Ishaq dan dia berseorangan (“tafarrudat”) dalam meriwayatkan kisah ini. Telah sepakat ulama’ bahawa “tafarrudat” Ibnu Ishaq tidak boleh diterima pakai.

ii. [ 00:09:23 ] – Isi kandungan hadith ini bertentangan satu sama lain, di mana di satu pihak Abu Talib dikatakan menerima Islam dengan mengucapkan dua kalimah syahadat manakala di pihak yang lain dia dikatakan mengucapkan kalimah tersebut hanya untuk memuaskan hati Rasulullah dan bukannya ikhlas dari hatinya.

iii. [ 00:10:29 ] – Semasa Abu Talib meninggal dunia pada tahun 10 kenabian, Abbas, bapa saudara Nabi belum lagi memeluk Islam. Bagaimana mungkin seorang yang belum Islam malah memusuhi Islam memanggil Nabi dengan panggilan “Ya Rasulullah”? [Beliau juga ada menyebut, “Demi Allah”]

3. [ 00:13:10 ] – HADITH PALSU KETIGA

.’AISHAH BERKATA NABI ISRA’ BUKAN DENGAN TUBUH TETAPI DENGAN ROH SAHAJA

“Sesungguhnya ‘Aisyah selalu berkata, “Jasad Rasulullah s.a.w. tidak kehilangan tetapi Allah telah mengisra’kan rohnya”. Ungkapan ini bermaksud bahawa Nabi isra’ dan mi’raj tidak dengan tubuh tetapi hanya dengan rohnya sahaja.

[ 00:14:30 ] – KOMENTAR

i. ‘Aishah digambarkan seolah-olah tinggal bersama Nabi semasa peritiwa Isra’ dan Mi’raj berlaku. Peristiwa ini berlaku pada tahun 10 kenabian sedangkan Aisyah tinggal bersama Nabi s.a.w. hanya selepas Hijrah ke Madinah.

ii. Riwayat ini direka oleh musuh-musuh Islam untuk memburuk-burukkan ‘Aishah r.ha. sama ada untuk menunjukkan kejahilan ‘Aishah r.ha. terhadap ayat-ayat al-Quran ataupun untuk menunjukkan keberanian ‘Aishah mencanggah ayat-ayat al-Quran.

VIDEO PENUH ASAL –

i. https://youtu.be/UXBM9_cnF54

ii. https://youtu.be/uc440w024pE

iii. https://youtu.be/S0znyzZ1f5w

[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 17] – Riwayat Sahabat Dihukum Atau Dihina Di Dunia Atau Di Akhirat Kerana Sesuatu Yang Tidak Jelas Salahnya Menurut Syariat Adalah Maudhu’ Atau Dhaif (Contoh – Abdurrahman Auf masuk syurga merangkak kerana kaya & Saidina Uthman dimalukan Nabi)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 14m 55s] – [HADIS PALSU] Abdurrahman Auf masuk syurga merangkak kerana kaya & Saidina Uthman dimalukan Nabi

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/FBGPgf2DhDk ]

USUL DIRAYAT KE-17 – Riwayat-riwayat Yang Menyatakan Sahabat Tertentu Dihukum Atau Dihina Dan Dimalukan Sama Ada Di Dunia Ataupun Di Akhirat Kerana Sesuatu Yang Tidak Jelas Salahnya Menurut Syari’at, Ianya Sama Ada Maudhu’ Atau Paling Tidak Pun Dha’if.

NOTA: [ 00:00:19 ]- : Oleh kerana ianya melibatkan Sahabat-sahabat Nabi yang dijamin keadilannya oleh al-Quran dan hadith, sebarang riwayat yang dhai’f pun tidak boleh diterima pakai.

PERINGATAN: [ 00:01:08 ] – Bila berhadapan dengan riwayat-riwayat yang mengaibkan atau mencederakan peribadi Rasulullah s.a.w., kita hendaklah mengutamakan peribadi Rasulullah (dari diaibkan atau tercedera) dengan mengenepikan (atau menyalahkan) orang lain seperti perawi-perawi walau sebesar mana pun perawi tersebut.

[ 00:08:48 ] – BAGAIMANA BERINTERAKSI DENGAN KITAB-KITAB BESAR YANG MEMUATKAN “HADITH-HADITH” DAN RIWAYAT YANG BERMASALAH?

Kitab-kitab muktabar mungkin memuatkan riwayat-riwayat yang bermasalah dan tidak sahih. Kita hendaklah bersangka baik kepada ulama’-ulama’ yang mengarang kitab-kitab tersebut, yang telah berjasa besar dalam agama. Walaupun begitu, riwayat bermasalah tersebut perlu ditapis dan diterangkan kelemahannya.

[KENALI HADITH PALSU] – RIWAYAT SAHABAT DIHUKUM ATAU DIHINA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT KERANA SESUATU YANG TIDAK JELAS SALAHNYA MENURUT SYARIAT ADALAH MAUDHU’ ATAU DHAIF

1. [ 00:01:59 ] – HADITH PALSU PERTAMA

Nabi s.a.w. dikatakan secara sinis telah menghalang Saidina Uthman daripada mengebumikan jenazah isterinya Ummu Khulthum (anakanda Rasulullah). Dia dipermalukan oleh Rasulullah di hadapan orang ramai kerana kononnya telah mengabaikan Ummu Khulthum yang sedang sakit tenat lalu pergi bersetubuh dengan hambanya. Ummu Khulthum ditinggalkan sendirian dan meninggal dunia dalam keadaan ketiadaan suami di sampingnya. Perbuatan Saidina Uthman itu telah menyinggung perasaan Rasulullah s.a.w.

[ 00:04:25 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

“Kesalahan” yang dilakukan oleh Saidina Uthman, iaitu bersetubuh dengan hambanya semasa isterinya sakit bukanlah suatu maksiat di sisi syariat. Tidak munasabah Nabi menghukum (atau mempermalukan) seseorang yang sebenarnya tidak bersalah di sisi syariat.

2. [ 00:06:10 ] – HADITH PALSU KEDUA

Abdurrahman Bin ‘Auf masuk syurga dalam keadaan menginsut kerana kekayaannya.

[ 00:05:38 ] – (Hadith Pertama) Rasulullah s.a.w. bersabda, “Orang yang mula-mula sekali masuk syurga dari kalangan orang-orang kaya umatku ialah Abdurrahman bin ‘Auf. Demi tuhan yang nyawaku berada ditangannya, dia sekali-kali tidak akan memasukinya melainkan dalam keadaan menginsut”.

[ 00:06:10 ] – (Hadith Kedua) Nabi s.a.w. bermimpi bahawa Abdurrahman bin ‘Auf adalah Sahabatnya yang paling lewat berjumpa Baginda di syurga nanti. Ini disebabkan hartanya yang banyak dan dia dihisab dengan teliti sumber dan kemana hartanya dbelanjakan.

[ 00:07:35 ] – PERINGATAN – Kesan dari hadith ini ialah, Islam dilihat sebagai anti kekayaan dan lebih suka umatnya hidup miskin dan papa kedana. Harta benda dan kekayaan perlu dijauhi dan tidak boleh dihimpun kerana akan menyebabkan penderitaan di akhirat.

[ 00:09:30 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

Mengumpulkan harta dengan jalan yang betul adalah diharuskan dalam agama. Mengapa Sahabat Nabi Abdurrahman bin ‘Auf dihukum atas perkara yang harus? Tentunya perkara ini tidak masuk akal, dan membuktikan bahawa palsunya hadith ini.


3. [ 00:11:49 ] – HADITH PALSU KETIGA

Seorang rakyat telah difitnah telah melakukan hubungan sulit dengan isteri Rasulullah Mariah al-Qibtiyah r.ha. lalu Baginda s.a.w. mengarahkan Saidina Ali mencari dan membunuhnya. Saidina Ali menemui lelaki tersebut tetapi tidak jadi membunuhnya kerana didapati dia tidak mempunyai kemaluan dan tidak mungkin dia telah melakukan zina.

[ 00:13:29 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

Dalam hadith ini Nabi digambarkan bertindak menghukum seseorang sewenang-wenangnya tanpa terlebih dahulu dipastikan dia bersalah. Ianya tidak sesuai dengan imej dan reputasi Nabi.

VIDEO PENUH ASAL

i. https://youtu.be/iSWyydSxS6Q

ii. https://youtu.be/DedMjL-BzPA

iii. https://youtu.be/M_jS04WJXZ8

[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 16] – Riwayat Yang Mencela Dan Memburuk-burukkan Isteri-isteri Nabi s.a.w Atau Sahabat Baginda Yang Mulia Semuanya Dhaif Atau Palsu (Contoh – Aishah disalak anjing Hauab & Tsal’labah, ahli Badar, enggan bayar zakat)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 20m 51s] –[HADIS PALSU] Aishah disalak anjing Hauab & Tsal’labah, ahli Badar, enggan bayar zakat & Muawiyah..

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/yF_ZEua-qeU ]

USUL DIRAYAT KE-16 – Riwayat-riwayat Yang Mencela Dan Memburuk-burukkan Isteri-isteri Nabi s.a.w Atau Sahabat-Sahabat Baginda Yang Mulia Semuanya Dhaif Atau Palsu

[KENALI HADITH PALSU] – RIWAYAT-RIWAYAT YANG MENCELA DAN MEMBURUK-BURUKKAN ISTERI-ISTERI NABI S.A.W. ATAU SAHABAT-SHABAT BAGINDA YANG MULIA SEMUANYA DHAIF DAN PALSU  

1. [ 00:01:51 ] – HADITH PALSU PERTAMA – (AISHAH DISALAK ANJING HAUAB)

Ringkasan dari tulisan At-Thabari itu di dalam kitabnya, “Tarikhu Al-Umam Wa Al-Muluk” al-Urani, telah menceritakan, dia ditanya, “Wahai tuan punya unta, mahukah engkau jualkan untamu?”…“Saya mahukan unta ini untuk ibu orang-orang mu’min, ‘Aishah”… “Jika begitu, ambillah unta ini…” …Maka berjalanlah aku bersama mereka…sehinggalah kami sampai ke mata air Hau’ab lalu disalak oleh anjing-anjingnya…Berkata Urani, “Terus ‘Aishah berteriak dengan setinggi-tinggi suaranya, kemudian dia memukul untanya supaya pergi dari situ. Kemudian dia berkata, “Demi Allah! Akulah perempuan yang akan disalak oleh anjing-anjing Hau’ab itu. Bawalah aku pulang!”…Urani berkata,“Maka berangkatlah mereka dalam keadaan menyeranah aku. Aku pun meninggalkan mereka. Tidak jauh aku berjalan dari situ aku pun bertemu Ali bersama-sama bala tenteranya”. Ali bertanya, “Dimana berada bala tentera itu?”…Urani berkata,”.. saya berjalan bersama mereka sehingga kami sampai ke mata air Hau’ab. Di situ anjing-anjingnya menyalak perempuan itu. Perempuan itu berkata begini, begini…”…Ali bin Abi Talib memanggil dua orang dan disuruh supaya mereka duduk bahu membahu. Kemudian dipanggil seorang yang lain pula lalu disuruh supaya duduk di atas bahu mereka berdua. Kemudian tampillah Ali dan terus memanjat belakang mereka. Lalu menduduki belakang yang teratas di antara mereka dengan menjuntaikan kedua-dua kakinya dari atas sebelah bahunya (orang yang teratas). Beliau kemudian berkata, “Sesungguhnya kamu telah pun melihat apa yang telah dilakukan oleh golongan ini dan perempuan ini”… Matlumat terperinci boleh diperolehi dari

https://pemurniansejarah.wordpress.com/2018/12/26/kepalsuan-cerita-aisyah-disalak-anjing-hauab/

NOTA: Ummu Mukminin ‘Aishah r.ha. amat dibenci oleh musuh-musuh Islam kerana beliaulah antara sumber utama maklumat tentang kehidupan Nabi s.a.w. dan perkara-perkara berkaitan agama Islam.

[ 00:05:54 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

i. Pereka cerita ini tidak langsung mempunyai rasa hormat kepada Sayidatina ‘Aishah, Saidina Ali dan Sahabat-sahabat Rasulullah. Riwayat-riwayat ini menjatuhkan maruah, mengaibkan dan menggugat kredibiliti Sahabat-sahabat tersebut. Mereka bertujuan supaya manusia membenci Islam dengan tohmahan ianya dibawa oleh mereka yang berperibadi rendah.

ii. Kitab sejarah oleh at-Tabari “Tarikhu Al-Umam Wa Al-Muluk” adalah bermasalah sekiranya riwayat-riwayatnya diterima tanpa dinilai dan disaring di segi riwayat dan dirayat

2. [ 00:07:42 ] – HADITH PALSU KEDUA – (MUAWIYAH PENGASAS SISTEM BERAJA)

Khilafah sesudahku akan berterusan selama 30 tahun kemudian akan lahir “Mulk” (sistem beraja) sesudah itu. Perawi berkata: Kemudian Safinah berkata kepadaku: “Kiralah Khilafah Abu Bakr, Khilafah Umar dan Khilafah Uthman”. Kemudian beliau berkata, “Kirakan juga khilafah Ali”. Kami pun mengira, maka kami dapati 30 tahun. Said berkata, “Aku pun berkata kepadanya (Safinah), sesungguhnya Bani Umayyah mendakwa khilafah berada pada mereka”. Saidina Safinah menjawab, “Mereka dusta, bahkan mereka adalah di antara raja-raja yang jahat”.

[ 00:08:57 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

i) Sekiranya tempoh 30 tahun dikira sebagai had berakhirnya sistem khilafah dan bermulanya sistem beraja, maka didapati kedua-dua sistem ini berlaku di zaman pemerintahan Saidina Hasan.

ii) Ramai Sahabat Nabi telah barbaiat dengan Saidina Muawiyah termasuklah perawi hadith ini, Saidina Safinah; Ini bermakna mereka bersekongkol dalam komplot menubuhkan sistem beraja yang dikatakan jahat itu! Perkara ini tidak mungkin berlaku pada Sahabat.

iii) Khalifah Rasyid yang dimaksudkan adalah khilafah dari kalangan Sahabat-sahabat Nabi dan tidak sepatutnya dihadkan kepada tempoh masa tertentu contohnya 30 tahun seperti dalam hadith ini.

[ 00:11:05 ] – CATATAN

Kayu pengukur untuk menentukan “Khalifah ar-Rasyidin” hendaklah berpandukan firman Allah dan bukannya dengan hadith tidak sahih yang menetapkan tempoh 30 tahun selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. “Khalifah ar-Rasyidin” ini ialah khalifah-khalifah dari kalangan Sahabat-sahabat Nabi s.a.w. termasuklah Muawiyah r.a. [Nota: Terjemahan ayat al-Quran – “Itulah orang yang Kami telah tetapkan iman dalam hati mereka. Dan Kami hiaskannya dalam hati mereka. Mereka itulah orang-orang yang terpimpin (“rasyiduun”), bermaksud, “di atas landasan yang betul)”

3. [ 00:12:51 ] – HADITH PALSU KETIGA (TSAÄLABAH BIN HATIB (AHLI BADAR) ENGGAN BAYAR ZAKAT )

Tsa’labah (nama penuhnya Tsa’labah Bin Hatib) ialah seorang muslim yang taat di mana beliau tidak pernah meninggalkan solat jemaah lima waktu bersama Nabi s.a.w. Beliau amat miskin dan lantaran kemiskinannya yang melampau, beliau meminta supaya Nabi mendoakannya supaya diberi kekayaan. Nabi s.a.w. pada mulanya enggan mendoakan Tsa’labah atas alasan kekayaan akan mejadi fitnah kepadanya, tetapi setelah didesak, Baginda s.a.w. pun mendoakannya. Berkat doa Nabi s.a.w, kambing yang dipelihara Tsa’labah membiak dengan banyak dan cepat. Kesibukan menguruskan ternakannya menyebabkan beliau mulai cuai dalam ibadatnya. Pada mulanya beliau tertinggal satu dua solat berjemaah tetapi akhirnya beliau langsung tidak solat Jumaat dan jemaah. Untuk mengembangkan ternakannya beliau berpindah ke kawasan pedalaman. Nabi s.a.w menghantar utusan untuk mengutip zakat tetapi beliau enggan mengeluarkan zakat malah memperlekehkan kewajipan itu. Setelah ayat 75 hingga 78, Surah at-Taubah diturunkan kerananya, beliau telah insaf dan bertaubat serta ingin mengeluarkan zakat kepada Nabi s.a.w. tetapi ditolak. Selepas kewafatan Nabi s.a.w. beliau berjumpa dengan Khalifah Abu Bakar r.a. untuk mengeluarkan zakat tetapi ditolak oleh Abu Bakar atas alasan beliau tidak dapat menerima zakat itu kerana Rasulullah s.a.w. tidak menerima zakat Tsa’labah semasa hidup Baginda. Begitu juga di zaman permeritahan Sayyidina Umar al-Khattab dan Sayyidina Uthman r.hum. Akhirnya beliau mati dalam keadaan munafiq! Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://pemurniansejarah.wordpress.co…

[ 00:19:00 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

Tsa’labah Bin Hatib adalah Sahabat Rasulullah yang menyertai Perang Badar. Dari hadith-hadith sahih, ahli Badar telah dijamin syurga oleh Allah. Tidak mungkin Tsa’labah menjadi seorang munafik setelah Allah sendiri telah menjamin ahli-ahli Badar sebagai ahli syurga.

VIDEO PENUH ASAL –

i. https://youtu.be/WYEKbigOUp4

ii. https://youtu.be/8rG3-P92knk

iii. https://youtu.be/bgjTk04bX58

iv. https://youtu.be/w1LAEiF_usQ

v. https://youtu.be/d0fOpgf0S24

[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 15] – Sesuatu Hadith Itu Palsu Jika Bercanggah Dengan Riwayat Yang Disepakati Ahli Sejarah Dan Ramai Ahli Hadith Muktabar (Contoh – Hanya Fatimah Anak Perempuan Nabi & Nenek Moyang Nabi Semuanya Nabi-Nabi)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 14m 38s] – [HADIS PALSU] Hanya Fatimah Anak Perempuan Nabi & Nenek Moyang Nabi Semuanya Nabi-Nabi

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/9AOwjpC8RGw ]

USUL DIRAYAT KE-15 – Hadith-hadith atau riwayat-riwayat yang mengemukakan sesuatu peristiwa atau perkara yang bercanggah dengan apa yang disepakati oleh ahli-ahli sejarah dan sekian ramai ulama’ hadith yang muktabar terutamanya apabila ada hadith sahih yang membatalkannya, semuanya sama ada maudhu’ atau dhaif


[ 00:00:57 ]
– NOTA

Dalam keadaan riwayat sejarah lebih benar dari riwayat hadith, ulama’ hadith mengutamakan riwayat sejarah tersebut dan mengenepikan riwayat hadith..

CONTOH HADITH PALSU

1) [ 00:02:59 ] – Ummu Habibah r.ha. kononnya dikahwini Rasulullah s.a.w. atas permintaan Abu Sufyan semata-mata dan bukanlah di atas pilihan Baginda sendiri (Hadith dari Sahih Muslim)

2) [ 00:06:17 ] – Ibnu Abbas mentafsirkan ayat 219, Surah as-Syu’araa, [yang bermaksud: “Dan (melihat) gerak-gerimu di antara orang-orang yang sujud”] sebagaimana berikut: “Dari seorang nabi kepada seorang nabi sehingga Aku keluarkan engkau sebagai seorang nabi”, iaitu, semua nenek moyang Nabi kita Muhammad adalah dari kalangan nabi-nabi.

3) [ 00:09:04 ] – Orang Syiah mutakhir mengatakan Nabi s.a.w. hanya mempunyai seorang anak perempuan iaitu Fatimah dan menafikan Zainab, Ruqayyah dan Ummu Khalthum sebagai anak-anak Baginda.

[KENALI HADITH PALSU] – SESUATU HADITH ITU PALSU JIKA BERCANGGAH DENGAN RIWAYAT YANG DISEPAKATI AHLI SEJARAH DAN RAMAI AHLI HADITH MUKTABAR

1. [ 00:02:59 ] – HADITH PALSU PERTAMA

Ummu Habibah r.ha. kononnya dikahwini Rasulullah s.a.w. atas permintaan Abu Sufyan semata-mata dan bukanlah di atas pilihan Baginda sendiri (Hadith dari Sahih Muslim)

[ 00:04:57 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

Ahli sejarah bersepakat mengatakan bahawa Ummu Habibah r.ha berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. semasa berada di Habshah. Pada masa itu Abu Sufyan belum memeluk agama Islam, oleh itu dialog beliau dengan Rasulullah dalam hadith tersebut adalah tidak benar.

2. [ 00:06:17 ] – HADITH PALSU KEDUA

Ibnu Abbas mentafsirkan ayat 219, Surah as-Syu’araa, [yang bermaksud: “Dan (melihat) gerak-gerimu di antara orang-orang yang sujud”] sebagaimana berikut: “Dari seorang nabi kepada seorang nabi sehingga Aku keluarkan engkau sebagai seorang nabi”, iaitu, semua nenek moyang Nabi kita Muhammad adalah dari kalangan nabi-nabi.

[ 00:07:33 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

Ahli sejarah bersepakat mengatakan “atsar” Ibnu Abbas ini tidak benar kerana tidak ada bukti sejarah yang menunjukkan nenek moyang Nabi kita semuanya beragama Islam apatah lagi dari kalangan nabi-nabi.

3. [ 00:09:04 ] – HADITH PALSU KETIGA

Orang Syiah mutakhir mengatakan Nabi s.a.w. hanya mempunyai seorang anak perempuan iaitu Fatimah dan menafikan Zainab, Ruqayyah dan Ummu Khalthum sebagai anak-anak Baginda.

[ 00:11:34 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

Kitab yang paling sahih dalam ajaran Syiah, al-Kahfi, yang dianggap sama tarafnya dengan Sahih al-Bukhari di kalangan ahli Sunnah wal Jamaah mengatakan anak-anak Nabi s.a.w. ialah al-Qasim, Ruqayyah, Zainab, Ummu Khalthum, Tayyib, Thahir dan Fatimah. Hadith yang mengatakan hanya Fatimah seorang sahaja anak perempuan Nabi bercanggah dengan fakta sejarah, kitab-kitab Syiah sendiri dan juga kitab-kitab Sunni.

[ 00:12:50 ] – NOTA

Mengapa Syiah menolak anak-anak perempuan selain Fatimah sebagai anak-anak Nabi? Ini adalah kerana kebencian mereka kepada Sahabat seperti Saidina Uthman bin Affan yang dianggap mereka sebagai seorang yang kafir. Disebabkan Nabi s.a.w. mengahwinkan dua puterinya (Ruqayyah dan Ummu Khalthum) dengan Saidina Uthman, maka mereka mengatakan dua puteri Rasulullah tersebut bukan anak Baginda yang sebenar.

VIDEO PENUH ASAL –

i. https://youtu.be/deDU0CWx11I

ii. https://youtu.be/_4Qt_VnnAvI

iii. https://youtu.be/DT8KFeFpiBc

[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 14] – Riwayat Itu Palsu Jika Orang Yang Ada Di Dalam Riwayat Itu Telah Mati, Belum Lahir Atau Belum Layak Dikaitkan Dengan Peristiwa Berkenaan (Video – Orang Mati Datang Rampas Kuasa!)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 16m 34s] – [HADIS PALSU] Orang Mati Datang Rampas Kuasa!

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/tdLqDQ2OcOM ]

USUL DIRAYAT KE-14 – Sesuatu Riwayat Adalah Palsu Jika,

1) Orang Yang Dikatakan Ada Dalam Riwayat Itu Sebenarnya Telah Mati,

2) Orang Tersebut Belum Lahir Atau,

3) Seseorang Itu Belum Layak Untuk Dikaitkan Dengan Peristiwa Berkenaan

NOTA – Biasanya Usul Ini Dikaitkan Dengan Cerita-Cerita Sejarah

PERINGATAN

1. [ 00:01:52 ] Walaupun ada pendapat yang bermudah-mudah menerima cerita sejarah, untuk riwayat-riwayat yang melibatkan Sahabat-Sahabat Nabi kita perlu teliti dan berhati-hati. Ini kerana melalui Sahabatlah kita menerima al-Quran dan hadith. Riwayat-riwayat yang mencederakan peribadi Sahabat akan memberi persepsi yang buruk di kalangan ummat dan tidak sesuai dengan kedudukan Sahabat yang diperakui “adil” dalam al-Quran.

2. [ 00:05:48 ] Kitab-kitab terdahulu seperti “Tarikh at-Tabari” agak bertanggungjawab dengan mengemukakan sanad dan tarikh-tarikh dalam riwayat-riwayat yang dikemukakan. Ini membolehkan orang kemudian menilai kesahihah riwayat tersebut. Malangnya, kitab-kitab moden membuang sanad-sanad dari riwayat-riwayat tersebut menyebabkan ianya dianggap sebagai riwayat yang benar dan ini mengelirukan dan merosakkan pemikiran generasi baru.

[KENALI HADITH PALSU] – SESUATU RIWAYAT ITU PALSU JIKA ORANG YANG ADA DI DALAM RIWAYAT ITU TELAH MATI, BELUM LAHIR ATAU BELUM LAYAK DIKAITKAN DENGAN PERISTIWA BERKENAAN

1. [ 00:03:04] – HADITH PALSU PERTAMA (Hadith palsu kerana ada orang yang telah mati di dalam riwayat tersebut.

“KISAH PERLANTIKAN YAZID SEBAGAI PUTERA MAHKOTA MENGGANTIKAN MUAWIYAH”

Pada tahun 60H, Muawiyah menerima baiat daripada rombongan-rombongan yang datang kepadanya bersama Ubaidillah bin Ziad untuk perlantikan anaknya Yazid sebagai Putera Mahkota…Ketika beliau sakit yang membawa kepada kematiannya pada tahun yang sama, beliau berpesan kepada anaknya Yazid berhubung dengan beberapa orang yang akan memberi baiat kepadanya. Antara pesanan beliau kepada Yazid, katanya, “Wahai anakku! Aku telah membuatkan engkau tidak perlu bersusah payah pergi ke mana-mana (untuk mendapatkan kuasa)…Aku tidak takut jawatan yang pasti akan disandangmu itu direbut oleh sesiapapun dari kalangan Quraisy kecuali empat orang ini, Hussain bin Ali, Abdullah bin Umar, Abdullah bin Az-Zubair dan ABDUL RAHMAN BIN ABI BAKR”.

[ 00:05:12 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

Perlantikan Yazid sebagai Putera Mahkota berlaku pada tahun 60H manakala Abdul Rahman Bin Abu Bakr yang dikhuatiri merebut jawatan tersebut dari Yazid telah meninggal lama sebelum itu iaitu pada tahun 53H.

2. [ 00:06:59 ] – HADITH PALSU KEDUA (Hadith palsu kerana orang yang bercerita dalam riwayat tidak layak dikaitkan dengan kisah tersebut, contohnya, kerana terlalu muda)

Bapa saudara Nabi, Abbas Bin Abdul Muttalib bercerita: Pernah aku berkata, “Wahai Rasulullah! Apa yang mendorong aku memeluk agamamu ialah satu tanda kenabianmu, iaitu, ketika engkau berada dalam buaian dahulu, aku nampak engkau bercakap-cakap dengan bulan dengan penuh kemesraan. Engkau mengisyaratkan kepadanya dengan jarimu. Kemana engkau isyaratkan ke situlah ia condong”. Maka Nabi s.a.w. bersabda, “Memang aku bercakap dengannya dan ia pula bercakap denganku. Ia menghiburkan daku supaya aku tidak menangis. Aku mendengar suaranya ketika dia bersujud di bawah Arasy”.

[ 00:08:47 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

Bapa saudara Nabi, Abbas Bin Abdul Muttalib tua setahun atau dua tahun daripada Nabi. Ketika peristiwa bercakap dengan bulan ini berlaku, dia pun masih di dalam buaian. Tidak mungkin dia ingat atau dia tahu apa yang berlaku di sekelilingnya kerana umurnya amat muda pada masa itu.

3. [ 00:09:46 ] – HADITH PALSU KETIGA (Hadith palsu kerana orang yang bercerita dalam riwayat tidak layak dikaitkan dengan kisah tersebut, contohnya, kerana terlalu muda)

HELAH MUAWIYAH UNTUK MENGAHWINKAN YAZID DENGAN URAINAB

Yazid semasa menjadi bakal pengganti khalifah telah melihat seorang wanita yang luar biasa cantiknya bernama Urainab, isteri kepada Abdullah Bin Salam, seorang gabenor di Iraq. Bapanya Khalifah Muawiyah, dengan tipudayanya, berusaha untuk mengahwinkan Urainab dengan Yazid setelah Yazid menderita teruk kerana terkenangkan Urainab. Dia berjaya memujuk suami Urainab untuk menceraikan isterinya setelah dijanjikan untuk berkahwin dengan anaknya. Setelah habis iddah, Muawiyah meminang Urainab melalui Sahabat Nabi Abu Darda’ dan Abu Hurairah. Walaupun begitu Saidina Husain juga menghantar pinangan melalui Sahabat yang sama dan beliau akhirnya berjaya menikahi Urainab. Abdullah bin Salam, bekas suami Urainab pula menderita kerana tidak berjaya mengahwini anak Muawiyah dan juga jatuh miskin. Beliau berjumpa dengan Urainab untuk mendapatkan pundi harta yang tertinggal dengan Urainab. Pertemuan semula ini menyedarkan Saidina Hussain yang mereka berdua masih saling menyayangi lalu dia menceraikan Urainab untuk membolehkannya berkahwin semula dengan bekas suaminya. Helahnya berkahwin dengan Urainab hanya untuk menghalang hasrat Yazid.

[ 00:15:07 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

i. Tidak ada gabenor yang bernama Abdullah Bin Salam semasa pemerintahan Saidina Muawiyah.

ii. Sahabat Nabi Abu Darda’ r.a. yang membawa pinangan Yazid meninggal pada tahun 31H dan Yazid pula lahir pada tahun 30H, bermakna Abu Darda’ membawa pinangan Yazid ketika Yazid berumur satu tahun! ATAU Jika pinangan itu dibuat semasa Yazid sudah dewasa, pada masa itu Abu Darda’ telah meninggal dunia.

iii. Cerita ini adalah rekaan golongan Syiah.

VIDEO PENUH ASAL –

i. https://youtu.be/whyPvfTV-XA

ii. https://youtu.be/q58ovh_Tf5c

iii. https://youtu.be/LWSwStreQ60

[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 13] – Riwayat Yang Bermula Dengan Seruan “Ya (Wahai) Ali” Hanya Ada Satu Hadith Yang Sahih (Video – Beribu Hadith Bermula Dengan “Ya Ali” Adalah Palsu)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 13m 52s] – [HADIS PALSU] Beribu Hadis Bermula Dengan “Ya Ali” Adalah Palsu

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/9KR4QFKnA88 ]

USUL DIRAYAT KE-13 – Riwayat Yang Bermula Dengan Seruan “Ya (Wahai) Ali” Hanya Ada Satu Hadith Yang Sahih.

[ 00:01:58 ] – NOTA – Hanya satu hadith yang menyebut “Ya Ali” yang sahih, iaitu, hadith: “Ya Ali! Engkau Di Sisiku Sama Seperti Harun Di Sisi Musa. Tetapi Tidak Ada Lagi Nabi Sesudahku”

[ 00:02:22 ] – KETERANGAN MAKSUD HADITH SAHIH “YA ALI!”

“Ya Ali! Engkau Di Sisiku Sama Seperti Harun Di Sisi Musa” Hadith ini hanya menyatakan peranan Saidina Ali sebagai pengganti Nabi untuk mengawal Kota Madinah semasa ketiadaan Baginda yang berangkat ke medan peperangan Tabuk, sebagaimana Nabi Harun menggantikan Nabi Musa semasa Baginda mengadap Allah di Bukit Tursina. Tetapi pihak Syiah telah melampau dalam mengangkat Saidina Ali sehingga ada sesetengahnya menganggapnya sebagai Tuhan!

[ 00:04:09 ]- PERINGATAN Kebanyakan filem-filem Hindustan yang memaparkan orang Islam sebenarnya menonjolkan amalan dari golongan Syiah atau Brelwi. Pengaruh Syiah adalah seperti menyeru, “Ya Ali Madad” (Wahai Ali tolonglah aku”) apabila berdoa manakala pengaruh Brelwi pula ialah dengan meminta pertolongan dari kubur-kubur.

CONTOH HADITH PALSU

1) “Wahai Ali! Apabila engkau berbekal, janganlah engkau lupakan bawang besar” dan “Wahai Ali! Pastikan kamu membawa bawang besar kerana ia mengelokkan air mani dan menyihatkan anak”

2) “Wahai Ali! Sesungguhnya Allah telah mengampunkanmu, anak-anak cucumu, anak-anakmu, ahli keluargamu, Syiahmu dan orang-orang yang mencintai Syiahmu”…”Terimalah berita gembira ini: Sesungguhnya engkau seorang yang ‘sulah’ (berkepala botak dan perut buncit)”.

3) “Wahai Ali! Sesungguhnya Allah telah mengahwinkan engkau dengan Fatimah dan menjadikan bumi ini sebagai maskahwin. Oleh itu sesiapa yang berjalan di bumi ini dengan benci kepadamu maka bererti dia berjalan dalam keadaan haram”


[ 00:13:34
] – PERINGATAN – Ada beribu-ribu riwayat yang dikatakan hadith yang bermula dengan ungkapan “Ya Ali” sehinggakan ada kitab khusus yang mengumpulkan “hadith-hadith” ini.

[KENALI HADITH PALSU] – RIWAYAT YANG BERMULA DENGAN SERUAN “YA (WAHAI) ALI” HANYA ADA SATU YANG SAHIH

1. [ 00:05:11 ] – HADITH PALSU PERTAMA

“Wahai Ali! Apabila engkau berbekal, janganlah engkau lupakan bawang besar” dan “Wahai Ali! Pastikan kamu membawa bawang besar kerana ia mengelokkan air mani dan menyihatkan anak”

[ 00:06:10 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

i. Hadith ini palsu kerana ianya dimulakan dengan ungkapan “Ya (Wahai) Ali” ii. Hadith ini dusta dan karut. Ianya direka oleh golongan Syiah untuk menghina dan mempersenda Rasulullah dan juga Sayyidina Ali (Walaupun Syiah mengaku mengasihi Saidina Ali tetapi mereka sebenarnya membenci Saidina Ali)

2. [ 00:08:26 ] – HADITH PALSU KEDUA

“Wahai Ali! Sesungguhnya Allah telah mengampunkanmu, anak-anak cucumu, anak-anakmu, ahli keluargamu, Syiahmu dan orang-orang yang mencintai Syiahmu”…”Terimalah berita gembira ini: Sesungguhnya engkau seorang yang ‘sulah’ (berkepala botak dan perut buncit)”.

[ 00:10:17 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

i. Hadith ini palsu kerana ianya dimulakan dengan ungkapan “Ya (Wahai) Ali!”

ii. Di dalam sanadnya ada perawi bernama Daud Bin Sulaiman al-Ghazi seorang pendusta besar.

iii. Adanya ungkapan penghinaan “Seorang yang sulah” (botak dan buncit) adalah bertentangan dengan pujian kepada Saidina Ali di permulaan hadith.

3. [ 00:11:28 ] – HADITH PALSU KETIGA

“Wahai Ali! Sesungguhnya Allah telah mengahwinkan engkau dengan Fatimah dan menjadikan bumi ini sebagai maskahwin. Oleh itu sesiapa yang berjalan di bumi ini dengan benci kepadamu maka bererti dia berjalan dalam keadaan haram”

[ 00:12:05 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

i. Hadith ini palsu kerana ianya dimulakan dengan ungkapan “Ya (Wahai) Ali!”

ii. Di dalam sanadnya ada perawi bernama az-Zara’ seorang pendusta besar dan pereka hadith.

iii. Hadith ini bercanggah dengan hadith sahih di mana Saidina Ali menyediakan maskahwin seperti kuda

iv. Terdapat pengaruh Syiah yang jelas dalam hadith ini.

VIDEO PENUH ASAL – https://youtu.be/__JS4lMBFtQ